You are on page 1of 3

NGO yang memberi makanan percuma – Perkhidmatan tak diperluaskan, aktif

PREJUDIS
Siapa kita untuk menghakimi golongan gelandangan ini dengan mengatakan bahawa
mereka ini tidak mahu mengubah kehidupan? Adakah di pihak kita ini sudah membuat
secukupnya penilaian atau hanya berpaksikan semata-mata kepada persepsi prejudis?
Harus diingat nilai dan etika sebagai seorang pekerja sosial adalah tidak menghukum.
Nilai tidak menghukum @ non judgemental adalah sangat penting dalam pemberian
perkhidmatan kepada mereka yang bekeperluan. Kenyataan yang diberikan oleh pihak
pencadang dengan mengatakan mereka ini tidak mahu bekerja dan berusaha tanpa fakta
yang kukuh pada saya adalah sangat prejudis dan bersifat menghukum. Begitu juga
dengan pandangan masyarakat yang sering menyalahkan gelandangan kerana anggap
mereka tidak mahu bekerja. Hakikatnya tidak ramai majikan yang mahu memberikan
pekerjaan kepada golongan ini.

Pada saya pendirian kami jelas, iaitu pemberian makanan secara percuma kepada
gelandangan tidak melanggar fungsi kawalan sosial dan harus diteruskan bagi membantu
golongan yang tidak bernasib baik ini. Malahan ia bertepatan dengan prinsip keadilan
sosial yang ingin diperjuangkan dalam membantu golongan ini. Ianya suatu yang tidak
dapat diterima akal mahupun moral manusia apabila kita hendak berbuat baik tetapi tidak
boleh dan disekat seolah-olah ianya adalah satu kesalahan.

PEMBAZIRAN DAN SAMPAH SARAP


Saya yakin dan percaya, permberian dan makanan percuma oleh Badan Bukan Kerajaan
(NGO) pada hari ini lebih tersusun dan bersistematik bagi mengelakkan berlakunya
pembaziran berlakunya pembuangan sampah yang dikatakan mencacatkan
pemandangan bandaraya. Sebagai contoh : NGO perlu berdaftar dengan DBKL supaya
jadual pengagihan makanan pada gelandangan lebih sistematik tanpa pembaziran dan
tidak kotorkan tempat awam. Orang awam atau juga NGO yang ingin membantu
golongan ini juga telah diminta untuk menghubungi pusat terlibat, NGO. Ini mengelakkan
pertindihan aktiviti terutama pembahagian makanan yang boleh menyebabkan
pembaziran.

Beberapa tempat juga telah disediakan oleh badan kerajaan dengan menyediakan
tempat di lokasi ‘hot spot’ untuk memberi makanan kepada golongan gelandangan ini
mengikut hari dan waktu serta lokasi popular.

Jadi kenapa kita harus memberhentikan pemberian makanan ini kepada gelandangan
sedangkan pengagihan secara berpusat ini telah dibuat secara tersusun dan teratur.
Usaha yang diambil ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul
akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga telah
mengambil kira daripada aspek penyampaian yang mudah kepada golongan
gelandangan ini.

Pemberian makanan percuma yang diagihkan ini juga bukan sekadar semata-mata
memberi, tetapi juga membantu dalam mendapatkan maklumat melalui assessment yang
dibuat hasil dari pemberian makanan percuma. Mengambil contoh NGO, selain memberi
makanan percuma, mereka juga mendekati golongan gelandangan ini dengan melihat
apa keperluan mereka seperti memberi barangan keperluan harian, malahan membantu
dalam menampung kos ubatan atau pemeriksaan kesihatan. Selain itu, mereka juga
membantu gelandangan mendapatkan pekerjaan. Jadi wajarkah kita menghalang dari
individu-individu ini dari terus memberi makanan percuma kepada gelandangan kerana
pada masa yang sama mereka juga membantu pihak kerajaan. Mereka2 inilah yang
bertindak sebagai badan sokongan untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai
masalah dihadapi golongan gelandangan.

UNDANG-UNDANG SEBAGAI ALAT KAWALAN SOSIAL

Saya bersetuju bahawa undang-undang ini adalah sebagai alat kawalan sosial dan salah
satu intipatinya adalah menyediakan solusi kepada masalah sosial. Tetapi, adakah
undang-undang yang ada ini melindungi dan memulihkan golongan gelandangan ini.
Sedangkan majoriti mereka yang bergelandangan ini adalah dikalangan yang
kesempitan hidup ekoran faktor kos hidup yang kian meningkat atau pun mereka yang
dibuang keluarga. Mereka ini kemudiannya dilayan seolah-olah seperti penjenayah
dengan pelbagai persepsi seperti mencacatkan pemandangan kotaraya, menjejaskan
imej pelancongan dan sebagainya. Adakah tindakan dengan memberhentikan pemberian
makanan ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai rumah dan
tidak mempunyai pendapatan?

Bagaimana pula dengan kemudahan @ penempatan untuk mereka ini? Adakah sekadar
cukup dengan Pusat Transit Gelandangan dan Anjung Sejahtera yang disediakan. Tidak!
ianya hanyalah penyelesaian jangka pendek dan sekiranya punca kepada permasalahan
tidak dihapuskan, gelandangan akan terus menjadi gelandangan. Mereka ini tidak boleh
dilihat sebagai penjenayah, sebaliknya melihat mereka sebagai orang yang memerlukan
bantuan. Apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah membantu mereka, dengan
menghalang mereka dari terus menerima bantuan kerana melalui pemberian makanan
secara percuma ini secara tidak lansung dapat meringankan beban mereka. Dan saya
juga berpendapat bahawa tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan
untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai.

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa kami membantah pemberian makanan secara
percuma ini dihentikan selagi masalah akar umbinya tidak dapat dibendung.

You might also like