You are on page 1of 9

KERTAS KERJA CADANGAN

MENGADAKAN TAMAN PERMAINAN DAN KECERIAAN KAMPUNG

BIRO KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN

MAJLIS PEMBANGUNAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

MPKK KOLAM KUALA IBAI


1.0 PENGENALAN

Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan satu organisasi yang


diberi tanggungjawab bagi memantau , menerima dan melaksanakan sebarang
aktiviti yang berkaitan dengan Kampung dan masyarakat . Justeru itu , MPKK menjadi
pemudahcara bagi masyarakat Kampung didalam memastikan kehidupan
masyarakat dan Kampung terjamin dalam segala aspek kehidupan .

2.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan
bagi mengadakan sebuah taman permainan dan aktiviti keceriaan Kampung yang
akan berfungsi sebagai tempat rekreasi untuk masyarakat Kampung Kolam Kuala
Ibai . Turut sama diadakan aktiviti keceriaan Kampung bagi memeriahkan lagi
suasana keceriaan Kampung Kolam Kuala Ibai .

3.0 PELAKSANAAN

Jawatankuasa Biro Kesejahteraan dan Keceriaan di bawah MPKK Kolam Kuala Ibai
akan menjadi penyelia utama bagi aktiviti kesejahteraan dan keceriaan .

Pertambahan ahli jawatankuasa yang melibatkan masyarakat kampong turut dibuat


bagi memastikan tugasan dapat dijayakan dengan sebaiknya .

4.0 SENARAI JAWATANKUASA BIRO KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN

Bil Jawatan Nama


1 Ketua
2 Ahli jawatankuasa
3 Ahli jawatankuasa
4 Ahli jawatankuasa
5 Ahli jawatankuasa
6 Ali jawatankuasa

5.0 CADANGAN AKTIVITI


Pihak Biro Kesejahteraan dan keceriaan akan mengadakan aktiviti mengikut
skop tugas yang telah diberikan , antara cadangan yang ingin dilaksanakan
Aktiviti Program Tempat
Kesejahteraan Taman rekreasi mini Balai raya Kg Kolam
Keceriaan Hiasan Kampung dengan Setiap laluan strategic
flora dan fauna Kampung

6.0 JADUAL PELAKSANAAN


6.1 TAMAN REKREASI MINI

Bil Aktiviti Tarikh Mula Tempat Kos


1 Taman Rekreasi mini 2018 Balai raya RM6,000.00

6.1.1 PERINCIAN AKTIVITI TAMAN REKREASI

Bil Aktiviti Tujuan


1 Set permainan kanak-kanak 1. Menggalakkan silaturahim
I. Papan gelongsor antara penduduk
II. Buaian 2. Pengisian jadual harian
III. Jongkang-jongkit 3. Menjana kercerdasan
minda anak-anak
4. Menggalakkan kehadiran
ke kelas yang diadakan di
Balai raya

2 Set rekreasi warga tua 1. Untuk kegunaan aktiviti


Tapak pejalan kaki kesihatan
Galang bergantung 2. Menjadi tempat
Gerai pertemuan dan pelbagai
aktiviti lain .

3 1. Menjadi alas keselamatan


Tanaman rumput karpet sekitar tapak 2. Menggalakkan suasana
rekreasi neutral sekitar tapak
rekreasi
6.2 HIASAN KAMPUNG

Bil Aktiviti Tarikh Mula Tempat Kos


1 Hiasan kampung 2018 Sekitar RM7,000.00
Kampung

6.2.1 PERINCIAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Tujuan


1 Mengadakan pintu gerbang masuk dan
keluar kampung

2 Menanam pokok sisr jalan 1. Menceriakan setiap laluan


kampong jalan kampong
I. Pokok pinang 2. Menjadi teduhan laluan
II. Pokok tunjuk langit

3 Tanaman rumput karpet sekitar tapak 1. Menjadi alas keselamatan


rekreasi tapak mainan
2. Menggalakkan suasana
neutral sekitar tapak
rekreasi

4 Menyediakan ruangan papan iklan 1. Menjadi ruangan


pengiklanan untuk
masyarakat kampong
2. Memudahkan sebaran
maklumat

JADUAL OPERASI DAN PETUGAS


Ahad - Sabtu

Waktu Hari Aktiviti Petugas


8.00 a.m- Ahad - 1. Taman rekreasi mini Pemantauan dibuat
Khamis dibuka 7 hari seminggu oleh semua JK Biro
6.30 p,m
2. Pemantauan hiasan Kesejahteraan dan
kampong akan dibuat 2 keceriaan
hari 1 kali secara bergilir.
Operasi waktu malam

Taman rekreasi mini juga akan dibuka pada waktu malam sekiranya Pusat sumber
awam beroperasi .

6.3 SENARAI PENYELIA TAMAN REKREASI MINI DAN HIASAN KAMPUNG

Bil Jawatan Nama Skop tugas


1 Ketua 1. Bertanggungjawab mengurus
dan mentadbir segala perihal
TRM dan hiasan Kampung.
2. Menyediakan laporan kepada
JK MPKK setiap kali mesyuarat
diadakan
2 Penyelia 1 1. Bertanggungjawab menjaga
dan melaporkan sebarang
perihal berkenaan TRM dan
Hiasan Kampung
2. Melakukan pemantauan
3 Teknikal 1. Bertanggungjawab menjaga
dan melaporkan sebarang
perihal berkenaan TRM dan
Hiasan Kampung
2. Menjaga dan menyelenggara
TRM dan hiasan kampung
4 Teknikal 1. Bertanggungjawab menjaga
dan melaporkan sebarang
perihal berkenaan TRM dan
Hiasan Kampung
2. Menjaga dan menyelenggara
TRM dan hiasan kampung
5 Teknikal 1. Bertanggungjawab menjaga
dan melaporkan sebarang
perihal berkenaan TRM dan
Hiasan Kampung
2. Menjaga dan menyelenggara
TRM dan hiasan kampung
6 Teknikal 1. Bertanggungjawab menjaga
dan melaporkan sebarang
perihal berkenaan TRM dan
Hiasan Kampung
2. Menjaga dan menyelenggara
TRM dan hiasan kampung

7.0 KEWANGAN
Hasil pelaksanaan adalah merujuk jumlah peruntukan kewangan yang Berjaya
diperolehi , walau bagaimanapun inisiatif lain dan langkah penjimatan akan
dilaksanakan bagi memastikan hasil pelaksanaan dapat dijayakan
dengankadar paling minima dan berpatutan .
7.1 ALATAN KEPERLUAN TAMAN REKREASI MINI

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Set taman permainan kanak-
5,000.00 1 5,000.00
kanak
2 Set bahan rekreasi dewasa 1,000.00 1 1,000.00
Jumlah 6,000.00

7.2 HIASAN KAMPUNG

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Set pintu gerbang 2,000.00 2 4,000.00
2 Bahan hiasan sisir jalan kampong
Pokok pinang dan pokok tunjuk 1,000.00 1 1,000.00
langit
3 Papan iklan 500.00 4 2,000.00
Jumlah 7,000.00
7.3 KOS KEPERLUAN KESELURUHAN

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Taman Rekreasi Mini 6,000.00 1 6,000.00
2 Hiasan kampung 7,000.00 1 7,000.00
Jumlah 13,000.00

7.4 KOS OPERASI BULANAN


I. Pendapatan (Anggaran)

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Tabung selenggara fasiliti
50.00 1 50.00
kampung
Jumlah 50.00

II. Perbelanjaan (Anggaran)

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Kos persediaan selenggara 50.00 1 50.00
Jumlah 50.00

III. Rumusan kos operasi bulanan (Anggaran)

Bil Perihal Harga/Unit Kuantiti Jumlah


1 Pendapatan 50.00 1 50.00
2 Perbelanjaan 50.00 1 50.00
Jumlah 0.00
8.0 LAKARAN DAN GAMBARAJAH
Taman Rekreasi Mini

Hiasan kampong
9.0 RINGKASAN PELAKSANAAN
Segala pelaksanaan akan dibuat mengikut skop tugas biro yang ditetapkan
secara berperingkat . Penglibatan seluruh masyarakat menjadi keutamaan agar
manfaat kewujudan Taman rekreasi awam dan hiasan kampong ini dapat
dimanfaatkan oleh semua samada masyarakat .
Pelbagai aktiviti akan diadakan pada masa akan datang yang akan
melibatkan segenap lapisan masyarakat , peluang kerja diadakan , sumber ilmu
dicambahkan lagi mengikut kategori masyarakat . Kerjasama dengan agensi
kerajaan amatlah penting dan utama khususnya bagi masyarakat Kg Kolam
Kuala Ibai .
Pihak MPKK dari masa ke semasa akan sentiasa berusaha menggerakkan segala
usaha agar boleh membawa kebaikan kepada seluruhnya .

10.0 RUMUSAN

Kertas kerja ini terhasil dari keinginan serta hasil perbincangan dalam berusaha
dalam menyediakan pembangunan dan prasarana yang boleh
memanfaatkan seluruh lapisan masyarakat . Tiadalah daya kami sekadar
menyatakan buah fikiran dan cadangan untuk diusahakan agar dapat diterima
pihak seterusnya sekaligus dapat memberi sokongan dalam menjayakannya .
Pihak kami senantiasa berusaha bagi memenuhi tanggungjawab yang
diberikan pihak kerajaan dalam menjadi pemudahcara bagi masyarakat agar
segala keperluan dipenuhi sekaligus memberi natijah yang baik kepada semua.

Disediakan oleh ,

-------------------------------------
Ketua
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK)
Kolam Kuala Ibai

You might also like