You are on page 1of 35

1.

0 Pengenalan
Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Istilah morfologi dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud
kajian tentang tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep ini diterapkan kepada bentuk
perkataan bahasa manusia. Bentuk ujaran itu kemudiannya dituliskan dengan
menggunakan lambang-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut. Sebagai
contohnya, dalam bahasa Melayu, kebiasaannya kita menuliskan perkataan dalam
ejaan Rumi, iaitu berlari, ketawa, bangunan, guru, langit-langit, kereta api dan lain-
lainnya. Bentuk-bentuk tulisan perkataan seperti inilah yang dikaji dalam morfologi.
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, pengakronian, dan penggandaan.
Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama . Justeru, morfologi
bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam
bahasa Melayu.

1.1 Definisi Morfologi


Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1984), morfologi
merupakan satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan
dan cara-cara pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur
perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk
bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat
berdiri dengan sendiri.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), ‘ Morfologi merupakan bidang
tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji sturktur, bentuk dan golongan kata.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
Menurut Choo Say Tee dan Mohd Khir Kassim (2013), morfologi
bermaksud kajian tentang struktur dan bentuk atau pembentukan. Kajian yang
diteliti ialah unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses yang membentuk
perkataan serta bentuk-bentuk perkataan yang terhasil. Selain itu, terdapat juga
pendapat yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (2006), ‘Morfologi ialah satu
bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan ‘.
Menurut Nik Safiah Karim (2011), ’Morfologi ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa
unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan
fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian
digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah
bidang yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa
Melayu.
Berdasarkan beberapan pendapat yang dikemukakan oleh beberapa
penulis tersohor, saya merumuskan bahawa morfologi ialah satu bidang yang
mengkaji bagaimana sesuatu perkataan itu serta apakah unit-unit yang terdapat
di dalam setiap pembentukan perkataan itu. Pembentukan perkataan pula boleh
dijeniskan kepada pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Proses
morfologi pula ialah proses yang berlaku dalam bahasa Melayu bagi
menghasilkan kata-kata terbitan. Proses morfologi menjelaskan apa yang
berlaku terhadap unsur morfologi iaitu morfem dan kata dalam bahasa Melayu
bagi menerbitkan perkataan baharu.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa terdapat empat proses morfologi
yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan, dan pengakronian. Proses-proses ini dilakukan kepada bentuk
dasar. Dasar ialah bentuk yang menerima imbuhan dalam proses pengimbuhan
atau bentuk yang digabungkan kepada bentuk perkataan lain dalam proses
pemajmukan atau bentuk kata yang mengalami proses penggandaan. Bentuk
dasar itu sendiri boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan, dan
kata terbitan itu boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata
majmuk atau kata akronim.
2.0 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa terdapat empat proses morfologi yang
berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan
pengakronian.

2.1 Pengimbuhan
Menurut Abdullah Hassan (2006), “Pengimbuhan ialah proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar
membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata kerja, kata
nama, dan kata adjektif.

•Kata Nama
Awalan • Kata kerja
•Kata Adjektif

• Kata Nama
Akhiran
• Kata Kerja
Bentuk -Bentuk
Imbuhan
•Kata Nama
Apitan Kata Adjektif

•Kata Nama
Sisipan •Kata Kerja
•Kata Adjektif
Rajah 1 : Bentuk-bentuk Imbuhan Bahasa Melayu

Berdasarkan pandangan tersebut apa yang dapat difahami ialah


pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan
satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut boleh
diletakkan di depan bentuk kata dasar, di belakang bentuk kata dasar, di depan
dan di belakang kata dasar serentak atau disisipkan ke dalam bentuk kata dasar.
Imbuhan yang dicantumkan di depan kata dasar dipanggil imbuhan awalan.
Imbuhan yang dicantumkan di belakang kata dasar dipanggil imbuhan akhiran.
Manakala imbuhan yang dicantumkan serentak di depan dan di belakang kata
dasar dipanggil imbuhan apitan. Kategori seterusnya ialah imbuhan yang
dimasukkan ke dalam kata dasar dipanggil imbuhan sisipan. Pengimbuhan juga
boleh berlaku dalam beberapa lapis.
Pengimbuhan selapis berlaku apabila dasarnya bukan hasil terbitan
seperti seorang terbit dari se + orang. Pengimbuhan dua lapis berlaku apabila
dasarnya sudah mengalami selapis pengimbuhan seperti keseorangan terbit dari
seorang dan ke-..-an. Manakala pengimbuhan tiga lapis berlaku apabila
dasarnya sudah mengalami dua kali pengimbuhan seperti berkeseorangan yang
terbina daripada ber+ keseorangan. Lazimnya tidak ada pengimbuhan lebih
daripada tiga lapis. Imbuhan yang tersedia dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada empat iaitu awalan, akhiran, sisipan dan akhiran.
Satu perkara yang tidak seharusnya dipisahkan dalam pembentukan
perkataan khasnya perkataan berimbuhan ialah morfem dan morf atau alomorf.
Morfem seperti yang telah diterangkan ialah unit bahasa yang terkecil
mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Sebagai penutur asli bahasa Melayu
kita dapat mengenali unsur-unsur bahasa seperti ber-, ter-, ke-, me- -kah, -lah,
dan lain-lain lagi. Unsur-unsur ini tidak mempunyai makna namun mempunyai
fungsi tatabahasa apabila digabungkan dengan kata contohnya bertanya . Oleh
yang demikian, unsur-unsur ini adalah morfem.
Terdapat juga morfem yang mempunyai bentuk berlainan. Contohnya
dalam perkataan menyuruh, mengawal, melawat, memukul, menampar,
mengacu dan mengelap. Didapati bentuk meny-, meng-, me-, mem-, men- dan
menge- wujud tetapi perubahan fonem berlaku kepada huruf pangkal dalam kata
dasar yang menerima imbuhan tersebut. Dalam kajian linguistik bentuk-bentuk
imbuhan di atas semuanya dapat dilambangkan sekali gus seperti meN. Unsur N
boleh digugurkan dan berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge. Oleh yang
demikian , morfem meN dapat dilihat mempunyai enam bentuk alomorf.
2.1.1 Jenis-Jenis Imbuhan dalam Bahasa Melayu
a) Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah yang diletakkan di awal perkataan .
Contohnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny-, pe-, per-
,di-, se-, ke-, dan lain-lain. Contohnya perkataan yang mengalami
pengimbuhan awalan ialah berjalan , imbuhan ber- digabungkan
dengan kata dasar jalan. Antara contoh lain ialah pereka,
terkenal, mengambil, melukis, menyanyi dan lain-lain.

b) Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran yang ditambah pada bahagian belakang
kata dasar dalam pemakaiannya. Misalnya kata dasar jalan
menjadi jalanan dengan penambahan imbuhan akhiran -an. Lain-
lain imbuhan akhiran ialah -kan dan -i. Contoh perkataan yang
terbit dari penambahan imbuhan akhiran ialah tuliskan, sebarkan,
ikuti, kawanan, sertai dan lain-lain lagi.

c) Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir secara mengepit
kata dasar , iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal
dan di akhir kata dasar, misalnya ke-…-an dalam perkataan
kesihatan, dan di-…-i dalam perkataan dicemari.

d) Imbuhan Sisipan
Imbuhan sisipan hadir dicelahan kata dasar. Imbuhan
sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, ei-, em-, dan in-.
Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung, -er-
dalam s+er+uling dan –em- dalam gemuruh.
2.2 Penggandaan
Penggandaan ialah kata yang terhasil melalui proses pengulangan kata dasar.
Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar
atau digandakan secara berima atau berentak. Menurut Raminah Haji Sabran
(1984),’Penggandaan adalah satu proses membentuk perkataan dengan cara
mengulang atau menggandakan perkataan itu seluruhnya atau sebahagian
daripadanya dan dengan demikian timbullah satu perkataan baru yang membawa
makna atau konsep baru juga’.
Oleh yang demikian, dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis proses
pembentukan kata ganda iaitu pengulangan kata dasar disebut sebagai penggandaan
penuh, pengulangan sebahagian kata dasar dikenali sebagai penggandaan separa
manakala pengulangan kata dasar yang berima disebut sebagai penggandaan berentak.

Proses
Penggandaan

Penggandaan Penggandaan Penggandaan


Penuh Separa Berentak

Rajah 2 : Proses Penggandaan

2.2.1 Penggandaan Penuh


Gandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar ,
sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak. Ianya berlaku apabila seluruh
bentuk kata dasar diulang tanpa perubahan bunyi. Contohnya kata dasar besar ,
digandakan menjadi besar-besar dan merujuk kepada penggandaan tanpa
pengimbuhan . Manakala penderma digandakan menjadi penderma-penderma
merujuk kepada penggandaan berimbuhan. Dalam penggandaan penuh, kata
dasar yang digandakan seluruhnya boleh terdiri daripada golongan kata nama,
kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Contoh kata nama yang digandakan
ialah bapa-bapa, kata kerja yang digandakan pula ialah hidup-hidup. Manakala
contoh kata adjektif yang digandakan ialah cantik-cantik dan kata tugas
contohnya ialah bukan-bukan.
Termasuk juga dalam kategori kata dasar yang mengalami penggandaan
penuh juga boleh terdiri daripada kata dasar berbentuk kata terbitan dan kata
majmuk. Misalnya kata terbitan yang telah digandakan sepenuhnya ialah
pekerja-pekerja dan persatuan-persatuan. Manakala kata majmuk yang
mengalami penggandaan penuh misalnya ialah kakitangan-kakitangan dan jet-jet
pejuang. Selain itu terdapat juga penggandaan penuh kata nama tunggal .
Penggandaan penuh untuk kata nama tunggal dibahagikan kepada dua iaitu
tanpa imbuhan dan dengan imbuhan –an. Contoh kata nama tunggal tanpa
pengimbuhan ialah kedai-kedai dan kuda-kuda.
Bagi penggandaan penuh berimbuhan –an ialah sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kata ganda yang terhasil daripada proses penggandaan penuh
menyatakan makna tertentu, berdasarkan golongan kata dasar yang
digandakan. Sekiranya kata dasarnya kata nama, maka kata ganda penuh itu
membawa maksud banyak atau jamak. Contohnya buku-buku, pensel-pensel
dan guru-guru. Namun begitu terdapat beberapa kata nama yang memang perlu
digandakan sepenuhnya meskipun membawa maksud tunggal contohnya
kunang-kunang, anai-anai, dan kanak-kanak.
Kata kerja yang digandakan sepenuhnya pula membawa maksud
melakukan perbuatan dengan seenaknya , contohnya baring-baring, rehat-rehat
dan tidur-tidur. Sekira yang digandakan sepenuhnya ialah kata adjektif pula
ianya boleh membawa maksud menyeluruh atau banyak contohnya cantik-cantik
dan menguatkan atau menekankan keterangan serta bersifat bandingan.

2.2.2 Penggandaan Separa


Gandaan separa ialah gandaan yang mengalami pengguguran satu suku
kata , sama ada suku kata belakang atau depan atau lebih tepat ianya suatu
proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Bagi kata tunggal, penggandaan
separa melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan gandaannya terletak
pada bahagian depan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami
proses pelemahan iaitu berubah kepada e pepet . Berikut ialah beberapa contoh
kata tunggal yang mengalami penggandaan separa contohnya dedaun,
gegendang, lelaki dan kekisi. Bagi kata terbitan pula , penggandaan separa
hanya berlaku pada kata dasar utama atau kata akarnya sahaja tidak melibatkan
imbuhan. Kata dasar yang diulang itu boleh terletak di bahagian depan kata
dasar atau dibelakang kata dasar .
Antara beberapa contoh kata dasar yang terletak di depan dan
mengalami penggandaan separa ialah bunuh-membunuh, hina-menghina dan
kasih-mengasihi. Manakala kata dasar yang terletak di belakang contohnya
ialah berabad-abad, menjerit-jerit dan memperkecil-kecil. Daripada contoh-
contoh yang diberikan , setiap perkataan yang berimbuhan , apabila digandakan,
pengulangan tidak berlaku terhadap kata yang mempunyai imbuhan sama ada
pada awal atau akhir penggandaan, contohnya berlari menjadi berlari-lari dan
bukannya berlari-berlari.
Menurut Abdullah Hasan , 2006 dalam bukunya Morfologi, terdapat
penggandaan separa yang mengalami perubahan pada suku kata akhirnya
apabila digandakan . Contohnya perkataan hitam apabila berlaku penggandaan
separa menjadi tam-hitam dan besar menjadi sar-besar.

2.2.3 Penggandaan Berentak


Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Penggandaan berentak berlaku pada
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan adverba. Penggandaan
berentak dibahagikan kepada tiga iaitu pengandaan berentak pengulangan
vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan
berentak bebas.
Dalam penggandaan berentak pengulangan vokal, bunyi yang diulang
ialah bunyi vokal, iaitu mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal . Contohnya dalam
perkataan penggandaan berentak sayur-mayur, berlaku pengulangan vocal a
dan u dan dalam perkataan ramah-tamah pula berlaku pengulangan vokal a.
Penggandaan berentak pengulangan konsonan pula, huruf konsonan mengalami
pengulangan, misalnya dalam perkataan bintang-gemintang, berlaku
pengulangan konsonan n, t dan ng.
Contoh yang lain ialah terang-benderang pula berlaku pengulangan
konsonan r dan ng. Manakala dalam pengandaan berentak bebas pula ianya
tidak terikat kepada perubahan mana-mana konsonan atau vokal dalam
perkataan tersebut. Contoh kata penggandaan bebas ialah beli-belah, kayu-
kayan , rebah-rempah dan lain-lain lagi. Penggandaan berlaku pada golongan
kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba.

2.3 Pemajmukan
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk
dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya sabun mandi ialah kata
majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang. Sebaliknya
pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan.
Dalam bentuk penulisan, kata majmuk merupakan satu unit tetapi dieja terpisah
kecuali kata majmuk yang telah mantap. Terdapat 15 kata majmuk yang telah
mantap , antaranya ialah antarabangsa, setiausaha, matahari, beritahu, dan
lain-lain lagi.

Kata Majmuk Mantap


antarabangsa bumiputera
beritahu jawatankuasa
kakitangan kerjasama
olahraga matahari
setiausaha sukarela
suruhanjaya tandatangan
tangggungjawab warganegara
pesuruhjaya

Rajah 3 : Kata Majmuk Yang Telah dimantapkan.

Terdapat empat bentuk kata majmuk dalam bahasa Melayu iaitu kata
majmuk rangkai kata bebas, kata majmuk rangkai kata setara, kata majmuk
istilah khusus, dan kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan.
2.3.1 Kata Majmuk Rangkaikata Bebas
Kata majmuk rangkai kata bebas ialah bentuk kata majmuk yang tidak
mempunyai hubungan makna antara perkataan pertama dengan perkataan
kedua, yakni kedua-dua perkataan itu mendukung makna tersendiri. Sebagai
contoh, perkataan cermin dan mata masing-masing mempunyai makna
tersendiri, iaitu cermin ialah alat yang digunakan untuk mencermin diri dan mata
merupakan antara anggota tubuh yang digunakan untuk melihat.
Apabila dirangkaikan menjadi kata majmuk dan membawa maksud benda
yang dipakai pada muka bagi membantu penglihatan atau bergaya . Antara
contoh lain ialah beg tangan, sapu tangan dan botol susu. Dalam kategori ini
juga termasuk dua bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya
Perdana Menteri, Duta Besar, Raja Muda Ketua Setiausaha Negara, dan
sebagainya.

2.3.2 Kata Majmuk Rangkaikata Setara


Manakala kata majmuk rangkaikata setara terdiri daripada rangkai kata
yang setara sifatnya, walaupun bertentangan dari segi makna perkataan pertama
dan perkataan kedua. Contoh kata majmuk rangkai kata setara ialah tua muda,
hidup mati dan kerusi meja.

2.3.3 Kata Majmuk Istilah Khusus


Kata majmuk isitilah khusus pula ialah rangkai kata yang digunakan bagi
merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Kata majmuk
jenis ini biasanya terdapat dalam bidang sains, matematik dan geografi. Antara
contoh kata ialah tabung uji, keratan rentas, garis pusat dan telefon dail terus.

2.3.4 Kata Majmuk Simpulan Bahasa atau Kiasan


Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan pula ialah rangka kata
terhasil daripada simpulan bahasa. Antaranya ialah kaki bangku, cepat tangan
dan ikat perut. Sebahagian besar simpulan bahasa bagi bahasa Melayu adalah
dalam bentuk kata majmuk.
Kata majmuk juga turut mengalami pengandaan dan pengimbuhan.
Dalam pengandaan kata majmuk, hanya melibatkan penggandaan unsur
pertama kata sahaja. Contohnya alat-alat tulis, gambar-gambar rajah dan balai-
balai raya dan bukannya alat tulis-alat tulis, gambar rajah-gambar rajah , dan
balai raya-balai raya. Namum hal ini tidak berlaku terhadap kata majmuk yang
telah mantap. Pengimbuhan kata majmuk pula terdapat dalam dua bentuk.
Bentuk yang pertama apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan imbuhan awalan dan akhiran sahaja. Ejaannya tetap terpisah
umpamanya bercampur aduk, mengambil alih, dan daya serapan. Manakala
bentuk yang kedua pula ialah apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum contohnya mencampuradukkan,
menggariskasarkan, dan diurusniagakan.

2.4 Pengakronian
Menurut Nik Safiah Karim (2011), ‘Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk
dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal
dan suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

2.4.1 Penjenisan Akronim


Pengakronian merujuk kepada pencantuman bahagian-bahagian
daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian tersebut boleh terdiri
daripada huruf, suku kata, bahagian-bahagian suku kata dan perkataan.
Berpandukan cara pencantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata akronim
dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu cantuman huruf awal perkataan,
cantuman suku kata awal perkataan, cantuman huruf dan suku kata perkataan
dan cantuman bahagian-bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain perkataan yang mengikutinya.
ADUN ( Ahli Dewan Undangan Negeri ), ABIM ( Angkatan Belia Islam
Malaysia) , dan PLUS ( Projek Lebuhraya Utara Selatan ) misalnya terhasil
daripada percantuman huruf awal beberapa perkataan. Akronim tersebut ditulis
dengan huruf besar kerana ianya merupakan kata nama khas. Bagi kata cerpen,
kugiran, dan pawangam pula terbentuk dari cantuman suku kata awal perkataan.
Akronim yang tersenarai di atas ditulis dengan huruf kecil kerana ianya bukan
kata nama khas.
Kata cerpen terbina daripada kata cerita pendek manakala kata kugiran
pula terbina daripada kata kumpulan gitar rancak. Namun begitu, terdapat juga
kata yang ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Hal ini berlaku apabila kata
itu ialah kata nama khas, contohnya Bernama yang dicantumkan suku kata
daripada Berita Nasional Malaysia dan Pulada yang dicantumkan suku kata
daripada Pusat Latihan Darat.
Seterusnya, kata Bakat, Intan, Makna dan Perkim pula terhasil dari
cantuman huruf dan suku kata perkataan. Akronim ini pula perlu ditulis dengan
huruf awalnya huruf besar kerana ianya terdiri daripada kata nama khas.
Contohnya Bakat, terbina daripada Badan Kebajikan Angkatan Tentera, Intan
pula terbina daripada perkataan Institut Tadbiran Awam Negara dan Makna
terbina daripada Majlis Kanser Nasional.
Bahagian terakhir ialah, kata akronim yang terbentuk daripada
percantuman bahagian awal kata pertama dengan bahagian lain perkataan yang
mengikutinya. Kata akronim yang terbentuk ialah kata nama am, lantaran itu
kata tersebut ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. Contoh kata akronim
jenis ini ialah debunga berasal daripada kata debu bunga, halaju berasal
daripada kata hala laju dan jentolak berasal daripada kata jentera tolak.
3.0 Penggolongan dan Pembentukan kata kerja Bahasa Melayu.
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsure lain
seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Berikut
merupakan beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja.

i. Ali tidur.
ii. Mereka sedang membaca buku.
iii. Sepupu Laila bermain di padang.
iv. Pemandu itu membelok ke kanan.

3.1 Penggolongan kata kerja Bahasa Melayu.


Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i. Kata kerja aktif.


ii. Kata kerja pasif

3.1.1 Kata Kerja Aktif


Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu
ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang
diterangkan. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja aktif
tak transitif dan kata kerja aktif transitif.

Kata Kerja Aktif tak Transitif

Kata Kerja Aktif

Kata Kerja Aktif Transitif

Rajah 4 : Kata kerja Aktif


a. Kata kerja aktif tak transitif.
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua
subgolongan iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap.

Kata Kerja Aktif tak Transitif


tanpa pelengkap
Kata Kerja Aktif tak transitif
Kata Kerja Aktif tak Transitif
berpelengkap

Rajah 5: Kata kerja aktif tak transitif

i. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.


Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh
berdiri tanpa objek tanpa objek atau penyambut seperti yang terdapat dalam
contoh berikut :

Adik saya masih tidur.

Ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri, iaitu
tanpa penggantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud
ayat. Contoh-contoh lain adalah seperti menangis, pergi, duduk berjalan,
tercengang dan memberontak. Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh
unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. Contohnya,
ayat seperti contoh yg diberi di atas boleh ditambah unsur keterangan serti
berikut:

Adik saya masih tidur di serambi.


ii. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah
dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya
hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap
ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan
maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi
pelengkap tidak boleh dipasifkan. Berikut merupakan contoh kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap.

Mereka tinggal di Kampung Paya .

Dalam ayat di atas, perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak
transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Sekiranya
pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna, contohnya :

Mereka tinggal.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis,
iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama.

Unsur (sebagai pelengkap) Contoh ayat.


Kata adjektif
 Kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti oleh kata Lukanya beransur baik.
adjektif sebagai pelengkap dan dalam konteks ini
kata adjektif berfungsi sebagai kata adverba.
Frasa sendi nama
 Kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti oleh frasa Mereka menetap di kampung ini.
sendi nama yang membawa pengertian tempat yang
berfungsi sebagai pelengkap.
Kata nama
 Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja Kami tidur berbantalkan lengan.
aktif tak transitif yang menerima imbuhan ber-...-kan
dan kata kerja menjadi dan ada.
b. Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Kata kerja aktif transitif menggunakan
imbuhan men, men...i, men...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contoh ayat :

Kami membaiki kereta kesayangan ayah.

Dalam contoh ayat di atas, kata kerja membaiki ialah kata kerja transitif.

3.1.2 Kata kerja pasif.

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif. Kata
kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:

kata kerja
pasif diri
ketiga.

kata kerja kata kerja pasif


pasif diri dengan
pertama dan awalan beR-
kedua. dan teR-.
kata kerja pasif

kata kerja pasif kata kerja pasif


dengan dengan
kata kena. apitan ke-...-an.

Rajah 6: Kata kerja pasif


i. Kata Kerja Pasif Diri Pertama Dan Kedua
Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk apabila kata kerja pasif
diri pertama dan kedua terbentuk apabila kata kerja pasif didahului oleh kata
ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya, kubaca, kita masukkan, kami
perindah dan sebagainya.

Contoh ayat:
(a) Kita masukkan meja-meja ini ke dalam dewan.

(b) Akan kami perindah gubahan bunga di atas meja itu.

ii. Kata Kerja Pasif Diri Ketiga

Kata kerja pasif diri ketiga terbentuk apabila kata kerja pasif bergabung
dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan.
Contohnya, disapu,disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar,
diperdengarkan, dan sebagainya. Pelaku kata kerja dalam ayat berkenaan
mestilah terdiri daripada orang ketiga.

Contoh ayat:

(a) Tindakan Samy itu tidak disenangi oleh majikannya.

(b) Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka.

(c) Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi yang terkenal.

iii. Kata Kerja Pasif Dengan Awalan beR- dan teR-

Kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR- terbentuk apabila kata
kerja pasif menerima awalan beR- dan teR-. Contohnya berjahit, bersapu,
tertelan, terambil dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan beR- bersifat
tak transitif dan terdiri daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa
pelengkap.
Contoh ayat:
(a) Luka di kakinya beransur baik. (berpelengkap)

(b) Ayah sedang bercukur. (tanpa pelengkap)


Kata kerja pasif berawalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu:

a. kata kerja transitif

Contoh ayat:

(a) Kucing itu tertelan tulang ikan. (aktif)

(b) Pen sana terambil oleh saya. (pasif)

b. kata kerja tak transitif

Contoh ayat:

(a) Kambing itu terjatuh ke dalam longkang.

(b) Maya terbaring di atas katil kerana demam.

iv. Kata Kerja Pasif Dengan Apitan ke-...-an

Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila kata dasar
menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Kata
dasarnya boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sebagaimana di
bawah:

Golongan Kata Kata Dasar Kata Kerja Pasif


kata kerja curi kecurian
lihat kelihatan
jatuh kejatuhan
kana nama hujan kehujanan
malam kemalaman
siang kesiangan
kata adjektif sejuk kesejukan
sempit kesempitan
panas kepanasan

Subjek dalam ayat pasif berkenaan menerima akibat kata dasar yang berapitan ke-...-an itu.

Contoh ayat:

(a) Mereka kehujanan sewaktu pulang dari sekolah.

(Mereka ditimpa hujan sewaktu pulang dari sekolah)


Kata kerja pasif ke-...-an juga dapat berfungsi sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat:

(a) Ayam-ayam di dalam reban itu kelaparan.

(Subjek : Ayam-ayam di dalam reban itu)

(Predikat : kelaparan)

v. Kata Kerja Pasif Dengan Kata kena


Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal yang didahului oleh
kata kena dalam ayat pasif. Contoh ayat:
(a) Pelajar yang menghisap rokok itu kena hukum oleh guru disiplin.
(b) Pencuri yang mencuri barang-barang di kedai itu telah kena tangkap
oleh polis
3.2 Pembentukan kata kerja Bahasa Melayu
Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk iaitu kata
kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.

3.2.1 Kata kerja tunggal.


Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan yang
dilakukan sama ada oleh manusia, binatang, atau benda. Kata kerja
tunggal ialah kata kerja yang terdiri daripada kata dasar. Contoh kata
kerja tunggal mandi,tidur ,duduk,makan,lari,berenang , menari dan lain-
lain. Contoh ayat kata kerja tunggal:

a) Aishah nyenyak tidur di dalam bilik sambil ditemani oleh ibu.


b) Ibu dan ayah duduk di pondok itu sambil berbual-bual.
c) Hobi kakak saya ialah menari.

3.2.2 Kata kerja terbitan


Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja
terbitan ialah kata sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi yang
boleh menjadi kata dasar untuk menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah
Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan bahawa terdapat tiga imbuhan
yang membentuk kata kerja transitif,iaitu ‘per-‘.’-kan’,dan ‘-i’. Setiap
daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151 ) mendefinisikan
sebagai kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan
perkataan-perkataan terbitan. Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ),
imbuhan kata kerja terdiri daripada awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian
imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-kan,me-......-kan,me-....-I,memper-
...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan akhiran –kan,-i dan –
an.
Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang
imbuhan samada daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas.
Selepas imbuhan kata-kata ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal
bukan daripada kata kerja. Kebanyakan kata kerja terbitan ialah kata
kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai kata kerja terbitan
pasif.

i. Kata kerja terbitan awalan


Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-
,teR-,di-,mempeR-,dan dipeR-. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,
awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja aktif,sama ada transitif
atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian,iaitu me-,mem-
,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008:151 ).
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh
dipecahkan kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
(a) Melakukan sesuatu,contohnya:
Memasak - Ibu memasak nasi
Menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
(b) Mengeluarkan bunyi, contohnya:
Mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
(c) Membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
Mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
(d) Menuju sasaran, contohnya :
Mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
(e) Berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
Membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
(f) Memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua
bahagian Iaitu:
 Hidup sebagai,contohnya:
Menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
 Menjadi,contohnya:
Membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk
sembahyang.

Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima
awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karimet al.
2008:161 ). Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan
awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata kerja yang
menerima pencukup sesudahnya.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila awalan ber- bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah
menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
ber + rantai = berantai
ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,
kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna
mengikut golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh
membawa makna melakukan perbuatan, mengenai diri sendiri, perbuatan
bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku, membawa makna mempunyai,
makna memakai, mengerjakan sesuatu, membawa makna menghasilkan,
meminta bantuan, berada dalam keadaan, memperoleh, membawa
pengertian menjadi, bersama-sama, dan beroleh.
Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata
dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya; berlari. ber-
merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.Kamus Tatabahasa
Dewan ( 2008:170) menyatakan bahawa hanya terdapat satu bentuk
awalan teR-, iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak – ternampak
jatuh – terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu
daripada r tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter-
,iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
 kata kerja transitif
terlihat – Ali terlihat kucing dilanggar.
 kata kerja tak transitif
terjatuh - Ali terjatuh dari katil

Bagi kata kerja pasif pula ialah:


 terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan
tersedia. Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
 jahit – dijahit
 Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna
khusus untuk awalan di-. Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja
wujud dalam satu bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya
dirujuk sebagai awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per-
bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah
Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan
awalan per- tidak berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
 hamba – memperhamba
 Majikan itu memperhamba pekerja.
 lebar - memperlebar.
 JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menjadikan,
menjadikan lebih atau bertambah, dan mendapat sesuatu. Awalan dipeR- ialah
awalan yang membentuk kata kerja pasif. Awalan dipeR- wujud dalam satu
bentuk sahaja, iaitu diper- contohnya:
 halus – diperhalus
 Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna, iaitu dijadikan, dijadikan lebih
atau bertambah dan terdapat sesuatu.

ii. Akhiran kata kerja.


Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
 -kan
 –i

a. Akhiran –kan.
Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam
dua jenis ayat sahaja,iaitu
 dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua
contohnya:
tuliskan – saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
 jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan – pastikan lampu dipadam.
Akhiran –kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi
dan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.

b. Akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran –i wujud hanya dalam
dua bentuk,iaitu
 dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai – Majlis itu akan saya sertai.
 dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi – tolonglah sayangi anak itu.
Akhiran – i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna
menyebabkan jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

iii. Apitan kata kerja


Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata
dasar,iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara
serentak. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah
Karim et al. 2008:190 ). Kata kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-
kan, beR-...-an, di-...-kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I, di-...-I, ke-...-
an, diper-...-kan, diper-...-i.
Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan, mem-...-kan, men-...-
kan, meng-...- kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung
dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-
kan terdiri daripada dua jenis, iaitu;
 yang menerima satu objek,contohnya:
Abu melontarkan lembing kepada Ali.
 yang menerima dua objek, contohnya:
Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna, iaitu membuat sesuatu,
menyebabkan jadi, dan manfaat. Pada dasarnya hanya satu sahaja
imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan.
Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan
membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
 beratapkan – Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu
sebagaimana contoh diatas:
beratapkan – memberi makna menjadikan atap.

Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif, kata tugas
dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i membentuk kata
kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis, iaitu:
 ayat aktif yang menerima satu objek, contohnya:
menjahiti - Ibu menjahiti kami sepasang baju.
 ayat aktif yang menerima dua objek, contohnya:
menolongi – Saya menolongi makcik membaiki motor.

iv. Sisipan kata kerja


Menurut Nik Safiah Karim, dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang
dapat membentuk kata kerja. Namun demikian,bentuk perkataan yang terdiri
daripada kata nama dan kata adjektif yang mempunyai sisipan dapat dijadikan
kata kerja dalam proses pengimbuhan .
Mengikut Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang
tersisip di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan
oleh sejarah dan pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam
kedua-dua buku tatabahasa ini,imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara
mendalam kerana penggunaannya amat jarang. Bahkan Abdullah Hasan juga
mengatakan bahawa imbuhan sisipan tidak lagi produktif kerana bilangannya
yang sedikit.
Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk
kata kerja terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan –em-. Contohnya,
guruh – gemuruh
sabut – serabut
getar – geletar
contoh ayat :
Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan
diadakan.

3.2.3 Kata kerja Majmuk


Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas
atau lebih. Dalam bahasa Melayu kebanyakkan kata majmuk terdiri
daripada golongan kata nama. Berikut merupakan beberapa contoh kata
majmuk yang tergolong sebagai kata kerja.

 Kenal pasti
 Campuk aduk
 Lipat ganda

Hanya terdapat satu bentuk kata kerja majmuk jenis kata nama,
yang besar jumlahnya, boleh menjadi kata kerja melalui proses
pengimbuhan. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya
tetap dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja
bercantum. Contohnya:

 Satu padu – bersatu padu , menyatupadukan


 Urus niaga – berurus niaga, mengurusniagakan

Terdapat bentuk kata majmuk daripada jenis kata nama yang


menerima awalan dan dieja bercantum. Bentuk ini dianggap telah
mantap. Contohnya:

 Kerjasama – bekerjasama
 Tanggungjawab - bertanggungjawab
3.2.4 Kata kerja ganda.
Kata kerja boleh juga diterbitkan melalui proses penggandaan,
iaitu proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan
sebarang imbuhan. Dalam proses demikian kata dasar mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh
digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar.
Di bawah ini dibincangkan pembentukan kata kerja dalam bahasa
Melayu mengikut ketiga-tiga jenis penggandaan, iaitu:
 Penggandaan penuh
 Penggandaan separa
 Penggandaan berentak

i. Penggandaan penuh kata kerja.


Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan
kata dasar, contohnya:
Gelak – gelak-gelak
Geleng – geleng-geleng

ii. Penggandaan separa kata kerja.


Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian
daripada kata dasar. Bagi golongan kata kerja, penggandaan separa
berlaku pada kata dasar yang berimbuhan, dengan hanya sebahagian
daripada kata dasar itu yang digandakan, iaitu bahagian yang bukan
berimbuhan. Bentuk-bentuk ganda itu boleh diletakkan di belakang atau
di hadapan kata dasar. Contohnya:
a. Penggandaan separa pada kata kerja berawalan:
Ber- : berlari-lari, berbisik-bisik
Ter- : tersenyum-senyum, tertanya-tanya
di- : ditanya-tanya, dirisik-risik,
meN- : mencari-cari
cari-mencari
b. Penggandaan separa pada kata kerja berakhiran -kan
dan –i
Bentuk ini digunakan khusus untuk menyatakan arahan dan
permintaan. Contohnya :
-kan : risik-risikkan, doa-doakan
-i : amat- amati, pukul-pukuli, siram-sirami

iii. Penggandaan berentak kata kerja.


Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata
dasar berdasarkan rentak bunyitertentu dalam kata dasar. Dalam
penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan tetapi dengan
perbezaan dan persamaan bunyi tertentu, iaitu sama ada persamaan
pada bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu, atau penggandaan yang
tidak mempunyai persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan,
contohnya seperti dalam jadual di bawah.

Penggandaan berentak Bolak-balik


persamaan bunyi konsonan Mandi-manda
Penggandaan berentak persamaan Cerai-berai
bunyi vokal Gotong-royong
Penggandaan berentak bebas Ulang-alik

Kata-kata yang mengalami penggandaan berentak ini dapat menerima


awalan, contohnya:
Bergotong-royong
Berulang-alik
Membeli-belah

Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan


mempunyai beberapa makna tertentu, antaranya:
 Menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang
 Menunnjukkan perbuatan yang berpanjangan
 Menunjukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh
 Menunjukkan perbuatan yang saling berbalasan atau dilakukan
oleh dua pihak terhadap satu sama lain.
Sesuatu bentuk yang digandakan itu mempunyai salah satu fungsi
di atas, dan boleh juga mengandungi gabungan fungsi-fungsi tersebut.
Contohnya:
Perbuatan yang berulang-ulang Tertanya-tanya
Melambai-lambai
Perbuatan yang berpanjangan Berangan-angan
Berkibar-kibar
Perbuatan yang bersungguh- Bercerai-berai
sungguh Memporak-perandakan
Perbuatan yang saling berbalasan Bersalam-salaman
Berkasih-kasihan
4.0 Analisis Penggolongan Kata kerja Bahasa Melayu

KETERANGAN CONTOH CONTOH AYAT DALAM


KATA KERJA AKTIF TAK PERKATAAN CERPEN ‘BERUK’
TRANSITIF

a. Kata Kerja Aktif Tak 1. Bangun 1. Ketua darjah melaung


Transitif tanpa kuat suruh murid-murid
pelengkap. bangun.
 Kata kerja aktif tak transitif 2. Datang 2. Dia terlewat datang.
tanpa pelengkap ialah kata 3. Berleter 3. Cikgu Sunan berleter.
kerja yang boleh berdiri 4. Menempik 4. Tiba-tiba Cigu Sunan
tanpa objek atau menempik.
penyambut. 5. Berhenti 5. Cikgu Sunan mendapat
 Ayat-ayatnya terdiri tahu Alias sudah
daripada subjek dan kata berhenti.
kerja yang berdiri sendiri, 6. Termenung 6. Beberapa ketika dia
iaitu tanpa penggantungan termenung.
pada unsur lain untuk 7. Tersenyum 7. Kata Cikgu Sunan
melengkapkan makna atau dengan tersenyum.
maksud ayat. 8. Bergelut 8. Beruk masih bergelut.

b. Kata Kerja Aktif Tak i. kata adjektif


Transitif berpelengkap. sebagai
 Kata kerja aktif tak transitif pelengkap.
berpelengkap ialah kata 9. Senyum girang 9. Dia senyum girang.
kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk 10. Termenung 10. Cikgu Sunan termenung
menyempurnakan maksud panjang panjang.
ayat. 11. Datang lambat 11. Dia tidak dapat menduga
 Pelengkap ialah unsur yang apakah hukuman yang
hadir selepas kata kerja tak akan dijatuhkan oleh
transitif untuk cikgunya nanti akibat dia
menyempurnakan maksud datang lambat.
ayat.
 Unsur-unsur yang menjadi 12. Menjawab 12. Tiba-tiba Alias
pelengkap ini boleh terdiri sayu menjawab sayu.
daripada beberapa jenis, ii. Frasa sendi
iaitu kata adjektif, frasa nama
sendi nama, dan kata berfungsi
nama. sebagai
pelengkap.
13. Menunjuk ke 13. Perintah Cikgu Sunan
tepi sambil jari telunjuknya
menunjuk ke tepi meja
tulis.
14. Datang ke 14. Tiga hari sesudah itu
sekolah Alias tidak datang ke
sekolah.
15. Pulang ke 15. Tengah hari itu Cikgu
rumahnya Sunan tidak terus pulang
ke rumahnya.

16. Menjenguk
16. Tiba-tiba seorang tua
dari
menjenguk dari lubang
tingkap

17. Memerhati dari 17. Cikgu Sunan memerhati


dari atas ke bawah.
18. Menimpa di
atas 18. Air matanya berderai
keluar, jatuh menimpa di
atas tubuh beruk
kesayangannya.
c. Kata kerja aktif transitif. 19. membela 19. Di sekolah dia sudah masyur
 Kata kerja aktif transitif ialah seekor dengan panggilan ‘beruk’
kata kerja yang sebab dia membela seekor
mengandungi objek yang beruk.
terdiri daripada frasa nama 20. Menyeberangi 20. Dia terpaksa menyeberangi
untuk melengkapkan sebatang titi sebatang titi melintasi
maksudnya. sebuah parit yang selebar
 Kata kerja aktif transitif tiga meter.
menggunakan imbuhan : 21. Membimbit 21. Alias membimbit dua biji
 Men dua biji kelapa kelapa.
 men...i
 men...kan
 memper
 memper...i
 memper...kan

KETERANGAN CONTOH CONTOH AYAT DALAM


KATA KERJA PASIF PERKATAAN CERPEN ‘BERUK’

a. Kata kerja pasif ialah kata 22. Diguris oleh 22. Betisnya bercalar-calar
kerja yang digunakan dalam diguris oleh duri lorong
ayat pasif. denai yang dilaluinya.
23. Dipandangnya 23. Tubuh kurus Alias
dipandangnya, bagai
seekor semut.
24. Diletakkan 24. Beruknya diletakkan ke
tanah dan dia terus meluru
25. Diendahkan mendapatkan Cikgu Sunan.
oleh beruknya 25. Tapi tempiknya tidak
diendahkan oleh beruknya.
5.0 Kesimpulan
Kata kerja aktif berbeza dengan golongan kata yang lain sepeti kata nama dan kata
adjektif. Hal ini kerana kata kerja melambangkan sesuatu perbuatan terutamanya
apabila wujudnya penambahan imbuhan, antaranya ialah imbuhan awalan, akhiran dan
apitan. Dalam bahasa melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja.
Namun demikian bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif
yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan.
Penambahan imbuhan dalam kata kerja menjadi penentu jenis ayat iaitu sama ada
sesuatu ayat itu adalah ayat aktif atau ayat pasif. Pengguna bahasa juga perlu
mematuhi kecualian yang telah ditetapkan dalam pengimbuhan kata kerja aktif bagi
mengelakkan berlakunya kesalahan dalam sesuatu ayat.
6.0 Refleksi
Morfologi merupakan antara subjek yang dipelajari pada semester kelima bagi
para pelajar Pengajian Melayu yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Meskipun
perkataan morfologi bukan asing kepada semua guru namun saya tidak pernah
mengkaji dengan mendalam tentang ilmu yang terkandung di dalam tajuk ini.
Apabila diberikan tajuk yang berkaitan pembentukan kata yang merupakan
antara topik yang terkandung di dalam morfologi , membuatkan saya berasa bimbang.
Saya perlu berusaha untuk memahami tentang ilmu yang terkandung di dalamnya.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah mengumpul sebanyak mungkin bahan-bahan
sama ada buku-buku rujukan, jurnal, majalah dan bahan daripada internet.
Alhamdulillah, begitu banyak sekali bahan yang boleh dijadikan rujukan saya temui.
Saya yakin, dengan ilmu yang cetek tidak mungkin saya berkemampuan menyiapkan
tugasan dengan secemerlang mungkin. Itulah yang saya hadapi pada awal saya
memulakan tugasan.
Bahagian pertama tugasan meminta para pelajar membincangkan perihal aspek
pembentukan kata. Banyak maklumat yang boleh saya peroleh daripada buku-buku dan
bahan-bahan yang telah dikumpul. Setelah puas meneliti maklumat daripada bahan-
bahan yang dikumpul, maka selesailah tugasan bahagian pertama. Hati mula berasa
lega. Tanggapan saya, bahagian dua tugasan, mungkin lebih mudah.
Ibarat kata pepatah, “Malu bertanya, sesat jalan”, akhirnya saya mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah kami iaitu Encik Abdullah b. Chik.
Hasilnya, banyak maklumat yang saya peroleh. Melalui perkongsian maklumat saya
berupaya menyelesaikan kebuntuan dalam menganalisis penggolongan kata kerja.
Demi meningkatkan lagi pemahaman, saya mula membuat pembacaan secara mentalis.
Antara bahan bacaan yang amat membantu saya ialah buku rujukan STPM.
Alhamdulillah, ilmu yang dicari menjadi lebih mudah difahami. Penerangan amat
jelas dan terperinci sesungguhnya membantu saya menganalisis cerpen yang diberikan
oleh pensyarah. Sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan, saya telah memperoleh
banyak pengetahuan baharu yang mampu membuat anjakan paradigma dalam diri.
Saya juga berharap agar ilmu yang baharu saya peroleh dapat diaplikasi semasa di
dalam kelas. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan
menganalisis, hal ini kerana saya perlu meneliti setiap kata yang terdapat dalam teks.
Saya cuba sedaya upaya mengenal pasti kata yang dipilih agar dapat memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan. Sebagai guru Bahasa Melayu, saya seharusnya
bertanggungjawab memperkenalkan perkataan-perkataan baharu kepada murid-murid
bagi meluaskan lagi perbendaharaan kata para pelajar.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Perkara
yang paling penting, saya telah memperoleh sedikit ilmu yang terkandung di dalam
morfologi dan saya akan cuba pula memahami apakah pula ilmu yang perlu saya
ketahui dalam golongan kata. Melalui tugasan ini juga saya berharap ilmu yang
diperoleh akan membantu ketika saya menduduki peperiksaan. Akhir sekali, ucapan
jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu hingga terhasilnya
tugasan ini.

You might also like