You are on page 1of 14

BBRC4103

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER : MEI 2017

BBRC4103

KAEDAH PENYELIDIKAN

NAMA : NANCY BINTI GISIL


NO. MATRIKULASI : 841129125258001
NO. KAD PENGENALAN : 841129125258
NO. TELEFON : 0128020618
E-MEL : nancyipkent@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH


ISI KANDUNGAN PAGES

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PENGENALPASTIAN DAN DEFINISI MASALAH 3-5


2.1 Pengenalpastian Masalah Kekurangan Pelancong Asing Di Malaysia

3.0 FAKTA DAN ANGKA MASALAH KEKURANGAN PELANCONG 5-6


DI MALAYSIA

4.0 SENARAI SOALAN-SOALAN KAJIAN DAN OBJEKTIF –OBJEKTIF 7-9


KAJIAN
4.1 Soalan-Soalan Penyiasatan
4.2 Soalan-Soalan Pengukuran
4.3 Senarai Soalan-Soalan Kajian
4.4 Objektif Kajian

5.0 JUSTIFIKASI PENYELIDIKAN 10

i
BBRC4103

1.0 PENGENALAN

Penyelidikan melibatkan proses pelbagai peringkat. Walaupun jumlah peringkat dalam


proses penyelidikan berbeza, penyelidikan perlu mempunyai peringkat mengenal pasti topik,
sorotan literatur, merancang strategi, mengumpul data, menganalisis data dan menulis laporan.
Dalam proses penyelidikan, perlu ada perbincangan rasional di setiap peringkat walaupun sukar
dilakukan dalam keadaan sebenar. Kadangkala, pengkaji perlu kembali ke setiap peringkat
kerana setiap peringkat berkait rapat dan mungkin mempengaruhi atau dipengaruhi antara satu
sama lain. Setiap kali pengkaji kembali ke suatu peringkat, beliau perlu membuat refleksi isu-isu
yang terbabit, memperhalus idea dan mengambil kira isu etika dan akses semasa penyelidikan
dijalankan. Proses penyelidikan bermula dengan sesuatu peristiwa, keadaan dan objek yang
menarik minat atau keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara. Penyelidikan ialah proses
mengumpul maklumat yang diperlukan, untuk menjawab persoalan tertentu, untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, organisasi atau masyarakat. Maklumat yang
diberikan mestilah baik agar ia berguna. Bagi mendapatkan maklumat yang baik, proses untuk
mendapatkannya mestilah baik. Proses yang baik ialah melalui proses saintifik atau proses
bersistematik. Peringkat pertama dalam penyelidikan ialah mengenal pasti masalah dan isu-isu
bagi memberi jusifikasi perlunya sesuatu penyelidikan. Terdapat banyak sumber permasalahan
kajian seperti minat, pengalaman, masalah social, tren dunia dan sebagainya. Seterusnya,
persoalan kajian adalah penting bagi memastikan penyelidikan berada di landasan yang betul.
Persoalan kajian memberi panduan untuk mencari literatur, mengumpul data, menganalisis dan
membuat rumusan. Sorotan literatur pula mengandungi tujuan penyelidikan, strategi pencarian
dan perancangan bagaimana penyelidikan akan dijalankan. Seterusnya, kefahaman tentang
falsafah dan pendekatan penyelidikan adalah penting pada peringkat awal penyelidikan. Pengkaji
boleh memilih untuk menggunakan pendekatan induktif berbanding dengan pendekatan deduktif.
Proses yang seterusnya adalah reka bentuk penyelidikan. Pada peringkat ini, terdapat banyak
kaedah penyelidikan yang boleh digunakan untuk menjalankan kajian. Langkah seterusnya
adalah pengumpulan data dan kaedah persampelan perlu dirancang sebelum data dikumpul.
Banyak cara pengumpulan data boleh diambil seperti temu bual berstruktur atau separa struktur.
Instrumen kajian seperti borang soal selidik boleh digunakan. Selepas itu, peringkat pemprosesan
dan analisa data perlu dijalankan. Data perlu disunting dan dikodkan untuk analisa seterusnya.

2
BBRC4103

Langkah terakhir proses penyelidikan adalah menyediakan rumusan dan laporan akhir yang
membentangkan keseluruhan projek penyelidikan.

Bagi tugasan ini, saya telah memilih penyelidikan mengenai bilangan pelancong yang
datang ke Malaysia semakin menurun dan aduan yang diterima telah meningkat. Objek yang
akan dibincang untuk dijadikan peristiwa dalam penyelidikan saya adalah bilangan pelancong
yang semakin berkurangan di Malaysia. Ia merupakan masalah yang perlu dikaji dan dianalisa
supaya ia dapat diselesaikan mengikut proses yang bersistematik. Dalam konteks pelancongan
bandar, keselamatan pelancong adalah kebimbangan penting yang boleh mempengaruhi aliran
masuk pelancong antarabangsa ke banyak bandaraya di Malaysia. Kejadian yang tidak diingini
melibatkan pelancong sebagai mangsa memberi kesan negatif kepada industri pelancongan
secara keseluruhannya. Kawasan yang kerap berlaku jenayah di bandar akan berakhir sebagai
kawasan yang tidak dikunjungi walaupun terdapat laman web pelancongan yang
memperkenalkan kepentingan lokasi pelancongan ini. Biasanya, bandar-bandar yang lebih tua
dan bersejarah dengan ciri-ciri warisan bandar penting menampilkan bangunan mewakili era seni
bina yang berbeza. Namun,ini adalah elemen-elemen pelancongan bandar yang pihak berkuasa
tempatan sangat berminat untuk mempromosikan tempat mereka. Oleh itu, kajian ini meneliti
persepsi pelancong antarabangsa dan kebimbangan mereka terhadap keselamatan dan
kesejahteraan di tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia.

3
BBRC4103

2.0 PENGENALPASTIAN DAN DEFINISI MASALAH

Mengenal pasti masalah merupakan langkah pertama dalam proses penyelidikan. Pada
asasnya, ia melibatkan penyelidik supaya memahami sesuatu masalah itu dengan jelas dan tepat.
Ini amat penting kepada penyelidik bagi mengenal pasti, memahami dan menyatakan masalah
tersebut dalam keupayaannya untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui penyelidikan serta
memahami semua proses yang perlu yang bakal dilakukan dalam menyiapkan kerja-kerja
penyelidikan . Penyelidik perlu tahu membezakan antara masalah biasa dan masalah umum yang
memerlukan kajian dijalankan. Masalah biasa ialah masalah yang sering dihadapi oleh individu
dalam kehidupan harian seperti masalah kesihatan, masalah kewangan dan sebagainya. Masalah
biasa boleh diselesaikan tanpa perlu melakukan penyelidikan. Sesuatu penyelidikan akan
dijalankan apabila timbul masalah umum yang rumit serta dialami oleh sebahagian besar
golongan masyarakat. Penyelidik perlu mengenal pasti latar belakang sebenar kepada masalah
yang ingin dikaji atau siapakah yang hendak dikaji. Penyelidik perlu memastikan sama ada
masalah itu benar-benar wujud dan memerlukan penyelidikan baru bagi menyelesaikan masalah
berkenaan. Jika masalah tersebut boleh diatasi tanpa memerlukan penyelidikan atau melalui
hasil-hasil penyelidikan terdahulu, maka penyelidikan baru tidak perlu dijalankan. Sejauh mana
kepentingan masalah tersebut adalah bergantung kepada pendapat penyelidik itu sendiri.
Pemilihan sesuatu masalah tersebut adalah bergantung kepada pendapat penyelidik itu sendiri.
Pemilihan sesuatu masalah adalah lebih bergantung kepada minat yang mendalam untuk serta
sesuai dengan aspek-aspek kebolehan atau ilmu yang ada pada penyelidik. Selain itu, penyelidik
harus berkemampuan untuk menyelesaikan penyelidikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pertimbangan juga perlu dibuat dari segi kemampuan kewangan untuk menyelesaikan
penyelidikan tersebut kerana faktor ini berkemungkinan boleh membantutkan kerja-kerja
penyelidikan yang dijalankan.

Isu-isu juga perlu diambil kira bagi memberikan justifikasi sesuatu penyelidikan.
Terdapat banyak sumber permasalahan kajian seperti minat, pengalaman, masalah sosial, trend
dunia, pembangunan teknologi baru atau masyarakat. Kaedah yang berguna apabila memulakan
proses penyelidikan ialah menyatakan masalah tersebut. Menurut Kamus Bahasa Melayu,
masalah didefinisikan sebagai sesuatu yang mesti diselesaikan iaitu soal dan perkara. Apabila ia

4
BBRC4103

tidak dapat diselesaikan, ia merupakan permasalahan yang menjadi masalah. Masalah ini
mungkin dalam bentuk situasi umum yang menggambarkan sesuatu fenomena. Dilema yang
dihadapi setiap hari mungkin menjadi simpton masalah yang lebih besar. Dilema lebih mudah
dikenal pasti daripada masalah yang sebenar. Bagi mengenal pasti dilema, analisa situasi boleh
dibuat. Dilema ini pada akhirnya akan membawa kepada masalah praktikal. Permasalahan kajian
boleh dikenal pasti dengan meneliti konsep, memecahkan masalah kepada soalan yang lebih
kecil, menyatakan hipotesis yang perlu diuji dengan jelas, mengenal pasti bukti untuk menjawap
soalan dan hipotesis kajian dan mengenal pasti skop kajian.

2.1 Pengenalpastian Masalah Kekurangan Pelancong Di Malaysia

Dalam konteks masalah kekurangan pelancong ke Malaysia, perkara pertama


yang perlu diambil kira adalah kita haruslah memahami dan mengenal pasti faktor-faktor
yang menjadi punca masalah ini berlaku. Banyak faktor yang menyumbang kepada
berlakunya masalah ini. Salah satu daripadanya ialah isu keselamatan yang berlaku di
dalam negara kita harus dipandang serius oleh pihak berkuasa dan masyarakat sekeliling.
Ancaman yang dihadapi semasa percutian pelancong seperti jenayah rogol, culik, bunuh,
mangsa penipuan sindiket pelancongan dan banyak lagi menyebabkan pelancong merasa
tidak selamat lagi untuk datang semula ke negara kita. Pengalaman yang teruk semasa
melancong ke negara kita meninggalkan pengalaman pahit dan trauma dalam kehidupan
mereka. Selain itu, isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan turut berkait rapat
dengan keselamatan diri pelancong dan kepentingan mereka termasuklah kebolehan
untuk mencari arah dalam persekitaran yang asing, memahami tanda sistem tempatan,
petunjuk dan kelaziman sosial dan akhirnya keselamatan perkhidmatan pengguna dan
membeli belah. Ringkasnya, keamanan dan hospitaliti adalah pasangan yang sesuai
dalam aspek perjalanan dan pelancongan. Sebaliknya, peperangan dan suasana yang tidak
selamat adalah antara musuh yang paling teruk. Aspek keselamatan dan jaminan adalah
penting untuk menyediakan kualiti dalam industri pelancongan. Ini disebabkan oleh
kejayaan atau kegagalan sesebuah destinasi pelancongan bergantung terhadap kebolehan
untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada pelancong. Selain

5
BBRC4103

daripada isu keselamatan, faktor bencana alam juga menjadi salah satu punca kekurangan
jumlah pelancong yang datang ke negara kita. Contohnya, apabila berlaku gempa bumi
dan banjir yang teruk, pelancong akan berasa tidak selamat untuk datang ke negara kita.

3.0 FAKTA DAN ANGKA MASALAH KEKURANGAN PELANCONG DI


MALAYSIA

Data adalah fakta-fakta yang diperoleh oleh pengkaji dari persekitarannya. Data mungkin
dalam bentuk berangka, atau pun dalam bentuk maklumat dan bukti yang telah dikumpulkan
menggunakan peraturan-peraturan yang tertentu dan prosedur yang disahkan. Data boleh
diperoleh menggunakan pemerhatian yang ringkas, atau soal selidik yang canggih kepada
syarikat-syarikat besar. Teknik yang digunakan untuk mengumpul data akan menentukan kaedah
pengumpulan data. Antara teknik yang digunakan untuk merekodkan data mentah ialah soal
selidik, borang pemerhatian, nota makmal, log daripada penentu ukuran instrument, laporan
kewangan dan instrument yang telah disahkan. Data digunakan untuk menerima atau menolak
hipotesis dan juga sebagai bukti atau maklumat empirical yang mewakili sesuatu konsep.
Terdapat dua jenis data iaitu, data skunder yang dikumpulkan dan diproses oleh seorang
pengkaji, dianalisis untuk tujuan lain oleh pengkaji yang lain. Kedua, data primer iaitu data tulen
yang mengandungi kebenaran dan ralat yang terkawal. Oleh itu, perancangan teliti untuk
pengumpulan data adalah amat penting.

Menurut MalaysiaKini (31 Mac 2016), Datuk Seri Nazri Aziz selaku Menteri

Pelancongan Malaysia mengatakan bahawa ketibaan pelancong ke Malaysia menurun sebanyak


dua juta tahun 2015 berbanding tahun 2014. Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau
mengatakan seramai dua puluh lima perpuluhan tujuh juta (25.7) juta pelancong datang ke
Malaysia pada tahun 2015 berbanding dua puluh tujuh perpuluhan empat (27.4) juta pada tahun
sebelumnya. Beliau juga menambah bahawa pendapatan dari sektor pelancongan juga menurun

6
BBRC4103

daripada Ringgit Malaysia tujuh puluh dua (72) billion pada tahun 2014 kepada Ringgit
Malaysia enam puluh Sembilan perpuluhan satu (69.1) billion pada tahun 2015.

Menurut MyMetro (18 Jun 2015), jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia menurun lapan
perpuluhan enam (8.6) peratus bagi suku tahun pertama tahun 2015 berbanding tempoh sama
tahun 2014 iaitu daripada tujuh perpuluhan kosong sembilan satu (7.091) juta kepada enam
perpuluhan empat lapan dua (6.482) juta. Penurunan ketara membabitkan pelancong dari Laos
yang mencatatkan jumlah empat ribu tiga ratus tiga puluh enam (4,336) orang berbanding lapan
ribu enam ratus tujuh belas (8,617) orang bagi suku pertama tahun 2015 berbanding tahun 2014
dan dari segi peratusan, ia merekodkan penurunan empat puluh Sembilan perpuluhan tujuh
(49.7) peratus.

Menurut Sinarharian (9 Mei 2015), jumlah pelancong asing ke negara ini agak
berkurangan disebabkan beberapa faktor termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang
bermula sejak 1 April 2015. Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia, Taib
Wahab mengatakan bahawa syarikat penerbangan melaporkan terdapat penurunan sebanyak
empat puluh dua (42) peratus dari segi tempahan tiket kapal terbang melalui sistem online.

7
BBRC4103

4.0 SENARAI SOALAN-SOALAN KAJIAN DAN OBJEKTIF –OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Soalan-Soalan Penyiasatan

Soalan penyiasatan berlaku apabila permasalahan kajian telah dikenal pasti dan
pengkaji perlu memikirkan masalah dalam bentuk lebih spesifik dan lebih fokus. Soalan
ini perlu ditanya oleh pengkaji untuk mendapat rumusan yang paling memuaskan
berkenaan persoalan kajian. Soalan yang spesifik akan membantu menetapkan jenis data
yang patut dikumpulkan.

4.2 Soalan-Soalan Pengukuran

Soalan pengukuran ditanya kepada responden bagi mendapatkan data untuk


dianalisis. Soalan-soalan ini terdapat dalam borang kaji selidik. Sekiranya penyelidikan
menggunakan pendekatan pemerhatian, soalan pengukuran adalah dalam bentuk rekod
pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.

4.3 Senarai Soalan-Soalan Kajian

Kajian tinjauan adalah teknik yang biasa digunakan dalam aplikasi penyelidikan.
Tinjauan ialah cara yang lebih cepat, murah dan tepat untuk mendapatkan maklumat bagi
pelbagai objektif. Tinjauan biasanya ialah penyelidikan deskriptif yang mempunyai
objektif untuk mengukur kesedaran, pengetahuan, tingkah laku, pendapat dan sebagainya.
Tinjauan juga boleh digunakan untuk mengumpul data bagi penyelidikan, penjelasan dan
analisis yang membolehkan pengkaji memeriksa dan menjelaskan hubungan di antara
pemboleh ubah, terutamanya dalam hubungan sebab dan kesan. Antara instrumen yang
popular dalam kajian tinjauan ialah soal selidik dan inventori pemerhatian.

8
BBRC4103

Dalam kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik dengan menjalankan temu
bual separa struktur. Dalam pendekatan ini, pengkaji bebas menggunakan inisiatif sendiri
untuk membuat susulan respons yang diberikan oleh responden. Penemubual mungkin
ingin bertanyakan soalan yang berkaitan tetapi tidak dijangka dan yang tidak ada di
dalam temu bual. Pendekatan ini membantu penemuan maklumat yang tidak dijangka dan
lebih mendalam. Senarai soalan-soalan yang saya ajukan untuk kajian ini adalah seperti
berikut:
a) Keadaan semasa mengenai keselamatan di kawasan kajian
b) Adakah berlaku insiden-insiden yang melibatkan kemalangan yang serius
kepada pelancong?
c) Apakah pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang digunakan oleh
pihak pengurusan dalam memastikan keselamatan pelacong terjamin?
d) Adakah terdapat pasukan penyelamat khas yang ditubuhkan sekiranya berlaku
kejadian yang tidak dingini?
e) Apakah peralatan keselamatan yang disediakan semasa kecemasan?
f) Adakah terdapat pelan-pelan atau info kecemasan sekiranya berlakunya kes-
kes kecemasa seperti bencana alam?
g) Adakah anda sentiasa mencari sebarang maklumat yang berkaitan dengan
kadar jenayah di kawasan yang ingin dilawati sebelum memilih destinasi
pelancongan?
h) Jika kawasan yang anda ingin lawati berpotensi dilanda gempa bumi atau
banjir kilat, adakah ia mempengaruhi keputusan pemilihan destinasi pilihan
anda untuk melancong?
i) Adakah anda memilih kawasan yang mempunyai penduduk yang boleh
bertutur dalam bahasa inggeris untuk memudahkan komunikasi sekiranya
berlakunya kecemasan?
j) Apakah persepsi anda tentang pengurusan pelancongan dalam Malaysia?
k) Adakah isu ketidakstabilan politik menyebabkan anda tidak memilih tempat
tersebut sebagai destinasi pelancongan?

9
BBRC4103

4.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti pengurusan dan kawalan


keselamatan pelancong yang diaplikasikan di negara Malaysia. Selain itu, ia dapat
menilai persepsi pelancong mengenai keselamatan mereka di kawasan-kawasan bandar
yang mempunyai banyak tempat bersejarah untuk dilawati. Di samping itu juga, kajian
ini mengenal pasti perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dan ciri-ciri
demografi pelancong. Selain itu, dengan kajian ini kepuasan pelancong terhadap
pengurusan keselamatan negara dapat dikenal pasti kerana ia akan mempengaruhi
persepsi keselamatan pelancong yang datang. Objektif yang seterusnya adalah kajian ini
dapat mengetahui dan mengenalpasti kriteria-kriteria yang dilihat oleh pelancong
sebelum memilih destinasi pelancongan mereka.

10
BBRC4103

5.0 JUSTIFIKASI PENYELIDIKAN

Dalam penyelidikan masalah bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin


berkurang, terdapat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka semasa
melancong di dalam negara kita. Kebimbangan terhadap berlakunya jenayah menyebabkan ramai
pelancong berasa terancam dan seterusnya kurang melawat ke lokasi pelancongan yang
berkemungkinan berlakunya jenayah. Kebimbangan berlakunya jenayah boleh mewujudkan
perasaan tidak selamat kerana kemungkinan menjadi mangsa dalam pemikiran individu.
Contohnya, kejadian krisis pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013
menyebabkan ramai pelancong berasa was-was untuk datang melancong ke pulau-pulau yang
menarik sekitar Lahad Datu. Kebiasaannya, pelancong akan membuat satu tanggapan terlebih
dahulu terhadap destinasi pelancongan sebelum datang ke sana. Dalam hal ini, faktor
keselamatan menjadi faktor utama dalam pemilihan destinasi pelancongan. Pelancong sering kali
memilih kawasan yang terkenal dan terdekat sebagai destinasi pelancongan mereka tetapi pada
masa yang sama mereka juga mengelak untuk berada di kawasan kadar jenayah yang tinggi dan
mempunyai ketidakstabilan politik. Dengan menjalankan penyelidikan ini, secara tidak langsung
kita dapat mengetahui secara lebih dekat lagi apakah persepsi pelancong terhadap isu
keselamatan di dalam negara kita. Dengan penyelidikan ini juga, faktor-faktor yang menjadi
punca berlakunya kekurangan pelancong pada tahun 2015 dapat dikenal pasti dan cadangan
untuk menambah baik pengurusan keselamatan yang ada boleh ditingkatkan lagi. Dengan
peningkatan kemasukan pelancong di dalam negara kita, ia sangat membantu dalam
perkembangan ekonomi kita supaya lebih meningkatkan lagi sektor kewangan dari segi
pertukaran mata wang asing. Kepuasan pelancong sangat penting dalam mengalakkan lagi
kemasukan pelancong dalam negara kita. Dengan trend media sosial yang semakin berkembang
pada masa kini, setiap info yang diviralkan seperti perkhidmatan dan pengalaman sepanjang
melancong yang mereka alami adalah sangat memuaskan akan mereka kongsikan di dalam
laman sesawang media sosial. Ia dengan mudah akan mendapat perhatian daripada pengguna

11
BBRC4103

media sosial dari seluruh dunia dan akan membawa impak yang baik dalam sektor ekonomi dan
pelancongan di dalam negara. Oleh itu, pengurusan dan keselamatan pelancong perlu diambil
serius oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi memajukan lagi industri pelancongan negara.
(2506 patah perkataan)

RUJUKAN

Ahmad Shuib, Nagarajah Lee dan Thinagaran Perumal (2014), Kaedah Penyelidikan, Open
University Malaysia (OUM)

Isu keselamatan dalam industri pelancongan: Satu tinjauan konsep [Online]. Available:
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/4.geografia-si-nov15-lageswaran-edam.pdf (18
Julai 2017)

Industri Pelancongan Di Malaysia [Online]. Available: http://melancongkemalaysia.


blogspot.my/ (20 Julai 2017 )

Jumlah Pelancong Ke Malaysia Berkurangan [Online]. Available: https://www.hmetro.com


.my/node/58578 (19 Julai 2017)

Jumlah Pelancong Merosot Dua Juta Tahun Lalu, Kata Nazri [Online]. Available: https://
www.malaysiakini.com/news/335968 (20 Julai 2017)

Jumlah Pelancong Menurun [Online]. Available: http://www.sinarharian.com.my


/edisi/terengganu/jumlah-pelancong-menurun-1.388237 (20 Julai 2017)

Masalah [Online]. Available: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=masalah (20 Julai 2017)

Persepsi Keselamatan Pelancong Di Kawasan Ekopelancongan Kajian Kes: Taman Negara,


Pahang [Online]. Available: http://eprints.utm.my/1568/1/NurulIswaniIsmailMBD2006TTT.pdf
(22 Julai 2017)

12
BBRC4103

13

You might also like