You are on page 1of 8

SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1) MUAR


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KPM
JBB5033

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN
INSRASTRUKTUR TANDAS GURU LELAKI
DAN PEREMPUAN
SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN
INFRASTUKTUR TANDAS GURU LELAKI DAN PEREMPUAN

1. PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1 merupakan Sekolah Kluster


Kecemerlangan Fasa 8 KPM. Tandas yang diselenggara dan digunakan dengan
baik akan mencerminkan imej sekolah kepada pihak luar kerana sekolah ini sering
menganjurkan program-program sekolah kluster kecemerlangan. Tandas
merupakan kemudahan yang penting kepada kita. Kemudahan tandas yang lengkap
yang mencukupi dapat menjamin keselesaan dan secara tidak langsung
meningkatkan kualiti hidup seseorang. Selain itu juga, kemudahan yang lengkap
dan dijaga dengan baik serta bersih akan meningkatkan semangat kita untuk
menjalani hidup dengan baik dan menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit.

2. RASIONAL

Keadaan tandas guru lelaki dan perempuan sedia ada agak daif dan tidak kondusif
serta telah lama tidak diselenggara.

3. MATLAMAT

3.1. Menaik taraf tandas guru yang telah lama tidak diselenggara agar tandas
yang sedia ada kelihatan bersih dan ceria,.
3.2. Membaiki kerosakan di dalam tandas supaya dapat digunakan dengan baik.
3.3. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselesaan guru.

4. OBJEKTIF

4.1. Menjaga imej sekolah kerana tandas yang selesa dan bersih mencerminkan
keperibadian diri.
4.2. Memastikan tandas dapat digunakan dengan selesa dan ceria.
4.3. Bagi mengelakkan berlakunya penyebaran kuman dan bakteria yang boleh
mendatangkan penyakit.
4.4. Menyediakan persekitaran tandas yang kondusif bagi seluruh warga sekolah.

5. SASARAN

5.1 Tandas guru lelaki tingkat 1


5.2 Tandas guru perempuan tingkat 1, 2 dan 3.

6. PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS


1. Penyelenggaraan tandas RM 1000.00
2. Baik pulih kerosakan tandas RM 4000.00
3. Naik taraf kemudahan tandas RM 5000.00
JUMLAH RM 10 000.00
SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

7. GAMBAR KEROSAKAN

Rujuk lampiran.

8. PENUTUP

Tandas Ceria Hidup Berkualiti. Pihak sekolah berharap agar permohonan menaik
taraf dan penyelenggaraan tandas ini dapat dipertimbangkan dan mendapat
tindakan yang sepatutnya kerana keadaan tandas yang tidak kondusif memberi
impak besar dalam aktiviti seharian guru.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

............................................... ...................................................
(RUZILA BINTI JAMIRAN) (MOHD. HILMI BIN A.RAHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Sultan Abu Bakar (1) Muar SK Sultan Abu Bakar (1) Muar
SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

LAMPIRAN

TANDAS GURU TINGKAT 3

SYILING ROSAK DAN JATUH KE LANTAI

PAM TANDAS ROSAK


SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

TANDAS GURU TINGKAT 3

BATANG PAIP BAWAH SINKI ROSAK

LUBANG SALUR AIR BOCOR DAN MENITIS DI TANDAS TINGKAT 2


SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

TANDAS GURU TINGKAT 2

BATANG PAIP BAWAH SINKI ROSAK

KUNCI PINTU ROSAK


SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

TANDAS GURU TINGKAT 2

TEKANAN AIR PAM TANDAS PERLAHAN

TANDAS GURU TINGKAT 1

PAM TANDAS ROSAK


SK Sultan Abu Bakar 1 Muar 2019

TANDAS GURU LELAKI

TEMPAT DUDUK TANDAS TELAH ROSAK

You might also like