You are on page 1of 25

Nama: ______________________________________________________ Tingkatan:_________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


TAHUN 2017
TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan :

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ _________________ __________________

Puan Suriati Binti Abdullah Cik Noor Aini Bt Ahmad Mr. Ho Nean Chan
Guru Subjek Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Penolong Kanan Pentadbiran

________________________________________________________________________________

Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak


Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang Kebaikan amalan makan bersama-
sama keluarga. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN AMALAN MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA

 Memupuk nilai murni


 Mengeratkan hubungan kekeluargaan
 Berkongsi cerita dan pengalaman
Bahagian B

[100 markah]

[ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

1. Perhimpunan mingguan merupakan perhimpunan rasmi di sekolah yang wajib dihadiri oleh murid-
murid dan guru-guru.

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh kepada murid-murid.

2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah “Saya
bangga menjadi rakyat Malaysia.”

Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

3. Pertambahan jumlah penduduk yang semakin mendadak di bandar-bandar besar telah menyebabkan
timbulnya masalah perumahan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, hal ini akan menyusahkan
golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, masalah ini wajar diatasi dengan segera.

Bincangkan.

4. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita
berasakan dunia ini semakin kecil.

Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)

5. Lagu-lagu trasional dan adat resam penting untuk dipertahankan kerana lagu-lagu dan adat resam
tersebut “tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.”

Berdasarkan peribahasa tersebut, tulislah sebuah karangan tentang perkara tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA SOALAN

BAHAGIAN A

Diharapkan : Calon dapat menghuraikan isi /idea tentang kebaikan amalan makan bersama-sama
keluarga.

Cadangan idea :

 Memupuk nilai murni


 Mengeratkan hubungan kekeluargaan
 Berkongsi cerita dan pengalaman

BAHAGIAN B

Soalan 1

Perhimpunan mingguan merupakan perhimpunan rasmi di sekolah yang wajib dihadiri oleh murid-murid dan
guru-guru.

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh kepada murid-murid.

Cadangan jawaban :

 Memupuk disipllin dalam kalangan murid


 Mengikuti dan menghormati majlis
 Menanam semangat patriotisme (menyanyikan lagu kebangsaan dan negeri serta lagu tema )
 Memperoleh maklumat
 Meningkatkan kemahiran berbahasa/ mendengar/ bertutur/mencatat
 Memupuk nilai murni/ kerohanian ( membaca doa, ikrar, kekemasan diri)

( Terima mana-mana isi yang sesuai )


2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah “Saya
bangga menjadi rakyat Malaysia.”

Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Isu utama : Saya bangga menjadi rakyat Malaysia


Format : Syarahan ( 2 markah ditolak jika tiada format)
Kata alu-aluan : tiada,tolak 1 markah
Kata hala : tiada,tolak ½ markah
Penutup : tiada, tolak ½ markah

Definisi tajuk : mesti ada

Cadangan idea :

1. Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka


2. Sebuah negara yang makmur
3. Masyarakat yang majmuk tetapi bersatu padu
4. Mempunyai kepelbagaian budaya adat resam
5. Limpahan hasil bumi
6. Pembangunan yang pesat
7. Kestabilan politik
8. Rakyat yang bersopan santun
9. Tempat-tempat menarik yang menjadi destinasi pelancongan
3. Pertambahan jumlah penduduk yang semakin mendadak di bandar-bandar besar telah
menyebabkan timbulnya masalah perumahan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, hal ini akan
menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, masalah ini wajar diatasi dengan segera.

Bincangkan.

Pendahuluan
Pertambahan penduduk semakin serius dan masalah perumahan yang menghimpit golongan berpendapatan
rendah perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Idea ( isi ) penting

 Membina lebih banyak ‘rumah mampu milik’ iaitu rumah kos rendah dan sederhana.
 Membina rumah pangsa untuk mengatasi masalah kekurangan kawasan/tanah dan rumah pangsa
menjamin lebih ramai golongan ini membeli rumah.
 Mengehadkan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi membeli rumah kos rendah agar
golongan ini mempunyai peluang membeli rumah.
 Memudahkan golongan ini mendapat pinjaman bank dan jangka masa pinjaman dipanjangkan.
 Pihak bank merendahkan faedah pinjaman dan mengurangkan karenah birokrasi.
 Membina lebih banyak bandar satelit dan bandar-bandar baharu agar penghijrahan penduduk tidak
tertumpu di bandar-bandar besar sahaja.
 Mewujudkan skim sewa-beli iaitu konsep rumah yang disewa dianggap telah dibeli dan akan
menjadi milik penyewa ini.
 Syarikat perumahan diwajibkan membina rumah kos rendah dan tidak hanya membina rumah
mewah sahaja.

Penutup
Masalah ini akan berterusan dan memburukkan imej negara jika usaha menanganinya tidak dijalankan.
Masalah perumahan ialah masalah global terutama di negara-negara maju.

4. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita
berasakan dunia ini semakin kecil.

Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)

Catatan:
Rujuk soalan PPT T5 2017
5. Lagu-lagu trasional dan adat resam penting untuk dipertahankan kerana lagu-lagu dan adat resam
tersebut “tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.”

Berdasarkan peribahasa tersebut, tulislah sebuah karangan tentang perkara tersebut.

Pendahuluan

 Lagu-lagu tradisional dan adat resam ialah warisan bangsa yang bernilai.
 Menjadi identiti dan dapat membentuk jati diri bangsa.
 Lagu-lagu tradisional tetap segar dan mengandungi banyak pengajaran. Begitu juga dengan
adat resam

Idea ( Isi ) Penting

i. Lagu-lagu tradisional ada nilai-nilai murni untuk menjadi teladan dan sempadan.
ii. Lagu-lagu tradisional dicipta penuh keindahan dari segi irama dan melodi sehingga segar dan
malar sehingga zaman moden.
iii. Lagu-lagu tradisional sedap didengar kerana susunan muzik dan liriknya yang baik. Lagu-lagu ini
boleh bersaing dengan lagu-lagu moden atau baharu dan sering menjadi siulan semua peringkat
masyarakat. Contohnya lagu P.Ramlee, Sudirman Haji Arshad, Ahmad Jais, Alleycats, Jefri Din,
Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
iv. Adat resam pula ialah cara hidup yang diamalkan sejak turun-temurun oleh datuk nenek kita. Adat
resam ini masih diamalkan dan menjadi sebahagian cara hidup moden.
v. Tanpa adat resam, masyarakat kurang bernilai murni dan terumbang-ambing ketika berhadapan
dengan arus kemodenan.
vi. Adat resam seperti perkahwinan, bergotong-royong, berziarah dan lain-lain terus kekal walaupun
zaman beredar.

Penutup

 Lagu tradisional dan adat resam mesti dilestarikan agar menjadi cermin tamadun bangsa dan
negara.
 Lagu tradisional dan adat resam warisan yang tidak ternilai harganya.
1

PENANG FREE SCHOOL

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
1103/2
TINGKATAN 5
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
2 ½ Jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawaban bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
Teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
pembangunan modal insan berilmu dan cabaran untuk melahirkan modal insan berilmu.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam abad ke-21 ini, senario pendidikan global berkembang dengan begitu pesat. Arus
dan ledakan globalisasi telah menghasilkan daya penggerak yang membentuk hala tuju
baharu pendidikan dunia. Di negara kita, usaha pembentukan modal insan ini perlu disuap
dengan pemahaman tentang kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, untuk
dimanfaatkan dalam kehidupan setiap insan demi kecemerlangan, kesejahteraan dan rasa
kecintaan kepada tanah air. Pembinaan dan pembangunan modal insan ini juga akan berjalan
serentak seperti yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan
dengan itu, usaha membangunkan modal insan ini telah dilakukan oleh kerajaan melalui
pelbagai kaedah dan agensi terutamanya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hal ini demikian kerana pendidikan dan
pengetahuan yang bermutu tinggi serta bertaraf dunia dalam kalangan rakyat merupakan
prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Begitu jugalah bagi Malaysia
yang sedang pesat membangun dan hampir mencapai matlamat ke arah menjadi negara maju.

Dalam era teknologi maklumat kini, kekuatan dan ketahanan sesebuah negara adalah
lebih berasaskan masyarakat yang berpendidikan. Oleh itu, setiap ahli masyarakat mestilah
menumpukan usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran tinggi sebagai
asas kepada pembangunan insan. Di rumah, pendidikan moral dan nilai-nilai murni dalam
keluarga mestilah ditekankan oleh semua ahli keluarga. Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM
untuk semua sekolah hendaklah menekankan nilai-nilai bersama supaya membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu dan bersefahaman kerana kecelikan ilmu akan mematangkan
seseorang tentang sejarah tanah air tercinta ini. Individu yang cemerlang akan dapat
menyumbang pemikiran bernas bagi penerokaan dan pemantapan sesuatu bidang yang
diceburi. Melalui pembangunan insan yang seimbang akan dapat melahirkan perwatakan murid
yang terpuji seperti gigih belajar, berakhlak, berinovasi, bersemangat waja serta berdaya saing
dalam pasaran global.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi. Di samping itu, menjadi tunjang pembinaan negara bangsa bagi
sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, asasnya ialah pembentukan dan
pembangunan modal insan yang bersepadu dan seimbang. Modal insan yang dibangunkan
melalui ilmu pengetahuan sekarang ini, akan menjadi penjana Tranformasi Nasional 2050
(TN50) dalam tempoh 30 tahun akan datang. Kita sedia maklum bahawa pembangunan modal
insan bukanlah sesuatu yang senang dan boleh diambil mudah. Usaha membangunkan modal
insan berilmu ini menyebabkan kita menghadapi pelbagai halangan namun akan menjanjikan
manfaat yang amat bermakna kepada negara seperti kata cerdik pandai “lebih besar kesulitan
yang kita alami, lebih besar dan bermaknalah kejayaan yang akan kita capai”.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pentingnya Pembangunan Modal Insan’
Oleh Dr. Aminudin Mansor, Majalah Pendidik, Mei 2017)
3

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menghasilkan daya penggerak. [2 m]

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan peranan pelbagai pihak untuk melahirkan modal
insan berilmu. [3 m]

iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara negara untuk melahirkan pelajar yang
berdaya saing tinggi dalam bidang akademik ? [4 m]

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK HAJI: Mir, Pak Haji rasa, daripada cara kau bercakap tu, kau nampaknya sudah beransur
sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak tanya kau. Betul ke Pak Haji dengar kau dah tukar
nama?
AZMIR: Memang betul. Mana Pak Haji tahu?
PAK HAJI: Ada orang cakap-cakap. Err ... apa namanya tu?

AZMIR: (Menunjukkan tanda nama yang tersemat pada bajunya)

PAK HAJI: Apa namanya ni? Pak Haji kurang jelas pulak.

AZMIR: W.A. Domski.

PAK HAJI: Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak Haji,
macam bukan nama orang sini saja.

AZMIR: Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang Melayu lagi.

PAK HAJI: (Menggeleng). Habis ...?

AZMIR: (Tersenyum sinis). Apa yang habis?

PAK HAJI: Astaghfirullah. Azmir. Azmir, mengucaplah banyak-banyak. Mengapa sampai jadi
macam ni, Azmir?

AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikian
kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud
di bibir saja. Hanya wujud pada nama saja. Nama saja tidak membawa makna apa-apa.
Yang penting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa,
4

Pak Haji memiliki apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji
memilikinya.

PAK HAJI: Azmir, mengucap Azmir.

AZMIR: Apa? Pak Haji fikir saya sebodoh itu? Tak tahu mengucap? Saya sudah mengucap
lama dahulu. Pak Haji jangan hendak membodohkan saya. Saya bukan tidak percaya
kepada Tuhan. Saya cuma tidak percaya kepada manusia. Lebih-lebih lagi manusia-manusia
seperti Pak Haji ni. Manusia yang bercakap lain, tapi buat lain.

(Dipetik daripada ‘Bukan Gila’,


dalam antologi Sejadah Rindu, DBP)

i. Berdasarkan petikan tersebut, mengapakah Azmir menukar namanya kepada


W.A. Domski ? [2 m]

ii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca sesetengah masyarakat moden hari ini
tidak memiliki hati nurani yang bersih dan suci. [3 m]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [4 m]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada
malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”
Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun
pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan
orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu.
Maka titah duli yang maha mulia patik junjung."
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini
bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik
hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah jauh daripada kita. Jikalau Laksamana
pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka
Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
5

i. Berikan maksud bukan barang-barang penjurit ? [2 m]

ii. Apakah yang dipersembahkan oleh Laksamana kepada raja setelah mendengar
keterangan Temenggung ? [3 m]

iii. Sekiranya anda Laksamana, bagaimanakah anda mempengaruhi raja supaya


bersetuju untuk membenarkan anda keluar berkawal? Berikan dua cadangan
jawaban anda. [3 m]

Soalan 2(d) – Sajak


Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
6

i. Bagaimanakah keadaan dan perasaan ‘Aku’ berdasarkan rangkap pertama sajak? [2 m]

ii. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh anak- [3 m]
anak untuk membahagiakan ibu bapa pada usia tua ?

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 m]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) sekata
(ii) berkata
(iii) dikatakan
(iv) mengata
(v) mengatakan
(vi) memperkatakan

[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya.

(i). Sepasang baju kurung yang berwarna merah jambu saya beli pada minggu
lepas.

(ii). Adat bangsa masih dijunjung oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini.

(iii). Peraturan aktiviti perkhemahan kokurikulum sedang dijelaskan oleh pegawai


daripada jabatan pendidikan.

(iv). Disiplin anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa sejak kecil lagi supaya
mereka tidak terlibat dalam sebarang gejala negatif.

(v). Buku latihan itu perlu engkau hantar sebelum pulang hari ini.

(vii) Semua pinggan mangkuk dicuci olehnya sebelum ibu pulang dari tempat kerja.
[6 markah]
7

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan baucer potongan harga di kaunter


pintu masuk utama pusat membeli-belah tersebut.
(ii) Pihak kerajaan akan memperhalusi semua cadangan yang diterima daripada
orang awam sebelum membuat pengubahsuaian jalan di kawasan lencungan
yang sering mengakibatkan kemalangan maut.
(iii) Semua pengeluaran produk makanan perlu membuat pelebalan kandungan
pada produk masing-masing mengikut standard yang ditetapkan.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Media massa perlu lebih banyak memasukkan idea dan kritikan membina di
dalam rencana yang diterbitkan untuk membangunkan masyarakat yang
berfikiran kritis.
(ii) Pengambilan ubat-ubatan moden perlulah dengan panduan yang doktor berikan
agar tidak menjejaskan seseorang pesakit.
(iii) Malaysia mempunyai prestasi yang sangat besar agar menarik lebih banyak
pelancong kesihatan.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i) Pakar forensik yang terkenal itu berjaya mengesan identiti mayat yang ditemui
dalam tempoh dua jam walaupun mayat tersebut sudah reput.

(ii) “Ilmu sehebat mana pun tidak akan memberikan sebarang faedah sekiranya
tidak digunakan untuk membantu orang lain atau dikongsikan dengan orang
lain”, kata guru itu kepada murid-muridnya.

(iii) Zulhisyam telah pun membeli kelengkapan pakaian sejuk untuk percutian ke
Switzerland sedangkan dia belum lagi menyertai pertandingan yang
menawarkan hadiah utama percutian ke Switzerland selama tujuh hari, enam
malam.

[6 markah]
8

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menyentuh
perasaan anda. Berikan alasan sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan
anda. [7 m]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,huraikan satu perwatakan watak
sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
[8 m]

KERTAS SOALAN TAMAT


9

SKEMA:
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pembangunan modal insan berilm u dan
cabaran untuk m elahirkan m odal insan berilm u. Panjangnya rumusan hendaklah tidak m elebihi 120 patah perkataan.
Pendahuluan : [2 m]
Petikan membincangkan manfaat/kelebihan/kebaikan/keperluan pembangunan modal insan
berilmu di negara kita/di Malaysia.
Petikan membincangkan manfaat/kelebihan/kebaikan/keperluan pembangunan modal insan
berilmu dan peranan pelbagai pihak untuk melahirkan modal insan berilmu.
Rumusan ini membincangkan manfaat/kelebihan/kebaikan/keperluan pembangunan modal
insan berilmu dan cabaran untuk melahirkan modal insan berilmu.

Isi Tersurat: [12-4 m]


Dalam abad ke-21 ini, senario pendidikan global berkembang dengan begitu pesat. Arus dan ledakan globalisasi telah
menghasilkan daya penggerak yang membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia. Di negara kita, usaha pembentukan modal
insan ini perlu disuap dengan pemahaman tentang kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, untuk dimanfaatkan
dalam kehidupan setiap insan demi kecemerlangan, kesejahteraan dan rasa kecintaan kepada tanah air. Pembinaan dan
pembangunan modal insan ini juga akan berjalan serentak seperti yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, usaha membangunkan modal insan ini telah dilakukan oleh kerajaan melalui pelbagai kaedah dan agensi
terutamanya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hal ini demikian kerana
pendidikan dan pengetahuan yang bermutu tinggi serta bertaraf dunia dalam kalangan rakyat (1) merupakan prasyarat
penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Begitu jugalah bagi Malaysia yang sedang pesat
membangun dan hampir mencapai matlamat ke arah menjadi negara maju.
Dalam era teknologi maklumat kini,(2) kekuatan dan ketahanan sesebuah negara adalah lebih
berasaskan masyarakat yang berpendidikan. Oleh itu, setiap ahli masyarakat mestilah
menumpukan usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran tinggi sebagai
asas kepada pembangunan insan. Di rumah, pendidikan moral dan nilai-nilai murni dalam
keluarga mestilah ditekankan oleh semua ahli keluarga. Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM
untuk semua sekolah hendaklah menekankan nilai-nilai bersama supaya (3) membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu dan bersefahaman kerana kecelikan ilmu akan mematangkan seseorang tentang
sejarah tanah air tercinta ini. Individu yang cemerlang akan (4) dapat menyumbang pemikiran bernas bagi
penerokaan dan pemantapan sesuatu bidang yang diceburi. Melalui pembangunan insan yang
seimbang akan (5) dapat melahirkan perwatakan murid yang terpuji seperti gigih belajar, berakhlak,
berinovasi, bersemangat w aja serta berdaya saing dalam pasaran global.
(6) Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi. Di samping itu ,
(7) menjadi tunjang pembinaan negara bangsa bagi
sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, asasnya ialah pembentukan dan pembangunan modal insan
yang bersepadu dan seimbang. Modal insan yang dibangunkan melalui ilmu pengetahuan sekarang ini, akan (8) menjadi
penjana Tranformasi Nasional 2050 (TN50) dalam tempoh 30 tahun akan datang. Kita sedia
maklum bahaw a pembangunan modal insan bukanlah sesuatu yang senang dan boleh diambil mudah. Us aha membangunkan
modal insan berilmu ini menyebabkan kita menghadapi pelbagai halangan namun akan menjanjikan manfaat yang amat bermakna
kepada negara seperti kata cerdik pandai “lebih besar kesulitan yang kita alami, lebih besar dan bermaknalah kejayaan y ang akan
kita capai”.

Isi Tersirat : [4-12 m] Cabaran

1. Remaja pelajar kurang berminat dalam pelajaran


2. Pelajar tercicir dari sekolah
3. Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja sekolah/pelajar
4. Pengaruh media sosial ICT / mengutamakan dunia hiburan
5. Tiada sokongan daripada ibu bapa / ibu bapa tidak memahami kepentingan ilmu

Kesimpulan: [2 m]
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk membangunkan modal insan berilmu
agar dapat menjayakan semua perancangan negara.
10

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menghasilkan daya penggerak. [2 m]


- menyebabkan/mengakibatkan kuasa penjana
- membuahkan tenaga penjana
- menjadi tenaga pencetus
- menjadi faktor penyebab

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan peranan pelbagai pihak untuk melahirkan modal insan
berilmu. [3 m]
- setiap ahli masyarakat mestilah menumpukan usaha untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran tinggi sebagai asas kepada pembangunan insan
- pendidikan moral dan nilai-nilai murni dalam keluarga mestilah ditekankan oleh
semua ahli keluarga
- Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM untuk semua sekolah hendaklah
menekankan nilai-nilai bersama

iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara negara untuk melahirkan pelajar yang berdaya
saing tinggi dalam bidang akademik ? [4 m]
- KPM membuat anjakan perubahan dalam dasar pendidikan yg
menekankan KBAT/perubahan silibus/kurikulum
- Melaksanakan aplikasi ICT/TM di sekolah/dalam pembelajaran
- Melatih/melahirkan guru-guru yg berkompiten
- Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
- Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

PAK HAJI: Mir, Pak Haji rasa, daripada cara kau bercakap tu, kau nampaknya sudah beransur sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak
tanya kau. Betul ke Pak Haji dengar kau dah tukar nama?
AZMIR: Memang betul. Mana Pak Haji tahu?
PAK HAJI: Ada orang cakap-cakap. Err ... apa namanya tu?
AZMIR: (Menunjukkan tanda nama yang tersemat pada bajunya)
PAK HAJI: Apa namanya ni? Pak Haji kurang jelas pulak.
AZMIR: W.A. Domski.
PAK HAJI: Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak Haji, macam bukan nama orang sini saja.
AZMIR: Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang Melayu lagi.
PAK HAJI: (Menggeleng). Habis ...?
AZMIR: (Tersenyum sinis). Apa yang habis?
PAK HAJI: Astaghfirullah. Azmir. Azmir, mengucaplah banyak-banyak. Mengapa sampai jadi macam ni, Azmir?
AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikian kerana dalam masyarakat di sini sudah
tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya w ujud di bibir saja. Hanya w ujud pada nama saja. Nama saja tidak membaw a
makna apa-apa. Yang penting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. A pa, Pak Haji memiliki
apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya.
PAK HAJI: Azmir, mengucap Azmir.
AZMIR: Apa? Pak Haji fikir saya sebodoh itu? Tak tahu mengucap? Saya sudah mengucap lama dahulu. Pak Haji jangan hendak
membodohkan saya. Saya bukan tidak percaya kepada Tuhan. Saya cuma tidak percaya kepada manusia. Lebih-lebih lagi
manusia-manusia seperti Pak Haji ni. Manusia yang bercakap lain, tapi buat lain.
11

i. Berdasarkan petikan tersebut, mengapakah Azmir menukar namanya kepada W.A.


Domski ? [2 m]
-kerana itu Itu hak saya/Azmir
-kerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang
-kerana nama saja tidak membawa makna apa-apa

ii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca sesetengah masyarakat moden hari ini tidak
memiliki hati nurani yang bersih dan suci. [3 m]
-kerana desakan hidup/hambatan ekonomi menyebabkan mereka sanggup hidup
berpura-pura
-kerana mengejar kebendaan/materialistik / masyarakat sanggup berbuat apa-apa
sahaja demi kemewahan hidup
-kerana tipisnya pegangan agama/ilmu agama sehingga hilang sifat kejujuran
-kerana pengaruh budaya kuning/barat yang menyebabkan masyarakat sanggup
hidup dalam hipokrasi/bersandiwara

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama. [4 m]

Pengajaran dalam petikan: [P1m + H1m]

-Kita harus sentiasa mengingati Tuhan misalnya Pak Haji meminta Azmir
mengucap banyak-banyak kerana tindakannya menukar nama.
-Kita tidak harus menjadi manusia yang berpura-pura kerana pada pendapat
Azmir Kasih sayang hanya wujud di bibir dan nama sahaja serta meragui Pak Haji
memiliki nilai tersebut.
-Kita haruslah melakukan sesuatu secara bersebab misalnya Azmir menukar
namanya kerana masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang
-Kita haruslah memiliki hati nurani yang bersih dan suci misalnya Azmir berkata
kasih sayang perlu dipraktik dengan hati nurani yang bersih dan suci

Pengajaran dalam keseluruhan drama: [P1m + H1m]

-Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat
membantu mereka.
Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar
segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
-Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan
khianat.
Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani
beranggapan bahawa Azmir gila.
-Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.
Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan
Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
-Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa
dipinggirkan.
Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang
menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
-Kita haruslah memberikan kasih sayang yg sepenuhnya terhadap anak-anak.
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.
12

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petik an prosa k lasik di bawah dengan teliti, k emudian jawab soalan-soalan yang berik utnya dengan
menggunak an ayat anda sendiri.

Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkaw al? Mengapakah pada
malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”
Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah
berkaw al. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu
dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung."
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit,
lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke baw ah duli hendak cuba bermain dengan penjurit
itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkaw al, siapa teman kita
di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang,
Dew an Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud bukan barang-barang penjurit ? [2 m]


-askar/ pejuang/ penjahat/ pencuri yang sangat handal/ hebat/ lincah/ licik

ii. Apakah yang dipersembahkan oleh Laksamana kepada raja setelah mendengar keterangan
Temenggung ? [3 m]
-penjurit tersebut sangat handal/bukan barang-barang penjurit
-lebih hebat/handal daripada Laksamana
-sekiranya diberi keizinan/mendapat restu/kebenaran raja, Laksamana hendak
menguji kehebatan/kehandalan penjurit tersebut

iii. Sekiranya anda Laksamana, bagaimanakah anda mempengaruhi raja supaya bersetuju
untuk membenarkan anda keluar berkawal? Berikan dua cadangan jawaban anda.
-akan membawa raja sekali semasa berkawal [3 m]
-saya akan menyembunyikan raja di luar istana demi keselamatan
-meyakinkan raja bahawa mempunyai kelebihan ilmu untuk menangkap penjurit
tersebut
-menerangkan kelemahan yg ada pada penjurit kepada raja
-menerangkan perancangan sistematik kpd raja tentang kawalan yang akan
diadakan
13

Soalan 2(d) – Sajak


Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penaw ar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

i. Bagaimanakah keadaan dan perasaan ‘Aku’ berdasarkan rangkap pertama sajak? [2 m]


-sering didatangi sepi/berasa sepi/ aku selalu didatangi malam sepi
-kesepian tersebut membelenggu/mengikat dirinya/ terikat/terkongkong dgn
kesepian/ sepi bagai melingkari leherku
-tiada perbezaan dialami pada setiap hari / tidak berubah keesokan hari
-menanti orang/anak yg datang menjenguknya/ siapa yg akan datang
menjengukku

ii. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh anak-anak [3 m]
untuk membahagiakan ibu bapa pada usia tua ?

-mendengar dan mematuhi semua nasihat/perintah mereka


-membawa mereka melancong/bercuti/mengerjakan Haji atau Umrah
-memberikan wang belanja pada setiap bulan
-menyediakan tempat tinggal selesa/tinggal bersama-sama dengan mereka
-memberikan kasih sayang/berlemah lembut dengan mereka
-menjaga mereka sekiranya mereka uzur

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 m]


-persoalan tentang anak-anak yang mengabaikan ibu bapa/ anak-anak yg tidak
bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa pada usia tua
-persoalan tentang nasib warga emas yang terabai/terbiar menderita dalam
kesepian kerana tidak dikunjungi oleh anak-anak
-persoalan tentang kasih sayang ibu tiada penghujung/ harapan ibu terhadap
zuriatnya tersendiri kasih ibu yang suci yang mendoakan yang terbaik untuk anak-
anak walau apa-apapun perangai/tindakan dan tingkah laku mereka terhadap ibu
bapa
-persoalan tentang kehidupan manusia di dunia tiada yang kerana semua yang
hidup di bumi akan mati kecuali Tuhan
14

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(b) Tulis satu ayat bagi setiap perk ataan di bawah supaya jelas menunjuk k an bahawa anda faham
ak an mak sud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahk an imbuhan, menuk ark an
imbuhan serta menggunak an perk ataan itu sebagai peribahasa atau nama k has.

(i) sekata = sama-sama bersetuju dlm semua hal, perkara, dsb; sepakat; semufakat
(ii) berkata = melahirkan isi hati dengan kata-kata; berbicara; berucap
(iii) dikatakan = diberitahukan; diceritakan; dibicarakan
(iv) mengata = bercakap buruk tentang seseorang
(v) mengatakan = memberitahukan; menceritakan; mengeluarkan kata-kata
(vi) memperkatakan = berkata tentang sesuatu; mempercakapkan; membicarakan;
menceritakan; menjadikan sebagai perkara/bahan yang dibincangkan
(b) Tukar ayat-ayat pasif di baw ah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya.

(i). Sepasang baju kurung yang berwarna merah jambu saya beli pada minggu lepas.
Saya membeli sepasang baju kurung yang berwarna merah jambu pada minggu
lepas.

(ii). Adat bangsa masih dijunjung oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini.
Masyarakat Melayu masih menjunjung adat Melayu sehingga hari ini.

(iii). Peraturan aktiviti perkhemahan kokurikulum sedang dijelaskan oleh pegawai daripada
jabatan pendidikan.
Pegawai daripada jabatan pendidikan sedang menjelaskan peraturan aktiviti
perkhemahan kokurikulum.

(iv). Disiplin anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa sejak kecil lagi supaya mereka
tidak terlibat dalam sebarang gejala negatif.
Ibu bapa sewajarnya mengawal disiplin anak-anak sejak kecil lagi supaya
mereka tidak terlibat dalam sebarang gejala negatif.

(v). Buku latihan itu perlu engkau hantar sebelum pulang hari ini.
Engkau perlu menghantar buku latihan itu sebelum pulang hari ini.

(vii) Semua pinggan mangkuk dicuci olehnya sebelum ibu pulang dari tempat kerja.
Dia mencuci semua pinggan mangkuk sebelum ibu pulang dari tempat kerja.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan im buhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) baucer = baucar


membeli-belah = beli-belah
(ii) memperhalusi = memperhalus
lencungan = lencongan
(iii) pengeluaran = pengeluar
pelebalan = pelabelan
15

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) memasukkan = menyalurkan/menyampaikan


di dalam = dalam
(ii) doktor berikan = diberikan oleh doktor
menjejaskan = memudaratkan
(iii) prestasi = potensi
agar = untuk

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.
(i) Pakar forensik yang terkenal itu berjaya mengesan identiti mayat yang ditemui dalam tempoh dua jam
w alaupun mayat tersebut sudah reput.

-jauhari yang mengenal manikam


(ii) “Ilmu sehebat mana pun tidak akan memberikan sebarang faedah sekiranya tidak digunakan untuk membantu
orang lain atau dikongsikan dengan orang lain”, kata guru itu kepada murid-muridnya.

-kemenyan sebesar lutut, jika tak dibakar manakan berbau

(iv) Zulhisyam telah pun membeli kelengkapan pakaian sejuk untuk percutian ke Sw itzerland sedangkan dia belum
lagi menyertai pertandingan yang menaw arkan hadiah utama percutian ke Sw itzerland selama tujuh hari, enam
malam.

-burung terbang dipipiskan lada / ikan lagi di laut, lada garam sudah di
sengkalan / rusa di hutan, kancah sudah dijerang

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 mark ah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasark an novel-novel yang berik ut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman
16

(a Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menyentuh perasaan
anda. Berikan alasan sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 7m

Soalan 4(a)
i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap peristiwa yang lengkap/jelas.
iv. Beri 1 markah untuk peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas.
v. Beri 2 markah untuk alasan sebab peristiwa menyentuh perasaan.
vi. Beri 0 markah sekiranya alasan tidak munasabah/tidak relevan.
vii. Markah isi maksimum 4 markah.
viii. Markah bahasa maksimum 3 markah.
ix. Markah bahasa diberi seperti berikut :
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah

x. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
xi. Calon tidak menjawab 0 markah

Peristiwa Alasan
Peristiwa Lili menyelamatkan Che Jah Walaupun Lili tinggal di bandar namun dia
daripada masalah keganasan rumah tidak memiliki sifat-sifat masyarakat
tangga. (dihurai dengan lengkap) bandar(sikap individualistik) / masih remaja
namun dia mampu berfikir secara dewasa/
kerana menyedarkan saya tentang keganasan
rumah tangga dapat memberi impak kepada
anak-anak dan memusnahkan rumah tangga
Peristiwa Dahlia diherdik/ditengking Dahlia dituduh membunuh Said / dimarahi
semasa menziarahi jenazah Said di rumah oleh Aton dan mengancam utk membunuhnya
Aton. (dihurai dengan lengkap) namun Dahlia bersabar dengan kerenah Aton
/ kerana Dahlia memiliki kesabaran yang tinggi
/ kerana Dahlia bukan penyebab kematian
Said namun dia menjadi mangsa keadaan/
penduduk kampung yg hadir memandang
serong terhadap Dahlia
*Sila terima mana-mana peristiwa dan alasan relevan yang dihurai oleh calon.
17

(b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,huraikan satu perwatakan watak sampingan
yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
8m
i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii. Berikan 3 markah untuk perwatakan yang dihurai dengan jelas / lengkap
iv. Markah isi maksimum 6 markah.
v. Markah bahasa maksimum 2 markah.
vi. Markah bahasa diberi seperti berikut ;
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah

vii. Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, beri 1 markah untuk bahasa.
viii. Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


Datuk( Haji Abdul Rahman) Embong
1. Seorang yang kuat bekerja 1. Seorang ketua keluarga yang
Sebagai contohnya, tangan datuk macam besi bertanggungjawab
berkarat, uratnya biru dan tertonjol. Sebagai contohnya, Embong tidak mahu
anak-anaknya berhenti sekolah dan
2. Seorang yang pakar tentang perubatan mengatakan beliau akan bertanggungjawab
tradisional akar –akar kayu dan pengamal menyara kehidupan mereka walaupun
perubatan tradisionalSebagai contohnya, isterinya sakit.
datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah
dengan menggunakan herba. 2. Seorang yang penyayang
Sebagai contohnya, Embong sangat
3. Seorang yang menghargai pemberian orang menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau
lain. sanggup melakukan dua kerja untuk
Sebagai contohnya, datuk risau apabila bekas menampung perbelanjaan keluarganya.
kemenyan pemberian Puan Letchumi dan
tasbih hilang 3. Seorang yang percaya akan kehendak
takdir
4. Seorang yang kuat beribadat Sebagai contohnya, Embong percaya akan
Sebagai contohnya, datuk tidak pernah kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi
meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.
keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam
hal berkaitan agama. 4. Seorang yang penyabar
Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina
5. Seorang yang sangat menghargai nilai oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup
sejarah miskin.
Sebagai contohnya, datuk menceritakan
kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa 5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk
yang jendelanya menghadap jalan. anak-anaknya
Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia
pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia

6. Seorang yang berani


Sebagai contohnya, Embong berani
membunuh ular sawa yang membelit
badannya.
18

Geetha Azhari

1. Seorang yang peramah 1. Seorang yang berpendidikan tinggi


Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat
pelbagai soalan kepada Lili sewaktu berada di segulung ijazah
dalam bas.
2. Seorang yang berani 2. Seorang yang suka memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Sebagai contohnya, Azhari sentiasa
Lili mendaki bukit untuk melihat matahari menasihati Dahlia
terbenam. agar belajar denganbersungguh-sungguh.

3. Seorang yang bijaksana 3. Seorang yang pandai memujuk


Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk
menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Dahlia agar menerima lamarannya.
Universiti Malaya.

Seman Aton
1. Suka membuat fitnah -
1. Seorang yang pemarah- apabila melihat kepulangan Dahlia dihantar
Suami Che Jah merupakan kaki judi pemabuk, oleh Azhari, kemudian Azhari datang ke
sering menjadikan Che Jah isterinya dan rumah Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia
anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai menyampaikan berita tersebut kepada Hajah
tempat melepaskan geram dan marah. Maimon, isteri Haji Sulaiman
· Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk 2. Pendendam -
· Ditangkap di belakang pondok dusun dan Aton mendendami Dahlia atas kematian
diserahkan kepada pihak berwajib untuk anaknya,Said yang lemas di sungai, dia
dijalankan pemulihan akidah. menuduh Dahlia sebagai punca anaknya mati
lemas kerana Dahlia lambat menyelamatkan
anaknya itu
1

 Terima perwatakan watak sampingan yang lain.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

You might also like