You are on page 1of 12

TOPIK:

KEMASAN-KEMASAN
SILING
KEMASAN – KEMASAN SILING

ABSTRAK

Topik ini akan membincangkan perkara berkaitan kemasan siling. Terdapat empat jenis
kemasan siling yang akan dipelajari dalam topik ini iaitu lepa simen, lepa gipsum, jejalur
kayu dan ‘Softboard’
.
KEMASAN – KEMASAN SILING

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN .......................................................................................................................................... 1

KEMASAN SILING .................................................................................................................................... 2

LEPA SIMEN ............................................................................................................................................. 4

LEPA GIPSUM .......................................................................................................................................... 4

JEJALUR KAYU ......................................................................................................................................... 5

‘SOFTBOARD’ .......................................................................................................................................... 6

KESIMPULAN ........................................................................................................................................... 7

MAKLUMBALAS ....................................................................................................................................... 8

RUJUKAN ................................................................................................................................................. 9
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

PENGENALAN

Di dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang


menentukan kecantikan sesebuah bangunan. Beberapa jenis kemasan yang boleh
dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan,
keadaan persekitaran dan juga pertimbangan kosnya. Ada pelbagai jenis bahan untuk dipilih
mengikut gaya diingini berdasarkan reka bentuk dalaman dan seni bina.

Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk menutup pandangan


bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan. Selain itu, ia juga menghalang
haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk ke dalam
rumah.

1
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

KEMASAN SILING

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan siling yang boleh
digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:
4.3.1.1 Lepa simen
4.3.1.2 Lepa gipsum
4.3.1.3 Jejalur kayu
4.3.1.4 ‘Softboard’

Siling adalah struktur bahagian atas ruang dalaman dan bertindak sebagai bahagian bawah
bumbung selain menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, pendingin hawa,
pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.

Namun pada masa sama, siling turut menjadi teras bagi membolehkan aksesori hiasan
dalaman berfungsi seperti lampu dan kipas.

Rekaan siling bergantung kepada ketinggiannya. Justeru, pereka dalaman yang bijak pasti
akan mengambil kira ketinggian dulu diikuti material, keperluan lampu, kipas dan pendingin
hawa.

Kemasan siling perlu menarik membabitkan estetika warna, tekstur serta corak dan
lazimnya ia ditentukan oleh pilihan bahan kemasannya. Tanpa kemasan yang sesuai,
dikhuatiri menyumbang kepada kecacatan pemandangan ruang secara menyeluruh.

Bahan dan kemasan adalah komponen penting elemen reka bentuk dalaman dan berupaya
mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihannya dapat menguatkan konsep
reka bentuk, memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta ekspresi kualiti, bentuk
dan gaya.

Justeru, penggunaannya perlu dipastikan memenuhi beberapa kriteria berikut:

Fungsi

* Ia haruslah selamat dan selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki. Pada
masa sama, ia juga harus memiliki darjah ketahanan kebakaran dan kesesuaian dari segi

2
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

nilai akustik.

Estetika

* Nilai kecantikan dari segi warna dan keadaan semula jadi dengan sesuatu kawasan
* Tekstur sesuatu bahan
* Kesesuaian corak dan rekaan.

Ekonomi

* Kos awalan diperlukan serta pemasangan


* Kos sepanjang hayat yang mengutarakan ketahanan bahan selain belanja membersih,
menjaga, membaiki dan serta mengganti jika perlu.

3
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

LEPA SIMEN

Bahan mentah yang digunakan ialah simen dan pasir. Simen yang digunakan untuk kerja ini
ialah simen portland dan kadang kala simen putih digunakan untuk kerja hiasan. Pasir bagi
kerja ini mudah di dapati dari sungai dan digunakan sebagai pasir untuk kerja lepaan. Pasir
sungai yang digunakan bagi membuat lepa siling mestilah bersaiz lebih kecil bagi pasir
sungai yang digunakan untuk membuat lepa tembok dan lepa lantai. Bagaimanapun, pasir
dan air yang digunakan untuk lepa ini mestilah bersih dan tidak mengandungi bahan lain
dan juga bahan kimia. Bagi lapisan lepa simen kadang kala sedikit kapur ditambah untuk
memudahkan kerja melepa, sebagai ganti kapur ini boleh juga digunakan ‘dolomit’ dan
‘pozolan’. Nisbah mortar yang digunakan bagi membuat lepa siling ialah 1:2.

LEPA GIPSUM

Lepa ini adalah daripada bahan yang diperbuat daripada campuran kapur dan juga gipsum.
Di mana ia didapati dalam bentuk lapisan. Lapisan biasanya bersaiz agak besar dan sesuai
untuk sebarang keadaan siling. Kebaikannya, ia serap bunyi serta kedap tetapi
keburukannya pula ialah ia mudah pecah.

Gambar 1: Lepa gipsum

Sumber : http://www.mariafirdaus.com.my

4
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

JEJALUR KAYU

Kemasan siling yang diperbuat daripada jejalur kayu bersaiz 12mm X 25mm. Kebanyakan
kayu-kayu yang digunakan terdiri daripada kayu gred C yang disusun dalam bentuk
memanjang. Jejalur ini disusun pada jarak 13mm antara satu sama lain bergantung kepada
keperluan. Kemasan jejalur ini biasanya dibina di kawasan anjung rumah dan juga bahagian
luar dinding rumah.

Gambar 2 : Lepa gipsum

Sumber : http://kemasankayu.blogspot.com

5
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

‘SOFTBOARD’

Soft Board adalah bahan kepingan daripada serpihan kayu atau lain-lain bahan
‘lignocellulose’ yang dilekatkan dengan resin sentetik atau jenis perekat organik. Jenis
keluaran ini juga dikenali sebagai papan serpih atau papan rami. Soft Board di kilangkan
dalam bentuk kepingan yang dibuat satu lapis atau lebih. Kepingan satu lapis mempunyai
ketumpatan yang lebih tinggi daripada satu lapisan. Di negara kita, soft board di proses
secara tekan plat dengan ketebalan di antara 6mm hingga 40mm dan ketumpatan sebanyak
600 kg/m3 hingga 800 kg/m3. Panjangnya ialah 1.8 m, 2.4m, 2.7m dan 3.0m dan lebarnya
ialah 600mm, 900mm dan 1.2m. Soft board digunakan secara meluas dalam perusahaan
perabut untuk membuat kabinet, almari makan, pakaian dan kotak pembesar suara. Dalam
industri perumahan soft board banyak digunakan untuk siling, pintu dinding penyekat dan
‘panelling’. Ia juga mempunyai kekuatan yang tinggi untuk digunakan sebagai anggota
struktur seperti lantai. Antara kebaikan-kebaikan menggunakan soft board ialah nisbah
kekuatan dan beratnya tinggi, sifat memegang skru dan dowel yang elok, permukaan yang
licin halus dan senang di cat. Ia juga mempunyai sifat mengubah bunyi yang rendah.
Keburukan papan soft board ialah ianya senang menyerap kelembapan serta peka
terhadapnya.

6
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

KESIMPULAN

Kemasan ialah kerja yang terakhir dan penyudah dalam unsur kerja sesebuah bangunan.
Kemasan halus dan rapi boleh menggambarkan status bangunan berkenaan disamping
memberi suasana penyeri dan menghidupkan ruang. Kualiti kemasan bergantung kepada
kerja pemasangan, kecekapan, kemahiran serta bahan yang digunakan.

Apa yang penting di sini, pemakaian topi keselamatan perlu di aplikasikan dalam kerja
pembinaan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku terutamanya
dalam melaksanakan kerja-kerja siling kerana sekiranya pekerja tidak berhati-hati,
kemungkinan besar pekerja akan mengalami kecederaan kepala yang teruk. Selain itu,
pekerja yang terlibat dalam kerja siling juga perlu mengaplikasikan penggunaan cermin mata
keselamatan sebagai pelindung kepada mata. Terutamanya dalam kerja-kerja menampal
siling.

Di sini terdapat beberapa tip rekaan/binaan tambahan bagi mencantikkan siling.

1. Kubah
Ia membentuk fokal selain meninggikan siling. Rekaan corak menarik sekeliling
kubah diperbuat daripada bahan poliester dan gentian kaca seterusnya hiasannya
berupa lampu gantung dan kipas siling.

2. Panel tengah
Ia membantu mencantikkan siling selain membentuk titik tumpu. Ia juga berfungsi
sebagai pembahagi ruang, membentuk titik fokus selain menggantikan binaan kubah
yang tidak dapat dibina akibat tinggi siling terhad. Binaan panel tengah hanya
membabitkan kumai hias yang dicorakkan bentuk bulatan. Di tengahnya dipasang
lampu gantung dan kipas.

3. Birai hias
Fungsinya adalah untuk menutup dan mencantikkan sambungan dinding serta siling.
Ukurannya bergantung ketinggian siling dan luas ruang. Patuhi nisbah yang betul
supaya birai tidak nampak terlalu kecil atau besar.
4. Penyangga (corbel)
Binaannya membabitkan sudut tiang dan penjuru tepi rumah serta dinding. Ia tidak
mempunyai fungsi tertentu melainkan sekadar hiasan.

7
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

AKTIVITI

Nyatakan TIGA kriteria yang perlu ada bagi pemilihan kemasan siling
Senaraikan kebaikan penggunaan ‘soft board’.

MAKLUMBALAS

1.1 Penggunaan kemasan siling perlu dipastikan memenuhi beberapa kriteria berikut:

Fungsi
-Ia haruslah selamat dan selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki.
-Pada masa sama, ia juga harus memiliki darjah ketahanan kebakaran dan
kesesuaian dari segi nilai akustik.

Estetika
-Nilai kecantikan dari segi warna dan keadaan semula jadi dengan sesuatu kawasan
-Tekstur sesuatu bahan
-Kesesuaian corak dan rekaan.

Ekonomi
-Kos awalan diperlukan serta pemasangan
-Kos sepanjang hayat yang mengutarakan ketahanan bahan selain belanja
membersih, menjaga, membaiki dan serta mengganti jika perlu.

1.2 Antara kebaikan-kebaikan menggunakan soft board ialah nisbah kekuatan dan
beratnya tinggi, sifat memegang skru dan dowel yang elok, permukaan yang licin
halus dan senang di cat. Ia juga mempunyai sifat mengubah bunyi yang rendah.

8
TOPIK : KEMASAN – KEMASAN SILING

RUJUKAN

1. Tan Boon Tong, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994
2. Berita Minggu - Sun, Apr 24, 2011 - BM Dua - Oleh Hamidon Abdullah
3. http://www.mariafirdaus.com.my
4. http://kemasankayu.blogspot.com

You might also like