You are on page 1of 8

                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI SUKAN REKREASI


DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Chun Cheng Chuan, Aminuddin Yusof, Chee Chen Soon, Maria Chong Abdullah
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Mala

fizikal pada tahap sederhana (Dan et al., 2011).


Abstrak Walaupun pihak kerajaan telah membelanjakan
Kertas kerja ini bertujuan untuk memahami faktor- peruntukan besar untuk menggalakkan aktiviti
faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan sukan dan aktiviti fizikal namun penglibatan
rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah murid dalam aktiviti fizikal di Malaysia adalah
menggunakan pendekatan Teori Penentuan Diri (Deci
masih pada tahap rendah (Yusof & Shah, 2007).
& Ryan, 1985), Model Komitmen Sukan (Scanlan et
al., 1993) dan “Theory Of Planned Behavior” (Ajzen, Untuk menangani
1991). Fenomena penglibatan aktiviti sukan rekreasi masalah murid yang kurang aktif dalam aktiviti
boleh dikaitkan dengan faktor motivasi, komitmen fizikal, para penyelidik telah cuba untuk
sukan, sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan menerangkan tingkah laku aktiviti fizikal dengan
tingkah laku dalam kalangan murid sekolah menggunakan model psikologi yang berbeza (De
menengah. Berdasarkan kajian lepas, Teori Penentuan Bourdeaudhuij, 1998). Chatzisarantis dan Hagger
Diri (TPD), Model Komitmen Sukan (MKS) dan (2005) telah mencadangkan bahawa pendekatan
“Theory Of Planned Behavior” (TPB) dapat intervensi berasaskan teori (Theory-based
menyediakan kerangka teoretikal untuk menerangkan intrventions) merupakan salah satu langkah yang
penglibatan aktiviti sukan rekreasi. Diharap kerangka
penting untuk merancang program intervensi
konseptual ini akan dapat memberi maklumat tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti yang berjaya. Teori Penentuan Diri (Deci &
sukan rekreasi yang akan dapat menggalakkan murid Ryan, 1985), Model Komitmen Sukan (Scanlan
sekolah menengah menjadi lebih aktif dalam aktiviti et al., 1993) dan “Theory of Planned Behavior”
fizikal. (Ajzen, 1991) merupakan teori-teori yang
digunakan untuk mengkaji motivasi dan tingkah
Kata kunci: Aktiviti Sukan Rekreasi, Motivasi, laku penglibatan dalam aktiviti fizikal (Deci &
Komitmen Sukan, “Theory Of Planned Behavior” Ryan, 1985, Scanlan et al., 1993, Chatzisarantis
et al., 2002 & Brickell, Chatzisarantis & Pretty,
2006) namun masih kurang kajian yang
Pendahuluan menggunakan teori-teori ini untuk mengkaji
Memang tidak dapat dinafikan aktiviti fizikal murid sekolah di Malaysia
penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat khususnya penglibatan murid dalam aktiviti
mengurangkan risiko penyakit diabetis, penyakit sukan rekreasi.
jantung, tekanan darah tinggi, kerapuhan tulang Aktiviti sukan rekreasi dapat menjadi salah satu
dan masalah berat badan serta meningkatkan medium untuk menggalakkan penglibatan
kecergasan seseorang (Warburton et al., 2007 & aktiviti fizikal murid sekolah bagi mencapai
Tremblay et al., 2011). Menurut Pertubuhan matlamat kesihatan awam. Penglibatan dalam
Kesihatan Dunia (WHO, 2011) aktiviti fizikal aktiviti sukan rekreasi akan dapat memberikan
dapat memberikan kebaikan kesihatan terhadap peluang kepada murid sekolah untuk terus
kanak-kanak dan remaja seperti menguatkan otot bergiat aktif dalam aktiviti sukan yang telah
tisu badan, meningkatkan sistem daya tahan diikuti di sekolah. Dalam usaha untuk
kardiovaskular dan mengimbangkan berat badan meningkatkan penglibatan murid sekolah dalam
yang ideal serta menyumbang kepada kesihatan aktiviti sukan rekreasi maka adalah perlu untuk
mental dan tahap kualiti kehidupan seseorang mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
(Rhodes et al., 2008). Memandangkan banyak penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan
manfaat aktiviti fizikal maka penglibatan tidak rekreasi. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk
aktif dalam aktiviti fizikal telah menjadi satu isu mengkaji faktor-faktor penglibatan aktiviti sukan
kesihatan yang berlaku di seluruh dunia pada rekreasi dalam kalangan murid sekolah
masa sekarang (WHO, 2011). Di Malaysia, satu menengah dengan menggunakan Teori
per tiga murid sekolah berumur antara 13-14 Penentuan Diri (TPD), Model Komitmen Sukan
tahun berada pada tahap rendah melakukan (MKS) dan “Theory Of Planned Behavior”
aktiviti fizikal dan 61.5% melakukan aktiviti (TPB).

 
90 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

Kajian Literatur
Teori Penentuan Diri (TPD)
Salah satu teori yang digunakan dalam kajian bidang psikologi sukan ialah Teori Penentuan
Diri (TPD) (Deci & Ryan, 1985). Secara asasnya, TPD menyediakan satu pendekatan secara
multidimensi untuk memahami motivasi intrinsik (Ryan & Deci, 2007). Motivasi intrinsik
menyatakan bahawa individu melakukan suatu aktiviti adalah untuk aktiviti itu sendiri, manakala
motivasi ekstrinsik adalah kesan daripada keputusan yang bukan terhadap aktiviti tersebut (Ryan &
Deci, 2007). Dalam konteks kajian ini, motivasi akan digunakan untuk memahami mengapa individu
melibatkan diri dalam sukan (Shank, 2009). Motivasi telah ditakrifkan sebagai "satu kuasa dalaman
yang akan mengarahkan tingkah laku ke arah memenuhi keperluan" (Shank, 2009). Motivasi adalah
salah satu faktor yang penting apabila hendak meramal penglibatan sukan dalam kalangan kanak-
kanak (Vallerand, Deci & Ryan, 1987). Teori ini menyatakan individu yang bermotivasi adalah lebih
berpenentuan diri dan akan lebih mengalami kognitif, afektif dan tingkah laku yang positif (Deci &
Ryan, 1985; Ryan & Deci, 2000, 2002).
Kajian oleh Sarrazin et al. (2002) menunjukkan atlit bola baling yang tidak meneruskan
penglibatan mempunyai tahap motivasi intrinsik yang rendah manakala tahap motivasi “amotivasi’
adalah tinggi berbanding dengan atlit yang meneruskan penglibatan mempunyai motivasi intrinsik
yang tinggi. Selain itu, Pelletier et al. (1995) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara faktor-
faktor motivasi berpenentuan diri dengan beberapa jenis kesan motivasi iaitu halangan semasa
melakukan aktiviti, usaha dan keinginan pada masa hadapan untuk melakukan aktiviti.
Tambahan juga Hashim, Golok, dan Ali (2011) melaporkan bahawa murid sekolah menengh
di Malaysia yang tinggi aktiviti fizikal mempunyai tahap motivasi yang tinggi manakala sebaliknya
bagi murid yang rendah aktiviti fizikal. Namun, TPD belum digunakan sebagai pendekatan teoretikal
untuk mengkaji penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi di Malaysia. Oleh itu, kajian
lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan bahawa TPD boleh digunakan dalam konteks sukan di
sekolah menengah. Kajian lepas telah menyokong cadangan bahawa motivasi berpenentuan diri akan
dapat menghasilkan kesan positif seperti usaha dan keinginan untuk melakukan aktiviti pada masa
hadapan dan motivasi tidak berpenentuan diri mempunyai hubungan negatif dengan halangan untuk
melakukan aktiviti. Maka, adalah perlu dijalankan kajian lanjut untuk memahami bagaimana faktor-
faktor motivasi berpenentuan diri mempengaruhi tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti
sukan rekreasi dalam kalangan murid-murid sekolah. Namun, kajian lepas menyatakan TPD tidak
mengukur dan meramal tingkah laku penglibatan aktiviti sukan (Hangger et al., 2003; Chatzisarantis
et al., 2007; Chatzisarantis & Hangger, 2009).

Model Komitmen Sukan


Definisi Komitmen
Menurut Becker, (1960), Kelly, (1983) dan Rusbult, (1980), komitmen merupakan satu set
faktor yang menjelaskan keazaman untuk suatu aktiviti atau satu bentuk perhubungan. Ia
didefinisikan sebagai keinginan individu untuk terus kekal dengan sesuatu aktiviti atau satu bentuk
perhubungan dan merasai perasaan psikologikal “kelekatan” terhadapnya (Rusbult, 1988). Salah satu
cara untuk mengukur kebarangkalian sama ada seseorang akan terus melibatkan diri dalam sukan
pada masa depan adalah berdasarkan tahap komitmen individu dalam aktiviti tersebut (Jess, 2009).
Dalam konteks bidang sukan, komitmen sukan didefinisikan sebagai “satu tahap psikologikal
berkaitan keinginan dan berazam untuk terus terlibat atau meneruskan penglibatan dalam sukan”
(Scanlan et al., 1993). Scanlan et al. (1993) telah memperkenalkan model komitmen dalam bidang
sukan. Komitmen sukan mempunyai enam faktor iaitu keseronokan sukan, peluang penglibatan,
penglibatan alternatif, pelaburan peribadi, kekangan sosial dan sokongan sosial. Faktor pertama ialah
keseronokan sukan, iaitu “satu tindak balas afektif yang positif terhadap pengalaman dalam sukan
yang mewujudkan perasaan seperti keseronokan dan suka” (Scanlan et al., 1993). Kajian telah
menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor keseronokan dan keinginan
untuk melibatkan diri dalam sukan (Scanlan et al, 1993).
Faktor kedua ialah peluang penglibatan iaitu nilai sesuatu peluang yang wujud melalui
penglibatan berterusan (Scanlan et al., 1993). Peluang ini boleh dianggap sebagai tanggapan untuk
tetap terlibat atau meneruskan penglibatan dalam sukan. Ia memberikan satu peluang untuk bersama-

 
91 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

sama dengan rakan dalam aktiviti sukan yang diminati, iaitu “peluang penglibatan akan menyokong
komitmen terhadap sesuatu aktiviti yang disertai” (Scanlan et al., 1993; Jess, 2009).
Faktor ketiga ialah pelaburan peribadi iaitu faktor atau sumber peribadi yang ada kaitan
dengan aktiviti sukan rekreasi yang disertai seperti masa, usaha, tenaga dan wang yang akan hilang
jika tidak meneruskan penglibatan dan tidak akan dapat diperolehi sekiranya tidak meneruskan
penglibatan (Scanlan et al., 1993). Scanlan et al., (1993) menyatakan bahawa semakin banyak
pelaburan, semakin tinggi komitmen terhadap aktiviti.
Seterusnya, faktor keempat ialah kekangan sosial yang didefinisikan sebagai “norma atau
jangkaan sosial yang akan menyebabkan suatu perasaan “tanggungjawab” untuk terus terlibat dalam
aktiviti “(Scanlan et al., 1993). Kajian oleh Witmer et al., (2011) menerangkan bahawa faktor
individu, tingkah laku dan persekitaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain untuk
mempengaruhi remaja membuat keputusan penglibatan dalam aktiviti. Remaja adalah dipengaruhi
oleh rakan sebaya dan persekitaran sosial mereka (Witmer et al, 2011). Tambahan juga, Kelley
mencadangkan bahawa seseorang akan meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut dalam usaha
untuk mengelakkan maklum balas negatif yang mereka percaya akan diberikan oleh rakan sekiranya
tidak melibatkan diri atau meninggalkan aktiviti itu (Scanlan et al., 1993).
Faktor kelima ialah penglibatan alternatif yang wujud apabila “alternatif” adalah dianggap
sebagai lebih menarik berbanding dengan penglibatan dalam sukan yang disertai pada masa kini
(Scanlan et al., 1993). Penglibatan alternatif ialah apakah “alternatif” yang dianggap lebih menarik
berbanding dengan penglibatan dalam aktiviti dan sukan pada masa sekarang (Jess, 2009). Jess (2009)
melaporkan jika mempunyai lebih banyak alternatif yang menarik maka ianya akan memberi kesan
negatif terhadap komitmen dan hanya dapat meramal tahap komitmen sukan pada tahap yang rendah.
Scanlan, Russell dan Beals (2003) dan Scanlan (2003) telah mencadangkan faktor keenam
iaitu “sokongan sosial”. Sokongan sosial didefinisikan sebagai “tanggapan individu terhadap
sokongan dan galakkan yang diberikan oleh orang yang signifikan terhadap penglibatan dalam sukan”
(Carpenter et al., 1993). Witmer et al., (2011) melaporkan bahawa rakan dan sosialisasi adalah perlu
untuk membolehkan aktiviti fizikal menjadi lebih seronok.
Model Komitmen Sukan diperkenalkan oleh Scanlan et al., (1993) secara teoretikal dalam
bidang sukan untuk mengkaji proses motivasi dalam penglibatan sukan. Salah satu kelebihan MKS
adalah ia dihasilkan untuk diaplikasi dalam konteks persekitaran sukan. Memandangkan MKS boleh
dianggap salah satu model yang masih baru iaitu diperkenalkan oleh Scanlan et al., (1993) lebih
kurang dua puluh tahun, maka banyak topik, faktor demografi dan tahap pertandingan yang dapat
dikaji (Jess S., 2009). Salah satu kritikan terhadap model MKS ialah tidak berdasarkan kepada
penglibatan sebenar tetapi merujuk pada persepsi individu terhadap penglibatan dalam sukan.
Andaian MKS ialah penglibatan secara psikologikal individu dalam penyertaan sukan akan
memainkan peranan untuk menentukan ketekalan dan penglibatan yang berterusan namun tingkah
laku penglibatan sebenar dalam aktiviti adalah tidak diukur dalam MKS (Scanlan et al., 1993, Wilson
et al., 2004, Horn, 2008, Choosakul et al., 2009).
Choosakul et al. (2009) melaporkan bahawa atlit Thailand yang mempunyai tahap tanggapan
kebolehan, keseronokan, pelaburan individu, sokongan sosial dan lebih banyak peluang penyertaan
dan peluang pengiktirafan yang tinggi adalah lebih tinggi kebarangkalian untuk mempunyai
komitmen berbanding dengan atlit yang mempunyai skor rendah. Memandangkan MKS telah
dihasilkan di negara barat dan banyak kajian yang telah menggunakan MKS di negara barat (Scanlan
et al., 2003 & Weiss & Weiss, 2005) serta Asia (Chen & Li, 2006 & Kanezaki, 2002) namun MKS
masih tidak lagi diaplikasikan dalam konteks sukan khususnya di sekolah menengah Malaysia.
Budaya sekolah Malaysia adalah berbeza dengan negara barat dari segi nilai dan kepercayaan agama,
adat tatasusila dan budaya ketimuran. Maka, kajian silang-budaya perlu dijalankan menggunakan
MKS untuk meramal keinginan penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi.

Theory of Planned Behavior (TPB)


Theory of Planned Bahavior (TPB) (Ajzen, 1988, 1991) adalah salah satu teori yang banyak
digunapakai untuk mengkaji dan meramal tingkah laku dan tindak balas manusia (Ajzen, 2001). Teori
ini adalah lanjutan daripada “Theory Reasoned Action” (TRA) oleh Martin Fishbein dan Icek Ajzen
(1980). Pada asasnya, terdapat tiga penentu bagi tingkah laku keinginan iaitu sikap, norma subjektif
dan tanggapan kawalan tingkah laku (Rajah 1).

 
92 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

Sikap terhadap
Tingkah Laku
Tingkah Laku
Keinginan
Norma subjektif

Tanggapan Kawalan
Tingkah Laku

Rajah 1 : “Theory of Planned Bahavior” (TPB) (Ajzen, 1991)

Penentu pertama TPB adalah sikap individu terhadap tingkah laku yang disukai atau tidak
disukai atau penilaian tingkah laku yang berkenaan" (Ajzen, 1991). Secara umumnya, sikap positif
akan menghasilkan perubahan yang sepadan dengan tingkah laku (Fazio et al., 1989). Penentu kedua
TPB adalah norma subjektif. Ia merujuk kepada " kepercayaan seseorang bahawa individu yang
signifikan atau penting kepada diri mereka mahu mereka mengambil bahagian dalam tingkah laku
yang disasarkan" (Hagger et al., 2007). Norma subjektif dikonseptualisasikan sebagai persepsi dan
merujuk kepada tekanan sosial yang dialami oleh individu sama ada untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu tingkah laku (Ajzen, 1991). Penentu ketiga TPB ialah tanggapan kawalan tingkah
laku. Tanggapan kawalan tingkah laku menunjukkan pengaruh kebolehan peribadi individu dan
kekangan kepada keinginan terhadap sesuatu tingkah laku (Hagger et al., 2007). Tanggapan seseorang
bahawa dia mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu tindakan mempunyai kesan yang
penting terhadap sama ada akhirnya individu akan berbuat demikian (Ajzen, 1991).
Keinginan adalah mengukur tahap kesanggupan individu untuk melakukan tingkah laku.
Tahap tingkah laku keinginan yang tinggi terhadap sesuatu tingkah laku maka lebih tinggi
kebarangkalian individu untuk terlibat dengan tingkah laku tersebut. Keinginan dianggap sebagai
faktor motivasi yang akan mempengaruhi tingkah laku. Ini akan menunjukkan tahap dedikasi
seseorang ingin berusaha untuk mencuba dan tahap usaha yang mereka rancang untuk melaksanakan
tingkah laku" (Ajzen, 1991). Dalam TPB, keinginan dikatakan menjadi penentu yang utama terhadap
tingkah laku.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, para pengkaji telah menggunakan TPB untuk meramal
tingkah laku keinginan dalam pelbagai bidang kajian seperti pelancongan, pemasaran (Kalafatis et al.,
1999), kesihatan, aktiviti fizikal dan senaman (Hangger et al., 2003; Armitage, 2005), aktiviti rekreasi
(Hrubes & Daigle, 2001) serta pemasaran sukan di mana Cunningham dan Kwon (2003) telah
menggunakan teori ini bagi memahami tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna sukan yang
terlibat dalam acara sukan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif, tingkah
laku lepas dan tanggapan kawalan tingkah laku mempunyai hubungan dengan keinginan untuk
menyertai acara sukan. Seok Kang et al., (2012) mengkaji faktor psikologi yang mempengaruhi
keinginan pembelian produk tajaan sukan oleh peminat bola sepak di Amerika Syarikat semasa Piala
Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif
dan tingkah laku lepas dapat mempengaruhi keinginan pembelian produk dalam kalangan peminat
bola sepak. Selain itu, Armitage (2005) melaporkan bahawa ketiga-tiga penentu dalam TPB
menerangkan bahawa terdapat lebih banyak kebarangkalian keinginan seseorang individu untuk
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal jika individu itu memperolehi kesan positif (sikap), jika terdapat
tekanan sosial terhadap individu untuk melakukan aktiviti fizikal (norma subjektif) dan sekiranya
individu percaya mereka akan berjaya melakukan aktiviti itu (tanggapan kawalan sosial).
Walaupun, terdapat banyak kajian lampau yang menyokong cadangan “TPB” untuk meramal
tingkah laku dalam pelbagai konteks bidang kajian lain namun masih kurang kajian emperikal
menggunakan teori ini dalam konteks sukan di sekolah. Oleh yang demikian, kajian lanjut perlu
dijalankan untuk mengetahui sama ada TPB adalah sesuai untuk memahami dan meramal keinginan
penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Hal ini amatlah penting
untuk menyatakan TPB boleh diaplikasikan dalam konteks sukan di sekolah.

 
93 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

Model Konseptual Kajian


Berdasarkan kajian lampau dan penilaian terhadap teori yang digunakan untuk mengkaji
penglibatan dalam aktiviti sukan, kerangka konseptual kajian bagi penyelidikan ini adalah dapat
diterangkan dalam rajah 2. Model kerangka konseptual adalah menggunakan teori TPD, MKS dan
TPB. Kajian ini adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang menggabungkan beberapa teori bagi
memahami dan menerangkan secara multi-teoritikal tentang tingkah laku penglibatan dalam senaman
(Chatzisarantis & Hangger, 2007; Huang, Lee & Chang, 2007). Oleh yang demikian, kajian ini akan
mengaplikasikan pendekatan multi-teoritikal dengan mengunakan teori TPD, MKS dan TPB.
Kerangka kajian ini mengunakan beberapa faktor (contoh, sikap, motivasi, kekangan dan tingkah
laku) yang telah digunakan dalam kajian lampau untuk lebih memahami tingkah laku penglibatan
dalam aktiviti sukan (Rowe, 2009).
Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985; Deci & Ryan, 2000) dan Model Komitmen Sukan
(Scanlan et al., 1993) dapat digunapakai untuk menerangkan dan menghuraikan mengapa seseorang
bermotivasi untuk melakukan sesuatu tingkah laku seperti tingkah laku penglibatan dalam aktiviti
fizikal dan penglibatan dalam sukan. Manakala, TPB akan mengukur tingkah laku keinginan
penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah

Rajah 2 : Kerangka Konseptual Kajian

Motivasi
• Motivasi Intrinsik
• Motivasi Ektrinsik TINGKAH LAKU KEINGINAN
TINGKAH LAKU
• Amotivasi PENGLIBATAN AKTIVITI
KEINGINAN
SUKAN REKREASI
PENGLIBATAN
AKTIVITI
Komitmen Sukan
• Keseronokan sukan
• Peluang penyertaan
• Pelaburan peribadi
• Kekangan sosial
• Alternatif penyertaan
• Sokongan sosial Sikap Norma subjektif Tanggapan kawalan
tingkah laku

Berdasarkan kerangka konseptual kajian, dua teori utama yang dapat digunakan untuk
menghuraikan faktor dan penentu motivasi yang mempengaruhi penglibatan dalam sukan ialah TPD
dan MKS. Motivasi dalam penglibatan sukan adalah topik kajian yang sering dikaji oleh para
pengkaji dalam bidang psikologi sukan dan senaman untuk mengkaji sebab yang menerangkan
tingkah laku manusia iaitu faktor-faktor psikologi yang akan mempengaruhi tingkah laku penglibatan
dalam sukan. Berdasarkan kajian lampau, kedua-dua teori iaitu TPD dan MKS telah dapat
menyatakan faktor psikologi yang mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti sukan, walau
bagaimanapun faktor tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan pada masa hadapan
tidak dapat dijelaskan oleh teori-teori tersebut memandangkan kedua-dua teori ini tidak mengambil
kira pembolehubah sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku. Oleh yang demikian,
kajian lanjut perlu dijalankan untuk meramal tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan
rekreasi pada masa hadapan dengan menggunakan TPD, MKS dan TPB.
Maka, faktor motivasi dan faktor komitmen sukan dan penentu TPB adalah dihipotesiskan
akan mempengaruhi tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan
murid sekolah pada masa hadapan. TPB akan diaplikasikan untuk meramal tingkah laku keinginan
penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi pada masa hadapan dalam kalangan murid sekolah. Teori ini

 
94 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

menyarankan tiga penentu konseptual bagi keinginan iaitu : Yang pertama, sikap terhadap tingkah
laku yang merujuk kepada penilaian terhadap tingkah laku yang disukai atau tidak disukai. Yang
kedua ialah norma subjektif merujuk tanggapan tekanan sosial untuk melakukan atau tidak melakukan
sesuatu tingkah laku dan yang terakhir ialah tanggapan kawalan tingkah laku merujuk kepada
tanggapan tentang mudah atau susah bagi seseorang individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku.
Ketiga-ketiga penentu kepada keinginan diandaikan mempunyai hubungan dengan faktor motivasi
dan faktor komitmen sukan serta penentu TPB dan penentu ini adalah dijangkakan akan
mempengaruhi tingkah laku keinginan dalam kalangan murid sekolah untuk melibatkan diri dalam
aktiviti sukan rekreasi pada masa hadapan.

Kesimpulan
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk memahami sebab atau motif penglibatan dalam
aktiviti sukan dengan hanya menggunakan satu teori atau model. Namun, kurang kajian yang
mengaplikasikan beberapa teori atau model untuk menerangkan penglibatan dalam aktiviti sukan.
Oleh yang demikian, kajian lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan pendekatan multi-
teoretikal untuk mengkaji tingkah laku penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi (Chatzisarantis &
Hangger, 2007; Huang, Lee & Chang, 2007). Selain itu, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk
meramal tingkah laku keinginan penglibatan murid sekolah menengah dalam aktiviti sukan. Maka,
kajian lanjutan adalah perlu dijalankan untuk mengenal pasti peramal yang terbaik dari kalangan
faktor motivasi, komitmen sukan dan penentu TPB meramal tingkah laku keinginan penglibatan
aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Di samping itu, satu model
penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah dapat dihasilkan
berdasarkan faktor peramal yang terbaik untuk meramal keinginan murid sekolah menengah terlibat
dalam aktiviti sukan rekreasi.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan
rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Dengan memahami faktor-faktor yang dapat
menghuraikan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah maka program
intervensi dan langkah-langkah untuk menggalakkan penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan
rekreasi dapat dijalankan dengan jayanya. Usaha untuk menyemai dan memupuk sikap dan minat
murid sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan rekreasi perlulah dimulakan dari
peringkat usia yang muda agar ia dapat menjadi amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan murid
sekolah kelak.

Rujukan
1. Ajzen, I. (1988). Attitudes, personality, and behavior. Chicago, IL: Dorsey.
2. Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 50(2), 179-211.
3. Ajzen, I. (2001). Nature and operation of attitudes. Annual review of psychology, 52(1), 27-58.
4. Armitage , C.J. (2005). Can the theory of planned behavior predict the maintenance of physical activity?
Health Psychology, 24(3), 235-245.
5. Becker, H. S. (1960). Notes on the concept of commitment. American journal of Sociology, 32-40.
6. Brickell, T. A., Chatzisarantis, N. L., Pretty, G. M. (2006). Autonomy and control: augmenting the validity
of the theory of planned behaviour in predicting exercise. Journal Health Psychology, 11: 51-63.
7. Carpenter, P.J., & Coleman, R. (1998). A longitudinal study of elite youth cricketers’ commitment.
International Journal of Sport Psychology, 29, 195-210.
8. Carpenter, P. J., Scanlan, T. K., Simons, J. P., & Lobel, M. (1993). A test of the sport commitment model
using structural equation modeling. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 119–133.
9. Chatzisarantis, N., Hagger, M. S., Biddle, S. J. & Karageorghis, C. (2002). The Cognitive Processes by
which Perceived Locus of Causality Predicts Participation in Physical Activity. Journal Health Psychology
7: 685-699.
10. Chatzisarantis, N. L., & Hagger, M. S. (2005). Effects of a brief intervention based on the theory of
planned behavior on leisure-time physical activity participation. Journal of Sport and Exercise Psychology,
27(4), 470.
11. Chatzisarantis, N. L. D. & Hagger, M. S. (2009). Integrating the theory of planned and self-determination
theory in health behavior: A meta-analysis. British Journal of Health Psychology, 14, 275-302.

 
95 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

12. Chatzisarantis, N. L.D., Hagger, M. S., & Smith, B. (2007). Influences of perceived autonomy support on
physical activity within the theory of planned behavior. European Journal of Social Psychology, 37, 934-
954.
13. Chatzisarantis, N. L. D., & Hangger, M. S. (2007). Intrinsic motivation and self-determination in exercise
and sport : Reflecting on the past and sketching the future. In M. S. Hangger & ; N. L. D. Chatzisarantis
(Eds.) Intrinsic motivation and self-determination in exercise and sport (pp. 281-296). Champaign, IL:
Human Kinetics.
14. Chatzisarantis, N. L., & Hagger, M. S. (2009). Effects of an intervention based on self-determination
theory on self-reported leisure-time physical activity participation. Psychology and Health, 24(1), 29-48.
15. Chen, S., & Li, S. (2006). Research on the test of the Sport Commitment Model under the sport
participation among college students. Journal of Beijing Sport University, 29, 623–625.
16. Choosakul, C., Vongjaturapat, N. Li, F. & Harmer, P. (2009). The Sport Commitment Model : An
Investigation of Structural Relationships with Thai Youth Athlete Populations. Measurement in Physical
Education and Exercise Science, 13, 123–139.
17. Cunningham, B. G. & Kwon, H. (2003). The Theory of Planned Behavior and Intentions to Attend a Sport
Event. Sport Management Review, 6, 127-145.
18. Dan,S.P., Mohd Nasir, M.T., & Zalilah, M.S.(2011). Determination of factors associated with physical
activity levels among adolescents attending school in Kuantan, Malaysian. Journal of Nutrition, 17(2),175-
187.
19. De Bourdeaudhuij, I. (1998). Behavioural factors associated with physical activity in youth. In Sallis J and
Biddle S (eds), Young and Active, Health Education Authority, London.
20. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The "what" and "why" of goal pursuits: Human needs and the self-
determination of behavior. Psychological Inquiry, 11, 227-268.
21. Deci, E. I., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human behavior. New
York: Plenum.
22. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (Eds.). (2002). Handbook of self-determination research. University Rochester
Press.
23. Fazio, R. H., Powell, M. C., & Williams, C. J. (1989). The role of attitude accessibility in the attitude-to-
behavior process. Journal of consumer research, 280-288.
24. Fishbein, M., & Ajzen, I. (1980). Predicting and understanding consumer behavior: Attitude-behavior
correspondence. Understanding attitudes and predicting social behavior, 148-172.
25. Hagger, M. S., Chatzisarantis, N. L. D., Barkoukis, V., Wang, J. C. K., Hein, V., Pihu, M., Soos, I., &
Karsai, I. (2007). Cross-cultural generalizability of the theory of planned behavior among young people in
a physical activity context. Journal of Sport & Exercise Psychology, 29, 1-19.
26. Hangger, M. S., Culverhouse, T., & Biddle, S. J. H. (2003). The process by which perceived autonomy
support in physical education promotes leisure-time physical activity intentions and behavior : A trans-
contextual model. Journal of Educational Psychology, 4, 784-795.
27. Hashim, H. A., Golok, F., & Ali, R. (2011). Profiles of exercise motivation, physical activity, exercise
habit, and academic performance in Malaysian adolescents: A cluster analysis. International Journal of
Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health. 2011; 3 (6): 416, 428.
28. Horn, T. (2008). Advances in Sport Psychology (Third Edition). Human Kinetics Publishers. Champaign.
US.
29. Hrubes, D., & Daigle, J. (2001). Predicting hunting intentions and behavior: An application of the theory
of planned behavior. Leisure Sciences, 23(3), 165–178.
30. Huang, C. H., Lee, L. Y., & Chang, M. L. (2007). The influences of personality and motivation on exercise
participation and quality of life. Social Behavior and Personality: an international journal, 35(9), 1189-
1210.
31. Jess, S. (2009). Examining sport commitment and intentions to participate in intramural sports: application
of the Sport Commitment Model and the Theory of Planned Behaviour in a campus recreational sport
setting.
32. Kalafatis, S.P., Pollard, M., East, R., & Tsogas, M.H. (1999). Green marketing and Ajzen’s theory of
planned behavior: A cross-market examination. Journal of Consumer Marketing, 16, 441–460.
33. Kanezaki, R. (2002). Verifications of sport commitment scales among old peoples. Journal of the Faculty
of Culture and Education, 6, 239–247.
34. Kelley, H. H. (1983). Love and commitment. In H.H. Kelley, E. Berscheid, A. Christensen, J.H. Harvey,
T.L. Huston, G. Leninger, E. McClintock, L.A. Peplau, & D.R. Petersen (Eds.), Close relationships (pp.
265-314). New York: W.H. Freeman and Company.
35. Pelletier, L. G., Fortier, M. S., Vallerand, R. J., Tuson, K. M., Briere, N. M., & Blais, M. R. (1995).
Toward a new measure of intrinsic motivation, extrinsic motivation, and amotivation in sports: The Sport
Motivation Scale (SMS). Journal of Sport and Exercise Psychology, 17, 35-35.

 
96 
                           SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC2014) 

36. Rhodes, R. E., Matheson, D. H., Blanchard, C. M., & Rachel E. Blacklock M. A. (2008). Evaluating Time
Frame Expectancies in Physical Activity Social Cognition: Are Short- and Long-Term Motives Different?,
Behavioral Medicine, 34(3), 85-94.
37. Rowe, D. (2009). Media and Sport: The Cultural Dynamics of Global Games. Sociology Compass, 3(4),
543-558.
38. Rusbult, C. E. (1980). Commitment and satisfaction in romantic associations: A test of the investment
model. Journal of Experimental Social Psychology, 16(2), 172-186.
39. Rusbult, C. E. (1988). Commitment in close relationships: The investment model. In L. A. Peplau, D. O.
Sears, S. E. Taylor & J. L Freedman (Eds.), Readings in social psychology:Classic and contemporary
contributions (pp. 147-157). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
40. Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2007). Active human nature: Self-determination theory and the promotion and
maintenance of sport, exercise and health. In M. S. Hagger & N. L. D. Chatzisarantis (Eds.) Intrinsic
Motivation and Self Determination in Exercise and Sport (pp. 1-19). Champaign, IL: Human Kinetics.
41. Sarrazin, P., Vallerand, R., Guillet, E., Pelletier, L., & Cury, F. (2002). Motivation and dropout in female
handballers: A 21‐month prospective study. European Journal of Social Psychology, 32(3), 395-418.
42. Scanlan, T. K., Rusell, D. G., Beals, K. P. & Scanlan, L. A. (2003). Project on elite athlete (PEAK): II. A
direct test and expension of the sport commitment model with elite amateur sportsmen. Journal of Sport
and Exercise Psychology, 25, 377-401.
43. Scanlan, T. K., Carpenter, P. J., Schmidt, G. W., Simons, J. P., & Keeler, B. (1993). An introduction to the
sport commitment model. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 1-15.
44. Seok K., Lee, S., & G, Kang-Bon., (2012). The influence of multimedia exposure on purchase intention of
sponsored products: The case of the 2010 FIFA world cup. International journal of sport communication,
5, 153-175.
45. Shank, M. D. (2009). Sports Marketing: A Strategic Perspective. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
46. Tremblay, M.S., Warburton, D.E.R., Janssen, I. Paterson, D. H., Latimer, A. E., Rhodes, R. E., Kho, M.E.,
Audrey Hicks, A., LeBlanc, A. G., Zehr, L., Murumets, K., & Duggan, M. (2011). New Canadian
Physical Activity Guidelines. Appl. Physiol. Nutr. Metab. 36: 36–46.
47. Vallerand, R.J., Deci, E.L, & Ryan, R. M. (1987). Intrinsic motivation in sport. In K. Pandolf (Ed.),
Exercise and Sport Science Reviews, 15, 389-425. New York: Macmillan.
48. Warburton, D.E.R., Katzmarzyk, P.T., Rhodes, R.E., and Shephard, R.J. (2007). Evidence-informed
physical activity guidelines for Canadian adults. Appl. Physiol. Nutr. Metab. 32(Suppl. 2E): S16–S68.
49. Weiss, W. M., & Weiss, M. R. (2005). Sport commitment: A test of an expanded model. In Journal of
Sport & Exercise Psychology (Vol. 27, pp. S158-S158).
50. Weiss, W. M., Weiss, M. R., & Amorose, A. J. (2010). Sport commitment among competitive female
athletes: Test of an expanded model. Journal of sports sciences, 28(4), 423-434.
51. World Health Organization (WHO) (2011). Global recommendations on physical activity for health.
Retrieved June 13, 2013, from
http://www.who.int/dietphysicalactivity/factsheet_young_people/en/index.html
52. Wilson, P. M., Rodgers, W. M., Carpenter, P. J., Hall, C., Hardy, J., & Fraser, S. N. (2004). The
relationship between commitment and exercise behavior. Psychology of sport & Exercise, 5(4), 405-421.
53. Witmer, L., Bocarro, J. N., & Henderson, K. (2011). Adolescent girls’ perception of health within a leisure
context. National Recreation and Park Association 42 (3), 334-354.
54. Yusof, A. & Shah, P. (2007). Sport participation constraints of Malaysian university students. The
International Journal of the Humanities, 5(3), pp 189-195.

 
97 

You might also like