You are on page 1of 10

Kodak Gagal & Bankrap Selepas 131

Tahun Operasi
March 05, 2012 — Penulis: Mazlan Mohamad

Kategori: Konvensional

FacebookTwitter
Kebanyakan penganalisa ekonomi meramalkan, pada tahun 2012 banyak syarikat-syarikat besar akan
merasai kesan kegawatan ekonomi dunia akan menjadi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya.

Ia dimulakan dengan berita pengumuman penutupan bahagian kamera jenama Kodak sehingga terpaksa
memfailkan perlindungan bankrup.

Pengumuman ini mengejutkan pemain-pemain industri korporat dunia terutama di Amerika Syarikat. Ini
kerana syarikat Eastman Kodak Co. (Kodak) mempunyai reputasi sebagai salah satu syarikat global yang
paling berinovasi.

Semenjak diasaskan 131 tahun yang lalu oleh George Eatsman, Kodak merupakan perintis dan pencetus
kepada idea dan inovasi baru dalam industri fotografi.
5 Inovasi Kodak Sebelum Bungkus Tikar
Mula memperkenalkan kameranya pada tahun 1888 dengan slogan ‘You press the button, we do the
rest’, Kodak berterusan menghasilkan pelbagai inovasi baru yang menjadi standard baru dalam industrinya
antaranya seperti berikut:

1. Menghasilkan gulungan filem penggambaran yang mampu merakam filem dengan suara (1929).
2. Memperkenalkan filem Kodachrome yang mampu merakam gambar berwarna (1935).
3. Memperkenalkan kamera ‘instamatic’ iaitu kamera pertama yang mudah digunakan oleh orang
biasa malah oleh kanak-kanak dengan kaedah ‘point and shoot’ (1963).
4. Menghasilkan kamera digital (1975).
5. Melancarkan laman web yang membolehkan pengguna memuat naik gambar dan berkongsinya
dengan pengguna lain (1997).
Malah ramai yang tidak menyedari kamera dan filem Kodak digunakan untuk mengambil gambar pertama di
bulan pada tahun 1969.

Namun, apa yang menyebabkan syarikat gergasi Kodak, yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan
kamera Amerika Syarikat, ditinggalkan jauh oleh pesaingnya dalam industri kamera digital?

Terdapat dua faktor yang dikenalpasti oleh penganalisa industri menyumbang ke arah kegagalan Kodak yang
boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri:

Tidak Berani Berubah


Penganalisa industri bersependapat ini adalah faktor utama kegagalan Kodak.
Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak
menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu
menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat.

Malah, jurutera Kodak yang menghasilkan teknologi tersebut pada tahun 1975, Steve Sasson, menggambarkan
reaksi dingin pengurusan tertinggi Kodak terhadap inovasi tersebut seperti berikut :

‘But it was filmless photography, so management’s reaction was this, “that’s cute but don’t tell anyone about
it.”
Sedangkan, ironinya, melalui kajian pasaran yang dijalankan Kodak sendiri pada tahun 1981, mereka
menganggarkan era kamera digital bakal menggantikan era kamera berasaskan filem dalam tempoh sepuluh
tahun lagi.

Pada masa yang sama, pesaingnya seperti Sony dan Canon melihat peluang tersebut dan membuat tepat
dengan membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.

Menurut pakar pemasaran di Amerika Syarikat, Avi Dan, sebab utama pengurusan Kodak mengabaikan
teknologi kamera digital adalah kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan jualan gulungan filemnya, dan
kertas gambar Kodak yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Kodak.

Pengurusan Kodak sedar sekiranya ia beralih kepada kamera digital sebagai produk utama, ini
bermakna bahagian pengeluaran gulungan filem dan kertas gambar Kodak akan ditutup sepenuhnya kelak.

Takut Rugi Besar


Disebabkan pelanggan tidak perlu lagi menggunakan gulungan filem dan mencetak gambar.

Kedua-dua produk Kodak tersebut mempunyai margin keuntungan mencecah 80% pada masa itu, dan mereka
tidak sanggup mengambil risiko ‘mengorbankan’ margin untung yang sangat tinggi ini.

Meskipun menyedari kamera digital mempunyai potensi besar untuk menjadi penjana utama pendapatan
Kodak.

Kesilapan pengurusan Kodak di sini ialah ia melihat perniagaan Kodak sebagai sebuah pengeluar
produk semata-mata. Jika Disney merupakan perniagaan yang menjual keriangan dan kegembiraan, maka
Kodak pula sebenarnya adalah perniagaan penceritaan (story telling)’ .

Di mana sesiapa pun berpeluang merakam setiap detik indah dalam kehidupan mereka untuk dipelihara,
dikongsi dan diceritakan kepada teman-teman dan generasi akan datang. Bukankah sekeping gambar lebih
bermakna daripada seribu perkataan (a picture is worth a thousand words)?

Penting Lagi Fokus Pada Kehendak Pelanggan


Apabila produk menjadi fokus utamanya, maka Kodak hanya mementingkan cara untuk menghasilkan
gulungan filem yang lebih baik dengan teknologi digital.

Sewajarnya, Kodak menggunakan teknologi digital untuk membolehkan pelanggan merakam gambar dengan
lebih mudah serta pada kos yang lebih rendah.
Tambahan, pengurusan Kodak pada masa itu percaya strategi pemasaran mereka yang disokong oleh bajet
yang besar, akan dapat mempengaruhi pelanggan untuk kekal menggunakan gulungan filem bagi mengambil
gambar.

Sedangkan realitinya, sikap dan kehendak pelanggan berubah mengikut perubahan teknologi dan contoh
terbaik adalah perubahan dari penggunaan komputer peribadi atau riba kepada tablet komputer yang sedang
berlaku sekarang.

Walaupun akhirnya Kodak menghasilkan kamera digitalnya secara serius untuk bersaing dengan Nikon, Canon
dan Sony namun ianya telah terlambat.

Ini diakui sendiri oleh Antonio Perez, CEO Kodak pada Ogos 2011 yang mengatakan Kodak telah jauh
ketinggalan di belakang pesaing-pesaingnya dalam era fotografi digital.

Pada yang sama kemunculan telefon bimbit berkamera turut menambah kesan negatif kepada jualan kamera
digital Kodak.

Visi Syarikat yang Gelap Gelita


Dalam usahanya untuk mengekang kejatuhan pendapatannya dan penguasaan pasaran yang makin terhakis,
Kodak membuat pelaburan dalam bidang-bidang perniagaan baru yang kebanyakannya tidak berkaitan
dengan perniagaan terasnya, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat lain.
Antara perniagaan yang dibeli adalah perniagaan bahan kimia, bahan pencuci, peralatan pengujian perubatan
dan perniagaan farmaseutikal.

Hampir kesemua perniagaan-perniagaan ini mengakibatkan kerugian besar pada Kodak, dan terpaksa dilupus
atau dijual termasuk perniagaan farmaseutikalnya.

Kodak ada turut melabur di dalam bidang perniagaan yang berkaitan iaitu pengeluaran kamera digital, mesin
pencetak inkjet dan membeli hakmilik laman web perkongsian foto iaitu ofoto.com, yang dijenamakan
semula sebagai Kodak Gallery.

Secara kasarnya ia kelihatan seperti pelaburan yang bersesuaian. Namun begitu terdapat satu masalah pada
modul perniagaan produk-produk barunya, iaitu masih memfokuskan pada usaha untuk mendapatkan
pelanggan mencetak gambar.

Kebebasan Kepada Pengguna


Seperti contohya, kamera digital Advantix Preview hanya membolehkan pengguna melihat gambar yang
diambil. Tetapi gambar tersebut tidak boleh disimpan secara digital. Sebaliknya ia masih menggunakan
gulungan filem.

Kamera EasyShare Kodak pula djual bersama mesin pencetak gambar (snapshot thermal printers) dan
ofoto.com pula diposisikan sebagai laman web, yang turut membolehkan pengunjung mencetak gambar
mereka secara pesanan melalui talian (online) .
Kodak gagal atau mungkin juga enggan untuk memahami bahawa fotografi secara digital adalah
mengenai kebebasan kepada pengguna, untuk memilih sama ada ingin mencetak atau menyimpan sahaja
gambar secara digital.

Dan realitinya, kebanyakkan pengguna kini memilih untuk tidak mencetak gambar tetapi berkongsi dengan
rakan-rakan di laman web melalui e-mel, Facebook, Flickr dan pelbagai lagi laman media sosial. Era ‘cuci
gambar’ untuk disimpan di dalam album telah lama berlalu.

Bagi penganalisa industri, apa yang berlaku di Kodak merupakan pengajaran amat penting kepada syarikat-
syarikat gergasi yang lain.

Apabila pengurusan Kodak menolak teknologi kamera digital atas alasan bimbang ia membunuh produk
sedia ada, ia sebenarnya membuka ruang kepada pesaing mereka untuk membunuh produk tersebut bagi pihak
Kodak dan meraih keuntungan dari situ.

Sekiranya Kodak menumpukan kepada penjualan kamera digital pada masa itu, keuntungan yang dijana akan
dapat mengimbangi kerugian bahagian gulungan filem dan kertas gambarnya.

Kegagalan Kodak berubah mengikut perubahan semasa dan berasa selesa (complacent) dengan kedudukan
mereka mengakibatkan jenama Kodak yang telah bertahan lebih 131 tahun dalam industri fotografi kini
hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

DETIK KODAK DAN REFORMASI EKONOMI


MALAYSIA
06 Jun 2012

Dr. Nungsari Ahmad Radhi


Pengarah Eksekutif, Strategi Penyelidikan dan Pelaburan Khazanah
Note: Artikel ini pertama kali diterbitkan di Edge Weekly (isu Jan 28-Feb 6, 2012)

George Eastman adalah salah seorang industrialis Amerika pada


bahagian kedua abad ke-19 yang tersohor atas kombinasi
keusahawanan dan pandangan jauh ke hadapan dalam
menggunakan teknologi untuk mencipta produk pengguna yang
melonjakkan ekonomi Amerika hingga terkemuka di persada dunia
untuk tahun-tahun berikutnya.
Kehadiran industrialis yang ramai dalam masyarakat Amerika pada ketika itu menunjukkan
kelebihan masyarakat tersebut dan kualiti institusinya. Salah satu ciri-ciri yang kelihatan dalam
masyarakat tersebut adalah sentiasa mempunyai alasan kukuh untuk berusaha ke arah
kecemerlangan sebagai ahli saintis dan teknologi, dan sentiasa terdapat bekalan pencetus wawasan
yang sentiasa ingin mengambil risiko dan mengumpul dana untuk menampung risiko tersebut. Apa
yang wujud adalah sebuah kombinasi kukuh untuk perkembangan inovasi.

George Eastman merupakan Henry Ford kepada filem dan kamera. Beliau memulakan Eastman
Kodak dan melancarkan kamera pasaran massa pertama pada tahun 1888. Pada masa itu kos
untuk memiliki kamera adalah US$1 dan produknya sangat kecil serta mudah digunakan –“apa
hanya perlu klik, kami akan lakukan selebihnya (all you need to do is click, we’ll do the rest).”
Syarikat milik Eastman beterusan menentukan definisi filem dan fotografi sehinggga menjadi
sinonim dengan jenama Kodak.

Selama bertahun-tahun, detik untuk merakamkan sesuatu peristiwa telah dikenali sebagai “Detik
Kodak” (Kodak Moment) untuk ramai orang. Ketika kemuncaknya padad tahun 1970an, syarikat itu
mengupah seramai 150,000 pekerja di serata dunia dan mendominasi filem dan fotoggrafi. Namun
pada 19 Januari tahun ini, Kodak memfailkan perlindungan daripada penghutangnya sementara
mencari lebih kredit untuk bertahan selama mungkin bagi menampung dan mengukuhkan
kewangannya.Ini adalah perkara yang dilakukan bagi setiap syarikat untuk perlindungan daripada
jatuh muflis. Kita berkemungkinan besar akan menyaksikan pengakhiran Kodak sebagai sebuah
syarikat.

Kodak adalah sebuah syarikat yang dibina berlandaskan pengetahuan dan teknologi. Hingga hari
ini, asset terbesarnya adalah pelbagai paten yang dimilikinya, simbol kehebatan teknikal Kodak.
Walaupun tidak ketara, berdasarkan keadaan pada masa ini, Kodak adalah syarikat pertama yang
mengeluarkan kamera digital. Kodak memiliki teknologi yang mampu menjadi pendahulu dalam
fotografi digital, tetapi menolaknya dan menangguhkan usaha tersebut kerana bimbang perniagaan
filem yang didominasinya akan dimusnahkan.

Sementara itu, kemunculan jenama baru dalam dunia fotografi yang hampir keseluruhannya
daripada Jepun, seperti Canon, Nikon, Fuji dan Olympus menentukan definisi baru dan menarik
pasaran filem digital dan fotografi yang lebih besar. Kodak telah ketinggalan, dengan kelebihan
teknologi tinggi yang tidak lagi relevan kepada pengguna.

Dapat disimpulkan bahawa Kodak telah luput daripada pasaran bukan kerana produknya yang tidak
boleh digunapakai, tetapi sebab kekurangan kemampuan untuk mencipta produk baru. Kodak tahu
cara untuk mengeluarkan kamera digital tetapi menolak untuk berbuat sedemikian kerana Kodak
sebuah syarikat pengeluar filem yang dominan. Kodak menolak untuk mengorbankan sesuatu demi
satu perkara yang lebih besar di masa hadapan.

Canggung rasional dalam perubahan ini adalah kegagalan mengorbankan keuntungan jangka
pendek untuk keuntungan jangka panjang. Kesukaran untuk melakukan perkara ini terbukti boleh
membawa kemusnahan waima syarikat perintis seperti Kodak. Syarikat tersebut sememangnya
cemerlang dalam apa yang dilakukannya dan hingga ke hari ini Kodak masih ulung dalam bidang
pengimejan. Ini menjadikan realiti sesebuah kejatuhan boleh memperdayakan dimana tahap
kejatuhan sesuatu perkara itu tidak disedari sehingga sudah terlambat. Ini seperti penyakit kencing
manis berbanding penyakit kronik yang biasanya mengambil nyawa anda secara cepat dan serta-
merta.

Kisah Kodak ini mengingatkan saya kepada reformasi berterusan di Malaysia. Kita tidak dapat
mengubah apa-apa sekiranya kita sentiasa melakukan perkara yang sama. Potensi pengeluaran
akan kekal di takuk lama. Pada masa ini, kita melihat potensi perkembangan ekonomi telah
menurun selama dua dekad, sebuah kejatuhan secara gradual/berperingkat sebelum 1998 kepada
dekad sebelum kemelesetan ekonomi yang terbaru pada tahun 2009. Potensi perkembangan
ekonomi kini berada pada lingkungan 4.5% hingga 5.5% dengan kejatuhan seiring dengan masa.

Penggerak utama dalam ekonomi Malaysia adalah sektor sumber aslinya. Kita menikmati kelebihan
daripada segi persaingan dalam sektor ini sama ada daripada gas dan minyak ataupun minyak
sawit. Firma milik Malaysia dalam sektor ini mahir dalam bidang masing-masing menjadikan mereka
berdaya saing. Tanpa pelaburan baru dalam penerokaan minyak dan gas, jumlah keseluruhan
pelaburan mungkin cuma hanya diperolehi daripada urusniaga hartanah semata-mata.

Jika tidak kerana bekalan minyak mentah dan minyak masak, firma milik Malaysia tidak akan
mendapat keuntungan daripada permintaan yang tinggi terhadap komoditi. Kemungkinan besar,
pendapatan yang dijana oleh harga komoditi yang baik – yang paling baru selepas permintaan
menggalakkan penggunaan peribadi – menyumbang sebahagian besar perkembangan meluas yang
kelihatan beberapa tahun kebelakangan.
Secara keseluruhannya, ini perkembangan positif yang menjurus kepada lebih perlakuan yang
berulang. Sememangnya, beberapa logik dalam inisiatif masa kini sedang mengikut corak yang
sama.

Walaubagaimanapun, kisah Kodak telah menunjukkan bahaya bergantung telalu lama kepada
sesuatu yang baik pada keadaan semasa. Kisah perubahan dan transformasi adalah tentang
membangunkan keupayaan baru dan melakukan perkara baru. Keadaan harga relatif buat masa ini,
yang menentukan insentif dan perbuatan rasional, melarang kita daripada menggunakan peruntukan
daripada sumber asli untuk perkara-perkara baru. Kita tidak boleh berterusan meluaskan kawasan
untuk tanaman minyak sawit, contohnya. Kita juga tidak boleh bergantung kepada penemuan telaga
minyak semata-mata sebagai sumber pembangunan dan menjana pulangan modal kewangan.

Oleh itu, pelaburan dalam peluang seperti ini adalah sesuatu yang wajar daripada segi kewangan
buat masa ini sama seperti melaburkan pulangan ini untuk kelas hartanah terpilih. Namun, bidang
ekonomi akan menjurus kearah tahap pulangan yang semakin berkurangan dengan cepat sekiranya
ini satu-satunya sumber untuk pembangunan.

Objektif transformasi seharusnya melakukan sesuatu yang tidak rasional pada masa ini bagi
mendapatkan kedudukan yang lebih baik pada masa hadapan. Jadi, bagaimana kita memastikan
sumber - kewangan dan tenaga kerja - diperuntukkan kepada perusahaan baru walaupun dengan
adanya pulangan menarik dengan hanya melakukan perkara yang sama?

Dalam konteks Malaysia, campurtangan polisi perlu memfokuskan kepada harga dan kos kegagalan
dalam menangani struktur insentif untuk pelabur dan usahawan. Secara semulajadi, akan ada
manusia yang mengambil risiko, tetapi juga secara semulajadi, manusia kadangkala sudah kedalun
dengan tabiat lama. Jika hukuman untuk kegagalan menjadi keterlaluan, pemeliharaan diri akan
memaksa sikap berhati-hati dan pengelakan risiko.

Undang-undang muflis tidak seharusnya wajib dikenakan ke atas syarikat dan orang persendirian
yang telah mencuba dan gagal. Undang-undang yang bersifat menguntungkan golongan yang
menawarkan pinjaman perlu diseimbangkan. Ideanya untuk tidak menghukum kegagalan, tetapi
untuk bersikap adil kepada semua pihak bergantung kepada keadaan dan untuk mengelakkan
penipuan.

Mereka yang telah mencuba dan gagal patut kembali bertindak secepat mungkin kerana mereka
lebih berpeluang untuk berjaya daripada mereka yang tidak mencuba langsung. Polisi kepada
tenaga kerja kadang-kadang menjadi punca penghalang sesebuah produktiviti. Polisi imigresen
yang songsang antara salah satu contoh. Penarikan semula polisi ini akan menunjukkan sama ada
terdapat usaha serius dalam reformasi tenaga kerja.

Pasaran kewangan dan modal juga perlu memberi peruntukkan yang cukup kepada idea dan bidang
yang baru. Sikap tidak sabar untuk memperolehi pulangan tinggi dengan cepat pada masa yang
singkat hanya akan mengulangi perkara sama yang sedang berlaku. Sementara perkembangan
modal sememangnya penting, apa yang tiada di Malaysia adalah bekalan modal berisiko dan
kemahiran menguruskan modal berisiko. Sepatutnya ada lebih banyak dana modal niaga untuk
melabur dalam benih-benih idea mula tumbuh dan melawan nafsu untuk buat perkara yang biasa.

Salah satu cara menghapuskan gangguan harga dalam ekonomi domestik yang wujud dalam
kemewahan sumber adalah seperti apa yang telah dilakukan di Norway dan Chile. Norway sebuah
negara kecil dengan hasil minyak yang besar. Pada mulanya dinamakan Dana Minyak (Oil Fund)
tetapi kini dikenali sebagai Dana Petroleum Kerajaan(Government Petroleum Fund). Sumber dana
itu diperolehi daripada caj dan keuntungan yang diperolehi daripada industri minyak.

Walaupun kerajaannya mempunyai akses ke atas dana itu, ideanya untuk mengasingkan ekonomi
domestik daripada lebihan minyak mentah. Ini sebuah dana kepunyaan generasi Norway masa
hadapan dan sebahagian besarnya dilaburkan di luar negara bagi mengelakkan gangguan dalam
negeri. Chile melakukan perkara yang sama ke atas Dana Penstabilan Ekonomi dan Sosial (Social
and Economic Stabilisation Fund) terhadap keuntungan yang diperolehi daripada perlombongan
tembaga.

Mekanisma ini secara efektif telah memiliknegarakan sewa ekonomi yang diambil daripada sumber
asli dan diasingkan daripada ekonomi dalam negara. Dengan cara ini, harga relatif dalam ekonomi
sedia ada tidak terganggu dengan sewa berdasarkan sumber asli. Ini merupakan salah satu cara
melepaskan diri daripada kesan gangguan sumber yang menjadi penghalang kepada Malaysia
selain turut menjadi salah sebuah pertukaran kekayaan antara-generasi serta bertindak sebagai
dana kecemasan kepada kerajaan, Malasyia sepatutnya memikirkan secara serius mekanisma-
mekanisma ini.

Apa yang diperlukan Malaysia hari ini adalah apa yang telah wujud di Amerika Syarikat semasa
Kodak dicipta - bekalan para saintis dan teknologi yang baik serta bekalan pakar inovasi dan
usahawan serta sebuah persekitaran yang menggalakkan tingkahlaku mengambil risiko lebih
daripada kelakuan yang patuh atau pak turut semata-mata.

Perkara ini memerlukan perubahan radikal kepada banyak insititusi. Kita sedang berada dalam detik
Kodak.

You might also like