You are on page 1of 11

Isu LGBT di Malaysia

Pendahuluan

LGBT (juga kadangkala dipanggil GLBT) adalah akronim merujuk secara kelompok kepada
golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual. Dalam kegunaan sejak 1990an, istilah LGBT
adalah keserapan parap LGB. Dalam kegunaan moden, akronim ini berkaitan dengan perbezaan
budaya gay. Singkatan ini telah menjadi arus perdana sebagai penetapan diri; ia telah diterima
pakai oleh majoriti seksualiti dan pusat komuniti berasaskan identiti jantina dan media di
Amerika Syarikat, dan juga beberapa negara berbahasa Inggeris yang lain. Istilah ini juga
digunakan di sesetengah negara lain, terutamanya mereka yang bahasanya menggunakan
singkatan, seperti Argentina, Perancis dan Turki.

Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya
berasaskan identiti. Ia boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa yang bukan heteroseksual
atau bukan cisgender, bukan semata-mata untuk orang-orang yang lesbian, gay, biseksual atau
transgender. Untuk mengiktiraf kemasukan ini, varian popular menambah surat Q bagi mereka
yang mengenal pasti seperti yang ganjil atau mempersoalkan identiti seksual mereka; LGBTQ
telah direkodkan sejak tahun 1996. Orang-orang yang ingin termasuk orang interseks dalam
kumpulan LGBT mencadangkan lanjutan singkatan LGBTI. Istilah ini digunakan di semua
bahagian "Panduan Aktivis" Prinsip-prinsip Yogyakarta dalam tindakan. Sesetengah orang
menggabungkan kedua-dua akronim dan menggunakan istilah LGBTIQ. Sama ada atau tidak
orang LGBT secara terbuka memperkenalkan diri mereka boleh bergantung kepada
kebimbangan politik tempatan dan sama ada mereka hidup dalam persekitaran yang diskriminasi,
serta status hak-hak LGBT di mana mereka tinggal.

Sekitar tahun 1988, aktivis mula menggunakan istilah LGBT di Amerika Syarikat. Tidak
sehingga tahun 1990-an dalam gerakan membuatkan orang gay, lesbian, biseksual dan
transgender dihormati sama. Walaupun komuniti LGBT telah menyaksikan banyak kontroversi
mengenai penerimaan sejagat kumpulan yang berbeza ahli (individu biseksual dan transgender,
khususnya, kadang-kadang dipinggirkan oleh masyarakat LGBT yang lebih besar), istilah LGBT
telah menjadi simbol positif kemasukan.
Definisi Konsep LGBT

Perbincangan LGBT tidak lengkap tanpa pembahasan tentang seksualiti kerana hal ini
menyebabkan adanya diskiriminasi dan kekerasan yang dialami oleh golongan ini. Seksualiti
adalah sifat, tabii atau dorongan seks; keseksualan (Dewan Bahasa dan Pustaka Online, 2014).
Seksualiti dialami dan diekspresikan dalam pemikiran, fantasi, hasrat, kepercayaan, tingkahlaku,
kebiasaan dan hubungan. Seksualiti dipengaruhi oleh interaksi faktor biologi, psikologi, sosial,
ekonomi, politik, sejarah, agama, dan spiritual (Neng Dara Affiah,2011).

Pada dasarnya, terdapat dua pandangan tentang seksualiti yang saling bercanggah;
esensialism dan social constructionism. Kelompok esensialism yakin bahawa jenis kelamin,
orientasi seksual dan identiti seksual sebagai hal yang bersifat semula jadi sehingga tidak dapat
mengalami perubahan. Kelompok ini berpandangan bahawa jenis kelamin hanya terdiri daripada
dua jenis iaitu lelaki dan perempuan. Orientasi seksual hanya heteroseksual dan identiti jantina
harus selaras dengan jenis kelamin menyebabkan kelompok yang berada di luar konsep ini di
anggap tidak normal (Neng Dara Affiah,2011).

Sebagai tindak balas kepada tahun melobi daripada pengguna dan kumpulan LGBT untuk
menghapuskan diskriminasi, perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian Facebook, pada bulan
Februari 2014, melebar pilihan iaitu varian gender untuk pengguna. Pada bulan Jun 2015, selepas
keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberikan hak-hak perkahwinan sama,
Facebook memperkenalkan penapis yang membolehkan pengguna untuk mewarnakan gambar
profil mereka pelangi dalam sambutan kesaksamaan LGBT.

Menurut Counseling Gay Men and Lesbians (2002) lima punca seseorang menjadi LGBT
ialah masyarakat,kerja,seks,diri sendiri dan juga semangat spiritual. Kelima lima punca ini saling
berkait dan mampu menjadikan naluri seks seseorang berubah. Perasaaan stress dan kurangnya
sokongan daripada masayarakat membuatkan mereka semakin keliru dengan orientasi seks
mereka. Menurut buku ini juga, LGBT bukan hanya melibatkan seks semata-mata tetapi turut
melibatkan perasaan kasih sayang dan juga mahukan perhatian yang tidak mampu diberi oleh
sesetengah masyarakat.
Pandangan dan Penerimaan terhadap LGBT

Saya kira mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), setiap warganegara
mempunyai hak mereka. Justeru, mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT
atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
undang-undang. Walaupun perbuatan golongan LGBT itu berdosa namun, sekiranya ia tidak
mencabar undang-undang negara, pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil
tindakan. Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi ianya tetap haram tetapi itu
antara mereka dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka
secara terang-terangan beritahu dan member pengakuan bahawa ia seronok dengan perbuatan
itu, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Contohnya, minum arak berdosa, haram.
Kalau dia minum secara terbuka dan berkata "suka hati aku nak minum" itu jenayah. Kerana
mencabar undang-undang. Secara moralnya, golongan LGBT mempunyai ruang personal. Tetapi
jangan memberi galakan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal,
tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa.

Orang yang kuat pegangan Islamnya pasti tidak akan bersetuju melantik individu yang
fitrahnya songsang seperti golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) untuk
menyertai organisasi mereka. Lebih-lebih lagi menjadi pegawai di mana-mana kementerian
kerajaan, waima apa alasan pun termasuk di bawah payung hak asasi manusia. Sebab itu,
kerajaan mesti mengambil tindakan tegas ke atas golongan LGBT. Ia supaya perbuatan mereka
itu tidak mempengaruhi masyarakat di negara ini. Membiarkan golongan sedemikian seolah-olah
kita ‘bersetuju’ dengan mereka. Walhal, perbuatan golongan terbabit itu dilarang oleh Islam.

Pandangan Islam mudah iaitu kita tidak boleh bertolak ansur dengan LGBT kerana secara
fitrahnya tidak ada manusia normal yang akan cenderung sesama sejenis. Sebab itu, ia mesti
diatasi dengan dakwah dan secara prinsip-nya perlu segera dibendung supaya tidak datang
mudarat yang lebih besar. Kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk
jenayah. Walaupun ia dilakukan secara ‘sembunyi-sembunyi’, melihat kepada situasi kini,
implikasi dan wabak LGBT di negara ini tetap tersebar luas tanpa sekatan terutama menerusi
laman media sosial.
LGBT Menjadi Isu Masa Kini

Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin membimbangkan apabila
terdapat usaha 'normalisasi' amalan songsang itu yang sedang giat dilakukan secara terbuka.
Perkara ini diluahkan oleh Ketua Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr. Nor Saleha
Mohd. Salleh yang melihat terdapat proses membiasakan atau menormalkan nilai tidak baik itu
kepada masyarakat di negara ini. Kalau dahulu, isu ini dilihat tidak begitu ketara kerana
golongan ini mengambil pendekatan menyembunyikan tingkah laku dan hidup dalam kelompok
sendiri. Namun, kini golongan itu dilihat semakin berani 'mempromosikan' amalan songsang
mereka secara terbuka.

Kewujudan mereka disedari di mana-mana tempat termasuklah di sekolah dan institusi


pengajian tinggi. Lebih membimbangkan golongan ini seolah-olah seperti diterima apabila
terdapat usaha mempromosikan sifat dan tingkah laku kecelaruan jantina ini di dalam media.
Contoh paling jelas, masyarakat sentiasa dimomokkan dengan watak seorang lelaki berpakaian
wanita dengan gaya pertuturan, pergerakan badan dan lemah lembut seperti wanita dalam drama,
rancangan televisyen, video klip atau animasi tempatan. Begitu juga dengan wanita
berpenampilan dan bertingkah laku seperti lelaki. Wujud gelaran seperti mak nyah dan pengkid.
Walaupun hanya sebuah watak, namun kita menerimanya sebagai satu bahan jenaka atau
hiburan. Disebabkan masyarakat sering didedahkan dengan nilai negatif ini, lama-kelamaan
dianggap sebagai satu perkara normal dan bukannya perkara asing yang dianggap salah dalam
kehidupan masyarakat.

Kesannya, keadaan berkembang sebagai satu trend dan gaya hidup yang menjadi ikutan
ramai. Lebih buruk lagi apabila gaya hidup tersebut mempengaruhi seseorang individu untuk
menjalani pembedahan menukar jantina dan menjalinkan hubungan sejenis sebagai memenuhi
kehendak dan naluri songsang mereka. Justeru, kerajaan perlu tegas dan melakukan sekatan
terhadap sebarang aktiviti dan unsur-unsur kecelaruan jantina sebagaimana dilakukan oleh
Indonesia dan Turki. Turki telah mengharamkan segala aktiviti LGBT di ibu negaranya termasuk
dalam bentuk tayangan filem, persembahan teater, seminar, kolokium dan seumpamanya
berkuatkuasa 18 November lalu. Perarakan tahunan golongan gay dan apa juga yang
bertentangan dengan nilai negara itu turut dilarang. Di Indonesia, negara itu turut mengharamkan
unsur LGBT disiarkan di kaca televisyen termasuk slot program dan iklan yang memaparkan
tingkah lalu LGBT. Mereka juga menghapuskan emoticon dan imej berbaur LGBT menerusi
aplikasi WhatsApp termasuk menyekat akses kepada laman popular Tumblr yang
mempromosikan pornografi.

Boleh dikatakan semua kakitangan syarikat boleh bertolak ansur dengan kehadiran
lesbian, gay atau biseksual kerana masih mempunyai harapan untuk kembali ke pangkal jalan.
Namun, transgender dilihat sudah ‘menutup pintu taubat’ khususnya jika sudah menjalani
pembedahan menukar jantina malah patut dijauhi bagi mengelak dilaknat Tuhan mahupun
terpalit cacian masyarakat. Dari sudut agama dan budaya sudah jelas di mana kedudukan LGBT,
seperti mana penjenayah dan mereka yang melakukan dosa-dosa besar tetapi dalam diam,
masyarakat Malaysia sebenarnya sudah ‘lali’ dengan kehadiran golongan ini dan semakin hari
semakin ramai menerimanya sebagai ‘norma hidup’. Buat masa ini, sebarang tuntutan untuk
‘menghalalkan’ gaya hidup songsang ini pasti ditolak kerana umumnya rakyat Malaysia tidak
mahu anak-anak mereka terpengaruh dan menyertai komuniti LGBT khususnya jenis
transgender. Oleh itu, di sarankan jangan dipaksa penerimaan LGBT di negara ini kerana
dikhuatiri tindak balas umum boleh menjejaskan kehadiran mereka dalam kehidupan harian dan
di tempat kerja, terutama sekali untuk jenis lesbian, gay atau biseksual.

Islam Menerusi Al- Quran dan Al- Sunnah menangani masalah LGBT

Dalam padangan Islam Tadabbur Kalamullah 10 Safar 1437H dengan jelas menyatakan iaitu :

ِ َ‫اح َش َة َما سَبَ َق ُك ْم بِهَا ِم ْن َأ َحد مِنَ ْالعَا َلمِينَ * إ ِ َّن ُك ْم َلت َْأتُون‬
‫الر َجا َل َش ْه َوةً ِم ْن دُو ِن‬ ِ ‫َو ُلو ًطا إ ِ ْذ َقا َل ِل َق ْو ِم ِه َأت َْأتُونَ ْال َف‬
َ‫النِسَا ِء ۚ بَ ْل َأ ْنتُ ْم َق ْومٌ ُمس ِْر ُفون‬

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk
alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu
syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas”[Surah al-A’raf 80-81] .Allah swt mengatakan kepada kaum Nabi Lut bahawa
sesungguhnya perbuatan keji itu (homoseksual/Gay/Lesbian, LGBT) belum pernah dilakukan
oleh sesiapapun di muka bumi ini, samada oleh manusia dan binatang. Apabila seseorang
manusia cenderung menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haiwan pun enggan
melakukannya, maka kita boleh tahu bagaimana kedudukan kejiwaan manusia itu. Bukankah ini
merupakan musibah yang paling besar yang menurunkan darjat manusia lebih bawah dan lebih
teruk daripada binatang. Betapa hinanya golongan LGBT ini sehingga berkata Mujahid seorang
ahli tafsir: “Orang yang melakukan perbuatan homoseksual meskipun dia mandi dengan setiap
titisan air dari langit dan bumi masih tetap najis”

Rasullullah saw bersabda: “Barangsiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth,
maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad]

Dari Jabir r.a, Nabi bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah
perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah dan Tirmizi]

Nabi saw bersabda: “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau
mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa’i dalam as-Sunan Al-Kubra]

Kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita dan anak keturunan kita
agar tidak terjerumus dalam gelumang dosa yang penuh kekejian ini dan memberikan hidayah
kepada mereka yang telah terlanjur untuk kembali kepada keredhaan Allah dari lumpur dosa ini.
Menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai
manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan,
penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara. Demi
penghormatan ini, pada Julai 2016 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah
mengeluarkan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT serta turut
menganjurkan program bersama golongan LGBT. Tambahan lagi, baru-baru ini Mufti Wilayah
Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut hadir menyantuni komuniti transgender
di sekitar Kuala Lumpur. Langkah-langkah ini seharusnya dipuji dan diteruskan untuk
menambah baik taraf hidup komuniti LBGT, selain dijadikan peluang untuk menitipkan nasihat
kepada yang memerlukan.Menyantuni komuniti LBGT pula tidaklah sehingga tuntutan mereka
keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan. Perlu diimbangi di antara hak asasi harus
dimiliki semua manusia dan tuntutan-tuntutan memungkinkan kebobrokan agama, budaya dan
naratif kebangsaan. Imbangan ini harus diperhalusi sebelum konflik hak asasi membarah dalam
negara ini.

Homoseksual adalah sebahagian daripada perjuangan LGBT. Islam sememangnya


melarang keras perbuatan tersebut. Terdapat nas Al-Quran yang memberi peringatan terhadap
azab yang diturunkan kepada umat terdahulu mengenai maksiat berkaitan hubungan sejenis.
Allah berfirman yang bermaksud :

Dan Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya, “Tergamak kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada
penduduk alam ini sebelum kamu?”; “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan
nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang
melampaui batas.” Tidak ada jawapan daripada kaumnya selain daripada berkata, “Usirlah
mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya
mereka adalah golongan yang berpura-pura menyucikan diri.” Maka kami selamatkannya dan
keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, dia tergolong daripada orang
yang dibinasakan. Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan).
Oleh itu lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kejahatan. [QS Al-A’raf:80-84].

“Dan kamu meninggalkan isteri-isteri kamu yang dijadikan oleh Allah untuk kamu?
Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!” [QS Al-Shu’ara’ 26:167] Daripada nas Al-
Quran di atas, adalah jelas bahawa Allah s.w.t mencela perbuatan homoseksual dan menurunkan
azab yang berat kepada pelaku-pelakunya sepertimana yang tejadi kepada kaum Nabi Lut di
bandar Sodom dan Gomorrah.

LGBT dari aspek perundangan Malaysia dan Global

Di England khususnya, terdapat undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual dan


perundangan ini berubah mengikut zaman. Pada awalnya, undang-undang Buggery Act 1533,
ketika zaman Raja Henry VIII memperuntukkan kesalahan homoseksual boleh dihukum bunuh.
Perundangan telah diubah dengan Offences Against The Person Act 1861 yang memperuntukkan
kesalahan homoseksual kepada penjara seumur hidup. Seterusnya, hukuman ini lebih ringan
melalui Seksyen 11 Criminal Law Amendment Act 1885 yang memperuntukkan hukuman
penjara tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan lelaki melakukan kelucahan melampau gross
(indecency). Akhirnya Sexual Offences Act 1967 telah memansuhkan kesalahan jenayah
homoseksual di antara lelaki yang telah mencapai umur 21 tahun.

Ini jelas menunjukkan bahawa negara Barat pada mulanya tidak menerima perbuatan
homoseksual dan perlakuan berkaitan LGBT. Namun secara perlahan, masyarakat Barat tidak
menolak perbuatan homoseksual mula menerimanya sebahagian daripada hak individu.
Pengiktirafan perkahwinan sejenis merupakan salah satu daripada agenda golongan LGBT.
Walaupun hampir semua agama tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, sedikit demi sedikit
pelbagai negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis. Belanda adalah negara pertama yang
membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun 2001. Setakat 2014, perkahwinan sesama jenis
juga diiktiraf di Sweden, Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Norway, Afrika Selatan,
Sepanyol, Portugal, Denmark, Uruguay, Brazil, Perancis, New Zealand, Mexico dan Israel
(walaupun tidak dilakukan di sana), bersama-sama dengan dua puluh lima buah negeri di
Amerika Syarikat: Massachusetts, Iowa, Connecticut, Vermont, New Hampshire, New York,
Maine, Maryland, Washington, Minnesota, New Mexico, Rhode Island, Delaware, California,
New Jersey, Hawaii, Illinois, New Mexico, Utah, Oklahoma, Virginia, Oregon, Pennsylvania,
Wisconsin, Indiana dan Colorado serta Daerah Columbia.

Baru-baru ini, golongan LGBT telah mendapat kejayaan besar dengan keputusan
Mahkamah berkenaan perkahwinan sejenis di Amerika Syarikat. Dalam kes yang dikenali
sebagai kes Obergefell v. Hodges, Aktivis LGBT, John Arthur telah berkahwin dengan pasangan
sejenis James Obergefell di Maryland, Amerika. Dalam satu tempoh kemudian, John Arthur
telah meninggal dunia akibat penyakit ALS. James Obergefell memfailkan permohonan untuk
mendapatkan pengesahan supaya beliau dinamakan sebagai waris dalam Sijil Mati John Arthur.
Namun Pendaftar di negeri Ohio tidak dapat meluluskannya kerana Pejabat Penasihat Undang-
Undang negeri Ohio mengumumkan rancangan meneruskan larangan perkahwinan sejenis di
Ohio, Amerika. Pada 26 Jun 2015, Mahkamah dengan majoriti 5-4 memutuskan bahawa
berdasarkan Pindaan Keempat Belas (Fourteenth Amendment) semua negeri di Amerika Syarikat
diarahkan untuk membenarkan perkahwinan sejenis dan mengiktiraf perkahwinan sejenis yang
dijalankan di negeri lain.

Di Malaysia, tiada peruntukan perundangan yang spesifik terhadap gerakan LGBT secara
khusus. Namun perbuatan homoseksual dan perlakuan seksual di luar tabii adalah merupakan
satu kesalahan berdasarkan sistem perundangan di Malaysia. Merujuk kepada undang-undang
Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “Sesiapa yang
melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun,
termasuk sebatan. Selanjutnya, bagi kesalahan yang melibatkan orang Islam, Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan-kesalahan
yang berkaitan perlakuan LGBT.

Antara kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan yang melibatkan LGBT adalah seperti
berikut:

1. Seksyen 25 -perbuatan liwat

2. Seksyen 26 - perbuatan Musahaqah (melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan


perempuan).

3. Seksyen 28 perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti
perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral
Kesimpulan

Kesimpulannya, LGBT ini boleh didefinisikan sebagai golongan songsang yang menyalahi
norma akal. Walaupun diterima di Barat namun LGBT ini tidak sesuai diamalkan negara Timur
seperti Malaysia kerana bertentangan dengan budaya dan agama. Undang-undang LGBT juga
perlu diperketatkan bagi membendung gejala ini menular. Tambahan pula, hasil daripada soal
selidik mendapati majoriti menolak LGBT kerana dianggap tidak bertamadun dan mampu
memberi kesan negatif kepada diri dan masyarakat.

Walaupun golongan LGBT ini amat sukar untuk dikenali, namun ia perlu dibendung
melalui kempen yang berkesan dan juga kerjasama antara badan bukan kerajaan. Masyarakat di
Malaysia perlu sentiasa diingatkan mengenai kesan-kesan negative mengamalkan LGBT di
samping memberi informasi mengenai isu ini agar dapat ditentang dan ditolak masyarakat.
Sebagai masyarakat timur yang kaya dengan budaya dan berpegang teguh dengan ajaran agama,
LGBT bukan perkara yang baik untuk diperjuangkan dan diamalkan. LGBT perlu ditentang dan
dirawat dengan segera agar ia tidak menjadi suatu budaya yang akan diamalkan oleh generasi
yang akan datang.
Rujukan

Barret,Bob and Collen Logan, 2002.Counseling Gay Men and Lesbians. London

Swan,Wallace , 2004. Handbook of Gay,Lesbian,Bisexual,and Transgender Admintration and


Policy. US

Nardi,Peter , 2000. Gay Masculinities. Oxford London

Suriati Ghazali, 2012. Difusi Ruangan Budaya Transeksualisme dan Imaginasi Geografi Pelajar
Lelaki Berpenampilan Silang di Universiti Tempatan Malaysia. Jurnal e-Bangi

Musa Yusuf Owoyemi and Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri ,2013. LGBT:Nature or
Ideology:The View of a Former LGBT Practitioner in Malaysia.Research Journal of Biological
Science. UKM

Zin Mahmud. (n.d). Retrieved from http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?


option=com_content&view=article&id=397:kenapa-lgbt-dilaknat- &catid=86:topik&Itemid=357

Neng Dara Affiah, Yuni Nurhamidah (2011). Dari Suara Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender (LBGT) - Jalan Lain Memahami Hak Minoritas. Divisi Litbang dan Pendidikan

Komnas Perempuan. Retrieved from https://www.google.com/url?

You might also like