You are on page 1of 18

PT31603 PSIKOLOGI SOSIAL (SEKSYEN 1)

ASSIGNMENT 2- EXPERIMENT (HELPING BEHAVIOR)

LECTURER : MADAM CARMELLA E. ADING

TUTORIAL : 9-10 AM (MONDAY)

NAMA NO. MATRIK


NADHIRAH BINTI MOHD NASHIT BP15110320
NAJAH AFINA BINTI MOHD HARUN BP15110321
NOOR HALIDAH BINTI AHMAD BP15110323
SITI NAZIRAH BINTI AZMAN BP15110370
SITI NUR SYAFIQAH BINTI TARIP BP15110282
PENGENALAN
Manusia secara luar biasanya sangat suka menolong orang lain.
Bukan sahaja membantu orang yang dikenali, bahkan turut
membantu orang yang tak dikenali. Terdapat beberapa sebab
berlakunya fenomena ini iaitu yang pertama adalah dengan
membantu orang lain, peluang untuk dibantu akan meningkat sama
ada secara terus daripada orang yang ditolong (Fehr et al., 1997)
atau oleh orang lain (Seinen & Schram, 2006).

Walau bagaimanapun , terdapat kajian mengatakan bahawa


kegagalan individu untuk menolong adalah disebabkan oleh
kehadiran orang lain atau lebih dikenali sebagai bystander effect.

Darley dan Latane (1968) merupakan pengkaji pertama yang


mengkaji tentang bystander effect di dalam eksperimennya. Mereka
mendapati bahawa kehadiran orang lain yang berpotensi untuk
menolong telah mengurangkan potensi seseorang individu untuk
menolong.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah bebas - kehadiran bystander effect
pemboleh ubah terikat - tingkah laku menolong yang ditawarkan oleh subjek kajian

Hipotesis Awal
Pengkaji telah menetapkan hipotesis nol sebagai hipotesis awal kajian iaitu kehadiran bystander effect
tidak memberi kesan kepada tingkah laku seseorang.

Subjek Kajian
Subjek kajian dijalankan dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 23 orang pelajar
terlibat dalam eksperimen dimana 20 orang terdiri daripada pelajar perempuan dan 3 lagi terdiri
daripada pelajar lelaki.

Tempat kajian
Kajian ini telah dijalankan di dua tempat yang berbeza iaitu di dalam perpustakaan UMS dan di kawasan
luar perpustakaan UMS seperti di laluan pejalan kaki dan perhentian bas.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Alat Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa keping duit kertas
yang sengaja dijatuhkan dikawasan subjek kajian.

Prosedur Eksperimen
Kamera telah dipasang sebelum eksperimen dimulakan. Salah seorang
pengkaji bertindak merekod keputusan kajian. Pengkaji yang lain akan
memerhatikan keadaan sekeliling dan apabila keadaan sesuai, pengkaji
akan berlakon seolah-olah duit jatuh tanpa sengaja dan secara tidak sedar.
Kemudian, respon subjek kajian akan direkodkan. Setelah selesai, beberapa
orang subjek kajian akan ditemubual bagi mengetahui punca subjek kajian
menolong pengkaji.
TEORI
• Latane dan Darley telah menghasilkan teori yang berkaitan dengan kesan bystander untuk menentukan sama
ada orang ramai akan memberi bantuan atau tidak (Kassin, 1996).
• Teori diffusion of responsibility
• 5 langkah membuat keputusan
i. individu yang terlibat sedar bahawa peristiwa sedang berlaku tetapi mungkin gagal melakukannya dan tidak
memberi sebarang bantuan.
ii. mengenalpasti keadaan itu sebagai satu bentuk kecemasan.
iii. pemerhati yang hadir tetapi tidak terlibat perlu mengambil tanggungjawab untuk membantu, tetapi pihak
tersebut mengelak daripada bertanggungjawab dengan menganggap bahawa orang lain akan bertindak.
iv. pemerhati di tempat kajian perlu membuat keputusan mengenai tindak balas yang sesuai
v. Tindak balas dilaksanakan
• Pluralistic ignorance
• Disifatkan oleh kepercayaan bahawa sikap seseorang dan penghakimannya
berbeza dengan yang lain, walaupun kelakuan seseorang sama (Miller dan
McFarland, 1991).
• Mengapa para pemerhati gagal membantu mangsa kecemasan?
• Menglibatkan norma sosial.
KEPUTUSAN
• Hipotesis Nol diterima secara signifikan kerana seperti yang dijangka, kehadiran orang lain
tidak memberi kesan kepada seseorang untuk menolong mereka yang sedang dalam
situasi memerlukan.

1) DALAM PERPUSTAKAAN
• jumlah subjek (n=13) : 10 orang pelajar telah menolong pengkaji dengan mengutip duit
yang terjatuh walaupun terdapat kehadiran saksi atau pemerhati pada ketika itu.
Malahan, subjek yang tidak berpeluang menolong mengutip duit tersebut, mereka
menegur kemudian memberitahu pengkaji bahawa pegkaji tersebut telah tercicir duit.

• 3 orang tidak menolong pengkaji kerana mereka terlalu fokus kepada buku yang dibaca
dan fokus kepada skrin komputer riba sehingga mereka tidak sedar tentang kejadian duit
terjatuh.
2) LUAR PERPUSTAKAAN
• Jumlah subjek (n=10) : 8 orang pelajar telah memberi tindak
balas menolong pengkaji mengutip duit yang terjatuh
walaupun pada masa itu kehadiran saksi dan pemerhati yang
lebih ramai berbanding di dalam perpustakaan.
• 2 orang pelajar tidak memberi pertolongan kepada pengkaji.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDIVIDU MENOLONG
WALAUPUN DENGAN KEHADIRAN BYSTANDER / SAKSI
DAPATAN KAJIAN (TEMUBUAL SUBJEK)
1) Wujud perasaan simpati dan risau terhadap pengkaji

 Sokongan = Arousal : Cost reward theory


 Penjelasan
• kehadiran situasi cemas menimbulkan rangsangan emosi kepada bystander
seperti rangsangan ketakutan, kebimbangan, atau simpati.
• Apabila individu tersebut mula merasa rangsangan sedemikian, emosi mereka
akan menjadi tidak stabil dan memerlukan bantuan untuk melegakan emosi
tersebut.
• Oleh itu, tindakan yang diambil oleh individu tersebut untuk melegakan
perasaan seperti simpati adalah dengan menolong orang yang memerlukan
sama seperti apa yang dilakukan oleh subjek kajian eksperimen ini
2) Faktor tanggungjawab sebagai manusia yang merasakan keperluan
untuk menolong sesiapa sahaja yang sedang memerlukan kerana mereka
beranggapan bahawa mereka juga akan dibantu apabila mereka berada
dalam situasi yang memerlukan (empati)

 Sokongan = altruism theory (empati dan sukarela)


 Penjelasan
• Perasaan empati terhadap orang lain yang sedang memerlukan bantuan,
maka mereka akan menolong individu tersebut dan cuba untuk
melepaskan mereka daripada penderitaan.
• Altruism merujuk kepada tingkah laku secara sukarela untuk menolong
orang lain dimana tidak terdapat jangkaan menerima ganjaran dalam apa
juga bentuk kecuali berharap agar perasaan telah melakukan sesuatu
yang baik (Taylor, et al.,1997)
3 ) Didikan agama telah membentuk peribadi mereka untuk menjadi
orang yang baik dan tingkah laku menolong mereka yang berada
dalam kesusahan merupakan salah satu didikan agama mereka.
(Pelajar muslim dan Kristian)

 Sokongan = Norma sosial dimana terdapat tiga norma yang relevan


dengan tingkah laku menolong seperti tanggungjawab sosial,
timbal balik dan keadilan sosial (Taylor, et al.,1997)
 Penjelasan
• Taylor (1997) - Agama dan kod moral masyarakat menekankan
tentang tugas menolong orang lain.
• Kajian lain tentang tingkah laku menolong
• (budaya Amerika & masyarakat beragama Hindu)
5) Alasan menolong pengkaji adalah disebabkan oleh keluarga subjek kajian
telah mendidiknya sejak kecil agar mengamalkan sikap yang baik seperti
menolong orang yang memerlukan.

 Sokongan = Institusi keluarga menyumbang kepada pembentukan akhlak


dan nilai kebaikan dalam diri seseorang (Brady, 1950)
 Penjelasan
• Keluarga mempengaruhi tingkah laku sosial kanak-kanak melalui apa yang
mereka ajar sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan
secara sedar mahupun tidak sedar.
• Kanak-kanak belajar daripada ibubapa mereka tentang cara untuk
mengekspresikan perasaan, mereka belajar tentang nilai-nilai murni
seperti perbuatan baik, perbuatan buruk, apa yang penting, apa yang tidak
penting, dan belajar tentang makna perkataan baik, jahat, dan kerjasama.
• Kanak-kanak belajar bahawa mereka perlu bersikap sopan dan memenuhi
janji.
PERBINCANGAN
• 10 daripada 13 responden menunjukkan sikap menolong di
dalam perpustakaan
• 8 daripada 10 responden menunjukkan sikap menolong di
luar perpustakaan
PERBINCANGAN
Faktor responden menolong
1. altruism, tidak mengharap apa-apa balasan setelah
menolong (Miller et al., 1991)
2. Rasa tanggungjawab untuk menolong
3. Kemungkinan kebaikan akan bertukar kepada kejahatan
4. Perasaan empati
PERBINCANGAN
Faktor responden tidak menolong
1. Berada dalam keadaan tergesa-gesa
2. Tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekitar
PERBINCANGAN
Faedah menolong
1. Dilabel sebagai orang yang baik
2. Mendapat anugerah sebagai tanda penghargaan
3. Kepuasan hati sendiri
KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa


hipotesis nol diterima secara signifikan:

 kehadiran orang lain tidak memberi kesan kepada


seseorang untuk menolong mereka yang sedang
dalam situasi memerlukan.

You might also like