Professional Documents
Culture Documents
Umbang Dan Tupang PDF
Umbang Dan Tupang PDF
1. FUNGSI
Fungsi umbang (stay) dan tupang (strut) ialah bagi memastikan tiang sentiasa berada
dalam kedudukan tegak iaitu dengan menentang kekuatan tenaga yang terbit daripada
daya tegang atas pengalir-pengalir dan kekuatan tenaga yang disebabkan oleh tekanan
angin atau ribut keatas talian.
c. Ukuran-ukuran yang boleh didapati dan data teknikal adalah seperti berikut:
d. Gunakan dawai umbang bersaiz 7/2.65 mm dan 7/3.25 mm grade 700 untuk
sesalur utama dan dawai umbang bersaiz 7/2.0 mm untuk sesalur bekal (service).
Dawai umbang grade 1150 N/mm persegi digunakan untuk talian aerial voltan
tinggi.
2
Lihat rajah
6. SAIZ
Saiz pengapit / sepit umbang yang digunakan adalah mengikut bentuk dan saiz-saiz
tiang elektrik. Tiang kayu berbentuk empatsegi manakala tiang spun konkrit
berbentuk bulat, oleh itu bentuk pengapit umbang juga berlainan.
7. DIDAL
Saiz dawai A B C D E
mm mm mm mm mm
7/2.0 64 19 13 5 5
7/2.65
7/3.25 89 32 19 6 6
7/4.0
4
8. PENEBAT UMBANG
Rod umbang digunakan untuk mendapatkan permukaan bumi yang lebih luas sebagai
penahanan tegangan.
Rod umbang 2 meter digunakan dimana keadaan tanah adalah kuat dan baik
Rod umbang 2.5 meter pula digunakan dikawasan tanah lembut seperti tanah gambut
atau paya, dan digunakan juga di umbang penolak luar.
7
Digunakan sebagai penahan daripada rod umbang tercabut keluar dan untuk
mendapatkan rintangan bumi.
Digunakan sebagai pengganti pelit umbang. Bingkah kayu mestilah daripada jenis
kayu keras tahan reput dan tanalised berukuran 100mm x 200mm x 1.2 meter
panjang.
8
BELITAN UMBANG
1. DIDAL
2. PENEBAT
Pada tiang kayu dan konkrit bahagian atas umbang mesti dibumikan
10
PEMASANGAN UMBANG
1. PEMILIHAN UMBANG
Bilangan umbang dan saiz umbang yang perlu digunakan untuk tiang sudut dan
tiang punca boleh didapati daripada jadual pemilihan umbang.
Apabila umbang berganda ditentukan, jarak diantara dua umbang tersebut ialah 2
meter. Jangkauan umbang didefinasikan sebagai purata jarak bagi dua umbang
daripada tiang.
11
Lubang yang digali untuk umbang merupakan lubang empat persegi berukuran 0.6m
lebar x 1 meter panjang x 150mm lebar lurah untuk rod umbang.
Bagi jangkauan umbang yang diberikan tinggi lubang dan panjang lurah boleh
didapati daripada carta umbang.
Tinggi lubang dan panjang lurah telah dikira sedemikian rupa supaya apabila rod dan
plet umbang dipasang, plet umbang akan terletak pada tinggi yang betul dan rod
umbang tidak akan bengkok.
Setelah lubang digali, rod dan plet umbang diturunkan ke dalam tanah dan plet
umbang ditukulkan ke dalam tanah dengan menggunakan pemukul tanah.
6. MENIMBUS SEMULA
Setelah plet umbang dipasang, lubang ditimbus semula dan permukaan tanah
diratakan dengan sempurna.
7. BELITAN UMBANG
Setelah penimbusan, bebusar umbang (stay bow) dipasang. Dawai umbang kemudian
dibelit diatas didal yang melekat kepada bow umbang.
Ketegangan umbang boleh diselaraskan dengan memusing nat diatas rod umbang.
12
PENANGKAP KILAT
1. AM
Penangkap kilat ialah alat kawalan untuk menghadkan voltan pusuan (surge voltage)
atas perkakas dengan mengalirkan arus pusuan ke bumi.
2. KOMPONEN
Ia mempunyai dua elemen yang berlainan yang bersiri diantara satu sama lain.
a. Satu atau lebih spark gap direka bagi membolehkan sparking berlaku hanya pada
voltan yang melebihi voltan maksima talian ke bumi bagi sistem itu.
b. Satu blok valve diperbuat daripada silicon carbide. Rintangan blok valve ini
menurun apabila voltan menaik. Dengan cara ini ia bersedia mengalirkan voltan
pusuan yang tinggi tetapi memberikan rintangan yang tinggi pada voltan normal.
Plastic bantu bagi jenis ASEA XHL putus secara otomatik apabila terjadi litar pintas
kekal dalam alat penangkap kilat tersebut.
4. CARA PEMASANGAN
Lihat rajah
5. TEMPAT DIPASANG
Penangkap kilat dikehendaki dipasang dekat permulaan talian dan dibahagian akhir
talian. Untuk talian yang panjang dalam kawasan dimana kilat sering berlaku, ianya
dipasang pada tiang tampang (section pole) dan tiang tee off.