You are on page 1of 25

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI

SEMESTER II SESI 2009/ 2010

KURSUS SKSE 6023: HISTORIOGRAFI MALAYSIA

BERDASARKAN KEPADA NASKAH MELAYU LAMA IAITU TUHFAT AL

NAFIS DAN HIKAYAT SIAK, BINCANGKAN PERSOALAN

OBJEKTIVITI DALAM PENULISAN SEJARAH

NAMA:

SITI FATHIHAH BINTI ABD LATIF (P52318)

PENSYARAH:

PROFFESOR DR. NORDIN BIN HUSSIN


KONSEP OBJEKTIVITI

Secara umumnya, objektif bermakna tujuan atau sasaran sejarah dikaji dan ditulis.
Menurut Kamus Dewan, perkataan objektif boleh didefinasikan sebagai satu kenyataan
yang berasaskan fakta yang sebenarnya tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan
atau pra-sangka yang tersendiri.1 Pelopor bagi aliran objektiviti dalam penyelidikan
sejarah ialah Leopold von Ranke pada kurun ke-19. Beliau telah menghasilkan suatu
konsep sejarah iaitu, ‘sejarah haruslah dikaji seperti sebenarnya berlaku’.2 Konsep ini
telah memberi impak yang besar dalam disiplin ilmu sejarah Eropah ketika itu. Konsep
ini sangat mementingkan kesahihan bagi setiap fakta yang dikemukakan oleh setiap
pengkaji sejarah. Sebarang unsur dongeng, mitos mahupun pandangan peribadi pengkaji
tidak dapat diterima sebagai bukti sejarah. Hanya fakta yang telah dibuktikan
kebenarannya melalui sumber-sumber yang sahih dan tidak menimbulkan sebarang
keraguan sahaja boleh diterima.

Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, objektif bermaksud satu penulisan yang


merupakan tafsiran ataupun penerangan tentang sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan
kepada sumber yang masih kekal dan lengkap.3 Selain itu, Garraghan melalui buku
beliau, A Guide to History: A Primer of Historical Method, memberi definisi objektif
sebagai sikap neutral dimana ia tidak memihak kepada mana-mana pihak.4 Manakala
menurut Gottschalk, konsep objektif ialah memperoleh pengtahuan yang tidak memihak
dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi seseorang. Justeru itu, dalam
menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, sejarawan seharusnya menyatakan tentang
sesuatu peristiwa berlandaskan bukti dan bukannya kepada daya imaginasi yang
seweang-wenangnya oleh seseorang penulis.5 Di samping itu, Donald V. Gawronski pula

1
Noresah Baharom (pysn). Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. hlm.
939
2
Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 1988. hlm. 288
3
Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Penertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1997. hlm. 193
4
Garraghan., J. G. A Guide to History: A Primer of Historical Method. New York: Fordhem University
Press. 1948. 9. hlm. 30
5
Louis Gottschalk. Understanding History: A Primer of Historical Method. Ed. 2. Nugroho Notosusanto
(terj). New York: Afred A. Knopf. 1969. hlm. 30
menyatakan bahawa objektif didefinasikan sebagai menggunakan fakta sejarah tanpa
mencampuradukan dengan perasaan memihak dan prasangka. Sesebuah karya iaitu akan
dianggap sebagai sebuah karya yang objektif apabila karya tersebut dapat bertahan
daripada kritikan, jujur untuk melihat masa lalu seperti sebenarnya berlaku.6 Ini
bermakna apabila sesebuah karya itu siap dan boleh menerima sebarang kritikan dan
dalam masa yang sama dan dapat menghujahkan bahawa karya iti benar-benar
menceritakan sesuatu peristiwa yang sememangnya telah berlaku maka, boleh dianggap
sebagai karya yang objektif. Karya tersebut juga akan digunakan sehinggalah muncul
karya lain yang dapat membuktikan bahawa karya terdahulu itu tidak memenuhi
penulisan sejarah yang objektif.

Umumnya, konsep objketif itu merupakan satu istilah yang kecil namun mampu
menimbulkan kontroversi dalam ilmu sejarah dan kadang kala menimbulkan kesulitan
kepada sejarawan dalam usaha untuk mencari dan menentukan kebenaran sesuatu fakta.
Dalam esei ini juga akan menilai sejauhmana kewujudan konsep objektiviti dalam karya
Melayu lama yakni Tuhfat al- Nafis dan jga Hikayat Siak.

6
Tholfsen., R.T. Historical Thinking: An Introduction. New York: Harper and Row Publishers. 1967. hlm.
227
SEJARAH MELAYU DAN BUGIS

Sebelum meneliti kedua-dua karya samada Tuhfat al- Nafis mahupun Hikayat Siak,
penelitian kepada sejarah Melayu-Bugis ini perlu dilakukan agar dapat memperoleh satu
kefahaman tentang faktor yang akhirnya membawa kepada bentuk penulisan kedua-dua
karya yang sebegitu rupa. Hal ini kerana sejarah Melayu-Bugis yang diwarnai dengan
pelbagai peristiwa dan penentangan menyebabkan penulisan Tuhfat al- Nafis dan Hikayat
Siak akan memihak kepada satu-satu masyarakat sahaja samada Melayu ataupun Bugis.

Sejarah Melayu-Bugis bermula apabila Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis


pada tahun 1511. Kejatuhan Melaka tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu
kerana atas kejatuhan kerajaan Melaka, maka dibina pula kerajaan Melayu Johor di
Semenanjung Tanah Melayu oleh pewaris Melaka, yakni Sultan Alaudin Riayat Shah III .
Menjelang kurun ke-17, kerajaan Melayu Johor telah berjaya mencapai tahap
kecemerlangan yang setanding dengan kerajaan Melayu yang lain malahan hubungan
politik yang baik dengan pihak Belaada di Melaka membolehkan kerajaan Melayu Johor
menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan kerajaan dan akhirnya muncul sebagai
kerajaan entrepot yang ulung di Nusantara.7 Pada akhir kurun ke-17, dua fenomena yang
mengubah suasana politik dan pentadbiran Melayu Johor yakni, kehadiran masyarakat
Bugis dan juga Minagkabau di perlabuhan Johor.8 Kehadiran mereka samada sebagai
pedagang adalah disebabkan tarikan keuntungan yang ditawarkan oleh aktiviti perdagang
di Johor. Malahan menjelang 1710 sudah terbentuk komuniti kecil Bugis di kebanyakan
negeri Tanah Melayu seperti di Linggi, Kelang dan juga Selangor. Penglibatan Bugis
dalam politik negeri Melayu telah bermula sebelum kerajaan Johor lagi misalnya dalam
peperangan perebutan di Kedah pada 1715 dengan pihak Sultan Muhamad Jiwa.
Penglibatan Bugis kemudiannya dalam perebutan kuasa dalam kerajaan Melayu Johor.

7
Virginia Matherson (pysn). Tuhfat al- Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1982. hlm.
xiv
8
Virginia Matherson & Andaya., W. B. The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. Kuala Lumpur: Oxford
University Press. 1982. hlm. 2
Selain itu, ketidakstabilan politik juga telah semakin ketara dalam kerajaan
Melayu Johor yang membawa kepada pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Megat Seri Rama. Pemerintahan pula diteruskan oleh keluarga Bendahara dengan
perlantikan menjadi Sultan Abdul Jalil. Keadaan tidak lama apabila pada 1718,
muncullah Raja Kecil yang mengaku sebagai keturunan Sultan Mahmud, ibunya Encik
Pong. Dengan sokongan yang diperoleh oleh Raja Kecil samada daripada kerajaan
Melayu Minangkabau dan juga orang laut yang merupakan golongan penting dalam
kerajaan Johor, menyebabkan akhirnya Raja Kecil berjaya menaiki takhta dan mengusir
Sultan Abdul Jalil. Pada 1721, Sultan Abdul Jalil telah dibunuh di Kuala Pahang ketika
beliau dalam usaha mengumpul kekuatan menentang kerajaan Raja Kecil. Episaod ini
semakin menarik apabila kemunculan Bugis 5 Bersaudara yang diminta oleh Raja
Sulaiman, anak kepada Sultan Abdul Jalil agar membantunya menentang Raja Kecil.
Pada awal tahun 1722, dengan pertolongan Bugis 5 Bersaudara serta sokongan
masyarakat Bugis Johor, Raja Kecil telah berjaya diusie ke Siak dan Raja Sulaiman pula
memegang tampuk pemerintahan. Sebagai balasan terhadap Bugis tersebut, Daeng
Merewah telah dilantik menjadi Yamtuan Muda. Bahkan jawatan tersebut menjadi hak
prerogative kepada keturunan Bugis dan penguasaan Bugis terus berkembang dibantu
dengan jawatan yang sememangnya sangat penting dalam kerajaan. Kerajaan Johor mula
mengalami kejatuhan apabila kalah dalam peperangan menentang Belanda pada 1784,
bawah pimpinan Raja Haji.9

9
Ibid., hlm. 2
HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: SATU PENGENALAN

Hikayat Siak10 salah satu karya Melayu lama dipercayai dikarang oleh Tengku Said pada
tahun 1855 dan dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau, khususnya di Siak.
Hikayat Siak merupakan salah satu daripada versi kitab Sejarah Melayu yang telah
dipanjangkan. Hal ini kerana pada bahagian pertama naratif Hikayat Siak, penceritaan
adalah mengenai sejarah kerajaan Melaka yang akhirnya jatuh ke tangan Portugis yang
bersumberkan Sejarah Melayu. Hanya pada bahagian kedua barulah dimulai dengan
kisah kerajaan Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Syah III dan pemeritahan Sultan
Mahmud Syah II serta kemunculan Raja Kecil serta penentangan yang berterusan dengan
Bugis. Tahap pemerintahan Sultan Mahmud Syah II ini barulah dikatakan permulaan dan
pembukaan sebenar Hikayat Siak. Pada bahagian akhir penceritaan menumpukan kepada
pergelutan kuasa antara keturunan Raja Kecil di Siak dan berakhir dengan pemerintahan
Raja Akil sebagai sultan di Sikudana. Penumpuan terhadap sejarah Raja Akil ini juga
menyebabkan karya Melayu ini juga dikenali sebagai Hikayat Raja Akil.

Tuhfat al- Nafis11 yang membawa maksud ‘Hadiah yang bernilai’ juga merupakan
salah satu karya Melayu tradisional yang penting historiografi Malaysia. Tuhfat al- Nafis
dipercayai telah dikarang oleh Raja Haji Ali, namun catatan di dalam Tuhfat al- Nafis
kepunyaan Sir William Maxwell menyatakan bahawa Raja Haji Ahmad memulakan
penulisan Tuhfat, yang kemudiaanya diteruskan oleh anaknya, Raja Haji Ali. Tidak dapat
dinyatakan dengan tepat berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Oleh itu, berdasarkan
pendapat ramai, teks ini dikarang sekitar penghujung abad ke-18 hingga akhir akhir abad
ke-19. Tuhfat al-Nafis ini dipercayai terdiri daripada 4 buah naskah setelah Virginia
Matheson menyelenggara teks tersebut pada 1973. Tuhfat al-Nafis terbahagi kepada dua
bahagian, yakni pada bahagian pertama, diceritakan tentang silsilah Raja Melayu, Raja
Siak serta silisilah Bugis. Pada bahagian kedua pula, penceritaan bermula dengan
kemangkatan Sultan Mahmud dan episod penentangan Bugis dan Melayu yang
berterusan hinggalah kepada keadaan politik di Riau oleh pemimpin Bugis.

10
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 346
11
Ibid., hlm. 449
Hikayat Siak dan juga Tuhfat al-Nafis merupakan dua karya yang menceritakan
peristiwa yang berlaku dalam sejarah kerajaan Johor. Antara karya lain yang turut
menumpukan kepada sejarah kerajaan Melayu Johor ialah seperti Syair Perang Siak,
Silsilah Melayu Bugis dan Hikayat Johor. Penelitian terhadap karya-karya tersebut
penting dalam memahami sejarah kerajaan Johor. Peranan yang dimainkan oleh Hikayat
Siak dan Tuhfat al-Nafis dalam historiografi Johor ini dapat dilihat daripada bahagian
penutup Tuhfat al- Nafis sendiri.

“Syahadan inilah akhir kesudahan kitab ‘Tuhfat al-Nafis’ ini. Maka tamatlah
kisah cerita-cerita anta Raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu opu
yang lima beradik dengan anak cucu Raja Melayu keturunan daripada Marhum
Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang, serta Marhum Raja Kecik negeri
Siak. Syahadan di belakang ini kelak siapa-siapa daripada anak cucuku hendak
mengubungkan siarah ini patutlah, akan tetapi dengan jalan yang patut dan
dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang patut serta benar,
supaya terpakai.”12

12
Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 316
PENULISAN HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: HUBUNGKAIT
DENGAN OBJEKTIVITI

Fakta Sejarah yang Objektif dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis

Kebanyakan hasil karya Melayu merupakan sebuah hasil sastera yang mempunyai motif
psikologi sosial bagi membangkitkan semangat oang Melayu. Keadaan yang sama juga
berlaku kepada Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis. Berhubung dengan Hikayat Siak,
karya tersebut lebih banyak mencatatkan penceritaan tentang raja dan salasilah raja-raja
Minangkabau. Hikayat tersebut dipercayai lahir disebabkan atas kehendak raja-raja Siak
sendiri dan dikarang ketika politik raja-raja Siak semakin merosot dan taat setia rakyat
juga semakin berkurang. Lalu sebagai satu langkah begi meningkatkan semula kesetiaan
dan rasa hormat golongan rakyat, maka Hikayat Siak dihasilkan yang secara
keseluruhannya akan memfokuskan kepada kehebatan masyarakat Melayu terutamanya
golongan pemerintah telah ditulis. Hikayat Siak berperanan sebagai manifestasi dalam
bentuk dokumen bertulis yang bertujuan bagi memulihkan kembali taat setia dan kuasa
politik raja Siak. Hikayat Siak juga berperanan dalam menonjolkan identiti Melayu
sebagai satu bangsa yang bertamadun.13

Tuhfat al-Nafis yang dipercayai dikarang pada kurun ke-19 sememangnya


bertujuan menaikan imej masyarakat Bugis terutamanya golongan pemerintah Bugis.
Karya tersebut lahir ketika kuasa pemerintah Bugis semakin berkurang dengan kehadiran
dan pengaruh kuasa barat yang semakin mendominasi Nusantara. Lalu, Tuhfat al-Nafis
bertujuan bagi menarik kembali ketaatan rakyat kepada pemerintah Bugis dan tidak
terpengaruh dengan propaganda yang dibawa oleh pihak kolonial. Tuhfat al- Nafis sejak
permulaan penceritaan lagi telah memfokuskan kepada sejarah raja Bugis dan kehebatan
golongan tersebut.14

13
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. hlm. 345
14
Ibid., hlm. 450
Matlamat yang ada kepada kedua-dua karya tersebut menepati konsep objektiviti
yang dikemukakan oleh Muhd Yusuf Ibrahim. Beliau melihat konsep objektiviti daripada
dua sudut pengertian. Pertamanya, dari konsep yang paling asas yang mana sejarah itu
akan dikaji dan mempunyai tujuan dan sasaran ditulis dengan mengemukakan persoalan
untuk apa dan siapa ditulis. Dalam hal ini, beliau melihat bahawa apabila sesuatu karya
pensejarahan itu ditulis, semestinya karya tersebut mempunyai matlamat dan sasaran
pembacanya.15 Misalnya, kedua-dua karya bermatlamat untuk memberikan penerangan
tentang sejarah kerajaan Johor, namun mengikut sudut pandangan yang telah ditentukan
oleh penulis yakni samada pro Melayu ataupun pro Bugis

Dalam perebutan kuasa dan takhta dalam kerajaan Kedah, pihak Raja Lecil dan
Bugis 5 Bersaudara telah turut sama terlibat dalam perebutan tersebut dengan pihak Raja
Kecil menyokong saudara yang muda, yakni Sultan Muhamad Jiwa II manakala Bugis
pula menyokong saudara yang tua. Dalam peperangan saudara yang telah mengorbankan
Daeng Perani, wujud perbezaan penceritaan antara kedua-dua karya. Hikayat Siak
menceritakan kemenangan di pihak Minangkabau dan kematian Daeng Perani dan
pertabalan saudara muda sebagai sultan.

“Maka kenalah dada Daheng Parani, lalu mati. Dan gurab pun hanyut ke hilir,
dan perang pun berhenti. Dan menanglah Raja Kedah. Adiknya menjadi raja.”16

Berlainan pula dengan penceritaan Tuhfat al-Nafis yang menggambarkan kemenangan di


pihak Bugis, kematian Daeng Perani sebagai wira dengan istiadat kemangkatan setaraf
golongan istana. Takhta kerajaan juga jatuh ke tangan saudara yang tua menjadi Yang
Dipertuan Kedah.

“(...) maka Opu Dahing Parani pun kenalah peluru meriam tentang dadanya.
Maka ia pun mangkatlah di atas beranda gurabnya dengan nama laki-laki (...)
Maka seketika lagi tewaslah Raja Kecik itu, kerana banyak panglima itu mati.

15
Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 1997. hlm. 193
16
Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm.
136
Maka Raja Kecik pun larilah lalu ia balik ke Siak (...) dimakamkanlah mayat Opu
Daheng Parani itu betapa adat istiadat raja-raja mangkat.”17

Perbandingan dengan karya dan silsilah raja Kedah yang lain memperlihatkan raja yang
akhirnya memerintah Kedah ialah saudara muda, yakni Sultan Muhamad Jiwa yang telah
disokong oleh Raja Kecil.

Namun soal yang ingin ditekankan ialah masih wujud persamaan dalam kedua-
dua karya tersebut. Fakta yang terkandung masih sama misalnya, diakui berlakunya
perebutan takta yang membawa kepada perang saudara di Kedah, Pihak Minangkabau di
bawah pimpinan Raja Kecil dan Bugis Lima Bersaudara turut diakui terlibat dalam
perang tersebut malahan kematian Daeng Perani juga diceritakan, menggambarkan
kebenaran fakta tersebut. Malahan, perbandingan karya Melayu yang lain, turut
menyokong kepada fakta-fakta tersebut. Dalam kedua karya tersebut, masih terdapat
terdapat fakta sejarah yang objektif berdasarkan persamaan fakta, pelaku dan peristiwa
yang terkandung dalam kedua-dua karya. Perkara yang membezakannya hanyalah
penafsiran yang telah dilakukan oleh kedua penulis.

Fakta sejarah dapatlah difahami sebagai kebenaran yang asas dalam sesebuah
kajian yang telah kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Dalam penulisan
sejarah, pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menulis karya
sejarah yang objektif.18 Walaupun kedua karya berbeza interpretasi, namun masih dapat
disandarkan kepada fakta-fakta yang benar. Sesuatu interpretasi yang diberikan oleh
seseorang pengkaji perlu dibuat berdasarkan bukti dan fakta yang benar. Karya sejarah
yang bercorak interpretasi bersandarkan kepada fakta harus diterima sebagai objektif.
Sebaliknya interpretasi yang tidak dapat bersandarkan fakta yang benar harus ditolak
sebagai tidak objektif. Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis masih mengekalkan
objektiviti sejarah pada tahap ini dengan himpunan fakta yang tepat dan objektif.. Hanya

17
Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 73
18
Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 1997. hlm. 165
pada peringkat kedua, yakni penafsiran, kedua-dua karya ini akan menampakkan
perbezaan yang sangat nyata.

Peranan Pengkaji dan Objektiviti Sejarah dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis

Seperti yang telah dinyatakan, penafsiran yang dilakukan oleh pengkaji yang akan
menentukan bentuk penceritaan yang terkandung dalam kajiannya. Dalam hal ini, penulis
karya Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis telah menentukan penceritaan Hikayat Siak yang
memihak kepada Melayu manakala Tuhfat al –Nafis yang pro kepada Bugis. Ini
mempelihatkan peranan yang dimainkan oleh penulis tersebut seperti yang telah
dikemukakan oleh H. Ismaun. Menurut beliau elemen kedua yang terdapat dalam konsep
atau pengertian sejarah ialah sejarah sebagai kisah. Sejarah sebagai kisah bermaksud
cerita berbentuk naratif yang disusun berdasarkan memori, kesan atau tafsiran manusia
terhadap kejadian ataupun peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Disebabkan sejarah
itu merupakan satu cerita, maka sifatnya bergantung kepada individu yang
menceritakannya. Hanya dialah yang dapat menentukan hala tuju penceritaannya.19
Dalam hal ini, dalam menentukan objektiviti yang wujud dalam Hikayat Siak dan Tufat
al Nafis, penafsiran yang dilakukan oleh penulis kedua-dua karya tersebut begitu
memainkan peranan. Walaupun kedua-dua karya tersebut mempunyai fakta sejarah yang
sama, namun penafsiran penulis yang akan mempengaruhi penceritaan tersebut.

Peranan pengkaji atau sejarawan ini dalam penafsiran juga telah dibahaskan oleh
tokoh sejarawan terkenal, E.H Carr. Menurut beliau, pendirian seseorang penulis sejarah
itu memang boleh mewarnai penulisannya bahkan sejarawan adalah gejala sosial dan
oleh itu dipengaruhi oleh masyarakat sekelilingnya.20 Dalam menulis sebuah karya yang
objektif, seseorang sejarawan itu seharusnya menyedari keadaan tersebut dan berusaha
melakukan penafsiran yang jujur dan berlandaskan kepada fakta sejarah yang benar.
Faktor seperti latar belakang penulis juga jelas mempengaruhi penafsiran dan tahap bias

19
H. Ismaun. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar. Bandung: Historia Utama Press. 2005. hlm. 25
20
Carr., E.H. Apakah Sejarah?. (terj) Ab Rahman Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dna Pustaka. 1988.
hlm. 43
mereka dalam sesebuah karya terutamanya yang berkaitan dengan dengan diri dan
masyarakatnya sendiri.

“Sebelum anda mengkaji sejarah, kajilah ahli sejarah (...) Sebelum anda mengkaji
ahli sejarah, kajilah persekitaran sejarah dan sosialnya. Ahli sejarah, sebagai
seorang individu, adalah juga sebuah hasil sejarah dan masyarakat.”21

Soal latar belakang penulis inilah yang perlu dilihat dalam usaha meneliti Hikayat Siak
dan juga Tuhfat al- Nafis. Pertamanya, Hikayat Siak yang telah dikarang oleh Tengku
Said. Beliau merupakan anak kepada Raja Akil, yang susur galur keturunan turun kepada
Raja Kecil. Raja Akil merupakan anggota generasi yang keempat (cicit) Raja Kecil yang
akhirnya menjadi pemerintah di Sikudana di bahagian barat daya Borneo dengan
memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Tengku Said seperti juga keluarganya yang
lain meneruskan tradisi mereka yang memerangi Bugis. Kenyataan bahawa Hikayat Siak
juga turut dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau terutamnya di Siak
menambahkan lagi kecenderungan karya tersebut memihak kepada Melayu.

Tuhfat al- Nafis karangan Raja Haji Ali juga begitu memperlihatkan world view
Bugis disebabkan salah satu faktornya ialah latar belakang penulis yakni, Raja Haji Ali.
Beliau merupakan keturunan langsung daripada Yamtuaan Muda Bugis yang kedua iaitu
Opu Daeng Celak yang telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sulaiman.
Bahkan Raja Haji merupakan datuk kepada Raja Haji Ali yang memimpin kerajaan Johor
dalam peperangan dengan Belanda pada 1784. Secara umunya, dapat disimpulkan
bahawa keluarga Raja Haji Ali merupakan golongan elit dalam pemerintahan Bugis
dalam kerajaan Johor-Riau sehingga berpindah ke Penyengat, Riau. Raja Haji Ali juga
terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan samada sebagai penyalin dalam
sebarang urusan rasmi kerajaan. Lalu, Raja Haji Ali memikul tanggungjawab untuk
menaikkan masyarakat dan keluarganya sendiri. Setiap peristiwa sejarah yang ditulis
dalam Tuhfat al-Nafis hanya akan dipandang daripada sudut pandangan kebugisannya.

21
Ibid., hlm. 44
Seperti juga Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis yang lahir di Riau jelas memperkukuhkan lagi
ciri pro Bugis dalam karya tersebut.

Contoh peristiwa yang memperlihatkan penafsiran yang berbeza antara kedua-dua


penulis ini ialah berhubung perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda. Hikayat
Siak mengisahkan bahawa Daeng Merewah dan saudaranya sendiri yang telah
meletakkan syarat untuk membantu Raja Sulaiman mengusir Raja Kecil daripada takhta
kerajaan Johor. Syarat tersebut ialah dengan menubuhkan satu jawatan dan seterusnya
melantiknya menjadi Yamtuan Muda.22 Namun, Tuhfat al- Nafis, sesuai dengan
kebugisannya telah menceritakan dengan sudut pandangan yang lain. Dalam karya
tersebut, Bugis Bersaudara pada mulanya telah menolak tawaran yang telah dikemukakan
oleh Raja Sulaiman dengan rasa rendah diri. Tawaran tersebut hanya diterima setelah
dipujuk oleh Raja Sulaiman yang merasakan hanya Bugis yang mampu melindungi
kerajaan Jojor ketika itu yang masih bimbang dengan ancaman semula oleh Raja Kecil.23

Dalam penulisan karya sejarah, penulis yang akan menentukan arah penulisan
karya tersebut. Walaupun terdapat pelbagai penafsiran yang akan dilakukan, namun soal
yang penting ialah haruslah bersandarkan kepada fakta dan bukti yang sebenar. Dalam
hal ini, sebarang unsur bias akan hanya menjejaskan proses penafsiran yang akan
dilakukan. Raja Haji Ali dalam Tuhfat al- Nafis misalnya, dalam menafsir setiap
peristiwa sejarah yang berlaku tetapi jelas tergambar unsur bias dan pro Bugis dalam
penafsiran dan penulisan beliau. Misalnya, dalam meenceritakan kisah kelahiran Raja
Kecil. Pada awalnya, kita akan melihat beliau dikatakan cuba melakukan penulisan
sejarah mengikut kaedah penyelidikan sejarah yang benar.

Dalam menceritakan episod tersebut, Raja Haji Ali telah menerangkan sumber-
sumber yang telah digunakan oleh beliau, misalnya daripada di sebelah Siak (dipercayai
Hikayat Siak) dan sumber daripada Terengganu. Namun apabila diteliti penggunaan dan
penerangan tentang sumber tersebut akhirnya akan kembali memperlihatkan pandangan

22
Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm.
136
23
Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 73
pro Bugis beliau. Walaupun sumber tersebut drujuk, namun hanya diterima secara
reservation dan seolah-olah cuba memperlekehkan fakta yang terdapat dalam sumber
tersebut seperti yang ditulis beliau, “Syahadan tentang pekerjaan ini ada tiga kaul
bersalah-salahan seperti yang telah lalu sebutannya.”

i. Penerangan yang diambil dari sumber di sebelah Siak

“Syahadan maka adalah dalam satu malam baginda itu berahikan isterinya peri
itu, konon. Maka terpancarlah mahanikamnya ke tikar peraduan baginda. Maka
lalu disuruhnya telan kepada gundiknya, anak Laksamana bernama Encik Pong.
Maka Encik Pong buntinglsh, konon.”24

ii. Penerangan yang diambil daripada sumber Terengganu

“Adalah Encik Pong itu dipakai memang oleh baginda itu, telah bunting memang
konon. Waktu baginda mangkat orang-orang tengah bergaduh-gaduhkan hal
baginda itu. Maka Encik pong dilarikan oleh Panglima Bebas, dibawanya ke
Pagar ruyung, kepada Puteri Jenilan lalu Encik pong itu beranak di situ, iaitu
laki-laki (...)”25 ms 501

iii. Sumber yang lain yang turut digunakan ole Raja Haji Ali, namun tidak diketahui
sumber asalnya hanya diterangkan oleh Raja Haji Ali dengan menyebut, ’ada pula
setengah menyatakan’

“Tatkala baginda mangkat, zakarnya berdiri. Maka tiada orang berani menanam
baginda (...) Maka disuruhnya orang besar itu akan Encik Pong itu bersetubuh
dengan baginda itu, kononpada ketika itu. Maka apabila telah selesai barulah
rebah zakar baginda itu. Maka Encik Pong buntinglah konon.”26

24
Ibid., hlm. 39
25
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 500
26
Ibid., hlm. 501
Penggunaan perkataan ’konon’ yang banyak dalam penceritaan kelahiran Raja
Kecil memperlihatkan sikap Raja Haji Ali yang tidak memberi pengesahan terhadap
cerita tersebut, malahan diceritakan seolah-olah cuba memperlekehkan cara kelahiran
Raja Kecil. Penggunaan sumber tersebut hanya akan memperlihatkan pandangan negatif
beliau terhadap sumber lain terutamanya yang bertentangan dengan idea pro Bugis
beliau. Ini juga disebabkan faktor sejarah latar belakang dan hubungan Bugis dengan
masyarakat samada Siak mahupun Terengganu.27

Malahan Raja Haji Ali pergi lebih jauh dengan menempelak sumber tadisi dari
Sak itu dengan menyatakan, “suratnya pun terlalu kopi dan karangannya pun banyak
kurang sedap dibaca (...) serta yang menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan.”.
Namun jika diteliti, walaupun memberi gambaran negatif terhadap sumber Siak tersebut,
namun pada masa yang sama beliau sebenarnya telah banyak merujuk kepada sumber
Siak tersebut. Misalnya menceritakan kelahiran Raja Kecil, episod perebutan kuasa
antara keturunan Raja Kecil serta tipu muslihat yang dilakukan oleh Sayyid bagi
merampas takhta keturunan Raja Kecil di Siak. Hikayat Siak merupakan sebuah karya
yang masih menceritakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah Johor dan seterusnya
Siak mengikut kronologi yang benar. Ini dapat dilihat denagan perlaku dan peristiwa
yang sama bahakan jka dibandingkan dengan karya lain seperti Hikayat Johor, Hikayat
Siak sememangnya masih wujud fakta yang objektif.

27
Ancaman yang hebat diterima oleh Bugis di Johor daripada pihak Terengganu. Sultan Mansur Syah,
sepupu dan menantu kepada Sultan Sulaiman meneruskan usaha untuk mengusir Bugis dan penguasaan
mereka daripada kerajaan Johor Riau.
Pengadilan Moral yang wujud dalam Tuhfat al-Nafis

Terdapat beberapa pendapat mengenai definisi pengadilan moral. Sarjana Eropah iaitu
Adrian Oldfield menegaskan pengadilan moral sebagai;

“(...) penyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan
kutukan. Penyataan moral begantung kepada perbezaan tahap samada bagi atau
buruk.”28

Selain itu, sejarawan tempat, Qassim Ahmad dalam artikel beliau, Pengadilan Moral
dalam Sejarah telah mendefinisikan pengadilan moral sebagai pelaku-pelaku
menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada suatu peristiwa
sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Menurut E.H Carr, pengadilan moral
dalam kajian sejarah boleh mencakupi pelbagai aspek samada individu, peristiwa,
institusi dan dasar.29 Walaupun masih wujud perdebatan tentang perlunya pengadilan
moral dalam penulisan sejarah ataupun tidak, namun soal yang lebih penting ialah
keperluan agar pengadilan moral yang dilakukan hanya akn bersandarkan kepada fakta
dan bukti yang kukuh, bukannya hanya sewenang-wenangnya dilakukan demi mencapai
matlamat peribadi penulis. Hal ini kerana, pengadilan moral itu bermaksud menilai
sesuatu samada individu, peristiwa dan sebagai berdasarkan nilai budaya penulis, maka
perkara yang harus dipertimbangkan akhirnya ialah sumber dan bukti.

Misalnya dalam penulisan Tuhfat al- Nafis, penggunaan ’konon’ berhubung


episod kelahiran Raja Kecil, serta pandangan beliau terhadap sumber dari Siak;

“Syahadan akan tetapi aku terjumpa dengan sejarah dari sebelah Siak, akan tetapi
sejarah dan siarah Siak awal hingga akhirnya tiada bertahun dan tiada bertarikh,
apa lagi bulan dan harinya. Tiada sekali-kali aku bertemu, dan suratannya pun
terlalu kopi dan karangnya pun banyak kurang sedap dibaca, sebab banyak

28
Adrian Oldfield. Moral Judgement in History dalam History and Theory. Bil. 3. Connecticut: Wesleyan
University Press. 1981. hlm. 54
29
R. Sutharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons. 1985. hlm. 103
berpindah-pindah agaknya daripada tangan seorang ke tangan seorang serta yang
menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan, demikian sangkaku.”354

Pengadilan yang telah dilakukan oleh Raja Haji Ali ini masih diragui
kebenarannya. Misalnya, berhubung kelahiran Raja Kecil, Tuhfat al Nafis sendiri tidak
mampu mengesahkannya kerana hanya merujuk kepada sirah Siak. Bahkan kebenaran
bahawa Hikayat Siak tersebut bertukar penulis sehingga menyebabkan kekeliruan juga
tidak dibuktikan kebenarannya, dan hanya digunakan perkataan seperti ’agaknya’ dan
’sangkaku’.30 Pengadilan moral yang dilakukan oleh Raja Haji Ali ini tidak mampu
bersandarkan kepada sumber dan bukti yang kukuh menyebabkan hanya unsur bias dan
pro Bugis beliau yang dilihat menjadi punca pengadilan tersebut dilakukan. Hal ini
kerana dalam bidang sejarah, sumber dan bukti itulah yang akan menentukan tafsiran dan
pengadilan moral dilakukan dan bukanlah sebaliknya. Sifat sejarah itu bukanlah yang
diandaikan, disangkakan kebenarannya sebelum dilakukan penelitian kepada kebenaran
dan sumber yang mengesahkannya.31

30
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 345
31
Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 1997. hlm. 165
Unsur mitos dan dongeng dalam karya Melayu tradisional

Kemasukan unsur mitos, dongeng dan perkaitan nasab keturunan dengan tokoh hebat dan
berpengaruh merupakan perkara biasa bukan sahaja dalam karya Melayu tradisional
bahkan karya bangsa-bangsa lain. Karya Melayu lama seperti Merong Mahawangsa dan
Al Tarikh Silsilah Kedah juga mengalami gejala yang sama misalnya, raja Kedah yang
pertama dipercayai berasal daripada kerajaan Rom mengikut Hikayat Merong
Mahawangsa dan kerajaan Farsi mengikut Al Tarikh Silsilah Kedah. Dalam penceritaan
karya tersebut juga termuat cerita tentang garuda, raja Bersiong, Puteri Buluh Betong dan
banyak lagi. Dalam karya tradisional, kemasukan elemen tersebut disebabkan perubahan
daripada tradisi lisan kepada menjadi tradisi bertulis pula.32 Kebanyakan peristiwa yang
mengandungi elemen tersebut berlaku bukan pada zaman penulis karya tersebut, lalu
penulis karya Melayu hanya menerima sumber lisan tersebut dan dimasukkan ke dalam
karya mereka. Penelitian terhadap kebenaran fakta dan cerita tersebut tidak dapat
dilakukan disebabkan masalah tiadanya sumber dan masa.

Keadaan yang sama juga berlaku terhadap Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis
apabila penceritaan karya juga mengandungi unsur mitos, dongeng, kehebatan keturunan
dan sebagainya, Masalah juga timbul pada para pengkaji bagi memastikan kesahihan
fakta tersebut sehingga kini samada peristiwa yang diceritakan adalah rekaan semata-
mata mahupun kejadian yang sebenarnya berlaku. Hikayat Siak seperti yang diterangkan
pada bahagian pertamanya hanya menulis semula Sejarah Melayu hingga sebanyak 402
halaman. Hanya pada bahagian kedua, hikayat meneruskan penceritaan tentang kerajaan
Melayu Johor. Penyalinan semula Sejarah Melayu ini dipercayai dilakukan oleh penulis
bagi menyusurgalurkan keturunan Raja Kecil dengan salasilah Raja Melaka daripada
Bukit Sekuntang dan Iskandar Zulkarnain. Silsilah ini berterusan hinggalah kepada Raja
Kecil yang dikatakan sebagai keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. 33 Setelah
diteliti, kemungkinan penulisan tersebut dilakukan disebabkan matlamat asal Hikayat

32
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 339
33
Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm.
70
Siak itu sendiri yang berusaha mengangkat Raja Kecil dan bangsa Melayu. Bagi
membolehkan Raja Kecil mendapat pengesahan dan sokongan daripada masyarakat
Melayu dan orang Laut yang merupakan kekuatan penting kerajaan Johor, Raja Kecil
memerlukan satu legitimasi dan mengaitkan diri beliau dengan keturunan Sultan
Mahmud merupakan langkah terbaik. Ini disebabkan penulis sedar sejauhmana orang
Laut memberikan taat setia kepada keturunan pemimpin Melayu Melaka.

Selain itu, daulat dan ketinggian kedudukan Raja Kecil ini semkian diperbesarkan
dengan episod seperti, Puteri Jilan yang menguji kedaulatannya dengan meletakkan
sebuah mahkota pusaka di atas kepala Raja Kecil, lalu diminta duduk di atas jelatang,
menurut tradisi pendaulatan Pagar Ruyung. Daulat yang dimiliki oleh Raja Kecil ini
terbukti apabila beliau tdak terkena tulah malah mukanya merah berseri-seri. Raja Kecil
juga mampu melepasi ujian yang dikenakan oleh Orang Laut dengan mampu
menawarkan air laut dan akhirnya mendapat sokongan daripada Orang Laut bagi
memerangi pemerintahan Sultan Abdul Jalil.34

Tuhfat al- Nafis turut tidak ketinggalan dalam memuatkan unsur-unsur tersebut.
Pada awal penceritaan tentang silsilah Bugis, dikaitkan keturunan Bugis berasal daripada
Puteri Balkis, pemerintah kerajaan Saba’ di Yaman dan juga isteri kepada Nabi Allah
Sulaiman. Daripada keturunan Nabi Allah Sulaiman dan Puteri Balkis inilah, lalu
berkembang dan melahirkan keturunan Bugis. Raja Haji Ali mengambil pendekatan yang
lebih kehadapan berkait dengan soal nasab keturunan ini dengan menyatakan, ’Di dalam
pada itu Allah S.W.T yang terlebih tahu akan hakikat dan Fail hasil tiap-tiap pekerjaan
yang tiada kita dapat akan hakikatnya, janganlah kita dustakan, hendaklah kita taslimkan
keranan dalil berdiri’.35 Ini memperlihatkan bahawa beliau sendiri hanya menerima
sumber lisan tersebut dan tidak mampu untuk mengesahkan kebenaran kandungan
tersebut. Selain itu, unsur mitos dan mimpi lain yang terkandung dalam Tuhfat al-Nafis
ialah mengenai mimpin yang dialami Daeng Menambum yang zakar saudaranya, Daeng
Celak menjulur menjadi naga dengan kepalanya yang menghadap kep Johor. Ditafsirkan

34
Ibd., hlm. 72
35
Virginia Matheson (pysn). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997. hlm. 19
mimpin tersebut sebagai saudara Bugis terbabit akan mencapai kehebatan dan nama yang
mulia dalam kerajaan Johor kelak. Penerangan tersebut juga memperlihatkan kepada
unsur memihak Raja Haji Ali terhadap Bugis dengan manaikkan nama keturunan beliau.

Dalam memperkatakan soal kemasukan elemen mitos dan kehebatan keturunan


tersebut, bukanlah menjadi persoalan utama kepada kita untuk mengesahkan kebenaran
fakta tersebut. Namun apa sebenarnya yang lebih penting adalah mengkaji fungsi sebenar
unsur tersebut dalam penulisan karya Melayu tradisional. Hal ini kerana sering berlaku
penolakan penggunaan karya Melayu lama disebabkan alasan unsur tersebut
menyebabkan karya Melayu lama tidak objektif. Pandangan ini sering diutarakan oleh
pengkaji barat yang sememangnya tidak mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai
sosial masyarakat Melayu.36 Antara penulis yang cuba mempersoalkan kewujudan unsur
tersebut ialah J.C. Bottoms dengan menyatakan bahawa tekas Melayu lama ini, “ (...)
mixture of truth and legend, fantasy and fact, entertainment and instructions”
Pengkesahan hanya akan lebih tepat apabila membincangkan peristiwa yang berlaku pada
zaman penulis tersebut sahaja. Bahkan penggunaan sumber teks tersebut juga hanya
diragui oleh beliau;

“History to the Malay has not until recently been either a science pr an art, but an
entertainment. Accuracy, completeness, organized exposition ere not the vital
principles; what best pleased were legends, fantasy and a pleasant hotch-potch of
court and port gossip”37

Sememangnya pandangan tersebut tidak menghairankan disebabkan penulis


mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai sosial masyarakat Melayu. Faktor latar
belakang dan bias akan lebih merumitkan proses pemahaman tersebut. Dalam soal ini,
bukanlah menjadi kepentingan utama untuk mengesahkan samada peristiwa tersebut
benar ataupun tidak kerana penulis kini semestinya akan menghadapi masalah sumber
dan masa. Namun perkara yang lebih penting adalah melihat faktor dan peranan sebenar

36
Mazlan Abdullah. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1900 dalam
Jernal Sejarah, Jil. XI, 1972. hlm 78
37
Ibid. hlm. 79
kewujudan unsur yang dikatakan mitos mahupun lagenda tersebut. Hal ini kerana
historiografi Malaysia melalui teks Melayu lama tersebut bukanlah hanya menceritakan
keadaan politik dan pemerintahan raja-raja Melayu sahaja tetapi juga menggambarkan
keadaan sosial, budaya , pemikiran dan ekonomi masyarakat Melayu. Fakta sejarah dan
mitos sejarah dalam karya Melayu lama tidak seharusnya dipisahkan dalam usaha
memahami historografi Malaysia dan masyarakatnya.

Penulisan teks Melayu lama yang sebegitu rupa sebenarnya mempunyai


peranannya yang tersendiri. Dalam mengungkapkan kehebatan pemerintah, maka
dikaitkan degan keturunan mulia termasuklah sifat kedewaan mereka. Ini ditambah
dengan hakikat bahawa penulisan tersebut sebenarnya diarahkan oleh golongan
pemerintah sendiri, ditulis di istana dan berkaitan dengan golongan istana. Sebarang
kritikan terhadap golongan tersebut tidak akan diterangkan secara langsung dan
berlindung di sebalik penceritaan tersebut. Misalnya kekejaman Raja Bersiung, Sultan
Mahmud merupakan satu kritikan terhadap golongan pemerintah, namun dalam cara yang
‘halus’. Ini akan lebih jelas apabila pengkaji kini melihat pemikiran dan konsep budi
dalam masyarakat Melayu. Adat Melayu itu bukanlah sebuah masyarakat yang akan
berterus-terang dalam memperkatakan sesuatu terutamanya kritikan yang akan
menyinggung pihak lain manakala kedudukan institusi beraja dalam masyarakat Melayu
sendiri mempengaruhi penceritaan dalam karya Melayu lama. Kanyataan berhubung soal
ini turut dibincangkan oleh R.G. Coolingwood;

“It might be a way, perhaps a well established way, according to the custom of
the time when it was written, of saying something which you, through ignorance
of that custom did not recognize as its meaning (…) The important question
about any statement contained in a source is not whether it is true or false, but
what it means (…) and coming to your own conclusion.”38

Konsep objektiviti dalam karya samada Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis
seharusnya dilihat kembali kepada faktor sebenar kedua-dua karya tersebut dihasilkan.

38
Collingwood., R.G. The Idea of History. London: Oxford University Press. 1962. hlm. 259
Hikayat Siak sebagai menaikkan imej Raja Kecil dan masyarakat Melayu manakala
Tuhfat al-Nafis sebagai dokumen yang mencatatkan peristiwa yang akhirnya kan
mengagungkan masyarakat Bugis. Lantas penceritaan berhubung keturunan yang hebat
dalam kedua-dua karya bagi memperlihatkan sememangnya pemimpin masyarakat
tersebut sebagai golongan yang mulia. Manakala berhubung soal kehebatan yang dimiliki
oleh Raja Kecil merupakan cara memberikan satu pengabsahan terhadap kedudukan Raja
Kecil sebagai keturunan Sultan Melayu Melaka.39 Bahkan peristiwa tesebut juga tidak
dapat dibuktkan tidak benar dan rekaan semata-mata oleh penulis yang menolak teks
Melayu lama. Begitu juga degan Tuhfat al-Nafis, walalupun unsur tersebut kurang
dimuatkan dalam karya tersebut, namun Raja Haji Ali sendiri tidak menolak kaedah yang
sama digunakan oleh penulis teks Melayu lama dalam memberikan pengabsahan terhadap
kedudukan sesebuah golongan termasuk Bugis. Objektif penulisan karya tersebut
menyebabkan akhirnya penceritaan oleh penulis dalam kedua-dua karya samada Hikayat
Siak mahupun Tuhfat al-Nafis akan menggunakan apa sahaja cara bagi mencapai objektif
penulisan termasuk menerapkan unsure yang dikatakan mitos dan legenda bagi
mengagungkan masyarakat mereka.

39
Muhammad Yusuf Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. hlm. 355
KESIMPULAN

Karya Hikayat Siak dan Tuhaft al-Nafis sememanya merupakan karya yang penting
dalam mengkaji historiografi Malaysia terutamanya berkaitan dengan kerajaan Melayu
Johor. Kaya-karya tersebut dan juga karya Melayu lama lain seharusnya diberi nafas baru
oleh pengkaji generasi kini dan mula dijadikan sebagai antara rujukan utama. Dakwaan
berhubung kurang atau tiadanya objektiviti dalam karya tersebut sehingga tidak mampu
dijadikan sumber rujukan seharusnya dipertimbangkan kembali. Konsep obejtiviti dalam
kedua-dua karya samada Hikayat Siak dan Tuhfat al- Nafis ini seharusnya dikaji kembali
oleh sejarawan kerana nyata karya tersebut masih mengekalkan mialnya fakta objektif
dalam penceritaan kedua-dua karya.

Dalam melihat konsep objektiviti berdasarkan kepada Hikayat Siak dan Tuhfat al-
Nafis ini memperlihatkan betapa pentingnya soal penafsiran oleh seseorang penulis
dalam sesuatu kajian. Penafsiran yang dilakukan bersama-sama dnegan unsur bias akan
menyebabkan karya tersebut mengikut juga kan jelas tergambar unsure bias. Dalam hal
ini, Tuhfat al-Nafis misalnya memperlihat unsure bias dan pro Bugis yang nayat
disebabkan latar belakang penulisnya sendiri, Raja Haji Ali yang sememangya sejak awal
mempunyai matlamat penulisannya. Ya bagi Hikayat Siak mungkin ‘tidak’ bagi Tuhfat
Al- Nafis. Gejala ini merupakan perkara biasa dalam kajian kerana setiap satu persoalan
itu akan mempunyai beberapa jawapan. Namun yang lebih penting sejauh mana jawapan
tersebut bersandarkan kepada penafsiran yang adil dan bukti yang kukuh. Hal ini kerana
objektiviti sejarah itu dilihat daripada ukuran sejauhmana membuat interpretasi yang
bernas dan tajam, bersikap adli dan jujur kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian
dan penceritaan tersebut serta memberikan gambaran yang seimbang.
SENARAI RUJUKAN

Adrian Oldfield. 1981. Moral Judgement in History dalam History and Theory. Bil. 3.
Connecticut: Wesleyan University Press.

Carr., E.H. 1988. Apakah Sejarah?. (terj) Ab Rahman Ismail. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Collingwood., R.G. 1962. The Idea of History. London: Oxford University Press.

Garraghan., J. G. 1948. A Guide to History: A Primer of Historical Method. New York:


Fordhem University Press.

H. Ismaun. 2005. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar. Bandung: Historia


Utama Press.

Louis Gottschalk. 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method. Ed. 2.


Nugroho Notosusanto (terj). New York: Afred A. Knopf.

Mazlan Abdullah. 1972. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum


Tahun 1900 dalam Jernal Sejarah, Jil. XI, 1972.

Muhammad Yusuf Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi


Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________________ (pygr). 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusuf Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Penertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom (pysn). 2000. Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

R. Sutharalingam. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Tholfsen., R.T. 1967. Historical Thinking: An Introduction. New York: Harper and Row
Publishers.

Virginia Matherson (pysn). 1982. Tuhfat al- Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. 1982.

Virginia Matherson & Andaya., W. B. 1982. The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

You might also like