You are on page 1of 4

-----------------------------------------------------------

7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar


Matematik Dalam kelas
-----------------------------------------------------------

========
TIPS #1# ABAIKAN SEMUA YANG LAIN
========
Apabila Cikgu mula mengajar sahaja,
hentikan semua perkara lain.Berhenti
cari buku,berhenti asah pensel,berhenti
suruh orang diam dan berhenti mengikat
tali kasut.Beri tumpuan 500% kepada
penerangan guru.Inilah RAHSIA PALING
BESAR pelajar yang cemerlang dalam
MATEMATIK!

========
TIPS #2# TEKA,APA CIKGU MAHU AJAR
========
Sebelum cikgu mula mengajar satu
topik baru,tanya dalam minda
*Topik ini berkenaan apa?
*Apa yang penting agaknya dalam
topik ini?
*Topik ini ada kaitan atau tidak
dengan topik sebelum ini.
Lebih banyak soalan dalam minda
sebelum cikgu bermula ,LEBIH BAGUS
-----------------------------------------------------------
7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar
Matematik Dalam kelas
-----------------------------------------------------------

========
TIPS #3# CONTENG KERTAS KOSONG
========
Semasa cikgu mengajar,jika ada
soalan keluar dalam minda mengenai
apa yang tidak faham,CONTENGKAN di
atas kertas kosong.YA CONTENGKAN!
Apa yang faham semasa cikgu mengajar
contengkan juga.

========
TIPS #4# BAYANGKAN APA YANG CIKGU
SEDANG AJAR
========
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang
cikgu sedang ajar,kita akan terbayang
kan perkara lain.Membayangkan perkara
selain apa yang cikgu ajar inilah yang
dinamakan berangan-angan atau khayal
dalam kelas.
Bayangkan dapat melihat apa yang cikgu
sedang terangkan dan apa yang cikgu sedang
ceritakan.
-----------------------------------------------------------
7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar
Matematik Dalam kelas
-----------------------------------------------------------

========
TIPS #5# CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN
========
Soalan daripada latihan matematik
boleh menentukan samaada kita faham
atau tidak.Untuk Matematik Soalan
Peperiksaan Percubaan dan peperiksaan
Sebenar tahun-tahun lepas sudah memadai.
Lebih banyak kita FAHAM,lebih banyak
kita akan INGAT.Apabila terjumpa soalan
yang tidak dapat dijawab,tuliskan soalan
diatas kertas untuk ditanyakan kepada
cikgu atau rakan.

========
TIPS #6# MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH
MENCUBA SAHAJA
========
Ada pelajar bertanya cikgu sebelum dia
cuba menjawab soalan itu bersungguh
sungguh dahulu.Ini menyebabkan pelajar
mudah LUPA.CARA YANG BETUL buat dulu,
fikir dulu dan jawab dulu soalan tersebut
dengan bersungguh-sungguh,kemudian barulah
bertanya.
-----------------------------------------------------------
7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar
Matematik Dalam kelas
-----------------------------------------------------------

========
TIPS #7# BACA SEMULA APA CIKGU AJAR
SEBELUM 48 JAM
========
Kajian Saintis mengatakan bahawa jika
pelajar belajar 10 perkara hari ini,
mereka akan lupa 9 daripadanya selepas
2 hari.Ya SELEPAS 2 HARI.Cara mengatasinya
ialah selepas belajar satu topik baru,
sebelum 2 hari berakhir,baca semula atau
ulangkaji semula.Kita akan lebih mudah ingat
dan pasti TIDAK MUDAH LUPA!

Semoga Berjaya...

==================
Soalan CEPU EMAS :
==================
Adakah anda memiliki 1 ATAU 2 ATAU 3 ATAU 4
ATAU 5 ATAU 6 ATAU KESEMUA 7 TIPS ini?

Laman Website Rasmi : www.mathscatch.com

You might also like