You are on page 1of 3

KOLEKSI ESEI HJ UniSHMAS

SOALAN 6

Jelaskan kronologi bentuk hubungan kaum masyarakat di Malaysia


sebelum merdeka hingga kini (10 Markah)

Panduan :
Tajuk : Hubungan kaum di Malaysia
Kehendak soalan : bentuk
Batasan Isi : berpecah belah, berkompromi,berkonflik, bersaing dan bersepadu

Apa : fakta Huraian 1 : Huraian 2 : bagaimana : Kesimpulan : jelaslah


Mengapa : Apabila/dengan
kerana
Berpecah Pengenalan Britsh (memecahkan masyarakat jelaslah bentuk
perintah Dasar Pecah mengikut fungsi ekonomi ) hubungan kaum
Perintah British tahap pertama
berada dalam
keadaan berpecah
belah.
Berkompromi Ambang Parti Perikatan jelaslah bentuk
kemerdekaan (Umno+MIC+MCA) – menang hubungan kaum
Pilihan raya 1955 –Merdeka : 31 tahap kedua berada
Ogos 1957 dalam keadaan
berkompromi.
Berkonflik Tragedi 13 Mei Tanah Melayu di isytiharkan bentuk hubungan
1969 Darurat yang timbul akibat isu kaum tahap ketiga
perkauman berada dalam
keadaan berkonflik.
Bersaing Usaha Dilancarkan Idealogi Negara jelaslah bentuk
Mengukuhkan (Rukun Negara) & Rangka hubungan kaum
kembali Rancangan Jangka panjang tahap keempat
perpaduan (RRJP) 1 (Dasar Ekonomi Baru - berada dalam
melalui DEB) keadaan bersaing.
ekonomi dan - Memupuk perpaduan &
sosial Serampang mata ( menyusun
semula masyarakat & membasmi
kemiskinan )
Bersepadu Menjamin - Perkongsian bersama dari aspek jelaslah bentuk
keamanan -Ekonomi : DEB,DPN,DWN hubungan kaum
-Politik : Politik pemuafakatan ( tahap kelima berada
Kerajaan/Pembangkang / Bebas dalam keadaan
-Sosial : bersepadu.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Ideologi Negara
KOLEKSI ESEI HJ UniSHMAS

1. CONTOH ESEI

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai kronologi bentuk hubungan kaum


yang tersendiri iaitu berpecah belah, berkompromi,berkonflik, bersaing dan bersama.
Bentuk hubungan kaum pada tahap pertama ialah berbecah belah kerana wujudnya
pengenalan Dasar Pecah Perintah oleh British dengan memecahkan masyarakat
mengikut fungsi ekonomi seperti orang Melayu sebagai petani di kawasan kampung,
orang India sebagai peladang di estet dan orang Cina sebagai pelombong di kawasan
lombong maka jelaslah bentuk hubungan kaum tahap pertama berada dalam keadaan
berpecah belah. Seterusnya, bentuk hubungan kaum berada pada tahap
berkompromi kerana Tanah Melayu berada di ambang kemerdekaan dengan
wujudnya Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO, MIC dan MCA yang menang Pilihan
raya 1955 dan berjaya menunaikan janji apabila Tanah Melayu berjaya mendapat
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 maka jelaslah bentuk hubungan kaum tahap kedua
berada dalam keadaan berkompromi. Berkonflik merupakan bentuk hubungan kaum
tahap ketiga kerana berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dengan Tanah Melayu di
isytiharkan darurat akibat isu perkauman yang diutrakan oleh sesetengah kaum akibat
konsep penerimaan antara kaum yang masih belum mantap dan secara total maka
jelaslah bentuk hubungan kaum tahap ketiga berada dalam keadaan berkonflik. Sedar
akan kepentingan perpaduan kaum pelbagai usaha diambil untuk memulihkan
keadaan bentuk hubungan kaum pada tahap keempat iaitu dengan cara bersaing
kerana adanya uasaha mengukuhkan kembali perpaduan melalui ekonomi dan sosial
apabila dilancarkan Idealogi Negara (Rukun Negara) dan Rangka Rancangan Jangka
panjang (RRJP) 1 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berusaha memupuk
perpaduan dengan Serampang dua mata iaitu menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan maka jelaslah bentuk hubungan kaum tahap keempat berada
dalam keadaan bersaing. Akhirnya bentuk hubungan kaum berada pada tahap
bersepadu kerana semua kaum berusaha mengekalkan keamanan dengan konsep
perkongsian bersama daripada pelbagai aspek seperti aspek ekonomi melalui
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawsan
Negara, aspek politik dengan konsep politik pemuafakatan melalui gerak kerja
Kerajaan, Pembangkang dan Bebas dan aspek sosial melalui pengenalan Dasar
KOLEKSI ESEI HJ UniSHMAS

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Ideologi Negara maka


jelaslah bentuk hubungan kaum tahap kelima berada dalam keadaan bersama.
Kesimpulannya, semua kaum bertanggungjawab memelihara bentuk hubungan kaum
sedia ada agar keamanan dan kedaulatan negara terpelihara daripada sebarang anasir
jahat sama ada dari dalam atau luar negara.

You might also like