You are on page 1of 156

PERINTAH-PERINTAH AM

MARDI

2013
Diterbitkan oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Cetakan pertama 2013

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2013


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa
cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Dicetak oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia
PERINTAH-PERINTAH AM MARDI

BAB “A” – BAB “G”

BAB TAJUK MUKA SURAT

A ELAUN-ELAUN, BAYARAN DAN KEMUDAHAN 1


DALAM PERKHIDMATAN
  Lampiran

B CUTI 65
  Lampiran

C PERUBATAN 107
  Lampiran

D RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT 119

E WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA 127


  Lampiran

F PEPERIKSAAN DALAM PERKHIDMATAN 137


  Lampiran

G KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 145


Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

BAB A

ELAUN-ELAUN, BAYARAN
DAN KEMUDAHAN DALAM
PERKHIDMATAN

1
Perintah-Perintah AM MARDI

2
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

KANDUNGAN
BAB A

1 Tafsiran

BAHAGIAN I
ELAUN-ELAUN SEMASA BERTUGAS RASMI DALAM NEGARA
2 Jenis Elaun, Kemudahan dan Bayaran Bertugas Rasmi Dalam Negara
3 Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Lojing
4 Elaun Makan
5 Elaun Harian
6 Elaun Hidup Pemandu
7 Elaun Perjalanan Kenderaan
8 Institut Tiada Bertanggungjawab
9 Elaun Basikal
10 Elaun Gantian Tetap
11 Elaun Bantuan Gaji Pemandu
12 Tambang Gantian
13 Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut
14 Elaun Motosikal
15 Tambang Pengangkutan Awam
16 Belanja Pelbagai

BAHAGIAN II
ELAUN-ELAUN SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
17 Jenis Elaun, Kemudahan dan Bayaran Bertugas Rasmi Luar Negara
18 Elaun Makan dan Elaun Harian
19 Bayaran Sewa Hotel
20 Elaun dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan
21 Elaun Gantian Tetap
22 Belanja Pelbagai
23 Belanja Keraian
24 Elaun Pakaian Panas
25 Belanja Perubatan

BAHAGIAN III
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN SEMASA BERTUGAS RASMI
26 Kemudahan Perjalanan Dengan Kapal Terbang
27 Pendahuluan Diri
28 Bayaran Sagu hati Persidangan
29 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir di Mahkamah
30 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan
31 Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama
32 Tuntutan Perjalanan Selepas Waktu Bekerja dan Hari Cuti
33 Tuntutan Perjalanan Bagi Menghadiri Acara Rasmi Kerajaan

3
Perintah-Perintah AM MARDI

BAHAGIAN IV
ELAUN-ELAUN KERANA BERKURSUS
34 Kursus Pendek Di Dalam Negara dan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
35 Kursus Pendek Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
36 Kursus Panjang Di Dalam Negeri dan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
37 Kursus Panjang Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
38 Kursus Sambilan Di Dalam Negeri dan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
39 Kursus Sambilan Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
40 Kursus Pendek Di Luar Negara
41 Kursus Panjang Di Luar Negara
42 Pendahuluan Diri
43 Peruntukan Am

BAHAGIAN V
BAYARAN INSENTIF DALAM PERKHIDMATAN
44 Bayaran Insentif Pedalaman
45 Bayaran Insentif Wilayah
46 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
47 Bayaran Insentif Tugas Kewangan
48 Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
49 Peruntukan Am

BAHAGIAN VI
ELAUN DAN BAYARAN DALAM PERKHIDMATAN
50 Elaun Pembantu Khas
51 Elaun Trengkas Dwibahasa
52 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
53 Elaun Tugas Memandu Kenderaan
54 Elaun Pemangkuan
55 Elaun Penanggungan Kerja
56 Elaun Tugas Khas Pentadbiran
57 Elaun Semasa Menghadiri Peperiksaan atau Temuduga Di bawah Urusan KPSL
58 Elaun Gangguan
59 Elaun Perumahan Wilayah
60 Bayaran Balik Letak Kereta

BAHAGIAN VII
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN
BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH
61 Kelayakan Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar
62 Syarat-syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar
63 Kelayakan Memohon
64 Syarat-syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Perpindahan Rumah

4
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

BAHAGIAN VIII
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN
65 Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
66 Bantuan Mengurus Jenazah dan Pengangkutan Jenazah
67 Keahlian Kelab Rekreasi
68 Pinjaman Komputer
69 Pinjaman Kenderaan
70 Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi, Bayaran Black Tie, Pakaian Istiadat
71 Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer
72 Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Yang Berada Di Luar
Negara Atas Urusan Persendirian

5
Perintah-Perintah AM MARDI

BAB A

ELAUN-ELAUN, BAYARAN DAN KEMUDAHAN DALAM


PERKHIDMATAN
PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 01 Julai 2013]

1 Tafsiran
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Bab A ini, tafsiran di bawah hendaklah
diikuti;

“Gred” bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima
Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan
dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di
bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan.

“Ibu Pejabat” ertinya suatu lingkungan kawasan seperti di bawah yang dikira dari
pejabat atau tempat seseorang itu biasa melaporkan diri untuk bertugas:-
(a) apabila dihubungkan oleh jalan raya, suatu lingkungan kawasan dua puluh
lima (25) kilometer;
(b) apabila dihubungkan oleh jalan tanah yang boleh dilalui kenderaan bermotor,
suatu lingkungan kawasan enam belas (16) kilometer;
(c) apabila dihubungkan oleh jalan basikal atau sungai, suatu lingkungan kawasan
lapan (8) kilometer;

“Tugas Rasmi” bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain
menghadiri kursus yang dibenarkan.

“Kajian Luar” bermakna sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat pengajian
semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu
penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang
diadakan dalam tempoh berkursus;

“Kursus” bermakna sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik,
lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel, yang bercorak latihan;

“Kursus Panjang” bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya


adalah melebihi 3 bulan termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am;

6
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

“Kursus Pendek” bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3


bulan atau kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am;

“Kursus Sambilan” bermakna sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan


selepas waktu pejabat;

“Penganjur” bermakna badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan


kursus;

“Pusat Pengajian” bermakna tempat yang sebahagian besar sesuatu kursus itu
dijalankan dan bagi tempoh kursus itu, Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai
Ibu Pejabat;

“Yang Setaraf” bermakna pangkat-pangkat setaraf seperti yang terdapat di dalam


Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

“Berpindah Rumah” bermakna berpindah rumah mengikut keadaan-keadaan


seperti yang dinyatakan dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami
rumah tersebut;

“Bertukar” bermakna pegawai bertukar ke luar Stesen, seterusnya berpindah rumah


dan mendiami rumah berkenaan;

“Dalam Negeri” bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei


Darussalam, Kalimantan dan Selatan Thailand;

“Gred/Kategori” bermakna Gred Gaji atau Gred Perkhidmatan, mengikut mana


yang berkenaan;

“Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan” bermakna Pekeliling Bertugas Rasmi


yang sedang berkuat kuasa bagi Institut;

“Perbendaharaan” bermakna Menteri Kewangan dan termasuk pegawai-pegawai


di bawah kawalan pentadbirannya atau arahannya;

“Stesen” bagi tujuan pertukaran bermakna satu lingkungan kawasan 25 km dari


pejabat lama ke pejabat baru, manakala bagi tujuan perpindahan rumah, satu
lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama ke rumah baru;

‘‘Pakaian Istiadat” ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk
sesuatu perkhidmatan;

“Pakaian Black Tie” ertinya pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis
makan malam;

7
Perintah-Perintah AM MARDI

“Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi” ertinya Pakaian Kebangsaan atau Dark


Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita semasa dikehendaki
menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis
Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/Negeri atau bertugas rasmi di
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

“Bantuan Mengurus Jenazah” bermakna bantuan kewangan yang diberikan kepada


waris pegawai atau pihak yang menguruskan jenazah pegawai yang meninggal dunia
dalam perkhidmatan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kematian pegawai
tersebut;

“Waris Pegawai” bagi tujuan bantuan mengurus jenazah bermakna:


(a) isteri dan anak-anak bagi pegawai lelaki yang telah berkahwin;
(b) suami dan anak-anak bagi pegawai perempuan yang telah berkahwin; atau
(c) ibu bapa bagi pegawai bujang.

“Bantuan Pengangkutan Jenazah” bermakna bayaran untuk membawa jenazah


dari tempat kematian ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat;

“Bandar Utama” bermaksud:


(a) Labuan bagi Wilayah Labuan;
(b) Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri bagi Wilayah Sarawak; dan
(c) Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu atau Tawau bagi Wilayah Sabah;

“Ibu Negeri Wilayah Asal” bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau ibu negeri
bagi negeri-negeri di Wilayah Semenanjung Malaysia;

“Keluarga Pegawai” bagi tujuan Elaun Wilayah bermaksud isteri atau suami dan
anak-anak pegawai di bawah umur 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai,
termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Bagi
anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur di atas
tidak terpakai;

“Wilayah Asal” bermaksud:


(a) wilayah kelahiran ibu bapa pegawai sekiranya ibu dan bapa pegawai lahir di
wilayah yang sama;
(b) sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai
boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa
sebagai wilayah asalnya;
(c) bagi pegawai yang ibu bapanya memperoleh taraf penduduk tetap atau
warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah
tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika mereka memperoleh Kad
Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; dan
(d) sekiranya terdapat kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (i), (ii)
dan (iii) di atas, pegawai bolehlah merujuk kepada Bahagian Saraan, Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan;

8
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

“wilayah” bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau Labuan;

“pegawai yang bertukar wilayah” bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah


selain wilayah asalnya;

“pegawai” seseorang pegawai tetap di dalam Perkhidmatan Institut termasuk yang


dilantik secara sementara atau sangkut.

BAHAGIAN I
ELAUN-ELAUN SEMASA BERTUGAS RASMI DALAM NEGARA

2 Jenis Elaun, Kemudahan dan Bayaran Bertugas Rasmi Dalam Negara


Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di
dalam negera adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seperti berikut:
(a) Elaun Makan;
(b) Elaun Harian;
(c) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing;
(d) Elaun Gantian Tetap;
(e) Elaun Bantuan Gaji Drebar;
(f) Elaun Hidup Drebar;
(g) Elaun Perjalanan Kenderaan;
(h) Tambang Gantian;
(i) Elaun Basikal;
(j) Elaun Motosikal;
(k) Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut;
(l) Tambang Pengangkutan Awam
(m) Belanja Pelbagai; dan
(n) Elaun-elaun lain, kemudahan dan bayaran yang diterima pakai oleh Lembaga.

3 Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Lojing
(a) Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu
menginap adalah layak menuntut Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit
tertakluk kepada had maksimumnya mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh
Lembaga. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang
melebihi 3 bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
(b) Seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan
yang wajib ke atas Bayaran Sewa Hotel sebagai tambahan kepada maksimum
kelayakannya.
(c) Pegawai yang tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel layak menuntut Elaun Lojing pada
kadar yang ditetapkan oleh Lembaga. Resit-resit tidak diperlukan bagi tuntutan-
tuntutan ini.
(d) Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika
tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan, Institut, Penganjur atau Pengangkut.
(e) Kadar Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing adalah seperti di JADUAL A1.

9
Perintah-Perintah AM MARDI

4 Elaun Makan
(a) Elaun makan boleh dibayar kepada pegawai-pegawai yang bertugas di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh masa yang melebihi dua puluh empat (24) jam terus menerus
atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak, pada kadar yang ditetapkan oleh
Lembaga.
(b) Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi tiga (3) bulan
terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
(c) Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan,
Institut, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan
makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak
disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:
(i) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan;
(ii) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan;
(iii) makan malam - 40% daripada Elaun Makan.
(d) Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung
perbelanjaan makan tersebut maka pegawai layak menuntut perbezaannya seperti
di JADUAL A2.
(e) Sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan makanan tetapi tidak boleh dimakan
oleh pegawai atas sebab-sebab agama, maka pegawai tersebut adalah layak menuntut
Elaun Makan tertakluk kepada kadar seperti (c) di atas.

5 Elaun Harian
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh
melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian
mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

6 Elaun Hidup Pemandu
Seseorang pegawai yang menggaji seorang drebar adalah layak menuntut Elaun
Hidup Pemandu semasa menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat dengan syarat
drebarnya turut bermalam, mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh Lembaga
seperti di JADUAL A3.

7 Elaun Perjalanan Kenderaan
(a) Apabila didapati perlu bagi seseorang pegawai menggunakan kenderaannya sendiri
untuk menjalankan tugas rasmi, dia boleh dibayar Elaun Perjalanan Kenderaan pada
kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.
(b) Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan,
Institut, Penganjur atau Pengangkut semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak
menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.
(c) Seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau
kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus oleh
kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan melainkan dalam keadaan seperti berikut:
(i) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang daripada 240 km;
(ii) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di

10
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

beberapa tempat di sepanjang perjalanan;


(iii) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan
sendiri; dan
(iv) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain
sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi.
(d) Bagi peruntukan di subperaturan (c)(i), (ii) dan (iii) di atas, kelulusan Ketua Pusat
Tanggungjawab hendaklah dilampirkan dengan baucar tuntutan pegawai tersebut.
(e) Kadar Elaun Perjalanan Kendaraan adalah seperti di JADUAL A4.

8 Institut Tiada Bertanggungjawab
Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaannya sendiri untuk menjalankan tugas-tugas
rasminya berbuat demikian atas risikonya sendiri. Institut tidak akan bertanggungjawab
bagi sebarang kerosakan, kehilangan atau kesusutan nilai harga kenderaan akibat daripada
kegunaannya untuk urusan Institut.

9 Elaun Basikal
(a) Jika seseorang Ketua Pusat Tanggungjawab berpuas hati bahawa seseorang pegawai
di bawah pengawasannya dikehendaki menggunakan basikal bagi menjalankan tugas
rasmi dia bolehlah membenarkan pegawai tersebut dibayar Elaun Basikal sebanyak
amaun yang ditetapkan oleh Lembaga.
(b) Seseorang pegawai yang menggunakan basikal yang disediakan oleh Kerajaan,
Institut atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasminya tidak layak menuntut
Elaun Basikal.

10 Elaun Gantian Tetap


(a) Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh
melebihi 3 bulan tetapi kurang daripada 6 bulan termasuk hari kelepasan am dan
mingguan adalah layak menuntut Elaun Gantian Tetap mengikut kadar seperti di
JADUAL A5.
(b) Bagi tujuan (a) di atas, jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di
luar Ibu Pejabat hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Seseorang pegawai
yang pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih daripada 7 hari
dan kembali meneruskan tugas tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas yang
baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya; dan
(c) Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap
sama ada Elaun Makan, Elaun Harian atau Elaun Lojing jika komponen-komponen
tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan, Institut, Penganjur atau Pengangkut.

11
Perintah-Perintah AM MARDI

11 Elaun Bantuan Gaji Pemandu


(a) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional yang menggaji seorang drebar adalah layak menuntut Elaun Bantuan
Gaji Drebar mengikut kadar dan syarat seperti di JADUAL A6.
(b) Syarat tuntutan bulanan bagi mendapatkan Elaun Bantuan Gaji Pemandu adalah
seperti berikut:
(i) pegawai berkenaan menggaji sepenuh masa seorang pemandu yang berlesen;
(ii) tuntutan dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan seperti salinan
surat lantikan pemandu oleh pegawai, Lesen Memandu dan Kad Pengenalan
pemandu;
(iii) tiada pemandu Kerajaan yang diperuntukkan khas kepada pegawai;
(iv) pegawai tidak boleh menggunakan kereta dan pemandu Institut melainkan
dalam keadaan tertentu; dan
(v) elaun ini tidak boleh dibayar kepada ibu bapa, ibu bapa mentua, suami/isteri
dan anak pegawai.

12 Tambang Gantian
(a) Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu
tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat
perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api layak menuntut Tambang Gantian
mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya, iaitu
Tambang Gantian tersebut hendaklah bersamaan dengan tambang kapal terbang
atau kereta api, mengikut mana yang berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam
baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan
(b) Seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa
tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau
kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang, stesen kereta api dan
sebaliknya, tambang dari lapangan terbang, stesen kereta api ke tempat penginapan
dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang atau bayaran tempat tidur dalam
kereta api (berth charges).

13 Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut
Seseorang pegawai yang dikehendaki menggunakan motobot/motosangkut sendiri bagi
menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak
menuntut Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut seperti di JADUAL A7.

14 Elaun Motosikal
(a) Pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi 12 hari
atau lebih dalam sebulan boleh menuntut Elaun Motosikal atau menggunakan
kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi seperti di
JADUAL A8.
(b) Pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi kurang daripada
12 hari hendaklah membuat tuntutan mengikut kadar elaun Perjalanan Kenderaan
yang sedang berkuat kuasa.

12
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

15 Tambang Pengangkutan Awam


Seseorang pegawai yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang
disediakan oleh Kerajaan, Institut, Penganjur atau Pengangkut bagi menjalankan tugas
rasmi, sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya, adalah layak menuntut Tambang
Pengangkutan Awam seperti di JADUAL A9.

16 Belanja Pelbagai
Seseorang pegawai sama ada bertugas di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak
menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut:
(i) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;
(ii) belanja dobi yang disokong dengan resit apabila pegawai menginap di luar Ibu
Pejabat tidak kurang daripada 3 malam;
(iii) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;
(iv) bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit;
dan
(v) bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit.

BAHAGIAN II
ELAUN-ELAUN SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA

17 Jenis Elaun, Kemudahan dan Bayaran Bertugas Rasmi Luar Negara


Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negara adalah layak
menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:
(a) Elaun Makan dan Elaun Harian;
(b) Bayaran Sewa Hotel;
(c) Elaun dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan;
(d) Elaun Gantian Tetap;
(e) Belanja Pelbagai;
(f) Belanja Keraian;
(g) Elaun Pakaian Panas;
(h) Belanja Perubatan; dan
(i) Elaun-elaun lain atau kemudahan yang diterima pakai oleh Lembaga.

18 Elaun Makan dan Elaun Harian


(a) Kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negara
adalah seperti di JADUAL A10.
(b) Elaun Makan juga layak dituntut jika seseorang pegawai itu meninggalkan tempat
bertugas rasmi di luar negara pada jam 6.00 petang atau selepasnya;
(c) Seseorang pegawai yang meninggalkan tempat bertugas rasmi di luar negara pada
jam 1.00 tengah hari atau selepasnya tetapi sebelum jam 6.00 petang hanya layak
menuntut Elaun Harian sahaja iaitu separuh daripada Elaun Makan;
(d) Seseorang pegawai yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu
penerbangan di sesuatu tempat di luar negara yang tempohnya melebihi 6 jam
adalah layak menuntut Elaun Harian;

13
Perintah-Perintah AM MARDI

(e)
Seseorang pegawai tidak layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian jika
kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Sekiranya sebahagian
daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian
makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:
(i) sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan;
(ii) makan tengah hari – 40% daripada Elaun Makan; dan
(iii) makan malam – 40% daripada Elaun Makan;
(f) Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus-
menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan; dan
(g) Sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan bagi menampung perbelanjaan makan
tersebut dalam bentuk wang, maka pegawai layak menuntut perbezaannya.

19
Bayaran Sewa Hotel
(a) Seseorang pegawai layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas gred jawatan seperti
berikut:
Gred Jenis Bilik
Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Bilik Suite Biasa (Standard Suite)
Pegawai selain di atas Bilik Biasa
(b) Bagi maksud memohon Pendahuluan Diri, kadar Bayaran Sewa Hotel dan lojing
adalah seperti panduan di JADUAL A11;
(c) Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk tempoh bertugas yang melebihi 3
bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan;
(d) Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang wajib ke
atas sewa hotel adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar
Bayaran Sewa Hotel itu;
(e) Seseorang pegawai adalah layak menuntut Elaun Lojing mengikut kadar-kadar
seperti di JADUAL A11 jika tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel; dan
(f) Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing
jika penginapan disediakan oleh Institut atau Penganjur.

20 Elaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan


(a) Seseorang pegawai yang melakukan penerbangan melebihi dua belas (12) jam
terus-menerus, dibenarkan singgah bermalam untuk satu malam sahaja di sesuatu
tempat dalam perjalanan itu, iaitu sekali semasa perjalanan pergi dan sekali dalam
perjalanan pulang, dengan syarat perjalanan yang ditempuh (route) itu merupakan
perjalanan yang diperakui paling singkat. Bagi tempoh persinggahan tersebut,
pegawai adalah layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian dan Bayaran Sewa
Hotel atau Elaun Lojing.
(b) Seseorang pegawai yang perlu singgah bermalam semasa dalam perjalanan disebabkan
oleh ketiadaan kapal terbang atau kemudahan pengangkutan lain dan juga perbelanjaan
bermalam itu tidak diimbuhkan oleh mana-mana syarikat penerbangan adalah layak
juga menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian dan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun
Lojing.

14
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

21
Elaun Gantian Tetap
(a) Seseorang pegawai layak menuntut Elaun Gantian Tetap jika tempoh bertugas rasmi
itu adalah melebihi 3 bulan tetapi kurang daripada 6 bulan termasuk hari kelepasan
am dan mingguan mengikut kadar seperti berikut:
(Elaun Makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari bertugas rasmi;
(b) Bagi tujuan (a) di atas, jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di
luar negara hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Seseorang pegawai yang
pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih daripada 7 hari dan
kembali meneruskan tugas tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas yang
baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya; dan
(c) Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap
sama ada Elaun Makan atau Elaun Lojing, jika komponen tersebut tidak disediakan
oleh Institut atau Penganjur.

22 Belanja Pelbagai
Seseorang pegawai layak menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut:
(a) tambang pengangkutan awam tempatan jika kenderaan tidak disediakan;
(b) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;
(c) belanja dobi yang disokong dengan resit;
(d) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;
(e) bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit;
(f) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai ganti rugi berkaitan dengan pertukaran
kepada mata wang asing;
(g) 15% daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran tips, gratuities atau porterage;
dan
(h) bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit.

23 Belanja Keraian
Seseorang pegawai layak menuntut Belanja Keraian tertakluk kepada syarat seperti berikut:
(a) seseorang pegawai yang dibenarkan oleh Perbendaharaan membuat perbelanjaan
bagi mengadakan keraian rasmi semasa bertugas rasmi di luar negara hendaklah
mengehadkan jumlah perbelanjaan di aras yang berpatutan dan tiap-tiap perbelanjaan
itu hendaklah disokong dengan resit;
(b) kelulusan bagi sesuatu keraian rasmi seperti jamuan makan dan sebagainya boleh
diberi jika sesuatu perwakilan itu diketuai oleh seorang Menteri. Belanja mengadakan
keraian yang diberi secara peribadi iaitu yang bersifat persendirian tidak boleh
dipertanggungkan kepada Kerajaan atau Institut; dan
(c) sekiranya ahli-ahli sesuatu perwakilan itu terdiri daripada pegawai-pegawai sahaja,
peruntukan kewangan untuk mengadakan keraian hanya dapat dipertimbangkan jika
dapat ditunjukkan terlebih dahulu bahawa keraian rasmi terpaksa diadakan untuk
kepentingan Kerajaan atau Institut.

24 Elaun Pakaian Panas


Seseorang pegawai, tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negara yang
tertakluk kepada arahan yang berasingan, adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas
sebanyak RM1,500 serta pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa atau sekali dalam

15
Perintah-Perintah AM MARDI

tempoh tiga tahun apabila dikehendaki bertugas di luar negara di negara atau kawasan
beriklim sederhana atau sejuk. Bagi tujuan pembayaran elaun ini, negara atau kawasan
beriklim sederhana atau sejuk bermakna, negara atau kawasan yang terletak di utara
Garisan Sartan (Tropic of Cancer) dan negara/kawasan yang terletak di selatan Garisan
Jadi (Tropic of Capricorn). Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar
negara atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang dari luar negara. Kelulusan elaun
hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai tersebut.

25 Belanja Perubatan
Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara dan terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut Belanja Perubatan tertakluk
kepada syarat-syarat seperti berikut:
(a) Belanja Perubatan hendaklah munasabah. Jika terdapat Perkhidmatan Kesihatan
Negara di negara berkenaan seberapa boleh ia hendaklah digunakan;
(b) Belanja Perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja;
(c) Seseorang pegawai yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan
dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing semasa di dalam hospital tersebut;
(d) Bayaran hospital dan wad adalah ditanggung oleh Institut; dan
(e) Di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan
rawatan hospital, bayaran premium bagi seseorang pegawai itu adalah ditanggung
oleh Institut.

BAHAGIAN III
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN SEMASA BERTUGAS RASMI

26 Kemudahan Perjalanan Dengan Kapal Terbang


Seseorang pegawai adalah digalak menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk
menjalankan tugas rasminya jika ia lebih murah dan menjimatkan masa tertakluk kepada
syarat seperti berikut:
(a) Semua perjalanan udara rasmi hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan Sistem
Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) atau syarikat-syarikat penerbangan lain yang
diluluskan bagi penerbangan domestik selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 4
Tahun 1998 dan surat Jabatan Perdana Menteri bil. PM(S)17050/1 Jld.11(46) bertarikh
15 Jun 2007. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2008 telah menetapkan bahawa
semua perjalanan udara rasmi ke luar negara bagi semua pegawai dan mereka yang
ditaja perjalanannya oleh Kerajaan atau Institut adalah dikehendaki menggunakan
perkhidmatan penerbangan MAS. Walau bagaimanapun, pegawai boleh juga memilih
untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan Syarikat AirAsia Berhad (AirAsia)
atau mana-mana penerbangan tertakluk kepada arahan dan peruntukan-peruntukan
yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
(b) Perjalanan udara hendaklah melalui arah perjalanan yang paling dekat;
(c) Kelayakan kelas tempat duduk penerbangan pegawai adalah seperti di JADUAL A12;
(d) Sekiranya pegawai dikehendaki menjadi ketua sesuatu delegasi, beliau adalah layak
mendapat kemudahan penerbangan mengikut kelayakannya atau kelayakan ahli yang
paling kanan dalam delegasi tersebut; dan

16
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

(e) Sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan penerbangan tetapi Kelas yang


diberi adalah rendah daripada Kelas yang dilayaki, maka pegawai layak mendapat
kemudahan sebagaimana kelayakannya dengan perbezaan tambang ditanggung oleh
Institut.

27 Pendahuluan Diri
Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat sama ada di
dalam atau di luar negara adalah layak memohon Pendahuluan Diri sebelum bertolak
untuk menjalankan tugas rasminya tertakluk kepada syarat-syarat di Surat-Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1990 dan Bil. 2 Tahun 1993 serta apa-apa peraturan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa. Seseorang pegawai tidak layak diberi sebarang
Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang
Pendahuluan Diri berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang telah diluluskan kepadanya.
Pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh dianggap sebagai satu kelulusan bagi membuat
perjalanan ke luar negara.

28 Bayaran Sagu hati Persidangan
Seseorang pegawai yang ditugaskan dalam urus setia sesuatu Persidangan Kebangsaan
atau Antarabangsa (tetapi tidak termasuk Urus Setia tetap yang bertanggungjawab untuk
mengelolakan persidangan berkenaan mengikut fungsi/tugasannya) atau seseorang pegawai
yang ditugaskan sebagai pegawai protokol di dalam Persidangan Antarabangsa atau
Majlis-majlis Rasmi Kerajaan peringkat Persekutuan dan Negeri termasuk mengiringi
tetamu asing yang diberi taraf Tetamu Negara layak menuntut Bayaran Sagu hati mengikut
kadar-kadar dan syarat-syarat seperti di JADUAL A13.

29 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah


Seseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh Mahkamah untuk memberi keterangan
bagi pihak Kerajaan, Institut atau keterangan pakar adalah layak menuntut elaun, kemudahan
dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi. Segala bayaran yang biasanya dibuat oleh
Mahkamah ataupun pihak-pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada
Institut kecuali yang dibenarkan disimpan di bawah Fees (Public Officers) Regulations, 1953.

30 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan


(a) Seseorang pegawai atau pesara yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan
untuk menerima Pingat atau Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri adalah
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah ia bertugas rasmi. Bagi
pesara, tuntutan boleh dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan kadarnya
adalah mengikut gred jawatan yang akhir sebelum pegawai bersara.
(b) Dua orang tetamu yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat
atau Darjah Kebesaran bagi seseorang pegawai adalah juga layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran di mana kadarnya adalah mengikut kelayakan pegawai
tersebut atau bagi tetamu pesara pula kadarnya adalah mengikut gred jawatan akhir
sebelum pegawai tersebut bersara.

17
Perintah-Perintah AM MARDI

(c) Seseorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat Posthumous dan
dua orang tetamu yang diundang dan hadir bersama pegawai tersebut adalah layak
menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan kelayakan pegawai
yang meninggal berkenaan. Tuntutan ini hendaklah dikemukakan kepada Institut.

31 Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama


Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Institut layak
membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan
yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut:
(a) Pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun Perjalanan Kenderaan/
tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan
untuk melapor diri/berkursus/menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke
Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan
(b) Tambang Pengangkutan Awam/Tuntutan Perjalanan Kenderaan/tiket kapal terbang
yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat
penempatan tetap pegawai.

32 Tuntutan Perjalanan Selepas Waktu Bekerja dan Hari Cuti
Seseorang pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan iaitu elaun Perjalanan
Kenderaan, Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut dan Tambang Pengangkutan Awam
bagi perjalanan dari rumah ke Pejabat atau sebaliknya pada setiap hari bekerja biasa.
Walau bagaimanapun, pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarahkan secara
bertulis oleh Ketua Pusat Tanggungjawab untuk datang ke Pejabat atau ke mana-mana
tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja biasanya atau
pada hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.

33 Tuntutan Perjalanan Bagi Menghadiri Acara Rasmi Kerajaan


Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan oleh Ketua Pusat
Tanggungjawab untuk menghadiri acara rasmi Kerajaan pada hari bekerja biasa, hari
rehat mingguan dan hari kelepasan am terhad kepada syarat berikut:
(a) majlis berkenaan merupakan acara rasmi anjuran Kerajaan bagi sambutan
hari-hari kebesaran yang diisytiharkan sebagai kelepasan cuti am di peringkat
kebangsaan/negeri sahaja seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan
seumpamanya; dan
(b) pegawai mendapat arahan bertulis daripada Ketua Pusat Tanggungjawab untuk
hadir ke majlis tersebut.

BAHAGIAN IV
ELAUN-ELAUN KERANA BERKURSUS

34 Kursus Pendek Di Dalam Negara dan di Luar Kawasan Ibu Pejabat


Seseorang pegawai yang mengikuti kursus pendek sepenuh masa di dalam negeri layak
menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:
(a) Elaun Makan dan jika perlu menginap, Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan
resit mengikut had maksimumnya atau Elaun Lojing bagi sepanjang tempoh kursus

18
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

mengikut kadar seperti di Jadual sekiranya kemudahan makan dan penginapan tidak
disediakan oleh Institut atau Penganjur seperti di JADUAL A14.
(b) Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak disediakan itu
layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan,
maka pegawai layak menuntut Elaun Makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada
kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang
tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:
(i) sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan;
(ii) makan tengah hari – 40% daripada Elaun Makan; dan
(iii) makan malam – 40% daripada Elaun makan;
(c) Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum
kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua
hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat
seperti mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.
Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan
ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian
daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;
(d) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:
(i) perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sahaja.
Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk
bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat
Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;
(ii) seseorang pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan diarahkan oleh
Ketua Pengarah bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat seperti
mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;
(iii) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah tertakluk kepada syarat penggunaan
kenderaan sendiri seperti mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling
Bertugas Rasmi yang berkaitan;
(iv) seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut mana yang
lebih murah dan yang sepatutnya dinaiki tertakluk kepada syarat seperti berikut:
(1) Kereta Api
penggunaan perkhidmatan kereta api adalah dibenarkan mengikut
kelayakan seperti mana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas
Rasmi yang berkaitan;
(2) Kapal Terbang
penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai
hanya dibenarkan sekiranya difikirkan sangat perlu dan mustahak bagi
seseorang pegawai sampai ke Pusat Pengajian pada masa yang ditetapkan.
Cukai Lapangan Terbang layak dituntut;
(3) Lain-Lain
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain yang dinyatakan
di atas adalah dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan tambang lazim
bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja.

19
Perintah-Perintah AM MARDI

(v) Seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaannya sendiri


layak menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali
sahaja bersamaan dengan tambang lazim perkhidmatan pengangkutan awam
yang sepatutnya dinaiki mengikut kelayakan dengan syarat dinyatakan di
dalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan
(vi) Seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-
apa tambang atau apa-apa bayaran tambahan bersabit dengan perjalanan kapal
terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen
kereta api dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke
tempat berkursus dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang, bayaran
tempat tidur dalam kereta api (berth charges), bayaran tol dan sebagainya.

35
Kursus Pendek Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
(a) Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, bayaran sebanyak RM15.00 sehari
untuk hari-hari berkursus sahaja dengan syarat:
(i) kemudahan makan tidak disediakan oleh Institut atau Penganjur; dan
(ii) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas.
(b) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di Perintah
Am 34(d) di atas.

36
Kursus Panjang Di Dalam Negeri dan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
(a) Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, Elaun Sara Hidup sebanyak
RM25.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus tertakluk kepada syarat seperti
berikut:
(i) pegawai tidak menerima Arahan Pertukaran; dan
(ii) kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan, Institut
atau Penganjur.
(b) Sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan, maka elaun yang tidak disediakan
itu layak dituntut mengikut pecahan unsur elaun iaitu 50% untuk penginapan dan
50% untuk makan. Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, maka
pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu mengikut kadar
seperti di Perintah Am 34(b) di atas;
(c) Sekiranya Pusat Pengajian mengarahkan seseorang pegawai mengikuti kajian luar/
latihan amali atau disangkutkan di pejabat di luar Pusat Pengajiannya, maka pegawai
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti
di Perintah Am 34(a) di atas. Dalam tempoh ini pegawai tidak layak menuntut
Elaun Sara Hidup seperti di (a);
(d) Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum
kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua
hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat
seperti mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.
Bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke
atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada
kadar Bayaran Sewa Hotel itu; dan
(e) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di Perintah
Am 34(d) di atas.

20
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

37
Kursus Panjang Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
(a) Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, Elaun Sara Hidup sebanyak
RM15.00 sehari sepanjang kursus tertakluk kepada syarat seperti berikut:
(i) pegawai yang berkursus di dalam kawasan Ibu Pejabat; atau
(ii) pegawai dari luar kawasan Ibu Pejabat yang menerima Arahan Pertukaran;
dan
(iii) kemudahan makan tidak disediakan oleh Institut atau Penganjur; dan
(iv) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas.
(b) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di Perintah
Am 34(d).
(c) Seseorang pegawai yang mengikuti kursus yang diiktiraf sebagai kursus Diploma/
Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan
yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga.

38 Kursus Sambilan Di Dalam Negeri dan Di Luar Kawasan Ibu Pejabat


(a) Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, bayaran sebanyak RM10.00 sehari
bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk
bantuan makan dan RM5.00 untuk bantuan perjalanan sekiranya kemudahan makan
dan pengangkutan tidak disediakan oleh Institut atau Penganjur; dan
(b) Bagi tujuan menghadiri Kursus Sambilan pegawai tidak layak menuntut Elaun
Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam.

39 Kursus Sambilan Di Dalam Negeri dan Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat


Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, bayaran sebanyak RM8.00 sehari bagi
hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk bantuan
makan dan RM3.00 untuk bantuan perbelanjaan perjalanan sekiranya kemudahan makan
dan pengangkutan tidak disediakan. Pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan di dalam
bangunan/kompleks yang sama tidak layak menuntut bayaran di atas.

40 Kursus Pendek Di Luar Negara


Seseorang pegawai yang berkursus pendek di luar negara adalah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:
(a) Kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya
kemudahan makan tidak disediakan adalah seperti di JADUAL A15.
(b) Had maksimum kadar Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing yang layak dituntut bagi
sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan adalah
seperti di JADUAL A16. Bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran
lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira
sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;
(c) Sekiranya salah satu kemudahan sahaja yang disediakan, maka hanya unsur yang
tidak disediakan itu layak dituntut. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan
makan disediakan pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan
itu tertakluk kepada kadar seperti di subperaturan Perintah Am 34(b);
(d) Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum
kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh dua hari iaitu sehari
sebelum berkursus dan sehari selepas tamat kursus mengikut kadar dan syarat seperti

21
Perintah-Perintah AM MARDI

mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.


Bayaran Perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke
atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada
kadar Bayaran Sewa Hotel itu;
(e) Elaun Pakaian Panas mengikut kadar dan syarat seperti mana yang diperuntukkan
di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;
(f) Bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit;
(g) Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:
(i) perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali sahaja;
(ii) perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan, sekali
sahaja;
(iii) perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke Pusat Pengajian sekali
sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan
untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat
Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;
(iv) seseorang pegawai yang disangkut ke sesuatu pejabat dan diarahkan oleh Ketua
Pengarah bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat
seperti mana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan;
(v) seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:
(1) Kapal Terbang
penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai
seperti mana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan;
(2) Kereta Api
penggunaan perkhidmatan kereta api mengikut kelayakan pegawai
seperti mana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan;
(3) Lain-Lain
penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain yang dinyatakan
di atas dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan tambang lazim bagi
satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja.
(h) Walau apapun peruntukan di atas, seseorang pegawai yang mengikuti kursus di
luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan
hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah
Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.

41 Kursus Panjang Di Luar Negara


Seseorang pegawai yang mengikuti kursus panjang sama ada yang diiktiraf atau tidak
sebagai kursus peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada
peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Institut.

22
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

42 Pendahuluan Diri
Seseorang pegawai yang berkursus di luar Ibu Pejabat sama ada di dalam atau di luar
negara adalah layak memohon Pendahuluan Diri tertakluk kepada syarat seperti mana
yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.

43 Peruntukan Am
Sekiranya kemudahan makan, penginapan dan pengangkutan bagi mengikuti kursus
pendek/panjang di dalam negeri atau luar negara disediakan oleh Institut atau penganjur,
maka pegawai tidak layak lagi menuntut elaun, kemudahan dan bayaran berkaitan.

BAHAGIAN V
BAYARAN INSENTIF DALAM PERKHIDMATAN

44
Bayaran Insentif Pedalaman
(a) Bayaran Insentif Pedalaman boleh diberi sebagai galakan kepada pegawai yang
berkhidmat di kawasan terpencil. Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan
terpencil mengikut keperihalan negeri masing-masing sebagai kawasan pedalaman
adalah seperti berikut:
(i) Kemudahan Asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan
elektrik); dan
(ii) Kemudahan Awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon
awam dan kemudahan perubatan).
(b) Bayaran Insentif Pedalaman akan dibayar kepada pegawai Institut yang diarah
bertugas di kawasan pedalaman dan memenuhi semua syarat seperti yang berikut:
(i) diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman;
(ii) tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan
(iii) berkhidmat selama tempoh satu bulan kalendar atau lebih di kawasan
pendalaman.

45
Bayaran Insentif Wilayah
(a) Seseorang pegawai yang bertukar wilayah adalah layak menerima Bayaran Insentif
Wilayah berdasarkan kadar-kadar yang ditetapkan oleh Lembaga seperti di JADUAL
A17.
(b) Syarat-syarat pemberian Bayaran Insentif Wilayah adalah:
(i) Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Semenanjung;
(ii) Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Sabah dan Sarawak;
(iii) Pegawai Sabah dan Sarawak yang bertukar di antara negeri-negeri itu sendiri;
(iv) Pegawai dari Semenanjung dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan
di Labuan;
(v) Pegawai Sabah dan Sarawak yang bertugas di kedua-dua buah negeri; dan
(vi) Pegawai yang memohon bertukar ke luar dari wilayah asalnya.

23
Perintah-Perintah AM MARDI

46 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal


Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal adalah diberi kepada skim-skim perkhidmatan yang
ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Perkhidmatan Kritikal dan pindaannya dari semasa ke
semasa. Bayaran ini tidak melibatkan Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Tertakluk kepada
pindaan, kadar bayaran bulanan adalah 5% daripada gaji pokok sebulan bagi Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dan sebanyak 10% gaji pokok sebulan bagi Kumpulan Sokongan.

47 Bayaran Insentif Tugas Kewangan
(a) Bayaran Insentif Tugas Kewangan diberikan kepada Pembantu Tadbir
Perkeranian dan Operasi dan Pembantu Akauntan sama ada lantikan tetap dan
kontrak yang menjalankan tugas dalam bidang kewangan sepenuh masa dalam
bidang berikut:
(i) Pengurusan dan kawalan belanjawan;
(ii) Pengurusan kewangan am;
(iii) Pengurusan terimaan;
(iv) Pengurusan perolehan Institut;
(v) Pengurusan bayaran emolumen;
(vi) Pengurusan pembayaran;
(vii) Pengurusan akaun; dan
(viii) Pengurusan pelaburan dan pinjaman.
(b) Institut boleh menimbangkan dan meluluskan bayaran Bayaran Insentif Tugas
Kewangan kepada Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi dan Pembantu Akauntan
yang ditempatkan bertugas bersendirian di pejabat kecil dan menjalankan tugas
dalam bidang kewangan di samping menjalankan tugas lain.
(c) Bayaran Insentif Tugas Kewangan adalah berdasarkan kedudukan sama ada pegawai
tersebut memperoleh sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara. Kadar
adalah seperti di JADUAL A18.

48 Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
(a) Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi yang layak dibayar Bayaran Insentif
Tugas Pengurusan Stor adalah mereka yang menjalankan tugas pengurusan stor
sepenuh masa dalam bidang berikut:
(i) kawalan stok; dan
(ii) penstoran.
(b) Pegawai yang dilantik secara kontrak dan sementara yang menjalankan tugas
pengurusan stor sepenuh masa dalam bidang seperti yang dinyatakan (a) juga layak
dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor. Kadar adalah seperti di JADUAL
A19.

24
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

49 Peruntukan Am
Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif tetapi meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan
lebih secara berturut-turut tidak layak dibayar bayaran insentif berkenaan bagi tempoh
tersebut. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada mereka yang meninggalkan
tugasnya bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan
mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut:
(a) Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Pengarah;
(b) Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Pengarah; dan
(c) Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit.

BAHAGIAN VI
ELAUN DAN BAYARAN DALAM PERKHIDMATAN

50 Elaun Pembantu Khas


(a) Elaun ini dibayar kepada Setiausaha Pejabat yang menjalankan tugas Pembantu
Khas kepada jawatan Gred Utama/Khas C ke atas serta setaraf.
(b) Kadar Elaun Pembantu Khas yang diperuntukkan bagi Setiausaha Pejabat berkenaan
adalah berdasarkan gred jawatan pegawai penyelia. Kadar adalah seperti di
JADUAL A20.
(c) Setiausaha Pejabat yang sedang menikmati elaun ini, tidak layak dibayar elaun-
elaun tersebut apabila meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan lebih secara
berturut-turut. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pegawai yang
meninggalkan tugasnya bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut
termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am dalam keadaan berikut:
(i) Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Pengarah;
(ii) Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Pengarah; atau
(iii) Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit.

51 Elaun Trengkas Dwibahasa


Elaun ini dibayar kepada Setiausaha Pejabat yang telah lulus peperiksaan trengkas
Bahasa Inggeris seperti berikut:
(a) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 80 perkataan seminit (p.s.m.) dan
menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 20 p.s.m. Kadar elaun adalah
tertakluk kepada pindaan;
(b) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 100 p.s.m. dan menaip salinan trengkas
atau nota rintas sederas 25 p.s.m. Kadar elaun adalah tertakluk kepada pindaan.
Kadar adalah seperti di JADUAL A21.

52 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu


(a) Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu dibayar kepada Pemandu Kenderaan yang
dikhususkan memandu kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gred Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’ atau kenderaan atau jentera yang
beratnya melebihi 5000 kg.
(b) Gred Pemandu dan kadar elaun adalah berdasarkan pindaan dari semasa ke semasa
seperti di JADUAL A22.

25
Perintah-Perintah AM MARDI

53 Elaun Tugas Memandu Kenderaan


(a) Elaun ini dibayar kepada pegawai Institut yang jawatannya bukan Pemandu Kenderaan
dan diarahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawabnya untuk memandu kenderaan
Institut.
(b) Pegawai yang layak dibayar Elaun Tugas Memandu Kenderaan hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut:
(i) tugas hakiki pegawai bukan memandu kenderaan;
(ii) mempunyai lesen memandu kenderaan yang sah mengikut kategori kenderaan
yang berkenaan;
(iii) bagi pegawai yang diarahkan untuk memandu bot, pegawai hendaklah
mempunyai Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut
Malaysia;
(iv) diarahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab untuk memandu kenderaan Institut
bagi menjalankan tugas-tugas rasmi; dan
(v) memandu dan menguasai kenderaan berkenaan selama tidak kurang daripada
4 jam sehari;
(vi) Pemandu Kenderaan yang diarah untuk memandu bot adalah layak dibayar
Elaun Tugas Memandu Kenderaan mengikut syarat-syarat di perenggan b(iii)
hingga b(v) di atas.
(c) Kadar elaun adalah berdasarkan pindaan dari semasa ke semasa seperti di JADUAL
A23.

54
Elaun Pemangkuan
(a) Pemangkuan adalah aturan di mana seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan
tugas berkaitan suatu jawatan secara sepenuh masa yang lebih tinggi grednya daripada
gred hakikinya dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan.
(b) Syarat-syarat pembayaran pemangkuan adalah seperti berikut:
(i) Pemangkuan selama 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan,
kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit
secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja bagi
tempoh 28 hari pertama adalah layak dibayar Elaun Pemangkuan;
(ii) Pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang disyarat di
subperaturan (a) dan kemudiaannya meninggalkan jawatan yang dipangkunya
selama 28 hari atau lebih berturut-turut termasuk hari kelepasan am,
maka pegawai berkenaan tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan. Walau
bagaimanapun, pegawai masih layak dibayar Elaun Pemangkuan iaitu:
(1) menghadiri kursus yang diarahkan oleh Kerajaan atau Institut;
(2) meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan
Lembaga;
(3) dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit.
(iii) Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan
gaji tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah;
dan

26
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

(iv) Pemangkuan yang kurang daripada 6 bulan bagi sesuatu jawatan tidak
dibenarkan kecuali bagi jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja.
(c) Apabila seseorang pegawai yang telah diluluskan bayaran elaun kerana memangku
di dalam sesuatu jawatan mengambil pula apa-apa cuti, dia tidak boleh dibayar
elaun bagi tempoh cuti itu sekiranya dalam masa dia bercuti itu seseorang pegawai
lain menjadi layak menerima elaun memangku atau tanggungan kerja kerana
menjalankan tugas jawatan yang sama. Pegawai itu juga tidak boleh dibayar elaun
kerana memangku sekiranya dia tidak menjalankan tugas jawatan yang dipangkunya
itu selama tidak kurang daripada dua puluh lapan (28) hari yang berturut-turut
termasuk hari kelepasan am kerana bercuti atau atas sebab-sebab yang lain.
(d) Pihak berkuasa yang boleh meluluskan dan membuat pertimbangan memangku
ialah Lembaga Kenaikan Pangkat dan Pengerusinya. Perakuan-perakuan memangku
hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah sebaik-baiknya sebelum seseorang
pegawai itu memangku, tetapi hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan setelah
seseorang itu memangku. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah menyertakan
bersama-sama perakuannya segala butir-butir yang biasa dikehendaki oleh Pihak
Berkuasa Melulus.

55 Elaun Penanggungan Kerja


(a) Penanggungan kerja adalah aturan pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh
seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu
tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
(b) Pegawai yang telah diluluskan penanggungan kerja hendaklah dibayar Elaun
Penanggungan Kerja tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) Telah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama dua puluh
lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan
am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara
terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja;
(ii) Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya
meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama empat belas (14)
hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan
am, maka pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan;
(iii) Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudiannya
diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun
Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan
seterusnya tidak kurang empat belas (14) hari berturut-turut termasuk cuti
mingguan dan kelepasan am. Dalam konteks ini, jawatan yang sama bermaksud
jawatan yang pernah ditanggung kerja sebelumnya;
(iv) Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa,
bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas
dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat;.

27
Perintah-Perintah AM MARDI

(v) Seseorang pegawai hanya boleh dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja
sahaja pada satu (1) masa; dan
(vi) Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi 6 bulan. Sekiranya
ada keperluan, Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah membuat permohonan
semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada
Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.

56 Elaun Tugas Khas Pentadbiran


(a) Elaun ini diberikan kepada pegawai-pegawai yang menjalankan tugas-tugas
pentadbiran sebagai tambahan kepada tugas jawatan hakiki.
(b) Kategori jawatan dan kadar elaun adalah seperti di JADUAL A24.

57 Elaun Semasa Menghadiri Peperiksaan atau Temuduga Di bawah Urusan KPSL


Pegawai yang dikehendaki atau dibenarkan mengambil peperiksaan jabatan atau temuduga
bagi tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dibenarkan menuntut elaun-elaun
sebagaimana bertugas rasmi.

58 Elaun Gangguan
Elaun ini dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Kadar yang dilayakinya
akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukar balik ke wilayah asalnya. Oleh itu,
sebelum pegawai itu bertukar ia bolehlah, sekiranya perlu dibayar Elaun Gangguan secara
pendahuluan, sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran
Elaun Gangguan ini akan dibayar berasaskan gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu
sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami
isteri yang bertukar ke wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak menuntut
Elaun Gangguan, berasaskan pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi.

59 Elaun Perumahan Wilayah


(a) Elaun Perumahan Wilayah diberikan kepada Pegawai yang bertukar wilayah iaitu:
(i) pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang
dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; atau
(ii) pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak; atau
(iii) pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau
ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak
yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan).
(iv) peraturan untuk pemberian elaun adalah seperti di JADUAL A25.
(b) Di mana terdapat Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan yang disediakan
oleh Institut, maka pegawai tidak ada pilihan dan dikehendaki menduduki rumah
berkenaan. Dengan itu, pegawai tidak lagi layak mendapat Elaun Perumahan
Wilayah atau Imbuhan Tetap Perumahan.

28
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

60 Bayaran Balik Letak Kereta


(a) Bayaran Balik Letak Kereta diberi kepada pegawai yang disahkan oleh Ketua
Pengarah perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa
ruang letak kereta di pejabat masing-masing.
(b) Tertakluk kepada pindaan, Kadar baru Bayaran Balik Letak Kereta adalah berdasarkan
JADUAL A26.

BAHAGIAN VII
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN
BERTUKAR ATAU BERPINDAH RUMAH

BERTUKAR
61 Kelayakan Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar
(a) Seseorang pegawai yang bertukar adalah layak menuntut elaun dan bayaran seperti
berikut:
(i) Elaun Gantian Makan;
(ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing;
(iii) Pemberian Pindahan;
(iv) Elaun Perjalanan Kenderaan; atau
(v) Tambang Pengangkutan Awam;
(vi) Belanja Pelbagai; dan
(vii) Elaun-elaun lain atau bayaran yang diterima pakai oleh Lembaga
(b) Seseorang pegawai yang diluluskan bertukar atas permintaannya sendiri tidak akan
dibayar elaun-elaun dalam subperaturan (1), melainkan dalam hal keadaan tertentu
yang diluluskan oleh Kuasa Tertentu seperti:
(i) Pegawai telah berkhidmat selama lima tahun di stesen berkenaan;
(ii) Memohon bertukar untuk mengikut suami/isteri dengan syarat telah berkhidmat
melebihi satu tahun;
(iii) Memohon bertukar di atas sebab kesihatan pegawai/ahli keluarga yang
memerlukan rawatan rapi;
(iv) Memohon bertukar bagi menjaga ibu/bapa yang sakit;
(v) Memohon bertukar di atas sebab ketidaksesuaian penempatan; dan
(vi) Sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah oleh Kuasa Tertentu

62 Syarat-syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar


Seseorang pegawai yang bertukar ke luar Stesen layak menuntut elaun, kemudahan dan
bayaran bagi membiayai perbelanjaan pertukaran tersebut mengikut keadaan seperti
berikut:
(a) Tuntutan elaun hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tuntutan;
(b) Tiada perbelanjaan, bayaran tambahan atau kemudahan yang layak dituntut bersabit
dengan pertukaran tersebut, umpamanya perbelanjaan bagi menghantar barang-barang
persendirian ke tempat lain;
(c) Pegawai layak menuntut perbelanjaan bagi mengangkut kenderaannya yang disokong
dengan resit sebagai tambahan kepada tuntutan bayaran pertukaran tersebut apabila
bertukar ke tempat-tempat yang tidak boleh dihubungi dengan cara berkereta;

29
Perintah-Perintah AM MARDI

(d) Tuntutan elaun pertukaran yang dibuat sebelum pegawai bertukar secara Pendahuluan
Diri boleh dibayar oleh tempat bertugas lama. Bagi tuntutan Pendahuluan Diri ini
hanya unsur-unsur Pemberian Pindahan, Elaun Gantian Makan dan Bayaran Sewa
Hotel sahaja yang boleh diambil kira. Seterusnya tuntutan tersebut hendaklah
diselaraskan dengan tuntutan sebenar. Baki tuntutan ini seterusnya boleh dibayar
oleh tempat bertugas baru. Tuntutan elaun atau bayaran yang dibuat selepas bertukar
boleh dibayar oleh tempat bertugas baru. Satu salinan borang tuntutan hendaklah
dikemukakan ke tempat bertugas lama;
(e) Pegawai yang bertukar secara berseorangan (tanpa membawa keluarga) hanya layak
menuntut elaun pertukaran seperti Bayaran Sewa Hotel, Elaun Gantian Makan dan
tambang perjalanan atas kadar bujang (seorang) terlebih dahulu. Apabila keluarga
pegawai datang kemudian, pegawai layak menuntut baki elaun yang sepatutnya
dituntut. Jika pegawai dan isteri/suami pegawai adalah kakitangan Kerajaan atau
Swasta, hanya salah seorang sahaja layak membuat tuntutan bayaran tersebut
berdasarkan kadar kelayakan pegawai atau kadar kelayakan isteri/suami pegawai,
mengikut mana yang lebih tinggi.
(f) Pegawai yang bertukar ke luar Stesen adalah bermaksud pegawai yang bertukar,
berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan sahaja layak menuntut elaun
pertukaran. Pegawai yang bertukar ke luar stesen tetapi tidak berpindah rumah
hanya layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam
bagi dirinya kerana melapor diri ke tempat bertugas baru, mengikut kelayakan di
bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;
(g) Walau apapun peruntukan-peruntukan di atas, seseorang pegawai yang bertukar
dalam Stesen tidak layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi pertukaran
tersebut;
(h) Tuntutan Elaun Gantian Makan mengikut kadar Elaun Makan di bawah Pekeliling
Bertugas Rasmi yang berkaitan adalah bagi tempoh 3 hari sebelum dan 5 hari selepas
bertukar, mengikut bilangan sebenar ahli keluarga. Tuntutan ini tidak memerlukan
pegawai mengemukakan resit/bil/invois;
(i) Pengangkutan barang-barang melalui kapal laut hendaklah dilaksanakan dengan
menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan;
(j) Tuntutan elaun pertukaran yang melibatkan penginapan adalah mengikut kadar
Bayaran Sewa Hotel di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan bagi tempoh
tiga hari sebelum dan lima hari selepas bertukar, mengikut bilangan sebenar ahli
keluarga. Walau bagaimanapun, had bilangan bilik yang dibenarkan hendaklah tidak
melebihi tiga buah sama ada bilik kelamin atau bilik bujang, mengikut bilangan
keluarga. Jika menggunakan bilik kelamin, pegawai selain pegawai yang layak
menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar di bawah Pekeliling Bertugas
Rasmi yang berkaitan layak menuntut tambahan sebanyak 25% daripada kelayakan
kadar di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Tuntutan ini memerlukan
pegawai mengemukakan resit/bil/invois. Sebaliknya, jika tidak menuntut Bayaran
Sewa Hotel pegawai layak menuntut Elaun Lojing (tanpa resit) bagi dirinya sahaja,
mengikut kelayakan di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan bagi tempoh
tiga hari sebelum dan lima hari selepas bertukar;

30
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

(k) Bagi pengangkutan barang-barang melalui jalan darat, tuntutan tambang dibuat
mengikut jarak perjalanan sebenar atas kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.
Tuntutan tambang pengangkutan barang-barang selain perjalanan melalui jalan
darat memerlukan pegawai mengemukakan resit/bil/invois. Tuntutan sebenar yang
disokong dengan resit/bil/invois bagi perjalanan melalui jalan laut adalah tertakluk
kepada had muatan yang ditetapkan oleh Lembaga seperti di JADUAL A27;
(l) Jika di mana-mana di dalam resit/invois/bil tersebut ada dicatatkan mengenai kos
pengangkutan barang-barang yang termasuk unsur-unsur bungkus membungkus,
bayaran buruh, bayaran stor, insurans dan perbelanjaan lain yang berkaitan yang
perlu ditanggung oleh pegawai untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-
barangnya maka pegawai tidak layak menuntut Pemberian Pindahan;
(m) Tuntutan tambang perjalanan pegawai boleh dibuat mengikut jarak perjalanan
sebenar berdasarkan kelayakan menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang
Pengangkutan Awam seperti kelayakan di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang
berkaitan, mengikut mana yang berkenaan;
(n) Institut boleh menyedia atau mengaturkan kemudahan kenderaan pengangkutan
barang-barang dan kenderaan perjalanan bagi pegawai serta keluarganya. Ini juga
termasuk menggunakan kemudahan tempahan kapal terbang, kereta api atau bas
melalui Waran Perjalanan Udara Awam, Waran Perjalanan Bas atau Waran Perjalanan
Kereta Api, mengikut mana yang berkenaan. Jika kemudahan tersebut diguna atau
disediakan maka pegawai yang terlibat tidak layak lagi menuntut elaun dan bayaran
bagi kemudahan yang sama. Peraturan kewangan yang lain seperti penggunaan
Pesanan Tempatan, Panggilan Sebut harga dan seumpamanya, di mana yang sesuai
adalah digalakkan;
(o) Seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit
dengan pertukaran tersebut jika kemudahan makan, penginapan, perjalanan dan
pengangkutan barang-barang disediakan; dan
(p) Tuntutan pertukaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun dari tarikh
melaksanakan arahan pertukaran tersebut;
(q) Tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah
yang layak dituntut adalah seperti di JADUAL A28.

BERPINDAH RUMAH

63 Kelayakan Memohon
Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran
bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah tersebut mengikut keadaan-keadaan
berikut:
(a) Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Institut ke rumah Institut
atau rumah yang sewanya dibayar oleh Institut dan sebaliknya atas arahan pihak
berkuasa tertentu; atau
(b) Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Institut ke rumah yang
dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.

31
Perintah-Perintah AM MARDI

64 Syarat-syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Perpindahan Rumah


Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran
bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah tersebut mengikut keadaan-keadaan
berikut:
(a) Tuntutan elaun hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tuntutan;
(b) Tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut;
(c) Perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang
misalnya perpindahan rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya
layak menuntut 1/2 atau 50% daripada bayaran penuh. Begitu juga, jika kemudahan
pengangkutan barang-barang disediakan, pegawai hanya layak menuntut 1/2 atau
50% daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara tingkat dalam blok
yang sama, pegawai tidak layak menuntut apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah
tersebut;
(d) Seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit
dengan perpindahan rumah tersebut jika kemudahan makan, perjalanan dan
pengangkutan barang-barang disediakan; dan
(e) Tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pusat
Tanggungjawab dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan
rumah dilakukan;
(f) Tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah
yang layak dituntut adalah seperti di JADUAL A29.

BAHAGIAN VIII
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN

65 Tambang Mengunjungi Wilayah Asal


Pelaksanaan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal adalah seperti berikut:
(a) Pegawai hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya tertakluk kepada sekali
pengisytiharan dalam tempoh perkhidmatan dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan
pegawai;
(b) Tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di
wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama di wilayah asal;
(c) Kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan termasuk
tambang kapal terbang yang merangkumi harga tiket penerbangan, cukai lapangan
terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api. Perbelanjaan lain seperti
penginapan, makan dan sebagainya adalah tanggungan pegawai sendiri;
(d) Menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang disediakan oleh Sistem Penerbangan
Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain yang diluluskan oleh Institut dari
semasa ke semasa;
(e) Isteri atau suami pegawai boleh disediakan tambang mengikut kelayakan pegawai
manakala tambang bagi anak pegawai adalah Kelas Ekonomi;
(f) Kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu tahun perkhidmatan pegawai di
wilayah penempatan. Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal yang tidak
digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun
hadapan;

32
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

(g) Pegawai hendaklah berkhidmat selama 6 bulan terlebih dahulu di wilayah penempatan
bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini pada kali pertama. Tempoh
6 bulan berkenaan bermula dari tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan.
Kelayakan untuk kali kedua dan seterusnya adalah pada bila-bila masa dalam tahun
berikutnya selepas tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan;
(h) Tempoh pegawai bercuti tanpa gaji atau separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk
menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti tersebut hendaklah ditambah
kepada tempoh perkhidmatan pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan
seterusnya;
(i) Bagi pegawai dan isteri atau suami yang kedua-duanya bertukar wilayah, hanya
seorang sahaja layak menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun manakala
suami atau isterinya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar
bujang mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam tempoh yang sama;
(j) Bagi isteri atau suami atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah
dibenarkan menggunakan tambang ini untuk melawat pegawai;
(k) Pegawai yang belum berkahwin yang balik ke wilayah asalnya dengan menggunakan
kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal atau atas pembiayaan sendiri
untuk berkahwin, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri atau
suaminya ke wilayah penempatan pegawai;
(l) Institut hendaklah memastikan penggunaan kemudahan tambang ini dicatatkan
dalam Buku Perkhidmatan Pegawai.

66
Bantuan Mengurus Jenazah dan Pengangkutan Jenazah
(a) Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi pegawai yang
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, sama ada di dalam atau di luar tugas
rasmi adalah layak diberi kepada pegawai-pegawai berikut:
(i) pegawai lantikan tetap;
(ii) pegawai kontrak;
(iii) pegawai sementara; dan
(iv) pegawai sambilan.
(b) Kadar bantuan bagi mengurus jenazah adalah seperti di Jadual A30;
(c) Peraturan bantuan mengurus jenazah:
(i) Apabila mendapat berita kematian seseorang pegawai di bawah seliaannya,
Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah dengan seberapa segera mendapatkan
pengesahan kematian pegawai dan mengisi borang;
(ii) Bantuan Mengurus Jenazah hendaklah dibayar secara tunai atau cek atau
bayaran pindahan secara elektronik atau mana-mana gabungan yang sesuai
kepada waris terdekat pegawai yang meninggal dunia mengikut keutamaan
seperti berikut:
(1) bagi pegawai yang sudah berkahwin adalah isteri atau suami pegawai
yang meninggal dunia. Jika pegawai mempunyai isteri lebih daripada
seorang, bayaran akan diberikan kepada isteri yang menanggung
perbelanjaan mengurus jenazah tersebut; atau

33
Perintah-Perintah AM MARDI

(2) bagi pegawai yang duda atau janda adalah anak pegawai yang berumur
18 tahun ke atas;
(3) bagi pegawai bujang adalah ibu atau bapa pegawai.
(iii) jika pegawai tidak mempunyai waris terdekat dan jenazah diuruskan oleh
mana-mana ahli keluarga pegawai, maka Bantuan Mengurus Jenazah bolehlah
diberikan kepada orang yang menanggung perbelanjaan mengurus jenazah
tersebut; atau
(iv) jika jenazah tidak mempunyai waris, maka Ketua Pengarah boleh memberikan
Bantuan Mengurus Jenazah kepada pihak yang menguruskan jenazah tersebut.
(d) Institut perlulah memastikan supaya:
(i) bayaran dibuat kepada waris pegawai atau pihak lain yang menguruskan
jenazah dengan segera. Sekiranya bayaran dibuat secara tunai, waris atau pihak
terlibat menandatangani surat akuan menerima bayaran dan sekiranya bayaran
dibuat melalui cek, Institut perlu memastikan supaya Pusat Tanggungjawab
mengeluarkan baucar pembayaran tersebut dengan serta-merta. Jika bayaran
dibuat melalui cek atau EFT surat akuan menerima bayaran tidak perlu diisi.
Walau bagaimanapun, Institut hendaklah memastikan rekod-rekod mengenai
pembayaran disimpan dengan teratur;
(ii) kadar tuntutan Bayaran Pengangkutan Jenazah adalah munasabah;
(iii) maklumat-maklumat mengenai bantuan ini dicatatkan di dalam Buku Kenyataan
Perkhidmatan Pegawai; dan
(iv) dalam tempoh sebulan selepas bayaran dibuat, maklumat-maklumat berikut
diperoleh dan disimpan dengan teratur:
(1) salinan Sijil Kematian yang diakui sah; dan
(2) salinan surat akuan penerimaan dan rekod pembayaran.
(e) Bayaran Pengangkutan Jenazah
(i) hendaklah dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar yang munasabah dan
disokong dengan resit;
(ii) tuntutan ini hendaklah dikemukakan oleh waris atau pihak yang telah menerima
Bantuan Mengurus Jenazah; dan
(iii) sekiranya kemudahan pengangkutan jenazah disediakan oleh jabatan atau
ditanggung oleh pihak lain, Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi perjalanan
tersebut tidak lagi boleh dituntut.

67 Keahlian Kelab Rekreasi


(a) Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional
dibenarkan membuat tuntutan bayaran atau yuran masuk menjadi ahli kelab rekreasi
tertakluk kepada syarat-syarat di JADUAL A31.
(b) Ketua Pengarah adalah kuasa melulus permohonan pegawai.

68 Pinjaman Komputer
Skim pembiayaan komputer diberikan kepada pegawai dengan syarat dan kadar yang
ditetapkan oleh Lembaga.

34
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

69 Pinjaman Kenderaan
Skim pembiayaan kenderaan diberikan kepada pegawai dengan syarat dan kadar yang
ditetapkan oleh Lembaga.

70 Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi, Bayaran Black Tie, Pakaian Istiadat
(a) Kelayakan pegawai untuk diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi,
Bayaran Black Tie dan Pakaian Istiadat;
(i) Pegawai yang mempunyai Pakaian Istiadat layak diberi Bayaran Pakaian
Istiadat dan boleh memilih untuk menggantikannya dengan Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi;
(ii) Pegawai yang tidak mempunyai Pakaian Istiadat dan dikehendaki menghadiri
upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis
Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan
atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi;
(iii) Pasangan kepada Pegawai yang turut hadir dalam Majlis-majlis Istiadat
Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau
Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi;
(iv) Pegawai Gred 41 dan ke atas yang diarah bertugas di Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi;
(v) Pegawai yang dikehendaki memakai Pakaian Istiadat semasa menghadiri
upacara rasmi layak diberi Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie;
(vi) Pegawai Institut dalam Kumpulan Sokongan Gred 27 hingga 40 yang diarah
bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri layak diberi Bayaran
Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.
(b) Kadar bayaran dan syarat-syarat pemberian adalah tertakluk kepada kelulusan
Lembaga. Kadar adalah seperti di JADUAL A32.

71 Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer


Tertakluk kepada syarat-syarat Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer diberikan kepada
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Juruteknik Komputer dan Penolong Pegawai
Sistem Maklumat yang bertugas secara sepenuh masa di Bilik Komputer yang sentiasa
diselenggarakan di bawah suhu 20 °C.

72 Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Yang Berada Di


Luar Negara Atas Urusan Persendirian
(a) Pegawai yang layak ialah pegawai yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak.
(b) Perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Institut yang berada di luar negara
atas urusan persendirian adalah seperti berikut:
(i) terhad kepada diri pegawai sahaja;
(ii) meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan;
(iii) had amaun perlindungan insurans kesihatan adalah seperti yang dinyatakan di
dalam polisi insurans yang dikemukakan oleh syarikat penanggung insurans
kesihatan; dan

35
Perintah-Perintah AM MARDI

(iv) sekiranya kos rawatan sebenar melebihi had amaun perlindungan yang
ditetapkan oleh syarikat penanggung insurans kesihatan, perbezaan kos akan
ditanggung oleh Institut tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah.
(c) Syarat mengenai kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai
Institut yang berada di luar negara atas urusan persendirian adalah seperti berikut:
(i) pegawai perlu mendapatkan kelulusan ke luar negara daripada Ketua Pengarah
dan kemudahan perlindungan insurans kesihatan dengan menggunakan borang
yang disediakan;
(ii) pegawai hendaklah mendapatkan kemudahan perlindungan insurans kesihatan
daripada syarikat penanggung insurans kesihatan yang dilantik oleh Institut;
dan
(iii) lawatan persendirian yang dilindungi oleh insurans kesihatan yang ditanggung
oleh Institut adalah terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar dan
tempoh lawatan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh bertolak dari Malaysia.

36
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

JADUAL A1
____________

KADAR BAYARAN SEWA HOTEL ATAU ELAUN LOJING


Perintah Am Bab A 3(e)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

DAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2010


Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 Dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 8 Tahun 1982

(a) Semenanjung Malaysia


Gred Sewa Hotel (maksimum) Elaun Lojing
(RM) (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Sebenar (Bilik Superior) 75.00
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 70.00
45 hingga 52 180.00 60.00
41 hingga 44 160.00 55.00
27 hingga 40 140.00 45.00
17 hingga 26 130.00 40.00
1 hingga 16 120.00 35.00
(b) Sabah, Labuan dan Sarawak
Gred Sewa Hotel (maksimum) Elaun Lojing
(RM) (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Sebenar (Standard Suite) 85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Sebenar (Bilik Superior) 80.00
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 75.00
45 hingga 52 200.00 70.00
41 hingga 44 170.00 60.00
27 hingga 40 160.00 50.00
17 hingga 26 150.00 45.00
1 hingga 16 140.00 40.00

37
Perintah-Perintah AM MARDI

JADUAL A2
____________

KADAR BAYARAN ELAUN MAKAN


Perintah Am Bab A 4(d)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

Gred Semenanjung Malaysia Sabah, Labuan dan


(RM) Sarawak (RM)
Utama/Khas ‘A’dan ke atas 115.00 165.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 100.00 130.00
53 dan 54 85.00 115.00
45 hingga 52 60.00 80.00
41 hingga 44 45.00 65.00
17 hingga 40 40.00 55.00
1 hingga 16 35.00 50.00

JADUAL A3
____________

KADAR ELAUN HIDUP PEMANDU


Perintah Am Bab A 6

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

Semenanjung Malaysia RM30.00 semalam


Sabah dan Sarawak RM40.00 semalam
Singapura dan Brunei Darussalam RM45.00 semalam

38
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

JADUAL A4
____________

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN


Perintah Am Bab A 7(e)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2006


Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 Dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 4 Tahun 2003 Mengenai Elaun Perjalanan Kenderaan

Jarak perjalanan bertugas rasmi Kelas (sen/km)


bagi tiap-tiap satu bulan
A B C D E
500 kilometer pertama 70 60 50 45 40
501 – 1,000 km 65 55 45 40 35
1,001 – 1,700 km 55 50 40 35 30
1,701 km dan seterusnya 50 45 35 30 25

JADUAL A5
____________

ELAUN GANTIAN TETAP


Perintah Am Bab A 10(a)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

Elaun Gantian Tetap mengikut kadar seperti yang berikut:


(a) Melibatkan Bermalam 2/3 (Elaun Makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari
bertugas rasmi
(b) Tidak Melibatkan Bermalam 2/3 (Elaun Harian) x Jumlah hari bertugas rasmi

39
Perintah-Perintah AM MARDI

JADUAL A6
____________

ELAUN BANTUAN GAJI PEMANDU


Perintah Am Bab A 11(a)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

GRED KADAR
Khas ‘B’ (tidak termasuk Jawatan RM300.00 sebulan
Utama ‘B’) dan Utama/Khas ‘C’
53 dan 54 RM250.00 sebulan
45 hingga 52 20 sen bagi satu km perjalanan rasmi
hingga tidak melebihi RM200.00 sebulan
41 hingga 44 15 sen bagi satu km perjalanan rasmi
hingga tidak melebihi RM160.00

JADUAL A7
____________

ELAUN PERJALANAN MOTOBOT/MOTOSANGKUT


Perintah Am Bab A 13

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

KUASA KUDA (K.K) BAYARAN


10 k.k dan ke bawah 0.50 sen satu KM
Lebih daripada 10 k.k hingga 25 k.k 0.75 sen satu KM
Lebih daripada 26 k.k 0.95 sen satu KM

40
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

JADUAL A8
____________

ELAUN MOTOSIKAL
Perintah Am Bab A 14(a)

Surat Arahan Perbendaharaan 19 Mei 2009


Semakan Kadar Elaun Basikal Di Bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 Dan
Pewujudan Elaun Motosikal
(a) pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi 12 hari atau lebih
dalam sebulan boleh menuntut Elaun Motosikal sebanyak RM120 sebulan atau menggunakan
kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi; dan
(b) pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas rasmi kurang daripada
12 hari hendaklah membuat tuntutan mengikut kadar Elaun Perjalanan Kenderaan yang
sedang berkuat kuasa.

JADUAL A9
____________

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM


Perintah Am Bab A 15

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)
(a) Teksi/Kereta Sewa/Bas/Motobot/Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini.
Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut dan disokong dengan
resit sekiranya resit ada dikeluarkan;
(b) Kereta Api/Kapal Laut/Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini

GRED KELAS
27 dan ke atas Kelas Satu
  1 – 26 Kelas Dua

41
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A10
___________

ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN (LUAR NEGARA)


Perintah Am Bab A 18(a)

SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN 14 JUN 2006


Pindaan Kadar Tuntutan Elaun Makan Dan Pendahuluan Diri Sewa Hotel Semasa Bertugas
Di Luar Negara Di Bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 Dan Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003

GRED KADAR (RM) SEHARI


Utama/Khas ‘A’ dan ke atas 370.00
Utama/Khas ‘B’ dan C’ 340.00
53 dan 54 320.00
45 hingga 52 270.00
1 hingga 44 Seperti di Lampiran “A2” Pindaan
Surat Arahan Perbendaharaan 14 Jun 2006

__JADUAL A11
___________

ELAUN MAKAN, PANDUAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA


BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
Perintah Am Bab 19(b) dan (e)

SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN 14 JUN 2006


Pindaan Kadar Tuntutan Elaun Makan Dan Pendahuluan Diri Sewa Hotel Semasa Bertugas
Di Luar Negara Di Bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 Dan Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003

Kategori Negara Elaun Makan (RM) Pendahuluan Diri Elaun Lojing (RM)
Sewa Hotel (RM)
Kategori I 175 400 100
Kategori II 195 440 120
Kategori III 215 480 140
Kategori IV 235 520 160
Kategori V 255 560 180

42
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

KATEGORI I

Afghanistan Chile Kiribati Nepal Portugal Tuvalu


Bangladesh Colombia Laos North Korea Samoa Vietnam
Bolivia Ecuador Maldives Pakistan Sri Lanka
Bulgaria Fiji Mauritius Peru Tanzania
Cambodia India Myanmar Philippines Tonga

KATEGORI II

Angola Hungary Morrocco Paraguay Seychelles Vanuatu


Argentina Indonesia Mozambique Poland South Africa Zimbabwe
Botswana Lesotho Namibia Republik Czech Solomon Island
Ethiopia Madagascar Nauru Republik Slovak Swaziland
Ghana Malawi New Zealand Senegal Taiwan
Greece Mali Papua New Thailand
Guinea Malta Guinea Tunisia
Uganda
Uruguay

KATEGORI III

Albania Balarus Georgia Kenya Mongolia Sudan


Algeria Brunei Gibraltar Kuwait Netherland Tajikistan
Armenia Darussalam Iraq Kyrgyzstan Norway Turkmenistan
Australia China Ireland Lebanon Qatar Ukraine
Austria Cuba Jamaica Libya Romania Uzbekistan
Azerbaijan Cyprus Jordan Luxembourg Russia
Bahrain Egypt Kazakstan Moldova Spain

KATEGORI IV

Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela


Bosnia- Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen
Herzegovina Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia
Brazil Denmark Guyana Serbia & Syria
Montenegro

KATEGORI V

Barbados Hong Kong Japan Oman Sweden United Arab


Dubai Iran Macau South Korea Trinidad & Emirates
Finland Italy Mexico St. Lucia Tobago United Kingdom
Turkey USA

43
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A12
___________

KELAYAKAN KELAS TEMPAT DUDUK PENERBANGAN


Perintah Am Bab A 26

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

Penerbangan Di Dalam Negeri


Gred Kelas
53 dan ke atas Kelas Business
1 hingga 52 Kelas Ekonomi

Penerbangan Ke Luar Negara


Gred Kelas
Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Ketua Kelas Satu
Setiausaha Kementerian
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Kelas Business
1 hingga 54 Kelas Ekonomi

__JADUAL A13
___________

BAYARAN SAGU HATI PERSIDANGAN


Perintah Am Bab A 28

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)

Gred Kadar (RM/sehari)


41 dan ke atas 50.00
17 hingga 40 30.00
1 hingga 16 20.00

44
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

__JADUAL A14
___________

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA
BERKURSUS DI DALAM NEGERI
Perintah Am Bab A 34(a)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2005


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan
Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Praperkhidmatan

GRED ELAUN SEWA ELAUN


MAKAN (RM) HOTEL (RM) LOJING (RM)
SEMENANJUNG MALAYSIA
Utama/Khas ‘A’dan ke atas atau Yang Setaraf 90.00 Bilik Biasa 80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf 90.00 Bilik Biasa 75.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf 70.00 Bilik Biasa 70.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf 60.00 145.00 60.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf 45.00 130.00 55.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf 40.00 80.00 35.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf 35.00 65.00 30.00
SABAH, LABUAN DAN SARAWAK
Utama/Khas ‘A’dan ke atas atau Yang Setaraf 120.00 Bilik Biasa 85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf 120.00 Bilik Biasa 80.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf 90.00 Bilik Biasa 75.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf 80.00 160.00 70.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf 65.00 140.00 60.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf 55.00 100.00 40.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf 50.00 80.00 35.00

45
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A15
___________

KADAR ELAUN MAKAN SEMASA BERKURSUS DI LUAR NEGARA


Perintah Am Bab A 40

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2005


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Praperkhidmatan

Kategori Negara Elaun Makan (RM)


Kategori I 100
Kategori II 120
Kategori III 140
Kategori IV 160
Kategori V 180

KATEGORI I
Afghanistan Chile Kiribati Nepal Portugal Tuvalu
Bangladesh Colombia Laos North Korea Samoa Vietnam
Bolivia Ecuador Maldives Pakistan Sri Lanka
Bulgaria Fiji Mauritius Peru Tanzania
Cambodia India Myanmar Philippines Tonga
KATEGORI II
Angola Hungary Morrocco Paraguay Solomon Island Vanuatu
Argentina Indonesia Mozambique Poland Swaziland Zimbabwe
Botswana Lesotho Namibia Republik Czech Taiwan
Ethiopia Madagascar Nauru Republik Slovak Thailand
Ghana Malawi New Zealand Senegal Tunisia
Greece Mali Papua New Seychelles Uganda
Guinea Malta Guinea South Africa Uruguay
KATEGORI III
Albania Balarus Georgia Kenya Mongolia Sudan
Algeria Brunei Gibraltar Kuwait Netherland Tajikistan
Armenia Darussalam Iraq Kyrgyzstan Norway Turkmenistan
Australia China Ireland Lebanon Qatar
Ukraine Uzbekistan
Austria Cuba Jamaica Libya Romania
Azerbaijan Cyprus Jordan Luxembourg Russia
Bahrain Egypt Kazakstan Moldova Spain
KATEGORI IV
Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela
Bosnia-Herzegovina Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen
Brazil Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia
Montenegro Denmark Guyana Serbia & Syria
KATEGORI V
Barbados Hong Kong Japan Oman Sweden United Arab
Dubai Iran Macau South Korea Trinidad & Tobago   Emirates
Finland Italy Mexico St. Lucia Turkey United Kingdom
USA

46
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

__JADUAL A16
___________

BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING BERKURSUS DI LUAR NEGARA


Perintah Am Bab A 40(2)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2005


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Praperkhidmatan

Kategori Negara Sewa Hotel (RM) Elaun Lojing (RM)


Kategori I 200 100
Kategori II 300 120
Kategori III 400 140
Kategori IV 500 160
Kategori V 600 180

KATEGORI I
Afghanistan Chile Kiribati Nepal Portugal Tuvalu
Bangladesh Colombia Laos North Korea Samoa Vietnam
Bolivia Ecuador Maldives Pakistan Sri Lanka
Bulgaria Fiji Mauritius Peru Tanzania
Cambodia India Myanmar Philippines Tonga
KATEGORI II
Angola Hungary Morrocco Paraguay Solomon Island Vanuatu
Argentina Indonesia Mozambique Poland Swaziland Zimbabwe
Botswana Lesotho Namibia Republik Czech Taiwan
Ethiopia Madagascar Nauru Republik Slovak Thailand
Ghana Malawi New Zealand Senegal Tunisia
Greece Mali Papua New Seychelles Uganda
Guinea Malta Guinea South Africa Uruguay
KATEGORI III
Albania Balarus Georgia Kenya Mongolia Sudan
Algeria Brunei Gibraltar Kuwait Netherland Tajikistan
Armenia Darussalam Iraq Kyrgyzstan Norway Turkmenistan
Australia China Ireland Lebanon Qatar
Ukraine Uzbekistan
Austria Cuba Jamaica Libya Romania
Azerbaijan Cyprus Jordan Luxembourg Russia
Bahrain Egypt Kazakstan Moldova Spain
KATEGORI IV
Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela
Bosnia-Herzegovina Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen
Brazil Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia
Montenegro Denmark Guyana Serbia & Syria
KATEGORI V
Barbados Hong Kong Japan Oman Sweden United Arab
Dubai Iran Macau South Korea Trinidad & Tobago Emirates
Finland Italy Mexico St. Lucia Turkey United Kingdom
USA

47
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A17
___________

BAYARAN INSENTIF WILAYAH


Perintah Am Bab A 45
LAMPIRAN G PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2007

Bayaran Insentif Wilayah dilaksanakan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987. Lingkungan gaji bagi menetapkan kadar Bayaran
Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda seperti
berikut:

Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima


Pemangkuan)
RM5565.61 dan ke atas 12.5
RM3566.05 – RM5565.60 15
RM1783.84 – RM3566.04 17.5
RM1176.76 – RM1783.83 20
RM841.90 – RM1176.75 22.5
RM841.89 dan ke bawah 25

__JADUAL A18
___________

BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN


Perintah Am Bab A 47(c)

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3 TAHUN 1999


Bayaran Insentif Tugas Kewangan

RM40.00 sebulan PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang tidak mempunyai sijil
RM80.00 sebulan PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang mempunyai sijil

48
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

__JADUAL A19
___________

BAYARAN INSENTIF PENGURUSAN STOR


Perintah Am Bab A 48(b)

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8 TAHUN 1999


Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor

RM40.00 sebulan PT(P/O) yang tidak mempunyai sijil


RM80.00 sebulan PT(P/O) yang mempunyai sijil

__JADUAL A20
___________

ELAUN PEMBANTU KHAS


Perintah Am Bab A 50(b)

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2010


Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Yang Menjalankan
Tugas Pembantu Khas

Gred Penempatan
Elaun Sebulan
Kategori Gred Jawatan Hakiki Pegawai Penyelia Setiausaha Pejabat/
(RM)
Pembantu Khas
(i) Hakim Mahkamah Atasan * N27/N28/N32/N36
250
(ii) Gred Turus I, II dan III atau yang setaraf N27/N28/N32/N36
(iii) Gred Utama A dan B atau setaraf N22/N27/N28/N32/N36
190
(iv) Gred Khas A dan B atau setaraf ** N22/N27/N28/N32/N36
(v) Gred Utama C atau setaraf N17/N22/N27/N28/N32
150
(vi) Gred Khas C atau setaraf ** N17/N22/N27/N28/N32
(vii) Gred 54 atau setaraf ** N17/N22/N27/N28
120
(viii) Gred 52 dan Gred 48 atau setaraf *** N17/N22/N27/N28

* Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah
& Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah
Tinggi & Pesuruhjaya Kehakiman
** tertakluk kepada kelulusan JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)
*** yang melaksanakan tugas sebagai Ketua Jabatan tertakluk kepada kelulusan JPA (Bahagian
Pembangunan Organisasi)

49
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A21
___________

ELAUN TRENGKAS DWIBAHASA


Perintah Am Bab A 51

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8 TAHUN 2008


Penetapan Gred Jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Yang Menjalankan Tugas
Pembantu Khas

Elaun Trengkas Dwibahasa dibayar kepada Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang telah lulus
peperiksaan trengkas Bahasa Inggeris seperti berikut:

Bil. Tahap Kecekapan/Kederasan Elaun Sebulan (RM)


(a) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 80 perkataan seminit (p.s.m.) 85.00
dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 20 p.s.m.
(b) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 100 p.s.m. dan menaip 100.00
salinan trengkas atau nota rintas sederas 25 p.s.m.

Sementara Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang lantikan asalnya ialah sebagai Jurutrengkas
Bahasa Inggeris dan telah lulus peperiksaan trengkas Bahasa Melayu adalah layak dibayar Elaun
Trengkas Dwibahasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP) seperti berikut:

Bil. Tahap Kecekapan/Kederasan Elaun Sebulan (RM)


(a) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 60 p.s.m. dan menaip 50.00
salinan trengkas sederas 20 p.s.m.
(b) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 80 p.s.m. dan menaip 75.00
salinan trengkas sederas 20 p.s.m.
(c) Mengambil trengkas atau nota rintas sederas 100 p.s.m. dan menaip 100.00
salinan trengkas sederas 25 p.s.m.

__JADUAL A22
___________

ELAUN TANGGUNGJAWAB KHAS PEMANDU


Perintah Am Bab A 52(b)

SURAT EDARAN JPA BERTARIKH 18 MEI 2010


Kelayakan Pembayaran Elaun Tanggungjawab Khas
Pemandu Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008

KELAYAKAN:
Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Gred R6 (sama ada yang dinaikkan pangkat secara biasa
atau KUP) yang dikhususkan memandu kenderaan-kenderaan seperti berikut:
(a) kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama ‘B’ dan ke atas
serta Gred Khas ‘A’; atau
(b) kenderaan atau jentera yang beratnya melebihi 5000 kg.

50
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Gred R6 yang tidak dikhususkan memandu kenderaan-
kenderaan seperti di atas tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan-kenderaan tersebut layak
dibayar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu tetapi pembayarannya adalah secara proportionate
berdasarkan bilangan hari menjalankan tugas tersebut dengan syarat bagi setiap hari tersebut
pegawai bertugas tidak kurang daripada empat jam sehari.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2008


Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu

GRED KADAR
R6
RM 150.00
R3

__JADUAL A23
___________

ELAUN TUGAS MEMANDU KENDERAAN


Perintah Am Bab A 53

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2007


Elaun Tugas Memandu Kenderaan

Kadar Elaun Tugas Memandu Kenderaan adalah ditetapkan seperti berikut:

Jenis Kenderaan Kadar Sehari


Kereta/Van/Lori/Bot Berenjin RM 5.00
Motosikal RM 3.00

__JADUAL A24
___________

ELAUN TUGAS KHAS PENTADBIRAN


Perintah Am Bab A 56

Minit Lembaga ke. 171 dan 181

JAWATAN KADAR SEBULAN


Pengarah Pusat/Bahagian RM 250.00
Timbalan Pengarah/PMN/Ketua Unit RM 200.00
Pengurus Stesen/Timbalan Pengurus Stesen RM 150.00

51
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL A25
___________

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH


Perintah Am Bab A 59

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001

Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada pegawai mulai tarikh pegawai melaporkan diri di
Wilayah baru tertakluk kepada peraturan seperti berikut:
(a) pegawai yang dibayar EPW tidak layak Imbuhan Tetap Perumahan (ITP);
(b) pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima
EPW atau ITP;
(c) pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak layak EPW dan tidak layak ITP
(rumah diperuntukkan kepada pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi);
(d) pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau
isteri, tidak layak EPW tetapi layak ITP;
(e) pegawai suami dan isteri yang bertukar Wilayah dan tidak menduduki rumah
kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang
antara mereka boleh memilih EPW;
(f) pegawai yang bercuti tanpa gaji tidak layak kedua-dua EPW dan ITP;
(g) pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman
perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW;
(h) pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan tidak layak EPW; dan
(i) pegawai yang bertukar Wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh
yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan semasa pertukaran, akan kehilangan
secara proportionate EPW bagi tempoh tambahan yang beliau tinggal di hotel.

__JADUAL A26
___________

BAYARAN BALIK LETAK KERETA


Perintah Am Bab A 60

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009


Pindaan Kadar Bayaran Balik Letak Kereta

Kadar Bayaran Balik Letak Kereta adalah berdasarkan kadar sebenar atau maksimum RM90.00
sebulan mengikut mana yang lebih rendah.

52
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

__JADUAL A27
___________

HAD MUATAN TUNTUTAN BERTUKAR MELALUI JALAN LAUT


Perintah Am Bab A 62(k)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 4 TAHUN 1995


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah

Had muatan jalan laut seperti berikut:


(a) (i) 1.84 meter padu (m.p.) seorang, bagi pegawai dan isteri/suaminya;
(ii) 0.93 m.p. seorang, bagi anak-anak yang bertumur 3 tahun dan ke atas dan seorang orang
gaji; dan
(iii) 0.45 m.p. seorang, bagi anak-anak di bawah umur 3 tahun;
(b) Sebagai tambahan kepada perenggan (a) di atas, seseorang pegawai juga layak menuntut
tambang pengangkutan barang mengikut muatan seperti berikut:
(i) 6.79 m.p. bagi pegawai berkeluarga; dan
(ii) 3.39 m.p. bagi pegawai bujang

__JADUAL A28
___________

KADAR PERKIRAAN TUNTUTAN BERTUKAR


Perintah Am Bab A 62(q)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 4 TAHUN 1995


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah

Kadar Perkiraan jika kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah yang layak dituntut
adalah seperti berikut:

A Semenanjung Malaysia, mengikut cara perkiraan seperti di Lampiran C;


B Sarawak, mengikut cara perkiraan seperti di Lampiran D;
C Sabah (Termasuk Labuan), mengikut cara perkiraan seperti di Lampiran E;
D Wilayah:
(a) dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak/Sabah (Termasuk Labuan) atau sebaliknya
mengikut cara perkiraan seperti di Lampiran F 1; dan
(b) dari Sarawak ke Sabah (termasuk Labuan) atau sebaliknya, mengikut cara perkiraan
seperti di Lampiran F 2.

53
Perintah-Perintah AM MARDI

JADUAL A29

KADAR PERKIRAAN TUNTUTAN BERPINDAH RUMAH


Perintah Am Bab A 64(f)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 4 TAHUN 1995


Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan
Awam Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah

A Kadar tuntutan elaun perpindahan rumah adalah mengikut kadar dalam Stesen sahaja; dan
B Tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah yang layak
dituntut adalah seperti berikut:
Semenanjung Malaysia, mengikut kadar seperti di Jadual 2;
Sarawak, mengikut kadar seperti di Jadual 2; dan
Sabah (Termasuk Labuan), mengikut kadar seperti di Jadual 2.

54
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

55
Perintah-Perintah AM MARDI

56
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

57
Perintah-Perintah AM MARDI

58
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

59
Perintah-Perintah AM MARDI

60
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

__JADUAL A30
___________

Bantuan Mengurus Jenazah dan Pengangkutan Jenazah


Perintah Am Bab A 66

PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 3 TAHUN 2010


Bantuan Mengurus Jenazah Dan Bayaran Pengangkutan Jenazah Bagi Pegawai
Perkhidmatan Awam

KADAR BANTUAN JUMLAH


Bantuan Mengurus Jenazah RM3,000
Bayaran pengangkutan jenazah Mengikut kadar perbelanjaan sebenar yang
munasabah dan disokong dengan resit

__JADUAL A31
___________

KEAHLIAN KELAB REKREASI


Perintah Am Bab A 67

PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 7 TAHUN 2007


Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi Dan Sukan Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Serta Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang
tugasnya memerlukan interaksi dengan rakan sejawat di sektor swasta dibenarkan membuat
tuntutan bagi bantuan bayaran/yuran masuk menjadi ahli sebuah kelab rekreasi dan sukan
tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

Tuntutan yang dibenarkan hanyalah untuk bayaran/yuran masuk sahaja tertakluk kepada had
maksimum RM4,000 dan selebihnya ditanggung sendiri oleh pegawai;
a) bayaran/yuran masuk untuk keahlian individu sahaja;
b) bayaran/yuran masuk keahlian bukan berbentuk saham;
c) pegawai lantikan tetap di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia;
d) pegawai atau suami/isteri yang layak menerima kemudahan ini boleh membuat tuntutan
yang berasingan;
e) tuntutan kemudahan ini hendaklah disokong dengan resit pembayaran;
f) kemudahan ini diberi hanya sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan;
g) kelulusan bayaran kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Kenyataan
Perkhidmatan pegawai; dan
h) keahlian tidak boleh dipindah milik.

61
Perintah-Perintah AM MARDI

Kelab rekreasi dan sukan yang dibenarkan di bawah kemudahan ini hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut:
(a) kelab tersebut ditubuhkan secara sah di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan pindaan-pindaannya;
(b) keahlian kelab terbuka kepada umum terutamanya bagi pegawai Kerajaan dan
eksekutif swasta;
(c) kelab menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan sukan seperti golf, tenis, kolam
renang, gimnasium, perpustakaan, rumah rehat, bilik teater dan sebagainya

__JADUAL A32
___________

BAYARAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA RASMI, BAYARAN BLAK TIE DAN


PAKAIAN ISTIADAT
Perintah Am Bab A 70

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007


Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri
Upacara Rasmi

DAN

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008


Pemanjangan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kepada Pegawai Dalam Kumpulan
Sokongan Yang Diarah Bertugas Di Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri

Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:
BIL. JENIS PAKAIAN KADAR BAYARAN (RM)
1. Bayaran Pakaian Istiadat 1,500.00
2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie 1,000.00
3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi 650.00 (pegawai)
450.00 (pasangan)

62
Bab A. Elaun-elaun, Bayaran Dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan

KELAYAKAN

SYARAT

Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut:


(a) kemudahan bayaran pakaian ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali;
(b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama;
(c) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit; dan
(d) tuntutan bayaran balik Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah disokong dengan
maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri.

Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

63
Perintah-Perintah AM MARDI

64
Bab B. Cuti

BAB B

CUTI

65
Perintah-Perintah AM MARDI

66
Bab B. Cuti

KANDUNGAN
BAB B

1 Tafsiran
2 Dasar Cuti Rehat
3 Kelayakan Cuti Pegawai Kontrak
4 Kuasa Melulus dan Kuasa Tertentu

BAHAGIAN I
CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
5 Jenis Cuti Kerana Perkhidmatan
6 Cuti Rehat
7 Kadar Cuti Rehat
8 Cuti Rehat Tiada Genap Setahun Perkhidmatan
9 Pegawai Akan Bersara
10 Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil
11 Pengumpulan Luar Biasa Cuti Rehat
12 Cuti Separuh Gaji Atas Sebab Kesihatan Sahaja
13 Kuasa Tertentu Meluluskan Cuti Tanpa Gaji
14 Tiada Gaji Bagi Tempoh Tak Hadir Bekerja Tanpa Cuti

BAHAGIAN II
CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
15 Sijil Sakit Perlu Untuk Mendapat Cuti Sakit
16 Jenis Cuti Atas Sebab-Sebab Perubatan
17 Maksimum Cuti Sakit
18 Cuti Sakit Lebih 45 Hari Setahun
19 Sakit Semasa Bercuti Rehat Dalam Negara
20 Sakit Semasa Bercuti Rehat Di Luar Malaysia
21 Sakit Semasa Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji
22 Masa Berehat Tidak Lebih 3 Bulan
23 Cuti Pemulihan
24 Cuti Kuarantin
25 Cuti Bersalin
26 Kelayakan Cuti Bersalin
27 Cuti Menjaga Anak
28 Cuti Bersalin Awal
29 Cuti Bersalin Pegawai Kontrak
30 Cuti Kecederaan
31 Cuti Kecederaan Di Bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja
32 Rawatan Percuma Bagi Tibi, Kusta Dan Barah
33 Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
34 Penyakit Berbalik
35 Pegawai Mendapat Penyakit Di Luar Malaysia

67
Perintah-Perintah AM MARDI

BAHAGIAN III
CUTI HAJI
36 Cuti Haji Sekali Sahaja
37 Syarat-Syarat Cuti Haji

BAHAGIAN IV
CUTI BELAJAR
38 Cuti Belajar
39 Cuti Akademik Menghapuskan Cuti Rehat
40 Cuti Rehat selepas berkursus lebih 12 bulan

BAHAGIAN V
CUTI TANPA REKOD
41 Cuti Gantian
42 Cuti Latihan Pasukan Sukarela
43 Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan
44 Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
45 Cuti Kursus Sambilan
46 Cuti Masuk Peperiksaan
47 Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
48 Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
49 Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
50 Cuti Isteri Bersalin
51 Cuti Menderma Organ

68
Bab B. Cuti

BAB B

CUTI
PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 01 Julai 2013]

1 Tafsiran
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Bab B ini, tafsiran di bawah hendaklah
diikuti;
“pegawai” adalah merujuk kepada pegawai Institut yang dilantik secara tetap,
sementara dan kontrak;

“sanak saudara” ertinya adik beradik, ibu bapa dan saudara-mara lain yang rapat
kepada pegawai;

“Cuti” ertinya sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan


tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau
sebagai berhenti kerja;

“Cuti Rehat” ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang
melayakkan dalam satu tahun, dari bulan Januari hingga Disember;

“Cuti Sakit” ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan
dan dengan mengemukakan Sijil Sakit daripada seorang pegawai perubatan Kerajaan
atau doktor lain yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada
harapan untuk sembuh;

“Cuti Bersalin” adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia
dan pulih daripada bersalin;

“Cuti Bersalin Bergaji Penuh” adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh
mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; dan

“Cuti Bersalin Tanpa Gaji” adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang
emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin Bergaji
Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji.

69
Perintah-Perintah AM MARDI

2 Dasar Cuti Rehat


(a) Adalah menjadi tujuan Institut bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh
pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-
pegawai itu sendiri. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah menentukan, jadual
bercuti, jika perlu, bagi kakitangan di bawah jagaannya.

Kebenaran Ketua Pengarah bercuti di luar negara


(b) Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti
rehatnya di luar negara hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada
Ketua Pengarah atau daripada Kuasa Tertentu bagi Ketua Pengarah.

3 Kelayakan Cuti Pegawai Kontrak


Pegawai-pegawai dalam kontrak akan berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat
dalam kontrak mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang pembekalan cuti dalam
kontrak mereka, pegawai-pegawai kontrak boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan
pegawai-pegawai yang setaraf mengikut gred gaji yang berkenaan.

4 Kuasa Melulus dan Kuasa Tertentu


Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan
cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti di JADUAL B1. Bagi setengah-setengah
pegawai, Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa
melulus cuti yang lain seperti dinyatakan di JADUAL B1 tersebut.

BAHAGIAN I
CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

5 Jenis Cuti Kerana Perkhidmatan


Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang
melayakkan:
(a) Cuti rehat
(b) Cuti separuh gaji
(c) Cuti tanpa gaji

CUTI REHAT
6 Cuti Rehat
Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa
yang boleh meluluskan cuti rehat mengikut JADUAL B1 melainkan dalam hal-hal
pengumpulan cuti rehat luar biasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu.

7 Kadar cuti rehat
(a) Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai itu berkelayakan adalah mengikut kumpulan/
gred gaji pegawai dan lama perkhidmatan mengikut kadar yang ditetapkan oleh
Lembaga seperti di JADUAL B2.

70
Bab B. Cuti

Naik Gred Gaji


(b) Apabila seseorang pegawai dilantik atau dinaikkan pangkat ke satu jawatan ke gred
gaji yang lebih tinggi, dan dengan itu mengubahkan hak cutinya mengikut kadar
yang ditetapkan oleh Lembaga seperti di (a) di atas, maka semua tempoh yang dia
telah berkhidmat di atas gred gaji yang lebih rendah dalam tahun itu akan dianggap
sebagai perkhidmatan dalam gred gaji yang lebih tinggi itu. Perkiraan yang sama
hendaklah juga dibuat bagi tahun seseorang pegawai itu genap 10 tahun perkhidmatan
yang pertamanya.

Mingguan Tak Masuk Kira


(c) Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat
apabila jatuh dalam satu tempoh yang seseorang pegawai itu sedang bercuti rehat.

8 Cuti Rehat Tidak Genap Setahun Perkhidmatan


(a) Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakkan tidak genap satu
tahun (umpama pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja pada tengah tahun
atau dia mengambil cuti yang tidak melayakkannya mendapat cuti rehat seperti cuti
tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah
sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja, dikira ke
setengah hari yang berhampiran.

Pegawai Akan Berhenti Kerja


(b) Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Institut tidak akan
berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan
yang melayakkan sebelum tarikh ia akan meninggalkan perkhidmatan Institut itu.

9 Pegawai Akan Bersara


Seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang
ia berkelayakkan mendapat sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat pada
hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan Peraturan ini, cuti rehat yang seseorang pegawai
itu boleh ambil hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya
bagi tempoh perkhidmatan selama masa dua puluh empat (24) bulan sebelum tarikh
persaraannya, dikira kebelakang dari hari akhir perkhidmatannya itu.

10 Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil


Seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan
perkhidmatan, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan
dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak
dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu.

11 Pengumpulan Luar Biasa Cuti Rehat


(a) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak
melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut
untuk tujuan perjalanan ke luar negara yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh
diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan
perjalanan tersebut.

71
Perintah-Perintah AM MARDI

Bila Pengumpulan Semula


(b) Pengumpulan luar biasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti
rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut
tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi.

Cuti Luput apabila Tidak Diambil


(c) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang
tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum
akhir tahun itu juga.

CUTI SEPARUH GAJI

12 Cuti Separuh Gaji Atas Sebab Kesihatan Sahaja


(a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai-pegawai atas
sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai itu.

Kadar Cuti
(b) Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan adalah sebanyak tiga puluh (30)
hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh
melebihi seratus lapan puluh (180) hari.

Bersalin Tiada Cuti Separuh Gaji


(c) Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-
sebab bersalin.
(d) Walau apapun perbekalan di (a) di atas, Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh
gaji tidak melebihi empat belas (14) hari dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab
seperti di (a).

CUTI TANPA GAJI

13 Kuasa Tertentu Meluluskan Cuti Tanpa Gaji


(a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah
sebanyak tiga puluh (30) hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
melebihi tiga ratus enam puluh (360) hari. Pemberian cuti tanpa gaji hendaklah
mengikut peraturan-peraturan seperti di (b) atau (c).
(i) Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di Perintah Am 13(b) dan
(c) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja.
(ii) Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum boleh digunakan selagi tidak mencapai had
maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.

Urusan sendiri di dalam Malaysia


(b) Cuti tanpa gaji kerana urusan di dalam Malaysia boleh diluluskan apabila pegawai
itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) bulan dan dia telah
mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.

72
Bab B. Cuti

Urusan sendiri di luar Malaysia


(c) Cuti tanpa gaji kerana urusan di sesebuah negara di luar Malaysia boleh diluluskan
apabila pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus-menerus tidak kurang
daripada enam (6) bulan dan dia mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.
Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga empat (4) tahun telah berlalu selepas
cuti yang pertama itu. Pegawai juga adalah layak untuk mengambil baki cuti tanpa
gaji selagi tidak mencapai had maksimum seperti di Perintah Am 13(a)(ii).

Pegawai yang mengikuti pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negara
(d) Semua pegawai tetap dalam perkhidmatan Kerajaan yang ingin mengikuti pasangan
mereka berkhidmat atau berkursus di dalam atau di luar negara boleh dipertimbangkan
cuti tanpa gaji.
(i) Tempoh maksimum Cuti Tanpa Gaji mengikut pasangan termasuk tempoh
pelanjutan yang boleh diluluskan kepada pegawai yang pasangannya merupakan
pegawai awam adalah mengikut tempoh pasangan pegawai dikehendaki
bertugas atau berkursus.
(ii) Bagi pegawai yang pasangannya bukan pegawai awam, tempoh maksimum
mengikut pasangan yang boleh diluluskan adalah tiga (3) tahun atau selama
tempoh pasangan pegawai dikehendaki bertugas atau berkursus, mengikut
tempoh mana yang lebih pendek. Tempoh pelanjutan Cuti Tanpa Gaji ini boleh
diluluskan mengikut baki tempoh Cuti Tanpa Gaji yang pegawai berkelayakan,
terhad tempoh keseluruhan Cuti Tanpa Gaji adalah tiga (3) tahun.
(iii) Cuti tanpa gaji mengikut pasangan yang berikutnya hanya boleh dipohon
selepas pegawai memenuhi syarat kembali berkhidmat selama satu (1) tahun.

Permohonan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan


(e) Pegawai yang bercadang untuk memohon Cuti Tanpa Gaji mengikut pasangan perlu
mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh
Cuti Tanpa Gaji berkenaan. Manakala, permohonan pelanjutan perlu dikemukakan
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh Cuti Tanpa Gaji mengikut
pasangan yang sedang berkuat kuasa.

Catatan Dalam Kenyataan Perkhidmatan


(f) Cuti tanpa gaji hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan bukan
dalam catatan cuti sahaja.

14 Tiada Gaji Bagi Tempoh Tak Hadir Bekerja Tanpa Cuti


(a) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab
yang pada pendapat Ketua Pusat Tanggungjawab satu sebab yang munasabah, maka
pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi
tempoh tidak hadir bekerja itu.
(b) Suatu perakuan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab memperakui tempoh yang bagi
pegawai itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di (a) kepada Pihak Berkuasa
yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu
adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh
tidak hadir bekerja itu.

73
Perintah-Perintah AM MARDI

(c) Peruntukan-peruntukan Peraturan ini adalah tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan


mengenai ketidakhadiran tanpa cuti seperti yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan
Tatatertib Badan-Badan Berkanun Akta 605.

BAHAGIAN II
CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

15 Sijil Sakit Perlu Untuk Mendapat Cuti Sakit


Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:
(a) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak
melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau
(b) bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak
melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
(c) jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang
boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di
mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dan 90
hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu.

16 Jenis Cuti Atas Sebab-Sebab Perubatan


Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah sebagai berikut:
(a) Cuti Sakit.
(b) Cuti sakit lanjutan.
(c) Cuti pemulihan dan cuti kuarantin.
(d) Cuti bersalin.
(e) Cuti kecederaan.
(f) Cuti tibi, kusta dan barah.

CUTI SAKIT

17 Maksimum Cuti Sakit


(a) Seseorang Ketua Pusat Tanggungjawab boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi
sembilan puluh (90) hari pada satu-satu masa atau sembilan puluh (90) hari dalam
satu-satu tahun (Januari hingga Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih
daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak
lebih daripada sembilan puluh (90) hari lagi cuti sakit.

Boleh Guna Cuti Rehat


(b) Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan
cuti-cuti di (a), maka Ketua Pusat Tanggungjawabnya boleh memberi dia apa-apa
cuti rehat yang masih ada lagi untuknya.

74
Bab B. Cuti

(c) Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital
atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai
perubatan sebaliknya.
(d) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di (a) dan (b), tidak boleh diberi
sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

18 Cuti Sakit Lebih 45 Hari Setahun
Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah empat puluh lima (45) hari
atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh dikehendaki
oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Kuasa Tertentu untuk diperiksa kesihatannya oleh
sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melaporkan sakit lagi atau tidak.

19 Sakit Semasa Bercuti Rehat Dalam Negara


Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat dalam negara akan layak mendapat
cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk
bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya
selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan
oleh Ketua Pusat Tanggungjawabnya.

20 Sakit Semasa Bercuti Rehat Di Luar Malaysia


(a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia tidak
berkelayakan mendapat cuti sakit. Tetapi sekiranya dia jatuh sakit pada tarikh yang
ia patut balik ke Malaysia atau sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh tersebut, dia
boleh diberi cuti sakit dari tarikh ia patut balik itu hingga ke tarikh ia memegang
jawatan semula dengan syarat peraturan-peraturan di (b) dipatuhi sepenuhnya.
(b) Syarat-syarat pemberian cuti sakit di (a) ialah:
(i) pegawai itu dimasukkan ke hospital;
(ii) permohonannya disokong oleh satu sijil atau sijil-sijil daripada seorang pegawai
perubatan Kerajaan negara yang berkenaan menyatakan jenis sakit dan tarikh
ia masuk hospital dan tarikh dijangka ia akan keluar hospital; dan
(iii) ia mengambil peluang balik ke Malaysia sebaik sahaja dia sihat.

Untuk tujuan Perintah Am ini, seseorang pegawai ini dianggap tidak sihat untuk membuat
perjalanan jauh dalam masa tujuh (7) hari selepas dikeluarkan dari hospital.
(c) Peraturan-peraturan di (b) tidak boleh dikendurkan dan cuti sakit lanjutan di bawah
Perintah Am 22(a) tidak boleh diberi melainkan dengan persetujuan Kuasa Tertentu
meluluskan cuti di luar Malaysia maka elaun bantuan seperti di Perintah Am 22(c)
tidak boleh dibayar kepadanya.

21 Sakit Semasa Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji


(a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di
Malaysia ataupun di luar Malaysia tidak layak mendapat cuti sakit.
(b) Tetapi sekiranya dia bercuti itu di luar Malaysia dan oleh sebab telah jatuh sakit itu
dia tidak dapat balik ke dalam Malaysia pada tarikh yang ia patut balik, maka dia
boleh diberi cuti sakit selepas tamatnya tempoh cuti separuh gaji atau tanpa gaji
itu dengan syarat peraturan-peraturan di Perintah Am 20(b) dipatuhi.

75
Perintah-Perintah AM MARDI

CUTI SAKIT LANJUTAN

22 Masa Berehat Tidak Lebih 3 Bulan


(a) Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai
tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan
selanjutnya, dan pada pandangan Lembaga Perubatan tersebut ia memerlukan
masa berehat, maka Lembaga Perubatan bolehlah mengesyorkan ia diberi satu
tempoh bercuti yang tidak melebihi tiga (3) bulan. Untuk tujuan ini Ketua Pusat
Tanggungjawab bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit mengikut Perintah
Am 17 atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. Sekiranya semua cuti ini telah habis,
ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 12 ataupun cuti tanpa gaji
mengikut Perintah Am 13 jika cuti separuh gajinya pula telah habis.
(b) Selepas cuti sakit bergaji penuh selama seratus lapan puluh (180) hari dan juga cuti
rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat
untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Separuh Gaji sehingga sembilan puluh
(90) hari dengan perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu Laporan
Lembaga Perubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Separuh Gaji tersebut.
Anggota hendaklah diberi Cuti Tanpa Gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit
bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan berkenaan:
(i) kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalender; dan
(ii) kemudahan ini boleh diulangi dalm tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika
anggota masih belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan
Lembaga Perubatan.

Elaun Bantuan Semasa Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji


(c) Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji seperti di
kes (a) dan (b) di atas boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan
kebenaran Kuasa Tertentu. Jika anggota masih tidak sihat dan diperakukan oleh
Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, anggota itu masih boleh
diberi cuti sakit, iaitu, secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi sembilan puluh (90)
hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji.
(d) Seseorang pegawai yang telah diberi masa berehat seperti di (a) akan dikehendaki
mengemukakan dirinya untuk pemeriksaan Lembaga Perubatan sekali lagi pada
akhir masa berehat itu. Lembaga Perubatan boleh mengesyorkan pada pemeriksaan
tersebut atau kemudiannya lagi sambungan masa berehat atau membuat perakuan
mengesyorkan persaraan pegawai tersebut.
(e) Kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalendar, dan kemudahan
ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika anggota masih
belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan akuan Lembaga Perubatan.

CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KUARANTIN

23 Cuti Pemulihan
Seseorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya, tetapi pada
pandangan sebuah Lembaga Perubatan adalah lebih manfaat untuk dia berehat buat satu
jangka waktu yang diperakukan, maka Kuasa Tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti

76
Bab B. Cuti

separuh gaji yang ia berkelayakan di bawah Perintah Am 12 atau cuti tanpa gaji di bawah
Perintah Am 13 dengan peruntukan Perintah Am 22(c) dipanjangkan kepadanya.

24 Cuti kuarantin
(a) Apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara
ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau
lapangan terbang atau mana-mana pintu masuk sempadan kerana disebabkan oleh
perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau darat dengan
menggunakan sebuah kapal atau kapal terbang atau apa-apa jenis pengangkutan darat
yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian
akan dianggap sebagai cuti kuarantin bergaji penuh yang tidak boleh dipotong
daripada cuti rehat yang ia berkelayakan.
(b) Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai itu disyaki atau didapati sakit,
maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai cuti sakit bergaji penuh.

Kuarantin di rumah pegawai


(c) Sekiranya seseorang pegawai itu dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa
kesihatan kerana berlakunya wabak penyakit merebak di rumahnya, maka ia
hendaklah diberi cuti seperti di subperaturan (1) bagi masa yang ia dikehendaki
oleh kuasa kesihatan tinggal di rumah itu.

CUTI BERSALIN

25 Cuti Bersalin
Cuti bersalin adalah cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pegawai-pegawai
perempuan untuk bersedia bagi dan pulih daripada bersalin mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Lembaga. Tarikh bermulanya cuti bersalin adalah terpulang kepada
penetapan yang dibuat oleh pegawai perubatan. Sebarang cuti yang melebihi tempoh
tersebut akan dianggap sebagai cuti sakit mengikut Perintah Am 17.

26 Kelayakan Cuti Bersalin


(a) Seseorang pegawai yang bersalin adalah layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji
Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.
(b) Seseorang pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin
antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
(c) Seseorang pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang
daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin antara
60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut:
(i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
(ii) mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
(iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di
subperaturan (a) dan (b) di atas; atau
(iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh
Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

77
Perintah-Perintah AM MARDI

(d) Seseorang pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari
kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti
Bersalin antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan
seperti berikut:
(i) mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin;
dan
(ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di (a)
di atas; atau
(iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin seperti
mana yang dijelaskan di dalam Perintah Am 27 bagi memenuhi tempoh Cuti
Bersalin.
(e) Semua kemudahan cuti di bawah Perintah Am ini yang diambil oleh seseorang
pegawai yang bersalin hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku
Perkhidmatannya.
(f) Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan
menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Tanpa Gaji dan Cuti
Separuh Gaji.
(g) Perkhidmatan di agensi lain, bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan dengan
izin daripada perkhidmatan dari agensi kerajaan lain hendaklah diambil kira bagi
maksud kelayakan kemudahan di bawah Perintah AM Bab B ini.
(h) Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada
bayi itu hidup ataupun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin
memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang
memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
(i) Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti
Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan
ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

27 Cuti Menjaga Anak


(a) Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti
Menjaga Anak oleh Ketua Pengarah sehingga 1,825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh
perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:
(i) kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah merupakan kemudahan cuti tanpa gaji;
(ii) tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak melebihi 1,825 hari
(5 tahun);
(iii) kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil sama ada secara sekali gus
sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau sebahagian daripadanya;
(iv) sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara
sekali gus, pegawai tidak layak mendapat kemudahan Cuti Menjaga Anak
bagi kelahiran anak yang seterusnya;
(v) sekiranya pegawai menggunakan sebahagian daripada 1,825 hari (5 tahun)
bagi satu kelahiran, baki Cuti Menjaga Anak boleh digunakan bagi kelahiran
anak yang seterusnya;
(vi) kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan
bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai ingin melanjutkan tempoh Cuti
Menjaga Anak yang telah diluluskan, pegawai hendaklah mengemukakan

78
Bab B. Cuti

permohonan kepada Ketua Pengarah sebelum tamatnya tempoh Cuti Menjaga


Anak tersebut dengan syarat tempoh yang dipohon tidak terputus daripada
tempoh yang telah diluluskan;
(vii) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas
tamatnya tempoh Cuti Bersalin bagi pegawai yang menggunakan kemudahan
Cuti Bersalin;
(viii) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai
melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya kemudahan
Cuti Bersalin;
(ix) pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1998 adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut:
“kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang telah digunakan
sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan seperti contoh
di JADUAL B3; dan
(x) permohonan untuk meminda tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Pengarah 30 hari sebelum tarikh Cuti Menjaga
Anak yang telah diluluskan tamat.
(b) Pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak melebihi 180 hari
dalam satu tahun kalendar layak dipertimbangkan pergerakan gaji secara isyarat,
tertakluk kepada maksimum sebanyak 3 kali pergerakan gaji secara isyarat bagi
sepanjang tempoh perkhidmatan.
(c) Permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak hendaklah
dikemukakan berserta dengan satu perakuan bersalin kepada Ketua Pengarah tiga
puluh (30) hari sebelum tamatnya tempoh Cuti Bersalin.
(d) Kemudahan Cuti Menjaga Anak ini tidak menjejaskan kelayakan pegawai bagi
kemudahan Cuti Separuh Gaji.
(e) Penggunaan kemudahan Cuti Menjaga Anak semasa pegawai berkhidmat dengan
Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diambil kira bagi maksud
kelayakan kemudahan ini.
(f) Kelulusan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah
direkodkan dalam Rekod Kenyataan Perkhidmatan pegawai.

28 Cuti Bersalin Awal


(a) Pegawai wanita boleh menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin
iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dijangka bersalin.
(b) Pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan
atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua
Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin;
(c) Tempoh Cuti Bersalin yang diambil lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin
adalah termasuk di dalam jumlah 60 hari sehingga 90 hari Cuti Bersalin yang
diperuntukkan kepada pegawai;
(d) Kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini disediakan sebagai suatu
pilihan kepada pegawai. Pegawai yang tidak berhasrat menggunakan kemudahan
Cuti Bersalin lebih awal boleh menggunakan Cuti Bersalin tertakluk kepada kaedah

79
Perintah-Perintah AM MARDI

sedia ada iaitu bermula daripada tarikh pegawai bersalin seperti mana yang dijelaskan
di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 atau pindaannya dari
semasa ke semasa; dan
(e) Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih
awal ini direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

29 Cuti Bersalin Pegawai Kontrak (Contract Of Service)


(a) Kemudahan dan kelayakan Cuti Bersalin boleh diberi kepada pegawai kontrak
warganegara Malaysia seperti mana peruntukan di Perintah Am 26.
(b) Pegawai Kontrak tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan
kelayakan Cuti Bersalin.
(c) Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan
Cuti Tanpa Gaji seperti mana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa.
Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak
yang berkuat kuasa terputus.

CUTI KECEDERAAN

30 Cuti Kecederaan
(a) Seseorang pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugasnya boleh diberi cuti
sakit yang ia berhak di bawah Perintah Am 17. Sekiranya cuti sakit ini telah habis
ia boleh diberi cuti kecederaan sebagai cuti sakit tambahan yang bergaji penuh
sehingga ke satu masa yang ia akan pulih semula, atau sekiranya ia tiada pulih
semula, ke tarikh yang ia akan disarakan daripada perkhidmatannya.

Kuasa Tertentu Meluluskan Cuti Kecederaan


(b) Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu, melainkan dalam kes
di Perintah Am 31, setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah Lembaga
Perubatan yang membuat perakuan-perakuan bahawa pegawai itu mempunyai harapan
untuk sembuh semula dan keuzuran yang sedang ditanggungnya itu adalah hasil
daripada kecederaan yang menimpanya semasa bertugas itu.

31 Cuti Kecederaan Di Bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja


(a) Seseorang pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di bawah Ordinan
Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti
kecederaan oleh Kuasa Tertentu kerana kecederaan yang dialami bagi satu tempoh
yang diperlukan untuk sembuh tetapi tidak melebihi sembilan puluh (90) hari.
Sebarang cuti yang telah diberi kerana kecederaan ini tidak akan mengurangkan
hak bercuti pegawai kerana sebab-sebab perubatan yang lain.
(b) Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti
kecederaan di bawah Peraturan ini akan dianggap sebagai bayaran berkala yang
dibekalkan di bawah Ordinan tersebut. Sekiranya mengikut perbekalan Ordinan
tersebut Institut akan kelak terpaksa membayar sagu hati secara pukal kepada pegawai
tersebut, maka segala bayaran sebagai gaji penuh yang telah dibuat kepadanya tidak
boleh dipotong daripada jumlah sagu hati tersebut.

80
Bab B. Cuti

(c) Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang
diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedah-faedah biasa di bawah Ordinan
Pampasan Orang Kerja tersebut.

CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

32 Rawatan Percuma Bagi Tibi, Kusta Dan Barah


Seseorang pegawai yang disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah boleh diberi
keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma tertakluk kepada Peraturan Kerajaan.

33 Cuti Tibi, Kusta Dan Barah


Dia juga boleh diberi cuti berikut, satu demi satu dengan syarat ia menerima rawatan di
hospital terus-menerus semasa sakitnya itu, iaitu:
(a) cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi dua puluh empat (24) bulan dibenarkan
untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi dua belas (12) bulan bagi pesakit
tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-
penyakit lain;
(b) kemudahan di (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit
tibi, kusta dan barah, yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih.
Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga
Perubatan;
(c) setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang
ia masih berkelayakan;
(d) cuti separuh gaji tidak melebihi dua belas (12) bulan boleh diberi setelah tamatnya
cuti di (a) hingga (c); dan
(e) setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh
diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti Laporan
Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama
ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada
perkhidmatan.

34 Penyakit Berbalik
Seseorang pegawai yang penyakit tibinya atau penyakit kustanya atau penyakit barahnya
berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 32 pada bila-
bila masa, tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah-faedah cuti itu sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, ia hendaklah diberi sebarang baki faedah cuti yang ada lagi
baginya dan hendaklah diberi rawatan percuma terus-menerus termasuk pengeculian
bayaran wad dalam hospital Kerajaan. Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai
setelah menghabiskan apa-apa baki cuti di bawah Perintah Am 32 akan diluluskan oleh
Kuasa Tertentu mengikut budi bicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah
Lembaga Perubatan. Cuti-cuti ini boleh diberi dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa
gaji mengikut pertimbangan Kuasa Tertentu.

81
Perintah-Perintah AM MARDI

35 Pegawai Mendapat Penyakit Di Luar Malaysia


(a) Seseorang pegawai yang didapati mengidap penyakit tibi, kusta atau barah semasa
sedang bercuti di luar Malaysia akan diberi cuti-cuti seperti di Perintah Am 32
dengan syarat ia memenuhi peraturan-peraturan dalam Perintah Am 20.
(b) Seseorang pegawai di (a) yang sedang bercuti tanpa gaji tidak akan berkelayakan
mendapat elaun bantuan mengikut Perintah Am 22(c).

BAHAGIAN III
CUTI HAJI

36 Cuti Haji Sekali Sahaja


Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama empat puluh (40) hari
termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama
Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan
tempoh lebih daripada empat puluh (40) hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah
memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cuti tanpa gaji.

37 Syarat-Syarat Cuti Haji


(a) Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan
seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat
tidak kurang daripada empat (4) tahun dan telah disahkan dalam jawatannya; dan
(b) Cuti haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap
dan telah disahkan dalam jawatan; dan kemudahan ini juga dipanjangkan kepada
anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam
(6) tahun secara berterusan.

BAHAGIAN IV
CUTI BELAJAR

38 Cuti Belajar
(a) Cuti yang diluluskan oleh Lembaga kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus
jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh
tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira
sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja tertakluk kepada apa-apa
syarat yang ditetapkan dan diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Cuti Belajar Bergaji Penuh


(b) Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar
gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan
peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

82
Bab B. Cuti

Cuti Belajar Separuh Gaji


(c) Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar
gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan atas kadar separuh
mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Cuti Belajar Tanpa Gaji


(d) Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak
dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat
dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
(e) Garis panduan dan syarat-syarat pemberian Cuti Belajar adalah seperti di JADUAL
B4.

Tempoh Cuti Belajar


(f) Seseorang pegawai yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Lembaga untuk mengikuti
apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan gaji penuh,
separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan
ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut:
(i) bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan rehat yang jatuh
dalam masa kursus itu;
(ii) bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus
mengikuti jalan yang paling dekat; dan
(iii) bagi tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan yang
disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan.

39 Cuti Akademik Menghapuskan Cuti Rehat


(a) Sebarang tempoh dalam masa kursus yang kurang daripada dua belas (12) bulan
yang pegawai bercuti akademik atau penggal akan ditolak daripada apa-apa cuti
rehat yang dia layak mengambil sebelum pergi berkursus itu. Sekiranya jumlah
cuti akademik atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang dia
layak mengambil, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang dia akan
layak mengambil selepas menamati kursus itu kelak.
(b) Seseorang pegawai yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi dua belas (12)
bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang dia telah
layak mendapat sebelum pergi berkursus itu.

40 Cuti Rehat selepas berkursus lebih 12 bulan


(a) Ketua Pusat Tanggungjawab boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi 14 hari
kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang
memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti Rehat ini hendaklah ditolak daripada
cuti rehat yang tidak akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula.
(b) Tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga tujuh hari jika anggota masih
mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus.

83
Perintah-Perintah AM MARDI

BAHAGIAN V
CUTI TANPA REKOD

41 Cuti Gantian
Seseorang pegawai yang tidak layak mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau
sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Pusat Tanggungjawab
kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari
kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil
bertugas lebih masa itu.

42 Cuti Latihan Pasukan Sukarela


Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-
pasukan sukarela seperti di JADUAL B5 boleh diberi cuti tidak berekod oleh Kuasa
Tertentu selama tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam satu-satu tahun. Cuti tanpa rekod
sebanyak dua (2) hari lagi boleh diberi bagi perjalanan ke tempat latihan atau khemah
dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak daripada
cuti rehat pegawai. Sekiranya pegawai tiada mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Kuasa
Tertentu hendaklah diperoleh.

43 Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan


(a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan di
JADUAL B6 atau pertubuhan-pertubuhan lain atau persatuan yang diisytiharkan
oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa boleh dibenarkan
cuti tanpa rekod tidak melebihi empat belas (14) hari bagi menghadiri kursus latihan
atau khemah tahunan pertubuhan atau persatuan tersebut yang diadakan dalam
Malaysia. Cuti tanpa rekod sebanyak dua (2) hari lagi boleh diberi bagi perjalanan
pergi ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan
lebih daripada di atas akan dipotong daripada cuti rehat pegawai dan sekiranya ini
telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji.
(b) Kemudahan Cuti Tanpa Rekod dalam di (a) di atas diperluaskan aktivitinya kepada
menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan,
seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan berkaitan di Malaysia
sahaja. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti serupa anjuran
(Badan Kebajian dan Sosial MARDI) Persatuan Kebajikan dan Sukan di Institut,
yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.

Cuti Lain-Lain Kursus


(c) Kemudahan cuti yang sama boleh juga diberi kepada pegawai-pegawai yang
menghadiri kursus-kursus di sekolah Latihan Semangat, latihan Pimpinan Belia di
bawah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan kursus Kesatuan
Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
(d) Cuti-cuti di subperaturan (a), (b) dan (c) akan diluluskan mengikut budi bicara
Kuasa Tertentu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

84
Bab B. Cuti

Kuasa Meluluskan Latihan Seberang Laut


(e) Bagi kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di
seberang laut, kuasa yang boleh meluluskan cuti tidak berekod ini ialah Ketua
Pengarah.

44 Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama


(a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah membuat
akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-
bila masa dalam masa dua (2) tahun selepas kursus itu iaitu sekiranya ia dijemput
atau dilantik ke sebarang jawatan, boleh diberi cuti tanpa rekod tidak melebihi dua (2)
bulan untuk menghadiri kursus kerjasama di Maktab Kerjasama. Pemberian cuti ini
adalah budi bicara Kuasa Tertentu dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
(b) Kuasa Tertentu juga boleh, mengikut budi bicaranya, meluluskan cuti tanpa rekod
kepada pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk
menghadiri sebarang kursus latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama
di dalam atau di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah
Kemajuan Kerjasama.

45 Cuti Kursus Sambilan


(a) Cuti Kursus Sambilan adalah cuti tanpa rekod yang diluluskan tidak melebihi 30
hari dalam setahun pengajian yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi
Pengajian Tinggi dalam negara bagi menghadiri kursus intensif iaitu kursus yang
mewajibkan pegawai mengikutinya sepenuh masa.
(b) Kuasa Tertentu boleh mempertimbangkan pemberian Cuti Kursus Sambilan tertakluk
kepada syarat-syarat berikut:
(i) Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Institut
untuk mengikuti kursus secara sambilan;
(iii) Kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, ljazah Pertama, Diploma
Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (PhD);
(iv) Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
melalui Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK)
yang boleh disemak di Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Pembangunan
Modal Insan;
(v) Pegawai layak diberi kemudahan Cuti Kursus Sambilan untuk mengikuti kursus
sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan;
(vi) Bilangan Cuti Kursus Sambilan yang diambil dan diluluskan perlu direkod
di dalam Rekod Perkhidmatan Pegawai;
(vii) Kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ia tertakluk
kepada kelulusan Kuasa Tertentu; dan
(viii) Kemudahan Cuti Kursus Sambilan ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan,
sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.

46 Cuti Masuk Peperiksaan


Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti tanpa rekod atas budi bicaranya sendiri untuk
membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang

85
Perintah-Perintah AM MARDI

dianggap oleh Kuasa Tertentu boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan.
Cuti ini hendaklah dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.

47 Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas


Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti
tidak berekod kepada pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat
persatuan ikhtisas mereka. Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti
yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Luar biasa sahaja.

48 Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan


(a) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang
perlawanan olahraga atau sukan di peringkat negeri atau antarabangsa boleh
diberi cuti tidak berekod bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil
bahagian dalam perlawanan tersebut sahaja tetapi tidak melebihi tiga puluh (30)
hari. Cuti itu akan diberi di atas budi bicara Kuasa Tertentu dan tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada ini
akan ditimbangkan oleh Ketua Pengarah mengikut budi bicaranya sendiri.

Ahli Majlis/Jawatankuasa Pertandingan


(b) Pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa
pertandingan negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti seperti dan mengikut
syarat-syarat di subperaturan (1) bagi tujuan menghadiri mesyuarat Majlis atau
Jawatankuasa tersebut yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan.

49 Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat


(a) Kemudahan cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
(i) kemudahan ini boleh diberi selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada
pegawai untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan
kematian ahli keluarga yang terdekat;
(ii) ahli keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan
bapa kandung kepada pegawai berkenaan;
(iii) cuti ini hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau
pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas
waktu pejabat;
(iv) tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am; dan
(v) kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
(b) Pegawai yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan
pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Ketua Pusat Tanggungjawab
untuk tujuan rekod.

86
Bab B. Cuti

50 Cuti Isteri Bersalin


(a) Kemudahan cuti isteri bersalin ini diberikan kepada pegawai lelaki untuk membantu
urusan isteri bersalin.
(b) Kemudahan cuti isteri bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(i) kemudahan ini boleh diberi selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod, kepada
pegawai lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin;
(ii) cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri anggota bersalin atau pada hari
berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat;
(iii) tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am;
(iv) kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
dan
(v) kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
(c) Pegawai yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan
perakuan bersalin kepada Ketua Pusat Tanggungjawab untuk tujuan rekod.

51 Cuti Menderma Organ


Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang menderma organ hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
(a) kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai yang dilantik
secara tetap, sementara, kontrak (contract of service);
(b) pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan
dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
(c) kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang
diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut
yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan
dan hari kelepasan am. Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke
rumah bagi menjalani proses pemulihan;
(d) bagi tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan
tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan
Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital; dan
(e) kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan
di dalam negara sahaja.

87
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL B1
__________

KUASA TERTENTU
Perintah Am Bab B 4

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Ketua Pusat Tanggungjawab/Ketua Unit/Timbalan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah
Pengarah Kanan (Operasi)
Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Stesen Ketua Pusat Tanggungjawab
Timbalan Pengurus Stesen Ketua Pusat Tanggungjawab
Pegawai-pegawai lain Pegawai atasan yang bertanggungjawab terhadap
pegawai tersebut, mana yang berkenaan

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Tanpa Gaji/Separuh Gaji/Cuti Haji/Cuti Barah (Cuti Tambahan
Setelah Mengambil Cuti Separuh Gaji)

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Pengarah/Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Pengarah Kanan (Operasi)
Stesen/Ketua Unit/Pegawai-pegawai Lain

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Tanpa Rekod (30 hari)

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Pengarah/Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Pengarah Kanan (Operasi)
Stesen/Ketua Unit
Pegawai-pegawai Lain Pengarah BPSM

88
Bab B. Cuti

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Tanpa Rekod (melebihi 30 hari)

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)/Pengarah/Pengarah MARDI
Negeri/Pengurus Stesen/Ketua Unit/Pegawai-
pegawai Lain

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Sakit (90 hari pertama)

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Pengarah/Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Ketua Pusat Tanggungjawab
Stesen/Ketua Unit/Pegawai-pegawai Lain

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Sakit (90 hari kedua)

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Pengarah/Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Pengarah Kanan Operasi
Stesen/Ketua Unit
Pegawai-pegawai Lain Pengarah BPSM

89
Perintah-Perintah AM MARDI

KUASA TERTENTU
Untuk Meluluskan Cuti Kecederaan (bagi cuti sakit melebihi 180) dan Cuti Kecederaan
di bawah Ordinan Pampasan Kerja

Pegawai Memohon Cuti Kuasa Tertentu


Ketua Pengarah Pengerusi Lembaga Pengelola/Ketua Setiausaha
Kementerian
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah/Pengarah Ketua Pengarah
Kanan (Operasi)
Pengarah/Pengarah MARDI Negeri/Pengurus Pengarah Kanan Operasi
Stesen/Ketua Unit
Pegawai-pegawai Lain Pengarah BPSM

__JADUAL B2
__________

KADAR CUTI REHAT


Perintah Am Bab B 7

CUTI DALAM SETAHUN


KUMPULAN/GRED DI BAWAH 10 TAHUN GENAP 10 TAHUN
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN DAN
LEBIH
Pengurusan Tertinggi 30 hari 35 hari
Gred 31 – 54 30 hari 35 hari
Gred 21 – 30 25 hari 30 hari
Gred 1 – 20 20 hari 25 hari

90
Bab B. Cuti

KELAYAKAN CUTI REHAT BAGI PEGAWAI YANG DILANTIK ATAU DINAIKKAN


PANGKAT MULAI 1 SEPTEMBER 2005

CUTI DALAM SETAHUN


KUMPULAN/GRED DI BAWAH 10 TAHUN GENAP 10 TAHUN
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN DAN
LEBIH
Pengurusan Tertinggi 30 hari 30 hari
Gred 31 – 54 30 hari 30 hari
Gred 21 – 30 25 hari 30 hari
Gred 1 – 20 20 hari 25 hari

KELAYAKAN CUTI REHAT BAGI PEGAWAI YANG DILANTIK ATAU MEMILIH


OPSYEN MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2008
BERKUAT KUASA 1 JANUARI 2009

Jadual 1: Kadar Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Lantikan Tetap

Kadar Cuti Rehat (Hari)


Kumpulan/Gred SSM Dan
Setaraf Kurang 10 Tahun Genap 10 Tahun
Perkhidmatan Yang Perkhidmatan Yang
Melayakkan Melayakkan Dan Lebih
Pengurusan Tertinggi 25 25
Gred 31 – 54 25 25
Gred 21 – 30 25 25
Gred 1 – 20 20 25

Jadual 2: Kadar Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam* Lantikan
Kontrak Dan Sementara

Kumpulan/Gred SSM Kadar Cuti Rehat (Hari)


Pengurusan Tertinggi 25
Gred 31 – 54 25
Gred 21 – 30 25
Gred 1 – 20 20

91
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL B3
__________

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2007


KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
Perintah Am Bab B 27(a)(ix)

Pengiraan Kelayakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak


Bagi Pegawai Yang Telah Menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak
Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Dan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998

Contoh:

Pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 3 kali dengan
setiap kali sebanyak 90 hari sehingga 31 Ogos 2007. Sehubungan itu, kelayakan
kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi pegawai dengan berkuatkuasanya Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 adalah seperti berikut:

Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak (hari) di bawah Pekeliling Perkhidmatan 1,825 hari
Bilangan 15 Tahun 2007
(tolak) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang telah digunakan sehingga 31 (270 hari)
Ogos 2007

90 hari x 3 kali
Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang pegawai masih berkelayakan 1,555 hari

__JADUAL B4
__________

JPA (L) S. 175/4/1-1 KLT. 8 (22)

GARIS PANDUAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KEPADA PEGAWAI AWAM YANG


MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG
SECARA SEPENUH MASA

Perintah Am Bab B 37(e)

TUJUAN
1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar pemberian kemudahan
cuti belajar kepada pegawai awam bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus
jangka panjang/secara sepenuh masa sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau
dengan tajaan persendirian.

92
Bab B. Cuti

TAFSIRAN
2. Bagi tujuan Garis Panduan ini;
i. “Biasiswa” bermakna kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Asing atau Badan Antarabangsa bagi membiayai yuran pengajian, elaun
sara hidup dan kemudahan-kemudahan lain semasa dalam tempoh berkursus;
ii. “Cuti Belajar” (dalam Perintah Am Bab C 1974 disebut sebagai Cuti Berkursus)
bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi
mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa.
Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus
dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja,
iii. “Kursus” bermakna sebarang kursus atau latihan berbentuk akademik atau kemahiran
atau kepakaran, latihan amali/latihan praktikal, program sangkutan/internship;
iv. “Kursus Jangka Sederhana” bermakna kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi
tiga (3) bulan tetapi tidak melebihi dua belas (12) bulan kalendar termasuk hari
kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik;
v. “Kursus Jangka Panjang” bermakna kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi
dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti
akademik;
vi. “Tempoh Cuti Belajar” bermakna suatu tempoh yang diluluskan meliputi:
a. tempoh kursus yang diikuti termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan
am dan cuti akademik yang jatuh dalam masa kursus itu;
b. tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus
mengikut jalan yang paling dekat; dan/atau
c. tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan kerana urusan
perjalanan setempat (Perintah Am 36 Bab C 1974).

LATAR BELAKANG
3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar tersebut, Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2005 yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih
sistematik dan komprehensif telah dikeluarkan sebagai garis panduan untuk memastikan
supaya anggota awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran
berterusan.

4. Bagi melengkapkan kedua-dua Dasar dan Pelaksanaan Pelan Latihan Sektor Awam
tersebut, Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar ini dikeluarkan sebagai rujukan kepada
Kementerian/Jabatan/Agensi dalam menguruskan pemberian cuti belajar kepada pegawai-
pegawai yang ingin mengikuti kursus yang melebihi tiga bulan.

93
Perintah-Perintah AM MARDI

KATEGORI CUTI BELAJAR


5. Kemudahan cuti belajar dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar
gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan
peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
ii. Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar
gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan atas kadar separuh
mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
iii. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak
dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat
dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

PRINSIP-PRINSIP ASAS
6. Prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar adalah seperti berikut:
i. Kuasa melulus cuti belajar adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KPPA) kecuali bagi Kementerian/Jabatan yang telah diwakilkan
kuasa oleh KPPA;
ii. Cuti belajar boleh diberi kepada pegawai yang diluluskan mengikuti kursus atau
pengajian yang melebihi tiga (3) bulan. Bagi kursus yang tempohnya tiga (3) bulan
atau kurang, kelulusan menghadiri kursus yang diberikan oleh Ketua Jabatan adalah
dianggap sebagai cuti menghadiri kursus;
iii. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau
luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana
atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar
negara selepas genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu
dengan jayanya;
iv. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan
di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka
sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar
negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan
jayanya;
v. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas pembiayaan Badan Swasta,
Badan Bukan Kerajaan, Badan Antarabangsa atau Negara Asing boleh diberi
kemudahan cuti belajar mengikut kelayakan masing-masing;
vi. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana kelemahan akademik
tidak layak diberi kemudahan cuti belajar daripada kategori yang sama. Pegawai
berkenaan hanya boleh dipertimbangkan kemudahan cuti belajar di bawah kategori
yang lebih rendah daripada kategori cuti belajar yang telah diluluskan sebelumnya.
Contohnya, pegawai yang diluluskan CBSG tetapi gagal disebabkan oleh kelemahan
akademik hanya layak dipertimbangkan CBTG;

94
Bab B. Cuti

vii. Pegawai yang sedang bercuti belajar dan dikenakan tindakan tatatertib/disiplin atau
tindakan mahkamah, akan ditamatkan cuti belajar;
viii. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/kelulusan daripada mengikuti kursus/pengajian
setelah diluluskan cuti belajar tidak layak dipertimbangkan untuk kemudahan cuti
belajar seterusnya;
ix. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk Kursus Jangka Panjang,
kursus yang diikuti oleh pegawai mestilah pada peringkat yang lebih tinggi daripada
kelayakan akademik yang telah dimiliki;
x. Pegawai dalam Kumpulan Sokongan hanya boleh diberi kemudahan cuti belajar
untuk pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan/atau Ijazah Pertama sahaja;
xi. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang berkhidmat
bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan perjanjian sebelumnya atau tempoh
perkhidmatan wajib seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan
dinyatakan sebaliknya; dan
xii. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan-peraturan lain yang
berkuat kuasa.

7. Kriteria pemberian cuti belajar, kesan terhadap perkhidmatan pegawai dan perkara lain
yang berkaitan bagi setiap kategori cuti belajar adalah seperti di Lampiran A, Lampiran
B dan Lampiran C.

8. Pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat dalam perjanjian akan dikenakan tuntutan
ganti rugi.

9. Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang telah
ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

PERTANYAAN
10. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada
Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang
Secara Sepenuh Masa ini, hendaklah dirujuk kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

Telefon: 03-88853000/4000
Faks: 03-88810743
E-mel: dasarlatihan@jpa.gov.my

95
Perintah-Perintah AM MARDI

__LAMPIRAN A
____________

A. CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)

Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)


Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti
kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan
elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada
dengan atau tanpa biasiswa.

Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi
dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana kelayakan yang diperoleh tidak melayakkan
pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.

2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBBP maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang.

Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-
kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan (Panel Pembangunan Sumber
Manusia) mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44
tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) (Kursus Jangka Panjang) pada tarikh
tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan
penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk Kursus Jangka Sederhana pada tarikh tutup
permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja
mengikut mana yang berkenaan;
vii. Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
viii. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
ix. Telah mengisytiharkan harta; dan
x. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/peminjam yang
disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

Kategori Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)


4. Kemudahan CBBP dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB);
ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB); dan
iii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)

96
Bab B. Cuti

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB)


5. CBBPDB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang diluluskan mengikuti Kursus
Jangka Panjang atau Kursus Jangka Sederhana yang mendapat biasiswa di bawah tajaan
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Asing/Badan Antarabangsa. Contoh kursus yang
boleh dipertimbangkan CBBPDB ialah kursus Ijazah Lanjutan (Sarjana dan PhD) di
bawah Hadiah Latihan Persekutuan.

6. Pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/Badan Antarabangsa boleh dilanjutkan tempoh


CBBP sekiranya diluluskan oleh penaja berkenaan.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB)


7. CBBPSB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah diluluskan CBBPDB (kecuali
bagi pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/Badan Antarabangsa) tetapi tidak dapat
menamatkan kursus atau pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemberian ini
adalah dalam bentuk pelanjutan tempoh cuti belajar yang mana dalam tempoh tersebut
hanya yuran pengajian sahaja yang layak diberikan.

8. CBBPSB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai di bawah Spouse Programme


sekiranya memenuhi syarat-syarat yang sedang berkuat kuasa.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)


9. CBBPTB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah diluluskan CBBPSB tetapi
masih tidak dapat menamatkan kursus atau pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pemberian ini adalah dalam bentuk pelanjutan tempoh cuti belajar.

10. CBBPTB boleh juga dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin mengikuti kursus di
bawah syarat khas dalam skim perkhidmatan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Kerajaan atau kursus-kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti Penolong
Jururawat atau Jururawat Masyarakat yang mengikuti latihan Jururawat Terlatih.

11. CBBPTB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin mengikuti Kursus
Jangka Sederhana atau Kursus Jangka Panjang dengan pembiayaan sendiri tertakluk
kepada perkara-perkara di perenggan 2 dan perenggan 3.

Pergerakan Gaji
12. Pegawai yang diluluskan CBBP boleh diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh
kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun
2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002.

Kekananan
13. Tempoh CBBP tidak menjejaskan kekananan.

Pemangkuan
14. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBBP yang melebihi 92 hari akan
hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun
1993.

97
Perintah-Perintah AM MARDI

Kenaikan Pangkat
16. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus
tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Bayaran Elaun dan Kemudahan


17. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji
Penuh adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke
semasa. Bayaran-bayaran yang terlibat adalah seperti di bawah:
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
dan telah diluluskan CBBP melebihi tiga bulan, tidak layak diberi Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan
Pensyarah Perubatan yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang
mana berkenaan.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai sekiranya hanya
diluluskan CBBP. Bagi pegawai yang diluluskan CBBP dengan ditawarkan biasiswa,
mereka boleh memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau
Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa.
iii) Elaun Perumahan Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada pegawai yang
mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di dalam atau di luar negeri
adalah TIDAK memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah
(BIW). Oleh yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
i) Bantuan Sara Hidup adalah terpakai untuk menggantikan BIW sekiranya
tempoh melanjutkan pengajian bagi Pegawai itu melebihi tiga (3) bulan tetapi
kurang dua belas (12) bulan;
ii) pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung Malaysia yang diluluskan
BBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah/Sarawak layak dibayar
Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iii) pegawai yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas di Semenanjung yang
diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Semenanjung layak
dibayar Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iv) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan diluluskan CBBP untuk
mengikuti kursus/pengajian di Sarawak atau sebaliknya, layak menerima
Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya; dan
v) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah yang diluluskan CBBP untuk
mengikuti kursus/pengajian di Sabah atau pegawai yang berasal dan bertugas di
Sarawak yang diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Sarawak
adalah layak menerima Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi pengajiannya.

98
Bab B. Cuti

Elaun/Imbuhan Lain
18. Pegawai yang diluluskan CBBP layak menerima imbuhan/elaun lain dengan kadar penuh
daripada jumlah yang berkelayakan.

Faedah Persaraan
19. Tempoh CBBP boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah
terbitan seperti mana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa.

Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Ganti rugi


20. Pegawai yang menerima kemudahan CBBP adalah dikenakan ikatan kontrak untuk
berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar
syarat-syarat perjanjian.

__LAMPIRAN B
____________

B. CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)

Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)


Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti
kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap
dan elaun-elaun lain yang berkelayakan atas kadar separuh mengikut syarat dan peraturan yang
ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Prinsip
1. Cuti ini diberi kepada pegawai dalam perkhidmatan Kumpulan Sokongan bagi mengikuti
kursus di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Pertama di mana kelayakan yang diperoleh akan
melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.

2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBSG maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang.

Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-
kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-kurangnya genap tiga (3) tahun kalendar
berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan (Panel Pembangunan Sumber
Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan
pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;

99
Perintah-Perintah AM MARDI

viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang
akan diikuti;
ix. Mendapat lulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada
sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/peminjam yang
disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBSG boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih
daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh perkhidmatan sebagaimana yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Kekananan
5. Tempoh CBSG tidak menjejaskan kekananan.

Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBSG yang melebihi 92 hari akan
hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun
1993.

7. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus
tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Bayaran Elaun dan Kemudahan


8. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan CBSG adalah tertakluk
kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
dan telah diluluskan CBSG melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai sekiranya hanya
diluluskan CBSG dengan kadar separuh daripada jumlah yang berkelayakan. Bagi
pegawai yang diluluskan CBSG dengan ditawarkan biasiswa, mereka boleh memilih
sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan Sewa
Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa.

100
Bab B. Cuti

iii) Elaun Perumahan Wilayah


Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada pegawai yang
mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di dalam atau di luar negeri
adalah TIDAK memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah
(BIW). Oleh yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
v) Bantuan Sara Hidup adalah terpakai untuk menggantikan BIW sekiranya tempoh
melanjutkan pengajian bagi Pegawai itu melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang dua
belas (12) bulan;
vi) pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung Malaysia yang diluluskan CBSG
untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah/Sarawak layak dibayar Bantuan Sara
Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya;
vii) pegawai yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas di Semenanjung yang
diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di Semenanjung layak dibayar
Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya;
viii) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan diluluskan CBSG untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sarawak atau sebaliknya, layak menerima Bantuan Sara Hidup
atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya; dan
v) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah yang diluluskan CBSG untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sabah atau pegawai yang berasal dan bertugas di Sarawak
yang diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di Sarawak adalah layak
menerima Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi pengajiannya.

Elaun/Imbuhan Lain
9. Pegawai yang diluluskan CBSG layak menerima imbuhan/elaun lain dengan kadar separuh
daripada jumlah yang berkelayakan.

Faedah Persaraan
10. Tempoh CBSG boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah
terbitan seperti mana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa.

Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Ganti rugi


11. Pegawai yang menerima kemudahan CBSG adalah dikenakan ikatan kontrak untuk
berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar
syarat-syarat perjanjian.

101
Perintah-Perintah AM MARDI

__LAMPIRAN C
____________

C. CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)

Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)


Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti
kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan
tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan
sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai bagi mengikuti kursus di peringkat Praijazah (Sijil
atau Diploma), Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan yang tidak layak dipertimbangkan
kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh atau Cuti Belajar Separuh Gaji.

2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBTG maksimum dua (2) kali sahaja sepanjang
tempoh perkhidmatan, sama ada kursus di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Pertama atau
Ijazah Lanjutan. Kelulusan kali kedua boleh dipertimbangkan di peringkat pengajian yang
lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Syarat-syarat
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-
kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-kurangnya genap dua (2) tahun kalendar
berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan (Panel Pembangunan Sumber
Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan
Ijazah Pertama, 46 tahun bagi pengajian di peringkat Sarjana dan 44 tahun bagi
pengajian di peringkat PhD pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan
pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti/institusi pengajian;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang
akan diikuti;
ix. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada
sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/peminjam yang
disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

102
Bab B. Cuti

Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBTG boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih
daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh perkhidmatan sebagaimana yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Kekananan
5. Tempoh CBTG layak diambil kira untuk kekananan.

Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBTG yang melebihi 92 hari akan
hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun
1993.

Kenaikan Pangkat
7. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus
tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan

Bayaran Elaun dan Kemudahan


8. Pegawai yang diluluskan CBTG tidak layak menerima sebarang gaji, Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal, Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun Perumahan Wilayah dan elaun-
elaun lain mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Faedah Persaraan
9. Tempoh CBTG boleh dimasuk kira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah
terbitan seperti mana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen tertakluk kepada
syarat memenuhi semua kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998.

Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Ganti rugi


10. Pegawai yang menerima kemudahan CBTG dengan biasiswa adalah dikenakan ikatan
kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya
melanggar syarat-syarat perjanjian.

103
Perintah-Perintah AM MARDI

JADUAL B5
____________

PASUKAN-PASUKAN SUKARELA YANG TELAH DISENARAIKAN DI BAWAH


PERINTAH AM KERAJAAN

Perintah Am Bab B 41
1. Askar Wataniah
2. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja
3. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja
4. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Darat Di Raja
5. Pasukan Simpanan Sukarela Polis
6. Pasukan Simpanan Sukarela Pertahanan Awam
7. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
8. PERWAKILAN (Kementerian Luar Negeri)
9. BAKTI (Isteri ATM)
10. BAKAT
11. PERKEP (Isteri PDRM)
12. PUSPANITA (Perkhidmatan Awam)
13. Semua Badan-Badan Kebajikan dan Sukan di Agensi Kerajaan yang diluluskan oleh Ketua
Setiausaha Negara.

JADUAL B6
____________

NAMA PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG TELAH DISENARAIKAN DI BAWAH


PERINTAH AM KERAJAAN

Perintah Am Bab B 42
1. Kadet Laut
2. Pasukan Kadet Persekutuan
3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan
4. Pertubuhan Pengakap
5. Pertubuhan Pandu Puteri
6. Briged Budak Lelaki
7. Briged Budak Perempuan
8. Ambulans St. John
9. Bulan Sabit Merah
10. Persatuan Perancang Keluarga
11. PEMADAM
12. Persatuan Penyelamat Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia
13. Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan
14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID)

104
Bab B. Cuti

15. Pertubuhan Orang-Orang Buta


16. Institut Dakwah Dan Latihan Islam, Jabatan Perdana Menteri
17. Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri
18. Persatuan Pengguna
19. Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
20. PUSPANITA
21. Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), Unit Penyelarasan
Perlaksanaan
22. Pasukan Kadet Polis
23. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)
24. PERKIM
25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.W.O)
26. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
27. Persatuan Stem Malaysia
28. Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
29. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)

105
Perintah-Perintah AM MARDI

106
Bab C. Perubatan

BAB C

PERUBATAN

107
Perintah-Perintah AM MARDI

108
Bab C. Perubatan

KANDUNGAN
BAB C

1. Tafsiran

BAHAGIAN I
RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI
2. Kelayakan
3. Rawatan Percuma Di Hospital/Klinik Pesakit Luar
4. Rawatan Di Hospital Yang Berhampiran
5. Rawatan Swasta Bayar Sendiri
6. Rawatan Bersalin Bukan Di Hospital
7. Pegawai Perlu Mendapat Sijil Sakit
8. Rawatan Di Luar Negara
9. Kemudahan Rawatan Untuk Keluarga Pegawai Selepas Kematiannya
10. Kemudahan Perubatan Kepada Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pegawai
11. Perbelanjaan Bagi Pembekalan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan
dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang
12. Perbelanjaan Bagi Rawatan Kemandulan
13. Perbelanjaan Bagi Rawatan Kepakaran
14. Perbelanjaan Bagi Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)
15. Perbelanjaan Bagi Rawatan Kecemasan

BAHAGIAN II
LEMBAGA PERUBATAN
16. Ahli-ahli Lembaga Perubatan
17. Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil
18. Laporan Lembaga Perubatan

BAHAGIAN III
PERATURAN WAD
19. Tiada Bayaran Wad di Hospital Kerajaan
20. Kelayakan Wad
21. Surat Pengesahan Diri Dan Perakuan Pegawai
22. Pembayaran Bil: Ketua Pengarah Memotong Gaji

BAHAGIAN IV
PELBAGAI
23. Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Institut
24. Syarat-syarat Mendapatkan Rawatan

109
Perintah-Perintah AM MARDI

BAB C

PERUBATAN
PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 01 Julai 2013]

1 Tafsiran
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Bab C ini, tafsiran di bawah hendaklah
diikuti;
“Keluarga pegawai” bagi maksud Bab C Perubatan, keluarga pegawai ertinya, bagi
pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan
anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh
diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan
ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di
bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun.
Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan
otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Ia tidak mengambil kira
sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah
tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak
tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan
pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai
keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.”;

“Lembaga Perubatan” ertinya sebarang Lembaga yang ditubuhkan menurut


Bahagian II Bab C ini;

“Ibu bapa yang sah” (legal parents) bererti ibu bapa kandung atau ibu tiri atau
bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah sahaja pada satu-satu masa;

“Pegawai Perubatan” ertinya seorang doktor perubatan atau doktor pergigian


berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, hospital universiti atau
Angkatan Tentera Malaysia;

“Perundingan” ertinya sebarang masa yang seseorang pesakit luar yang bukannya
pesakit sebarang hospital atau yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang
doktor swasta kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor pergigian jika kes
pergigian) untuk mendapatkan pandangan atas kesnya itu. Bagi kes pergigian,
sebarang rujukan oleh pegawai perubatan bagi seseorang pesakit yang membayar
di hospitalnya kepada seorang doktor pergigian atau pakar pergigian akan
dianggap sebagai perundingan juga. Apabila seseorang doktor swasta meminta
supaya pesakitnya dimasukkan ke dalam hospital, ini tidak akan dianggap sebagai
perundingan; dan

110
Bab C. Perubatan

“Yayasan Perubatan Persekutuan” ertinya sebarang hospital atau yayasan perubatan


yang diisytiharkan oleh Kerajaan sebagai Yayasan Persekutuan dari semasa ke
semasa;

BAHAGIAN I
RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI

2 Kelayakan
Kemudahan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam BAB ini dan Pekeliling
Bertugas Rasmi secara keseluruhannya adalah layak diberikan kepada:
(a) pegawai Institut lantikan tetap, kontrak (contract of service) dan sementara;
(b) pesara Institut yang menerima pencen serta pesara skim KWSP yang bersara wajib;
dan
(c) ahli keluarga seperti mengikut Perintah Am 1 bagi pegawai dan pesara sebagaimana
yang dijelaskan dalam (a) dan (b) di atas.

3 Rawatan Percuma Di Hospital/Klinik Pesakit Luar


Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan
rawatan perubatan atau pergigian yang percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah
pembekalan alat-alat ortopedik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan
gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini akan diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik
pesakit luar.

4 Rawatan Di Hospital Yang Berhampiran


Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan di hospital-hospital
atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka. Sekiranya pegawai
perubatan setempat mengesahkan bahawa pegawai atau keluarganya perlu mendapat
rawatan daripada pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya
boleh menuntut elaun-elaun seperti Perintah Am Bab A seolah-olah dia atau keluarganya
di dalam perjalanan kerana urusan rasmi. Tetapi sekiranya pegawai itu sendiri hendak
mendapatkan rawatan daripada seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat
daripada pegawai perubatan setempat maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh dituntut.

5 Rawatan Swasta Bayar Sendiri
Seseorang pegawai yang mendapat rawatan daripada seorang doktor swasta akan
menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan rawatan tersebut. Sebagai seorang
pesakit kepada seorang doktor swasta, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa
bayaran perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai perubatan
atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya. Walau bagaimanapun, Institut boleh
mempertimbangkan untuk menanggung kos berasaskan had yang akan ditetapkan oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.

111
Perintah-Perintah AM MARDI

6 Rawatan Bersalin Bukan Di Hospital


Apabila isteri kepada atau seorang pegawai memilih untuk bersalin di tempat yang lain
selain hospital dan dia dirawati oleh seorang pegawai perubatan dan dikenakan satu bayaran
mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan, maka Institut tidak akan menanggung
segala perbelanjaan tersebut melainkan isteri atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin
di rumah oleh seorang pegawai perubatan.

7 Pegawai Perlu Mendapat Sijil Sakit


(a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah
mendapatkan Sijil Sakit daripada pegawai perubatan atau doktor swasta dan
menghantarkan Sijil tersebut kepada Ketua Pusat Tanggungjawabnya dengan seberapa
segera yang boleh.
(b) Seseorang pegawai yang telah diberikan Sijil Sakit boleh dikehendaki oleh pegawai
perubatan, mengikut budi bicaranya mendapatkan Sijil Rehat sebelum kembali
bekerja.

8 Rawatan Di Luar Negara


Apabila seseorang pegawai atau keluarganya disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan
sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperoleh di negara ini dan dengan syarat
ada perakuan daripada Ketua Pengarah Kesihatan bahawa rawatan yang diperlukan oleh
pegawai tiada pada Kerajaan maka pegawai itu atau keluarganya boleh ditimbangkan
oleh Lembaga untuk dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan tersebut atas
perbelanjaan Institut dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain
yang dikehendaki mengiringinya.

9 Kemudahan Rawatan Untuk Keluarga Pegawai Selepas Kematiannya


Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawatan berpencen
akan layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak
kira sama ada kematian itu berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah
ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka
yang tergolong dalam tafsiran “keluarga pegawai” di Perintah Am 1 Bab C ini sahaja.

10 Kemudahan Perubatan Kepada Ibu Bapa Yang Sah Kepada Pegawai


Kemudahan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam BAB ini dan Pekeliling
Bertugas Rasmi adalah dibenarkan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai, tertakluk
kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut:
(a) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa
yang sah bagi pegawai yang tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem
Saraan Malaysia sahaja;
(b) maklumat peribadi mengenai ibu bapa yang sah yang layak diberi kemudahan
perubatan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Pengarah.
(c) sebarang perubahan berkaitan maklumat di (b) di atas hendaklah dimaklumkan
semula secara rasmi kepada Ketua Pengarah;
(d) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa
yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja;

112
Bab C. Perubatan

(e) surat pengesahan daripada Ketua Pengarah seseorang pegawai sama ada seperti
mengikut penetapan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993
atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management
Information System [HRMIS]) hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital atau
klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin mendapatkan
kemudahan perubatan. Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab untuk menentukan
butir-butir yang dinyatakan di dalam surat pengesahan/aplikasi elektronik adalah
tepat berdasarkan maklumat yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan
pegawai;
(f) pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa yang sah adalah dibenarkan selagi
seseorang pegawai masih di dalam perkhidmatan sahaja;
(g) kelayakan wad bagi ibu bapa yang sah adalah ditentukan berdasarkan kelayakan
yang ditetapkan kepada pegawai;
(h) ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Institut seperti mengikut penetapan
di (b) di atas boleh memilih untuk menggunakan kemudahan rawatan perubatan
mengikut kelayakan sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai;
dan
(i) kemudahan perubatan yang tidak dibenarkan kepada ibu bapa yang sah adalah
seperti berikut:
(i) rawatan perubatan di luar negeri;
(ii) rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit;
(iii) pembekalan semua jenis/kategori alat; dan
(iv) rawatan membuat crowning, gigi palsu dan rawatan ortodontik bagi tujuan
corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik.

11 Perbelanjaan Bagi Pembekalan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan Dan Rawatan


Penyakit Buah Pinggang
Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan ubat, alat, perkhidmatan perubatan dan
rawatan penyakit buah pinggang yang diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta adalah
dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(a) mendapat rawatan di hospital atau klinik Kerajaan; dan
(b) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh
hospital atau klinik Kerajaan; dan
(c) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan
Kerajaan mengenai perkara di (a) di atas; dan
(d) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan; dan
(e) permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12 Perbelanjaan Bagi Rawatan Kemandulan
Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan adalah dilaksanakan mengikut tatacara
berikut:
(a) mendapat rawatan di hospital atau klinik Kerajaan atau klinik Lembaga Penduduk
Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan
(b) rawatan primary infertility sahaja; dan
(c) kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh
hospital/klinik Kerajaan atau klinik LPPKN; dan

113
Perintah-Perintah AM MARDI

(d) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh pegawai/pakar


perubatan Kerajaan/LPPKN mengenai perkara di subperaturan (b) dan (c) di atas;
dan
(e) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan; dan
(f) permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah.

13 Perbelanjaan Bagi Rawatan Kepakaran


Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran yang diperoleh di hospital swasta
adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(a) mendapat rawatan di hospital atau klinik Kerajaan; dan
(b) rawatan kepakaran yang diperlukan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital
atau klinik Kerajaan; dan
(c) pengesahan Pakar Perubatan hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran diperlukan
dan boleh diperoleh di dalam negeri; dan
(d) perakuan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan
(e) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan; dan
(f) permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah.

14 Perbelanjaan Bagi Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)


Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)
adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(a) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan
(b) dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital atau
klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB; dan
(c) mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam ‘Panduan Mengenai Kemudahan
Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) Bagi Pelbagai Golongan Pesakit Di
Bawah Tanggungan Kerajaan Persekutuan - Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai
Kerajaan’ sebagaimana edaran melalui surat Kementerian Kesihatan Malaysia bil.
(68) dlm KKM.203/30 Bhg. 5 bertarikh 16 September 1997; dan
(d) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan; dan
(e) permohonan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

15 Perbelanjaan Bagi Rawatan Kecemasan


Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperoleh di hospital atau klinik
swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(a) mendapat rawatan di hospital/klinik swasta yang paling hampir dengan tempat
kejadian kecemasan kerana tiada hospital/klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan
tempat kejadian kecemasan tersebut; dan
(b) rawatan yang diperoleh merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan
tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan
(c) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan
hospital atau klinik swasta mengenai perkara di (b) di atas; dan
(d) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan; dan
(e) permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah.

114
Bab C. Perubatan

BAHAGIAN II
LEMBAGA PERUBATAN

16 Ahli-ahli Lembaga Perubatan


Ketua Pengarah boleh memohon untuk ditubuhkan satu Lembaga Perubatan supaya
memeriksa kesihatan seseorang pegawai yang terdiri tidak kurang daripada dua orang
pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh hendaklah sebaik-
baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut.

17 Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil


Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan di bawah Bab B dan Bab ini, Ketua Pengarah
boleh memohon untuk menubuhkan Lembaga Perubatan atas sebab-sebab berikut:-
(a) apabila seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua
cuti sakit biasanya;
(b) apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai
menjadi sihat untuk bertugas;
(c) apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu
telah bercuti sakit sebanyak empat puluh lima hari atau lebih;
(d) apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai meragukan;
(e) apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas;
(f) apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah; dan
(g) apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapat rawatan di luar
negara kerana tiada rawatan sedemikian di negara ini.

18 Laporan Lembaga Perubatan


Laporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah
yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut.

BAHAGIAN III
PERATURAN WAD

19 Tiada Bayaran Wad Di Hospital Kerajaan


Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan, tiada bayaran wad yang
dikenakan kepada pegawai dan pesara Institut, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah semasa
mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan.

20 Kelayakan Wad
(a) Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam
JADUAL C1 tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital.
(b) Kelayakan wad untuk ahli keluarga dan ibu bapa yang sah adalah berdasarkan
kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai.
(c) Kelayakan wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki
terakhir pegawai sebelum bersara.

115
Perintah-Perintah AM MARDI

(d) Jika pegawai atau atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan
ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakannya, maka pegawai atau pesara
berkenaan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan
kepada orang awam. Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit
sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan.

21 Surat Pengesahan Diri Dan Perakuan Pegawai


Setiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapatkan rawatan di
klinik-klinik Kerajaan akan dikehendaki mengemukakan satu surat dari Ketua Pengarah
yang menyatakan tentang nama, jawatan dan gajinya berserta dengan satu perakuan daripada
pegawai tersebut membenarkan Ketua Pengarah memotong gajinya bagi menjelaskan apa-
apa bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital. Surat akuan yang sama juga dikehendaki
apabila keluarga pegawai memerlukan rawatan di hospital atau klinik Kerajaan.

22 Pembayaran Bil: Ketua Pengarah Memotong Gaji


Pembayaran bil-bil hospital pegawai atau anggota keluarganya akan dilakukan dengan
pemotongan gajinya atau secara tunai. Ketua Pengarah akan memotong gaji seseorang
pegawainya apabila diminta berbuat demikian oleh Jabatan Perubatan. Bil-bil dikemukakan
hanya apabila pegawai atau keluarganya telah keluar dari hospital sahaja, maka pegawai
boleh meminta untuk membayar bil-bilnya secara bulanan sekiranya pegawai tersebut dapat
menunjukkan kesusahan kewangan kepadanya yang akan disebabkan oleh pembayaran
sekali gus itu.

BAHAGIAN IV
PELBAGAI

23 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Institut


(a) Seseorang calon yang telah berjaya mendapat jawatan dalam perkhidmatan Institut
akan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatannya sebelum boleh memegang
jawatan tersebut. Segala perbelanjaan pegawai tersebut ditanggung oleh Institut.

Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Untuk Berkursus


(b) Seseorang pegawai yang dipilih untuk menjalani mana-mana kursus yang diluluskan
oleh Institut akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila ia disyaratkan
oleh universiti, yayasan, penganjur atau negara tempat dia berkursus itu.
(c) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk
tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana yayasan pelajar akan dikenakan bayaran
pemeriksaan kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang
ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian. Institut tidak bertanggungan
terhadap bayaran tersebut.

116
Bab C. Perubatan

24 Syarat-syarat Mendapatkan Rawatan


(a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan rawatan perubatan
hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa pegawai perubatan menjalankan
tugas-tugasnya dan di dalam waktu-waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam
kes-kes di mana seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri
atas sebab-sebab kesihatan atau sebab-sebab kesakitan yang tenat, barulah pegawai
perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya. Atas budi bicara pegawai
perubatan sendiri, bayaran-bayaran tertentu kerana lawatan itu boleh dikenakan
yang lazimnya tidak akan lebih daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut
kelayakan pegawai itu.

Mesti Hadir Di Hospital Bila Diarah


(b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah hadir untuk rawatan di hospital
apabila diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat
ubat-ubat, bantuan dan rawatan perubatan.

117
Perintah-Perintah AM MARDI

JADUAL C1
____________

KELAYAKAN WAD
Perintah Am Bab C 20

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2010


Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam

KUMPULAN /GRED KELAYAKAN WAD


Pengurusan Tertinggi
Kelas 1 Bilik Seorang
45 – 54
31 – 44 Kelas 1 Bilik Berdua
21 – 30 Kelas 1 Bilik Bertiga
1 – 20 Kelas 2

118
Bab D. Rumah dan Bangunan Pejabat

BAB D

RUMAH DAN BANGUNAN


PEJABAT

119
Perintah-Perintah AM MARDI

120
Bab D. Rumah dan Bangunan Pejabat

KANDUNGAN
BAB D

1 Tafsiran

BAHAGIAN I
RUMAH-RUMAH KEDIAMAN
2 Institut Tidak Menyediakan Rumah
3 Institut Boleh Arah Pegawai Pindah Rumah
4 Pegawai Boleh Memohon Untuk Menduduki Rumah Biasa Institut
5 Institut Berhak Menyediakan Menguntukkan Rumah
6 Pegawai Boleh Diarah Kosongkan Rumah
7 Rumah Yang Disediakan Boleh Ditarik Balik

BAHAGIAN II
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH INSTITUT
8 Pegawai Mesti Patuh Peraturan
9 Meminda Rumah Dilarang
10 Menyewa Dilarang
11 Larangan Berternak Binatang
12 Tanggungjawab Membersih Kawasan
13 Tanggungjawab Melaporkan Kerosakan
14 Laporan Memasuki Rumah
15 Laporan Kosongkan Rumah

BAHAGIAN III
PELBAGAI
16 Mengosongkan Rumah Apabila Bersara
17 Ketua Pusat Tanggungjawab Hendaklah Melaporkan Pegawai Akan Bersara
Kepada Ketua Pengarah

121
Perintah-Perintah AM MARDI

BAB D

RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT


PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai .......2013]

1 Tafsiran
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Bab D ini, tafsiran di bawah
hendaklah diikuti;
“Keluarga pegawai” bermakna bagi lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi
perempuan, suami dan anak-anaknya;

“Jawatan penting” ertinya sebarang jawatan yang diiktirafkan oleh Lembaga


sebagai jawatan penting;

“Jawatan berjadual” ertinya jawatan Ketua Pengarah atau sebarang jawatan lain
yang diiktirafkan oleh Lembaga sebagai jawatan berjadual;

“Pegawai Perumahan” ertinya pegawai yang dilantik untuk menguntukkan rumah-


rumah kediaman Institut atau yang disewa oleh Institut dan termasuk seorang Ketua
Pusat Tanggungjawab bagi rumah-rumah khas Institut atau pegawai-pegawai lain
yang ditugaskan menguntukkan rumah Institut;

“Rumah Khas Jawatan” ertinya rumah khas yang disediakan kerana jawatan
pegawai tersebut. Jawatan tersebut adalah Pegawai Tingkatan Utama termasuk
Ketua Pengarah serta pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah khas kerana
jawatan mereka;

“Rumah Khas Institut” ertinya sesebuah rumah yang didirikan atau disewa khas
oleh Institut untuk kediaman seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap
masa dekat tempat bekerja atau di satu tempat tertentu di dalam daerah tempat ia
bertugas; dan

“Rumah Biasa Institut” ertinya mana-mana rumah yang lain daripada rumah khas
Institut.

122
Bab D. Rumah dan Bangunan Pejabat

BAHAGIAN I
RUMAH-RUMAH KEDIAMAN

2 Institut Tidak Menyediakan Rumah


(a) Institut tiada bertanggungjawab untuk menyediakan rumah-rumah kediaman bagi
pegawai-pegawainya. Walau bagaimanapun, berdasarkan kemudahan perumahan
yang sedia ada, Institut menyediakan kategori rumah kediaman seperti berikut:-
(i) Rumah Khas Jawatan;
(1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk Ketua Pengarah; dan
(2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah-rumah khas kerana jawatan
mereka
(ii) Rumah Khas Institut; Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran
dengan tempat kerja mereka
(iii) Rumah Biasa Institut; Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kawasan-
kawasan yang terpencil di mana rumah-rumah persendirian yang sesuai untuk
disewa tidak diperoleh
(iv) Rumah kediaman selain daripada kategori di atas, tidak termasuk di dalam
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan ini.

3 Institut Boleh Arah Pegawai Pindah Rumah


Jika ada keperluan, Institut akan menyediakan Rumah Khas Institut yang berhampiran
dengan tempat kerja pegawai-pegawai dengan tujuan supaya mereka tinggal di situ,
atau Institut mendirikan rumah-rumah khas untuk sesebuah stesen, maka Institut boleh
mengkehendaki seseorang pegawai itu tinggal mendiami di rumah tersebut jika itu adalah
untuk kepentingan perkhidmatan.

4 Pegawai Boleh Memohon Untuk Menduduki Rumah Biasa Institut
Institut atas budi bicaranya sendiri dengan syarat ada rumah-rumah kediaman yang kosong,
boleh membenarkan pegawai-pegawai memohon untuk menduduki rumah biasa Institut
tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.

5 Institut Berhak Menyediakan Menguntukkan Rumah


Walau apapun peruntukan lain dalam Bab ini, Institut boleh memperuntukkan sebarang
rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk diperuntukkan
rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah.

6 Pegawai Boleh Diarah Kosongkan Rumah


Institut boleh menghendaki seseorang pegawai itu untuk mengosongkan sementara sesebuah
rumah Institut untuk tujuan membaikinya atau mengosongkan terus atas sebab-sebab
lain yang munasabah dengan memberi tempoh satu (1) bulan, tanpa bertanggungjawab
memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya.

7 Rumah Yang Disediakan Boleh Ditarik Balik


Institut berhak menarik balik mana-mana Rumah Biasa Institut yang telah diuntukkan
kepada seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak menduduki rumah tersebut dalam
masa yang ditetapkan oleh Institut yang biasanya tidak melebihi tempoh tiga puluh (30)

123
Perintah-Perintah AM MARDI

hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik tersebut boleh ditawarkan semula oleh
Institut kepada mana-mana pegawai lain yang telah memohon.

BAHAGIAN II
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH INSTITUT

8 Pegawai Mesti Patuh Peraturan


Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Institut dikehendaki mematuhi
peraturan-peraturan Bab ini.

9 Meminda Rumah Dilarang


Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana
bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu. Mereka juga akan
bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabot-
perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya.

10 Menyewa Dilarang
Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah
yang telah diuntukkan kepadanya. Selain keluarga pegawai dan orang-orang gajinya,
serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam
rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada kediaman
pegawai sendiri.

11 Larangan Berternak Binatang


Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan,
termasuk ayam, itik, di mana-mana bahagian rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya.

12 Tanggungjawab Membersih Kawasan


Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai yang mendiami rumah Institut menjaga
dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya
termasuk membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

13
Tanggungjawab Melaporkan Kerosakan
(a) Setiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Institut apa-apa kerosakan
atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau
kekurangan itu berlaku atau diketahui. Laporan ini hendaklah dibuat menggunakan
borang yang berkenaan. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkannya
membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang
diperlukan.
(b) Di mana kerosakan atau kekurangan di (a) atau ke atas perabot-perabot atau alat-
alat perkakas Institut telah disebabkan oleh penggunaan yang tidak berpatutan maka
pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja
membaiki atau mengganti seperti yang ditaksirkan oleh Institut atau belanja sebenar
mengikut kontrak.

124
Bab D. Rumah dan Bangunan Pejabat

14 Laporan Memasuki Rumah


(a) Seseorang pegawai yang telah diuntukkan sebuah rumah Institut hendaklah
melaporkan perkara itu kepada Institut dengan menyatakan tarikh dia bercadang
hendak memasuki rumah tersebut. Pegawai itu akan dikehendaki menandatangani
satu sijil akuan masuk rumah dan mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-
barang, perkakas dan perabot dalam rumah tersebut.
(b) Pegawai itu juga adalah dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah
tersebut kepada Institut bagi maksud menentukan pemberhentian bayaran Imbuhan
Tetap Perumahan.

15 Laporan kosongkan rumah


(a) Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Institut hendaklah melaporkan
hal itu kepada Institut sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh ia
bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut.
(b) Pegawai itu juga akan dikehendaki menyerahkan semua kunci rumah tersebut kepada
Institut dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah.

BAHAGIAN III
PELBAGAI

16 Mengosongkan Rumah Apabila Bersara


(a) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Institut mestilah mengosongkan
rumah tersebut di hari akhir dia bekerja sebelum bersara melainkan jika dia telah
diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di (b) dan (c) di bawah.
(b) Seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh Institut untuk
menduduki terus rumah Institut semasa ia bercuti itu dan selama tidak melebihi tiga
puluh hari lagi selepas akhir cutinya itu. Bagi tujuan Bab ini, seseorang pegawai
yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-
syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi
tiga puluh (30) hari lagi selepas hari akhir ia bekerja.

Mengosongkan Rumah Institut


(c) Seseorang pegawai yang mendiami rumah Institut akan dikehendaki mengosongkan
rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang
berhak mendapat rumah itu ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan
persetujuan Institut ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih
daripada tiga puluh (30) hari lagi.

17 Ketua Pusat Tanggungjawab Hendaklah Melaporkan Pegawai Akan Bersara Kepada


Ketua Pengarah
Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Ketua Pusat Tanggungjawab melaporkan kepada
Ketua Pengarah tentang persaraan seseorang yang di bawah jagaannya yang sedang
mendiami sesebuah rumah Institut. Pemberitahuan ini hendaklah dilakukan tiga (3) bulan
sebelum pegawai tersebut mula bersara.

125
Perintah-Perintah AM MARDI

126
Bab E. Waktu Bekerja dan Lebih Masa

BAB E

WAKTU BEKERJA DAN


LEBIH MASA

127
Perintah-Perintah AM MARDI

128
Bab E. Waktu Bekerja dan Lebih Masa

KANDUNGAN

BAB E

BAHAGIAN I
WAKTU BEKERJA PEJABAT
1 Waktu Bekerja Pejabat
2 Mengadakan Waktu Bekerja Yang Berlainan
3 Mematuhi Waktu Bekerja

BAHAGIAN II
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
4 Kerja Sehari Biasa
5 Kerja Seminggu
6 Hari Minggu Mengikut Agama
7 Rehat Makan
8 Menunaikan Sembahyang Jumaat

BAHAGIAN III
LEBIH MASA
9 Bayaran lebih Masa
10 Jenis Kerja Lebih Masa
11 Kadar-Kadar Bayaran
12 Pegawai Yang Layak Mendapat Bayaran Lebih Masa
13 Pengecualian Daripada Peraturan Perkhidmatan
14 Tinggal Di Atas Panggilan

BAHAGIAN IV
PELBAGAI
15 Ketua Pusat Tanggungjawab Menghendaki Pegawai Berkhidmat
Luar Masa Biasa
16 Peraturan Tunggu Panggilan Di Rumah
17 Permulaan Dan Akhir Tugas
18 Masa Dalam Perjalanan

129
Perintah-Perintah AM MARDI

BAB E

WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA


PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013]

BAHAGIAN I
WAKTU BEKERJA PEJABAT

1 Waktu Bekerja Pejabat


Kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah, semua pejabat hendaklah memakai waktu
bekerja pejabat seperti yang ditetapkan oleh Lembaga seperti di JADUAL E1.

2 Mengadakan Waktu Bekerja Yang Berlainan


Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja dan makan yang berlainan daripada
yang disebutkan dalam Perintah Am 1 hendaklah terlebih dahulu memohon daripada
Ketua Pengarah.

3 Mematuhi Waktu Bekerja


Semua pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa
yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya pada waktu
bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai atasannya
sebelum berbuat demikian

BAHAGIAN II
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT

4 Kerja Sehari Biasa


Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja satu (1) hari biasa, maka ini akan meliputi
suatu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak sembilan (9) jam melainkan seperti
peruntukan dalam Perintah Am 7. Apabila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung
terus-menerus, maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh melebihi sembilan (9) jam
tetapi tidak boleh melebihi dua belas (12) jam.


5 Kerja Seminggu
Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi bilangan masa bekerja atau giliran
dan hari rehat mengikut yang ditetapkan oleh Lembaga lima (5) masa bekerja atau giliran
iaitu terdiri dari lima (5) masa bekerja sebanyak sembilan (9) jam sekali dan satu giliran

130
Bab E. Waktu Bekerja dan Lebih Masa

sebanyak lima (5) jam sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi satu (1) hari dalam
seminggu sebagai hari rehat.

6 Hari Minggu Mengikut Agama


Jika dikehendaki memberi perkhidmatan selama tujuh (7) hari dalam seminggu, Ketua
Pusat Tanggungjawab patutlah, apabila ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan tanpa
mengganggu perkhidmatan, mengatur hari bertugas pegawai-pegawainya sebegitu cara
supaya tiap-tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat mingguannya mengikut agamanya.

7 Rehat Makan
Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu (1) jam sehari dalam waktu bekerja
sembilan (9) jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih
munasabah selama lima belas (15) minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah
sebanyak lima belas (15) minit lagi.

8 Menunaikan Sembahyang Jumaat


Jika seseorang pegawai yang beragama Islam tidak mendapat hari cuti mingguan pada
hari Jumaat, maka masa yang berpatutan bolehlah diberi kepadanya untuk menunaikan
sembahyang Jumaat.

BAHAGIAN III
LEBIH MASA

9 Bayaran Lebih Masa


Apabila seseorang pegawai yang dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa
yang disyaratkan baginya atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan, maka ia boleh
diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja
yang dijalankan. Bayaran lebih masa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti di Perintah
Am 18.

10 Jenis Kerja Lebih Masa


Takrif yang berikut akan dipakai bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar
lebih masa:-

“kerja siang” ertinya sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan antara jam
6.00 pagi hingga 10.00 malam;

“kerja malam” ertinya sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan antara jam
10.00 malam hingga 6.00 pagi;

“kerja kecemasan” ertinya sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Pusat
Tanggungjawab sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada
biasa. Masa bertugas biasa seseorang pegawai yang diisytiharkan sebagai kecemasan atau
dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah
bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan

131
Perintah-Perintah AM MARDI

penting yang terputus atau terganggu atau memelihara perhubungan-perhubungan atau


perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan
itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula
atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya
lepas daripada gangguan atau ancaman.

11 Kadar-Kadar Bayaran
Kadar-kadar bayaran bagi kerja-kerja yang dinyatakan dalam Perintah Am 10 adalah
mengikut perkiraan yang ditetapkan oleh Lembaga seperti di JADUAL E2.

12 Pegawai Yang Layak Mendapat Bayaran Lebih Masa


Pegawai yang layak mendapat bayaran lebih masa:
(a) Semua pengkhidmat dalam kumpulan sokongan
(b) Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan
kaunter, pemprosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-
syarat kerja seperti berikut:
(i) kerja kecemasan;
(ii) kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh
sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan;
(iii) kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad.

13 Pengecualian Daripada Perintah Am 12


(a) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti di Perintah Am 12 (ii) dalam Kumpulan-
kumpulan Perkeranian Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang
dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari
rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi empat belas (14) hari yang
berturut-turut. Bayaran lebih masa akan dibayar mulai daripada hari yang ke lima
belas (15). Bayaran lebih masa bagi empat belas (14) hari yang pertama itu boleh
juga dibayar apabila Pusat Tanggungjawab tidak dapat memberi pegawai itu cuti
seperti dalam Perintah AM Bab Cuti bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan
yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu.
(b) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah
dan pegawai-pegawai lain yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Pusat
Tanggungjawab untuk mendapat bayaran lebih masa kerana menyelia pekerja-pekerja
sambilan atau buruh-buruh kontrak yang lebih daripada masa bertugas biasa.
(c) Mana-mana pegawai lain, termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 12
dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebih masa.

14 Tinggal Di Atas Panggilan


(a) Seseorang pegawai yang berkelayakan di bawah Bahagian ini untuk mendapat bayaran
lebih masa yang dikehendaki tinggal di atas panggilan seperti yang ditetapkan oleh
Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut Perintah Am 16 boleh dibayar bayaran lebih
masa atas kadar kerja siang atau malam, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
tidak melebihi bayaran bagi satu (1) jam pada tiap-tiap giliran yang dia dikehendaki
tinggal di atas panggilan itu dengan syarat tuntutan ini tidak melebihi sepuluh (10)

132
Bab E. Waktu Bekerja dan Lebih Masa

jam dalam satu (1) bulan. Bagi maksud peraturan ini, giliran-giliran dalam satu (1)
hari akan dianggap sebagai satu (1) giliran sahaja. Satu hari akan dikira bermula
pada dua belas (12) tengah malam hingga jam dua belas (12) tengah malam yang
berikutnya;

Tidak Ada Bayaran Tinggal Atas Panggilan Bila Lebih Masa Dilakukan
(b) Apabila seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan itu akhirnya dipanggil
bertugas lebih masa, maka dia boleh menerima bayaran lebih masa seperti biasa
tetapi dia tidak akan layak mendapat bayaran kerana tinggal di atas panggilan
seperti di (a) bagi giliran di atas panggilan pada hari itu sekiranya tugas lebih masa
yang dijalankan itu lebih daripada satu (1) jam. Sekiranya tugas lebih masa yang
dijalankan itu kurang daripada satu (1) jam, maka pegawai itu layak menuntut
kedua-dua bayaran itu sekali.

BAHAGIAN IV
PELBAGAI

15 Ketua Pusat Tanggungjawab Menghendaki Pegawai Berkhidmat Luar Masa Biasa


Walau apapun peruntukan lain dalam Bab ini termasuk Perintah Am 8 seseorang Ketua
Pusat Tanggungjawab boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa
yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan perkhidmatan
atau kepentingan awam. Ini termasuklah menghadirkan diri di pejabat lebih awal atau
lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari
minggu atau kelepasan am.

16 Peraturan Tunggu Panggilan Di Rumah


Ketua Pusat Tanggungjawab boleh dan akan menentukan cara-cara giliran tinggal di atas
panggilan di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah jagaannya apabila tinggal di atas
panggilan adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam.

17 Permulaan Dan Akhir Tugas


Jika tempat bekerja seseorang pegawai adalah jauh daripada tempat melaporkan diri,
pegawai-pegawai adalah dianggap mula bekerja di tempat melaporkan diri dan dianggap
menamatkan kerja di tempat yang sama.

18 Masa Dalam Perjalanan


Apabila seseorang pegawai diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap
sebagai menjalankan tugas rasminya. Tiap-tiap hari yang pegawai itu berjalan hendaklah
dianggap sebagai satu hari bekerja biasa yang tidak melayakkannya mendapat bayaran
lebih masa, walaupun perjalanannya itu boleh memakan masa lebih daripada lapan jam.
Walau bagaimanapun, pegawai ini layak mendapat elaun sebagaimana yang diperuntukkan
di dalam Bab A yang berkenaan.

133
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL E1
__________

JADUAL WAKTU BEKERJA


Perintah Am Bab E 1

Pekeliling AM MARDI Bilangan 2 Tahun 2009

Jadual 1: Waktu bekerja bagi pejabat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang dan Selangor
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Isnin – Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 12.15 ptg 12.15 ptg – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg

Jadual 2: Waktu bekerja bagi pejabat di Sabah


Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Isnin – Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jadual 3: Waktu bekerja bagi pejabat di Sarawak


Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Isnin – Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.00 ptg

PEKELILING AM MARDI BILANGAN 8 TAHUN 2005


Perlaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu

Jadual 5: Waktu Bekerja Bagi Kakitangan Yang Bekerja Pada Jam 7.30 Pagi (Kakitangan
Yang Waktu Bekerja Tidak Mengikut Waktu Pejabat) di Johor, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Isnin – Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat 7.30 pg – 12.00 ptg

134
Bab E. Waktu Bekerja dan Lebih Masa

PEKELILING AM MARDI BILANGAN 9 TAHUN 2010


Penyeragaman Waktu Bekerja Bagi Semua Stesen Dan Pejabat MARDI Di Negeri-Negeri Yang
Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat

Waktu Bekerja Pejabat di Kedah, Kelantan dan Terengganu:


Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Ahad – Rabu 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 3.30 ptg

Waktu Bekerja Bukan Pejabat di Kedah, Kelantan dan Terengganu:


Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Ahad – Rabu 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg
Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 3.00 ptg

__JADUAL E2
__________

KADAR-KADAR BAYARAN LEBIH MASA


Perintah Am Bab E 11

Bayaran sejam bagi seorang pegawai adalah diperoleh dengan membahagi gaji tahunannya
dengan faktor 313 hari dalam setahun x 8 jam sehari

Kadar bayaran lebih masa pegawai tetap (contoh kerja siang)


Gaji Pokok x 12 x Jumlah Gandaan (1 1/8) = Kadar Sejam
____________________________________
313 x 8

GANDAAN BAYARAN
Hari Bekerja Hari Rehat Hari Kelepasan
Biasa Biasa
1 Kerja Siang 1 1/8 kali 1 ¼ kali * 1 ¾ kali
2 Kerja Malam 1 ¼ kali 1 ½ kali * 2 kali
3 Kerja Kecemasan
(i) Pegawai Sedang Bertugas
(a) Bagi baki masa dalam giliran 1 ½ kali (Siang) 1 ½ kali (Siang) 1 ¾ (Siang)
1 ¾ (malam) 1 ¾ (malam) * 2kali (malam)
(b) Selepas tamat giliran * 1 ¾ (siang) * 1 ¾ (siang) * 1 ¾ (siang)
* 2 kali (malam) * 2 kali (malam) * 2 kali (malam)
(ii) Pegawai Tidak Bertugas * 1 ¾ (siang) * 1 ¾ (siang) * 1 ¾ (siang)
* 2 kali (malam) * 2 kali (malam) * 2 kali (malam)
* Pegawai boleh mendapat bayaran minimum tidak kurang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas
itu tidak sampai 2 jam.

135
Perintah-Perintah AM MARDI

136
Bab F. Peperiksaan Dalam Perkhidmatan

BAB F

PEPERIKSAAN DALAM
PERKHIDMATAN

137
Perintah-Perintah AM MARDI

138
Bab F. Peperiksaan Dalam Perkhidmatan

KANDUNGAN

BAB F

1 Tanggungjawab Institut Melaksanakan Peperiksaan


2 Lembaga Peperiksaan MARDI
3 Syarat Menduduki Peperiksaan
4 Tarikh Kuat kuasa Lulus Keputusan Peperiksaan
5 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan
6 Pengawas Peperiksaan
7 Peperiksaan Perkhidmatan Lain

139
Perintah-Perintah AM MARDI

BAB F

PEPERIKSAAN DALAM PERKHIDMATAN


PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 01 Julai 2013]

1 Tanggungjawab Institut Melaksanakan Peperiksaan


Institut bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa jenis peperiksaan yang ditetapkan
oleh Ketua Pengarah di dalam skim perkhidmatan yang berkenaan seperti di Jadual F1.

2 Lembaga Peperiksaan MARDI


Bagi melaksanakan apa-apa peperiksaan di Perintah Am 1, maka hendaklah ditubuhkan
suatu Lembaga Peperiksaan MARDI. Bagi membantu Lembaga Peperiksaan MARDI, maka
Lembaga Peperiksaan MARDI boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa di bawahnya.

3 Syarat Menduduki Peperiksaan


Syarat-syarat menduduki peperiksaan adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam
skim-skim perkhidmatan berkaitan.

4 Tarikh Kuat kuasa Lulus Keputusan Peperiksaan


Tarikh kuat kuasa lulus keputusan peperiksaan adalah pada hari pertama peperiksaan
tersebut diadakan.

5 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan


(a) Pegawai jika tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan boleh mengemukakan
rayuan semakan keputusan peperiksaan melalui Ketua Pusat Tanggungjawabnya
secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pengumuman keputusan
peperiksaan dikeluarkan.
(b) Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan yang dibuat oleh
Lembaga Peperiksaaan MARDI adalah muktamad.

6 Pengawas Peperiksaan
(a) Bagi mengawasi perjalanan peperiksaan, Institut hendaklah melantik Pasukan
Pengawas Peperiksaan yang terdiri daripada;
(i) Ketua Pasukan Pengawas Peperiksaan
(ii) Seorang Ketua Pengawas bagi setiap pusat peperiksaan;
(iii) Pengawas-Pengawas Peperiksaan
(b) Pasukan Pengawas Peperiksaan bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan
peperiksaan adalah mengikut peraturan-peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan
(c) Pelantikan Pasukan Pengawas Peperiksaan adalah selama tempoh sesuatu peperiksaan
dijalankan, melainkan jika ia terlebih dahulu menolak pelantikan yang dibuat ke
atasnya.

140
Bab F. Peperiksaan Dalam Perkhidmatan

7 Peperiksaan Perkhidmatan Lain


Mana-mana pegawai yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa jenis peperiksaan di
dalam skim perkhidmatannya yang dikelolakan oleh jabatan/agensi luar hendaklah tertakluk
kepada peraturan jabatan/agensi berkenaan.

141
Perintah-Perintah AM MARDI

__JADUAL F1
__________

PEPERIKSAAN DALAM PERKHIDMATAN INSTITUT


Perintah Am Bab F1

SKIM PERKHIDMATAN DAN JAWATAN YANG TERLIBAT DALAM PEPERIKSAAN


PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN JAWATAN
SKIM PERKHIDMATAN JAWATAN GRED
Penolong Pegawai Penyelidik Q27
Penyelidikan dan Pembangunan (Q)
Pembantu Penyelidik Q17

SKIM PERKHIDMATAN DAN JAWATAN YANG TERLIBAT DALAM PEPERIKSAAN


KHAS BAGI TUJUAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)
SKIM PERKHIDMATAN JAWATAN GRED
Pembantu Penyelidik Q17
Penyelidikan dan Pembangunan (Q) Pembantu Penyelidik Q22
Pembantu Penyelidik Q26

SKIM PERKHIDMATAN DAN JAWATAN YANG TERLIBAT DALAM PEPERIKSAAN


PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN KENAIKAN PANGKAT
SKIM PERKHIDMATAN JAWATAN GRED
Pembantu Setiausaha Pejabat N17
Pembantu Setiausaha Pejabat N22
Pentadbiran dan Sokongan (N)
Setiausaha Pejabat N27
Setiausaha Pejabat N28

SENARAI PEPERIKSAAN ANJURAN JABATAN/AGENSI LUAR INSTITUT


BIL. JENIS PEPERIKSAAN ANJURAN
PENGESAHAN JAWATAN
1. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir Perkeranian dan Jabatan Perkhidmatan Awam
Operasi (P/O) Gred N17 (JPA)
2. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kumpulan Jabatan Perkhidmatan Awam
Sokongan Yang Setaraf Dengan Kumpulan C (Gred17 – 26) (JPA)
3. Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi Gred S27 Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)
4. Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)
5. Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Bagi Pegawai Tadbir Jabatan Perkhidmatan Awam
(Gred N41) (JPA)
6. Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Bagi Penolong Jabatan Perkhidmatan Awam
Pegawai Tadbir (Gred N27) (JPA)
7. Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Bagi Penolong Jabatan Perkhidmatan Awam
Pegawai Undang-Undang (Gred L29) (JPA)

142
Bab F. Peperiksaan Dalam Perkhidmatan

BIL. JENIS PEPERIKSAAN ANJURAN


8. Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Skim Pembantu Keselamatan Jabatan Perdana Menteri
Gred KP17 (JPM)
9. Peperiksaan Perkhidmatan Skim Pembantu Keselamatan Gred Jabatan Perdana Menteri
KP11 (JPM)
10. Peperiksaan Pengesahan Jawatan Juruteknik Gred J17 Jabatan Kerja Raya (JKR)
KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)
11. Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Pegawai Tadbir Jabatan Perkhidmatan Awam
Gred N41 (JPA)
12. Peperiksaan Khas untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (JPA)
13. Peperiksaan Khas untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Jabatan Perdana Menteri
Pembantu Keselamatan Gred KP17 (JPM)
BAYARAN INSENTIF
14. Peperiksaan Bagi Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM)
15. Peperiksaan Bagi Bayaran Insentif Tugas Pembantu Stor Jabatan Perkhidmatan Awam
(BITPS) Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi (P/O) (JPA)
Gred N17

SENARAI PELAKSANAAN UJIAN MENAIP/TRENGKAS/NOTA RINGKAS YANG


DILAKSANAKAN OLEH INSTITUT
BIL. JENIS PEPERIKSAAN
PENGESAHAN JAWATAN
1. Ujian Menaip (18 p.s.m) bagi Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
2. Ujian Trengkas (30 p.s.m) bagi Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (S/U) Gred N17
KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)
Ujian Pengambilan Nota/Nota Ringkas Bagi Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat
Untuk Elaun Dwibahasa Dan Kenaikan Pangkat
BAHASA MALAYSIA
3. (i) 80 p.s.m
BAHASA INGGERIS
(i) 80 p.s.m
(ii) 100 p.s.m
KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kederasan Menaip – Rencana Bertaip (50 p.s.m) dan Rencana Manuskrip (35 p.s.m)
4. – Bagi Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 ke Pembantu Setiausaha
Pejabat Gred N22
Ujian Kederasan Menaip (55 p.s.m) – Rencana Bertaip (55 p.s.m) dan Rencana Manuskrip
5. (40 p.s.m) – Bagi Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17/N22 ke Setiausaha
Pejabat Gred N28
Ujian Kederasan Menaip (60 p.s.) – Rencana Bertaip (60 p.s.m) dan Rencana Manuskrip (45
p.s.m) – Bagi Kenaikan Pangkat Setiausaha Pejabat Gred N27/N28 ke Setiausaha Pejabat Gred N32

143
Perintah-Perintah AM MARDI

144
Bab G. Kursus dalam Perkhidmatan

BAB G

KURSUS DALAM
PERKHIDMATAN

145
Perintah-perintah AM MARDI

146
Bab G. Kursus dalam Perkhidmatan

KANDUNGAN
BAB G

1 Bayaran Berkursus Yang Diakui


2 Elaun Tanggungan Keluarga
3 Potongan Elaun
4 Tidak ada Elaun Runcit
5 Elaun dan Bayaran Bagi Kursus Yang Diberi Biasiswa Oleh Institut
6 Elaun dan Bayaran Bagi Kursus Yang Bukan Dibiayai Oleh Institut
7 Tambang Keluarga Pegawai Berkursus
8 Kuasa Meluluskan Kursus Jangka Pendek Luar Negara

147
Perintah-perintah AM MARDI

BAB G

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN


PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Lembaga
Pengelola MARDI mengikut Seksyen 6 (d) Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia, 1960 (Akta 11)
[Berkuat kuasa mulai 01 Julai 2013]

KURSUS LATIHAN YANG DIAKUI


1 Bayaran Berkursus Yang Diakui
Seseorang pegawai Institut yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Lembaga untuk mengikuti
apa jua jenis latihan yang diiktiraf sama ada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa
gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan
boleh diberi bantuan yang berikut tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa:
(a) Elaun Sara Hidup mengikut kadar-kadar yang ditetapkan Lembaga dari semasa ke
semasa;
(b) bayaran masuk dan pendaftaran;
(c) bayaran pembelajaran termasuk bayaran-bayaran makmal dan kuliah;
(d) bayaran-bayaran peperiksaan, termasuk menaip dan menjilid tesis, yang dikenakan
dalam kursus itu;
(e) bayaran elaun pakaian mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan;
(f) bayaran untuk membawa barang lebihan kapal terbang atau kapal laut adalah
mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga;
(g) insurans perubatan atau bayaran perubatan yang berpatutan melainkan di mana ada
perkhidmatan kesihatan negara; dan
(h) bayaran membeli buku dan alat perkakas yang diperlukan bagi kursus tersebut dan
yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

2 Elaun Tanggungan Keluarga


Seseorang pegawai yang dibenarkan mengikuti sebarang kursus tanpa gaji boleh diberi
bantuan mengikut peruntukan Perintah Am 5 dan juga boleh dibenarkan menuntut
tanggungan keluarga seperti yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Sekiranya diluluskan oleh Ketua Pengarah, pegawai yang berkenaan boleh juga diberi
bantuan untuk tanggungan-tanggungan perbelanjaan lain yang dikenakan kepadanya
sebelum memohon kursus, seperti bayaran premium insurans nyawa bagi jumlah premium
yang berpatutan.

3 Potongan Elaun
Jika dalam masa latihan itu atau apabila ditempatkan berlatih di mana-mana yayasan,
seseorang pegawai itu menerima sebarang elaun atau gaji, maka potongan sebanyak elaun
atau gaji itu akan dibuat daripada elaun sara hidupnya.

148
Bab G. Kursus dalam Perkhidmatan

4 Tidak ada Elaun Runcit


Tidak ada elaun runcit lain boleh dibayar kepada seseorang pegawai yang mengikuti
latihan di bawah peraturan ini.

KURSUS DENGAN BIASISWA


5 Elaun dan Bayaran Bagi Kursus Yang Diberi Biasiswa Oleh Institut
Seseorang pegawai bagi perkhidmatan Institut yang mendapat biasiswa atau jenis bantuan
lain yang diluluskan oleh Lembaga boleh diberi faedah-faedah yang berikut:
(a) Elaun Sara Hidup yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
(b) bayaran-bayaran masuk dan pendaftaran;
(c) bayaran pembelajaran termasuk bayaran-bayaran makmal dan kuliah;
(d) bayaran-bayaran peperiksaan, termasuk menaip dan menjilid tesis yang dikenakan
bagi kursus itu;
(e) belanja perjalanan;
(f) bantuan untuk membeli buku dan alat perkakas yang diperlukan mengikut syarat-
syarat dan peraturan yang ditetapkan;
(g) insurans perubatan atau bayaran perubatan yang berpatutan, melainkan di mana ada
perkhidmatan kesihatan negara;
(h) bayaran elaun pakaian mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan; dan
(i) bayaran untuk membawa barang lebihan mengikut kapal terbang atau kapal laut
mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.

KURSUS BUKAN DIBIAYAI OLEH INSTITUT


6 Elaun dan Bayaran Bagi Kursus Yang Bukan Dibiayai Oleh Institut
Syarat-syarat cuti belajar bagi seseorang pegawai yang mendapat biasiswa atau bantuan
lain daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri atau luar negara atau badan atau yayasan bukan
Kerajaan lain untuk mengikuti kursus latihan yang ditawarkan melalui Lembaga dan
diluluskan oleh Lembaga, adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

PELBAGAI
7 Tambang Keluarga Pegawai Berkursus
Seseorang pegawai yang mengikuti satu latihan yang diakui dan melebihi dua belas (12)
bulan, bolehlah diberi tambang untuk keluarganya. Bagi maksud peraturan ini anak-anak
yang boleh mendapat tambang ini ialah mereka yang di bawah umur tiga belas (13)
tahun sebelum pegawai itu bertolak. Walau bagaimanapun, jika tempoh masa kursus ini
melebihi dua puluh empat (24) bulan, had umur ini boleh dilonggarkan mengikut budi
bicara Ketua Pengarah.

8 Kuasa Meluluskan Kursus Jangka Pendek Luar Negara


(a) Seseorang pegawai yang memohon atau diarahkan untuk menjalani kurus jangka
pendek di luar negara hendaklah memperoleh kelulusan daripada Ketua Pengarah
dan Ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu.

149
Perintah-perintah AM MARDI

Kuasa meluluskan kursus pegawai percubaan


(b) Seseorang pegawai yang masih dalam tempoh percubaan dan belum disahkan dalam
perkhidmatan, kuasa meluluskan kursus tersebut adalah dalam bidang kuasa Ketua
Setiausaha Kementerian dan/atau Ketua Pengarah untuk:
i) Menghadiri kursus pendek di luar negara sekiranya amat diperlukan dan
bersesuaian dengan tugas; dan
ii) Menghadiri kursus bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan seperti yang
ditetapkan di dalam skim perkhidmatan berkaitan.

150

You might also like