Professional Documents
Culture Documents
Tingkatan 5 Ekonomi Bab 2 2 PDF
Tingkatan 5 Ekonomi Bab 2 2 PDF
SPMsureSkor.com 3
2.2.3 Sekatan Perdagangan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara
untuk mengawal eksport dan import negara.
(B) Subsidi
1. Subsidi merujuk bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan
untuk melindunginya daripada persaingan dengan pengeluar negara asing.
2. Pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan harga barang keluaran
tempatan lebih murah. Justeru, permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat.
3. Subsidi juga boleh diberikan kepada barang eksport negara agar harga barang eksport negara
akan menjadi lebih murah dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.
(C) Kuota
1. Kuota merupakan sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam
suatu jangka masa tertentu.
2. Kuota merupakan had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport, contohnya bilangan
unit kereta yang boleh diimport dalam tempoh masa setahun.
3. Kuota akan menyebabkan penawaran barang import berkurang dan harganya akan meningkat
berbanding dengan harga barang tempatan.
4. Kuota bertujuan untuk melindungi industri muda tempatan agar berkembang dengan kukuh dan
mampu bersaing dengan barang import pada masa depan.
SPMsureSkor.com 4
(E) Embargo
1. Embargo merujuk dasar pemulauan terhadap barangan dari negara tertentu.
2. Dasar embargo jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau kepentingan negara.
3. Hal ini adalah disebabkan tindakan memulau barang dari negara tertentu akan menjejaskan
hubungan antara sesebuah negara dengan negara lain.
4. Contohnya, kerajaan Malaysia tidak membenarkan barang dan perkhidmatan dari Negara Israel
diimport atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin.
SPMsureSkor.com 5
1. Industri tempatan berpeluang untuk berkembang dengan lebih kukuh hasil daripada sekatan
seperti tarif, kuota, dan pemberian subsidi akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan
untuk rakyat tempatan.
2. Kadar pengangguran negara akan menurun dan pendapatan negara dapat ditingkatkan.
(F) Keselamatan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa diperkenalkan untuk melindungi industri yang penting dan
strategik seperti industri beras dan makanan supaya tidak terlalu bergantung kepada bekalan
import dari luar negara.
2. Ini juga bertujuan menghalang kemasukan barang-barang yang haram seperti dadah atau barang
makanan yang dicemari oleh penyakit atau bahan kimia yang berbahaya.
3. Contohnya, daging lembu dan bahan tenusu import yang dikenal pasti dicemari oleh bahan kimia
yang berbahaya akan terus disekat daripada digunakan oleh rakyat tempatan atas sebab
kesihatan dan keselamatan negara.
SPMsureSkor.com 6
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1, dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah
kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
(d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah
kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
(f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.
SPMsureSkor.com 7
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q3.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
(d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 + Q0O4 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.
(f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding
dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.
Kesan pemberian subsidi
1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif
lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang
keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang import akan
menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.
SPMsureSkor.com 8
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
(d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0
pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah
barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.
Liberalisasi perdagangan
1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan
perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan tarif dan sekatan
bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) dari luar ke dalam
sesebuah negara.
Perjanjian perdagangan
1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih
negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa
menjalankan urus niaga antara negara.
2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia
a. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
- Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
- Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
- Objektif utama perjanjian AFTA ialah:
i. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran
antarabangsa melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan
ASEAN
ii. Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan teknologi baharu ke dalam
ASEAN
iii. Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar
negara.
SPMsureSkor.com 12
iv. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan
meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan pengeluaran
v. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran
dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- Mekanisme utama untuk mencapai matlamat AFTA adalah melalui CEPT yang menetapkan
jadual berfasa pada tahun 1992 untuk meningkatkan daya saing rantau ASEAN supaya
menjadi pangkalan pengeluar dunia.
SPMsureSkor.com 14
1. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan sistem
kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
2. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi sesebuah
negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh tergugat.
3. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena ketidakstabilan
dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.
SPMsureSkor.com 16