You are on page 1of 4

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Dalam arus pemodenan kini, para guru di sekolah khususnya para guru di sekolah rendah
berdepan dengan kepelbagaian murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
sosiobudaya, komunikasi, keluarga dan tahap ekonomi yang berbeza. Menurut Mansor Mohd
noor (2005) hal ini terjadi kerana faktor ibu bapa yang berimigrasi dari sebuah ke sebuah
kawasan lain dalam mencari keselesaan kehidupan. Oleh itu, para guru di sekolah
seharusnya mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar sekaligus dapat membina sebuah negara
bangsa dalam persekitaran bilik darjah yang berbeza sosiobudaya.

Antara peranan guru dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya ialah,Seorang guru
seharusnya bersikap professional dengan mempunyai sifat keterbukaan dalam melaksanakan
aktivti pengajaran dan pembelajaran (pnp) agar peluang untuk murid berinteraksi sesama
mereka akan lebih terbuka luas. Sebagai contoh, menurut Mohd milson,(2009) guru
seharusnya mengelompokkan murid mengikut latar sosiobudaya yang berbeza ketika
menjalankan aktiviti pnp yang menggunakan kaedah kumpulan kecil.Hal ini juga sekiranya
dilihat dalam aspek pembinaan negara bangsa, ianya secara langsung akan mewujudkan
sebuah bangsa yang lebih selesa untuk bergaul sesama sendiri walaupun terdiri daripada
agama,ras dan etnik yang berbeza.Oleh itu jelaslah, guru seharusnya bersikap professional
dan mempunyai sikap keterbukaan agar pnp dan negara bangsa yang lebih baik akan
terwujud.

Tambahan lagi, guru juga seharusnya menggunakan laras bahasa yang sesuai agar pola
komunikasi yang terhasil di dalam bilik darjah akan lebih berkesan. Hal ini selaras dengan
pendapat pertubuhan pendidikan pelbagai kaum (2007) yang menyatakan guru seharusnya
menggunakan bahasa rasmi yang tidak bercampur dengan dialek negeri ketika mengajar agar
murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya dapat memahami isi
kandungan pelajaran pada hari tersebut. Hal ini juga akan membawa impak yang lebih besar
dari sudut aspek pembinaan negara bangsa iaitu para murid akan lebih memahami dan
belajar dengan menggunakan laras bahasa kebangsaan yang betul dalam kehidupan harian
mereka.

Selain itu, dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru juga seharusnya pandai
dalam mengubah suai reka bentuk bilik darjah mengikut kesesuaian latar belakang
sosiobudaya para murid yang berbeza. Sebagai contoh, guru boleh mengubah kedudukan
murid yang rabun dan murid yang ketinggian lebih pendek berbanding rakan lain ke tempat
duduk yang lebih hadapan di dalam kelas. Melalui cara ini, secara tidak langsung sikap
menghormati antara satu sama lain dapat dipupuk ke dalam diri murid-murid. Dalam sudut
pembinaan negara bangsa juga, perkara ini walapun dilihat sebagai perkara yang kecil,
namun secara tidak langsung ia akan menanamkan sifat menghargai orang lain yang
mempunyai ras yang berbeza berbanding diri sendiri.

Selaian itu, guru-guru juga boleh mewujudkan beberapa sudut sejarah,sudut patriotik dan
sudut elektronik yang memuatkan maklumat yang mampu menarik minat murid untuk
menambah ilmu pengetahuan seterusnya memberi kesedaran kepada murid-murid akan
pentingnya semangat perpaduan antara kaum dari pelbagai latar belakang etnik dan
sosiobudaya. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah suasana bilik darjah
yang mesra budaya. Dari sudut pembinaan negara bangsa juga, ianya dilihat akan
mewujudkan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berilmu pengetahuan
terhadap agama,etnik dan sosiobudaya di sesebuah negara itu seterusnya dapat
mewujudkan sebuah kehidupan aman dan makmur.

Di samping itu, guru juga seharusnya prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling kelas.
Sebagai contoh, guru boleh membina sebuah rancangan mengajar yang tidak menyentuh
kepada kepercayaan dan agama yang diamalkan murid-murid. Ini bermaksud setiap akiviti
pnp yang dijalankan seharusnya tidak menyentuh kepada isu-isu sensitif yang boleh
membawa kepada pergaduhan antara kaum. Perkara ini secara tidak langsung akan memberi
contoh kepada murid-murid agar tidak menyentuh kepada kepercayaan dan agama yang
diamalkan rakan-rakan dan sekiranya dilihat dari sudut aspek pembinaan negara bangsa
ianya akan mewujudkan masyarakat yang tidak ekstrem dalam mengamalkan agama.

Seterusnya, dalam membina budaya bilik darjah yang mesra budaya, seorang guru itu
perlulah membina hubungan yang erat diantara murid-murid dan guru itu sendiri. Melalui cara
ini, secara tidak langsung ianya akan menimbulkan minat dalam diri murid-murid terhadap
mata pelajaran yang diajarkan guru tersebut seterusnya meningkatkan kesungguhan murid
untuk belajar. Perkara ini jika dilihat dalam sudut aspek pembinaan negara bangsa juga, ianya
secara tidak langsung akan menjadikan kerjaya seorang guru itu sebagai sebuah agen
sosialisasi yang mengajarkan kepada murid-murid untuk menjalin hubungan yang erat bukan
sahaja terhadap guru itu sendiri tetapi turut menjalin hubungan yang erat terhadap rakan-
rakan sekelas dan masyarakat setempat. Hal ini kerana menurut Bandura di dalam buku murid
dan alam belajar (2015 ) sosioemosi dan tingkah laku murid diperolehi melalui peniruan.Oleh
itu jelaslah,melalui bimbingan dan membina hubungan yang erat antara murid-murid dan
guru, pembinan budaya bilik darjah mesra budaya dan pembinaan negara bangsa dapat
dibentuk.

Tambahan lagi, budaya bilik darjah mesra budaya akan berjaya dibentuk sekiranya guru
menerapkan 5 elemen rukun negara sebagai elemen merentas pengajaran secara tidak
langsung. Sebagai contoh, elemen-elemen yang terdapat di dalam rukun negara semuanya
menjurus diri bangsa Malaysia kearah perpaduan. Oleh itu,guru-guru boleh menyatakan nilai-
nilai perpaduan ini secara tidak langsung di dalam pnp untuk mengajar murid-murid bersatu
dalam kepelbagaian sosiobudaya. Perkara ini juga jika dilihat dalam aspek pembinaan negara
bangsa, ianya akan mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang mendokong kuat akan
ideologi kebangsaan iaitu ideologi rukun negara dalam menjalinkan hubungan yang erat
dalam kepelbagaian sosiobudaya.

Sebagai kesimpulannya, peranan guru dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya
seterusnya meningkatkan pencapaian murid di samping menjayakan hasrat negara dalam
membina sebuah negara bangsa adalah amat penting. Guru seharusnya sentiasa bersedia
dari sudut fizikal mahupun emosi dalam segala perubahan demi mencapai tahap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran setanding negara maju seterusnya mampu
membina negara bangsa.
RUJUKAN

Mohd milson. (2009). Kaedah Kumpulan Kecil dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah.International Islamic University.

Mansor Mohd (2005). Transformasi Perhubungan Etnik Di Malaysia. Journal Analisa Politik
Vol.2 No.9 Januari- Jun 2005.

Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2015). Murid Dan Alam
Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Pertubuhan pendidikan pelbagai kaum(2007). Memorandum mengembalikan bahasa ibunda


dalam pendidikan di sekolah.

Sharifah Alawiyah Alsagoof (1990). Ilmu pendidikan Psikologi. Kuala Lumpur: Heinemann
Education Book (ASIA) Ltd.

You might also like