You are on page 1of 2

PENGURUSAN GRAFIK

PERBEZAAN ANTARA MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER, MODEL AKIBAT


LOGIKAL DREIKURS DAN MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN.

Canter Kounin Dreikurs

Peneguhan Mengenalpasti
Pengawasan
terhadap punca salah
dan penyeliaan
tingkah laku laku

Menangani
Mempunyai Murid perlu masalah
hak guru dan memahami sebelum
murid peraturan menjadi

Mempunyai Tidak
Kawalan
ganjaran dan berunsurkan
kendiri
dendaan hukuman

Bosan dengan Withitness,


Bilik darjah
pengajaran Overlapping,
demokratik
guru Ripple Effect

Penetapan Elakkan
Fragmentasi,
peraturan dendaan dan
Momentum
dengan tegas pujian
ESEI

Model-model pengurusan disiplin memberikan panduan kepada seorang guru


tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang
berbeza seperti menggunakan kawalan luaran dan kawalan kendiri sebagai pengurusan
tingkah laku yang berkesan. Antara model yang sangat penting dalam model pengurusan
disiplin ialah Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model
Pengurusan Kelompok Kounin.

Model Disiplin Asertif Canter menerangkan penuguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Tambahan pula, model ini menekankan sistem ganjaran dan dendaan dalam bilik darjah
serta terdapat hak guru dan hak murid masing-masing.

Model yang berikutnya ialah Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan bahawa
guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Manakala, murid pula perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah. Model ini juga menekankan bahawa murid perlu
dilatih untuk mendapat kawalan kendiri dan pengurusan bilik darjahnya perlu berkonsep
demokratik.

Model yang seterusnya ialah Model Pengurusan Kelompok Kounin menekankan


kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
Mengikut model ini, sesuatu masalah perlu ditangani dengan secepat mungkin sebelum
masalah itu menjadi masalah disiplin. Terdapat beberapa elemen yang penting dalam model
ini seperti withitness, overlapping, ripple effect, fragmentasi dan momentum.

Konklusinya, ketiga-tiga model pengurusan disiplin ini banyak membantu seseorang


guru dalam mengawal atau menangani sebuah bilik darjah dengan cekap dan efektif.

You might also like