You are on page 1of 2

Pembelajaran 1: Pengenalan Kepada Kursus & Pengenalan

Hubungan Etnik
Pengenalan: Konsep Asas Hubungan Etnik

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. selain Melayu
sebagai kelompok etnik terbesar, terdapat juga etnik-etnik lain iaitu Cina, India, orang asli
dan beberapa kumpulan etnik pribumi Sabah dan Sarawak serta kumpulan etnik minoriti
yang lain. Semuanya hidup dalam kepelbagaian (unity in diversity). Dalam masyarakat yang
majmuk seperti ini, perpaduan dan intergrasi memerlukan satu keperluan untuk menjamin
rakyatnya hidup dalam aman dan damai.

Dalam konteks negara kita Malaysia, proses hubungan kaum ini mempunyai latar
belakangnya yang tersendiri. Sekiranya melihat kepada teori hubungan etnik yang bermula
dengan tahap akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi, Malaysia nampaknya masih
berada pada peringkat akomodasi di mana setiap etnik menyedari norma dan nilai antara
satu sama lain, namun begitu tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Melihat kepada kemuncak konflik hubungan etnik di Malaysia menerusi insiden 13 Mei 1969
yang menjadi satu titik hitam dalam sejarah hubungan kaum negara, fenomena seperti ini
tidak seharusnya berlaku sekiranya setiap etnik menyedari serta mempunyai perasaan
hormat-menghormati serta toleransi antara etnik yang tinggi. Justeru, konsep-konsep asas
hubungan etnik akan diperjelaskan bagi memberikan kefahaman yang sewajarnya dan
seterusnya diharapkan kefahaman tersebut akan diterjemahkan dalam kehidupan seharian
masyarajat Malaysia yang pelbagai ini.

Teori Hubungan Etnik

Proses integrasi nasional di negara ini boleh dianalisis berdasarkan model kontak di antara
kumpulan etnik yang berbeza yang dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah:

You might also like