You are on page 1of 1

Pengenalan

Isu “Low Carbon City Framework and Assessment System (LCCF): Urban Environment” oleh
Jessica Robert mengupas tentang satu initiatif yang dibangunkan oleh Kementerian Tenaga,
TeknologiHijau danAir (KeTTHA) yang boleh digunakan bagi mencapai pembangunan
mampan secara holistic serta menyumbang kepada pengeluaran karbon yang rendah. Jessica
juga turut menyatakan bahawa konsep “bandar rendah karbon‟ (Low Carbon City atau LCC)
adalah penting dalam scenario pembangunan bandar dan tadbir urus bandar kerana peningkatan
paling ketara dari segi penggunaan tenaga dan pengeluaran karbon dioksida (CO2) berlaku di
kawasan bandar.

Perbincangan

Jessica menyatakan dalam videonya bahawa terdapat tiga sub kriteria dalam persekitaran
bandar iaitu pemilihan tapak, bentuk bandar, dan kawasan hijau dan kualiti persekitaran.
Ketiga-tiga sub-kriteria ini penting dalam mengukur kadar penurunan karbon di kawasan
bandar yang boleh diukur oleh kalkulator karbon dan persekitaran bandar dapat dijamin agar
dapat menjadi bandar rendah karbon. Pengukuran kadar penurunan karbon ini boleh membantu
pihak perancang bandar mencari alternatif dan penyelesaian yang lebih mesra alam bagi
merancang pembangunan bandar tanpa meminggirkan alam sekitar.

Bagi mengekalkan persekitaran bandar yang lestari, pelbagai kaedah alternatif boleh
diambilkira dalam mewujudkan bandar rendah karbon berdasarkan LCCF. Antaranya adalah
perancangan reka bentuk bangunan yang menegak dengan mempunyai taman secara menegak,
penyediaan lebih banyak kawasan/ruang hijau, memanfaatkan sumber semula jadi dengan
efektif dan pada yang sama menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui &
menggunakan pakai konsep 3R (reduce, reuse & recycle). Kesemua kaedah alternatif ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon di kawasan bandar melalui pembinaan
bangunan atau perancangan bandar yang menitik beratkan aspek alam sekitar.

Rumusan
Banyak negara-negara maju sudah mula sedar akan pentingkan LCCF dalam aspek
pembangunan bandar kerana pembangunan yang dibina tanpa menitik beratkan aspek alam
sekitar akan menyebabkan berlaku kemudaratan kepada alam sekitar serta masyakarat. Oleh
itu, LCCF merupakan elemen yang perlu diberi keutamaan dalam perancangan dan pembinaan
sesebuah bandar.

You might also like