You are on page 1of 4

10 Tanda Buah Pinggang Anda Telah Rosak

10 tanda-tanda buah pinggang anda mengalami kerosakan.

1. Kerap berasa lemah dan letih


Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing
dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan
lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang
yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah
sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik.
Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah
tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang
yang kronik berbanding mereka yang sihat.

3. Kulit kering dan gatal

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air
berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu
mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika
kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang
anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah
dengan baik.

4. Selalu rasa nak kencing


Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing.
Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin
petanda buah pinggang anda rosak.

5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila
menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing
anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel
darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah
buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada
ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

6. Kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia
menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih
menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang
mana tidak sepatutnya berlaku.

7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya
berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada
badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak
berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.
8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda
merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan
penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah
bawah kaki.

9. Kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam


badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal
dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

10. Kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan,
mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang
terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang
selera makan.

Sumber Iluminasi

You might also like