Professional Documents
Culture Documents
Nota Perniagaan Tingkatan 4
Nota Perniagaan Tingkatan 4
PERNIAGAAN
BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN
Pengenalan
Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan
antara penjual yang mendapat keuntungan dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan
kehendak.
Konsep asas perniagaan melibatkan enam komponen, iaitu:
1. barang dan perkhidmatan;
2. memuaskan keperluan dan kehendak pengguna;
3. pertukaran nilai;
4. keuntungan perniagaan;
5. penjual dan pembeli;
6. kontrak perniagaan .
1. MILIKAN TUNGGAL
sejenis perniagaan yang d1tubuhkan , dimiliki, dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu.
Proses pe daftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti
yang berikut:
(a) mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan
2. PERKONGSIAN
· Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerja_sama antara dua atau lebih
individu
· bagi menJalankan sesuatu perniagaan.
· Perkongsian ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Perkongsian 1961 dan
didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
· Bilangan rakan kongsi adalah antara 2 hingga 20 orang. Namun, bagi perkongsian
yang melibatkan profesion
· seperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak boleh melebihi 50 orang.
Jenis-jenis perkongsian :
1. perkongsian biasa
2. perkongsian berhad;
3. perkongsian liabiliti terhad (PLT).
Klasifikasi : Perkilangan
Jualan : RM 300k___________< RM15j____________< RM50j___________
Saiz : Kecil Sederhana Besa
r
Klasifikasi : Perkhidmatan
Jualan : RM300k____________< RM3j____________< RM20j___________
Saiz : Kecil sederhana besar
Klasifikasi : Perkilangan
Pekerja : 5___________________< 75____________< 200___________
Saiz : Kecil sederhana besar
Klasifikasi : Perkhidmatan
Pekerja : 5___________________< 30____________< 75____________
Saiz : Kecil sederhana besar
Sektor Perniagaan
Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti yang berikut:
Skala Perniagaan
Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan
Skala Perniagaan
o Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang
berikut.
NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
(b) Deflasi
suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
kesannya ialah:
o kuasa beli penduduk menurun
o kerana kehilangan pekerjaan dan
o ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;
Pasaran :
merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli
pada suatu tingkat harga dan masa
yang dipersetujui oleh keduadua pihak.
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara
akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara:
1. guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
sektor utama,
sektor kedua,
sektor ketiga
2. pendapatan perniagaan - akan meningkat
kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat;
3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan
untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.
Faktor dalaman
merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
FAKTOR Huraian
DALAMAN
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan
untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.
Gaya
pengurusan
Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya
pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan
G demokratik.
Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan
perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
Sumber manusia
Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber
S manusia luaran.
Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan
Teknologi membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan
maklumat pelanggan dengan segera dan tepat.
T Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna
terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
Pemasaran
Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk,
P pengedaran, promosi, dan harga.
Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi
Pengeluaran
P keperluan dan kehendak pengguna.
FAKTOR
Huraian
LUARAN
Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan
Undang- alam sekitar
undang boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan
U peletakan harga, serta cara promosi produk.
Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur
dan jantina
Sosiobudaya
boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan
S oleh perniagaan.
Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
Ekologi
E seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
STRATEGI HURAIAN
Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi
Kekuatan - Peluang seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi
( S - O) boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud
akibat perkembangan dalam faktor luaran (USEPET).
2. Trend
kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
guna tenaga
o iaitu penurunan dalam guna tenaga
o akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;
pendapatan
o jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o hal ini akan merancakkan ekonomi.
pertumbuhan ekonomi
o trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
3. Undang-undang
kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:
1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
o contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika
peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2. mewujudkan sistem perniagaan secara adil
o contohnya: Akta Persaingan 2010
bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan
persaingan yang menindas syarikat yang lemah.
3. melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
o contohnya: Akta Hak Cipta 1987
digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.
NOTA BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF
PERNIAGAAN
BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
UNSUR KETERANGAN
PERANCANGA
N
STRATEGIK
(a Visi • Merupakan falsafah pengwujudan organisasi
) • Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang
Penting untuk membuat keputusan dan tindakan bagi memastikan hala
tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat
• Contoh : visi sebuah suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami beraspirasi
untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan
tinggi'
(b Misi • Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan
) organisasi
• Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk
mencapai matlamat
Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara
berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara dan
memenuhi
permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia '
(c Objektif • Merupakan pernyataan khusus tentang bagaimana visi dan misi akan dicapai
) • Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan juga
jangka masa panjang
• Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan
menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan
ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027 '
UNSUR KETERANGAN
Spesifik Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan
(a) (Specific) boleh diukur secara kuantitatif,
(S) iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.
Boleh dicapai Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang
(c) (Attainable) (A) boleh dicapai.
Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan
Visi dan misi
o dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya
o dalam jangka panjang.
penetapan objektif
o jangka pendek dan jangka panjang
o yang selari dengan visi dan misi
o membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.
Visi
o merupakan komponen pengurusan strategik dan untuk mencapainya
o mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.
o Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama
o serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Misi
o pula dibentuk selepas penetapan visi
o merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.
o bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber
o seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian
dan unit perniagaan
o agar mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pernyataan objektif
o akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan
o ia perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi .
Objektif
o merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.
o Sesuatu objektif mestilah - SMART:
spesifik,
boleh diukur,
boleh dicapai, munasabah,
ada jangka masa.
o lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan
Formula TPM:
TPM = ___________Kos tetap (KT)____________
Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)
Contoh 1:
Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.
Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?
Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain)
untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat
taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu
disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot
gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang
alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen seunit, klip
berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual
rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Hitungkan:
a) Titik Pulang Modal
b) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
Kos tetap
sewa kedai : RM6 000
Kos berubah
Gegelung plastik : RM 0.20
Klip : RM 0.10
Kertas foto : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit : RM 8.00
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm15,000
• Gaji tetap : rm50,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100
TPM = __RM65000__
RM100-RM60
= __RM65000
RM40
= 1625 pasang
Contoh 4:
Formula
TPM = _______kos tetap_________
Harga – kos berubah seunit
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm10,000
• Gaji tetap : rm24,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100
Contoh 5:
Kos tetap: RM50 000
Kos berubah: RM60 seunit
Harga seunit: RM100
Hitungkan:
Iii Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit
Pertumbuhan perniagaan
• merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
• seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
• Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan
• membesarkan perniagaan sedia ada.
(f) Jualan
melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan
sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga,
sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan
perkhidmatannya .
1. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada
perniagaan, iaitu:
jualan merosot ;
tidak mampu membayar kos perniagaan;
gagal dalam persaingan;
imej perniagaan terjejas;
tidak mampu mengembangkan perniagaan.
2. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi
masalah kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
mengurangkan kos;
menurunkan harga produk;
mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
mengurangkan pembayaran dividen kepada pemegang saham;
menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran;
menyemak semula matlamat perniagaan.
1. Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada:
(a) faktor dalaman (GSTPPPK);
(b) faktor luaran (USEPET).
1. Fungsian
merujuk kepada pengelompokan tugas
berdasarkan fungsi asas organisasi
seperti :
pentadbiran,
pengurusan sumber manusia,
kewangan,
teknologi maklumat
komunikasi
penyelidikan dan pembangunan (R & D),
pembelian,
pengeluaran,
pemasaran,
pengagihan,
perkhidmatan pelanggan,
jualan.
Kewangan
Pengurusan kewangan merujuk kepada:
o aktiviti merancang,
o menyusun, mengarah, dan
o mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan
o dalam sesebuah organisasi perniagaan.
Bahagian fungsian kewangan bertujuan:
o Memastikan bahawa sumber kewangan:
diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti yang boleh menjana keuntungan dan
sentiasa berada dalam keadaan yang mencukupi
agar operasi perniagaan berjalan lancar dan tidak tergendala.
Pembelian
Bahagian tungsian pembelian memastikan pembelian
bahan mentah, komponen dan stok barang niaga secara bijak dan sistematik agar memberi kesan
positif terhadap keuntungan perniagaan.
Tatacara pembelian:
Pengeluaran
Bahagian fungsian pengeluaran:
o bertanggungjawab menghasilkan produk
o mengikut mutu dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
merupakan proses menghasilkan barang
melalui proses transformasi penukaran input kepada output
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Pengurus pengeluaran bertanggungjawab:
untuk melaksanakan:
(a) kawalan terhadap input (kawalan awalan),
(b) proses transformasi (kawalan semasa) ,
(c) output (kawalan selepas) .
Pemasaran
suatu aktiviti :
o mencipta nilai produk,
o penentuan harga,
o promosi, dan
o pengedaran produk
bagi menggalakkan berlaku pertukaran
o yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan
o mencapai objektif organisasi.
Pengagihan
Bahagian fungsian pengagihan bertanggungjawab untuk:
o memastikan setiap barang yang dikeluarkan diterima oleh pengguna pada tempat dan masa yang
betul.
o mengenal pasti dan menentukan saluran agihan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan memastikan
pengangkutan yang digunakan sesuai dengan barang agar tidak berlaku kerosakan, pembaziran
masa, dan kos.
Empat jenis saluran agihan utama yang biasa digunakan dalam mengagihkan produk
kepada pengguna, iaitu:
Pengeluar Pengguna
Pengeluar Peruncit Pengguna
Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
Jualan
Bahagian fungsian jualan bertujuan:
o Memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan dengan objektif perniagaan tercapai .
Peranan bahagian fungsian jualan:
o menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan
seperti jenis, spesifikasi, dan kualiti;
o menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang kadar diskaun dan
terma jual beli;
o memberikan nasihat teknikal kepada pengguna dan menyemak serta mengemas kini rekod pengguna.
Khidmat Pelanggan
Bahagian fungsian khidmat pelanggan pula bertujuan:
o memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
Bahagian fungsian ini bertanggungjawab untuk:
o menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan
o dengan cara menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi berkenaan.
Perkaitan antara Bahagian Fungsian dengan Organisasi Luar, Aliran Maklumat, dan Aliran
Barang
Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan kecil dan perniagaan besar,
iaitu:
o perniagaan kecil :
mempunyai bahagian fungsian yang sedikit dan
berinteraksi secara formal dan tidak formal.
Pengurus:
mudah menjalankan tugas memantau segala aktiviti staf
berkaitan dengan penjualan, pembelian, pengedaran barang, dan penerimaan bayaran daripada
pelanggan.
o perniagaan besar:
mempunyai banyak bahagian fungsian dengan ramai staf,
justeru komunikasi antara bahagian-bahagian
ini adalah lebih formal dan mengambil masa yang lebih panjang.