You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KALI PERTAMAN TAHUN 2019


SMK DATO’ SERI MAHARAJA LELA

Tarikh : 17 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : Semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua guru-guru yang hadir bagi
mesyuarat panitia PJK kali pertama bagi tahun 2019.
1.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar memakai pakaian yang mengikut etika
pemakaian PJK. Guru juga diminta untuk memantau pemakaian PJK murid-murid agar
murid-murid sentiasa memakai pakaian mengikut etika pemakaian PJK yang betul.

Tindakan : Makluman

2. Penulisan Rancangan Mengajar

2.1 Penulisan rangkaian mengajar untuk mata pelajaran PJK perlu ditulis mengikut format yang
betul berdasarkan contoh format yang diberikan.
Tindakan : Semua guru PJK

3. Stor Sukan dan Alatan

3.1 Semua guru yang menggunakan peralatan sukan dikehendaki merekod segala maklumat
pengeluaran alatan di dalam buku pengeluaran alatan yang telah disediakan bagi
mengelakkan kehilangan peralatan sukan berlaku.
3.2 Guru-guru perlu ada bersama murid dalam proses pengeluaran alatan dan pemulangan alatan.
3.3 Murid dilarang sama sekali berada di dalam stor sukan tanpa guru.
3.4 Stor sukan hendaklah selalu kelihatan kemas dan peralatan sukan hendaklah disusun atur
dengan baik.
3.5 En Firdaus memaklumkan kepada semua guru PJK bilik peralatan sukan ada dua.
Tindakan : Semua guru PJK

4. Perlaksanaan SEGAK

4.1 Segak akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu penggal pertama bulan Mac dan penggal
kedua bulan Ogos.
4.2 Guru-guru dikehendaki membaca manual perlaksanaan SEGAK supaya aktiviti SEGAK
dapat dilakukan dengan lancar.
4.3 Guru-guru boleh merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008.
Tindakan : Semua guru PJK

5. Pemakaian Baju Pakaian SUkan semasa PdPc

5.1 Semua guru PJK dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tatacara pemakaian boleh
dirujuk berdasarkan Pekeliling Ikhtisas bil.6/1985.
5.2 Pemakaian baju sukan telah dibenarkan untuk dipakai sepanang hari berdasarkan surat
kebenaran khas yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada
26 Julai 2010 yang berkuatkuasa serta merta.
Tindakan : Semua guru PJK
6. Pembelian Peralatan

6.1 Pembelian peralatan sukan hendaklah dibuat melalui Ketua Panitia dan pembelian adalah
berdasarkan keperluan dan peruntukan yang sedia ada.

Tindakan : Makluman

7. Hal lain-lain

7.1 En Nik Ahmad Syihabuddin memaklumkan kepada semua guru PJK untuk mencatat
kehadiran murid mengikut jumlah sebenar murid di dalam kelas.
7.2 En Firdaus mencadangkan agar guru-guru PJK memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti
acara sukan yang akan berlansung pada awal tahun ini pada waktu PJK di samping mengikut
RPT yang sedia ada.
Tindakan : Makluman

8. Penutup

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada tarikh yang ditetapkan dan berhenti pada jam 3.30petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ……………………………..
( ) (EN NIK AHMAD SYIHABUDDIN
Setiausaha Panitia PJK BIN NIK AZMAN)
Panitia Pendidikan Jasmani

You might also like