You are on page 1of 2

LAPORAN KESIHATAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN

1.0 LAPORAN KESIHATAN

1.1 Program Bebas Denggi


1.1.1 Program sifa denggi telah dijalankan setiap bulan. Laporan pemeriksaan kawasan
pembiakan nyamuk denggi dan serangga di hantar ke Unit HEM JPNJ.

1.2 Program Pemeriksaan Gigi


1.2.1 Klinik Pergigian sekolah telah menjalankan pemeriksaan gigi pelajar-pelajar SK
PUNGGAI setiap bulan.

1.3 Program Pemeriksaan Mata Dan Penyakit Berjangkit


1.3.1 Pelawat-pelawat dari Unit Perubatan Bahagian Pendidikan telah menjalankan
pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa untuk kenalpasti pelajar rabun mata
dan memberi suntikan bagi penyakit berjangkit.

1.4 Pameran Kesihatan


.1.4.1 Butiran dan maklumat kesihatan dipamerkan disudut kesihatan dan papan
kenyataan sekolah
1.4.2 Unit Sg. Rengit telah mengadakan pameran dari masa ke semasa bagi memberi
maklumat terkini tentang penyakit kepada pelajar.

1.5 Program Prostar


1.5.1 Program anti-dadah di bawah penasihat Unit Anti Dadah Daerah dijalankan setiap
minggu.
1.5.2 Program Prostar dijalankan oleh Cik. Rohaida - kaunselor lantikan sekolah.

2.0 KECERIAAN

2.1 Tempat letak basikal yang baru telah disediakan untuk keselesaan pelajar.
2.2 Tempat pelupusan sampah yang baru telah disediakan oleh pihak sekolah yang telah
membekalkan dua tong sampah baru di sekolah.
2.3 Projek tanaman rosell telah diusahakan di kawasan sekolah. Pokok ini telah pun mula
berbunga.
2.4 Gotong royong dan Kecerian Bulan Patriotisme telah dijalankan sepanjang bulan
September dan Oktober. Banting dan bendera dipasang di kawasan sekolah. Bilik Darjah
diceriakan mengikut tema patriotisme.
2.5 Projek Tanam Semula pokok renek dan bunga telah dijalankan pada bulan September.
Pertandingan Kelas Terbersih dijalankan setiap minggu.

3.0 KESELAMATAN
3.1 Pagar kawasan sekolah telah dibaiki. Semua kebocoran pagar telah dibaikpulih.
3.2 Gate sliding telah dipasang di depan sekolah bagi mengawal laluan penghuni sekolah dan
pelawat.
3.3 Sekolah telah dibekalkan seorang guard sekuriti yang bertugas dari jam 2.00 petang
hingga 7.30 pagi dan hari cuti persekolahan.

You might also like