You are on page 1of 7

SEMESTER 1 2018

RBTS3183: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

1. Pada 17 Ogos 2018, seramai 21 orang pelajar elektif Reka Bentuk dan Teknologi Semester 1
telah terlibat dalam aktiviti pendawaian elektrik bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi
subjek RBTS3183: Pengenalan Kepada Teknologi Elektrik Dan Elektronik. Matlamat aktiviti ini
dijalankan adalah bagi mendedahkan pelajar tentang proses pendawaian elektrik domestik
dan cara untuk mengendalikannya. Pelajar berpeluang untuk mempelajari tentang sistem dan
jenis-jenis pendawaian, membuat pendawaian litar lampu menggunakan suis satu hala dan
dua hala serta membuat pendawaian soket alir keluar. Seterusnya pada akhir pembelajaran,
pelajar dikehendaki melaksanakan pemeriksaan dan pengujian litar bagi pendawaian yang
telah dilakukan.
RBTS3193: LUKISAN KEJURUTERAAN DAN LUKISAN BERBANTUKAN KOMPUTER

2. Pada 30 Ogos, 5 & 6 September 2018, seramai 21 orang pelajar elektif Reka Bentuk dan
Teknologi semester 1 telah menghadiri satu kursus Lukisan Kejuruteraan Berbantukan
Komputer (AUTOCAD) di ILP Bukit Katil, Melaka. Program Smart-Partnership antara Unit Reka
Bentuk & Teknologi Jabatan Sains Sosial IPGKPM & Jabatan Penyelenggaraan Mekanik
Industri ILP Bukit Katil telah berlangsung selama 3 hari. Kursus ini diadakan bagi menyediakan
pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran dalam AUTOCAD.
3. PADA 3 Oktober 2018, satu ujian amali Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantukan
Komputer (AUTOCAD) telah dilaksanakan terhadap 21 orang pelajar elektif Reka Bentuk dan
Teknologi Semester 1. Ujian ini telah dilaksanakan selama 3 jam di bawah pemantauan Tn Hj
Azman Hj Aziz dan En Rosli bin Harun. Pelajar telah dinilai dari segi ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam AUTOCAD yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran dalam kursus
RBTS3193.
4. Pada 13 September 2018, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
(IPGKPM) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Sains Sosial, IPGKDA yang telah
melakukan lawatan ke bilik RBT. Kunjungan daripada IPGKDA telah berpeluang untuk melihat
pelaksanaan aktiviti kuliah dan tutorial secara amali oleh pelajar elektif Reka Bentuk dan
Teknologi dalam kursus RBTS3193: Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantukan Komputer
(AUTOCAD). Selain itu, Tn Hj Azman selaku pensyarah unit RBT telah menerangkan tentang
program RBT yang terdapat di bawah Jabatan Sains Sosial IPGKPM.

You might also like