You are on page 1of 82

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

FIZIK
AKTIVITI MURID

KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU


TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
FIZIK 1
2 FIZIK
CETAKAN KETIGA
JANUARI 2018

Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia, tidak ada
mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan semula atau
diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau disimpan
dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan bertulis daripada
penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data

Penerbitan Modul Teknologi Hijau : Fizik (Aktiviti Murid)

Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN:
978-967-394-308-1

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:


CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 03

FIZIK 3
ISI KANDUNGAN

Teknologi Hijau 1
i. Pengenalan
ii. Definisi Teknologi Hijau
iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
v. Sektor Teknologi Hijau
Sektor Bekalan Tenaga 7

Kecekapan Tenaga 9

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 11

Sektor Bangunan 13

Sektor Pengangkutan 15

Panduan Menggunakan Modul Aktiviti Murid 18

Jadual IPCC (2014) 21

Apungan Mesra Alam 28

Keindahan Terma Dalam Kehidupan Hijau 33

Tenaga Solar dan Matahariku 42

Impak Tekanan Dalam Kehidupan Hijau 52

Bangunan Mesra Hijau 61

Panel Penulis 74

4 FIZIK
TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan
Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan
sebagainya. Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap
sesuatu keperluan dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.

Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak
terkawal, pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka,
pembuangan sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa
menjadi antara faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini
berterusan sehingga beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang
kita diami ini akan musnah.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim dan
keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif demi
memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada masa akan
datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah
diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah dikenal
pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang dapat
mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau, jimat
tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam sekitar
adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH merupakan
teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.

FIZIK 1
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak
utama iaitu:

i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan


tenaga
ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar
iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan
mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam
memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:

i. Sektor Bekalan Tenaga


ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
iii. Sektor Bangunan
iv. Sektor Pengangkutan

Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014),
terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:

i. Sektor Industri
ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan
iii. Sektor ICT

Intergovernmental Panel on Climate


Change (IPCC)
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan
antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah
ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment
Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap kepada
penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada masa
hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada
kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.

2 FIZIK
Sektor Teknologi Hijau

Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan
Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan
Perhutanan serta ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:

A Sektor Bekalan Tenaga

Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan api
secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas asli.
Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan. Proses
ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang digunakan
sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini menjadikan
stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang kepada
pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil bagi
mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui Sektor
Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.

Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia.
Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak
mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas
penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma,
tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.

B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa
bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa
komersial serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan
menggunakan kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan
kesihatan. Contoh sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis
perindustrian yang tidak boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak
dibuang dan dilupuskan secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.

Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada
beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air
larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.

Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah
menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan
yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).

FIZIK 3
C Sektor Bangunan

Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang
kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan. Menurut
United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi
pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab
kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.

Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di
atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap,
penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang
minimum.

D Sektor Pengangkutan

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai bahan
bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke udara
sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih
menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan
awam.

Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas
rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan
hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu
contoh kenderaan hijau.

E Sektor Industri

Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan.
Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah
menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini
disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan
menyebabkan jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga
dan pengurusan tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri.
Inisiatif tersebut perlu dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.

4 FIZIK
F Sektor Pertanian dan Perhutanan

Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi
menghasilkan tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan
dengan adanya tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk
membuat makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.

Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih
banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos
untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan
untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan
salah satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.

G Sektor ICT

TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan alat
komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk,
penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh
diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,
menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif
serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.

Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam modul
ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan,
Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-
sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik.

Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat


berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian
daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor
Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor
Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti
Sains Malaysia.

FIZIK 5
INFOGRAFIKTENTANG TEKNOLOGI HIJAU

FENOMENAPERUBAHANIKLIM
Boleh Baharuyangboleh

Me ur kepj ad ab ek ealn nat oga ku,f sk ep ad


aTen yag an egd naik lise ba g aiTen ag aB er sih
atu Ten ag aH audij naij se apn ngj hay at
Disebabkanoleh
GEOTERMASOL
AR
PENEBANGANHUT TENAG LAUTA
A N AN GINHIDR O
AN
INDUSTRI

t
v

a
a
i

n
g
C

t
t
t

a
C

j
l

r
e
I
r

r
t

B
n

g
-
r
e

n
P
a

a
a

n
a

g
im

A
o
m

B
dengan

PEMBAKARANBAHANAPI

MerujukkepadapengangkutanberkonsepkanTeknologi HijaupenggunaanTenagaBolehBaharuyangtidakmencemarkanpersekitaran
AKTIVITIMANUSIA

SUHU YANG TERLALU PANAS DAN SEJUK


PEMBUANGANSISADANAIRSISA
BAHAN API ALTERNATIF

e
n
n

a
g
n

t
g

b
a

s
n
k

ae
o
e
n
PENGANGKUTAN
AMALANPEMANDUANEKO

lO
i
g
ni
a
n
C
IP

h
g

l
SEKTOR

g
u

g
u
en

a
t
a
MembebaskanGHG BEKALANSEKTORTENAGAPENGANGKUTAN
CO2

e
C
Ap as ah hajleb ani atu uke arl an ya idang ekdt heik nd ,Teak kni olg aiH ubij er pe ran anb meag munmi mi ka nkes an pe mb ua nga sn adi ran sia de nga nko se ep3R du(R ce ,Reu se &Rec eyc ),pel ng ur an gan adn rskit em sula eai rkl kont dai nr aw atn sair ai

nna
(
CH4 KITAR SEMULA SISA RAWATANAIRBAHANSISA

a
d
PUSAT PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA SISA
SISA
ELEKTRONIK

d
Ba
Metana )
TH TEKNOLOGI
HIJAU
SEKTORPembangunandanaplikasiproduk,peralat anser tasist emuntuk INDUSTRI

Penyelesaianmelal SEKTOR
GASCFCGREENHOUSEGASES Klorofuor o- karbon (GHG) PENGURUSANSISA alamsekitarda nalam DANAIR
memelihara

a
d
RUMAH ui
HIJAU
Merujukkepadapenguranganpembebasangasrumahhijau(GH G)PengaturanB angunanH ij auyangsempurna

Karbondioksida

SEKTORBANGU
(

NAN
ri
)

NO2
semulajadisertameminimu mkanataumengurangkankesannegatif SISA daripadaaktivitimanusia(KeTTHA,2016)
Ae
T
HT

PEN GGUNAANBAH AN PEN CAH AYAAN BIN AANM ESRASEM ULAJADIALAM

B
Nitrusoksida

e
r
K
A

n
PERHUTANAN SEKTORPERTANIANDAN

g
Pen ggun aans is ap er ta nian dan pemelih ar aan per huta na nuntuk menga walke seimban ganp er sek ita r anda npe ngur us ans is ata namanuntu kp embua ta nbaja ko mpo sles ta r i

g
a
u

Memberi kesan

n
ja
w
H

a
b
M
o

a
l

PERHUTANANSEMULA

l
a
T

y
a

i
-
a

e
T

K
n

e
a

m
e

KEMARAUBERPANJANGAN

PENGURUSANTERN
AKAN

BANJIRMELAMPAU

KESAN
TeknologiHijauberusahauntukmengurangkanpembebasangasrumahhijauyangtinggidaripadaperindustriandenganpenggunaantenagasecar acek ap

RIBUT, DAN
KEHILANGANBIODIVERSITI

TAUFAN PUTING BELIUNG


KECEKAPAN
TENAG
A
6 FIZIK
SEKTOR BEKALAN TENAGA
Oleh:
Profesor Haslan Bin Abu Hassan
Pengarah
Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan sektor-
sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan,
Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.

Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara
tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih
atau diguna dengan cekap tanpa pembaziran.

Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan
sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari
bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat
selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865,
petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih
kurang 70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum,
arang batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber
fosil ini telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2) di atmosfera
seterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan
Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran
keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon pada
tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh
diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan
amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.

Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh
baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula).
Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau
dihasilkan semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga
primer dan tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-
sumber semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani
sebarang penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api
lain atau sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga
elektrik kita boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan
sumber tenaga boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di
Malaysia, tumpuan tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing
kerana wujud sinaran matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik
yang mencukupi. Malaysia mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan
tenaga negara dijana oleh sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.

FIZIK 7
Contoh

Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga
haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi
pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan
teknologi, pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi
penggunaan domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar fotovolta yang
menghasilkan elektrik secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel
solar kebiasaannya terdiri daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri
21% menukar sinaran matahari ke elektrik.

Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah
rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik
oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi
menjana elektrik di Malaysia.

Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa
haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada
matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada
tenaga dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih.
Contohnya, cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti
jagung, tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa
makanan yang telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh
bakteria bagi menghasilkan biogas metana.

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga
negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas
petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh
Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga Boleh
Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan mendidik
murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan subjek sekolah
yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya merangkumi teknologi
terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada masa depan dijangka lebih
berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada saintis dan jurutera mesti
dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.

8 FIZIK
KECEKAPAN TENAGA
Oleh:
Dr Mardiana Idayu Ahmad
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud
kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk
menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang
diingini. Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu
sistem terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan,
pencahayaan, sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri,
pengangkutan atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa
kecekapan tenaga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang
diperlukan untuk sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap
dan kesedaran kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan
bijaksana. Amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara
hidup dan mengelakkan pembaziran.

Contoh

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir 40%
daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan peratusan ini
di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan peningkatan
permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada keperluan
kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan sebagai
menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan kelengkapan
yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.

Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan
tenaga keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu
bahan api kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan
tenaga bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk
meningkatkan teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan
pemanduan (menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak
perjalanan per kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.

Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada
penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan
yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan
seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri ialah
program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.

Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan
aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat
mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik
dan sesuai.

FIZIK 9
Kesimpulan

Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan
sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil),
peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian
maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di
sekolah) ataupun secara tidak formal.

Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga iaitu
Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara
dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan
kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang
dijalankan ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi
kelengkapan elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap
tenaga, kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran
terhadap pengguna melalui amalan penjimatan tenaga.

10 FIZIK
SEKTOR PENGURUSAN
SISA DAN AIR SISA
Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Suffian Yusoff
Timbalan Ketua
Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan
penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan prasarana
dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian sisa
menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan iklim
dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif industri
dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa membuka
peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal
dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan
dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah
pengurangan pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan,
pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia.
Malah, amalan tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam
usaha mencegah pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.

Contoh

Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula dan
diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan
GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan
menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh
Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran
sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna
biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api
fosil dan pelepasan GHG.

Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan,
sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang
terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan
berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian
organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar
dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi
pengkomposan seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam
bejana merupakan kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.

FIZIK 11
Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui proses
penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga. Bahan yang
sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar kumbahan, sisa
pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan untuk kegunaan
dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan pada skala kecil di
rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu atau
insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk
menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden
yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan
mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut
lesap (leachate) dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan
seperti rotary kiln, stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan
ini adalah haba yang panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.

Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa
makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai
contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan air
sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber dan
kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan
langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat
daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.

Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber
perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini
mampu mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan
penggunaan pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk
mengurangkan beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa
kebanyakannya terdiri daripada pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk
menyingkirkan bahan cemar seperti bahan organik dan nutrien daripada air.

Kesimpulan

Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh
membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar.
Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap lapisan
masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa. Oleh itu
pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah
dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan
seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan
dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.

12 FIZIK
SEKTOR BANGUNAN
Oleh:
Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd Shafiei
Pengarah
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

Pengenalan

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC,
2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan
19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan
tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak
dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050
sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi ke
bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah faktor-
faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi perubahan
ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan dan tindakan
yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.

Contoh

Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;
(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal
bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan
(6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam
bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya
dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan
semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator)
bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital,
penggunaan meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan
elektrik semasa waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.

Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga
boleh dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya
sekadar pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan.
Penggunaan kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan
penjimatan pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya
kesemua pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk
mereka bentuk bangunan daripada peringkat awal projek.

FIZIK 13
Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam
pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan
baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali
ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan
sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang
dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang
menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan
tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga,
pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar
penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.

Kesimpulan

Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG
yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah
dalam menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh
diambil ialah dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya
pihak kerajaan boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan.
Contohnya, dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada
industri binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu
membuat perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu
kaedah ialah menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan
guna tenaga dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian,
usaha untuk mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap
tenaga dan penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka
dengan aktiviti ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada
bangunan dapat dicapai.

14 FIZIK
SEKTOR PENGANGKUTAN
Oleh:
Prof Madya Dr Soib bin Taib
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim


dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75%
daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini
semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan
ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.
Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan
pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu,
penjenamaan Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan
memberi kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan
melibatkan kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan
supaya lebih selamat dan selesa.

Contoh

Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:

i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan
kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases,
GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.

ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos
yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan
penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.

iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang


menyediakan infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi
kumpulan warga emas dan pelajar.

iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini


menyumbang hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini
menggunakan diesel dan elektrik atau bateri.

v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau
kenderaan elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.

vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan


salah satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya
menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan.
Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama,
maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.

FIZIK 15
vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan
teknologi pembakaran terkini.

Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau

Kelebihan Pengangkutan Hijau

Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan


ekonomik dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi
penggunaan Pengangkutan Hijau:

i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada
kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan
hijau adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.
ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat
meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh
basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran
udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu,
kurangnya kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan
raya lebih selamat.
iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk
kenderaan hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.
iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak
dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.

16 FIZIK
Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini
telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau ( Green House Gases, GHG) melalui
aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain,
contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan
berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini
kerana kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu
mengekalkan keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai
penggunaan Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.

FIZIK 17
PANDUAN MENGGUNAKAN
MODUL AKTIVITI MURID

18 FIZIK
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL AKTIVITI MURID
Pengenalan

Bahagian pengenalan Modul Aktiviti Murid telah memberikan maklumat tentang Teknologi
Hijau (TH). Murid perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat
menggunakan modul ini dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi
Hijau juga diterangkan untuk membantu murid memahami dengan jelas kepentingan
Teknologi Hijau untuk disebar luas kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk
memahami dan mempunyai kesedaran tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu,
terdapat sedikit penerangan daripada pakar tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu
diguna pakai dan sesuai dengan konsep yang diajar dalam mata pelajaran Fizik. Modul
Aktiviti Murid Teknologi Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau
merentasi mata pelajaran Fizik. Bagi setiap mata pelajaran, konsep yang telah dipilih
daripada sukatan pelajaran adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk
diintegrasikan dengan sektor Teknologi Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).

Modul Aktiviti Murid yang disediakan ini bertujuan untuk murid menjadi murid yang aktif dan
terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Murid juga akan memperoleh kemahiran belajar abad
ke-21 melalui modul aktiviti ini. Kebanyakan kaedah menggunakan Pembelajaran Berasaskan
Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat dan
perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Modul Aktiviti Murid ditulis dalam format yang tertentu.
Berikut merupakan penerangan tentang format bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.

• Objektif
Menyatakan objektif aktiviti yang akan dilaksanakan serta menunjukkan perkaitan
dengan sektor TH yang bersesuaian.

• Latar Belakang
Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta menerangkan
perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan dalam Jadual IPCC
(2014). Bahagian ini juga menyatakan sektor TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan
dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut
juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual
IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor dan kategori TH yang terletak di
bawah sektor berkenaan. Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang
terletak di bawah sektor ini ialah Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh
Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan
Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan
masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Glosari
Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru
disertakan bertujuan memberikan kefahaman dan penjelasan ringkas untuk
kefahaman murid bagi TH yang berkaitan dalam setiap aktiviti.

• Bahan dan Peralatan


Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi menjalankan
aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas menggunakan
bahan atau peralatan lain mengikut kreativiti murid.

FIZIK 19
• Kaedah
Kaedah yang diikuti oleh murid ialah mengikut Pembelajaran Berasaskan Projek/
Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat
dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Kaedah sebegini yang memerlukan
murid untuk menghasilkan produk akan mengambil tempoh masa yang panjang.

Guru akan membimbing murid dalam proses pembelajaran sepanjang tempoh masa
yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Semasa menjalankan aktiviti murid perlu
bekerja sebagai satu kumpulan. Murid harus sedar aktiviti seperti ini memerlukan
mereka untuk bekerjasama secara kolaboratif dalam mencari maklumat terutama
melalui laman sesawang di internet dan lain-lain sumber rujukan serta berbincang
untuk menghasilkan produk. Produk yang dihasilkan perlu menunjukkan kreativiti
murid.

• Pemerhatian
Bahagian ini menyenaraikan arahan atau soalan yang mengarah murid
melakukan pemerhatian bagi setiap aktiviti yang murid lakukan. Murid perlu
berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian.

• Soalan Perbincangan
Senarai soalan perbincangan diberikan supaya murid dapat berbincang dalam
kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) ini bertujuan membantu murid berfikir dengan lebih kritis. Soalan-soalan
tersebut bertujuan menguji kefahaman murid tentang konsep Fizik dan konsep TH
yang diintegrasikan dalam aktiviti berkenaan.

• Kesimpulan
Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan
perlu mengaitkan konsep Fizik dengan TH yang telah diaplikasikan.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti supaya murid
mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang
tertentu. Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat mereka
ke arah TH dan Fizik.

• Sumber Rujukan
Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid.
Rujukan diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid mencari maklumat
dan membuat rujukan lanjut di laman sesawang bagi aktiviti yang spesifik.

20 FIZIK
REPORT OF
INTERGOVERNMENTAL PANEL
ON CLIMATE CHANGE (IPCC)
2014

Cambridge University Press


32 Avenue of the Americas
New York
United States of America
www.cambridge.org

FIZIK 21
REPORT OF THE INTERGOVERNMENTAL PANEL ON
22 FIZIK

CLIMATE CHANGE (IPCC, 2014)


(*Adapted from IPCC report)

ENERGY SUPPLY

SECTOR ENERGY SUPPLY


CATEGORY FOSSIL ENERGY NUCLEAR ENERGY RENEWABLE
Coal and Peat Nuclear Waste Management Hydroelectricity
- Fuel repository
Gaseous Fuel - Improving proliferation Wind
resistance
Petroleum Fuels Biomass and Bioenergy
Uranium Exploration, Extraction and Refining
Unconventional Oil - reprocessing the spent fuel Geothermal
and extracting the unused
uranium Solar Thermal Electric

Nuclear Fusion Solar Photovoltaic


- fusion of heavy hydrogen fuel
- fusion-power production Solar Heating and Cooling

Ocean Energy

Biofuels

Hydrogen and Fuel Cells

Thermoelectric Generators
WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT

SECTOR WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT


PREVENTION AND SEPARATION AND COLLECTION AND TREATMENT AND ULTIMATE DISPOSAL AND WASTEWATER
CATEGORY
MINIMIZATION RECYCLING TRANSFER PROCESSING LANDFILL TREATMENT
- Food waste - Waste Collection method Physical treatment - Landfill mining - Utilization of sludge in
prevention segregation - Mechanical - Minimization of - Methane gas industrial and
- Hotel waste and semi- volume and weight. bioreactor agricultural.
prevention - Waste mechanical. - Alteration - Volatile fatty - Biogas production
- Paper waste recycling of waste form and acids extraction from sludge
minimization Scheduling and Routing shape from landfill
- Cleaner - E-waste - Waste to animal food leachate
production - Minimization - Landfill leachate
- Alternatives of collection Thermal Process treatment
practices for and transfer - Waste to energy methods.
plastic film/ time
Styrofoam - Minimization Biological Process
container of fuel - Waste to energy
consumption - Waste to fertilizer
- Utilization of - Biogas production
biofuel. - Bioethanol
production
- Bio-hydrogen
production

WASTE
INCINERATION AND WASTE REDUCTION,
MANAGEMENT AND CH4 MANAGEMENT OTHER THERMAL RE-USE AND WASTEWATER AND
CATEGORY GHG- AT LANDFILLS BIOLOGICAL TREATMENT
MITIGATION PROCESSES RECYCLING SLUDGE TREATMENT
TECHNOLOGIES
-Controlled landfilling - Industrial - Composting -Waste minimization
a) landfill gas co-combustion - Anaerobic Digestion
recovery -Fluidized bed technology - MBT (Mechanical
b) without landfill Biological Treatment)
gas recovery

- Optimization
microbial
methane
FIZIK

oxidation in
landfills cover soil
(biocovers)
23
24 FIZIK

TRANSPORT

SECTOR TRANSPORT
CATEGORY ROAD TRANSPORT RAIL AVIATION SHIPPING
Reducing Vehicles Load Reducing Aerodynamic Technology Developments Applying Current Energy-Saving
-Use lightweight materials Resistance Strategies
-Apply aerodynamic Engine Developments
improvement Reducing Train Weight Load Optimization
-Mobile air conditioning (MAC) system Aircraft Developments
Regenerative Braking Maintenance
Improving Drive Train Efficiency Alternative Fuels for Aviation
-Advanced direct injection Higher Efficiency
- Gasoline / Diesel engines and Propulsion System Aviation Potential Practices
transmission
-Hybrid drive trains Lower Flight Speeds

Alternative Fuels
-Biofuels
-Natural Gas (CNG / LNG / GTL)
-Hydrogen / fuel cells
-Electric vehicles

Well-to-Wheels Analysis of
Technical Mitigation Options
a) Road transport:
mode shifts
-Public transport
-Non-motorized
transport (NMT)

Eco-Driving Practices
BUILDINGS

SECTOR BUILDINGS
HEATING, HOUSEHOLD
ACTIVE
INDOOR VENTILATION APPLIANCES,
COOLING BUILDING COLLECTION
ENVIRONMENTAL AND AIR CONSUMER
THERMAL AND ENERGY AND DOMESTIC LIGHTING
CATEGORY QUALITY CONDITIONING DAYLIGHTING ELECTRONICS
ENVELOPE COOLING MANAGEMENT TRANSFORMATION WATER SYSTEMS
(IEQ) (HVAC) AND OFFICE
LOADS SYSTEMS OF RENEWABLE
SYSTEMS EQUIPMENT
ENERGY

Water High Use of Natural Standby and Low


Insulation Air Quality Reducing the Alternative Commissioning Building-Integrated Saving Efficiency Lighting Power Mode
Cooling Load HVAC PV (BiPV) Fixtures Electric
Windows Comfortable Systems in Operation, Lighting Efficiency of
Humidity Passive and Commercial Maintenance and Solar Thermal Water Biomass Stoves
Air Leakage Low-Energy Buildings Performance Energy for Heating Efficient
Temperature Cooling -Radiant chilled -Cogeneration and Hot Water Washing Improved
Techniques ceiling cooling and District Machine Access to Clean
-Natural -Displacement Heating/ Landscape Cooking Fuels
and ventilation Cooling -solar garden Insulated
night-time Water Solar Cookers
ventilation Wind Energy Heaters
-Evaporative Small Electric
cooling Air-source Cooking
-Passive or Equipment
cooling Exhaust-air
techniques Heat Pumps

Air Solar
Conditioners Thermal
and Vapor Water
Compression Heaters
Chillers
Water
Recycling

Rainwater
Harvesting

CATEGORY MATERIALS

Use of Green Materials


FIZIK

Volatile Organic Compound (VOC) Paints

Renewable Raw Materials


25
26 FIZIK

AGRICULTURE AND FORESTRY

SECTOR AGRICULTURE AND FORESTRY


GRAZING LAND MANAGEMENT AND MANAGEMENT OF ORGANIC/PEATY
CATEGORY CROPLAND MANAGEMENT FORESTRY
PASTURE IMPROVEMENT SOILS
Improved Agronomic Practices Grazing Intensity Restoration of Degraded Lands Reducing Deforestation
and Degradation
Nutrient Management Increased Productivity Livestock Management
Afforestation/Reforestation
Tillage/Residue Management Nutrient Management - Improved feeding practices
- Specific agents and dietary Forest Management to
Water Management Fire Management additives Increase Stand and
- Longer-term management Landscape-Level Carbon
Rice Management Species Introduction changes and animal breeding Density

Agro-Forestry Increasing Off-Site Carbon


Manure Management Stocks in Wood Products and
Land Cover (use) change Enhancing Product and
Bioenergy Fuel Substitution

- Residues from agriculture


- Dedicated energy crops
INDUSTRY

SECTOR INDUSTRY
ENERGY FUEL POWER MATERIAL CARBON
CATEGORY RENEWABLES
EFFICIENCY SWITCHING RECOVERY EFFICIENCY SEQUESTRATION
Energy Management Coal to Natural Cogeneration Biomass Recycling Oxy-Fuel
Systems Gas and Oil Combustion
Pre-Coupled Gas Biogas High Strength
Efficient Motor Waste Fuels Turbine Steel CO2 Separation
Systems Wind Turbines from Flue Gas
Biogas Pressure Recovery Reduction Process
Lighting and Turbine Hydropower Losses Hydrogen
HVAC Biomass Reduction
Hydrogen Recovery Biofuels Thinner Film and
Shoe Press Landfill Gas Coating Oxygen Use in
Anaerobic Digestion Solar Drying Blast Furnaces
Efficient Drying Increased Efficiency
Gasification Solar Cooling Transport Sector Application to
Refinery Gas Ammonia,
Waste Energy Solar Re-usable Containers Ethylene Oxide
Recovery Process Processes
Heat Closed Water Use
O2 Combustion in Kiln
Heat pumps
O2 Combustion
FIZIK
27
APUNGAN MESRA ALAM

28 FIZIK
AKTIVITI 1

Objektif

i. Mengaitkan konsep daya dan tekanan untuk penggunaan semula sisa pepejal dalam
pembinaan rakit.
ii. Menghuraikan aplikasi konsep ketumpatan dalam mengapungkan rakit daripada
penggunaan semula sisa pepejal.
iii. Menilai sisa pepejal yang sesuai untuk diguna semula dalam pembinaan rakit bagi
mengurangkan bahan sisa.
iv. Menganalisis prinsip rekaan rakit dalam penjimatan bahan api bagi menggerakkan rakit.
v. Mereka bentuk model rakit dengan ciri Teknologi Hijau (TH) dalam usaha mengurangkan
sisa pepejal dan menjimatkan bahan api.

Latar Belakang

Kenderaan pengangkutan air seperti kapal, bot dan sampan memerlukan kos yang mahal untuk
pembinaan dan memerlukan bahan api. Bagi mengurangkan kos pembinaan kenderaan tersebut,
sumber yang lebih murah perlu difikirkan. Berdasarkan masalah pelupusan sampah dan sisa
pepejal yang dihadapi di negara ini, pembinaan rakit mesra alam yang mengaplikasikan konsep TH
boleh dipertimbangkan sebagai alternatif penyelesaian masalah yang dihadapi.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula
Sisa boleh membantu mengurangkan masalah pelupusan sampah. Penggunaan semula sisa pepejal
daripada bahan buangan domestik dan industri seperti botol plastik, kayu, besi, polistirena, membantu
dalam pembinaan rakit. Selain itu, Sektor Pengangkutan melalui Aplikasi Strategi Jimat Tenaga Semasa
dapat diaplikasikan dalam mereka bentuk rakit tanpa enjin dan tidak menggunakan bahan api. Konsep
ini dapat membantu menjimatkan sumber bahan api seperti petrol dan diesel.

Glosari

Aplikasi Strategi Jimat Tenaga Semasa – Aplikasi dalam menjimatkan bahan api seperti diesel
dan petrol dalam sistem pengangkutan.

Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula Sisa – Penggunaan semula sisa pepejal
domestik atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Sektor Pengangkutan – Mengguna pakai TH dalam membantu pergerakan manusia atau


pemindahan barangan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

FIZIK 29
Bahan dan Peralatan

i. Botol plastik sama saiz dan bentuk (dengan penutup)


ii. Botol plastik berbeza saiz dan bentuk (dengan penutup)
iii. Papan polistirena
iv. Tali pengikat
v. Gam
vi. Gunting atau pisau (cutter)
vii. Pita pengukur
viii. Kayu, buluh atau pelepah kelapa

(kuantiti bahan dan peralatan diperlukan bergantung kepada reka bentuk rakit yang akan dibina)

Kaedah

i. Permulaan
• Perhati dan analisis gambar berkaitan tapak pelupusan sampah (Gambar 1) dan gambar
berkaitan sistem pengangkutan air (Gambar 2).

Gambar 1
Masalah longgokan sampah

Gambar 2
Contoh pengangkutan air

• Berdasarkan pemerhatian dan penganalisisan anda, bincangkan soalan-soalan


berikut: o Bagaimanakah sampah yang banyak dapat dikurangkan?
o Bagaimanakah cara menjimatkan kos pelupusan sampah?
o Apakah alternatif lain untuk menyeberangi sungai?
o Bagaimanakah reka bentuk pengangkutan air yang sesuai dengan kos yang murah?

30 FIZIK
ii. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-5 orang.
• Lantik ketua kumpulan dan pencatat serta bekerjasama dalam kumpulan.
• Beri perhatian terhadap penerangan guru tentang projek yang akan dilaksanakan.

iii. Pelan Projek


• Kumpulan anda perlu:
o Memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa diperuntukkan,
keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
o Merancang agihan tugas, langkah dan proses menyiapkan projek.
o Merangsang minda (brain storming) dengan mencari beberapa contoh reka bentuk
rakit.
o Membandingkan kelebihan dan kekurangan setiap cadangan rakit.
o Mengambil keputusan reka bentuk rakit yang sesuai untuk dibina.
o Menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Kumpulan anda perlu:
o Berbincang untuk membina model rakit berdasarkan reka bentuk yang
dipilih. o Melakar rakit yang akan dibina dengan lebih spesifik.
o Menyenarai dan menyediakan secukupnya bahan dan peralatan yang diperlukan.
o Menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk membina model rakit.
o Bekerjasama membina model rakit.
o Menguji keupayaan model rakit di kolam, tasik atau sungai dengan prosedur
yang selamat (perlu dilaksanakan dengan kehadiran guru).

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Kumpulan anda perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Buat pembentangan projek yang dihasilkan secara kreatif.

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian semasa menguji keupayaan rakit, jawab soalan berikut:

i. Nyatakan konsep Fizik yang terlibat dalam mengapungkan rakit.


ii. Jelaskan susunan botol yang sesuai supaya rakit stabil.
iii. Huraikan masalah yang dihadapi dalam pembinaan rakit.
iv. Cadangkan cara menggerakkan rakit yang lebih sesuai.

FIZIK 31
Soalan Perbincangan

i. Apakah faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan untuk membina rakit?
ii. Sekiranya rakit yang sama diletak dalam beberapa buah sungai yang berbeza, apakah yang
akan terjadi? Jelaskan.
iii. Selain daripada botol plastik, apakah sisa pepejal lain yang sesuai untuk digunakan dalam
pembinaan rakit? Berikan alasan kepada cadangan anda.
iv. Beri kaedah lain dalam menggerakkan rakit dengan mengambil kira usaha menjimatkan
bahan api.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep daya
dan tekanan dalam bendalir. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH yang digunakan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Juruanalisis Bahan
• Jurutera Pengangkutan
• Usahawan (Bidang Pelancongan)

Sumber Rujukan

i. Bottle up: The making of a Water Mattress, Kayak, Raft from Plastic
Bottles http://www.whatimade.today/bottled-up/
ii. Build a Milk Jug Raft
http://www.instructables.com/id/Build-a-Milk-Jug-Raft/
iii. Eco Raft : Making a Boat from Plastic Bottles
https://www.youtube.com/watch?v=oI6DkmlQGig
iv. Kreatif! Lelaki Fiji ini buat perahu dari 600 botol plastik
http://www.rumahku.com/artikel/read/kreatif-lelaki-fiji-ini-buat-perahu-dari-600-
botol-plastik-bekas-40250
v. Running Man Episode 187
http://kkshowonline.tumblr.com/post/96366352941/running-man-ep-187-english-sub
vi. Water Bottle Boat
https://www.youtube.com/watch?v=9pJafRrsbQM

32 FIZIK
KEINDAHAN TERMA
DALAM KEHIDUPAN HIJAU

FIZIK 33
AKTIVITI 2

Objektif

i. Membina model eko-termos dengan menggunakan bahan kitar semula dan guna
semula yang tidak mencemarkan alam sekitar.
ii. Menentukan model eko-termos yang lebih sesuai mengekalkan keseimbangan terma haba.

Latar Belakang

Eko-termos dibina melalui kaedah Kitar Semula dan Bekas Guna Semula dalam Sektor Industri
serta melalui Kitar Semula Sisa dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Penggunaan bahan
polimer seperti polistirena sebagai bahan utama termos boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar apabila dilupuskan. Malah, bahan tersebut membebaskan gas beracun yang akan
menyebabkan kesan rumah hijau serta meningkatkan masalah pemanasan global. Sehubungan
dengan itu, pembinaan eko-termos ini amat sesuai untuk mengatasi masalah tersebut sementara
konsep keseimbangan terma masih dikekalkan. Termos yang menggunakan kapas dan kertas
boleh mengekalkan suhu air panas lebih lama dan juga selamat kepada persekitaran kerana
berasaskan bahan semula jadi yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Penggunaan botol minuman plastik dan tin minuman pula sesuai kerana merupakan bahan yang
boleh dikitar dan diguna semula serta mudah diperolehi. Bahan-bahan tersebut juga membantu
mengurangkan masalah pelupusan sisa yang mencemarkan alam sekitar. Penggunaan semula
sisa pepejal dari bahan buangan domestik dan industri seperti botol minuman plastik, tin minuman
dan kertas membantu dalam melestarikan alam sekitar semasa pembinaan eko-termos.

Glosari

Aliran Haba Bersih – Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih
pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.

Bekas Guna Semula – Suatu bekas yang terpakai atau bekas yang telah digunakan selepas
melalui rawatan atau proses tertentu.

Keseimbangan Terma – Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga haba
boleh berpindah di antara kedua-dua objek itu. Keseimbangan terma akan tercapai apabila suhu
bagi kedua-dua objek menjadi sama.

Kitar Semula – Proses mengolah bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Kitar Semula Sisa – Mengitar semula bahan sisa seperti kertas, plastik, tin minuman dan lain-lain
diolah menjadi bahan yang berpotensi untuk digunakan semula.

Termos – Alat bantu komponen yang mempunyai fungsi untuk menyimpan air dan juga menjaga
suhu air agar tetap.

Termometer – Alat yang digunakan untuk mengukur suhu benda dengan tepat dan
menyatakannya dengan angka.

34 FIZIK
Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Polistirena – Sejenis polimer putih yang digunakan sebagai bahan pembungkusan dan lain-lain.

Sektor Industri – Mengguna pakai TH dalam penggunaan bahan kitar semula yang
mengurangkan pencemaran persekitaran.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Polistirena (berbentuk silinder, panjang 15 cm x diameter 7 cm)


ii. 1 naskah Kertas surat khabar
iii. 1 gulung Kapas
iv. 3 unit Gam UHU
v. 1 unit Pita pelekat (Masking tape)
vi. 4 Tin minuman aluminium
vii. 4 botol Minuman plastik (bersaiz 1.5 L)
viii. 1 unit Pisau pemotong (Cutter)
ix. 1 unit Papan pemotong
x. 4 unit Termometer makmal
xi. 1 unit Jam randik
xii. 1 L Air panas
xiii. 4 unit Corong turas

Kaedah

i. Permulaan
• Perhatikan video yang ditayangkan oleh guru.
• Berdasarkan pemerhatian anda jawab soalan yang dikemukakan oleh guru anda.
o Bagaimanakah masalah lambakan polistirena dapat diatasi?
o Cadangkan bahan lain yang sesuai menggantikan penggunaan polistirena dalam
kehidupan seharian.
o Apakah yang akan berlaku kepada alam sekitar apabila pembakaran atau pelupusan
bahan pepejal seperti polistirena terjadi? Jelaskan.
o Bagaimanakah penggunaan bahan kitar semula dan guna semula dapat
mengurangkan kesan rumah hijau?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda dikehendaki membentuk kumpulan terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.
• Anda perlu melantik ketua kumpulan dan pencatat serta bekerjasama dalam kumpulan.

FIZIK 35
iii. Pelan Projek
• Dalam kumpulan anda, senaraikan pembahagian tugas dan bincangkan langkah-langkah
yang akan diambil untuk menjalankan aktiviti ini.
• Anda dikehendaki memahami dan mendalami projek seperi tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Fikirkan beberapa contoh reka bentuk dan lakarkan termos yang akan dibina.
• Bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rekaan termos yang dicadangkan.
• Pilih reka bentuk termos yang sesuai untuk dibina berdasarkan bahan dan peralatan
yang disediakan.
• Hasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Laksanakan aktiviti mengikut pelan projek.
• Bina beberapa buah eko-termos yang menggunakan bahan kitar semula yang
disediakan mengikut kreativiti anda.
• Lakarkan dan labelkan rajah termos yang dibina dengan lebih spesifik.
• Senaraikan dan sediakan bahan serta peralatan mengikut kuantiti yang diperlukan.
• Uji keberkesanan setiap termos anda dengan memasukkan air panas ke dalam termos
yang telah siap dibina.
• Perhati dan rekodkan bacaan awal suhu air panas menggunakan termometer di
dalam jadual. Rekodkan bacaan suhu air setiap sela masa 5 minit sehingga 20 minit bagi
setiap termos.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Kumpulan anda perlu menyediakan satu laporan projek berdasarkan maklumat
berikut: o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Bentangkan hasil projek anda mengikut kreativiti masing-masing.

Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan suhu air panas dalam setiap termos.


ii. Catat pemerhatian di dalam jadual yang anda bina sendiri.

Soalan Perbincangan

i. Lukiskan graf berdasarkan pada keputusan dalam jadual yang dibina.


ii. Berdasarkan graf, bandingkan jenis termos yang dapat mengekalkan haba yang lebih lama.
Jelaskan.
iii. Adakah termos kapas sesuai untuk menguji keseimbangan terma? Jelaskan.
iv. Terangkan kelebihan bahan semula jadi yang digunakan sebagai bahan utama dalam
pembinaan eko-termos.
v. Cadangkan bahan kitar semula lain yang sesuai dijadikan bahan utama binaan termos.
vi. Bagaimanakah aktiviti yang anda lakukan dapat memberi sumbangan kepada TH?

36 FIZIK
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep
keseimbangan haba selepas pembinaan eko-termos. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH
dan kategori yang digunakan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik


• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan

Sumber Rujukan

i. How to Make a Thermos.


http://www.wikihow.com/Make-a-Thermos
ii. Lim Pheng Chew, Lim Ching Chai. (2012). Nexus SPM A+ Physics. Sasbadi Sdn Bhd.
iii. Orange Gloves. (2015). How to make a … thermos bottle?!. Nov 18,
2015, https://www.youtube.com/watch?v=oHD9SeSFidE
iv. Prasanna Datar. (2014). PET Bottle Crushing for recycling. Jan 24, 2014,
https://www.youtube.com/watch?v=DIOKYEDGNcw
v. Smart Channel. (2015). How to make a Thermos. Feb 25,
2015, https://www.youtube.com/watch?v=ZaODjpkuXlg
vi. Thermal Wrap: Turbo Charge your Green Building.
http://earthship.com/thermal-wrap-turbo-charge-your-green-building
vii. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad. (2011). Buku Teks Fizik Tingkatan 4. Selangor. Danalis
Distributors Sdn Bhd.
viii. Wscusa. (2007). Polystyrene recycling, Styrofoam recycling. July 20,
2007, https://www.youtube.com/watch?v=hvHuX32_--g

FIZIK 37
AKTIVITI 3

Objektif

Membina model termometer ringkas daripada campuran etanol dan air yang tidak mencemarkan
alam sekitar dan lebih selamat berbanding raksa (merkuri).

Latar Belakang

Termometer ringkas daripada bahan guna semula dan kitar semula dibina melalui Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa dengan kaedah Kitar Semula Sisa. Bahan seperti etanol menjadi media pengukur
yang merupakan alternatif bagi menggantikan penggunaan raksa (merkuri) dengan fungsi yang sama.
Ini kerana etanol tidak beracun dan bahan ini mudah didapati di pasaran. Botol plastik dan penyedut
minuman digunakan semula sebagai binaan utama termometer ringkas. Skala dilabelkan pada botol
plastik agar menyerupai binaan termometer raksa (merkuri). Termometer ringkas ini sesuai dibina di
sekolah kerana lebih selamat, lebih murah dan mudah diperolehi di dalam makmal, di samping tidak
mencemarkan alam sekitar berbanding penggunaan termometer raksa (merkuri).

Glosari

Keseimbangan Terma - Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga haba
boleh berpindah di antara kedua-dua objek itu. Keseimbangan terma akan tercapai apabila suhu
bagi kedua-dua objek menjadi sama.

Kitar Semula Sisa – Mengitar semula bahan sisa seperti kertas, plastik, tin minuman dan lain-lain
diolah menjadi bahan yang berpotensi untuk digunakan semula.

Rubbing Alcohol – Sejenis alkohol iaitu etanol berasaskan cecair yang juga dikenali sebagai spirit,
kebiasaannya digunakan sebagai antiseptik.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

38 FIZIK
Bahan dan Peralatan

i. 40 ml Etanol (rubbing alcohol)


ii. 1 kotak Plastisin (modeling clay)
iii. 20 ml Air suling
iv. 1 unit Pewarna makanan (warna merah)
v. 2 batang Penyedut minuman jernih (straw)
vi. 2 botol Minuman plastik (200 ml)
vii. 1 batang Pen marker
viii. 1 unit Termometer makmal
ix. 2 unit Bikar 600 ml
x. 500 ml Air panas
xi. 500 g Ais
xii. 1 unit Penitis (dropper)

Kaedah

i. Permulaan
• Perhatikan video yang ditayangkan oleh guru.
• Berdasarkan pemerhatian anda jawab soalan yang dikemukakan oleh guru anda.
o Apakah cara yang sesuai untuk menguruskan sisa plastik seperti botol minuman
supaya tidak mencemarkan persekitaran?
o Jelaskan kesan-kesan pembakaran sisa plastik kepada alam sekitar.
o Pada pendapat anda, apakah kesan negatif penggunaan merkuri kepada
persekitaran?
o Adakah penggunaan botol minuman plastik sesuai untuk dijadikan bahan utama
membina termometer ringkas? Jelaskan.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.
• Anda perlu melantik ketua kumpulan dan pencatat serta bekerjasama dalam kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Dalam kumpulan anda, senaraikan pembahagian tugas dan bincangkan langkah-langkah
yang akan diambil untuk menjalankan aktiviti ini.
• Anda dikehendaki memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Fikirkan beberapa contoh reka bentuk dan lakarkan termometer ringkas yang akan
dibina.
• Bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap termometer ringkas yang dicadangkan.
• Pilih reka bentuk termometer ringkas yang sesuai untuk dibina berdasarkan bahan dan
peralatan yang disediakan.
• Hasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Laksanakan aktiviti mengikut pelan projek.
• Bina beberapa termometer ringkas yang menggunakan bahan kitar semula yang
disediakan mengikut kreativiti anda.
• Lakarkan dan labelkan rajah termometer ringkas yang dibina dengan lebih spesifik.
• Senaraikan dan sediakan bahan serta peralatan mengikut kuantiti yang diperlukan.
• Uji keberkesanan termometer ringkas anda dengan memasukkan termometer ringkas
anda ke dalam air panas dan ais.
• Perhati dan rekodkan bacaan paras kenaikan etanol dalam termometer ringkas yang
dibina di dalam jadual yang anda bina sendiri.
FIZIK 39
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Kumpulan anda perlu menyediakan satu laporan projek berdasarkan format
berikut: o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Bentangkan hasil projek anda mengikut kreativiti masing-masing.

Pemerhatian

i. Perhatikan paras cecair merah selepas dimasukkan ke dalam bikar berisi air panas dan ais.
Catat bacaan paras cecair merah tersebut dalam jadual yang anda bina.
ii. Seterusnya, perhatikan dan catat juga bacaan suhu air panas dan ais menggunakan
termometer makmal.

Langkah berjaga-jaga:

Selepas selesai aktiviti, cecair merah (larutan air dan etanol) perlu
dilupuskan dengan betul dan cuci botol dengan bersih.

Peringatan: Jangan minum campuran cecair itu.

Soalan Perbincangan

i. Termometer ringkas diletakkan ke dalam sebekas air panas untuk melihat pergerakan cecair
merah (larutan air dan etanol) di dalam penyedut minuman. Apakah yang akan berlaku
sekiranya termometer ringkas diletakkan ke dalam bekas berisi ais atau air sejuk?
ii. Termometer ringkas yang diletakkan ke dalam bekas berisi air panas akan menyebabkan
cecair merah (larutan air dan etanol) menjadi panas. Apakah yang berlaku dan jelaskan
mengapa?
iii. Nyatakan kelebihan termometer alkohol.
iv. Nyatakan kelebihan dan kelemahan penggunaan termometer raksa berbanding termometer
ringkas.
v. Merkuri merupakan sejenis bahan yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Jelaskan kesan merkuri kepada persekitaran dan kesihatan manusia.
vi. Bagaimanakah aktiviti yang anda lakukan dapat memberi sumbangan kepada TH?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep
kepelbagaian jenis termometer. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH dan kategori
yang digunakan.

40 FIZIK
Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik


• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi

Sumber Rujukan

i. Blog: Rahma-rosalina. (2014). Jenis-Jenis Termometer. Januari 21,


2014, http://rahma-rosalina.blogspot.my/2014/01/jenis-jenis-termometer.html
ii. FullTimeKid. (2014). How to Make a Bottle Thermometer | Full-Time Kid | PBS
Parents. https://www.youtube.com/watch?v=EbrVwQpgEmc
iii. Mike Calhoun. (2016). Homemade Thermometer Activity. April 25, 2016,
http://www.education.com/activity/article/make_a_homemade_thermometer_middle/
iv. Prasanna Datar. (2014). PET Bottle Crushing for recycling. Jan 24, 2014,
https://www.youtube.com/watch?v=DIOKYEDGNcw
v. Roman UrsuHack. (2016). % ideas with recycling plastic bottle #3. Jan 30,
2016, https://www.youtube.com/watch?v=rdKskTg-NIM
vi. Viking0312. (2011). How to build a thermometer- Ari and Josh. May 15,
2011, https://www.youtube.com/watch?v=-quaqGnNW9c
vii. Wscusa. (2007). Polystyrene recycling, Styrofoam recycling. July 20,
2007, https://www.youtube.com/watch?v=hvHuX32_--g

FIZIK 41
TENAGA SOLAR
DAN MATAHARIKU

42 FIZIK
AKTIVITI 4

Objektif

Mereka cipta dapur solar dengan menggunakan tenaga solar dan bahan kitar semula.

Latar Belakang

Dapur solar adalah alat yang menggunakan tenaga cahaya matahari untuk memasak makanan dan
minuman. Dapur ini dibina dalam bentuk parabolik agar cahaya matahari yang maksimum dapat
ditumpukan ke atas periuk. Bahagian bawah dapur solar sengaja dihitamkan bertujuan untuk
menyerap haba dengan lebih baik. Dapur ini juga mempunyai bahan penebat iaitu polistirena yang
berfungsi untuk mengelakkan kehilangan haba dengan banyak. Kaedah Pengurangan Sisa dalam
kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula serta kaedah Meminimumkan Sisa
Kertas dalam kategori Pencegahan dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
telah diaplikasikan dengan penggunaan bahan terpakai seperti kotak dan polistirena untuk
pembinaan dapur solar.

Projek ini merupakan salah satu platform untuk menggunakan tenaga alternatif dengan bijak dan
cekap dalam kehidupan seharian selain dapat memberi peluang kepada murid mengeluarkan idea
dalam mereka cipta inovasi dapur dengan menggunakan tenaga solar. Kaedah memasak
menggunakan tenaga solar boleh dilakukan dengan reka cipta dan inovasi. Dapur solar merupakan
dapur yang tidak menggunakan bahan api, tenaga elektrik, gas mahupun arang. Oleh itu, masalah
sumber tenaga dunia yang semakin berkurangan dan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan
dengan penggunaan dapur solar tersebut. Projek ini menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh
Baharu melalui kaedah Pemanasan dan Penyejukan Solar dalam kategori Tenaga Boleh Baharu
bagi Sektor Bekalan Tenaga.

Glosari

Haba – Satu bentuk tenaga. Tenaga ini terhasil disebabkan oleh pergerakan atom atau molekul
dan boleh dipindahkan daripada badan yang lain sebagai perubahan dalam fasa.

Pemanasan dan Penyejukan Solar – Menggunakan tenaga dari matahari untuk memanaskan
atau menyejukkan sesuatu permukaan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.

Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal
domestik atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

FIZIK 43
Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan tenaga ombak.

Bahan dan Peralatan

i. 1 gulung Kerajang aluminium (aluminium foil)


ii. 1 Pita pelekat (binding tape)
iii. 1 Kotak kertas (saiz kotak bergantung kepada reka bentuk dapur solar)
iv. 1 botol Spray hitam
v. 1 kg Batu yang dicat hitam
vi. 1 Mounting board
vii. 1 unit Besen
viii. 1 bekas Aluminium yang dicat hitam
ix. 1 unit Pisau pemotong kertas
x. 1 unit Gam panas (hot glue gun)
xi. 3 m Tali benang
xii 1 unit Termometer (digunakan semasa pengujian)

Kaedah

i. Permulaan
• Perhatikan video tentang tempat pelupusan sampah, terutamanya sisa kertas.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Berdasarkan video tersebut, jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
o Bagaimanakah kertas dibuat?
o Apakah sumber bahan untuk membuat kertas?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya pokok–pokok dalam dunia ini tiada?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya iklim kita berubah?
• Bincangkan soalan (sumbang saran) bagi membolehkan anda menjalankan projek.
o Adakah kita boleh memasak dengan menggunakan haba daripada cahaya
matahari? Berikan pendapat anda.
o Bagaimanakah caranya untuk mengumpulkan haba daripada matahari bagi tujuan
memasak? Jelaskan.
o Apakah konsep Fizik dan TH yang digunakan?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda perlu membentuk kumpulan dengan bilangan ahli yang ditetapkan.
• Pastikan anda membuat projek membina dapur solar secara berkumpulan.

iii. Pelan Projek


• Pastikan kumpulan anda merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek.
• Murid perlu menyediakan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Uji dapur solar yang dibina dengan meletakkannya di bawah cahaya matahari yang terik.
• Letakkan kuali atau periuk di bahagian dalam dapur untuk proses memasak.
• Pastikan kumpulan anda memasak telur atau nasi dengan menggunakan dapur solar di
bawah cahaya matahari yang terik dengan prosedur yang selamat. Catatkan masa
yang diambil untuk masakan siap dimasak.

44 FIZIK
v. Pembentangan Hasil Projek (Produk)
• Membentangkan hasil suhu pemanasan dapur solar.
• Menyediakan satu laporan projek mengikut format yang
ditetapkan: o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Membentangkan hasil projek dalam kelas tentang telur yang dimasak menggunakan
dapur solar.

Pemerhatian

Buat pemerhatian terhadap aktiviti memasak menggunakan dapur solar berpandukan soalan
berikut:

i. Perhatikan cahaya matahari yang terpantul daripada bilah sama ada menumpu kepada
bekas ataupun tidak.
ii. Nyatakan bagaimana cahaya menumpu.
iii. Catatkan perubahan suhu dengan mengambil bacaan suhu awal dan suhu akhir.
iv. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada beras atau telur yang dimasak.
v. Apakah perubahan tenaga yang berlaku?

Soalan Perbincangan

Bincangkan soalan berikut dalam kumpulan.

i. Mengapakah suhu akhir air lebih tinggi daripada suhu awal air?
ii. Bagaimana haba dapat memanaskan air di dalam tin?
iii. Adakah kaedah ini sesuai digunakan untuk menggantikan pemanas air yang menggunakan
elektrik?
iv. Apakah TH yang berkaitan dengan aktiviti ini? Jelaskan.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep pantulan
cahaya matahari. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH yang telah diaplikasikan.

FIZIK 45
Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik


• Saintis Bahan
• Jurutera Bahan
• Ahli Fizik
• Saintis Persekitaran

Sumber Rujukan

i. Build a Solar Cooker


http://solarcooking.org/plans/
ii. Dokumentari Pelupusan Sisa Pepejal
https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
iii. Double Angled Twelve Sided (DATS) Solar
Cooker http://solarcooking.org/plans/DATS.htm
iv. Solar Cooking Basics
http://www.solarcookers.org/involved/basics/
v. Solar Cooker International
http://www.solarcookers.org/index.php
vi. The Solar Funnel Cooker
http://solarcooking.org/plans/funnel.ht
m
vii. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad, Fizik Tingkatan 4, Selangor, Danalis Distributors Sdn Bhd.

46 FIZIK
AKTIVITI 5

Objektif

Membina lampu cahaya semula jadi yang boleh menghasilkan cahaya setara dengan lampu 55 watt.

Latar Belakang

Alfredo Moser adalah seorang ahli mekanik Brazil. Pada tahun 2002, Moser membuat lampu tanpa
elektrik, yang dikenali juga sebagai lampu air atau lampu botol. Tercetusnya idea tersebut sebenarnya
bertitik tolak daripada permasalahan untuk mencari penyelesaian keadaan bekalan elektrik yang
sentiasa terputus di kawasan pedalaman Brazil pada tahun 2002. Moser bercadang untuk membuat
pencahayaan dalam sebuah bilik yang gelap di waktu siang tanpa menggunakan elektrik.

Moser sudah menggunakan lampu sederhana itu sejak 2002 untuk menerangi ruangan rumahnya
(Gambar 3). Lampu buatannya itu sudah digunakan secara meluas di negara-negara di dunia
seperti 140 ribu buah rumah di Filipina serta 15 negara lain termasuk Argentina, India dan Fiji.

Gambar 3
Moser dengan lampu ciptaannya

Moser menggunakan sebuah botol plastik terpakai berukuran 1.5 L. Botol tersebut diisi air dan
akan membiaskan cahaya apabila cahaya matahari masuk ke dalam botol tersebut. Lampu botol
atau lampu air ini dapat menjadi alternatif untuk mendapatkan cahaya tanpa elektrik di siang hari.
Lampu cahaya semula jadi ini berfungsi membiaskan cahaya matahari yang masuk melalui lubang
di atap (Rajah 1). Cahaya yang dibiaskan oleh air dalam botol akan disebarkan ke seluruh ruangan.
Aktiviti ini telah mengaplikasi TH dalam kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar
Semula dan kategori Pencegahan dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
serta kategori Pencahayaan Siang bagi Sektor Bangunan.

FIZIK 47
Rajah 1
Pembiasan cahaya matahari

Glosari

Pencahayaan Siang – Pencahayaan semula jadi daripada cahaya matahari.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.

Penggunaan Cahaya Semula Jadi – Menggunakan cahaya secara efektif dalam reka bentuk
bangunan supaya dapat memaksimumkan visual dan mengurangkan penggunaan tenaga

Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal
domestik atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Bahan dan Peralatan

i. 1 botol Minuman soda terpakai


ii. 1 kepingan Atap zink (12 inci X 12 inci)
iii. 1 botol Cecair peluntur (Clorox)
iv. 1 botol Rubber sealant
v. 1.5 L Air paip
vi. 1 unit Sesiku L
vii. 1 unit Pemotong logam
viii. 1 keping Kertas pasir
ix. 1 unit Pen marker
x. 1 Kotak kertas (digunakan semasa pengujian)
xi. 4 unit rivet (untuk pemasangan atap rumah sahaja)
xii. 1 unit Drill machine (untuk pemasangan atap rumah sahaja)

48 FIZIK
Kaedah

i. Permulaan
• Tonton video tentang tempat pelupusan sampah terutamanya sisa plastik.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Berdasarkan video tersebut, jawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
o Bagaimanakah plastik dibuat?
o Apakah sumber bahan untuk membuat plastik?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya sisa plastik dibiarkan?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya sisa plastik tidak dilupuskan dengan
sempurna?
• Bincangkan soalan (sumbang saran) bagi membolehkan anda menjalankan projek.
o Adakah kita boleh menggunakan cahaya matahari untuk menggantikan mentol
elektrik? Berikan pendapat anda.
o Bagaimanakah untuk mengumpulkan cahaya dari matahari bagi tujuan menerangi
bilik? Jelaskan.
o Apakah konsep Fizik dan TH yang digunakan?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Pastikan anda membentuk kumpulan untuk membuat projek membina lampu cahaya
semula jadi.
• Jalankan aktiviti secara berkumpulan.

iii. Pelan Projek


• Pastikan anda menyenaraikan pembahagian tugas.
• Pastikan kumpulan anda merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek dan
tempoh masa yang ditetapkan.
• Sediakan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Murid


• Pastikan kumpulan anda membuat lampu cahaya semula jadi dengan cara yang
selamat.
• Pastikan kumpulan anda menguji lampu cahaya semula jadi yang dibina dengan
meletakkan lampu cahaya semula jadi masing–masing di bawah cahaya matahari yang
terik.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil dengan menunjukkan kecerahan lampu
cahaya semula jadi dalam kotak masing–masing.
• Sediakan satu laporan projek setiap kumpulan mengikut format yang ditetapkan.
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan

FIZIK 49
Pemerhatian

i. Perhatikan kecerahan lampu cahaya semula jadi dalam kawasan yang sesuai (Gambar 4).
ii. Bagaimanakah berlaku perbezaan kecerahan mentol ini?

Gambar 4
Perbezaan kecerahan lampu yang dihasilkan

Soalan Perbincangan

i. Terangkan mengapakan cecair peluntur dicampur bersama dengan air jernih?


ii. Bagaimanakah pembiasan boleh berlaku?
iii. Cadangkan cara lain untuk meningkatkan kecerahan lampu cahaya semula jadi.
iv. Apakah TH yang berkaitan dengan aktiviti ini?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep pantulan
cahaya matahari. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH yang digunakan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik


• Jurutera Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan

50 FIZIK
Sumber Rujukan

i. Brazilian Creates Light Bulb, Water, Bleach and Bottle


http://www.nydailynews.com/news/world/brazilian-mechanic-creates-light-
bulb-water-bleach-bottle-article-1.1427011
ii. How to Build a Solar Bottle Bulb http://www.instructables.com/id/How-
to-build-a-SOLAR-BOTTLE-BULB/
iii. Solar Water Bottle Bulbs
http://permaculturenews.org/2014/03/14/solar-water-bottle-bulbs/
iv. Solar Lights Made of Plastic Bottles and Water
http://cleantechnica.com/2011/08/01/solar-lights-made-of-plastic-bottles-water/
v. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad, Fizik Tingkatan 4, Selangor, Danalis Distributors Sdn Bhd.

FIZIK 51
IMPAK TEKANAN DALAM
KEHIDUPAN HIJAU

52 FIZIK
AKTIVITI 6

Objektif

Mereka cipta Kolam Mini Lestari menggunakan bahan terbuang dan Tenaga Boleh Baharu.

Latar Belakang

Taman Hijau yang mempunyai Kolam Mini Lestari boleh dibina untuk mencipta suasana taman
yang ceria dan harmoni. Kolam tersebut boleh direka dengan mengaplikasikan TH. Dalam aktiviti
ini, gabungan TH dan konsep Fizik diaplikasikan iaitu konsep perbezaan tekanan dalam cecair dan
tekanan atmosfera. Kolam Mini Lestari dibina dengan pam yang direka menggunakan bahan
terbuang dan menghidupkan motor dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu iaitu tenaga solar.
Kolam Mini Lestari dibina untuk meminimumkan sisa. Penggunaan semula air hujan di dalam
kolam dapat menggurangkan penggunaan air yang telah diproses. Tenaga Boleh Baharu iaitu
Tenaga Solar Fotovolta digunakan untuk menghidupkan motor pam. Konsep tekanan dalam cecair
dan tekanan atmosfera turut diaplikasikan.

Glosari

Kitar Semula Air – Penggunaan semula air bagi tujuan yang berbeza.

Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Penuaian Hujan / Rainwater Harvesting – Teknik yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan,
dan menggunakan air hujan untuk pengairan landskap dan kegunaan lain.

Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal domestik
atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Rawatan dan Pemprosesan – Rawatan ialah proses menjadikan sisa dan air sisa kepada bahan
yang spesifik dan boleh digunakan semula. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Solar Fotovolta – Kaedah untuk menjana kuasa elektrik dengan menggunakan sel solar.

Tekanan Atmosfera – Tekanan yang disebabkan oleh berat udara ke atas sesuatu objek.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

FIZIK 53
Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan tenaga ombak.

Bahan dan Peralatan

i. 4 keping Panel solar 1V, 80 mA


ii. 2 batang Penyedut minuman
iii. 1 unit Bekas krim dan penutup (saiz 3 cm)
iv. 1 unit Penutup balang
v. 1 unit Gam gajah
vi. 1 unit Motor-DC 3V–6V terpakai
vii. 1 unit Pisau (cutter)
viii. 1 unit Pita pelekat hitam (black tape)
ix. 2 unit Wayar penyambung
x. 1 unit Bekas plastik makanan
xi. 20 biji Batu (berlainan warna dan saiz)
xii. 1 set Tumbuhan hiasan
xiii. 1 set Jangka lukis
xiv. 1 set Alat tulis
xv. 1 unit Pemateri dan timah

Kaedah

i. Permulaan
• Perhatikan video tentang kolam air terjun dan pembinaan kolam.
https://www.youtube.com/watch?v=3Ejw7fX3kEE
• Berdasarkan pemerhatian dan penganalisisan anda, bincangkan soalan-soalan berikut:
o Bagaimanakah air hujan boleh diurus supaya bermanfaat dalam kehidupan seharian
kita?
o Bagaimanakah sebuah pam berfungsi dengan menggunakan konsep tekanan?
o Bagaimanakah menggunakan tenaga yang boleh baharu?
o Bagaimanakah tenaga elektrik boleh dijimatkan dalam sistem air terjun buatan?
o Apakah kaedah untuk membina kolam air dengan menggunakan sel solar?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang / kumpulan.
• Anda perlu melantik ketua kumpulan dan pencatat dan bekerjasama dalam kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Anda perlu memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Anda perlu merancang agihan tugas, langkah dan proses dalam menjalankan projek
yang dirancang.
• Anda perlu meransang minda (brain storming) dalam kumpulan anda dengan mencari
beberapa contoh reka bentuk pam bagi kolam air terjun mini.
• Anda perlu membuat pelan projek mengkaji pembinaan kolam air terjun mini
daripada bahan-bahan terbuang.
• Anda perlu membandingkan kelebihan dan kekurangan setiap cadangan kolam air terjun
mini.
• Anda perlu berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bekalan Tenaga dan Sektor Bangunan.
• Anda perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

54 FIZIK
iv. Tugasan Projek
• Anda perlu berbincang untuk membina kolam air terjun mini berdasarkan reka bentuk
yang dipilih.
• Anda perlu melakar kolam air terjun mini dan pam yang akan dibina dengan lebih
spesifik.
• Anda perlu menyenarai dan menyediakan secukupnya bahan dan peralatan yang
diperlukan berserta kuantitinya.
• Anda perlu menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk membina kolam air terjun
mini.
• Anda perlu bekerjasama membina kolam air terjun mini.
• Anda perlu mencuba keupayaan pam bagi kolam air terjun mini yang dibina di kawasan
sekolah.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Anda perlu menyediakan satu laporan projek dengan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Anda perlu membentangkan hasil projek dalam kelas secara berkumpulan.

Pemerhatian

Setiap kumpulan perlu membuat pemerhatian semasa menguji keupayaan pam Kolam Mini Lestari
berdasarkan soalan berikut:

i. Apakah konsep yang terlibat dalam pembinaan kolam air terjun mini?
ii. Bagaimanakah cara pemasangan yang sesuai supaya pam berfungsi dengan baik?
iii. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembinaan pam dan kolam air terjun mini?
iv. Bagaimanakah cara menggerakkan pam air yang lebih berkesan?

Soalan Perbincangan

i. Apakah faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan dalam pembinaan pam dan
kolam air terjun mini?
ii. Selain daripada bekas plastik, apakah sisa pepejal lain yang sesuai digunakan
untuk pembinaan kolam air terjun mini? Beri justifikasi kepada cadangan anda.
iii. Beri kaedah lain dalam pembinaan kolam air terjun mini dengan mengambil kira usaha
menjimatkan bahan api dan menghasilkan tekanan yang tinggi supaya dapat
menghasilkan air terjun yang deras.
iv. Bagaimanakah hasil projek ini dapat dikaitkan dengan TH?

FIZIK 55
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan konsep
tekanan dalam cecair dan tekanan atmosfera. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor-sektor dalam
TH.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Arkitek Landskap
• Pereka Landskap

Sumber Rujukan

i. Brazilian Creates Light Bulb, Water, Bleach and Bottle


http://www.nydailynews.com/news/world/brazilian-mechanic-creates-light-
bulb-water-bleach-bottle-article-1.1427011
ii. How to Build a Solar Bottle Bulb http://www.instructables.com/id/How-
to-build-a-SOLAR-BOTTLE-BULB/
iii. Solar Water Bottle Bulbs
http://permaculturenews.org/2014/03/14/solar-water-bottle-bulbs/
iv. Solar Lights Made of Plastic Bottles and Water
http://cleantechnica.com/2011/08/01/solar-lights-made-of-plastic-bottles-water/
v. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad, Fizik Tingkatan 4, Selangor, Danalis Distributors Sdn Bhd.

56 FIZIK
AKTIVITI 7

Objektif

Membina Bot Solar Idaman dengan menggunakan bahan terbuang dan Tenaga Boleh Baharu.

Latar Belakang

Bot Solar Idaman adalah bot mainan yang mengaplikasikan TH iaitu menggunakan Tenaga Boleh
Baharu iaitu Tenaga Solar Fotovolta. Dalam aktiviti ini, gabungan TH dan konsep Fizik diaplikasikan
seperti keseimbangan daya dan Prinsip Archimedes. Bot Solar Idaman dibina dengan
menggunakan botol minuman yang ditebuk menjadi bot dan motor disambung pada penyedut
minuman dan kipas motor supaya ianya dapat bergerak. Solar Fotovolta iaitu tenaga solar dari sel
solar diguna untuk menggerakkan Bot Solar Idaman.

Glosari

Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Rawatan dan Pemprosesan – Rawatan ialah proses menjadikan sisa dan air sisa kepada bahan
yang spesifik dan boleh digunakan semula. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal atau industri
seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Solar Fotovolta – Kaedah untuk menjana kuasa elektrik dengan menggunakan sel solar.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu – Sumber tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya
ialah solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan tenaga ombak.

FIZIK 57
Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Botol minuman berkarbonat (500 ml)


ii. 1 unit Motor-DC terpakai
iii. 8 unit Penyedut minuman
iv. 1 unit Bekas CD terpakai
v. 4 keping Panel solar 1V, 80 mA
vi. 2 unit Wayar penyambung
vii. 1 unit Pisau (cutter)
viii. 1 unit Hot glue gun
ix. 1 unit Pemateri dan timah
x. 2 unit Penyepit kecil (forcep)
xi. 1 unit Gunting
xii. 1 unit Penjalur wayar
xiii. 2 unit Permanent marker
xiv. 1 set Alat tulis

Kaedah

i. Permulaan
• Perhatikan video tentang Pertandingan Bot Solar:
https://www.youtube.com/watch?v=ofHy_iHnDuY
• Perhatikan video pembinaan bot solar:
https://www.youtube.com/watch?v=0yxd83_FTls
• Anda dikehendaki membincangkan soalan-soalan berikut:
o Bagaimanakah cara untuk membina bot solar dengan menggunakan bahan-bahan
terbuang? Berikan justifikasi.
o Bagaimana bot solar dapat bergerak lurus dan laju?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang / kumpulan.
• Anda perlu melantik ketua kumpulan dan pencatat serta bekerjasama dalam kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Anda perlu memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Anda perlu merancang agihan tugas, langkah dan proses dalam menjalankan projek
yang dirancang.
• Anda perlu membuat pelan projek mengkaji pembinaan bot solar daripada bahan-bahan
terbuang.
• Anda perlu membandingkan kelebihan dan kekurangan setiap cadangan bot solar.
• Anda perlu berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Bekalan Tenaga.
• Anda perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Anda perlu berbincang untuk membina bot solar berdasarkan reka bentuk yang dipilih.
• Anda perlu melakar bot solar yang akan dibina dengan lebih spesifik.
• Anda perlu menyenarai dan menyediakan secukupnya bahan dan peralatan yang
diperlukan serta kuantitinya.
• Anda perlu menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk membina bot solar.
• Anda perlu bekerjasama membina bot solar.

58 FIZIK
• Anda perlu mencuba keupayaan bot solar yang dibina di kolam sekolah.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Anda menyediakan satu laporan projek dengan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Anda perlu membentangkan hasil projek di dalam kelas secara berkumpulan.

Pemerhatian

Setiap kumpulan perlu membuat pemerhatian semasa menguji keupayaan Bot Solar Idaman
berdasarkan soalan berikut:

i. Apakah konsep yang terlibat dalam pembinaan Bot Solar Idaman?


ii. Bagaimanakah cara pemasangan yang sesuai supaya Bot Solar Idaman berfungsi dengan
baik?
iii. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembinaan Bot Solar Idaman?
iv. Bagaimanakah cara pengendalian bot solar yang lebih berkesan?

Soalan Perbincangan

i. Apakah faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan dalam pembinaan bot solar?
ii. Beri kaedah lain pembinaan bot tanpa menggunakan tenaga elektrik.
iii. Bagaimanakah hasil projek ini dapat dikaitkan dengan TH?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan Prinsip
Archimedes dan konsep keseimbangan daya. Kaitkan juga aktiviti ini dengan sektor-sektor
dalam TH.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera Perkapalan
• Usahawan Perkapalan

FIZIK 59
Sumber Rujukan

i. Building a Solar Powered Bristlebot


http://www.sciencebuddies.org/blog/2015/04/building-a-solar-powered-bristlebot.php
ii. Bot Solar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh
https://www.youtube.com/watch?v=0yxd83_FTls
iii. How to Make an Airboat (Homemade Electric Boat)
https://www.youtube.com/watch?v=-pVecYKGiEw
iv. Solar Bot di Minggu Sains Dan Matematik
https://www.youtube.com/watch?v=ofHy_iHnDuY
v. Yoke Chai,T.,Wan Faizatul Shima,I, Kai Seng, Y, Ragaran, R & Roslina,A. (2011) Fizik
Tingkatan 4, Danalis Distributors Sdn. Bhd.

60 FIZIK
BANGUNAN MESRA HIJAU
M: Material Efficiency, E: Effective / Economy, S: Safe, R: Reliable, A: Ability

FIZIK 61
AKTIVITI 8

Objektif

i. Mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan.


ii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui penyediaan pelan
lakaran Bangunan Hijau.

Latar Belakang

Tujuan aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan
kesedaran murid terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai
generasi peneraju masa hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos
pembinaan yang dapat dijimatkan apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu
difikirkan oleh murid adalah cara-cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan
Hijau ini dengan mengambil kira 5 aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau. Kesedaran terhadap
kelebihan penjimatan tenaga juga dapat diterapkan, sebagai contoh mencipta suis dengan
menggunakan produk mesra alam sekitar. Ini sekaligus dapat menyampaikan pengajaran dan
kepentingan isu-isu alam sekitar kepada individu dan masyarakat.

Aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran
Berasaskan Projek. Murid perlu menjalankan kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan
Hijau, elemen-elemen dan kos bagi membina model Bangunan Hijau. Tempoh bagi keseluruhan
projek ini adalah selama 2 minggu.

Glosari

Air Panas Domestik – Sistem tertutup untuk memanaskan air dan membekalkannya untuk
kegunaan domestik.

Bangunan Hijau – Aplikasi pembangunan atau konsep pembinaan yang bercirikan teknologi
mesra alam semula jadi.

Grey Water – Merupakan air sisa dari rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik
mandi. Air sisa ini mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa makanan, detergen dan bakteria
tetapi masih selamat untuk diguna semula. Air sisa dari tandas tidak termasuk dalam grey water.

Kecekapan Air – Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air.

Kecekapan Pelan Struktur Bangunan – Merupakan konsep bangunan lestari yang mempunyai
impak yang besar terhadap kos dan prestasi.

Kecekapan Sumber - Bahan / sumber yang terdiri daripada sumber boleh baharu atau kitar
semula dan tidak mencemarkan terhadap alam sekitar.

Kecekapan Tenaga – Penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

Kepala Pancuran Aliran Rendah (Low Flow Shower Head) – Peralatan yang dipasang pada bilik
air dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Kepala pancuran jenis ini boleh
mengurangkan penggunaan air sebanyak 40%.

62 FIZIK
Kitar Semula Air – Mengolah semula air sisa untuk mengurangkan penggunaan air domestik.

Kayu Tebus Guna (Reclaimed Lumber) - Merupakan kayu yang telah diproses daripada sumber
tertentu untuk penggunaan yang berbeza daripada sumber asalnya. Sebagai contoh, kayu tersebut
diambil terlebih dahulu daripada bangsal atau gudang lama. Kayu tersebut kemudiannya diproses
untuk digunakan sebagai hiasan dalaman seperti kabinet dapur, perabot, dan lain-lain. Konsep ini
mengaplikasikan konsep kitar semula.

Lampu Elektrik Berkecekapan Tinggi – Peranti yang mengeluarkan cahaya yang memfokuskan
terhadap sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang menggunakan sumber asli dan elektrik
dan pengawalan pencahayaan serta dapat menyediakan persekitaran yang menarik, selesa dan
menjimatkan tenaga.

Lampu Pijar (Incandescent bulb) – Peranti elektrik yang berfungsi mengeluarkan pancaran
cahaya yang disebabkan oleh pemanasan filamen. Mentol jenis ini boleh didapati dalam pelbagai
saiz, watt dan voltan.

Prinsip Cekap Tenaga – Suatu prinsip yang mengaplikasikan kecekapan tenaga supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau terhadap alam sekitar.

Rawatan Air Sisa – Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan
manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa Dingin / Heating, Ventilation and Air
Conditioning System (HVAC) – Sistem yang menghasilkan pemanasan dan penyejukan untuk
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Sistem ini direka untuk menyediakan
persekitaran dalaman yang selesa. Sistem HVAC termasuk penghawa dingin yang berpusat
(central air conditioners), pam haba, relau, unit di atas bumbung (rooftop units) dan penyejuk.

Sistem Dua Paip – Sistem pengaliran yang mempunyai dua rangkaian yang berbeza ; digunakan
untuk membekalkan air yang boleh diminum dan air yang tidak boleh diminum.

Tandas Pam Ultra Rendah (Ultra Low Flush Toilet) – Merupakan tandas pam yang
menggunakan mekanisme pembilasan yang lebih baik berbanding tandas pam konvensional.
Tandas pam ultra rendah hanya menggunakan 1.6 galon air bagi setiap pembilasan berbanding
tandas pam biasa yang menggunakan sebanyak 5-7 galon air bagi setiap pembilasan. Melalui
tandas pam ultra rendah, penggunaan air di rumah dapat dijimatkan.

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan lain-lain.

Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Mounting board


ii. 5 keping Kertas A4
iii. 1 set Alat tulis

FIZIK 63
Kaedah

i. Permulaan
• Tonton video mengenai Bangunan Hijau bertajuk ‘Story of A Green Building’ pada
pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo
• Tonton video mengenai tenaga yang bertajuk ‘Energy, Let’s Save It!’ pada pautan
berikut: https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
• Berdasarkan video-video yang telah ditonton, jawab soalan berikut:
o Apakah kepentingan pembinaan Bangunan Hijau?
o Apakah kepentingan tenaga dan kecekapan tenaga? Berikan justifikasi bagi
jawapan anda.
o Berikan perkaitan di antara kecekapan tenaga dengan pembinaan Bangunan
Hijau. ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid perlu membentuk kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Setiap kumpulan akan mengkaji setiap aspek elemen kecekapan berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1: Aspek bagi Pelan Lakaran dan Model Bangunan Hijau


Pelan lakaran
Aspek Perkara yang perlu disediakan
Bangunan Hijau
a) Kecekapan pelan Murid perlu menyenaraikan bahan dan Murid perlu menyatakan lokasi
struktur bangunan komponen bagi pembinaan bangunan pada aspek kecekapan pada pelan
peringkat asas pelan struktur. lakaran Bangunan Hijau.
b) Kecekapan tenaga Murid perlu memberi rasional terhadap pilihan
alat kecekapan tinggi yang bertenaga rendah.
Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan
tenaga. Pembinaan tingkap berkecekapan
tinggi dan penebat di dalam dinding, siling, dan
lantai dapat meningkatkan kecekapan
bangunan.
c) Kecekapan air Objektif utama dalam pembinaan bangunan
yang lestari ialah murid perlu memberi idea
bagaimana untuk mengurangkan penggunaan
air dan melindungi kualiti air. Rawatan air dapat
memperbaiki kualiti air dan kecekapan tenaga
di samping mengurangkan jumlah air dalam
kitaran.
Murid perlu menyatakan
Contoh: lokasi aspek kecekapan pada
i. Mereka bentuk sistem dua paip (dual pelan lakaran Bangunan Hijau.
plumbing system) yang dapat mengitar
semula air melalui pengepaman tandas.
ii. Penggunaan air boleh dikurangkan dengan
mempertingkatkan kaedah pemuliharaan
air seperti penggunaan tandas pam ultra
rendah (ultra low flush toilet) dan kepala
pancuran aliran rendah (low flow shower
head).
iii. Penggunaan pancuran air (bidets) yang
dapat mengurangkan penggunaan tisu
tandas.
iv. Penggunaan semula air sisa dan grey
water yang telah dirawat dapat
meminimumkan penggunaan air.

64 FIZIK
Pelan lakaran
Aspek Perkara yang perlu disediakan
Bangunan Hijau
d) Kecekapan bahan Murid perlu memberi idea terhadap bahan
binaan Bangunan Hijau yang terdiri daripada
sumber yang boleh baharu. Bahan yang
digunakan selamat dan tidak mencemarkan
alam sekitar.

Contoh ciri-ciri bahan untuk pembinaan:


i. Penggunaan atap recycled content asphalt
shingles yang mengandungi kertas terpakai
dan clay tiles.
ii. Penggunaan cat organik kurang meruap.
iii. Lantai binaan buluh.
iv. Penggunaan karpet kapas.
v. Pilihan konkrit bukan simen iaitu konkrit
ekologi (campuran admixture, dicalcium
silicate: 2CaO.SiO2)
vi. Pilihan panel penebat diperbuat daripada
kertas.

e) Kecekapan Murid perlu memberi idea terhadap pilihan


sumber kecekapan sumber. Antara contoh:

i. Sumber yang boleh dikitar semula Murid perlu menyatakan


• Menggunakan bahan kitar semula yang lokasi aspek kecekapan pada
telah dikenal pasti termasuk bahan hasil pelan lakaran Bangunan Hijau.
sisa industri.

ii. Proses pembuatan bahan yang cekap


• Menggunakan bahan yang diperbuat
daripada proses sumber cekap yang
dapat mengurangkan penggunaan
tenaga dan sisa yang dikurangkan
dapat dikitar semula.

iii. Mudah didapati


• Bahan binaan, komponen dan
sistem yang dapat diperoleh secara
tempatan atau serantau boleh
menjimatkan tenaga dan sumber
semasa pengangkutan ke tapak
binaan bangunan (logistic purpose).

iv. Tahan lasak:


• Bahan yang tahan lama dan
mempunyai jangka hayat yang
panjang.

FIZIK 65
iii. Pelan Projek
• Murid membincangkan idea bagi pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan
aspek elemen-elemem kecekapan yang telah dikaji berdasarkan Jadual 1.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.

iv. Tugasan Projek


• Setiap kumpulan berbincang untuk melakar Bangunan Hijau dengan lebih spesifik.
Lakaran tersebut perlu berdasarkan aspek elemen-elemen kecekapan (Jadual 1) yang
telah dipilih oleh murid untuk diaplikasikan pada Bangunan Hijau. Rajah 2 menunjukkan
contoh lakaran Bangunan Hijau.

Solar Fotovolta

Rajah 2
Contoh lakaran Bangunan Hijau

v. Pembentangan Hasil Kerja (Pelan lakaran Bangunan Hijau)


Setiap kumpulan perlu:
• Menyediakan satu kertas kerja bagi pelan lakaran Bangunan Hijau dengan
format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
• Hasil kertas projek dibentang selepas dua minggu perbincangan.

66 FIZIK
Soalan Perbincangan

i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.


ii. Mengapakah elemen kecekapan penting dalam pembinaan Bangunan Hijau? Berikan
justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.
Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
iv. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan
anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan
sektor TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.
v. Sekiranya anda adalah perancang bandar dan diberi peluang untuk merancang
perbandaran hijau (green township) di kawasan anda, bagaimanakah konsep
bandar tersebut?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti mereka bentuk pelan lakaran
Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor-sektor TH
yang diaplikasikan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan

Sumber Rujukan

i. Bangunan Hijau
https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau
ii. Energy Efficiency
https://www.pinterest.com/pin/213217363580523730/
iii. Energy, Let’s Save It
https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
iv. Guna Tenaga Secara Cekap , Jimat dan Yang Boleh Diperbaharui
http://c-tenaga.blogspot.my/p/tenaga-suria.html
v. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php
vi. Pinterest : Explore Building Helps and Types of Building
https://www.pinterest.com/pin/307722587009183351
vii. Story of Green Building
https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo

FIZIK 67
AKTIVITI 9

Objektif

i. Membina model Bangunan Hijau berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan Hijau.
ii. Mengenal pasti elemen yang dapat mengintegrasikan TH dalam pembinaan Bangunan
Hijau.
iii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui
pembinaan Bangunan Hijau.

Latar Belakang

Tujuan aktiviti membina model Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran murid
terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai generasi peneraju masa
hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos pembinaan yang dapat dijimatkan
apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu difikirkan oleh murid adalah cara-
cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau ini dengan mengambil kira 5
aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau. Kesedaran terhadap kelebihan penjimatan tenaga
melalui pembinaan Bangunan Hijau dapat diterapkan, sebagai contoh mencipta suis dengan
menggunakan produk mesra alam sekitar. Ini sekaligus dapat menyampaikan pengajaran dan
kepentingan isu alam sekitar kepada individu dan masyarakat. Projek ini penting untuk melahirkan
tenaga kerja yang lebih peka terhadap isu alam sekitar melalui pembinaan Bangunan Hijau ini.
Contoh tenaga kerja yang terlibat adalah Jurutera, Perancang Bandar dan Arkitek.

Aktiviti ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. Murid


perlu menjalankan kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan Hijau, elemen-elemen dan kos
bagi membinanya. Model Bangunan Hijau yang telah siap dibina dapat dipertandingkan mengikut
kelas di sesebuah sekolah. Seterusnya “Pertandingan Model Bangunan Hijau” dapat dijalankan
antara sekolah bagi peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tempoh bagi keseluruhan projek ini adalah selama 6 minggu.

Glosari

Air Panas Domestik – Sistem tertutup untuk memanaskan air dan membekalkannya untuk
kegunaan domestik.

Bangunan Hijau – Aplikasi pembangunan atau konsep pembinaan yang bercirikan teknologi
mesra alam semula jadi.

Grey Water – Merupakan air sisa dari rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik
mandi. Air sisa ini mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa makanan, detergen dan bakteria
tetapi masih selamat untuk diguna semula. Air sisa dari tandas tidak termasuk dalam grey water.

Kecekapan Air – Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air.

Kecekapan Pelan Struktur Bangunan – Merupakan konsep bangunan lestari yang mempunyai
impak yang besar terhadap kos dan prestasi.

68 FIZIK
Kecekapan Sumber - Bahan / sumber yang terdiri daripada sumber boleh baharu atau kitar
semula dan tidak mencemarkan terhadap alam sekitar.

Kecekapan Tenaga – Penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.

Kepala Pancuran Aliran Rendah (Low Flow Shower Head) – Peralatan yang dipasang pada bilik
air dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Kepala pancuran jenis ini boleh
mengurangkan penggunaan air sebanyak 40%.

Kitar Semula Air – Mengolah semula air sisa untuk mengurangkan penggunaan air domestik.

Kayu Tebus Guna (Reclaimed Lumber) - Merupakan kayu yang telah diproses daripada sumber
tertentu untuk penggunaan yang berbeza daripada sumber asalnya. Sebagai contoh, kayu tersebut
diambil terlebih dahulu daripada bangsal atau gudang lama. Kayu tersebut kemudiannya diproses
untuk digunakan sebagai hiasan dalaman seperti kabinet dapur, perabot, dan lain-lain. Konsep ini
mengaplikasikan konsep kitar semula.

Lampu Elektrik Berkecekapan Tinggi – Peranti yang mengeluarkan cahaya yang memfokuskan
terhadap sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang menggunakan sumber asli dan elektrik
dan pengawalan pencahayaan serta dapat menyediakan persekitaran yang menarik, selesa dan
menjimatkan tenaga.

Lampu Pijar (Incandescent bulb) – Peranti elektrik yang berfungsi mengeluarkan pancaran
cahaya yang disebabkan oleh pemanasan filamen. Mentol jenis ini boleh didapati dalam pelbagai
saiz, watt dan voltan.

Prinsip Cekap Tenaga – Suatu prinsip yang mengaplikasikan kecekapan tenaga supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau terhadap alam sekitar.

Rawatan Air Sisa – Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan
manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga

Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa Dingin / Heating, Ventilation and Air
Conditioning System (HVAC) – Sistem yang menghasilkan pemanasan dan penyejukan untuk
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Sistem ini direka untuk menyediakan
persekitaran dalaman yang selesa. Sistem HVAC termasuk penghawa dingin yang berpusat
(central air conditioners), pam haba, relau, unit di atas bumbung (rooftop units) dan penyejuk.

Sistem Dua Paip – Sistem pengaliran yang mempunyai dua rangkaian yang berbeza ; digunakan
untuk membekalkan air yang boleh diminum dan air yang tidak boleh diminum.

Tandas Pam Ultra Rendah (Ultra Low Flush Toilet) – Merupakan tandas pam yang
menggunakan mekanisme pembilasan yang lebih baik berbanding tandas pam konvensional.
Tandas pam ultra rendah hanya menggunakan 1.6 galon air bagi setiap pembilasan berbanding
tandas pam biasa yang menggunakan sebanyak 5-7 galon air bagi setiap pembilasan. Melalui
tandas pam ultra rendah, penggunaan air di rumah dapat dijimatkan.

FIZIK 69
Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan lain-lain.

Bahan dan Peralatan

i. 1 kotak bersaiz sederhana


ii. 1 unit Cellophane tape
iii. 1 unit Gunting
iv. 5 keping Mounting board
v. 1 unit Tisu gulung
vi. 1 set Pokok renek / Daun
vii. Buluh / lidi sate (kuantiti bergantung pada saiz Bangunan Hijau)
viii. 1 unit Gam
ix. 1 unit Kain felt hijau
x. 1 unit Kertas lut sinar (transparent plastic paper)
xi. 1 unit Plastik lut sinar
xii. 1 unit Benang kait
xiii. 1 unit Beg termal yang terbuang
xiv. 1 unit Pisau pemotong (cutter)

Kaedah

i. Permulaan
• Murid perlu membina model Bangunan Hijau berdasarkan pelan lakaran Bangunan Hijau
dalam Aktiviti 8.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Kumpulan adalah berdasarkan daripada Aktiviti 8.

iii. Pelan Projek


• Murid perlu berbincang mengenai pembinaan model Bangunan Hijau berdasarkan pelan
lakaran Bangunan Hijau daripada Aktiviti 8.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.

iv. Tugasan Projek


• Setiap kumpulan perlu:
o Menyenarai serta menyedia bahan dan peralatan untuk membina model
Bangunan Hijau.
o Melabel lokasi aspek elemen-elemen kecekapan yang diaplikasikan berdasarkan
Jadual 1 (Aktiviti 8).
o Membina model Bangunan Hijau berdasarkan pelan lakaran Bangunan
Hijau dengan mengambil kira 3 daripada ciri-ciri Bangunan Hijau berdasarkan
Jadual 2.

70 FIZIK
Jadual 2 :Ciri-ciri Bangunan Hijau

Ciri-ciri Penerangan
Saiz kecil Bangunan bersaiz kecil adalah untuk menjimatkan kos. Bangunan
bersaiz besar memerlukan kos yang banyak untuk membekalkan haba
dan menyejukkan bangunan.
Peralatan Peralatan berlabel ENERGY STAR diletakkan pada peralatan.
Berkecekapan Peralatan-peralatan ini dipasang untuk menjimatkan kos dan tenaga.
Tenaga
Penggunaan Bahan penebat yang sesuai adalah perkara amat penting bagi
Penebat yang Sesuai pembinaan Bangunan Hijau. Pemanasan dan penyejukan
memerlukan 50% penggunaan tenaga dalam bangunan. Contohnya
adalah pelepasan udara melalui tingkap dan pintu. Ini bertujuan untuk
mengurangkan kehilangan.
Konsep 3R Penggunaan bahan lama seperti penggunaan lantai kayu, pintu dan
(Reduce, Reuse, tingkap. Kitar semula bahan seperti kaca kitar semula, aluminium, jubin
Recycle) kitar semula dan kayu tebus guna (reclaimed lumber).
Bahan Binaan Penggunaan bahan mesra alam (eco-friendly products and
Bangunan Lestari environmentally products). Contohnya adalah bahan untuk pembinaan
atap (roofing materials), bahan binaan bangunan (building materials),
kabinet, penebat lantai sebagai contoh penggunaan bahan plastik kitar
semula, kaca kitar semula, bahan semula jadi seperti buluh, gabus yang
diperbuat dari bahan semula jadi.
Panel Solar Penggunaan panel solar untuk memaksimakan penggunaan kuasa
semula jadi contohnya matahari.
Tingkap Berlabel Label ENERGY STAR adalah baharu di pasaran. Label ini diletakkan
Energy Star bagi tingkap yang berkecekapan tinggi berbanding tingkap biasa.
Rainwater Pemasangan rainwater harvesting system bertujuan untuk mengumpul
Harvesting System air hujan dari atap dan seterusnya diletakkan di dalam tangki. Air yang
dikumpul boleh digunakan untuk tujuan lain seperti tandas dan sistem
pancutan air (sprinkler system).
Pencahayaan Penggunaan LED dan CFL adalah berkos tinggi tetapi penggunaan
Eco-Friendly tenaga adalah kurang dan bertahan lama berbanding mentol tradisional
seperti lampu pijar (incandescent bulb).
Pemasangan Penggunaan alat pengaliran rendah dan kepala pancuran aliran rendah
Peralatan Penjimatan (low shower head) bertujuan untuk menjimatkan air dan mesra alam.
Air
Termostat yang 50% dari penggunaan tenaga dalam bangunan adalah datang daripada
Diprogramkan pemanasan dan penyejukan. Cara paling ringkas adalah melalui
pemasangan termostat yang diprogramkan. Sistem pemanasan,
pengudaraan dan penghawa dingin (Heating, Ventilation and Air
Conditioning System, HVAC) akan berfungsi apabila termostat tersebut
telah mencapai suhu tertentu.
Landskap Pemilihan landskap tepat adalah dengan memilih kedudukan bangunan
Berkecekapan yang ingin dibina supaya dilindungi dari pancaran cahaya matahari dan
membenarkan pancaran cahaya matahari masuk ke dalam bangunan.
Penanaman pokok juga adalah untuk landskap bangunan.

FIZIK 71
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid perlu membentangkan satu kertas kerja pembinaan model Bangunan Hijau
berdasarkan format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
* Murid juga perlu melampirkan kertas kerja pelan lakaran Bangunan Hijau
dan mempersembahkan model Bangunan Hijau semasa sesi pembentangan.

vi. Pelaksanaan Pertandingan Model Bangunan Hijau


• Pertandingan model Bangunan Hijau diadakan di antara kumpulan.

Soalan Perbincangan

i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.


ii. Mengapakah elemen kecekapan ini penting dalam pembinaan Bangunan Hijau? Berikan
justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.
iv. Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
v. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan
anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan sektor
TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti membina model Bangunan
Hijau berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan Hijau. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor-
sektor TH yang diaplikasikan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan

72 FIZIK
Sumber Rujukan

i. Bangunan Hijau
https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau
ii. Energy Efficiency
https://www.pinterest.com/pin/213217363580523730/
iii. Energy, Let’s Save It
https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
iv. Guna Tenaga Secara Cekap , Jimat dan Yang Boleh Diperbaharui
http://c-tenaga.blogspot.my/p/tenaga-suria.html
v. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php
vi. Pinterest : Explore Building Helps and Types of Building
https://www.pinterest.com/pin/307722587009183351
vii. Story of Green Building
https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo

FIZIK 73
PANEL PENULIS

1. Dr. Nurzatulshima Kamarudin Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra


Malaysia (UPM)

2. Aida Rahayu Sharifuddin Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau


Pinang

3. Azhar Bakhori SMK Tengku Ibrahim, Terengganu

4. Malnoryati Che Chik SMK Ibrahim Fikri, Terengganu

5. Nor Fazira Herlina Abd Kadir SMK Convent Butterworth, Pulau Pinang

TURUT MENYUMBANG

1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)


Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa Pepejal
(SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik


dan Elektronik, USM

74 FIZIK
PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


(BKK)

2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,


Kejuruteraan dan Matematik,
Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK

4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
Vokasional, BPK

5. Puan Zalina Kamis Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik


dan Teknologi, BKK

6. Puan Norhashimah Ismail Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

7. Puan Suriani Ngatiman Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

8. Encik Kasdi Kamin Penolong Pengarah Unit Sains


Menengah, BPK

9. Puan Norfadhillah Yusoff Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

10. Encik Anandan a/l Kanniapan Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

11. Puan Nor’Aidah Nordin Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

FIZIK 75
76 FIZIK
FIZIK 77

You might also like