You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1,

Jalan Perak, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.


TEL : 04-5754140 FAKS:04-5753140

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BIASISWA BIL 1 / 2019

Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu)

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Bilik Pengetua

Kehadiran : 1. Tuan Haji Mohamad Nasri Bin Osman - Pengerusi


2. Tuan Haji. Abdul Ghani Bin Hj. Omar - PK HEM
3. Cik Siti Husna Binti Hassim - Naib Pengerusi 1
4. En. Mohd Radzi Bin Talib - Naib Pengerusi 2
5. En. Muhammad Najib Bin Jamil - Naib Pengerusi 3
6. Pn. Aniza Binti Abd Muntalib - Setiausaha BKP, BKN
7. En. Mohamad Nasruldeen Bin Nasir - Setiausaha Zakat
8. En. Muhamad Ali Imran Bin Abd Rahman - Setiausaha KWAPM, EMK

Agenda : 1. Ucapan Aluan


2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pemilihan Permohonan Baharu KWAPM 2019
5. Hal-Hal Lain

1.0 Ucapan Aluan

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah. Pengerusi


mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli jawatankuasa.

1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan utama mesyuarat adalah untuk


memproses borang permohonan baharu KWAPM bagi tahun ini. Beliau
menyatakan pihak sekolah akan berusaha mendapatkan bantuan kepada
pelajar yang memerlukan sama ada dalam bentuk biasiswa, zakat atau
sumbangan pihak tertentu.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 En. Mohamad Nasruldeen mencadangkan agar Minit Mesyuarat Bil.1/


2019 diterima dan disokong oleh Pn. Aniza.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Perkara 5.1. – En. Mohamad Nasruldeen memaklumkan Biasiswa JAIPP


Tahun 2018 telah diterima dan pengagihan telah selesai dibuat.

Makluman
4.0 Pemilihan Permohonan Baharu KWAPM

4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa pada tahun ini permohonan KWAPM telah
dibuka mulai 1 – 15 Mac. Permohonan adalah secara automatik melalui data
APDM.

Makluman

4.2 Tuan Haji Abd Ghani memaklumkan bahawa guru-guru kelas perlu
mengemaskini data pelajar dalam APDM sebelum 12 Mac 2019 agar tidak
berlaku keciciran nama pelajar yang layak.
Tindakan: Guru Kelas

5.0 Hal-Hal Lain

5.2 En. Nasruldeen memaklumkan telah menerima borang Biasiswa JAIPP


sebanyak 30 set. Borang permohonan akan dihantar pada atau sebelum 30
Mac 2019.

Tindakan: Setiausaha Zakat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Disediakan oleh :

…..................................................................
(MUHAMAD ALI IMRAN BIN ABD RAHMAN)
Setiausaha KWAPM, EMK

You might also like