You are on page 1of 1

Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya

Sekolah saya telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru di


dewan sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan
pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, guru-guru dan murid-murid telah


berhimpun di dalam dewan. Semua warga sekolah berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah. Selepas itu,
Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengucapkan
jutaan terima kasih kepada para guru atas sumbangan dan pengorbanan
mereka dalam bidang pendidikan. Beliau turut mengucapkan "Selamat
Hari Guru" kepada semua guru.

Murid-murid mengadakan persembahan di atas pentas.


Contohnya, tarian, nyanyian, lawak jenaka, orkestra, diabolo dan
pertunjukan silap mata. Persembahan-persembahan yang menarik telah
menghiburkan hati para penonton.

Pengerusi majlis mempersilakan guru besar untuk menyampaikan


cenderahati dan sijil penghargaan kepada guru-guru yang telah lama
berkhidmat di sekolah kami. Cikgu Kamarudin telah dipilih sebagai Tokoh
Guru pada tahun ini. Semua warga dewan memberikan tepukan yang
gemuruh kepada beliau.

Selepas acara penyampaian hadiah, semua guru dijemput ke


kantin untuk jamuan ringan. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk
memberikan hadiah berupa bunga, kad ucapan dan bekas tangan kepada
guru-guru yang disayangi sebagai tanda penghargaan.

Majlis sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 1.00 petang. Kami
pun pulang ke rumah dengan gembira.

You might also like