KPF4013 (Unit 7 & 8) PDF

You might also like

You are on page 1of 32

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 7
DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN
DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


TUAN ROSLINI BT TUAN DAUD L20181011071
AUNI NADIAH BT RADZUAN L20181011072
NABILAH BT MOHD NOR L20181011073
PUTERI NUR A’ISYAH BT RAJA SULAIMAN L20181011074
NOR AMRIZAYANI BT YUSUF L20181011079
SITI MARIAM BT SIDI AHMAD L20181011089

KUMPULAN: C TARIKH SERAHAN:

PENSYARAH: ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif


0
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah akan memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum tarikh sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab semasa sesi
bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:
i. Menerangkan hubungkait di antara falsafah, dasar dan sistem pendidikan.
ii. Menanalisis Dasar Pendidikan Kebangsaan.
iii. Membincangkan dasar-dasar pendidikan: kategori & fungsi.
iv. Memberi pendapat tentang dasar-dasar pendidikan terkini di Malaysia.

Kandungan Halaman
7.0 Sinopsis 1
7.1 Ringkasan pemetaan kandungan. 2
7.2 Hubungkait di antara falsafah, dasar dan sistem pendidikan. 3
7.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4
7.5 Dasar-dasar pendidikan: kategori & fungsi. 5
7.6 Dasar-dasar pendidikan terkini di Malaysia 7

7.0 Sinopsis

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Kursus ini membincangkan dasar-dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia. Tujuan sesuatu
dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya. Menurut Sufean Hussin (2002)
telah mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi
atau penyelesaian masalah, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.

Kursus ini juga membincangkan secara kritis tentang hubungkait di antara falsafah, dasar dan
sistem Pendidikan. Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan dasar-dasar pendidikan
terkini di Malaysia. Dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di
Malaysia.

1
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

FALSAFAH
PENDIDIKAN
SISTEM
HUBUNGKAIT PENDIDIKAN
DASAR
PENDIDIKAN

PEMBENTUKAN
DASAR-DASAR DAN
HALA TUJU DASAR KANDUNGAN

PENDIDIKAN DI PENDIDIKAN
KEBANGSAAN IMPLIKASI
MALAYSIA

KATEGORI &
DASAR KEBAJIKAN
DASAR-DASAR FUNGSI DASAR
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN DASAR KAWALAN
TERKINI
DASAR SOLUSI

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


MBMMBI 1M1S
DASAR INOVASI

DEFINISI DEFINISI

PEMBENTUKAN PEMBENTUKAN

OBJEKTIF OBJEKTIF

PELAKSANAAN PELAKSANAAN

2
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.2 Hubungkait Falsafah, Dasar & Sistem Pendidikan

FALSAFAH
PENDIDIKAN

DASAR
PENDIDIKAN

SISTEM
PENDIDIKAN

Komponen Keterangan

Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-


perkara yang berhubung kait dengan pendidikan.Matlamat pendidikan
sesebuah Negara adalah berdasarkan falsafah pendidikan yang telah
ditetapkan.Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan juga,
Falsafah
segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-
Pendidikan
dasar,pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum
,aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya kearah yang sama.

Contohnya: Pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan


kurikulum dan sebagainya.
Hubung kait di antara falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


serta member arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting. Manakala pendidikan ialah proses atau aktiviti untuk
mengembangkan JERIS.Hal ini bertujuan untuk menambahkan
Dasar
kemahiran,kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagian ,
Pendidikan
faedah dan kemajuan dalam hidup serta bertindak secara rasional untuk diri
sendiri.
Contohnya: Dasar Pecah dan Perintah ,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar
Inovatif , Dasar Liberalisasi dan sebagainya.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori


Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada pendidikan prasekolah,
Sistem pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan
Pendidikan menengah .Sistem pendidikan yang di jalankan di Malaysia lebih teratur dan
sistematik berbanding dengan Negara luar.
Contohnya : Prasekolah, sekolah rendah dan sebagainya.

3
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Rumusan:
1) Pendidikan sebagai satu proses mendidik sehingga seseorang yang dididik memperoleh
keilmuan yang akhirnya mampu menerbitkan tingkah laku atau amalan yang
dikehendaki.

7.3 Dasar Pendidikan Kebangsaan


7.3.1 Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Ia mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.


- Ia juga mengandungi 3 tujuan utama:

1) Tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik.

2) Untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua
ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar pendidikan untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun.

3) Untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya
dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa
kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

7.3.2 Kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


- Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas kemerdekaan.
 laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan (1979).

- Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di semua sekolah mulai tahun 1983.
 Menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira.
 Memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS).

- Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.


 Untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara
menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
berilmu, berakhlak mulia, serta berupaya memberi sumbangan kepada
kemajuan, kesejahteraan dalam pembangunan negara.

4
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.3.3 Implikasi Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Perubahan sistem pendidikan adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13
mei 1969.

- Sistem pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembangan pada
Rancangan Malaysia yang Kedua (1971-1975).

- Dibawah RMK, rancangan pendidikan negara difokuskan pada 3 bidang:

I. Menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara.


II. Memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara berkaitan tenaga
rakyat.
III. Memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan sains
dan teknologi moden.

7.4 Dasar Pendidikan: Kategori dan Fungsi


7.4.1 Kategori & Fungsi Dasar-Dasar Pendidikan

i.
Dasar
Kebajikan

iv. DASAR ii.


Dasar PENDIDIKAN Dasar

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Inovasi KEBANGSAAN Kawalan

iii.
Dasar
Solusi

5
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.4.2 Kategori Dan Fungsi Dasar-Dasar Pendidikan Yang Dibentuk

Kategori Keterangan Contoh Dasar


- Merupakan suatu kebajikan Pendidikan
i. - Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana Percuma, Buku
Dasar pendidikan adalah agen perubahan dan sosialisasi. Teks, RMT dan
Kebajikan - Dasar ini juga berkaitan dengan usaha memperbaiki Bantuan Biasiswa .
kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan.
ii. - Membawa pembaharuan dalam masyarakat melalui Memperkasakan
Dasar pendidikan Sekolah,
inovasi Pembestarian
Pendidikan.
- Menyelesaikan masalah
- Mengatasi masalah yang timbul PPSMI,MBMMBI,
iii. - Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem 1M1S
Dasar juga salah serta hasilnya juga tersasar.
Solusi - Dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula
hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat
dalam pendidikan.
- Ertinya mendisiplin Akta,Peraturan,
iv.
- Tujuan utama dasar ini adalah untuk pencegahan, Etika, Disiplin &
Dasar
pengajaran dan peringatan. Tatatertib
kawalan
- Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin
juga melibatkan amaran lisan dan bertulis , pemecatan.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

6
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.5 Dasar-Dasar Pendidikan Terkini


7.5.1 Dasar MBMMBI

Apakah MBMMBI?

Dasar memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuhkan Bahasa Inggeris ialah dasar


KPM untuk memastikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di
semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid lebih
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Bagaimanakah MBMBI dibentuk?

MBMMBI dibentuk setelah pemansuhan terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan
MBMMBI.

Apakah Objektif MBMMBI?

*Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris.


*Menyediakan Guru BM Dan BI Mengikut Opsyen Yang Mencukupi Dan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Meningkatkan Kompetensi Guru BM Dan BI.
*Meningkatkan Insfrastruktur Dan Bahan Sokongan Dalam PdP BM Dan BI.
* Meningkatkan Penggunaan BM Dan BI Dalam Aktiviti Luar Bilik Darjah.

Bagaimanakah Objektif Dasar MBMMBI Dapat Dilaksana & Dicapai?

*Mentransformasikan Kurikulum Bm Dan BI


*Memantapkan Kompetensi Guru BM Dan BI
*Menempatkan Guru BM Dan BI Mengikut Opsyen
*Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding, Dan Pembantu Guru
*Memperluaskan Penggunaan Bahan Dan TMK Dalam PdP BM Dan BI.
*Memperluaskan Publisiti Dan Kempen Pengukuhan Bahasa
*Meningkatkan Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Bahan Di Luar Bilik Darjah
*Melaksanakan Pentaksiran Dan Pelaporan Keperihal Pencapaian Murid.

7
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.5.2 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Apakah 1M1S?

Satu program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari tahap 2 di
sekolah rendah sehingga tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.

Bagaimanakah 1M1S dibentuk?

Dasar 1M1S mendokong dasar sukan untuk semua, dimana dasar ini menitikberatkan
penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk
atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan
yang diusahakan oleh KPM.

Apakah objektif 1M1S?

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.


2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Bagaimanakah objektif dasar 1M1S dapat dilaksana & dicapai?

*memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
*pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan yang berkualiti di sekolah
hendaklah digunakan.
*mewajibkan penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
*galakkan daripada ibubapa dan agensi luar bagi menyumbang kepada pembangunan sukan
sekolah.

8
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.6 Glosari

Seseorang dari peringkat Pra sekolah hingga ke Tingkatan 6 yang kepadanya


Murid pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan

Aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang


Sukan melibatkan komitmen serta semangat kesukanan.

Pendidikan dapat dilihat pada berbagai literature dan gagasan yang


Pendidikan disampaikan oleh banyak ahli.

Solusi Jalan keluar atau jawapan daripada sesuatu permasalahan

Guru Mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihak sekolah untuk
Penasihat mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan
Sukan

MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1M1S Satu Murid Satu Sukan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Dasar Asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll)

Kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan


Kompetensi
cekap atau dengan jayanya

Transformasi Perubahan rupa, bentuk, sifat dll.

9
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.7 Latihan
7.7.1 Aktiviti Kreatif

K E M H I N R M G

S F H J Y A G B H

D E I I R K N M G

A A S H J I K M L

S H A F D J 1 B I

A M V A Z A M I L

R H O Y R B 1 M U

K K N C K E S K L

A B I M B K R O O

W H R V N R U P O
A M A K K A M N B

L W S X D S G J H
A C A V S A U E U

N M D B N D T E U

Cari jawapan didalam jadual berdasarkan persoalan berikut.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


1) Satu program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari tahap 2
di sekolah rendah sehingga tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.

2) Apakah kategori dasar pendidikan kebangsaan?

3) Dasar memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuhkan Bahasa Inggeris ialah dasar


KPM untuk memastikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di semua
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid lebih menguasai
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Skema jawapan:
1- 1M1S 2- Dasar Kawalan, Dasar Inovasi, Dasar Kebajikan. 3- MBMMBI

10
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

7.7.2 Latihan Esei


Latihan Esei
(Bina 5 soalan esei beserta skema jawapan)

1) Apakah hubungkait falsafah, dasar dan sistem pendidikan?

2) Bagaimanakah pembentukan dasar pendidikan kebangsaan?

3) Huraikan kandungan dasar pendidikan kebangsaan.

4) Nyatakan kaedah pelaksanaan 1M1S.

5) Huraikan objektif dasar MBMMBI.

6) Apakah perbezaan diantara konsep dan fungsi bagi dasar pendidikan kebangsaan?

Skema Jawapan
1) Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang
berhubung kait dengan pendidikan.Matlamat pendidikan sesebuah Negara adalah
berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan.Berdasarkan falsafah pendidikan
yang telah ditetapkan juga, segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan
dasar-dasar,pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum ,aspek
pelaksanaan kurikulum dan sebagainya kearah yang sama.
Contohnya: Pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum dan
sebagainya.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Hubung kait di antara falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi
arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting. Manakala pendidikan
ialah proses atau aktiviti untuk mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk
menambahkan kemahiran,kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagian,
faedah dan kemajuan dalam hidup serta bertindak secara rasional untuk diri sendiri.
Contohnya: Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Inovatif,
Dasar Liberalisasi dan sebagainya.

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi


Pendidikan Kerajaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah,
pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. Sistem pendidikan yang di
jalankan di Malaysia lebih teratur dan sistematik berbanding dengan Negara luar.
Contohnya: Prasekolah, sekolah rendah dan sebagainya.

2) Ia mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.


11
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Ia juga mengandungi 3 tujuan utama:


Tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik.

Untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu
bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar pendidikan untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun.

Untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

3) Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas kemerdekaan.


laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan
(1979).

Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di semua sekolah mulai tahun
1983.
Menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.
Memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS).

Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.


Untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia,
serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan dalam
pembangunan negara.

4) Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis


sukan.
pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan yang berkualiti di sekolah
hendaklah digunakan.
mewajibkan penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
galakkan daripada ibubapa dan agensi luar bagi menyumbang kepada pembangunan
sukan sekolah.

5) Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris.

12
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Menyediakan Guru BM Dan BI Mengikut Opsyen Yang Mencukupi Dan Meningkatkan


Kompetensi Guru BM Dan BI.
Meningkatkan Insfrastruktur Dan Bahan Sokongan Dalam PdP BM Dan BI.
Meningkatkan Penggunaan BM Dan BI Dalam Aktiviti Luar Bilik Darjah

6) -Dasar Kebajikan
Merupakan suatu kebajikan
Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan adalah agen perubahan
dan sosialisasi.
Dasar ini juga berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam
pendidikan.

-Dasar Inovasi
Membawa pembaharuan dalam masyarakat melalui pendidikan

-Dasar Solusi
Menyelesaikan masalah
Mengatasi masalah yang timbul
Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga salah serta hasilnya juga tersasar.
Dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan
perancangan yang dibuat dalam pendidikan.

-Dasar kawalan
Ertinya mendisiplin
Tujuan utama dasar ini adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan.
Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan dan
bertulis, pemecatan.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Carian Maklumat

Dasar-Dasar Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia


https://www.academia.edu/25977494/dasar-dasar_dan_hala_tuju_di_malaysia

Dasar Pendidikan Kebangsaan


https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar
https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/dasar-pendidikan-kebangsaan
http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/BUKU%20DASAR.pdf

Dasar MBMMBI
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/MBMMBI/MBMMBI.pdf

Dasar 1Murid 1Sukan


https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/1murid1sukan/articlefile_file_001793.pdf
13
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 8
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU &
PROFESIONALISME PERGURUAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


TUAN ROSLINI BT TUAN DAUD L20181011071
AUNI NADIAH BT RADZUAN L20181011072

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


NABILAH BT MOHD NOR L20181011073
PUTERI NUR A’ISYAH BT RAJA SULAIMAN L20181011074
NOR AMRIZAYANI BT YUSUF L20181011079
SITI MARIAM BT SIDI AHMAD L20181011089

KUMPULAN: C TARIKH SERAHAN: 24 NOVEMBER 2018

PENSYARAH: ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif

14
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah akan memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum tarikh sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab semasa sesi
bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, pelajar dapat:
i. Menerangkan kandungan Falsafah Pendidikan Guru.
ii. Menghuraikan ciri-ciri profesionalisme keguruan.
iii. Menganalisis kerangka konsep pendidikan guru Malaysia.
iv. Membincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan Model Trotter.

Kandungan Halaman
8.0 Sinopsis 15
8.1 Ringkasan pemetaan kandungan. 16
8.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG). 17
8.3 Profesionalisme keguruan. 19
8.4 Kriteria profesion keguruan: kerjaya profesional. 20
8.5 Rangka Konsep Pendidikan Guru Malaysia. 22
8.6 Model Perkembangan Guru Model Trotter (1986). 23

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Sinopsis

Modul ini membincangkan falsafah pendidikan guru (FPG) dari segi latar pembentukan
falsafah pendidikan guru, penyataan kandungan FPG dan kandungan falsafah pendidikan guru.
Selain itu juga, di dalam modul ini juga membincangkan berkaitan dengan profesional keguruan
dari sudut definisi profesional, ciri-ciri guru yang profesional dan juga kriteria profesion
keguruan: kerjaya profesional. Rangka konsep pendidikan guru Malaysia juga turut
dibincangkan di samping membincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan model Trotter
dari segi peringkat perkembangan guru dan tahap profesionalisme keguruan.

15
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:

i. Menerangkan kandungan Falsafah Pendidikan Guru.


ii. Menghuraikan ciri-ciri profesionalisme keguruan.
iii. Menganalisis kerangka konsep pendidikan guru Malaysia.
iv. Membincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan Model Trotter.

8.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

16
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

8.2.1 Latar pembentukan FPG

Menurut Choong Lean Keow di dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan di Malaysia,
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Manakala menurut Mok Soon
Sang(2009), guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Maka, pada 1979, Laporan
Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan 2 halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu yang
pertama, menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi
potensi pelajar dan yang kedua, melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam
masyarakat. Oleh demikian pada 1982 Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah
didokumentasikan dengan hasrat untuk mendidik guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting
untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-
guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8.2.2 Pernyataan kandungan FPG

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah dengan hasrat untuk mendidik guru

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

(Bahagian Pembangunan Guru, KPM (1982)

17
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.2.3 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan Penjelasan Contoh


i.
Sahsiah guru yang baik dan menjadi contoh, pandai Berbudi bahasa,
Berpekerti mulia
menghargai murid dan meraikan fitrah mereka. sopan, berdisiplin,
bermoral dan
sebagainya
ii.
Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini Menguasai ilmu ICT
Berpandangan
memberi penekanan kepada sains dan teknologi,
progresif dan
berusaha agar tidak ketinggalan dari segi
saintifik
profesional

iii.
Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan, Berkorban jiwa dan
Bersedia
berusaha agar dapat menyumbang secara raga
menjunjung
maksimum sebagai pendidik anak bangsa ke arah
aspirasi negara
pencapaian aspirasi negara.

iv.
Menyanjung Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik, Sifat patriotisme dan
warisan memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian cintakan negara
kebudayaan budaya dalam kalangan murid.
negara
v.
Menjamin Peranan guru dari segi perkembangan diri dan jasmani, emosi,
perkembangan perkembangan murid secara menyeluruh rohani dan intelek
individu

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


vi.
Memelihara suatu Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang Menggalakkan
masyarakat yang menyumbang kepada penyatuan masyarakat kemuafakatan dan
bersatu padu kerjasama pelajar
vii.
Berusaha melahirkan pelajar yang berjiwa Berfikiran positif
Memelihara suatu
demokratik dan lebih terbuka dan dapat terima
masyarakat yang
perubahan
demokratik

viii.
Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi Pelajar lebih maju ke
Memelihara suatu
dan hasrat negara yang telah ditetapkan iaitu ke depan
masyarakat yang
arah kemajuan
progresif

18
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

x. Tanggungjawab guru membentuk generasi pelajar Pelajar mempunyai


Memelihara suatu yang berdisiplin dan baik sebagai pewaris Negara jati bdiri dan
masyarakat yang pada masa akan datang. pendirian yang teguh
berdisiplin

8.3 Profesionalisme Keguruan

8.3.1 Definisi Profesional

Tokoh Definisi Profesional


Walter
Johnson 1959 Profesional diterjemahkan sebagai seseorang yang menampilkan suatu
tugas khusus yang mempunyai tingkat kesulitan dan mempersyaratkan
waktu persiapan dan pendidikan cukup lama untuk menghasilkan
pencapaian kemampuan, keterampilan dan juga pengetahuan yang
berkadar tinggi.

Uzer Usman Professional ialah suatu pekerjaan yang bersifat professional serta
1992 member ilmu yang secara sengaja harus dipelajari dan kemudian
diaplikasikan bagi kepentingan umum.

D’Jam’ar Professional merujuk kepada dua keadaan iaitu orang yang menyandang
Satori suatu pekerjaan (kerjaya). Kedua, penampilan seseorang dalam
melakukan pekerjaannya yang sesuai dengan kerjayanya.

Ornstein dan Professional sebagai ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
Levine 1993 mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod
etika untuk mengawal tingkahlaku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Rumusan anda:

Professional merupakan satu peringkat di mana seseorang itu dapat menguasai kemahiran
dan ilmu intelek sehingga mampu membuat perkara yang boleh membantu serta member
manfaat kepada masyarakat secara umumnya

19
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.3.2 Ciri-Ciri Guru Profesional

Pengetahuan Keterampilan Sahsiah


Falsafah dan sejarah Cara Tingkah laku yang baik dan
pendidikan Berpakaian, terpuji.

Isi kandungan matapelajaran Gaya tutur kata Tepati masa


(content knowledge)
Kandungan pedagogi Tingkah laku Ikhlas
Kurikulum Hormat rakan sekerja

Rajin
Pengurusan bilik darjah
Pentadbiran dan budaya Amanah
sekolah.

8.4 Kriteria Profesion Keguruan: Kerjaya Profesional


Kriteria Keterangan
Profesion perguruan adalah bidang yang member perkhidmatan yang
unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai
dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru
sahaja yang berkemampuan member perkhidmatan pendidikan terbaik
kepada masyarakat. Profesion guru tidak hanya profesion yang tertua
i.
didunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya sekadar
Perkhidmatan
penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator),
yang unik

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


„ibubapa‟, pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walaupun
kanak-kanak boleh dididik oleh ibubapa mereka, televisyen atau internet,
namun guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan
dan kemahiran.

Pekerjaan yang professional juga memerlukan seorang yang pakar dalam


suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
Walaupun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding
profesion lain. Guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar, begitu juga
ii. kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru
Autonomi bebas menentukan kaedah mengajar yang sesuai, “Bilik darjah seseorang
perkhidmatan
guru adalah mahligainya, kerana disini ia boleh mencuba berbagai-bagai
cara pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan”
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986)

20
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh „ikrar guru‟ dan „tatatusila
iii. kementerian pendidikan malaysia‟. Oleh kerana guru adalah kakitangan
Kod Etika
kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui perintah-
Perkhidmatan.
perintah Am Kerajaan yang memperincikan hukuman yang boleh
dikenakan bersabit dengan perlanggaran sesuatu peraturan.

Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang khusus.


Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang ditawarkan
iv.
universiti- universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa
Latihan khusus
empat tahun termasuk praktikum dan latihan mengajar yang wajib untuk
bidang
semua guru pelatih. Juga ditawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
berkaitan.
(KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana m muda
daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru.

Pekerjaan yang professional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin


dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab
v.
tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya
Tanggungjawab
terhadap tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat.
keputusan. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya,
maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan
atau profesion yang profesional.

vi. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah


Pengetahuan mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai
dan kemahiran kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan
mendalam.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Rumusan:
Secara kseimpulannya seorang guru mempunyai kriteria sebagai seorang guru. Guru juga
kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), „ibubapa‟, pemimpin, pengurus instruksional
dan lain-lain. Guru juga perlu pakardi dalam bidangnya. Guru juga perlu mempunyai
kemahiran yang mendalam di dalam bidangnya.

21
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.5 Rangka Konsep Pendidikan Guru Malaysia

Komponen Keterangan
Penghayatan, amalan dan peningkatan ilmu individu berteraskan kepada
Ketuhanan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kendiri memberi penekanan kepada pembinaan gaya kefahaman dan


patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan
Diri
berpekerti mulia.

Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan


Masyarakat kepada masyarakat dan Negara.

Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan


Ilmu dalam kehidupan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Nilai yang merujuk kepada amalan nilai- nilai murni, perlakuan guru yang
penyayang, pekerti mulia, berdaya saing, patriotic, inovatif, kreatif, dan patuh
Nilai
pada etika perguruan.

Kemahiran iktisas yang mengandungi kemahiran menggunakan bahan-bahan


pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia
menjurus kepada
Kemahiran kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi
komputer dan
pedagogi.

Meliputi aspek-aspek seperti hikmah, daya pemikiran yang logik, analitis,


kreatif dan inovatif serta ilmu pengetahuan yang benar..
Intelek

22
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Meliputi keyakinan terhadap Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa,


penghayatan nilai- nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia,
Rohani
berbakti dan berkorban untuk negara.

Mempunyai perasaan dan jiwa yang sihat dan kuat, kebolehan memotivasikan
diri sendiri, boleh membaca emosi orang lain, serta bijak menguruskan
Emosi
hubungan dengan semua.

Mempunyai tubuh badan yang sihat, mempunyai bakat kemahiran manipulatif


Jasmani yang cekap, bertindak secara sihat, dan perlakuan secara berdisiplin.

8.6 Model Perkembangan Guru Model Trotter (1986)

8.6.1 Peringkat Perkembangan Guru

Peringkat
Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat
Novis
Novis Cekap Mahir Pakar
Lanjutan

Peringkat kriteria
(sekitar 1 tahun berkhidmat)
Peringkat pertama ini adalah untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang
diceburi. Ia bermula apabila mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru..
i.
Guru novis Pada peringkat ini, pelajar mula mempelajari cara mengajar, mempelajari
fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Pelajar tersebut masih belum

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


menangani tugas-tugas harian seorang guru.

(sekitar 3 tahun berkhidmat)


Pada peringkat ini, pelajar berterusan menambah dan memantapkan
ii. kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. Pengalaman awal
Guru novis kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Bimbingan
lanjutan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan

(sekitar 5 tahun berkhidmat)


Pada peringkat ini, seseorang guru mencapai peringkat keterampilan dalam
bidang yang diceburi. Guru telah pun memiliki kelayakan ikhtisas. Beliau
iii. lebih memberikan fokus pada pembelajaran murid. Di peringkat cekap, guru
Guru cekap ini memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan
juga situasi yang khusus serta memiliki pelbagai strategi pengajaran dan
mampu menyesuaikan mengikut kemampuan pelajar.

23
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

(Sekitar 10 Tahun)
Guru dalam peringkat ini, sangat mahir dalam bidangnya. Golongan yang
diingati dan disanjung oleh bekas pelajar. Beliau mempunyai kemampuan
kognitif yang tinggi untuk menganalisis persekitaran pembelajaran yang
kreatif dan tersendiri. Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya
iv.
Guru mahir membuat keputusan berdasarkan intuisi. Beliau juga kaya dengan
pengalaman yang dapat membantunya memahami situasi yang dihadapi dan
menganalisis maklumat yang kompleks. Guru mahir mempamerkan gaya
pengajaran yang tersendiri. Beliau mempunyai kelebihan untuk membimbing
dan menjadi mentor kepada guru novis.

(Sekitar 15 tahun)
Guru cekap adalah menyerlah dalam bidangnya dan merupakan guru yang
gemilang dan terbilang. Beliau dapat memahami dan menangani maklumat
v. yang banyak dan mempunyai gaya pembelajaran yang lancar. Beliau ialah
Guru pakar orang yang berautoriti dalam profesionnya. Idea dan kemahiran yang ada
pada guru pakar boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan
pengendalian pengajaran dalam bilik darjah.

Rumusan
Secara kesimpulannya, teori perbincangan yang dibincangkan di atas adalah berasaskan
pengetahuan praktikal, teoritikal, dan empirikal. Peringkat-peringkat perkembangan guru yang
dikemukakan oleh Trotter (1986) dihasilkan daripada pengalaman sebenar, dapatan-dapatan
penyelidikan serta pemikiran mengenai psikologi perkembangan. Seorang guru permulaan yang
dibekalkan pengetahuan berasaskan penyelidikan dapat membantunya membuat keputusan
yang bijak semasa menghadapi cabaran-cabaran dalam profesional keguruan.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

24
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.6.2 Tahap Profesionalisme Keguruan

Pengetahuan
praktik profesional

Keberkesanan
Pergantungan
kepada teori/ pengajaran
prinsip umum

Tahap
perkembangan
Guru Guru Guru Guru Guru profesionalisme
novis novis cekap mahir pakar keguruan
lanjutan

Kategori Pergantungan Pengetahuan Pengajaran


Guru
Bahan-bahan rujukan Pengetahuan yang rendah Kurang persediaan
serta teori yang
Guru Novis
dipelajari.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Bahan bantu Pengetahuan yang Pendekatan mengajar
Guru Novis mengajar. sederhana yang berpusatkan
Lanjutan Bergantung kepada guru.
mentor
Isi kandungan Menguasai isi kandungan Memperbaiki strategi
matapelajaran, mata pelajaran pengajaran serta
Guru Cekap penguasaan isi
kandungan mata
pelajaran yang diajar.
Pengalaman yang Pengetahuan yang sangat Pendekatan mengajar
meluas dan dapat mendalam dalam yang berpusatkan pelajar.
Guru Mahir analisis persekitaran pengajaran dan
pembelajaran secara pembelajaran.
kritis.
Guru Pakar Pengalamannya seperti menguasai dan Mampu mengenalpasti

25
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

guru mahir tetapi lebih menghayati kandungan keperluan


secara menyeluruh mata pelajaran dan selalu dan masalah pelajar.
atau holistik. menjadi pakar rujuk

Rumusan

Secara rumusannya ia berbincang mengenai tahap profesionalisme guru mengikut peringkat guru
novis, guru novis lanjutan, guru cekap, guru mahir dan juga guru pakar. Ia juga melihat sejauh
mana peringkat guru-guru ini memerlukan pergantungan, pengetahuan dan pengajaran mereka.

8.7 Glosari

aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita

demokratik Sentiasa bergerak maju, bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan

interaktif Saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain

Kemampuan untuk mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu,


potensi
keupayaan

Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan (sebagai guru dsb) dengan sepenuh
profesional
masa atau sebagai mata pencarian

progresif Sentiasa bergerak maju, bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan

saintifik Mengikut kaedah sains, teratur atau bersistem seperti ilmu sains

warisan Sesuatu yang diwarisi, harta peninggalan, harta pusaka

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

26
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.8 Latihan

8.8.1 Aktiviti Kreatif

2 10

Melintang

1. Guru

2. Seorang guru perlu menguasai ilmu ICT iaitu progresif dan .........

3. Saling bertindak.

6. Pakar dalam bidang tertentu.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


7. Guru menjadi pendidik, agen perubahan, pemimpin dalam .........

8. Penampilan diri

9. Memastikan pekerja mematuhi garis panduan.

Menegak
4. Guru perlu bersedia menjunjung .......... Negara

5. .................. ialah penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi serta cekap dan pakar dalam bidang
yang di ceburi.

10. Peringkat pertama perkembangan guru

Jawapan : 1. Pendidik 2. Saintifik 3. Interaktif 4. Aspirasi 5. Profesional

6. Autonomi 7. Kemasyarakatan 8. Keterampilan 9. Kod Etika 10. Novis

27
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

8.8.2 Latihan Esei & Objektif

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Aras Kognitif
Jumla
Topik Pengetahu Kefahama Aplik Analisi Penilaia Reka
h
an n asi s n cipta

Kandungan Falsafah X X X X X X
Pendidikan Guru.

Profesionalisme X X X X X X
keguruan.

Kerangka konsep
pendidikan guru X X X X X X
Malaysia.
Tahap perkembangan
guru berdasarkan X X X X X
Model Trotter.

Jumlah Soalan
5
Objektif

Jumlah Soalan Esei 4

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Latihan Esei
(Bina 5 soalan dan skema jawapan)

1. Terangkan latar pembentukan dan kandungan Falsafah Pendidikan Guru.

2. Apakah yang dimaksudkan profesional? Huraikan ciri-ciri profesionalisme keguruan?

3. Analisis komponen yang terdapat dalam kerangka konsep pendidikan guru Malaysia.

4. Bincangkan tahap perkembangan guru berdasarkan Model Trotter.

28
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Jawapan Esei:

1. Guru ialah individu yang mempunyai perhubungan sosial yang berkait dengan masyarakat
dan guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Pada 1979, Laporan
Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan 2 halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu yang
pertama, menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi
potensi pelajar dan yang kedua, melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam
masyarakat. Oleh demikian pada 1982 Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah
didokumentasikan dengan hasrat untuk mendidik guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu
masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

2. Professional merupakan satu peringkat di mana seseorang itu dapat menguasai kemahiran
dan ilmu intelek sehingga mampu membuat perkara yang boleh membantu serta member
manfaat kepada masyarakat secara umumnya. Terdapat tiga Ciri-Ciri Guru Profesional

(i) Pengetahuan( Intelek ). Antara pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru termasuk:
Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan, Pengetahuan isi kandungan
matapelajaran (content knowledge), Pengetahuan kandungan pedagogi, Pengetahuan
mengenai kurikulum (sukatan pelajaran, bahan pembelajaran, alat bantu mengajar dan
sebagainya), Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah dan Pengetahuan mengenai
pentadbiran dan budaya sekolah. Selain daripada itu, guru juga perlu mahir ICT.
Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah
menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


(ii) Keterampilan : Sebagai seorang guru, kita harus menonjolkan penampilan diri yang baik..
Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah menampakkan keterampilan dan
kewibawaan kita sebagai seorang guru yang berkualiti.
(iii)Sahsiah : Guru juga perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di
antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah mempunyai nilai kerohanian yang
kukuh, kendiri yang positif, berpegang teguh kepada etika perguruan, berakhlak mulia, tinggi
sahsiah, adil, sabar, tegas, mesra, prihatin, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab, kreatif,
inovatif, berminda positif dan menjadi „role model’ kepada masyarakat.

3. Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan
merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di
Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu,
Ketuhanan, Diri dan Masyarakat. Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran.

4. Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang
menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Lima peringkat tersebut ialah peringkat novis, novis
lanjutan, cekap, mahir dan pakar. 29
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Latihan Objektif
(Bina 5 soalan objektif & skema jawapan

(1) Antara berikut, yang manakah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru?

(i) Berpekerti mulia

(ii) Menjamin perkembangan individu

(i) Perkhidmatan yang unik

(iv)Memelihara satu masyarakat yang dinamik

(A) I, II & III (C) II, III & IV

(B) I, II & IV (D) I, III & IV

(2) Apakah takrifan guru berpekerti mulia?

(A) Berusaha melahjirkan pelajar berjiwa demokratik

(B) Sahsiah guru yang baik, berbudi bahasa, bermoral

(C) Membetuk generasi pelajar yang berdisiplin

(D) Menghayati aspirasi negara

(3) Berikut merupakan ciri guru professional KECUALI:

(A) Pengetahuan (B) Keterampilan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


(C) Pencapaian (D) Sahsiah

(4) Apakah peringkat ke empat Model Perkembangan Guru Model Trotter?

(A) Novis (B) Cekap

(C) Mahir (D) Pakar

(5) Di antara yang berikut, manakah demensi paling atas dalam Konsep Pendidikan Guru:

(A) Masyarakat (B) Kemahiran

(C) Diri (D) Ketuhanan

Jawapan :

1. B 2. B 3. B 4. C 5. D

30
Falsafah Pendidikan Guru & Profesionalisme Perguruan

Carian Maklumat

Dokumen Standard Guru Malaysia


https://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20-%202009.pdf

Kriteria guru Abad ke 21


http://www.padu.edu.my/files/Buletin_Anjakan_Bil_5-2015_%28Final%29.pdf

Pembangunan Guru Malaysia: Isu & Cabaran


http://aadcice.hiroshima-u.ac.jp/e/publications/sosho4_2-08.pdf

Standard Guru Malaysia


https://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20-%202009.pdf

Standard Kompetensi Guru Malaysia


http://repository.um.edu.my/25208/1/STANDARD%20KOMPETENSI%20GURU%20MALAYSIA%20Saedah%2
0Siraj%20%26%20Mohammed%20Sani%20Ibrahim.pdf

Teacher Professional development in Malaysia


http://aadcice.hiroshima-u.ac.jp/e/publications/sosho4_2-08.pdf
http://unesdoc.unesco.org/images/0014/001405/140577e.pdf

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

31

You might also like