You are on page 1of 11

3 / 2018

BBDH4103

HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT

MATRICULATION NO :

IDENTITY CARD NO. :

TELEPHONE NO. :

E-MAIL :

LEARNING CENTRE : SIBU LEARNING CENTRE

Isi Kandungan
PENGENALAN ............................................................................................................................................ 1
Latihan Dalam Kerja (On-the Job Training) ................................................................................................. 2

Maurice –Human Resource Development


Teknik latihan luar kerja ( Off-the-Job) ........................................................................................................ 4
Teknik latihan yang digemari untuk sesebuah organisasi ............................................................................. 6
Kesimpulan.................................................................................................................................................... 8
Rujukan ......................................................................................................................................................... 9

PENGENALAN
Latihan merupakan keperluan di dalam sesebuah jabatan dan sebagai penjawat awam kita
telah diwajibkan untuk menjalani latihan ataupun berkursus selama 7 hari dalam setahun. Oleh
yang demikian, kakitangan yang telah mengikuti latihan yang telah dianjurkan secara dalaman
ataupun oleh pihak luar beranggapam bahawa ianya hanya untuk mencukupkan bilangan hari

Maurice –Human Resource Development


yang telah ditetapkan oleh jabatan. Latihan yang telah diadakan juga menelan perbelanjaan yang
besar dan sesetengah pihak berpendapatan bahawa ianya hanyalah membazir wang ringgit dan
masa tetapi sebenarnya latihan yang telah diberikan banyak memberikan manfaat kepada peserta
yang menghadirinya kerana ianya dapat memberikan ilmu ataupun pengetahuan yang baru
kepada mereka. Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2003), latihan boleh
didefinasikan sebagai proses pembelajaran kemahiran-kemahiran yang diperlukan seseorang
untuk melaksanakan tugasnya dan menurut Ibrahim (1996) latihan dalam organisasi adalah,
merupakan satu program pembelajaran yang dirancang untuk mengubah sikap dan
memperkayakan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan.
Bagi Mohd Hizam dan Zafir (2002) menyatakan bahawa latihan merupakan prosedur terancang
yang diikuti oleh seseorang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran bagi
tujuan dan kepentingan tertentu. Manakala Rozhan (2002), pula menyatakan bahawa latihan
ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang
untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan organisasi. Latihan
tertumpu kepada usaha menyediakan pekerja secara khusus bagi tugas yang telah diberikan
kepadanya, dan lebih berorientasikan masa kini.

Setelah melakukan penelitian melalui definisi yang telah diperolehi, maka saya telah
dapat mengumpulkan konsep latihan adalah proses pembelajaran yang lebih terancang dan
sistematik untuk kakitangan dalam sesebuah jabatan, selain mengurangkan jurang prestasi kerja
semasa bekerja dengan prestasi kerja yang diharapkan oleh jabatan dengan mempunyai prosedur-
prosedur pelaksanaan tersendiri bagi. Latihan juga diberikan kepada para pekerja bertujuan untuk
mempertingkatkan dan menambah nilai pengetahuan, memantapkan kemahiran kerja dan
mengubah sikap (KSA-knowledge, skills and attitude) yang diperlukan oleh pekerja dan latihan
ini kebiasaannya berpusatkan kepada keperluan dan kepentingan jangka pendek yang
mempunyai kesan atau perubahan yang diharapkan akan berlaku sejurus
selepas kakitangan mengikuti satu-satu program latihan.

Maurice –Human Resource Development


Prestasi yang diharapakan
oleh organisasi
Jurang Prestasi

Prestasi semasa pekerja

Rajah 1: Jurang Prestasi

Latihan Dalam Kerja (On-the Job Training)


Latihan dalam kerja merupakan latihan yang telah disediakan di tempat kerja sebenar dan
lebih mementingkan aktiviti yang membolehkan para pekerja mendapat pengalaman “hands on”
agar mereka dapat merasai sendiri bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilakukan. Kaedah ini
banyak digunakan di dalam organisasi kerana dapat memudahkan pemindahan latihan
berdasarkan keadaan, kemudahan dan persekitaran kerja ketika dan selepas latihan adalah sama.
Tambahan pula, peserta berpeluang menggunakan terus apa yang telah dipelajari dengan bantuan
penyelia dan fasilitator. Kaedah ini dapat menjimatkan kos kerana menggunakan kemudahan
yang sedia ada di tempat kerja. Walau bagaimanapun, kelemahan kaedah ini adalah sukar untuk
mengawal gangguan di persekitaran kerja seperti bunyi bising daripada deringan telefon atau
kakitangan lain yang lalu-lalang berhampiran tempat latihan yang boleh menggangu konsentrasi
para pelatih dan juga jurulatih. Latihan dalam kerja boleh dilaksanakan menggunakan beberapa
teknik antaranya pusingan kerja, latihan panduan kerja, bimbingan dan kaunseling serta
teknik pementoran. Teknik pusingan kerja direka bentuk untuk menambah kemahiran kerja

Maurice –Human Resource Development


2
pekerja pada masa kini. Seorang penyelia akan menyelia pekerja untuk satu tempoh masa
sebelum berpindah ke jabatan lain di dalam organisasi. Tujuan utama teknik ini ialah untuk
menyesuaikan kakitangan dengan aktiviti-aktiviti di semua jabatan dalam organisasi sekali gus
memahami fungsi keseluruhan organisasi. Kebiasaannya kakitangan yang menjalani jenis latihan
seperti ini adalah daripada peringkat pengurusan bawahan sebagai persiapan kepada mereka
untuk mendaki tangga pengurusan ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya, seorang guru yang
bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) akan memberikan latihan kepada
guru yang bakal dicalonkan untuk menggantikan tempat beliau apabila beliau sudah berpindah
ataupun berpencen kelak. Hal ini kerana banyak perkara harus dipelajari dan semasa guru yang
baru menggantikan guru yang lama mereka boleh terus melakukan kerja yang diberikan tanpa
masalah kerana telah diberikan pendedahan awal.

Latihan panduan kerja adalah prosedur pembelajaran berterusan yang diguna untuk
melatih kakitangan menjalankan tanggungjawab dan tugasan yang telah diberikan oleh tenaga
pengajar kepada mereka. Latihan panduan kerja akan menjelaskan secara terperinci tentang
perkara-perkara yang perlu dipelajari dan dibuat oleh peserta sepanjang tempoh latihan dan
dibahagikan kepada empat langkah utama bermula dengan mempersiapkan peserta agar mereka
faham dan tahu harapan organisasi kepada mereka. Seterusnya, memperkenalkan tugasan dengan
cara berperingkat-peringkat supaya mereka mampu menjalankan tugasan berkenaan. Kakitangan
yang baru betugas akan memerlukan banyak latihan untuk menjadi mahir. Langkah yang ketiga
adalah memberikan maklum balas mengenai prestasi kakitangan harus diberitahu setiap masa
agar mereka dapat mengetahui tahap pencapaian sekaligus memberi peluang untuk membaiki
kelemahan mereka. Langkah yang terakhir, kita perlu kerap memantau perkembangan prestasi
kerja peserta sehingga mereka boleh berdikari dengan sendiri. Contoh bagi latihan panduan kerja
adalah bagi guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah untuk pertama kalinya, mereka akan
diberikan panduan oleh guru mentor mereka tentang tugasan-tugasan mereka di sekolah.
Sepanjang berada di sekolah guru tersebut akan dipantau oleh guru besar dan penolong kanan
seperti membuat pemantauan di dalam bilik darjah semasa guru tersebut mengajar dan
memberikan maklum balas agar dapat membaiki kelemahan dari masa ke semasa.

Bimbingan dan kaunseling adalah teknik latihan secara bersemuka dengan peserta yang
terlibat. Tujuan utama teknik ini ialah untuk mempertingkatkan prestasi kerja bagi mencapai

Maurice –Human Resource Development

3
tahap yang telah ditetapkan. Bimbingan yang efektif yang diberikan oleh pihak pengurusan
mampu menyelesaikan masalah berkaitan prestasi pekerja agar mereka dapat memberika usaha
yang maksimum untuk mendapatkan hasil dan kualiti kerja yang cemerlang. Pada masa sama,
melalui kaunseling, pihak pengurusan boleh menyelesai kan masalah peribadi kakitangan yang
mempengaruhi prestasi kerja mereka. Contohnya, jika guru tersebut kelihatan tertekan dan tidak
memberikan tumpuan semasa mengajar maka pihak pengurusan sekolah bolehlah mengaturkan
sesi bimbingan dan kaunseling untuk beliau bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Melalui sesi
ini akan membolehkan guru itu mendapat jawapan untuk masalah yang dihadapi oleh beliau.
Jikalau masalah ini tidak diselesaikan dengan secepat mungkin adalah tidak mustahil perkara
seperti kes bunuh diri yang telah terjadi di Johor Bahru pada 9 Januari 2018 yang terjadi pada
guru wanita berusia 57 tahun kerana mengalami masalah emosi .

Teknik mentor yang merupakan teknik keempat bagi latihan dalam kerja yang
melibatkan pasangan pekerja lama atau kanan dengan pekerja yang muda atau baru. Nasihat,
sokongan dan bantuan mengenai tugasan akan diberikan kepada pekerja yang baru sehingga dia
menjadi cekap serta akan diberi tanggungjawab yang lebih besar kelak. Pekerja baru akan
memerhatikan pekerja lama membuat kerja. Kemudian pekerja baru akan diberi peluang
melakukan kerja yang sama sambil diperhatikan oleh pekerja lama. Pada masa sama, sebarang
kelemahan atau kesalahan boleh diperbetulkan. Ia memudahkan pekerja baru memahami apa
yang perlu dilakukan dan tahap prestasi yang dikehendaki. Contohnya, seorang guru baru yang
kurang pengalaman berkaitan dengan perlaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) akan
merujuk kepada guru yang lebih banyak pengalaman tentang cara perlaksanaan di dalam bilik
darjah, menyemak dan menyimpan data yang telah diterima. Jika tiada pementoran dilakukan
maka banyak kesalah yang akan dilakukan oleh guru tersebut dan akan mengundang pelbagai
masalah memandagkan masa yang diberikan untuk membuat pentaksiran LINUS adalah singkat.

Teknik latihan luar kerja ( Off-the-Job)


Latihan di luar masa kerja dilaksanakan di dalam bilik latihan atau bilik mesyuarat di
sesebuah organisasi. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah latihan bilik darjah. Kelemahan
utama kaedah ini adalah disebabkan oleh persekitaran latihan berbeza dengan tempat kerja
sebenar boleh menghalang pemindahan latihan daripada berlaku. Tambahan pula, kos yang
perlu ditanggung organisasi juga bertambah kerana ianya dilaksanakan di luar masa kerja dan

Maurice –Human Resource Development


4
memerlukan kepakaran daripada pihak luar. Namun kaedah ini membolehkan kita mengawal
persekitaran dengan menjadikannya lebih selesa, bebas daripada gangguan seperti perlu
melakukan tugasan lain yang dapat menggangun konsentrasi dan memberi lebih peluang kepada
peserta untuk mengambil bahagian dalam program. Kaedah latihan di luar masa kerja boleh
dilaksanakan dengan pelbagai teknik antaranya ceramah, perbincangan, pengalaman
pembelajaran dan latihan berpandukan komputer.

Teknik ceramah merupakan penyampaian maklumat tertentu oleh pakar-pakar dalam


bidang berkaitan kepada peserta. Teknik ceramah adalah teknik yang paling mudah untuk
menyampaikan fakta-fakta kepada peserta yang besar dalam masa yang cepat dan padat. Bahan-
bahan latihan seperti carta, nota, slaid dan gambar digunakan untuk agar penyampaian maklumat
menjadi lebih menarik dan berkesan. Namun, teknik ini mempunyai kelemahannya seperti
komunikasi satu hala yang tidak memberi peluang kepada peserta bertanya soalan dan
memberikan pendapat mereka. Oleh sebab itu, kandungan ceramah haruslah mudah difahami dan
tidak terlalu implisit atau kompleks. Seperti yang kita sedia maklum, perubahan dalam
kurikulum pendidikan memberikan impak yang sangat besar kepada guru-guru yang mengajar
oleh sebab itu ramai guru telah menghadiri ceramah yang telah disediakan baik di peringkat
daerah ataupun peringkat negeri. Ceramah-ceramah ini akan disampaikan oleh “master trainer”
yang telah mengikut kursus di peringkat negeri. Guru- guru yang telah menghadiri ceramah ini
akan memberikan latihan dalam perkhidmatan (LDP) kepada rakan-rakan sekerja yang lain bagi
memastikan maklumat dapat diketahui oleh semua pihak.

Teknik perbincangan berbeza dengan teknik ceramah melibatkan komunikasi dua hala
sesama peserta dan peserta dengan tenaga pengajar. Komunikasi dua hala akan menggalakkan
penglibatan aktif antara peserta kerana mereka tidak hanya duduk dan mendengar tetapi harus
berfikir secara kreatif dan kritis dalam memberikan pandangan dan pendapat. Walau
bagaimanapun, teknik ini memerlukan tenaga pengajar yang bijak dan pakar agar dapat
menangani maklum balas dan respons dengan cekap. Tenaga pengajar harus memilih tajuk
perbincangan yang sesuai untuk menarik minat para peserta dan mampu mengawal perbincangan
tersebut bagi mengelakkan sebarang pergaduhan kerana tidak berpuas hati dengan pihak yang
lain. Contohnya, setiap sekolah akan mengadakan perbincangan bersama dengan guru-guru dan
pihak pentadbir selepas ujian dijalankan. Hal ini adalah untuk memastikan target yang telah

Maurice –Human Resource Development


5
ditetapkan dapat dicapai dan jika sasaran tidak dapat dicapai guru-guru akan berbincang
mengenai intervensi yang dapat dijalankan bersama dengan pelajar bagi meningkatkan lagi
presetasi pelajar. Hal ini akan memberikan lebih banyak idea kepada semua guru yang terlibat
kerana semua guru akan menyumbangkan idea mereka.

Selain teknik perbincangan, teknik pengalaman pembelajaran merupakan satu


daripada teknik yang digunakan dalam latihan luar kerja dimana ianya memerlukan penglibatan
aktif daripada peserta yang menghadiri latihan. Aktiviti pembelajaran seperti kajian kes,
permainan, simulasi, main peranan dan model tingkah laku. Misalnya, semasa kursus guru akan
membuat satu rancangan mengajar harian (RPH) dan akan melakukan main peranan berdasarkan
RPH yang telah dirancangkan itu. Guru-guru yang lain akan terlibat menjadi pelajar di dalam
bilik darjah. Melalui main peranan ini, guru dapat menilai keberkesanan aktiviti pembelajaran
dan pemudahcara yang telah dibuat. Kajian kes, permainan dan simulasi membantu peserta
memperoleh kemahiran analitis, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sementara itu,
main peranan boleh membantu peserta mengenali diri sendiri dan mempelajari cara mengatasi
masalah. Model tingkah laku pula boleh melatih peserta menjadi pemerhati dan mempraktikkan
tingkah laku tersebut di tempat kerja. Guru berpeluang memerhati dan mengkaji tingkah laku
mereka sendiri serta tingkah laku guru lain, menentukan kelebihan dan kelemahan diri
berpandukan maklum balas yang diberikan oleh guru lain serta mencontohi tingkahlaku yang
baik. Oleh kerana main peranan merupakan lakonan, jadi ia tidak memberi kesan buruk jika
berlaku kesilapan dalam penyelesaian dalam penyelesaian sesuatu masalah. Guru masih ada
peluang untuk membetulkan kesilapan mereka.

Latihan berpandukan kompter melibatkan penggunaan komputer sebagai alat utama


dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran jarak jauh menggunakan format jarak jauh
seperti sidang audio, sidang video, latihan berpandukan komputer serta latihan melalui sistem
penyiaran. Kelebihan kaedah ini memudahkan peserta berinteraksi terus dengan computer dan
seperti yang kita sedia maklum penggunaan computer adalah sangat penting pada masa kini. Para
pekerja haruslah dapat menguasai cara penggunaan komputer dengan sepenuhnya. Bagi latihan
ini, komputer akan berperanan seperti tenaga pengajar program atau fasilitator. Soalan-soalan
yang diprogramkan akan dijawab oleh peserta dan komputer akan memberi jawapan serta- merta.
Misalnya, pada masa kini program I-think telah dijalankan di seluruh Malaysia bagi

Maurice –Human Resource Development


6
memantapkan lagi pemikiran aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan pelajar. Guru-guru
harus menyertai program ini secara luar talian dan pada setiap akhir modul guru akan menjawab
soalan. Markah tersebut akan dipantau secara berterusan oleh computer dan pada akhir kursus
guru yang lulus akan diberikan sijil. Kebaikkan latihan ini adalah, peserta dapat mengikuti
program latihan mengikut kemampuan dan masa masing-masing kerana tiada had masa
ditetapkan. Namun ianya tidak boleh dijadikan pengganti kepada tenaga pengajar kerana para
peserta tidak dapat menanyakan soalan kepada tenaga pengajar. •

Teknik latihan yang digemari untuk sesebuah organisasi


Junaidah (2001) menjelaskan pilihan kaedah-kaedah latihan dan teknik-teknik bergantung
kepada beberapa faktor termasuk hasil dan kandungan program, latar belakang serta pengalaman
peserta, kos dan kepakaran tenaga pengajar atau fasilitator. Organisasi-organisasi yang terlibat
haruslah mebuat keputusan yang bijak agar latihan-latihan yang telah diberikan kepada peserta
akan membuahkan hasil dan tidak hanya sia-sia. Oleh sebab itu, organisasi seperti pembuatan
kain songket sering memilih teknik mentor kerana pekerja yang kurang berpengatahuan dapat
belajar dengan pekerja yang lebih mahir dalam aktiviti menenun kain songket. Teknik ini lebih
berkesan kerana pekerja akan lebih mahir jika dia boleh melihat secara langsung sesuatu
pekerjaan dilakukan dan mentor akan dapat memberikan respond secara terus kepada pekerja
jika terdapat kesilapan yang dilakukan. Apabila respond yang diberikan cepat maka peratusan
untuk mengulangi kesalahan yang sama dapat dikurangkan berbanding dengan teknik ceramah
dimana mereka hanya mendengar dan akan mempraktikan setelah tamat latihan. Kaedah ceramah
sesuai untuk memberi maklumat manakala teknik pengalaman pembelajaran sering digunakan
oleh organisasi seperti syarikat penerbangan kerana mereka menggunakan peralatan atau mesin
simulasi yang hampir sama dengan peralatan sebenar. Walaubagaimanapun, direkabentuk
peralatan ini harus dapat memaksimum permindahan pembelajaran. Ini bermaksud sifat-sifat
fizikal dan psikologi peralatan simulasi haruslah mempunyai seakan-akan sama dengan tempat
kerja yang sebenar. Menjimatkan kos dan mentikberatkan aspek keselamatan merupakan sebab
utama mesin simulasi diperkenalkan sebagai pengganti mesin sebenar. Umpamanya, syarikat-
syarikat penerbangan seperti Malaysian Airlines (MAS) membeli simulasi penerbangan dengan
membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk melatih para pelatihnya Latihan dijalankan dalam
keadaan yang selamat dan terkawal dengan adanya mesin simulasi. Pelatih berpeluang

Maurice –Human Resource Development


7
mengulangi prosedur-prosedur yang dikehendaki sehingga faham dan mahir disamping dapat
diajar tanpa sebarang gangguan luar. Teknik yang ketiga sering digunakan adalah teknik
perbincangan. Kumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh masa mengkaji dan
mendapatkan cara untuk mendapatkan lebih ramai penumpang bagi organisasi besar seperti
syarikat penerbangan AirAsia. Setiap pekerja akan diberi tugasan dalam projek-projek yang
tertentu. Dari masa ke semasa, pekerja yang terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan
penemuan dan kemajuan tugasan atau projek masing-masing. Ahli-ahli kumpulan lazimnya akan
mahu memperbaiki sebarang kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan
keberkesanan mereka dalam menjalankan tugasan mereka. Apabila mereka mampu mengatasi
kekurangan diri maka mereka mampu memberikan tumpuan yang lebih baik kepada tugasan
yang telah diberikan. Melalui perbincangan yang diadakan seringkali membuahkan hasil yang
memberangsangkan seperti terdapat tiket murah sempena hari mengundi dan jualan tiket murah
untuk penerbangan Hari Raya pada tahun 2018. Pelbagai teknik juga boleh digabungkan agar
dapat memberikan impak yang lebih besar kepada para pekerja kerana para pekerja yang
menerima latihan yang berkesan seringkali berasa lebih yakin dan positif terhadap pekerjaannya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kaedah latihan boleh dibahagi kepada dua iaitu latihan sewaktu kerja
seperti teknik pusingan kerja, latihan panduan kerja, bimbingaan dan kaunseling dan pementoran
manakala latihan di luar waktu kerja melibatkan beberapa teknik seperti ceramah, perbincangan,
pengalaman pembelajaran dan latihan berasakan komputer. Kesemua teknik latihan ini banyak
memberikan maanfaat kepada setiap organisasi kerana ianya mempunyai fokus yang sama iaitu
untuk meningkatkan lagi mutu kerja para pekerja agar dapat mencapai prestasi yang diharapakan
oleh organisasi tersebut. Tanpa adanya latihan kepada para pekerja akan mengakibatkan
kegagalan kepada sesebuah organisasi kerana kurang berpengetahuan lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi bagi meningkatkan mutu kerja. Satu kesalahan jika majikan tidak memberikan latihan
yang sewajarnya kepada pekerja kerana kemahiran, kebolehan individu dan pengetahuan berkait
rapat dengan pencapaian dan proses pembelajaran pembelajaran. Melalui latihan dan
pembangunan, pekerja boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan mereka.
Pekerja juga boleh meningkatkan produktiviti organisasi dan prestasi di tempat kerja.

(2528 perkataan)

Maurice –Human Resource Development


8
Rujukan
1. Ibrahim Mamat. 1996. Reka Bentuk Dan Pengurusan Latihan :Konsep Dan Amalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2 Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul. 2002. PengurusanOrganisasi. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.

3.Rozhan Othman. 2002. PengurusanPersonel Dan Perancangan Guna Tenaga.Selangor: Dewan


Bahasa danPustaka

9 Maurice –Human Resource Development

You might also like