You are on page 1of 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (slot 2a SR)

TOPIK : Nombor Bulat Sehingga 1000 000 KANDUNGAN: Nombor dalam bentuk pola
STANDARD: Mengkelaskan pola bagi urut nombor

LANGKAH 1: MAKLUMAT MURID

Kesediaan murid :

Agihan Kumpulan :
Kumpulan 1- Murid boleh mengira tetapi tidak boleh menambah sebarang dua nombor
Kumpulan 2- Murid boleh menambah dua nombor.
Kumpulan 3- Murid boleh melakukan operasi menambah dan menolak nombor

LANGKAH 2: KANDUNGAN LANGKAH 3: HASIL KERJA MURID YANG MENUNJUKAN


KEJAYAAN MURID
Isi kandungan yang dibezakan:
Bagaimanakah hasil pembelajaran yang dibezakan?
K1. Mengira dan membina pola nombor
K2. Menentukan peraturan dan lengkapkan pola dan juga Kumpulan 1
mrekae-cipta pola nombor yang melibatkan operasi
tambah Dapat membina dan mengira pola nombor seperti membilang dalam
K3. Menentukan peraturan dan lengkapkan pola dan juga gandaan 2, 5 dan 10. Satu contoh pola adalah 2, 4, 6, 8, .....dengan
mereka cipta pola nombor yang melibatkan operasi penambahan 2, 5 atau 10. Contoh: dengan perturan “+2, +2, +2....”
tambah dan tolak.
Kumpulan 2
.
Boleh menentukan peraturan, lengkapkan pola nombor dan mereka-
cipta pola nombor yang melibatkan operasi tambah
Contohnya seperti pola berikut: 1, 2, 4, 7, 11, 17, , , ...
Dengan peraturan “+1, +2, +3, +4, +5, +6”

Kumpulan 3

Boleh menentukan peraturan, lengkapkan pola nombor dan mereka-


cipta pola nombor yang melibatkan operasi tambah dan tolak

Contohnya seperti pola berikut adalah: 2, 5, 4, 7, 6, 9, 8, , ,...


dengan peraturan “+3, -1, +3, -1.”

LANGKAH 4: PROSES PENYAMPAIAN:

Kumpulan 1

Menambahkan dua nombor yang sama untuk menghasilkan urutan nombor

Pelajar akan dibekalkan chip atau blok kubus atau kepingan kertas empat segi sama dan diarahkan untuk mengambil dua blok kubus dan
menambahkan dengan dua blok kubus yang lain serta mengira jumlah blok kubus yang terhasil. Seterusnya dengan mengambil hasil
tambah yang pertama dan menambah dengan dua blok kubus yang lain serta menyatakan jumlah yang terhasil. Aktiviti ini diulangi dengan
penambahan blok kubus yang sama dan mencatatkan hasilnya. Setelah selesai dengan aktiviti ini, pelajar dikehendaki melukiskan hasil
tambah yang didapati di atas kertas mahjong dan menentukan peraturan yang digunakan untuk menghasilkan pola tersebut. Pelajar akan
dibimbing bagaimana untuk menentukan peraturan dalam aktiviti ini, seperti membilang dalam gandaan 2, 5 dan 10. Satu contoh pola adalah
2, 4, 6, 8, .....Guru akan mengarahkan pelajar untuk membina pola nombor berserta dengan peraturan yang mereka pilih.

Kumpulan 2
Menambahkan dua nombor yang bertambah dengan yang berlainan untuk menghasilkan urutan nombor

Pelajar kumpulan ini akan dibimbing bagaimana membina pola nombor dengan mengunakan kertas grid atau blok kubus dengan mengunakan
penambahan yang bertambah setiap kali operasi tambah dilakukan. Aktiviti ini akan diulangi pada setiap penambahan yang terhasil. Satu
contoh pola berikut adalah: 1, 2, 4, 7, 11, 17, , , dll. Dengan peraturan “ +1, +2, +3, +4, +5, +6” dan sebagainya. Pelajar
dikehendaki melukiskan hasil kerja mereka dalam kertas grid dan mencatatkan peraturan yang telah dihasilkan. Pelajar akan diarahkan
untuk mereka-cipta satu bentuk pola berserta peraturan dalam kertas grid.

Kumpulan 3

Menambahkan dua nombor yang melibatkan penambahan dan penolakan untuk menghasilkan urutan nombor

Kumpulan ini akan dibekalkan kod akses “schoology” dan diarahkan melayari sesawang schoology Mereka akan mencari pola yang
mengikuti peraturan yang melibatkan kedua-dua menambah dan menolak nombor.
Contoh pola adalah seperti : 2, 5, 4, 7, 6, 9, 8, , , dll. Dengan peraturan “+3, -1, +3, -1.” Pelajar akan menjalankan aktiviti
menambah dan menolak serta menentukan peraturan seperti arahan yang terdapat dalam sesawang schoology.

Format Penyampaian Kumpulan Semasa Penyampaian Strategi Penyampaian Persekitaran Sosial dan Fizikal

Aktiviti hands-on Kumpulan berstruktur Berdasarkan kesediaan pelajar Gerak kerja dalam kumpulan
Pembelajaran melalui Penemuan Pembelajaran koperatif Kegunaan ruang di luar bilik
darjah
SEBELUM MENJALANKAN PELAJARAN

Apakah guru perlu buat sebelum, semasa dan selepas pelajaran?


Guru menyediakan bahan-bahan untuk pengajaran seperti kertas segi empat sama, blok dean, kertas grid, kertas mahjong dll.

SEMASA:

Murid-murid diminta untuk berpecah kepada empat buah kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru.
Setiap kumpulan diberikan tugasan beserta arahan yang berbeza.
Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan yang ditetapkan.
Borang diagihkan kepada kumpulan tugasan untuk membina pola nombor untuk nombor ganjil dan genap.
Hasil pembelajaran akan ditulis pada borang yang diagihkan guru pada setiap kumpulan.
Wakil kumpulan akan membentangkan hasil kerja bagi setiap kumpulan.

SELEPAS:

Lembaran kerja diedarkan.

REFLEKSI DAN PENILAIAN

Adakah objektif pelajaran dicapai?


Setakat manakah urusan PdP yang dibezakan memenuhi ciri-ciri pelajar yang pelbagai?
Adakah PdP yang dibezakan dari sudut isi kandungan membantu murid mencapai objektif?
Apakah yang perlu diubahsuai sebagai langkah penambahbaikan PdP yang dibezakan?

You might also like