You are on page 1of 9

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pengenalan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang
dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya
terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang
ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan
setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi
PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

Sejarah

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D.


Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri
daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942
dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk
mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima
sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas
pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam
pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di
Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga
Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan
Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks,
Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-
cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta
pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama
ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan
oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di


San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya
Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang
menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua
bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah
diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas
piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat,
United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46
penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10
Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai
pertubuhan ini.

Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

“KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM”

1. Untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang


dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada
manusia, dan

2. Untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai
manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil,
dan

3. Untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang
tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan,
dan

4. Untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang
lebih luas, dan untuk tujuan ini

5. Akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain
sebagai jiran-jiran yang baik, dan

6. Akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan


antarabangsa, dan

7. Akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa
bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum.

8. Akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial
untuk semua manusia,
Struktur Organisasi

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

 Perhimpunan Agung
 Majlis Keselamatan
 Majlis Ekonomi dan Sosial
 Majlis Peramanahan
 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
 Sekretariat

Perhimpunan Agung

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap
tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.

Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum
untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat
keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab
kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB
yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa
di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan
keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli


Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan
kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang
dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk
dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa
kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat
minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu
dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah
mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula,
ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan
menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini
bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah
bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta
keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya
merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang
ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan,
baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka.
Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November
1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan
penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan
mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau
ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague,
Belanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan
bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan
oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang
diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan
yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk
menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara
membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada
tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam
antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan
yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih
kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB
untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan,
Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas
Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan
operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang
pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya
terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

 Persidangan antarabangsa
 Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
 Kawalan dan pelucutan senjata
 Penjagaan keamanan
 Hak asasi manusia
 Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
 Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan
tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan
sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung
akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh
sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di
Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk
memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada
Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal
serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang
ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September
1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki
pada Jun 1996.

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat
menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo
yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan
peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk
memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan


senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan
Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi
pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata
angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata
biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan
antarabangsa.
Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru


sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak
menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga
kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB
tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan
oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001,
PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha
mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang
menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang
dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk
melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya
pingat tentera.

Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB.
Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta
bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan
datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas
dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan"
untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan
badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan
dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang
hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang
bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk
pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-
parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.
Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan
makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada
penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita
disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi
makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi
Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara.
PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat
Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala
untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi
yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang
miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan
pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak
sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga
menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk
Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan
Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas
Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk
mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan
dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan
untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang
dihakiminya termasuk:
Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-
undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-
jenayah perang;

Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai
Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Senarai Badan PBB

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam
piagamnya ialah :

 Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)


 Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan
Kewangan Antarabangsa dan
 Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
 Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
 Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
 Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
 Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
 Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
 Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO)

Agensi-agensi sementara termasuk:

 Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)


 Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi

PBB untuk Pelarian) (UNHCR)

 Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

You might also like