You are on page 1of 3

Kebaikan Buah-buahan Tempatan

Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang berasal dari
negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti durian,langsat,rambutan
manggis dan lain-lain.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan
buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu khasiatnya banyak kerana
kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.

Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah didapati dan
dibeli terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita rajin bercucuk tanam
terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di
belakang rumah sahaja.

Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-
buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya dua kali ganda jika
dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang
perbelanjaan seharian.

Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan
buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia
berbahaya.kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet
supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan
sebagainya.

Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita
makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.
Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak
yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa
kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah
tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya
setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa
depan kita.

Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala nasihat
mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu
bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah
menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Kita boleh
membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu
bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan
yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila
masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih
mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk
membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan satu pertandingan bercerita. Selaku
setiausaha, kamu diminta untuk menulis laporan tentang pertandingan tersebut.

Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2018

SK Sungai Buloh.

Persatuan Bahasa Melayu S.K Sungai Buloh telah mengadakan satu pertandingan bercerita. Majlis
telah diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul 9.00 pagi.Majlis ini diadakan untuk memilih
wakil sekolah ke peringkat daerah.

Pada pukul 8.30 pagi, murid-murid sudah mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, , dan
tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pengerusi PIBG
juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

Pengacara majlis, mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Sebelum pertandingan dimulakan,


ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Semua yang hadir bertumpu ke tempat
pertandingan.

Pertandingan bermula.Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi
dipersembahkan oleh murid-murid. Semuanya amat menarik dan memukau.Para hakim kelihatan
agak sukar untuk memilih pemenang.

Perasmian penutup dilakukan oleh Guru Besar En. Redzuan b Othman. Beliau berpuas hati dengan
prestasi para peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan.

Kemudian keputusan diumumkan. Nur Zakirah bt Zulkifle dinobatkan sebagai juara pertandingan
bercerita peringkat sekolah. Ahmad Jafni bin Hizad mendapat tempat kedua dan Siti Asmlia bt
Jamaludin di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar En. Redzuan b Othman .

Pada pukul 11.30 pagi pertandingan berakhir. Tetamu dijemput menikmati jamuan di kantin
sekolah. Guru Penasihat Bahasa Melayu berasa gembira kerana majlis berjalan dengan baik dan
lancar.

Disediakan oleh, 15 MAC , 2018.

Nabil iman

(NABIL IMAN B NAZRI)

Setiausaha ,

Persatuan Bahasa Melayu.

You might also like