You are on page 1of 3

LAPORAN​ ​STRATEGI​ ​PERTANDINGAN​ ​KUIZ​ ​PELABURAN​ ​PNB​ ​1​ ​MALAYSIA

KATEGORI​ ​INSTITUT​ ​PENDIDIKAN​ ​GURU

Tarikh : 28​ ​–​ ​29​ ​September​ ​2016


Masa : 9.00​ ​Pagi​ ​–​ ​4.30​ ​petang
Tempat : Dewan​ ​Dato’​ ​Razali​ ​Ismail,
Institut​ ​Pendidikan​ ​Guru​ ​Kampus​ ​Ilmu​ ​Khas,​ ​Kuala​ ​Lumpur

HASIL​ ​PERBINCANGAN​ ​STRATEGI​ ​BAGI​ ​TAHUN​ ​2017

Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia merupakan pertandingan yang diadakan pada


setiap tahun sejak tahun 2009. Walau bagaimanapun, setelah 8 tahun kumpulan PNB
mengelolakan pertandingan ini, banyak format yang telah mengalami perubahan bagi
meningkatkan kompetensi dan saingan antara kampus-kampus di IPG. Untuk tahun 2016,
format pertandingan masih dikekalkan kepada format yang sebelum ini cuma berlaku sedikit
perubahan pada slot aktiviti sudoku. Jika tahun lepas, sudoku hanya diberikan sebanyak 3
set sahaja namun pada tahun ini format telah berubah menjadi 12 set sudoku yang perlu
diselesaikan dalam masa 30 minit. Hasil daripada perbincangan bersama peserta yang
mara ke peringkat akhir, mereka menyatakan bahawa persediaan awal perlu dilakukan oleh
peserta sebelum memulakan pertandingan. Peserta perlu mentelaah dan mengulangkaji
bahan-bahan berkaitan pelaburan khususnya bagi syarikat PNB. Walau bagaimanapun,
peserta​ ​perlu​ ​bersedia​ ​dengan​ ​sebarang​ ​perubahan​ ​format​ ​pada​ ​tahun​ ​hadapan.

Bagi mendapatkan skor yang tinggi dalam pertandingan ini, peserta perlu bersedia lebih
awal​ ​dan​ ​membuat​ ​bacaan​ ​terhadap​ ​perkara-perkara​ ​seperti​ ​yang​ ​berikut​ ​:

(i) Kuiz ​: kuiz meliputi soalan-soalan berisiko rendah, tinggi dan sederhana yang
memfokuskan kepada pelaburan PNB, produk-produk PNB, syarikat di bawah
PNB, produk syarikat di bawah PNB, pendidikan kewangan, ekonomi asas,
perdagangan dan perakuanan. Peserta perlu menguasai kesemua subtajuk
berikut untuk mendapatkan skor yang tinggi dalam kuiz. Oleh hal yang demikian,
peserta perlu membuat bacaan awal dan mendapatkan maklumat tersebut
daripada laman sesawang PNB dan yang berkaitan dengan pelaburan. Konsep
pelaburan itu sendiri perlu dikuasai dengan baik oleh peserta. Markah
keseluruhan adalah sebanyak 475. Peserta perlu mendapatkan skor pada
bahagian kuiz ini kerana penentuan kedudukan adalah bergantung kepada
markah​ ​skor​ ​kuiz​ ​yang​ ​diperoleh.

(ii) Crossword : peserta perlu menguasai istilah-istilah pelaburan dan kewangan


dalam bahasa Inggeris. Banyakkan membaca dan memahami istilah dan konsep
pelaburan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, ​capital, equity, financial,
asset, securities, ​profit dan sebagainya. Crossword ini agak sukar untuk
mendapatkan markah yang tinggi memandangkan istilah-istilah dalam bahasa
Inggeris ini agak sukar untuk dikuasai namun sekiranya peserta melakukan
persediaan awal, maka tidak mustahil bahagian ini akan mendapat skor yang
tinggi. Hal ini akan menguji tahap penguasaan peserta terhadap istilah-istilah
pelaburan​ ​dalam​ ​ ​bahasa​ ​Inggeris.

(iii) Suai logo / produk : Bahagian ini peserta perlu mendapatkan markah penuh.
Hal ini demikian kerana, bahagian ini mudah untuk mendapatkan skor. Peserta
perlu menguasai dan memahami produk-produk yang dikeluarkan oleh
syarikat-syarikat di bawah PNB seperti Maybank, Sime Darby, CCM, I&P Group,
MIDF, Perodua, UMW Holdings, MRCB Holdings, Carrier, Setia Group, Amanah
Mutual​ ​Berhad,​ ​Amanah​ ​Saham​ ​Nasional​ ​Berhad,​ ​PROLINTAS​ ​dan​ ​sebagainya.

(iv) Anagram : ​Bahagian ini peserta perlu menyusun huruf-huruf yang diterbalikkan.
Istilah yang terlibat adalah istilah-istilah dalam pelaburan dan kewangan seperti
faedah, ekuiti, prospektus, amanah, hartanah, positif, kewangan, pelaburan,
pendapatan, pengagihan, aset dan sebagainya. Peserta perlu melakukan
persediaan dengan menyenaraikan istilah-istilah yang berkemungkinan akan
dikemukakan. Senaraikan seberapa banyak istilah yang ada. Istilah-istilah ini
boleh diperoleh daripada laman sesawang PNB dan ASNB. Pastikan peserta
mendapat skor markah penuh dalam bahagian ini kerana bahagian ini mudah
untuk​ ​mendapatkan​ ​skor.

(v) Ujian IQ : Bahagian ini menguji tahap minda peserta. Ujian IQ yang bertemakan
bentuk-bentuk seperti bentuk bulat digabungkan bersama bentuk segi tiga dan
segi empat. Peserta perlu menjangkakan kemungkinan bentuk akhir yang akan
dihasilkan berdasarkan bentuk-bentuk yang telah digabungkan tadi.
Sememangnya menguji minda peserta dan peserta perlu meneliti dengan baik
bentuk-bentuk gabungan tersebut dan bagaimana pergerakan bentuk-bentuk
tersebut. Peserta perlu memikirkan bentuk akhir yang akan dihasilkan. Dalam
bahagian ini, peserta perlu pantas menjawab. Sekiranya tidak, peserta tidak
dapat​ ​menyelesaikan​ ​bahagian​ ​ini​ ​dengan​ ​baik.

(vi) Puzzle : Bahagian ini adalah bahagian yang mudah untuk mendapatkan skor
markah penuh kerana puzzle terdiri daripada produk-produk ASNB seperti
logo-logo ASB, ASB2, ASG, ASW2020, ASN, AS1M, Kelab Pelaburan Bijak,
Minggu Amanah Saham, Seminar 360 Pelaburan dan Yayasan Haji Ismail,
Peserta perlu meneliti dengan baik susunan logo tersebut terutamanya bagi logo
ASB. Biasanya berlaku kesilapan dalam penyusunan huruf jawi. Maka peserta
perlu mengingat bentuk logo produk-produk ASNB tersebut. Logo yang biasanya
akan​ ​diuji​ ​ialah​ ​logo​ ​ASB.

(vii) Sudoku : Bahagian ini memerlukan peserta mahir bermain sudoku. Sekiranya
peserta tidak mahir, maka banyak skor markah akan hilang. Pastikan peserta
mahir dalam sudoku. Pada tahun ini, format sudoku telah berubah iaitu sebanyak
12 set sudoku yang diuji kepada peserta. Hal ini menjadi bonus kepada peserta
yang mahir. Peserta perlu pantas menjawab. Sebelum memulakan pertandingan,
peserta perlu banyak membuat latihan sudoku dan wajib menguasai kemahiran
bermain​ ​sudoku​ ​untuk​ ​mendapatkan​ ​skor​ ​yang​ ​tinggi.
(viii) Word Search : Bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah untuk
mendapatkan skor markah penuh. Peserta perlu mencari istilah-istilah dalam
pelaburan seperti surat ikatan, pengagihan pendapatan, faedah, ekuiti,
pelaburan,​ ​kewangan,​ ​aset,​ ​liabiliti​ ​dan​ ​sebagainya.

You might also like