You are on page 1of 1

KAJIAN KES KPJ HEALTHCARE BHD

KPJ HEALTHCARE BHD

KPJ Healthcare Bhd (KPJ) merupakan sebuah syarikat penyedia


perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia dengan
mempunyai lebih daripada 20 buah rangkaian hospital swasta di seluruh
negara. Kumpulan KPJ lebih memberi tumpuan kepada golongan kelas
pertengahan berpendapatan sederhana yang kian cenderung untuk
mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran, KPJ bakal mewujudkan


lima buah hospital baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pada
masa ini KPJ telah mempunyai lebih 8000 orang pekerja dan 800 orang
doktor pakar. Kira-kira 3000 peluang pekerjaan lagi bakal diwujudkan
apabila lima buah hospital baharu dibina dalam tempoh tiga tahun akan
datang. Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir
berkata, KPJ juga akan menyumbang kepada pendapatan kasar negara
menjelang tahun 2020 sebanyak RM1.2 billion. Pada masa ini perolehan
kumpulan KPJ mencecah RM1.86 billion, keuntungan sebanyak RM190
juta serta modal pasaran sebanyak RM3 billion. Jumlah pesakit yang
dirawat di KPJ kini mencecah 2 juta orang. KPJ memberi penekanan
terhadap perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada pesakit-pesakit
terutama dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan
kepada pelanggannya.

Sebagai strategi untuk menyaingi pesaing, KPJ mengembangkan sayap


perniagaannya dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan orang tua
di Malaysia. Menurut Datin Paduka Siti Sa’diah lagi, KPJ telah
mengenalpasti dua lokasi untuk membangunkan perkhidmatan tersebut
di Malaysia dan ia akan dimulakan pada tahun ini.Selaras dengan dasar
KPJ untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, tiga buah kolej
Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ
memberi latihan kepada tenaga kerja di hospital-hospital di bawah
pengurusannya.

(Sumber: Malaysian Business, Utusan Malaysia, 2012, 2011)

a) Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh syarikat KPJ


Healthcare Bhd.
b) Apakah strategi yang diambil oleh KPJ untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam pasaran.
c) Berdasarkan kes di atas, jelaskan tanggungjawab KPJ Healthcare
Bhd (KPJ) terhadap pihak berkepentingan.

You might also like