You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa pelbagai masalah sosial telah berlaku dalam
kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih penting ialah masalah sosial yang berlaku pada dahulu
hanya berlaku bermula pada peringkat sekolah menengah namun pada hari ini ianya turut terjadi
di sekolah rendah. Untuk memenuhi tugasan PBKK 3013 Teori Kaunseling, masalah membunuh
diri yang berlaku di sekolah rendah akan dikaji dalam kajian ini. Kes membunuh diri yang dikaji
ialah kes yang berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak iaitu SJKC Chong Hwa
Kanthan yang berlaku pada bulan Jun tahun 2015. Terdapat beberapa sebab mengapa masalah
membunuh diri dikaji dalam kajian ini. Antara sebabnya ialah, masalah membunuh diri dalam
kalangan murid ialah suatu masalah yang sangat serius kerana ianya mampu membawa kepada
kematian kepada murid jika dibandingkan dengan masalah sosial yang lain seperti mencuri,
merokok dan sebagainya. Masalah membunuh diri dalam kalangan murid selalunya berpunca
daripada masalah-masalah yang kecil yang berlaku di sekolah. Oleh itu, sebagai kaunselor
sekolah haruslah peka kepada perubahan dalam diri murid untuk mengelakkan perkara sebegini
daripada berlaku.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kepada berlakunya masalah membunuh diri
dalam kalangan murid sekolah rendah. Antara puncanya ialah latar belakang keluarga. Kadang-
kadang apabila kita mendengar suatu siri kes membunuh diri, murid-murid yang terlibat dalam
kes membunuh diri biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa. Apabila mereka sentiasa
menerima tekanan daripada ibu bapa yang sentiasa bergaduh dan tidak pernah mengambil berat
terhadap mereka maka mereka akan cuba untuk membunuh diri sebagai cara untuk melepaskan
tekanan. Selain itu, terdapat juga murid yang cuba untuk membunuh diri akibat daripada tekanan
dalam pelajaran. Semua murid mengharapkan diri mereka memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Namun, sekiranya mereka mendapat keputusan yang teruk maka
mereka akan rasa diri mereka tidak setanding dengan pelajar lain dan takut dimarahi oleh ibu
bapa di rumah. Oleh itu, mereka memilih jalan terakhir iaitu dengan membunuh diri daripada
menanggung beban tersebut.

1
2.0 LATAR BELAKANG KLIEN DALAM KES YANG DIKAJI

Klien yang dikaji dalam kajian ini ialah merupakan seorang murid perempuan yang belajar
di SJKC Chong Hwa Kanthan yang terletak di Ipoh, Perak. Murid perempuan tersebut merupakan
seorang murid sekolah rendah yang berusia 12 tahun. Menurut ibu bapa murid tersebut, klien
merupakan seorang anak yang pendiam dan jarang bercakap ketika di rumah. Semasa di sekolah,
klien juga jarang bergaul dengan rakan-rakan kelas yang lain. Klien lebih suka menyendiri
daripada rakan-rakan yang lain dan jarang menceritakan hal-hal yang berlaku dalam diri dia
kepada guru-guru di sekolah mahupun rakan-rakan yang lain. Selain itu, dari segi prestasi
pelajaran pula, klien merupakan pelajar yang sederhana dalam pelajaran.

3.0 MASALAH YANG DIKENAL PASTI

Masalah yang dikaji dalam kajian ini merupakan kes membunuh diri pelajar sekolah
rendah SJKC Chong Hwa Kanthan Ipoh, Perak iaitu murid perempuan sekolah rendah yang
berusia 12 tahun. Kejadian tersebut berlaku pada pagi 19 Jun 2015. Murid tersebut seperti biasa
pergi ke sekolah pada awal pagi tersebut dengan menaiki basikal. Setelah sampai di sekolah,
murid tersebut terus menuju ke tingkat tiga bangunan sekolah seperti mana yang dilaporkan oleh
pengawal keselamatan sekolah tersebut iaitu encik Ahmad Suhaimi. Menurut laporan pihak polis,
murid perempuan tersebut dipercayai meletakkan sebuah kerusi dengan menyandarkan kerusi
tersebut ke dinding dan terjun ke bawah bangunan melalui kerusi tersebut.

Semasa ditemu ramah oleh pihak media, Ibu bapa murid menyatakan bahawa murid
perempuan tersebut mengalami tekanan dalam pelajarannya dan sering kali dimarahi oleh guru
ketika di sekolah kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru di sekolah. Murid
perempuan tersebut membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah dan hanya
mengalami patah kanan tangan dan cedera pada tulang belakang. Setelah kejadian tersebut
disedari oleh guru di sekolah, guru sekolah segera menelefon pihak ambulans untuk menghantar
murid tersebut ke hospital. Murid tersebut telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

2
Gambar 1: Tempat kejadian murid sekolah membunuh diri

4.0 TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH

4.1 TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)

Berdasarkan masalah yang dikaji iaitu kes murid sekolah rendah yang membunuh diri di
kawasan sekolah yang melibatkan pemikiran seseorang manusia yang tidak rasional. Maka, teori
kaunseling yang paling sesuai yang perlu dipilih adalah teori rasional emotif tingkah laku (REBT).
Teori REBT merupakan teori yang dipelopor oleh Albert Ellis. Albert Ellis pada awalnya
merupakan seorang pengamal teori Psikoanalisis namun beliau mula memperkenalkan teori
REBT pada tahun 1955 selepas tidak berpuas hati dengan keberkesanan dan tempoh yang
terlalu panjang untuk pendekatan teori Psikoanalisis. (Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir, 2013).
Teori REBT menerangkan bahawa segala tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh
pemikiran manusia yang tidak rasional dan menolak anggapan bahawa sesuatu kejadian yang
berlaku pada masa lampau yang menyebabkan kepada gangguan atau masalah yang dihadapi
klien. Tetapi, pemikiran seseorang individu yang negatif yang menjadi punca kepada rasa murung,
benci dan sebagainya.

3
Menurut Khoo Bee Lee dalam bukunya “Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak”, teori
REBT menekankan bahawa manusia adalah unik dan mempunyai potensi untuk berfikir secara
rasional untuk mencapai kesempurnaan diri sendiri. Namun, apabila sistem kepercayaan
seseorang individu diganggu maka ianya akan menyebabkan gangguan secara berterusan
terhadap individu itu sendiri. Ellis mempercayai bahawa pemikiran manusia yang tidak logik dan
silap akan menyebabkan gangguan emosi kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, Ellis dalam
teorinya telah menyenaraikan 11 kepercayaan tidak rasional manusia yang telah menyebabkan
manusia sering kali mengalami gangguan emosi dan seterusnya akan mendorong manusia untuk
melakukan perkara yang boleh membinasakan diri.

11 kepercayaan tidak rasional yang diperkenalkan oleh Ellis merupakan konsep asas
dalam teori REBT. Ellis menyatakan bahawa emosi manusia terbahagi kepada 2 iaitu emosi
rasional dan emosi tidak rasional. Emosi rasional ialah seperti gembira, teruja, kecewa dan
sebagainya. Manakala emosi tidak rasional adalah seperti marah, putus asa, rasa tidak berguna
dan sebagainya. Sekiranya seseorang individu mempunyai emosi sebegitu, maka ianya akan
menyebabkan manusia mudah berasa kecewa terhadap dirinya sendiri. Dari saat itulah manusia
akan mula memikirkan perkara yang tidak rasional seperti ingin membunuh diri, membunuh orang
lain untuk melepaskan geram dan sebagainya. Rasionalnya, pemikiran yang negatif akan
menyebabkan manusia tidak mampu untuk bertingkah laku secara baik dan produktif. (Khoo Bee
Lee, 2014)

Selain itu, Albert Ellis telah memperkenalkan konsep ABCDE dalam teorinya untuk
menjelaskan bagaimana pemikiran seseorang manusia akan mempengaruhi tingkah laku dirinya
sendiri.

Gambar 2: Model ABCDE oleh Albert Ellis dalam teori REBT

4
Setiap teori mempunyai matlamatnya tersendiri, begitu juga dengan teori REBT. Antara
matlamat teori REBT ialah meminimumkan rasa menyalahkan diri sendiri dan membantu klien
mengenal pasti pemikiran tidak rasional yang mengundang kepada gangguan emosi. Selain itu,
teori ini juga bermatlamat untuk menggalakkan seseorang individu supaya lebih bertoleransi
dengan diri sendiri dan orang lain untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Seperti kes
membunuh diri yang dikaji, murid sekolah rendah berani untuk membunuh diri adalah disebabkan
oleh pemikiran tidak rasional yang menguasai pemikirannya. Oleh itu, guru bimbingan dan
kaunseling haruslah melaksanakan sesi kaunseling dalam keadaan yang kondusif supaya klien
boleh merasionalkan dirinya melalui teknik-teknik yang sedia ada dalam teori ini.

5.0 TEKNIK-TEKNIK DALAM TEORI REBT YANG DIGUNAKAN UNTUK


MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KES YANG DIKAJI

Teori REBT yang dipelopor oleh Albert Ellis mempunyai pelbagai teknik yang boleh
diaplikasikan kepada klien dalam kes iaitu murid perempuan sekolah rendah yang terlibat dalam
kes membunuh diri ketika menerima sesi kaunseling individu. Disebabkan tingkah laku klien untuk
membunuh diri merupakan tingkah laku negatif yang dihasilkan oleh pemikiran yang tidak rasional,
maka, dengan harapan dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam teori REBT
boleh membantu mengubah pemikiran klien terhadap masalah yang dialaminya iaitu masalah
tekanan dalam pelajaran. Sekiranya pemikiran dan tingkah laku klien dipandang remeh tanpa
mengambil sebarang tindakan, maka, kejadian membunuh diri tersebut semestinya akan berlaku
lagi dan kemungkinan murid-murid yang lain juga akan mengambil langkah yang sama untuk
menghilangkan tekanan yang mereka alami ketika di sekolah.

Antara teknik teori REBT yang boleh diaplikasikan kepada klien ialah teknik mencabar
pemikiran. Menurut Khoo Bee Lee (2014), teknik mencabar pemikiran merupakan salah satu
teknik yang biasa digunakan bagi menghapuskan pemikiran tidak rasional dalam diri klien supaya
klien boleh merasionalkan diri sendiri dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang positif. Teknik
mencabar pemikiran merupakan teknik mencabar pemikiran dan kepercayaan kognitif sama ada
secara kognitif, tingkah laku atau imaginasi. Untuk melaksanakan teknik tersebut, kaunselor akan
menanyakan soalan kepada klien dalam kes ini untuk mencabar pemikiran klien yang tidak
rasional yang menyebabkan klien membunuh diri. Kaunselor akan menggunakan soalan seperti
“kenapa mesti begitu?”, “adakah wajar bertindak demikian?” dan sebagainya supaya klien boleh

5
menanyakan soalan kepada dirinya sendiri dan secara tidak langsung boleh merasionalkan
pemikiran tidak rasional yang diamalkan sebelum ini.

Selain daripada teknik mencabar pemikiran, teknik imaginary disputation juga boleh
diaplikasikan ke atas diri klien dalam kes ini. Teknik tersebut merupakan suatu teknik yang
mempunyai variasi terapi yang boleh diaplikasikan kepada klien seperti imageri-rasional,
Emotional Control Card (ECC) dan shame-attacking. Imageri-rasional merupakan suatu bentuk
latihan mental untuk membentuk pemikiran klien yang baru. Kaunselor akan memberi peluang
kepada klien dalam kes ini untuk berimaginasi tentang tindakan klien membunuh diri dan
seterusnya menyuruh klien untuk merasa keadaan setelah membunuh diri supaya klien takut
untuk berbuat demikian. (Khoo Bee Lee, 2014)

Selain itu, terapi ECC adalah bertujuan untuk membantu klien mengawal segala pemikiran
tidak rasional yang menyebabkan klien bertindak untuk membunuh diri. Klien akan disuruh untuk
memilih kad emosi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi iaitu tekanan dalam pelajaran
dan klien boleh mengetahui cara-cara untuk mengawal emosinya melalui pembacaan maklumat-
maklumat dalam kad tersebut. Di samping itu, terapi shame-attacking juga boleh membantu klien
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar, klien
merupakan seorang murid yang pendiam dan jarang bergaul dengan rakan. Sekiranya masalah
ini berlarutan, ianya akan menyebabkan klien mengalami kemurungan dan seterusnya cuba
untuk membunuh diri. Oleh itu melalui terapi ini, klien akan dibantu untuk tidak berasa malu ketika
bergaul dengan rakan lebih-lebih lagi apabila kes klien membunuh diri ini diketahui oleh banyak
pihak.

Gambar 3: Contoh Emotional Control Card (ECC)

6
Selain itu, kaedah Behavioral disputation juga juga boleh dijalankan keatas klien.
Behavioral disputation merupakan suatu teknik mengajar klien untuk bertingkah laku secara
bertentangan terhadap tingkah laku yang biasa diamalkan olehnya. Klien merupakan seorang
murid yang pendiam dan tidak mudah bergaul dengan orang lain termasuk ibu bapa di rumah.
Oleh itu segala perasaan dan masalah akan dipendam dalam dirinya sendiri dan lama-kelamaan
situasi tersebut akan menyebabkan klien mengalami penyakit kemurungan dan asyik
menyalahkan diri sendiri. Akhirnya klien akan menggunakan cara membunuh diri supaya
masalahnya akan selesai kerana tidak mampu menahan beban menanggung segala masalah
yang dihadapinya. Oleh itu, melalui teknik ini, klien akan diajar untuk bersosial secara sihat
dengan rakan-rakan yang lain dengan cara bermain, berbual dan sebagai kerana ini secara tidak
langsung mampu membantu klien untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan yang lain.

Bukan sekadar itu sahaja, teknik pita rakaman juga sangat sesuai untuk diaplikasikan
kepada klien dalam kes ini. Kita mengetahui bahawa klien merupakan murid 12 tahun yang
membunuh diri sebab mengalami tekanan dalam pelajaran. Oleh itu, semasa dalam sesi
kaunseling individu, kaunselor akan meletakkan satu pita rakaman untuk merakam segala
perbualan dalam sesi dan kaunselor akan memainkan semula pita tersebut kepada klien.
Rasionalnya ialah supaya klien boleh mengesan tindak balas tidak rasionalnya ketika dalam sesi.
Setelah klien mengetahui bahawa pemikirannya yang tidak rasional yang mendorongnya untuk
membunuh diri, maka klien akan mengubah persepsi dan pemikiran pada masa akan datang
sekiranya mengalami masalah yang sama supaya tindakan membunuh diri boleh dielakkan.

Teknik terakhir yang boleh dilaksanakan kepada klien dalam kes ini ialah teknik
biblioterapi. Klien akan diminta oleh kaunselor untuk membaca buku bantu diri (self help) ketika
di rumah sebagai kerja rumah untuk klien. Buku bantu diri ini akan memberi klien lebih banyak
ilmu atau maklumat tentang perkara yang ingin diketahui iaitu berkaitan dengan cara-cara
menghadapi tekanan dalam pelajaran supaya klien boleh merasionalkan dirinya sendiri daripada
melakukan tindakan yang boleh menghancurkan masa depannya.

Gambar 4: Contoh buku bantu diri untuk klien

7
6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kes membunuh diri di sekolah sememangnya perlu diberi perhatian dari
semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, kes membunuh diri dalam kalangan murid sekolah
adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang serius yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru
di sekolah dan kaunselor. Guru bimbingan dan kaunseling di sekolah haruslah bersikap proaktif
untuk membuat aktiviti dalam peringkat sekolah seperti program pencegahan dan memberi
khidmat kaunseling kepada murid-murid yang terlibat dalam masalah sosial dan murid yang
mengalami tekanan terutamanya dalam pelajaran untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini
berlaku. Bak kata orang tua, “mencegah lebih baik daripada merawat” adalah benar sekali
sebelum masalah yang timbul menjadi lebih serius. Sekiranya selepas sesi kaunseling, klien
dalam kes yang dikaji boleh mengubah pemikirannya terhadap masalah-masalah yang dihadapi,
maka klien boleh bertingkah laku dengan lebih positif pada masa akan datang. Oleh itu, setiap
warga sekolah haruslah berkolaborasi dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan murid-murid di
sekolah supaya murid-murid yang dilahirkan mampu menyumbang tenaga kepada negara untuk
mencapai wawasan 2020 kelak.

(1984 Patah Perkataan)

8
RUJUKAN

BUKU RUJUKAN
Ee, A. M. (1999). Bimbingan dan Kaunseling 1. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khoo, B. L. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Lee, K. C. et.al. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: UG Press Sdn.
Bhd.

Mok, S. S. (2003). Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan.
Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd.

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

TESIS

Norhayati Ya’acob. (2013). Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar Darjah Empat,
Darjah Lima dan Darjah Enam di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru, Johor
Darul Ta’zim, Malaysia. Johor: Open Univeristy Malaysia.

Zarina Samin. (2012). Hubungan Penghargaan Kendiri dan Kemurungan Dalam Kalangan
Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor. Johor: Kolej Komuniti Bandar Penawar
Johor.

JURNAL

Asmah Suboh et.al, (2011). Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah
dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Jurnal Pendidikan Psikologi dan
Kaunseling, Jilid 1. Mac 2011, 77-93.

SUMBER INTERNET

Oriental Daily News. (2015). Cubaan Murid Tahun 6 Untuk Membunuh Diri, Ibu Bapa Menafikan
Anak Mereka Membunuh Diri. Dimuat turun pada 26 Ogos 2015 daripada
http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373.

9
CUBAAN MURID TAHUN 6 UNTUK MEMBUNUH DIRI, IBU BAPA
MENAFIKAN ANAK MEREKA MEMBUNUH DIRI

Diterjemah dari - http://www.orientaldaily.com.my/society/sh88916200373

IPOH – Seorang murid perempuan tahun 6 SJKC Chong Hwa Kanthan Baru, Chemor
Perak, yang dipercayai menaiki basikal ke sekolah pada awal pagi telah mencuba untuk
membunuh diri melalui terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah pada pukul 6.15 pagi
semalam. Namun, murid tersebut dilaporkan patah tangan kanan dan keadaan
dilaporkan tidak kritikal. Murid tersebut kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ipoh.

Berkenaan dengan kes tersebut, pihak polis telah menemui sebuah kerusi yang
bersandar pada dinding 4 kaki tinggi di tingkat 3 sekolah tersebut dan pihak polis
membuat andaian bahawa murid tersebut cuba untuk membunuh diri. Namun, ibu bapa
kepada murid tersebut menafikan kenyataan pihak polis ketika ditemu ramah di hospital.

Selain daripada mengalami kepatahan pada tangan kiri, tulang belakang murid tersebut
juga mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan rapi di hospital. Ibu bapa murid
tersebut menunggu di luar bilik ICU ketika anak mereka dirawat.

Tambahan lagi, rumah kediaman murid tersebut tidak jauh daripada kawasan sekolah
dan murid tersebut biasanya hanya menaiki basikal ke sekolah. Selepas menyedari
kejadian tersebut, guru sekolah segera memanggil ambulans untuk menghantar murid
tersebut ke hospital untuk dirawat.

Menurut ibu bapa murid, murid tersebut adalah seorang murid yang pendiam dan jarang
bergaul dengan murid lain ketika di sekolah. Selain itu, keputusan murid tersebut juga
pada tahap memuaskan. Terdapat beberapa sumber yang mengatakan punca murid
tersebut membuat cubaan untuk membunuh diri ialah kerana mengalami tekanan dalam
pelajaran dan sering dimarahi oleh guru ketika dalam kelas berkenaan dengan kerja
rumah.
Menurut pengawal sekolah terbabit, iaitu encik Ahmad Suhaimi menyatakan dia
ternampak murid tersebut sampai ke sekolah pada pukul 6.15 pagi dan terus ke tingkat
3 bangunan sekolah. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi hentakan di lantai bawah
sekolah dan menyedari murid tersebut sedang meminta tolong dalam keadaan cedera.

10

You might also like