You are on page 1of 14

Isi Kandungan

Pengenalan – Soalan 1 ......................................................................................................... 2

Laporan ................................................................................................................................ 3

Sejarah Asal Usul ............................................................................................................. 3

Kepercayaan dan Agama ................................................................................................. 5

Deepavali – Perayaan Keagamaan ............................................................................... 7

Budaya ............................................................................................................................. 8

Adat Resam .................................................................................................................. 8

Adat Perkahwinan ..................................................................................................... 10

Kesimpulan – Keistimewaan Etnik India ...................................................................... 13

Senarai Rujukan ................................................................................................................. 14

1
Pengenalan – Soalan 1
Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan identiti yang tertanam dalam penduduk di

negara Malaysia. Banyak etnik yang berbeza wujud di negara ini hasil daripada

pertembungan budaya yang telah berlaku pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun,

perbezaan cara kehidupan antara etnik-etnik ini bukan sahaja terjadi di antara mereka sahaja,

malah, turut berlaku dalam kalangan sesebuah etnik itu sendiri. Sebagai contoh, didapati

etnik India yang telah bermastautin di negara ini berasal dari pelbagai rantau di India. Oleh

itu, etnik India di Malaysia tidak terhad kepada India Tamil sahaja. Melalui pendalaman

sesebuah etnik, stereotaip terhadap sesebuah etnik dapat disangkal dan segala pandangan

negatif terhadap mereka juga dapat dijernihkan.

Objektif Soalan 1 bagi tugasan pertama kursus Hubungan Etnik adalah untuk

menghasilkan sebuah esei mengenai sesebuah etnik yang terdapat di Malaysia. Laporan ini

adalah hasil daripada kaji selidik yang dilakukan terhadap etnik India yang membincangkan

aspek-aspek asal-usul , kepercayaan serta budaya mereka.

2
Laporan

Sejarah Asal Usul

Etnik India adalah antara etnik terbesar di dunia. Kajian penyelidikan oleh Mishra (2007)

mendapati penyebaran etnik ini dianggarkan telah mencapai kira-kira 20 juta orang di dunia

dan tersebar luas terutamanya di Asia Tenggara, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom,

Timur Tengah, Trinidad dan Amerika Utara. Di Malaysia, masyarakat India membentuk

kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia selepas Cina dan orang Melayu. Pada abad ini,

penduduk kaum India Tamil didapati berjumlah lebih kurang dua juta (Department of

Statistics Malaysia, 2010) dan kebanyakannya bertempat di negeri-negeri barat Semenanjung

Malaysia. Menurut Haque (n.d.) mereka membentuk sebilangan besar dalam sumbangan

tenaga kerja professional Malaysia per kapita terutamanya dalam bidang perubatan

Etnik India dari benua India bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1930-an untuk

membekalkan tenaga kerja bagi projek-projek kerajaan di bawah pentadbiran penjajah

British. Walau bagaimanapun, kehadiran etnik di negara Malaysia sudah mula dirasai

sebelum era penjajahan tersebut. Kemunculan komuniti Mami di Pulau Pinang adalah hasil

daripada aktiviti perdagangan antara Tanah Melayu bersama pedagang-pedagang dari India

yang beragama Islam. Kuala Merbok berperanan sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal India

kerana ia merupakan tempat yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu.

Setelah beberapa lama, kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat perdagangan

antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu (Abd. Latif, Hamzah & Mad Aros, 2009).

Sebagai bukti, kebanyakan penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh

masyarakat India terdapat di sekitar negeri Kedah. Kolonel James Low telah menemui

tinggalan serpihan patung-patung serta kuil-kuil yang musnah di sepanjang lereng Gunung

3
Jerai. Beliau juga telah menemukan inskripsi Sanskrit pada abad ke-4 masihi di Bukit

Mertajam. H.C.Q. Wales, seorang ahli kaji purba juga turut mengemukakan bukti kehadiran

etnik India di rantau ini melalui penemuan patung-patung mazhab Saivisme di sepanjang

Sungai Bujang dan di Lembah Merbok.

Rajah 1: Peta Negara India

Sebahagian penghijrah etnik India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa

Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah

penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya

4
orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% dan baki komuniti India terdiri daripada

orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Kepercayaan dan Agama


Dalam masyarakat India, yang kebanyakannya terdiri daripada orang Tamil, Malayalee

dan Telugus; Hindu adalah akidah utama, diikuti oleh agama Kristian dan Islam. Agama

Hindu meliputi hampir setiap aspek kehidupan dan menggunakan pengaruh yang kuat ke atas

aktiviti seharian umatnya. Menurut Arvind Sharma, seorang pemikir reformis Hindu dari

McGill University, Canada, nilai utama budaya India bertumpu kepada tiga doktrin Hindu.

Mereka adalah dharma, karma dan samsara.

Dharma (doktrin yang merangkumi kehidupan bermoral)

mewakili pelbagai prinsip-prinsip moral yang mengikat

semua manusia untuk melakukan tindakan yang betul dan

soleh. Contohnya, bercakap benar, menegakkan keadilan dan

menjalankan kerja amal. Karma adalah undang-undang Rajah 2: Simbol Agama Hindu

sebab dan akibat. Undang-undang ini yang menyatakan

bahawa setiap fikiran, perkataan dan perbuatan seseorang individu membawa kepada

penciptaan nasibnya sendiri. Penganut-penganut Hindu percaya bahawa roh akan dihidupkan

semula melalui kitaran kelahiran sehingga semua karma telah diselesaikan. Kemudian, ilmu

kerohanian Moksha dan pembebasan dari kitaran kelahiran semula akan dicapai. Samsara

iaitu kitaran kelahiran membantu kaum India menerima takdir. Implikasi kepercayaan ini

menyebabkan kaum India cenderung untuk menerima keadaan mereka sebagai takdir. Ini

merupakan sebahagian daripada nilai-nilai generik yang berkait rapat dengan budaya India

selain sifat merendah diri, rajin, bertakwa dan sifat gembira yang menyenangkan. Mereka

5
juga percaya bahawa melalui penyembahan kuil dan upacara keagamaan mereka sedang

mewujudkan satu hubungan dengan Tuhan mereka.

Selain ketiga-tiga agama ini wujudnya satu lagi agama

yang dikenali sebagai agama Sikh yang dipraktikkan oleh

sekumpulan kecil etnik India. Golongan Sikh terdiri hampir

tidak tiga peratus daripada jumlah penduduk India di

Semenanjung Malaysia. Mereka telah ditakrifkan sebagai

bukan suatu bangsa dan kewarganegaraan, mahupun kasta,

Rajah 3: Simbol Agama Sikh tetapi terutamanya pengikut agama Sikh (Jackson R &

Killingley D. 1989). Walaupun mereka merupaka golongan

minoriti di Malaysia, pencapaian orang Sikh dalam pelbagai bidang profesional menjadi

kebanggaan negara. Berbanding dengan kumpulan etnik-etnik yang lain, Sikh mempunyai

bilangan terbesar profesional dalam populasi yang amat kecil.

6
Deepavali – Perayaan Keagamaan
Salah satu perayaan agama Hindu

yang sinonim dengan etnik kaum

India adalah sambutan Deepavali

atau dikenali juga sebagai Pesta

Cahaya. Perkataan Deepavali

merupakan gabungan perkataan

"Dipa" yang beerti cahaya dan

perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat

dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi

kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Semasa perayaan ini seluruh

penganut Hindu akan bersama-sama meraikan kemenangan “kebaikan” membasmi

“kejahatan”. Rumah akan dihiasi,banyak jenis manisan akan dimasak dan murukku,

hidangan yang paling digemari ketika perayaan ini, akan dinikmati walaupun seminggu

ke 10 hari lebih awal daripada hari perayaan.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan

penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan

permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu

akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang

dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan

diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi

Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai

hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

7
Budaya

Adat Resam
Dalam kalangan penganut-penganut agama Hindu, adat yang berkaitan dengan kelahiran,

perkahwinan dan kematian masih diamalkan berdasarkan kitab suci seperti Veda dan

Upanishad. Walaubagaimanapun ada diantara adat-adat ini telah dipermudahkan. Adat-adat

yang penting sahaja yang masih diamalkan. Segala adat-adat agama ini disusun mengikut

urutan iaitu dari mulanya kanak-kanak itu berada dalam kandungan ibunya hingga ke

kematian orang itu.

Valaikappu - Adat Sebelum Kanak-kanak dilahirkan


Pada bulan ketujuh kehamilan, masyarakat India Tamil akan mengumpul wanita-

wanita dalam keluarga mereka untuk memberkati dan mendoakan kesejahteraan ibu

yang sedang hamil dan menghadiahkannya sebentuk gelang tangan. Majlis ini

dipanggil Valaikappu dan diraikan di rumah sebelah bapa si ibu. Si ibu yang hamil

akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baharu yang dipanggil Suulkaappu. Suul

bermaksud “kandungan ibu” manakala Kaappu bermaksud “perlindungan”. Tujuan

majlis ini adalah untuk menghormati dan melindungi wanita hamil, yang dianggap

senang terdedah kepada hasad dengki, roh-roh jahat dan makhluk halus dan untuk

memastikan kelahiran anak yang sihat.

Ibu hamil akan dipakaikan

sari yang berwarna hitam

hitam dan diberikan

makanan serta hadiah.

Mereka akan memakai

gelang di kedua-dua belah

8
tangan mereka dalam jumlah yang ganjil. Pada asalnya, Valaikaapu adalah majlis

yang hanya melibatkan pertukaran gelang tetapi kini hadiah yang diterima ibu yang

hamil termasuklah barang kemas, sari, perkakas rumah, telefon bimbit dan perhiasan

emas. Majlis ini adalah majlis budaya dan bukannya satu majlis keagamaan. Oleh itu

Valaikappu turut disambut oleh etnik India yang beragama Islam dan Kristian.

Perayaan Pongal
Perayaan ini disambut di seluruh India sebagai Pesta Menuai dan lebih sering diraikan

di kawasan luar bandar, di mana penduduk kampung yang meraikannya terdiri dalam

kalangan petani. Perayaan menuai disambut oleh orang-orang Tamil pada akhir

musim menuai yang bermula pada 13 Januari hingga ke 16 haribulan tersebut.

Pertandingan keberanian, pameran dan karnival dijalankan di seluruh kawasan luar

bandar. Di selatan, perayaan ini disambut selama tiga hari.

Dalam bahasa Tamil, perkataan Pongal bermaksud "melimpah" yang menggambarkan

kelimpahan dan kemakmuran yang dinikmati pada musim menuai. Ketika matahari

terbit pada hari perayaan orang-orang Tamil akan menjalankan upacara simbolik

mendidih susu segar

dalam periuk tanah liat

yang baru. Apabila susu

mendidih dan buihnya

melimpah keluar dari

periuk tersebut mereka

semua akan menjerit

"Pongalo Pongal”.

Pongal terutamanya disambut untuk meluahkan perasaan penghargaan dan

kesyukuran terhadap matahari kerana menjadi faktor tenaga utama dalam aktiviti

9
pertanian dan penuian. Orang-orang Tamil akan menghiasi rumah mereka dengan

pisang dan daun mangga dan memperindahkan lantai rumah mereka dengan corak

hiasan yang diperbuat daripada tepung beras.

Adat Perkahwinan
Etnik India, terutamanya mereka yang beragama Hindu, berpendapat bahawa

perkahwinan terancang yang dipilih oleh ahli keluarga adalah lebih baik berbanding dengan

pemilihan pasangan sendiri. Pendapat ini bercanggah dengan adat orang Barat yang lebih

suka mencari pasangan hidup mereka dengan cara berpacaran dahulu. Fakta menarik dalam

perkahwinan terancang adalah faktor agama, kasta dan maklumat sub-kasta akan diperhatikan

dahulu sebelum membuat pertimbangan sama ada pasangan tersebut secocok atau tidak.

Adat Sebelum Perkahwinan


Mula-mula ibu bapa akan mengesahkan dahulu kesesuaian perikatan perkahwinan

tersebut dari segi pendidikan, pekerjaan, ketinggian, tarikh lahir dan lain-lain calon

lelaki dan perempuan. Selepas itu, pertukaran horoskop diantara keluarga dilakukan.

Sekiranya horoskop berpadanan

gambar calon perempuan dan

lelaki ditukar. Jika kedua-dua

pihak keluarga berpuas hati

dengan gambar yang dilihat,

keluarga calon lelaki akan

bersetuju untuk bertemu dengan

10
calon keluarga gadis itu pada tarikh yang telah ditetapkan oleh sami.

Rombongan keluarga calon lelaki akan tiba di rumah calon perempuan bersama

dengan saudara-mara yang terdekat. Tuan rumah akan menjemput mereka di pintu

masuk rumahnya dan menjemput mereka ke dalam. Pada masa yang ditetapkan, si

gadis akan dipanggil keluar supaya keluarga yang melawat boleh melihatnya.

Selalunya, gadis itu akan berhias dengan berpakaian sari sutera serta bunga di

rambutnya. Selain itu, dia juga akan memakai barang kemas sebagai tanda tahap

kemewahannya. Si gadis akan cuba mencuri-curi pandang si calon lelaki ketika

menjamu teh atau kopi yang disediakannya. Kadang-kala si gadis akan diminta untuk

menyanyi atau melaksanakan bakatnya dalam muzik atau tarian di hadapan tetamu

undangan.

Jika keluarga pengantin lelaki bersetuju untuk meneruskan dengan perikatan

perkahwinan, perbincangan bertukar kepada aspek-aspek material perkahwinan.

Sebagai tanda persetujuan, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar dulang penuh

dengan buah-buahan, bunga dan daun sirih. Pertukaran dulang yang berlaku dengan

kehadiran semua ahli keluarga melambangkan pertunangan secara tidak formal.

11
Upacara Perkahwinan
Upacara perkahwinan bermula dengan doa kepada Tuhan Ganesha. Bacaan daripada

kitab Rig Veda dinyanyikan untuk

menandakan permulaan upacara

itu. Ketibaan pengantin lelaki

bersama rombongannya diiringi

dengan muzik dan tarian. Ayat-

ayat daripada kitab Yajur Veda

dinyanyikan untuk menyambut

pengantin lelaki dan keluarganya.

Orang-orang penting dalam upacara perkahwinan iaitu pengantin perempuan dan

pengantin lelaki, keluarga terdekat dan paderi akan duduk di atas pelamin. Api akan

dinyalakan kerana api mempunyai hubungan rapat dengan dewa api Agni. Pemujaan

akan dibuat ke atas api suci tersebut sambil upacara perkahwinan dilangsungkan.

Tanda sahnya pasangan pengantin bergelar suami isteri terletak pada rantai berloket

emas yang diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan. Orang-orang

dari Tamil Nadu memanggilnya Thali. Ia diperbuat daripada rantaian manik hitam

yang diikat bersama dengan locket emas. Pada hari perkahwinan, loket emas tersebut

akan diikat pada seutas tali kuning yang telah dicelup kunyit dan kemudiannya

pengantin lelaki akan menyimpulkan tali tersebut sebanyak tiga kali.

12
Kesimpulan – Keistimewaan Etnik India

Setiap etnik mempunyai keistimewaannya tersendiri. Setelah kajian ini disediakan,

keistimewaan yang dapat diperhatikan dalam etnik ini adalah bahawa walaupun berada dalam

etnik yang sama tetapi wujudnya perbezaan adat dan budaya disebabkan perbezaan dari aspek

lokasi serta agama yang dianuti. Kadangkala adat yang sama masih dipraktikkan tetapi

terdapat perbezaan dari segi cara ia disambut atau kisah disebalik perayaan itu. Satu contoh

yang baik yang dapat membuktikan perbezaan ini adalah perayaan Deepavali yang disambut

oleh orang Tamil dan orang Punjabi. Kedua-dua kumpulan ini menyambut perayaan ini

berkisahkan cerita yang berbeza. Kaum India Tamil meraikan Deepavali untuk menghormati

kemenangan kebaikan mengalahkan keburukan manakala penganut Sikh pula meraikannya

sebagai tanda peringatan ketibaan Guru Hargobind Sahib yang selamat keluar dari penjara.

Selain itu, walaupun berbeza agama, etnik India akan tetap mengamalkan budaya dan

adat resam nenek moyang mereka selagi tidak bercanggah dengan agama yang dianuti.

Mereka yang beragama Islam ataupun Kristian masih mempraktikkan Valaikappu sebagai

tanda kegembiraan menyambut ketibaan cahaya mata yang akan lahir dalam beberapa bulan

lagi.

13
Senarai Rujukan
1. Mishra, V. (2007) The Literature of the Indian Diaspora: Theorizing the Diasporic

Imaginary. Taylor & Francis: Kentucky

2. Abdullah, A. & Pedersen, P. B. (2003) Understanding Multicultural Malaysia:

Delights, Puzzles & Irritations. Pearson: Petaling Jaya

3. Haque, A. S. (n.d.) The Role of the State in Managing Ethnic Tensions in Malaysia: A

Critical Discourse. National University Singapore. Boleh didapati di:

http://ap4.fas.nus.edu.sg/fass/polhaque/abs.pdf

4. Abd. Latiff, A. Z., Hamzah, A. & Mad Aros, A. (2009) Tamadun Islam dan Tamadun

Asia (TITAS) Oxford Fajar: Shah Alam

5. Soundar, C. (2003) Gateway To Indian Culture. Asiapac: Singapore

6. Jackson, R & Killingley, D. (1988) World Religions in Education: Approaches to

Hinduism. British Library cataloguing in Publication Data

7. Jabatan Perangkaan Malaysia (2010) Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas

Demografi

Boleh didapati di:

http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215

8. Indian-Malaysian Online (1998) Social & Culture. Boleh didapati di:

http://www.indianmalaysian.com/archaive_2010/social.htm

14

You might also like