You are on page 1of 3

http://cikgusazali.blogspot.

com

Bahagian A
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
[30 markah]

Gambar di bawah menunjukkan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan
sekolah.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah bagi
menceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

PROGRAM PERTANDINGAN
GOTONG-ROYONG KECERIAAN
KELAS

MEMBINA
TAMAN MINI

TUGASAN : langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah


KATA KUNCI : langkah-langkah
TEMA : keceriaan kawasan sekolah

1
http://cikgusazali.blogspot.com

JENIS
PERENGGAN AYAT DESKRIPSI
AYAT
TEMA + merupakan antara isu yang sering diwara-
1 TEMA warakan dalam media cetak dan media elektronik di
negara kita akhir-akhir ini.
PENDAHULUAN Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
2 Sokongan komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
3 TUGASAN Persoalannya, apakah + TUGASAN + ?

Keceriaan kawasan sekolah merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak
dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk
mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah langkah-langkah
bagi menceriakan kawasan sekolah?

TOPIK Pada pendapat saya, antara + KATA KUNCInya +


1
Ayat Aktif ialah/adalah dengan + ISI
HURAIAN Hal ini dikatakan demikian kerana + ISI + oleh +
2
ISI Ayat Pasif PELAKU + dapat + me...
PERTAMA 3 Sokongan Di samping itu, ISI + ini juga dapat me...
4 CONTOH Sebagai contoh, ISI + seperti ...
Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi
5 PENEGAS
bersuluh bahawa + ISI + merupakan + TUGASAN.

Pada pendapat saya, antara langkahnya adalah dengan menganjurkan program gotong-royong .
Hal ini dikatakan demikian kerana program gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat
memastikan persekitaran sekolah menjadi lebih ceria dan bersih. Di samping itu, program ini juga dapat
memupuk budaya muafakat dan saling bekerjasama dalam kalangan warga sekolah bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, program gotong-royong boleh diadakan pada cuti hujung
minggu melibatkan para guru, ibu bapa, pelajar dan agensi seperti pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan hujah
yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa program gotong-royong merupakan langkah yang
efektif bagi menceriakan kawasan sekolah.

TOPIK Selain itu, + ISI + juga dikenal pasti sebagai salah satu
1
Ayat Pasif + TUGASAN.
HURAIAN Hal ini bermaksud + PELAKU + yang + ISI + mampu +
2
ISI Ayat Aktif me...
KEDUA 3 Sokongan Lagipun, ISI + ini juga mampu me...
4 CONTOH Sebagai tamsilan, ISI + termasuklah ...
Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa
5 PENEGAS
salah satu + TUGASAN + ialah + ISI.

Selain itu, pertandingan keceriaan kelas juga dikenal pasti sebagai salah satu usaha yang boleh
dilaksanakan bagi menambahkan keceriaan kawasan sekolah. Hal ini bermaksud para pelajar yang
menyertai pertandingan ini mampu menyerlahkan kreativiti dan inovasi masing-masing bagi memastikan kelas
mereka bukan sahaja ceria malah sangat kondusif sebagai tempat belajar. Lagipun, pertandingan ini juga
mampu menyemai rasa tanggungjawab terdahap kelas masing-masing di samping bermatlamat untuk
memenangi ganjaran yang ditawarkan umpama kata pujangga ’serampang dua mata’. Sebagai tamsilan,
pertandingan keceriaan kelas termasuklah kelas paling cantik, kelas paling ceria, kelas paling kondusif dan
sebagainya. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu usaha yang boleh dilaksanakan
bagi menambahkan keceriaan kawasan sekolah ialah pertandingan keceriaan kelas.

2
http://cikgusazali.blogspot.com

TOPIK TUGASAN + yang berikutnya ialah/adalah dengan +


1
Ayat Aktif ISI.
HURAIAN Dalam konteks ini + ISI + oleh + PELAKU + berupaya
2
ISI Ayat Pasif untuk + me...
KETIGA 3 Sokongan Tambahan pula, ISI + ini juga berupaya untuk + me...
4 CONTOH Misalnya, ISI + merangkumi ...
Saya optimis bahawa + ISI + merupakan antara +
5 PENEGAS
TUGASAN.

Langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan membina taman mini.
Dalam konteks ini taman mini yang dibina oleh para pelajar dengan kerjasama guru-guru berupaya untuk
memberi nilai tambah kepada keindahan landskap sekolah. Tambahan pula, taman mini ini juga berupaya untuk
menampilkan kelainan landskap sesebuah sekolah yang boleh mencuri tumpuan mana-mana pelawat yang
melangkah kaki ke sekolah tersebut. Misalnya, taman mini yang dibina di kawasan sekolah merangkumi
taman herba, taman burung, taman kaktus, taman botani dan pelbagai taman lagi yang boleh menyejukkan
pandangan sesiapa yang memandangnya. Saya optimis bahawa pembinaan taman mini merupakan antara
langkah bagi menceriakan kawasan sekolah.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk


1 SARANAN
me.............+ TEMA
2 HARAPAN agar + negara dapat melahirkan masyarakat yang .......
KESIMPULAN
Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan
3 UNGKAPAN kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya!

Kesimpulannya, setiap warga sekolah mestilah berusaha untuk meningkatkan keceriaan kawasan
sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

You might also like