You are on page 1of 13

4.

0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan serta menganalisis ujaran implisit yang terdapat
dalam lirik lagu yang dihasilkan oleh Malique. Bagi dapatan kajian pertama dalam kajian ini
akan mengenal pasti ujaran implisi....

Data 1: ‘Sembunyi bawahnya katak melalak’

Jadual 1 : Ujaran Implisit Dalam Lirik Lagu Karya Malique

Data Ujaran Implisit Makna Lingusistik

1 ‘Sembunyi bawahnya katak melalak’ Sembunyi – tidak dapat dilihat


Bawah – arah atau bahagian yang
lebih rendah.
Katak – binatang yang melompat,
berkai berenang, berkulit licin.
Melalak – menjerit kuat-kuat.

Berdasarkan jadual 1, ujaran “sembunyi bawahnya katak melalak” merupakan ujaran yang
mempunyai unsur implisit. Ini kerana bagi frasa “katak melalak” dilihat secara literalnya
membawa maksud seekor katak yang sedang menjerit dengan kuat. Namun berdasarkan makna
tersebut jika difikirkan secara logik akal mustahil bagi seekor katak dapat menjerit dengan kuat
seperti manusia. Hal ini menunjukkan frasa “katak melalak mempunyai makna tersirat yang
ingin disampaikan oleh penulis lagu ini. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan makna ujaran
implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans dengan menekankan tiga gagasan utama iaitu
konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

1
Jadual 2: Analisis teori relevan ujaran ‘sembunyi bawahnya katak melalak’

Kod Inferens Andaian


Melalak Bising a) Menimbulkan kekecohan
b) Membuat keadaan yang tegang.
c) Membuat bising

Berikut merupakan analisis teori relevans bagi data 1 iaitu “sembunyi bawahnya katak melalak”
yang mempunyai makna tersirat. Berdasarkan andaian yang dilakukan dalam analisis teori
relevans bagi baris ayat dalam data 1, menunjukkan bahawa seseorang yang hanya tahu berkata-
kata tetapi tidak menunjukkan hasil. Terdapat 3 andaian yang menunjukkan gambaran bagi
makna ayat tersebut berdasarkan kod ‘melalak’ iaitu menimbulkan kekecohan, membuat
keadaan yang tegang dan membuat bising. Oleh itu, kesan konteks iaitu makna bagi “sembunyi
bawahnya katak melalak” membawa maksud kepada seseorang yang hanya lantang berkata-
kata tetapi tidak mendatangkan satu hasil. Kos memproses adalah tinggi. Ini kerana usaha
memproses data adalah sukar berikutan analisis data yang memerlukan penggunaan kesemua
perkataan dalam ayat tersebut bagi mentafsir makna yang ingin disampaikan.

Data 2: ‘ Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam’

Jadual 3: Ujaran Implisit Dalam Lirik Lagu Karya Malique

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

2 ‘Cermin muka kopak penuh bintik hitam Cermin – muka kaca yang
silam’ digunakan untuk melihat bayang diri
sendiri.
Muka – bahagian kepala di sebelah
hadapan dari dahi hingga ke dagu
Kopak- pecah dan tanggal kerana
sudah reput, diumpil

2
Penuh – seluruhnya berisi, tidak
sedikit pun kosong (terluang),
Bintik – titik pd kulit, titik pd
sesuatu benda
Hitam –warna spt warna arang, lwn
putih
Silam - telah berlalu atau telah
lampau waktunya

Seterusnya, dalam jadual 2 pula iaitu ujaran “Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam”
merupakan ujaran impilist yang terdapat dalam lirik lagu bertajuk Aku Maafkan Kamu. Ini
kerana jika dilihat secara literalnya bagi frasa “cermin muka kopak” membawa maksud cermin
muka yang berkopak. Namun bagi makna linguistik ini sahaja tidak mampu menyatakan makna
yang sebenar kerana jika difikirkan secara logik mustahil sebuah cermin muka boleh dikopak
kerana cermin bersifat kaca yang mudah pecah dan tidak boleh dikopak. Hal ini kerana kopak
hanya digunakan untuk benda seperti kayu dan barang lain yang tidak mudah pecah. Oleh itu,
kajian ini akan menjelaskan makna ujaran implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans
dengan menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

Jadual 4: Analisis teori relevan ujaran ‘Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam’

Kod Inferens Andaian


Cermin - Sejarah silam yang negatif
muka kopak - Kisah hidup yang tidak baik
penuh
bintik hitam
silam

Seterusnya bagi data 2 dalam analisis teori relevans mempunyai makna tersirat iaitu ‘Cermin
muka kopak penuh bintik hitam silam ‘Berdasarkan analisis teori relevans yang telah
dijalankan, terdapat 2 andaian yang dihasilkan oleh pengkaji untuk mengambarkan makna
sebenar yang ingin disampaikan iaitu sejarah silam yang negatif dan kisah hidup yangt tidak
baik. Oleh itu, setelah analisis teori relevans yang telah dijalankan, kesan konteks bagi baris

3
ayat ‘Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam’ membawa maksud kepada seseorang
yang mempunyai kisah silam yang negatif serta memberikan kesan yang mendalam terhadap
seseorang tersebut. Kos memproses bagi contoh data yang diberi adalah tinggi.

Data 3: ‘Hanya berbual makan angin kembung perut mual’

Jadual 7: Ujaran Implisit Dalam Lirik Lagu Karya Malique

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

3 ‘Hanya berbual makan angin kembung Hanya – tidak lebih daripada, cuma
perut mual’. Berbual – bercakap-cakap dgn tidak
tentu perkaranya
Makan – memamah serta menelan
makanan, mengunyah
Angin – udara yg bergerak
Kembung – kelihatan besar (kerana
berisi angin), gembung
Perut – bahagian depan tubuh di
bawah dada
Mual - berasa hendak muntah, loya,
muak

Berdasarkan jadual 7, ujaran ‘Hanya berbual makan angin kembung perut mual’, merupakan
ujaran yang mempunyai unsur implisit. Ini kerana bagi frasa “makan agin” dilihat secara
literalnya membawa maksud memamah atau menelan udara yang bergereak. Namun
berdasarkan makna tersebut jika difikirkan secara logik akal mustahil ada diantara manusia
yang menjadikan agin sebagai makanan. Hal ini menunjukkan frasa “makan agin” mempunyai
makna tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis lagu ini. Oleh itu, kajian ini akan
menjelaskan makna ujaran implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans dengan
menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

4
Jadual 8: Analisis teori relevan ujaran ‘ makan agin’

Kod Inferens Andaian


Makan agin perbuatan - Perkara yang sia-sia
- Perkara yang menunjukkan
kebodohan diri sendiri.

Seterusnya bagi data 3 iaitu “hanya berbual makan angin kembung perut mual”, setelah analisis
teori relevans dilakukan, pengkaji telah mendapati wujud makna tersirat yang ingin
disampaikan oleh penulis lirik lagu ini. Terdapat 2 andaian berdasarkan kod dalam analisis
teori relevans yang dapat memberikan gambaran awal makna bagi baris ayat tersebut iaitu
perkara yang sia. Setelah analisis teori relevans dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kesan
konteks yang ingin disampaikan bagi “hanya berbual makan angin kembung perut mual” ialah
membawa maksud kepada seseorang yang hanya melakukan perkara yang sia-sia atau
merugikan kerana tidak mendatangkan hasil serta perbuatan tersebut juga hanya mendatangkan
malu pada diri sendiri. Kos memproses adalah rendah berdasarkan contoh yang diberi.

Data 3: ‘Panjat pokok buluh cari tokong air terjun’

Jadual 5: Ujaran Implisit Dalam Lirik Lagu Karya Malique


Data Ujaran Implisit Makna Linguistik
3 Panjat pokok buluh cari tokong air terjun Panjat- menaiki
Pokok- tumbuh-tumbuhan
Buluh- tumbuhan batangnya keras
Cari- mencari, berusaha
Tokong-jendol,tempat sembahan
Air terjun- air yang mengalir dari
tempat yang tinggi

Bagi jadual 3, ujaran “panjat pokok buluh cari tokong air terjun” merupakan ujaran
implisit yang dipetik dari lirik lagu Mantera Beradu. Bagi ujaran tersebut secara literalnya

5
membawa maksud menaiki tumbuh-tumbuhan berbatang keras untuk mencari tempat simbahan
yang mengalir air dari tempat tinggi. Oleh itu, konteks, kesan kontesk dan usaha memproses
yang digunakan dalam teori relevans akan diaplikasikan bagi mendapatkan makna sebenar
ujaran tersebut.

Jadual 6: Analisis teori relevan ujaran ‘Panjat pokok buluh cari tokong air terjun’

Kod Inferens Andaian

Cari Perbauatan - Perbuatan yang merugikan


Tokong air - Perkara yang tidak
terjun mendatangkan manfaat

Seterusnya bagi data 3 dalam analisis teori relevans iaitu “panjat pokok buluh cari
tokong air terjun” mempunyai makna tersirat. Berdasarkan analisis teori relevans yang telah
dijalankan, terdapat 2 andaian yang dihasilkan oleh pengkaji untuk mengambarkan makna
sebenar yang ingin disampaikan iaitu pilihan yang salah dan perbuatan yang merugikan. Oleh
itu, setelah analisis teori relevans yang telah dijalankan, kesan konteks bagi baris ayat ‘cari
tokong air terjun’ membawa maksud kepada seseorang yang salah membuat pilihan dan tidak
dapat apa yang diinginkan. Kos memproses bagi contoh data yang diberi adalah tinggi.

6
Data 4: ‘Hanya berbual makan angin kembung perut mual’

Jadual 7: Ujaran Implisit Dalam Lirik Lagu Karya Malique

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

4 ‘Tradisi kekalkan adaptasi harus betul’ Tradis- sesustu kebiasaan yang kekal
turun temurun, adat, kepercayaan dan
lain-lain.
Kekalkan- ada selama-lamanya,tetap
Adaptasi-penyesuaian dengan
keadaan yang baru atau berbeza
Harus- mesti, patut, wajib, tidak dapat
tidak
Betul- tidak salah, benar

Berdasarkan jadual 7, ujaran ‘Hanya berbual makan angin kembung perut mual’, merupakan
ujaran yang mempunyai unsur implisit. Ini kerana bagi frasa “adaptasi harus betul” dilihat
secara literalnya membawa maksud penyesuaian dengan keadaan yang baru dan haruslah tepat.
Namun berdasarkan makna tersebuttidak dapat dijelaskan berkaitan perkara sebenar yang ingin
disampaikan oleh penulis. Hal ini menunjukkan frasa “adaptasi harus betul” mempunyai makna
tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis lagu ini. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan
makna ujaran implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans dengan menekankan tiga
gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses sambung.....

Kod Inferens Andaian


Adaptasi
harus betul

Seterusnya bagi data 2 pula dalam bahasa kiasana jenis metafora iaitu “hanya berbual makan
angin kembung perut mual” setelah analisis teori relevans dilakukan, pengkaji telah mendapati

7
makna sebenar disebalik ayat tersebut yang ingin disampaikan oleh penulis lirik lagu. Terdapat
2 andaian berdasarkan kod dalam analisis teori relevans yang dapat membrikan gambaran awal
makna tersebut bagi baris ayat tersebut iaitu tiada isi dan merugikan. Setelah analisis teori
relevans dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kesan konteks yang ingin disampaikan bagi
“hanya berbual makan angin kembung perut mual” ialah membawa maksud kepada seseorang
yang hanya melakukan perkara yang sia-sia atau merugikan kerana tidak mendatangkan hasil.
Kos memproses adalah rendah berdasarkan contoh yang diberi.

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

5 ‘Ku berbahasa baku kata-kata nahu’ Ku- kata ganti nama dirin pertama
Berbahasa- menggunakan bahasa
Baju- pakaian untuk menutup badan
Kata-kata- bersinonim dengan ucap,
tutur, bicara, cakap, mengata
Nahu- cabang ilmu linguistik yang
berkaitan dengan sintaksis, morfologi,
dan dsb

Kod Inferens Andaian


Kata-kata
nahu

8
Jadual

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

6 ‘gagap tiga kali bercakap benar sahaja’ Gagap- tertahan-tahan atau terhenti-
henti apabila bercakap
Tiga- satu kurang daripada empat
Kali- kejadian atau waktu yang
berlaku berulang-ulang atau bertuirut-
turut
Bercakap- berkata, berbicara, bertutur
Benar- tidak salah, tidak keliru, betul
Sahaja- memang demikian

berdasarkan jadual diatas, berikut merupakan ujaran implisit yang dipetik dari lirik
lagu
Kod Inferens Andaian
Gagap tiga
kali

9
Data Ujaran Implisit Makna Linguistik

7 ‘kerana atas muka ada selendang suci’ Kerana- kata hubung yang
menerangkan punca atau sebab
berlakunya sesuatu keadaan atau
kejadian
Atas- tempat atau bahagian yang
lebih tinggi
muka- bahagian kepala disebelah
hadapan dari dahi hingga kedagu
ada- sesuatu yang wujud atau hadir
selendang- kain panjang untuk
menutup kepala atau bahu dipakai
oleh orang perempuan
suci- bersih dari segi agama, makanan
yang bersih, tidak bernod,. kudus

Berdasarkan jadual diatas, berikut merupakan ujaran implisit yang dipetik dari lirik lagu
Hikayat Benladin. Secara makna linguistiknya berdasarkan ujaran ini, iaitu “kerana atas muka
ada selendang suci” membawa maksud kepada selendeng suci yang terletak di muka. Namun
berdasarkan makna linguistik sahaja tidak mampu berikan makna sebenar yang ingin
disampaikan oleh penulis lagu ini. Hal ini kerana, disebalik ujaran yang disampaikan
mempunyai makna yang tersirat. Oleh itu, bagi mendapatkan makna sebenar yang ingin
disampaikan oleh penulis lagu ini, kajian ini akan menjelaskan makna ujaran implisit dengan
mengaplikasikan Teori Relevans dengan menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan
konteks dan usaha memproses.

Kod Andaian
Selendang
suci

10
Data Ujaran Implisit Makna Linguistik
8 “Si tikus datang bekal dua belas beruk Si Tikus – binatang mengerip, jenis-
baran” jenisnya
Datang – sampai, tiba sesuatu tempat
Bekal – persediaan yang dibawa
dalam perjalanan
Dua – (jumlah) satu dicampur satu
Belas - kata pelengkap utk menyebut
bilangan antara 11 hingga 19
Beruk- binatang seperti kera yang
dapat diajar memanjat kelapa
Baran - sangat pemarah;

Bagi analisis teori relevans bagi data 8 iaitu “si tikus datang bekal dua belasa beruk baran”
membawa kepada maksud yang tersirat setelah analisis teori relevans dijalankan. Oleh itu
berdasarkan analisis yang dijalankan bagi ayat dalam baris data 2, mengambarkan seseorang
yang penakut yang digambarkan sebagai ‘si tikus ‘ tapi berani berhadap dengan seseorang yang
pemarah. Terdapat 2 andaian yang menunjukkan gambaran bagi makna baris ayat tersebut
berdasarkan kod ‘baran’ iaitu tidak penyabar dan terlalu mengikut emosi. Untuk kesan konteks
“si tikus datang bekal dua belas beruk baran” membawa maksud kepada jangan cepat menilai
sifat seseorang tersebut. Kos meproses data ini adalah tinggi kerana kesukaran dalam mentafsir
data.

Kod Inferens Andaian

baran Pemarah a )Tidak penyabar


b) Terlalu mengikut emosi

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik


9 ‘Bukan perkara bijak lari-lari bawa Bukan – kata nafi
gunting’

11
Perkara- sesuatu yang harus
diselesaikan, fasal, hal
Bijak- pandai, cerdik, pintar
Lari – berlari bergerak dengan pantas
sekali, melepaskan diri
Bawa –memegang sesuatu sambil
berjalan,
Gunting – alat untuk memotong kain
dan lain2, terdiri daripada dua bilah
logam yang dirangkapkan

Berdasarkan jadual diatas, berikut merupakan ujaran implisit yang dipetik dari lirik lagu
Hikayat Benladin. Secara makna linguistiknya berdasarkan ujaran ini, iaitu ‘Bukan perkara
bijak lari-lari bawa gunting’ membawa maksud kepada seseorang yang kurang bijak dengan
berlari-lari membawa gunting. Namun berdasarkan makna linguistik sahaja ujaran ini tidak
mampu berikan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lagu ini. Hal ini kerana,
disebalik ujaran yang disampaikan mempunyai makna yang tersirat. Oleh itu, bagi
mendapatkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lagu ini, kajian ini akan
menjelaskan makna ujaran implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans dengan
menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

Kod Inferens Andaian

Lari-lari
bawa
gunting

Data Ujaran Implisit Makna Linguistik


10 ‘Jom bertikam lidah dengan hamba dalam Jom- kata ajakan
aku’ Bertikam- berkelahi dengan
menusukkan senjata,

12
Lidah- organ yang lembut di dalam
mulut yang digunakan untuk merasa
Dengan- bersama, berserta
Hamba- abdi, budak belian, sahaya
Dalam- jauh ke bawah dari permukaan
, antara, di kalangan
Aku- kata ganti diri pertama

Berdasarkan jadual diatas, berikut merupakan ujaran implisit yang dipetik dari lirik lagu
Assalamualaikum. Secara makna linguistiknya berdasarkan ujaran ini, iaitu ‘om bertikam lidah
dengan hamba dalam aku’ membawa maksud kepada seseorang yang membawa untuk bertikam
lidah. Berdasarkan makna linguistik sahaja ujaran ini tidak mampu berikan makna sebenar yang
ingin disampaikan oleh penulis lagu ini kerana sukar untuk difahami. Hal ini kerana, disebalik
ujaran yang disampaikan mempunyai makna yang tersiratnya tersendiri. Oleh itu, bagi
mendapatkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lagu ini, kajian ini akan
menjelaskan makna ujaran implisit dengan mengaplikasikan Teori Relevans dengan
menekankan tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

Kod Inferens Andaian

Hamba
dalam aku

13

You might also like