You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

m/s

1.0 PENGHARGAAN 2

2.0 BAB SATU (SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH)


2.1 PENGENALAN 3
2.2 SEJARAH AKIDAH ZAMAN NABI 4
2.3 SEJARAH AKIDAH ZAMAN SAHABAT 5
2.4 SEJARAH AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYAH 6
2.5 KESIMPULAN 7-8
2.6 RUJUKAN 9

3.0 BAB DUA (SEJARAH RASM UTHMANI)


3.1 PENGENALAN 10
3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN RASM UTHMANI 11-13
3.3 RASM IMLA’I 14
3.4 PERBEZAAN RASM UTHMANI DAN RASM IMLA’I 15
3.5 KESIMPULAN 16
3.6 RUJUKAN 17-18

1
1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek
Pengantar Ilmu Aqidah (PIM 1024) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang
ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Encik Fouzai Bin Yusof, selaku Pensyarah Pengantar Ilmu Aqidah kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan
yang diberikan.

2
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya Encik Fouzai Bin Yusof atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan
kerja kursus ini dilakukan. Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba
ilmu ini. Syukur, Alhamdulillah.

Sekian, terima kasih.

BAB SATU
2.0 SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH

2.1 Pengenalan

3
Pengertian akidah dari segi bahasa ialah ikatan simpulan tali atau perjanjian. Maksud
ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya yang sebenarnya tidak terpisah
dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah menjadikan hambanya supaya tunduk dan
patuh kepadanya. Maksud simpulan pula ialah simpulan antara Allah dengan
hambanya (simpulan mati) yang tidak boleh diurai kecuali dengan memotongnya. Jika
terputus tali itu, maka tidak tali itu tidak berguna lagi. Manakala erti perjanjian pula
ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya yakni pengakuan hamba terhadap
Tuhannya yang mengaku bahawa Allah yang Maha Berkuasa ke atasnya dan
mentadbir alam semesta ini.

Menurut Stapa Zakaria (2001), akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah
yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Ia merupakan inti dasar kepada
kewujudan tamadun Islam. Seseorang yang berakidah Islam harus faham bahawa
dengan menyebut dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat
dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah. Penanaman
akidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan
kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa
dan harta benda demi mempertahankan akidah serta membuktikan ketakwaan
kepada Allah s.w.t.

Sejarah perkembangan akidah terbahagi kepada tiga. Pertama, akidah pada


zaman Nabi. Selepas kewafatan Nabi, akidah berubah pada zaman Sahabat. Akhir
sekali, akidah berubah pada zaman Bani Umaiyah. Sejarah akidah berubah kerana ia
mengikut peredaran masa, waktu dan zaman. Namun begitu, penyelewengan akidah
mula berlaku pada zaman Bani Umaiyah dan muncul ajaran-ajaran sesat yang
bertentangan dengan ajaran Islam.

2.2 Sejarah Akidah Zaman Nabi

4
Pada zaman Nabi, sahabat pada zaman Rasulullah menerima terus segala ajaran
yang dibawa oleh Rasulullah tanpa banyak persoalan. Mereka terus menemui
Rasulullah sekiranya timbul kekeliruan dan kemusykilan yang tidak dapat mereka
fahami. Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan
sahabat. Para sahabat tidak mempunyai masalah kekeliruan terhadap sifat-sifat Allah.
Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat al-Quran atau sifat
Allah sebagaimana di dalam al-Quran dan Hadis. Para sahabat memahami
kandungan al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan akidah dan sifat-sifat
Allah tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.

Menurut Mohd Radhi Ibrahim (2006), kepercayaan umat Islam pada zaman
Nabi sangat kukuh dan teguh kerana para sahabat pada masa itu disinari oleh
cahaya hidayah al-Quran. Ada di antara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan
mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan zat Allah. Rasulullah menegah
mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan daripada Abu
Nu’aim bahawa Nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam
masalah Qadar. Pada masa itu tidak timbul permasalahan akidah, hal ini kerana
ketika wahyu sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman Rasulullah.

Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang


berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam al-Quran dan Hadis. Para sahabat tidak
berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat, al-Asma’al-Husna dan al-Af’al.
Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’ dan Qadar, sifat Allah dan
zat-Nya atau ayat-ayat mutasyabihat. Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan
dengan hukum-hakam, ibadat dan cara melakukannya dengan sempurna.

2.3 Sejarah Akidah Zaman Sahabat

5
Selepas kewafatan Rasulullah, perubahan akidah berlaku pada zaman sahabat.
Menurut Ibn Rejab al-Hanbali (2000), pada zaman sahabat, tidak ada perselisihan
faham dalam akidah kerana mereka sibuk menghadapi peperangan dalam usaha
mempertahankan kesatuan Islam. Mereka memahami al-Quran tanpa ada ta’wil dan
mengikuti al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka juga mensifatkan Allah
dengan apa yang Allah sifatkan sendiri iaitu dengan mensucikan Allah daripada
sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah.

Tambahan lagi, mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan


penta’wilan kepada Allah sendiri. Sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang
berkaitan dengan akidah. Hal ini kerana persoalan akidah boleh menimbulkan
perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam. Untuk itu, para sahabat lebih
mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara yang berkaitan dengan
hukum amali sahaja.

Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan nas al-Quran dan
Hadis, para sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada zaman
Nabi. Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran
berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya
Uthman. Maka umat Islam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak.
Golongan dan fahaman masing-masing ingin mempertahankan fahaman mereka dan
pendirian mereka. Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas
al-Quran dan Hadis, serta timbullah periwayatan Hadis palsu.

Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan
ayat-ayat al-Quran. Mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan
telah mentasybihkan dan mentajsimkan Allah. Golongan tersebut adalah
golongan sabi’iyyah. Golongan yang menentang mentajsimkan Allah itu bermula
dengan Ja’d Ibn darham dan selepasnya diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan
seterusnya aliran dan penentangan tersebut diteruskan pula oleh
golongan Muktazilah.

2.4 Sejarah Akidah Zaman Bani Umaiyah

6
Pada fasa terakhir, akidah berubah pada zaman Bani Umaiyah. Setelah negara
jajahan takluk Islam mulai meluas telah terbuka luas untuk umat Islam memikirkan
perkara yang berkaitan akidah. Jiwa orang yang baru memeluk Islam masih
dipengaruhi oleh unsur agama mereka sebelumnya. Untuk itu, lahir segolongan umat
Islam yang mulai memperkatakan masalah Qadar. Antaranya ialah Ma’bad al-Juhani,
beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang yang berasal daripada Iraq yang
beragama Nasrani yang murtad selepas memeluk Islam.

Ma’bad telah dibunuh kerana memberontak pada tahun 80 Hijrah. Selepas itu,
diikuti dengan Ghailan al-Dimasyqi. Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn
Muslim. Beliau mengikuti fahaman Ma’bad dalam masalah Qadar. Selepas itu
muncullah Ja’d Ibn Dirham. Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn
Muhammad. Beliau berfahaman Qadar dan merupakan orang yang mula-mula
mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri.

Selepas daripada kemunculan tiga tokoh diatas lahir pula golongan yang
menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn
Safwan. Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa
pendapat Ja’d. Selepas itu beliau bersama-sama dengan Harith Ibn Syuraij telah
melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan. Lalu, beliau
dapat ditawan dan dibunuh. Golongan atau puak ini dikenali dengan
golongan Jabariah atau puak Jahmiyah, iaitu pengikut Jaham Ibn Safwan.

Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Mu’athilah kerana mereka
menafikan Sifat-Sifat Allah. Pada penghujung abad pertama hijrah, tersebar pula
fahaman dan puak serta aliran Khawarij. Mereka ini telah mengkafirkan orang yang
mengerjakan dosa besar. Mereka juga mengatakan bahawa al-Quran itu Qadim dan
menafikan sifat Allah menggunakan kefahaman akal. Mereka juga dikenali sebagai
golongan Muktazilah.

2.5 Kesimpulan

7
Selepas meneliti perubahan akidah yang berlaku secara berperingkat, masalah ini
masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Malah, menurut Muhammad
Yusuf Khalid (2002) muncul lebih banyak golongan dan fahaman yang lebih sesat
seperti ajaran Syi’ah, Wahabbi dan sebagainya. Umat Islam mestilah mencari jalan
penyelesaiannya agar masalah ini dapat dibanteras dengan kadar segera. Menurut
Zawiyah Md. Sari (2000), antara cara penyelesaiannya yang boleh diketengahkan
ialah dengan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Umat Islam juga haruslah mengadakan peruntukan undang-undang yang


mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai
dengan ajaran Islam itu sendiri. Di samping itu, masalah ini juga boleh diselesaikan
dengan melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di
dalam persoalan penyelewengan akidah khasnya dan penyelewengan daripada
ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

Tambahan lagi, umat Islam wajarlah memperkenalkan Islam yang syumul


merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya. Umat
Islam juga haruslah memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di
dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat akidah
mereka. Selain itu, umat Islam mestilah menghapuskan segala bentuk maksiat dan
kemungkaran dan mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha
pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

Umat Islam hendaklah sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan akidah


yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin
sebelum ia berakar umbi. Akhir sekali, umat Islam mestilah sentiasa meminta
pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan
pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.
Sebagai kesimpulannya dapat kita tegaskan bahawa orang yang mempunyai akidah
yang betul sama sekali tidak akan terpesong dan dapat diperdayakan oleh syaitan.

Hakikat ini adalah berdasarkan janji Allah s.w.t di dalam al-Quran :

8
" Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada bagimu (Syaitan) sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari
orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)"
(Surah Al Hijr ;15: ayat 42)

Allah juga telah berjanji bahawa orang yang mengikut petunjukNya semasa
berada di dunia, tidak akan sesat dan juga tidak akan sengsara di dalam firman-Nya
di dalam al-Quran :

" Turunlah kamu berdua dari syurga ini bersama-sama dalam keadaan
setengah dari kamu menjadi musuh bagi yang lain kemudian jika datang
kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang menurut petunjukKu itu,
nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara "
(Surah Thaha ; 20: ayat 123)

9
2.6 Rujukan

Stapa Zakaria. 2001. Insan Kamil: Ciri dan Proses Pembentukan. dlm. Jurnal Afkar.
hal. 43-60. bil. 2. Jab. Akidah & Pemikiran Islam. Akademi Peng. Islam:
Univ. Malaya.

Mohd Radhi Ibrahim. 2006. Akidah dan Pembangunan Tamadun. Kuala Lumpur.
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, KUIM.

Ibn Rejab al-Hanbali 2000. Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam. Beirut: alMaktabah


al-‘Asriyah.

Muhammad Yusuf Khalid. Syamsul Bahri A. Galigo & M. Radhi Ibrahim. 2002. Isu
Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur:
Fakulti Dakwah & Pengurusan Islam, Kolej Universiti Islam Malaysia.

Zawiyah Md. Sari. 2000. Bicara Islam Semasa: Koleksi Tulisan Dr. Ismail Hj. Ibrahim.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

10
BAB DUA

3.0 SEJARAH RASM UTHMANI

3.1 Pengenalan

Al-Quran yang dibaca dan dijadikan panduan oleh umat Islam pada hari ini
mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia ditulis di dalam bahasa arab yang dikenali
sebagai Ilmu Rasm. Rasm dari segi bahasa bermaksud kesan atau bekas. Manakala
dari segi istilah pula, ialah menggambarkan lafaz dengan huruf-huruf hijaiyah.
Huruf-huruf hijaiyah ini ialah huruf bahasa arab yang bermula daripada huruf alif dan
diakhiri huruf ya’. Jadi ilmu rasm ialah ilmu yang membincangkan cara-cara sebutan
untuk memelihara pengucapan huruf asalnya. Rasm mempunyai dua bahagian iaitu
Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i.

Sebagaimana yang telah diketahui ramai, mushaf al-Quran yang diguna pakai
pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh khalifah
Islam yang ketiga iaitu Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat
al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarah oleh
beliau akibat terjadinya perselisihan bacaan dikalangan umat islam yang begitu
ketara.

Menurut Daud Ismail (2003), Rasm Uthmani ialah kaedah atau cara penulisan
perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di
zaman pemerintahan Saiyidina Uthman bin Affan dan dihantar ke negara-negara
Islam. Oleh itu, dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai
sandaran kepada Saiyidina Uthman bin Affan atas perintah beliau untuk menulis
semula ayat-ayat al-Quran.

11
12
3.2 Sejarah Perkembangan Rasm Uthmani

Menurut H. Fadal Ar. Rahman (2005), sejarah Rasm Uthmani bermula daripada
penulisan al-Quran pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu
mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu Baginda
Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin serta sahabat Baginda yang lain seperti
Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain. Para penulis wahyu
telah mencatatkan ayat-ayat Al-Quran tersebut pada pelepah pelepah tamar,
kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan.

Penulisan al-Quran pada zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a. berbeza
dengan penulisan al-Quran pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana selepas kewafatan Rasulullah, berlaku Peperangan Al-Yamamah
pada tahun 11 Hijrah yang telah menyebabkan ramai tentera Islam yang menghafaz
al-Quran telah gugur syahid. Akibat daripada peperangan tersebut, 700 orang yang
menghafaz al-Quran telah gugur syahid.

Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a.


beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya
diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus
dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid. Pada mulanya, Saiyidina Abu Bakar
al-Siddiq r.a. tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Saiyidina Umar
al-Khattab r.a. Hal ini kerana Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. bimbang agar
al-Quran dan Hadith bercampur aduk. Tetapi, akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit
r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w.
dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain.

Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk
lembaran suhuf. Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah
disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. Apabila Saiyidina Umar bin
al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin
Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.

13
Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam
telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain
wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah
tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan
Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur. Antaranya
ialah, penduduk Makkah dan Madinah mengambil kaedah bacaan daripada Ubai bin
Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Khalifah yang kedua iaitu Saiyidina Umar al-Khattab r.a.

Penduduk Syam pula mengambil kaedah bacaan daripada Khalifah yang ketiga
iaitu Saiyidina Uthman bin Affan r.a. dan juga Abu Darda’ r.a. Manakala penduduk
Basrah pula mengambil kaedah bacaan daripada Khalifah yang kedua, ketiga dan
keempat iaitu Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina
Ali bin Abi Talib r.a. Selain daripada ketiga-tiga Khalifah ini, mereka juga mengambil
bacaan daripada Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Abu Musa al-Asha’ari r.a.

Penduduk Kufah pula mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud,
Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin
Thabit r.a. Namun begitu, pada tahun 25 Hijrah, berlaku satu perbalahan yang hebat
di kalangan muslimin mengenai kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi
riwayat pembacaan al-Quran. Akibat daripada itu, perbalahan dan perselisihan ini
dapat diselesaikan melalui cadangan yang diberi oleh Huzaifah iaitu agar mushaf
Al-Quran diselaraskan. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari
simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf.

Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan
Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh Abdullah bin Zubair,
Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Ketika ahli-ahli
Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat
dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini
hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada bacaan
mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al-
Quran itu diturunkan menurut bahasa arab Quraisy.

14
Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang dibentuk oleh Khalifah Saiyidina Umar
al-Khattab telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah
mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman sendiri yan dinamakan “Mushaf Al-Imam”.
Manakala mushaf lain dihantar ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah untuk
dijadikan rujukan. Mushaf tersebut dikirimkan bersam-samanya seorang imam (qari)
yang dipercayai untuk mengajar penduduk berkenaan.

Menurut M. Syatibi AH. (2005),iImam-imam yang diamanahkan tersebut ialah


Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah, AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam, Abdul
Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah, Amru bin Qais r.a. ke Basrah
dan Zaid bin Thabit r.a. di Madinah. Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a.
memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini
dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan
bacaan ( ‫ ) وججه القراءات‬yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa
yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan
r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.
Bahkan, ia juga dikenali pada zaman sekarang dengan Ilmu Qiraat.

Menurut Engku Alwi bin Ambak (1991), usaha-usaha pengumpulan al-Quran


yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah
mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam. Antaranya ialah ia dapat
menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan
perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. Di samping itu, ia dapat
menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. Tambahan pula,
ia dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. Akhir sekali, ia dapat
menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.

15
3.3 Rasm Imla’i

Menurut Muhaysin (1989), Rasm Imla’I pula adalah salah satu versi al-Quran yang
ditulis berdasarkan tulisan Arab standard. Ia juga dikenali sebagai Rasm Qiyasi.
Penulisan al-Quran dalam Rasm Imla’i adalah berbeza dari Rasm Uthmani
disebabkan oleh beberapa faktor seperti penambahan huruf, pertukaran huruf dan
sebagainya. Perbezaan aspek tersebut telah membawa kepada berlakunya
kekeliruan dan kesilapan dalam membaca al-Quran. Oleh itu, Rasm Imla’i tidak
sesuai digunakan secara terbuka kerana boleh menyebabkan beberapa kekeliruan
dari segi pembacaan al-Quran.

Jika diteliti dari sudut sejarah perkembangan Rasm Imla’i, ia pada asalnya
digunakan bagi tujuan berkomunikasi dan penyampaian maklumat sama ada dalam
aktiviti perniagaan ataupun apa jua aktiviti yang berkaitan dengan hubungan sosial
dalam masyarakat Arab. Penggunaan penulisan Rasm Imla’i secara berleluasa telah
menimbulkan beberapa implikasi, khususnya apabila melibatkan penulisan mushaf.
Justeru itu, para ulama’ bahasa telah mengambil inisiatif untuk menyusun semula
kaedah penulisan bahasa Arab versi Rasm Imla’i ini. Usaha ini dilakukan supaya
wujudnya perbezaan yang jelas antara penulisan mushaf (Rasm‛ Uthmani) dengan
penulisan Arab biasa (Rasm Imla’i) supaya dapat mengelak imej al-Quran daripada
tercemar dengan penulisan yang bercampur aduk antara kedua-dua rasm tersebut.

16
3.4 Perbezaan Rasm Uthmani Dan Rasm Imla’i

Sebagaimana yang kita ketahui, Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i mempunyai banyak
perbezaannya. Perbezaan Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i dapat diperhatikan di
dalam jadual yang tertera di bawah :

RASM UTHMANI RASM IMLA’I

Rasm Istilahi Rasm Qiyasi

Penulisan al-Quran mengikut Penulisan al-Quran mengikut bunyi


kaedah tertentu sebutan huruf

Terdapat pengasingan kalimah Tiada pengasingan kalimah

Menyatakan huruf hijaiyah Menyatakan huruf hijaiyah dengan


dengan jelas dengan jelas tanpa penambahan dan
penambahan dan penolakan penolakan huruf
huruf

17
Tidak memisahkan lafaz Memisahkan lafaz

18
3.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm


Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat
Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala
kepada manusia, iaitu akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat. Melalui
penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat
memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada
kita.

Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga
akan dapat membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa
kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani.
Walau bagaimanapun, ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita
berhenti di sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru
yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap
Rasm Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi .

19
3.6 Rujukan

Daud Ismail. (2003). Pengetahuan dan Penghayatan Mushaf ‛Uthmani: Kajian


Khusus di Kelas Pengajian Semasa Maahad Tahfiz Al Quran Negeri
Terengganu. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Sains dan Teknologi
Malaysia.

H. Fadal Ar. Rahman dan H. Rosehan Anwar. (2005). Mushaf-Mushaf Kuno


Indonesia. Puslitbang Lektur Keagamaan, Badan Litbang Agama
Indonesia.

M. Syatibi AH. (2005). Menelusuri al-Quran Tulisan Tangan di Lombok dalam


Mushaf-Mushaf Kuno Indonesia. Puslitbang Lektur Keagamaan, Badan
Litbang Agama Indonesia.

20
Engku Alwi bin Ambak. (1991). Pembacaan Al-Quran dan Penghayatannya Dalam
Masyarakat Islam. Kursus Kaedah Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani
Peringkat Negeri Terengganu. Kuala Lumpur: Lembaga Teks Al-Quran,
Kementerian Dalam Negeri.

Muhaysin dan Muhammad Sālim. (1989). Irshad al-Talibīnila Dabt al-Kitab alMubīn.
Qāhirah: Maktabah al-Azhariyyah li’l-Turāth.

Ismail, D. (2013). Sejarah dan perkembangan mushaf Uthmani di Malaysia. Penerbit


UMT.

Ghani, A. R. A. (2003). Sejarah rasm al-Quran: tumpuan utama kepada Rasm


Uthmani (Doctoral dissertation, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Arif, S. (2005). Al-Qur'an, Orientalisme dan Luxenberg. Jurnal Akidah & Pemikiran
Islam, 6(1), 55-76.

Ismail, D., & Ab Rahman, A. H. (2016). Mushaf Imla'i dan Implikasinya dalam
Pembacaan Al-Quran= Imla'i Mushaf and It's Implication in Reading
Al-Quran. ʻUlūm Islāmiyyah Journal, 197(3585), 1-13.

21
Ismail, D., Ab Rahman, A. H., Ahmad, W. I. W., & Adam, F. (2004). Dabt Mushaf
Uthmani: Perkembangan, Permasalahan dan Kaitannya dengan
Pembangunan Sosial di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 20, 125-144.

22
23

You might also like