You are on page 1of 17

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

ANNE’S CONVENT

JALAN BUKIT AWI, 09000 KULIM

KEDAH

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB MURAL

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANNES’S CONVENT


1.0 PENDAHULUAN

Kelab mural Sekolah Kebangsaan St. Annes’s Convent ditubuhkan untuk menjadikan
persekitaran sekolah lebih kondusif dan dapat menimbulkan rasa riang dalam kalangan
warga sekolah. Persekitan sekolah yang kondusif dapat menimbulkan suasana yang ceria
dan riang kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah semasa aktivti di
dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Kelab mural ini dapat menjadi sebuah pelantaran
kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni lukis.

2.0 RASIONAL

 Memperkenalkan sistem pengurusan kepada murid-murid


 Melahirkan generasi yang memiliki nilai estetika
 Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif
 Kawasan sekolah yang menarik perhatian umum
 Keselesaan dan suasana yang kondusif menimbulkan persekitaran mendidik yang
mesra
 Dapat menunjukkan budaya sekolah
 Melahirkan generasi yang menghargai dan memelihara keindahan persekitaran

3.0 OBJEKTIF

 Menggalakkan kerjasama antara murid-murid dan juga murid dan guru.


 Menceriakan kawasan sekolah
 Menonjolkan minat dan bakat murid-murid
 Menyemaikan semangat cinta akan sekolah dalam diri murid-murid
 Menjadikan hasil kerja murid-murid sebagai kenangan

4.0 MISI

Melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan inovatif serta mempunyai pelbagai bakat
dan kebolehan dalam bidang seni lukisan.

5.0 VISI

Merealisasikan matlamat kecemerlangan Kelab Mural dengan mencungkil bakat kesenian


murid-murid.
6.0 MOTO

Created to create

7.0 LOGO

Gambar 1: Logo Kelab Mural Sekolah Kebangsaan St. Anne’s Convent (SKSAC)

Logo Kelab Mural SKSAC telah diciptakan untuk melambangkan kelab mural ini. Logo ini
mempunyai makna sendiri seperti berikut:
Elemen Maksud
Latar belakang yang berwarna-warni dengan - Melambangkan lukisan mural yang
gabungan warna seperti merah, hijau dan sentiasa menimbulkan suasana yang
kuning. ceria di persekitaran
- Selain itu, lukisan mural juga sentiasa
berwarna-warni dengan pelbaagi
gabungan warna.
Perkataan “Kelab Mural SKSAC” - Merupakan nama kelab yang telah
ditubuhkan
Berus lukisan - Merupakan alat utama yang
digunakan untuk menghasilkan
lukisan mural
Perkataan “Created to Create” - Merupakan moto Kelab Mural
SKSAC
- Bermaksud manusia yang dicipta
oleh Tuhan untuk mencipta sesuatu
yang baru.
Warna biru di sekeliling perkataan “Created - Melambangkan keyakinan diri untuk
to Create” mencipta sebuah lukisan.

8.0 JAWATANKUASA YANG DICADANGKAN

Penaung: Guru Besar SKSAC

Penasihat: Guru Panitia Pendidikan Seni Visual SKSAC

Pengerusi: Murid Tahun 6 SKSAC

Naib pengerusi: Murid Tahun 5 SKSAC

Setiausaha: Murid Tahun 5 SKSAC

Naib setiausaha: Murid Tahun 4 SKSAC

Bendahari: Murid Tahun 6 SKSAC

AJK Peralatan: Murid Tahun 5 SKSAC

AJK Kebersihan: Murid Tahun 4 SKSAC

AJK Aktiviti Tahun 3 dan 4: Murid Tahun 4 SKSAC


AJK Aktiviti Tahun 5 dan 6: Murid Tahun 6 SKSAC

9.0 JAWATANKUASA PENAJA

Penaung: Pn Hjh Hasnah binti Rahim

Penasihat: Cik Durgamageswary Devadass

Pengerusi: Law Kai Xin

Naib Pengerusi: Kirtanah Ravintharan

Setiausaha: Emily Teng

Naib setiausaha: Tan Hui Chen

Bendahari: Norfarahin binti Merzuki

AJK Peralatan: Chiew Fung Ling

AJK Kebersihan: Agnes Ong She Jet

AJK Aktivti Tahun 3 dan 4: Ang Jia Heng

AJK Aktiviti Tahun 5 dan 6: Chung Yee Pei


10.0 CARTA ORGANISASI

PENAUNG

Pn Hjh Hasnah binti Rahim

GURU PENASIHAT

Cik Durgamageswary Devadass

PENGERUSI

Law Kai Xin

NAIB PENGERUSI

Kirtanah Ravintharan

SETIAUSAHA

Emily Teng

NAIB SETIAUSAHA

Tan Hui Chen

BENDAHARI

Norfarahin Binti Merzuki

AJK PERALATAN

Chiew Fung Ling

AJK KEBERSIHAN

Agnes Ong She Jet

AJK AKTIVITI

AJK AKTIVITI TAHUN 3 DAN 4 AJK AKTIVITI TAHUN 5 DAN 6

Ang Jia Heng Chung Yee Pei


11.0 LAGU KELAB MURAL SKSAC

Kami ahli-ahli Kelab Mural Sksac

Yang kreatif dan ceria

Kami mewarnakan bersama-sama

Di sekeliling kami

Untuk ceria dan harmoni

Kami, sentiasa bertenaga

Dan juga bersemangat kumpulan

Kami, bantu sesama

Untuk mencipta lukisan yang ceria

We are created to create.

12.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Semua aktiviti kelab mural akan diadakan pada haru Rabu yang ketiga pada setiap bulan
pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

BIL BULAN AKTIVITI CATATAN


1 Januari - Pendaftaran ahli
2 Februari - pemilihan jawatankuasa
- -taklimat tentang peraturan kelab
- Perbincangan tentang aktiviti
yang akan dijalankan
3 Mac - Aktiviti lukisan mural bertemakan - Diadakan di luar
“Sains dan Teknologi” makmal
komputer
4 April - Pertandingan lukisan mural - Kategori
peringkat sekolah pertama: ahli
kelab
- Kategori kedua:
bukan ahli kelab
5 Mei - Aktiviti lukisan mural gabungan - Aktiviti di uar
dengan Angkatan Pelukis Kedah sekolah

6 Jun - Aktiviti lukisan mural bertemakan - Aktiviti lukisan


“Gaya Hidup Sihat” mural di luar
gimnasium
7 Julai - Bengkel lukisan mural - Terbuka kepada
ahli kelab dan
bukan ahli kelab
8 Ogos - Pertandingan lukisan mural di - Ahli-ahli dari
luar bilik darjah setiap tahun
melukis mural di
luar kelas
masing-masing
9 September - Perjumpaan- refleksi aktiviti - Perbincangan
tentang kekuatan
dan kelemahan
aktiviti
- Cadangan
penambahbaikan

13.0 SASARAN

Kelab ini ditujukan untuk penglibatan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6. Daripada setiap darjah,
20 murid-murid akan diberi peluang untuk menyertai kelab mural ini sebagai ahli. Jumlah
keahlian kelab ini ialah 80 orang.

14.0 KEWANGAN

Sumber kewangan kelab adalah melalui:

- sumbangan pihak luar daripada Angkatan Pelukis Kedah


- sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
- tajaan
- bengkel lukisan mural
- jualan pada hari kantin dan hari keusahawanan
- jualan karya murid-murid
15.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Mural” merupakan satu aset yang bernilai kepada
sekolah untuk meningkatkan prestasi murid-murid seterusnya menaikkan nama baik sekolah
melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam kelab Mural mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu
dan bekerjasama serta berfikiran kreatif. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini
tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,

.................................
DURGAMAGESWARY A/P DEVADASS
Guru Penasihat Kelab Mural
SK St. Anne’s Convent

Tarikh: .......................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
ROSLINA BINTI MOHD YASIN HJH HASNAH BINTI RAHIM
GPK Kokurikulum Guru Besar
SK St. Anne’s Convent SK St. Anne’s Convent

Tarikh: ....................... Tarikh: .......................


KELAB MURAL

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANNE’S CONVENT

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN KELAB)

1.0 NAMA

Kelab ini dinamakan sebagai Kelab Mural Sekolah Kebangsaan St.Anne’s Convent.

2.0 ALAMAT

Kelab ini ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan St.Anne’s Convent, Jalan Bukit Awi, 09000
Kulim, Kedah.

3.0 MOTO

Moto kelab ini ialah ‘Created to Create’.

4.0 LOGO DAN PENGERTIAN


4.1 LOGO

Gambar 1: Logo Kelab Mural Sekolah Kebangsaan St. Anne’s Convent (SKSAC)
4.2 PENGERTIAN

I. Latar belakang yang berwarna-warni dengan gabungan warna seperti merah,


hijau dan kuning Melambangkan lukisan mural yang sentiasa menimbulkan
suasana yang ceria di persekitaran. Selain itu, lukisan mural juga sentiasa
berwarna-warni dengan pelbaagi gabungan warna.
II. Perkataan “Kelab Mural SKSAC” merupakan nama kelab yang telah
ditubuhkan.
III. Berus lukisan merupakan alat utama yang digunakan untuk menghasilkan
lukisan mural.
IV. Perkataan “Created to Create” merupakan moto Kelab Mural SKSAC yang
bermaksud manusia yang dicipta oleh Tuhan untuk mencipta sesuatu yang
baru.
V. Warna biru di sekeliling perkataan “Created to Create” melambangkan
keyakinan diri untuk mencipta sebuah lukisan.

5.0 KEAHLIAN
5.1 Keahlian kelab ini dibuka kepada sema murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SKSAC.
5.2 Daripada setiap tahun, 20 orang murid boleh menjadi ahli kelab ini.
5.3 Jumlah keahlian kelab ini adalah 80 orang.
5.4 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan.
5.5 Ahli kelab akan dipilih dengan mengadakan sebuah ujian amali lukisan.
5.6 Setiap ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan.
5.7 Semua ahli mesti menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab kecuali
terdapat sebab yang munasabah.
5.8 Semua ahli mesti menjaga nama baik kelab dengan berkelakuan baik.
5.9 Setiap ahli mesti menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
5.10 Setiap ahli mesti bekerjasama dengan ahli kelab yang lain tanpa mengira
bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial.

6.0 TANGGUNGJAWAB AHLI


6.1 GURU PENASIHAT
I. Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
II. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
III. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.
6.2 PENGERUSI
I. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
II. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
6.3 NAIB PENGERUSI
I. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
II. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
6.4 SETIAUSAHA
I. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
II. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatankegiatan.
III. Mencatat kehadiran ahli
IV. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
V. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
6.5 BENDAHARI
I. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab
II. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
III. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
IV. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
V. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
VI. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
6.6 AHLI JAWATANKUASA
I. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
II. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa

7.0 SUMBER KEWANGAN


7.1 Sumber kewangan utama kelab ini adalah sumbangan daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dan Angkatan Pelukis Kedah.
7.2 Sumber kewangan yang lain ialah daripada bengkel yang dijalankan dan juga
jualan hasil karya murid-murid serta jualan pada hari kantin ddan hari
keusahawanan.

8.0 AHLI JAWATANKUASA


8.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
8.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
8.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara pencalonan dan undian.
8.4 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat dengan sebab yang
munasabah.
8.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Naib setiausaha
e. Bendahari
f. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

9.0 KEHADIRAN DAN PENYERTAAN


9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10.0 TINDAKAN DISIPLIN
10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
 Amaran lisan
 Amaran bertulis
10.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

11.0 PENYINGKIRAN AHLI


11.1 Guru penasihat kelab mempunyai hak untuk menyingkirkan ahli daripada
kelab dengan sebab-sebab yang tertentu seperti:
 Tidak memberi kerjasama dengan ahli kelab lain
 Tidak menghadiri perjumpaan atau menyertai aktiviti kelab lebih daripada
tiga (3) kali tanpa sebab.
 Melanggar peraturan-peraturan kelab
 Mempunyai masalah disiplin yang serius

12.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN


12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika
perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua/Guru Besar.
13.0 PEMBUBARAN
13.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh
Pendaftaran Persatuan secara bertulis.
13.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng
daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

14.0 HAL-HAL LAIN


14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
CARTA ALIRAN PENUBUHAN PERSATUAN

Mesyuarat AJK Penaja

Surat permohonan
penubuhan kelab dari
AJK Penaja

Kelab tidak ditubuhkan


Kelulusan Guru Besar
Tidak

Ya

Surat permohonan Ya
pengesahan
penubuhan dan pendaftaran dari guru
penasihat

Tidak
Semak Terima

Ya

Surat pelantikan Guru Besar


kepada guru penasihat

Surat penerimaan pelantikan


kepada guru penasihat

Menyenaraikan
tanggungjawab guru
penasihat

Surat penurunan kuasa


daripada guru besar kepada
AJK kelab

Pelaksanaan kelab

You might also like