You are on page 1of 14

SULIT 011

UJIIAN SETARA 2 DAERAH LIMBANG 2017

BAHASA MELAYU–PEMAHAMAN 011

1 ¼ minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan BahagianB.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagianini.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,


C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak
menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan
jawapan yangbaharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 - 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,.


sembah ahli nujum kepada sultan.

A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba

2 Tokoh budayawan negeri Sarawak bolehlah dipilih __________ mereka yang


masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

A dari
B pada
C kepada
D daripada

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

3 Terdapat dua atau tiga durian dalam setiap pangsa.

A buah
B biji
C ulas
D ruas

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4 Badan pengemis itu kotor dan pakaiannya .

A cerai-berai
B koyak-rabak
C senget-benget
D compang-camping

5 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A ketat
B singkat
C besar
D longgar

6 Irdina berasa amat kecewa kerana telah gagal dalam itu.

A temu duga
B temu bual
C temu ramah
D temu bicara

7 Juadah untuk berbuka yang disediakan oleh ibu enak rasanya berbanding
juadah yang dibeli oleh abang di Bazar Ramadan.

A agak
B betul
C nian
D paling

8 Kehidupannya masih melarat anak-anaknya berjawatan tinggi.

A jikalau
B semenjak
C sedangkan
D sementara
[Lihat halaman sebelah
SULIT

011 © 2017
SULIT 011
9 ________, pengikut-pengikutku, hendaklah kamu semua terus berjuang
sekiranya aku gugur dahulu!

A Aduhai
B Wahai
C Ah
D Oh
10 Orang ramai bersungut kerana harga barang semakin meningkat.

harga barang-barang keperluan harian.

A Namun begitu
B Oleh sebab itu
C Lebih-lebih lagi
D Tambahan pula.

11 Ketika cuaca baik, keindahan alam di puncak Bukit Mas itu


___________________

A ternampak
B tergambar
C terserlah
D tersebar

12 Semua sekolah di Bandar Bintulu diumumkan cuti pada hari ini


kerana________ kawasannya mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak
sihat.

A seluruh
B separuh
C setengah
D segelintir

13 __________________ konsert di Dataran Jubli Emas itu dimulai dengan


tarian joget oleh Kumpulan Sekolah Kebangsaan Tiga Kampung.

A Disembahkan
B Persembahan
C Penyembahan
D Dipersembahkan

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

Soalan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.
14 I Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
II Minta semua peserta bersedia.
III Sila jangan merokok di kawasan ini.
IV Tolong jangan bising di dalam perpustakaan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Gugur hati saya apabila melihat keadaan peminta sedekah itu.
II Buah durian yang gugur itu telah dikumpulkan untuk dijual.
III Beberapa orang anggota tentera telah gugur sebagai bunga bangsa.
IV Kesatlah air matamu yang gugur itu dengan sapu tangan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

Soalan 16
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Amat ayu gadis dari Thailand itu.
II Kita akan bertemu lagi dari masa ke semasa.
III Kempen Anti Dadah perlu diadakan di sepanjang masa.
IV Adik Afiq dihantar ke prasekolah sejak umurnya lima tahun.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Limbang, Rabu – beberapa buah rumah di Kampung Medait dan Kampung


Kuala Awang telah ditenggelami air ekoran hujan lebat tanpa henti sejak dua hari
lalu.
Mangsa-mangsa banjir tersebut telah dipindahkan ke Dewan Masyarakat
Batu Danau.Terdapat juga sebahagian daripada mangsa menumpang di rumah
saudara-mara masing-masing.Pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan segera
kepada mangsa-mangsa ini.
Sementara itu, jalan utama yang menghubungkan Batu Danau dengan
Tedungan telah ditenggelami air. Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan
melalui jalan tersebut.
Seorang mangsa banjir, Encik Sawat anak Rintang memberitahu bahawa
anak mereka telah diselamatkan oleh Pasukan jabatan Pertahanan Awam (JPA 3).
Tambahnya lagi, kebanyakan mangsa tidak menyedari rumah telah ditenggelami
air kerana kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.
Pegawai Daerah Limbang, Encik Ismail bin Razali menasihatkan kepada
para penduduk agar segera berpindah sekiranya rumah mereka mulai
ditenggelami air. Mereka hanya perlu membawa dokumen-dokumen penting ke
pusat-pusat pemindahan.

17. Mengapa beberapa buah rumah di Kampung Medait dan Kampung Kuala
Awang ditenggelami air?
A. Air sungai melimpah.
B. Rumah mereka rendah.
C. Hujan lebat tanpa henti.
D. Musim tengkujuh sudah tiba.

18. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di


A. Dewan Batu Danau
B. Balai raya Batu Danau
C. Kampung Medait
D. Dewan Masyarakat Batu Danau

19. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh mangsa jika rumah mereka mulai
ditenggelami air?
A. Menutup semua pintu.
B. Mengunci pintu rumah.
C. Menyelamatkan kenderaan masing-masing.
D. Membawa dokumen-dokumen penting ketika berpindah.

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011
20. Berikut merupakan akibat daripada banjir tersebut, kecuali..
A. mangsa mengalami kebuluran.
B. mangsa-mangsa terpaksa dipindahkan.
C. kenderaan tidak boleh melalui kawasan yang dilanda banjir.
D. jalan yang menghubungkan Batu Danau dan Tedungan terputus.

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

NO. KAD PENGENALAN/


NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

UJIIAN SETARA 2 DAERAH LIMBANG 2017

BAHASA MELAYU–PEMAHAMAN 011


Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Tulis nombor kad pengenalan Untuk Kegunaan Pemeriksa
atau nombor sijil kelahiran Kod Pemeriksa :
dan angka giliran pada petak No. Soalan Markah
yang disediakan 21
22 (a)
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis (b)
pada ruang jawapan yang
(a)
disediakan dalam kertas soalanini.
(b)
23
3. Serahkan Bahagian B ini (c)
bersama- sama kertas jawapan (d)
objektif kepada pengawas (a)
peperiksaan pada
(b)
akhirpeperiksaan. 24 (c)
(d)
(a)
(b)
25 (c)
(d)

Jumlah

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

berdisiplin laris berehat tertib

bertugas berjumpa rajin bersih

Kantin merupakan tempat untuk murid-murid makan dan minum. Biasanya murid-murid___________

di kantin pada waktu rehat atau selepas sesi persekolahan. Semasa di kantin, murid-murid juga dapat
_______________ dengan rakan-rakan yang lain. Pada waktu rehat, pengawas akan _____________
di kantin untuk mengawasi murid-murid agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Semua murid
haruslah beratur untuk membeli makanan dan minuman agar tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.Selain itu, mereka juga harus menjaga kebersihan sekitar kantin.
[ 3 markah ]

Soalan 22

a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Tahniah atas kejayaan


kamu menjuarai
pertandingan berpidato
peringkat daerah.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT

011 © 2017
SULIT 011

b. Gariskan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Seperti anjing dengan


kucing.

Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga.
Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 © 2017
SULIT 011
Soalan 23
Baca dan fahami maklumat yang terdapat pada gambar di bawah ini, kemudian
jawab soalan-soalan yangberikutnya.

a) Berikan satu contoh sayur yang terdapat pada rajah di atas?

[ 1 markah ]

b) Kuantiti yang paling banyak kita perlu ambil ialah

[ 1 markah ]

c) Berikan dua contoh makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi?

[ 2markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 © 2017
SULIT 011
Adakah anda bersetuju pengambilan makanan yang seimbang merupakan faktor
penting kepada kesihatan kita? Mengapa?

[ 3 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari inilah yang aku nanti-nantikan. Ayah akan membawa aku, ibu, Angah dan
Usu ke Zoo Melaka. Hanya Along yang tinggal kerana peperiksaan SPM semakin
hampir.
Kami tiba di Zoo Melaka yang letaknya hanya 13 kilometer dari Bandar Melaka
seawal pukul 8.30 pagi. Ayah membeli tiga keping tiket bernilai RM 2 dan dua keping
tiket bernilai RM 5 sebaik-baik saja kaunter beroperasi. Zoo yang kedua terbesar di
Malaysia ini bertindak sebagai “Bank Biologi” untuk memelihara spesies hidupan liar
yang semakin pupus.
Kami mengambil keputusan untuk menaiki trem yang disediakan.Kami dibawa
bersiar-siar di sekeliling zoo yang berkonsepkan pulau yang dikelilingi air ini. Aku
sungguh terhibur melihat aksi Pak Belang yang sedang berehat, Pak Belalai yang sedang
mandi, aksi lucu orang utan, serta binatang-binatang lain seperti rusa, beruang, dan
badak sumbu.
Setelah puas mengelilingi kawasan zoo, ayah mengajak kami menjamu selera di
sebuah restoran makanan segera.Kami mengisi perut sambil menikmati keindahan flora
dan fauna di zoo tersebut. Selepas itu, kami ke Menara Pandang. Kami terlebih dahulu
terpaksa melalui jambatan kecil yang disediakan di situ. Aku kagum melihat keunikan
menara yang mempunyai tujuh tingkat itu.
Namun, pengalaman yang paling tidak dapat aku lupakan ialah peluang
menunggang kuda.Pada mulanya, aku berasa amat takut. Penjaga kuda tersenyum
simpul melihat telatahku yang memeluk kuda itu erat-erat. Sebelum pulang, kami
singgah di kedai cenderamata. Di kedai ini, beberapa pasang kemeja- T, cawan, poskad,
topi, dan kraf tangan berbentuk kereta lembu kami beli sebagai tanda kenang-kenangan
dan oleh-oleh untuk Along.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 © 2017
SULIT 011
a. Perkataan lawan bagi kagum dalam petikan

.
[ 1 markah ]

b. Mengapakah Along tidak pergi ke Zoo Melaka ?

[ 2 markah ]

c. Apakah yang dimaksudkan dengan “Bank Biologi” ?

[ 2 markah ]

d. Adakahspesies hidupan liar seperti yang terdapat dalam Zoo Melaka ini
perlu dipelihara ? Mengapa?

[ 3 markah ]
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya.

Sungai itu kian tercemar


Penuh sampah
Penuh bahan buangan
Penuh sisa toksik

Bergelimpangan ikan-ikan
Di permukaan sungai
Mati sebelum sempat membesar

Air sungai itu


Dahulunya amat jernih dan deras
Kini keruh dan lesu mengalir

Marilah kita selamatkan sungai


Bersihkan daripada sebarang kekotoran
Jernihkan semula air sungai
Agar ia deras kembali mengalir.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 © 2017
SULIT 011

a) Apakah maksud rangkap pertama sajak ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

b) Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () bagi pernyataan yang
salah berdasarkan pantuntersebut.

Air sungai akan jernih dan deras jika ada bahan


buangan dibuang ke dalam sungai

Pemuliharaan sungai perlu dilakukan dengan segera

[ 1 markah ]

c) Apakah kepentingan air selain membekalkan sumber makanan kepada kita?

[ 2 markah ]

Dahulunya amat jernih dan deras


Kini keruh dan lesu mengalir

d) Terangkan maksud baris-baris sajak diatas.

[ 3 markah ]

ERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 © 2017

You might also like