You are on page 1of 42

“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:

Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 1

KANDUNGAN

PERAKUAN…………………………………………………………………… 4

PENGHARGAAN……………………………………………………………... 5

ABSTRAK…………………………………………………………………….. 6

1.0 BAHAGIAN 1: PENGENALAN………………………………………… 8


1.1. PENDAHULUAN……………………………………………………. 8
1.2. LATAR BELAKANG KAJIAN…………………………………….. 9
1.3. PERMASALAHAN KAJIAN……………………………………….. 12
1.4. OBJEKTIF KAJIAN……………………..…………………………. 13
1.5. SKOP KAJIAN……………………………………………………… 14
1.6. KEPENTINGAN KAJIAN…………………………………………. 14
1.7. METODOLOGI KAJIAN…………………………………………… 15
1.7.1. Rekabentuk Kajian………………………………………….. 15
1.7.2. Kaedah Pengumpulan Data……………………………….. 15
1.7.2.1. Data Primer…………………………………………. 16
1.7.2.1.1. Kaedah Pemerhatian………………………. 16
1.7.2.1.2. Kaedah Temubual………………………….. 16
1.7.2.2. Data Sekunder……………………………………… 17
1.7.3. Persampelan………………………………………………… 17
1.8. SUSUN ATUR BAHAGIAN…………………………………………… 18
1.8.1. Bahagian 1 – Pengenalan……………………………………… 18
1.8.2. Bahagian 2 - Sorotan Literatur…………………………………. 18
1.8.3. Bahagian 3 - Kajian Kes………………………………………… 18
1.8.4. Bahagian 4 - Analisis Kajian…………………………………… 18
1.8.5. Bahagian 5 – Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan… 18
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 2

2.0 BAHAGIAN 2: SOROTAN LITERATUR………………………………… 19


2.1. PENGENALAN………………………………………………………… 19
2.2. SUMBER LITERATUR………………………………………………… 19
2.3. RUMUSAN………………………………………………………………. 20

3.0 BAHAGIAN 3 : KAJIAN KES................................................................. 21


3.1. PENGENALAN................................................................................. 21
3.2. LATAR BELAKANG......................................................................... 21
3.2.1. Latar belakang Daerah Hilir Perak........................................ 21
3.2.2. Latar belakang Daerah Manjung........................................... 23
3.2.3. Latar belakang Daerah Perak Tengah.................................. 24
3.2.4. Latar belakang Daerah Kinta Ipoh......................................... 25
3.3. RUMUSAN....................................................................................... 25

4.0 BAHAGIAN 4: ANALISIS KAJIAN……………………………………… 26


4.1. PENGENALAN……………………………………………………….. 26
4.2. DEMOGRAFI RESPONDEN………………………………………… 26
4.3. ANALISIS DAPATAN………………………………………………… 27
4.4. PERBINCANGAN DAPATAN…………………………………. 28
4.5. RUMUSAN ANALISIS KAJIAN……………………………….. 30

5.0 BAHAGIAN 5: RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 31


5.1. RUMUSAN KAJIAN......................................................................... 31
5.2. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ............................................... 32
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 3

SENARAI CARTA……………………………………………………………….. 34

SENARAI SOAL SELIDIK……………………………………………………… 36

SENARAI SINGKATAN………………………………………………………… 37

FOTO KAJIAN..………………………………………………………………… 38

SENARAI RUJUKAN................................................................................... 42
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 4

PERAKUAN

Kami mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja kami sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah kami nyatakan sumbernya secara jelas dan teratur.

13 NOVEMBER 2015

-----------------------------------------
ZAITEENA BINTI WAN NASIR

---------------------------------------
KHAIRUL AZAR BIN OMAR

-------------------------------------------
HASNAN AZIZUL BIN MAD ISA

-------------------------------
ROSLI BIN IBRAHIM

---------------------------------------
MOHD ZAINAL BIN DARUS
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 5

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

Pertamanya kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT


di atas limpah rahmat serta taufik dan hidayahNya, kami berpeluang menyiapkan
laporan penuh Kajian Lapangan Seksyen Pembangunan Tanah, Bahagian
Pengurusan dan Perundangan Tanah, Institut Tanah dan Ukur Negara yang
bertajuk “Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965: Kajian
Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul
Ridzuan”. Kajian ini dilakukan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan pindaan
Seksyen 141A dan 143A dalam proses kerja harian warga pentadbiran tanah di
Negeri Perak.

Kajian ini juga merupakan satu bentuk penghargaan dan apresiasi kami kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam
menjayakan kajian lapangan ini yang melibatkan empat buah Pejabat Tanah
Daerah di Negeri Perak bermula 23 Februari 2015 hingga 24 Februari 2015 yang
lalu.

Di kesempatan yang terluang ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada YBhg. Tuan Pegawai Daerah dan para pegawai Pejabat Daerah
dan Tanah yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang kami
menjalankan kajian ini. Pejabat Daerah dan Tanah yang terlibat adalah Pejabat
Daerah dan Tanah Hilir Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Pejabat
Daerah dan Tanah Perak Tengah dan Pejabat Tanah Kinta, Daerah Kecil Ipoh.
Kami menghargai bantuan tuan-tuan dan puan-puan yang telah memudahkan
tugasan kami sepanjang berada di kawasan kajian.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 6

ABSTRAK

Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1966
merupakan undang-undang tertinggi berkaitan tanah di semua negeri di
Semenanjung Malaysia. Ia digubal di bawah Perkara 76(4) Perlembagaan
Persekutuan bertujuan membentuk sebuah undang-undang yang seragam dalam
sistem pentadbiran tanah di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Sejak KTN
1965 berkuatkuasa, Akta ini dipinda sebanyak 30 kali bermula dalam tempoh 40
tahun dari tahun 1968 sehingga ke tahun 2008. Kesemua pindaan ini bertujuan
untuk memastikan sistem pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia sentiasa
relevan dan dapat memenuhi keperluan dasar dan pembangunan sosioekonomi
semasa di Malaysia selaras peningkatan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Kerajaan atau Government Delivery System. Selaras dengan menjadikan
Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020, tanah-tanah di negara kita
perlu dibangunkan dengan efektif dan efisien tanpa memgkompromikan faktor
sosial dan alam sekitar. Kerajaan melihat aktiviti pembangunan tanah sebagai
salah satu langkah terbaik untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat
terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan desa dan menguruskan
tanah-tanah pertanian. Dengan adanya pindaan undang-undang yang
melibatkan aktiviti pembangunan tanah, isu-isu seperti pembangunan tanah
terbiar dan saiz tanah tidak berekonomik dapat diselesaikan secara berperingkat.
Langkah kerajaan dalam menggalakkan pembangunan tanah ini telah
mewujudkan keinginan bagi pemilik atau pemilik-pemilik bersama tanah untuk
membangunkan tanah mereka sejajar dengan perkembangan ekonomi yang
pesat. Sebelum pindaan ini dilaksanakan juga, Seksyen 141A hanya
memperuntukkan pemilik bersama yang memegang bahagian majoriti syer
sahaja yang boleh memohon kelulusan pecah bahagi tanah. Namun setelah
pindaan dibuat, mana-mana pemilik bersama tanah boleh membuat permohonan
untuk pecah bahagi tanah mereka masing-masing. Selain Seksyen 141A,
Seksyen 143A turut dimasukkan sebagai peruntukan baru yang membenarkan
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 7

permohonan pecah bahagian tanah berkategori pertanian yang berkeluasan 2/5


hektar, lebih atau kurang dipecah bahagi.

Secara umumnya, kajian lapangan ini bertujuan untuk mengkaji tahap


pelaksanaan warga pentadbiran tanah ke atas pindaan/peruntukan seksyen-
seksyen berkenaan. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kesediaan warga
pentadbiran tanah dalam melaksanakan permohonan di bawah Seksyen 141A
dan 143A setelah pindaan dan pengenalan seksyen tersebut berkuatkuasa.
Berdasarkan keadaan semasa, kajian telah membuat hipotesis awal iaitu
pelaksanaan permohonan Seksyen 141A dan 143A di peringkat daerah adalah
tidak seragam dan diproses melalui pelbagai kaedah yang berbeza. Ini
menimbulkan persoalan sama ada proses permohonan ini dilaksanakan secara
teratur atau sebaliknya. Untuk mencari penyelesaian kepada isu kajian ini, kajian
turut memberi beberapa cadangan penambahbaikan kepada pihak
berkepentingan memandangkan terdapat beberapa isu dan masalah dikenalpasti
semasa kajian lapangan ini dijalankan. Ini dilihat penting agar pindaan Kanun
Tanah Negara (KTN) yang dikuatkuasakan ini dapat dilaksanakan secara teratur
dan berkesan di pejabat-pejabat tanah daerah di Semenanjung Malaysia
sekaligus merealisasikan tujuan pindaan/peruntukan seksyen-seksyen tersebut.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 8

BAHAGIAN 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Di dalam bahagian ini, kajian akan membincangkan mengenai beberapa perkara


yang berhubung rapat dengan kajian lapangan ini, meliputi latar belakang kajian,
pernyataan masalah, matlamat, objektif, skop, kepentingan kajian dan
metodologi yang digunakan semasa menjalankan kajian lapangan ini.

Kajian Lapangan Seksyen Pembangunan Tanah (SBT), Bahagian Pengurusan


dan Perundangan Tanah (BPPT) INSTUN bagi tahun 2015 telah memilih
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965: Kajian Pelaksanaan di
peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan”
sebagai tajuk kajian. Kajian ini disertai oleh enam orang pegawai SBT. Kajian ini
dijalankan di empat buah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Negeri Perak
Darul Ridzuan meliputi daerah Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah dan Kinta,
Ipoh. Ia dijalankan terhadap 20 orang responden dan telah dilaksanakan bermula
23 Februari 2015 hingga 24 Februari 2015. Dalam setiap soal selidik dan
temubual yang dijalankan, kajian mengambil 5 orang responden dari keseluruhan
petugas di Unit Pembangunan Tanah sebagai sampel kajian bagi setiap Pejabat
Tanah Daerah yang mengendalikan urusan-urusan berhubung permohonan di
bawah Seksyen 141A dan 143A.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 9

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian Lapangan ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan warga


pentadbiran tanah di dalam menggunapakai Seksyen 141A dan 143A KTN 1965
setelah pindaan dan pengenalan dibuat ke atas seksyen-seksyen tersebut.
Pindaan terbaru yang dibuat pada tahun 2007 telah menekankan tentang usaha-
usaha memodenkan pentadbiran tanah bagi tujuan meningkatkan Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan atau Government Delivery System. Akta
1333 ini telah membuat penggantian Seksyen 141A dengan seksyen yang
berikut:

141A. Permohonan untuk pecah-bahagi oleh mana-


mana tuanpunya bersama
“Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 140
dan 141, mana-mana tuanpunya bersama di mana
tuanpunya bersama yang lain sama ada tidak turut serta
atau tidak memberi kebenaran untuk permohonan boleh
memohon untuk kelulusan memecah-bahagi tanah itu.”

Sebelum pindaan dilakukan, peruntukan Seksyen 141A adalah seperti berikut:

141A. Permohonan pecah-bahagian tanah oleh


majoriti tuanpunya bersama
“Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 140
dan 141, tuanpunya bersama atau tuan-tuanpunya
bersama yang memegang syer majoriti dalam tanah
boleh memohon untuk kelulusan pecah-bahagian tanah
tersebut.”
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 10

Pindaan ke atas Seksyen 141A ini jelas memberi kelonggaran kepada mana-
mana pemilik tanah tanpa mengambil kira pemegangan syer (majoriti atau
minoriti) untuk membuat permohonan pecahbahagi tanpa perlu mendapat
persetujuan pemilik-pemilik tanah yang lain.

Selain pindaan pada Seksyen 141A, Akta 1333 juga telah memasukkan Seksyen
143A yang merupakan sebuah peruntukan baru. Seksyen ini membenarkan
permohonan pecah bahagian tanah berkategori ‘pertanian’ atau yang
mengkehendaki syarat kegunaan tanah bagi tujuan pertanian yang berkeluasan
2/5 hektar, lebih atau kurang dipecah bahagi. Dengan pindaan ini;

i. Permohonan yang melibatkan tanah berkeluasan melebihi 2/5 hektar dan


tiap-tiap umpukan pecah bahagian itu juga melebihi 2/5 hektar, kuasa
meluluskan pecah bahagian adalah terletak di bawah bidang kuasa
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi hakmilik Pejabat Pendaftar atau
Pentadbir Tanah (PT) bagi hakmilik Pejabat Tanah, sekiranya tiada
arahan bertentangan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
ii. Permohonan yang melibatkan tanah berkeluasan melebihi 2/5 hektar dan
tiap-tiap umpukan pecah bahagian itu adalah kurang daripada 2/5 hektar,
atau umpukannya mengandungi kombinasi lebih dan kurang daripada 2/5
hektar, maka kuasa meluluskan pecah bahagian itu adalah terletak di
bawah bidang kuasa PBN.
iii. Permohonan yang melibatkan tanah berkeluasan 2/5 hektar atau kurang
dan tiap-tiap umpukan pecah bahagian itu juga adalah kurang daripada
2/5 hektar, maka kuasa meluluskan permohonan itu adalah terletak di
bawah bidang kuasa PBN.
iv. PBN boleh menetapkan apa-apa syarat kegunaan yang bersesuaian
dengan keluasan tiap-tiap umpukan tanah yang dipecah bahagi itu. Syarat
kegunaan yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi peruntukan di bawah
subperenggan 136(1)(g) dan subseksyen 115(4) KTN.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 11

Sebelum pindaan ini dilaksanakan, peruntukan di dalam KTN 1965 menghalang


tanah pertanian yang berkeluasan 2/5 hektar atau kurang daripadanya dipecah
bahagi (partition) atau dipecah sempadan (subdivision) dengan terus
mengekalkan jenis kegunaan tanah sebagai pertanian. Peruntukan baru kini
telah mewujudkan keadaan yang lebih terbuka kepada semua tuanpunya tanah
bersama yang ingin membangunkan bahagian tanah masing-masing.

Sehubungan itu, kajian lapangan ini dilakukan bagi mengenalpasti kesan


pindaan Seksyen 141A serta kemasukan peruntukan baru Seksyen 143A ke atas
urusan memproses serta tahap persediaan di dalam melaksanakan prosedur
permohonan ini di Pejabat Daerah dan Tanah. Kajian ini juga turut menganalisa
isu-isu yang timbul di peringkat pelaksana kesan dari pindaan dan pengenalan
ke atas seksyen-seksyen terlibat.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 12

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Sebelum membicarakan pernyataan masalah dalam kajian ini, eloklah jika kajian
lapangan ini menjelaskan beberapa simptom yang membentuk kajian lapangan
ini dilakukan. Antara simptom yang telah dikenalpasti semasa menjalankan
kajian ini adalah:

i. Pindaan Seksyen 141A dan pengenalan Seksyen 143A tidak difahami


oleh responden
ii. Bebanan tugas yang dihadapi oleh responden sebelum pindaan dibuat
iii. Bebanan tugas yang dihadapi oleh responden selepas pindaan dibuat
iv. Strategi dan kaedah penyampaian maklumat berhubung pindaan Seksyen
141A yang kurang efisien kepada pihak responden

Kesemua simptom ini jika diteliti dengan lebih mendalam akan menjurus kepada
tahap persediaan warga pentadbiran tanah untuk melaksanakan prosedur kerja
yang terlibat dengan pindaan Seksyen 141A dan pengenalan Seksyen 143A
dalam menguruskan kerja seharian mereka. Tahap persediaan ini akan berkait
rapat dengan tahap keberkesanan melaksanakan prosedur kerja tersebut. Kajian
lapangan ini memilih untuk membincangkan isu pelaksanaan pindaan di
kalangan Pentadbir Tanah sebagai persoalan utama dalam kajian lapangan ini.
Persoalan yang dijangka mempunyai hubungkait dalam kajian lapangan ini
adalah hipotesis bahawa “Wujud hubungan yang signifikan di antara tingkat
persediaan warga pentadbiran tanah dengan tingkat produktiviti mereka
semasa menguruskan permohonan di bawah Seksyen 141A dan 143A”.
Bagi mencari jawapan kepada persoalan tersebut, kajian ini telah dijalankan
dengan harapan agar dapatan yang diperolehi akan membuktikan bahawa
hipotesis kajian adalah benar dan signifikan iaitu tingkat produktiviti warga
pentadbiran tanah dalam memproses permohonan di bawah Seksyen 141A
dan 143A akan merosot sekiranya tingkat persediaan mereka tentang
pelaksanaan pindaan ini adalah rendah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 13

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara keseluruhannya, Kajian Lapangan SBT ini bertujuan mencapai beberapa


objektif seperti yang berikut:

i. Mengenalpasti jenis latihan dan pendedahan yang diperlukan oleh


pegawai pelaksana bagi proses kerja yang terlibat;
ii. Mengenalpasti bentuk rujukan yang diperlukan oleh pegawai pelaksana
bagi proses kerja yang terlibat;
iii. Mengesan tahap keperluan penambahan sumber manusia untuk
melaksanakan pindaan tersebut
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 14

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini meliputi warga pentadbiran tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan yang
terlibat di dalam melaksanakan proses Seksyen 141A dan Seksyen 143A Kanun
Tanah Negara.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian lapangan ini dilihat signifikan dalam mengenalpasti keperluan latihan


anggota pelaksana di peringkat pentadbiran tanah terutama bagi yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dengan Seksyen 141A dan Seksyen 143A.
Ini kerana dengan latihan yang mencukupi akan menghasilkan warga kerja yang
efisyen dalam menjalankan prosedur yang terlibat.
Kajian ini juga dilihat penting untuk memberi input bagi sebarang cadangan
penstrukturan semula perjawatan pentadbiran tanah memandangkan kajian ini
turut menyentuh isu bebanan kerja yang dihadapi oleh warga pelaksana kesan
dari pindaan Seksyen 141A dan peruntukan Seksyen 143A.
Kajian ini turut memberi signifikan dari sudut mengutarakan cadangan bagi
mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) sebagai panduan rasmi bagi
warga pentadbiran tanah melaksanakan prosedur kerja bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan serta mewujudkan keseragaman di antara pejabat-pejabat
daerah dan tanah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 15

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah satu kaedah atau cara perlaksanaan yang digunakan
oleh seseorang pengkaji semasa mendapatkan data yang diperlukan dalam
sesebuah kajiannya (Ahmad Mahzan Ayob: 1992). Data atau maklumat yang
diperolehi melalui metodologi kajian yang digunakan seterusnya diproses
menjadi maklumat sahih yang boleh digunapakai untuk menerangkan dapatan
sesebuah kajian tersebut. Terdapat dua rekabentuk kajian utama yang sering
digunakan oleh para pengkaji dalam melaksanakan kajian mereka iaitu
rekabentuk kualitatif dan rekabentuk kuantitatif.

1.7.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan kajian dalam kajian “Seksyen 141A dan 143A
Kanun Tanah Negara 1965: Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-
Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” ini adalah rekabentuk kuantitatif
bagi menguji kesahihan hipotesis dalam hubungan dengan setiap
pembolehubah. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada isu-isu dan
permasalahan yang menjadi punca kurangnya kesediaan warga Pentadbiran
Tanah dalam melaksanakan Seksyen 141A dan 143A ini.

1.7.2 Kaedah Pengumpulan Data

Semasa menjalankan kajian, kajian menggunakan dua bentuk atau kategori data
iaitu data primer dan data sekunder. Kedua-dua jenis data ini bertujuan
membantu kajian mendapatkan keputusan terhadap hipotesis yang mahu diuji
dan mendapatkan pengesahan samada ia mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pembolehubah sedia ada. Melalui kedua bentuk data ini juga,
diharapkan agar kajian ini dapat memberikan sebuah dapatan atau keputusan
yang tepat.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 16

1.7.2.1 Data Primer

Data primer adalah data yang diperolehi secara langsung dari lokasi kajian. Ia
diperolehi melalui dua kaedah utama iaitu melalui pemerhatian dan temubual
secara berstruktur dan tidak berstruktur yang dilakukan semasa berada di lokasi
kajian. Data primer yang diperolehi semasa proses ini menjadi maklumat utama
bagi kajian untuk mendapatkan data sekunder.

1.7.2.1.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pertama dalam memperolehi data primer yang digunakan dalam kajian
ini adalah secara pemerhatian terus. Kaedah ini dilakukan semasa kumpulan
kajian melakukan lawatan ke lokasi kajian. Hasil daripada pemerhatian yang
telah dijalankan, kajian dapat melihat secara langsung aktiviti permohonan di
bawah Seksyen 141A dan 143A yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

1.7.2.1.2 Kaedah Temubual

Selain kaedah pemerhatian, kajian juga menggunakan kaedah temubual dengan


pihak responden untuk mendapatkan data primer. Melalui kaedah ini, data
diperolehi melalui temubual secara berstruktur dan temubual secara tidak
berstruktur. Temubual berstruktur adalah temubual yang dijalankan
menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang untuk diajukan kepada
responden menggunakan borang kaji selidik manakala temubual tidak berstruktur
pula adalah temubual secara spontan tanpa menggunakan planted questions.
Semua jawapan yang diberikan oleh responden dicatatkan bagi tujuan
pengumpulan data untuk diproses. Tumpuan kajian ini ialah para pegawai dan
kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah di Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah
dan Kinta, Ipoh. Seramai 20 orang telah dipilih menjadi responden daripada
jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan yang bertugas di Unit
Pembangunan Tanah di pejabat-pejabat tersebut.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 17

1.7.2.2 Data Sekunder

Data sekunder pula merupakan data-data dan maklumat yang diperolehi


daripada sumber pembacaan di perpustakaan, internet, buku, jurnal, artikel dan
sebagainya. Rujukan dan semakan yang dibuat melalui data sekunder adalah
berasaskan data primer bertujuan mengukuhkan dapatan yang diperolehi
daripada data primer tersebut. Data sekunder yang digunakan semasa
menjalankan kajian ini banyak diperolehi daripada internet dan jurnal. Data-data
ini telah mencorak kajian lapangan ini dan banyak membantu mencapai
kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.

1.7.3 Persampelan

Dalam kajian lapangan ini sejumlah 20 orang orang petugas di Unit


Pembangunan Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Manjung, Perak
Tengah dan Kinta, Ipoh telah dipilih sebagai responden. Dalam hal ini, kajian
menggunakan kaedah persampelan “convenience sampling technique” supaya
data dan maklumat kajian diperolehi dengan lebih mudah dan tepat. Kajian
menggunakan teknik persampelan ini kerana ia memberi tumpuan kepada
responden yang telah dikenalpasti, mempunyai sumber yang berasas, terlibat
secara langsung serta mempunyai maklumat yang relevan dengan kajian ini.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 18

1.8 SUSUNATUR BAHAGIAN

1.8.1 Bahagian 1 – Pengenalan


Bahagian ini mengupas tentang pengenalan dan latar belakang kepada kajian
lapangan ini. Ia memberi fokus kepada tujuan dan objektif kajian yang dijalankan.

1.8.2 Bahagian 2 - Sorotan Literatur


Bahagian ini memberi penjelasan berhubung kajian-kajian kes yang pernah
dijalankan oleh individu-individu lain dan kaitan dengan.

1.8.3 Bahagian 3 - Kajian Kes


Bahagian ini menceritakan tentang latar belakang kajian kes yang dijalankan.

1.8.4 Bahagian 4 - Analisa Kajian


Bahagian ini memaparkan hasil dapatan kajian yang diperolehi, latar belakang
demografi kumpulan responden dan juga perbincangan tentang isu hubungan
tingkat kefahaman warga Pentadbiran Tanah dengan dengan tingkat produktiviti
mereka semasa menguruskan permohonan di bawah Seksyen 141A dan 143A.

1.8.5 Bahagian 5 - Rumusan Dan Cadangan Penambahbaikan


Bahagian ini akan merumuskan pencapaian setiap objektif yang telah kajian
bentangkan pada peringkat awal kajian. Di dalam bahagian ini juga, kajian turut
memberikan cadangan penambahbaikan agar dapat dipertimbangkan oleh pihak
berwajib untuk mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 19

BAHAGIAN 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam usaha untuk memajukan tanah selaras dengan kepesatan pembangunan


negara, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meminda beberapa
peruntukan undang-undang dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 bagi
mempermudah proses pecah bahagian tanah. Ini bagi memudahkan
pembangunan tanah yang ingin dicapai oleh pemilik tanah dan proses
permohonannya dapat berjalan tanpa sebarang masalah. Sebagai contoh
pindaan Seksyen 141A memberi ruang kepada mana-mana tuanpunya tanah
termasuk yang memegang syer minoriti untuk memohon pecah bahagi tanah dan
tidak lagi perlu mendapat keizinan daripada tuanpunya-tuanpunya bersama
tanah yang lain bagi membuat permohonan pecah bahagi walaupun peruntukan
sebelum ini mengkehendaki mereka berbuat demikian. Seksyen 143A pula telah
diwujudkan bagi membenarkan tuanpunya bersama bagi tanah jenis pertanian
yang melibatkan keluasan 2/5 hektar atau kurang daripadanya, untuk dipecah
bahagi.

2.2 SUMBER LITERATUR

2.2.1 Kajian Terdahulu - Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian tanah dalam
usaha pembangunan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 oleh
Rusnadewi Abdul Rashid, Nor Hisyam Ahmad.

Dalam kajian ini, para penulis berpendapat bahawa pindaan kepada KTN melalui
Akta Kanun Tanah (Pindaan) 2007 memberi impak yang begitu signifikan
terhadap aktiviti pembangunan tanah kerana membenarkan pecah bahagian
tanah kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya
untuk maksud “pertanian” tidak lagi tertakluk kepada keluasan minimum 2/5
hektar. Melalui Akta ini juga, permohonan pecah bahagian boleh dikemukakan
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 20

oleh mana-mana tuanpunya tanah bersama tanpa mengira majoriti syer yang
dimiliki olehnya atau tanpa mendapat persetujuan daripada tuanpunya bersama
yang lain. Usaha ini diharap dapat membantu pemilik tanah lebih berdaya saing
untuk memajukan tanah-tanah yang berkeluasan kecil agar ia tidak terbiar begitu
sahaja. Para penulis turut menyatakan penggunaan Seksyen 145 KTN iaitu
kuasa Mahkamah untuk memudahkan penamatan kepunyaan bersama
sepertimana yang difikirkan adil demi kebaikan dan kepentingan pemilik-pemilik
tanah bersama. Mereka memilih beberapa kes Mahkamah bagi menyokong
pandangan mereka dalam isu ini.

2.3 RUMUSAN

Kekerapan perbincangan mengenai pindaan seksyen di dalam Kanun Tanah


Negara jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sedang melakukan tindakan
penambahbaikan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh pemilik tanah dalam usaha
membangunkan tanah mereka. Ini sejajar dengan kedudukan Malaysia dalam 20
terbaik dunia dalam Laporan Ease of Doing Business oleh World Bank Group.
Sungguhpun begitu, tahap kesediaan warga Pentadbiran Tanah dalam
melaksanakan proses kerja serta prosedur yang terlibat haruslah juga diambil
berat oleh pihak penggubal dasar dan undang-undang terlibat. Ini penting agar
aspirasi pihak kerajaan dalam melaksanakan pindaan kepada seksyen-seksyen
terlibat dapat direalisasi oleh pegawai pelaksana di pentadbiran tanah dengan
berkesan.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 21

BAHAGIAN 3 : KAJIAN KES

3.1 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, kajian akan memperkenalkan serba sedikit berhubung lokasi
kajian. Kajian bertajuk “Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak
Darul Ridzuan” ini dijalankan di empat buah pejabat daerah dan tanah di dalam
empat buah daerah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia meliputi Pejabat Daerah
dan Tanah Hilir Perak di dalam Daerah Hilir Perak, Pejabat Daerah dan Tanah
Manjung di dalam Daerah Manjung, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di
dalam Daerah Perak Tengah dan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Kecil Ipoh
di dalam Daerah Kinta. Kajian lapangan ini melibatkan 20 orang responden yang
bertugas di Unit Pembangunan Tanah yang terlibat memproses permohonan di
bawah Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965.

3.2 LATAR BELAKANG

3.2.1 Latar Belakang Daerah Hilir Perak

Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia


bersempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah
selatannya dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan
daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan
Perak Tengah dan Manjung] di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan
tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Daerah Hilir Perak adalah berkeluasan 166,306 Ha (415,766 Ekar).

Daerah Hilir Perak terbahagi kepada sembilan buah mukim iaitu; Mukim Bagan
Datoh, Mukim Rungkup, Mukim Hutan Melintang, Mukim Teluk Bharu, Mukim
Sungai Durian, Mukim Durian Sebatang, Mukim Changkat Jong, Mukim Sungai
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 22

Manik dan Mukim Labu Kubong. Antara bandar dan pekan yang terdapat di
dalam daerah ini adalah Bandar Teluk Intan, Pekan Bagan Datoh, Pekan Batak
Rabit, Pekan Batu Dua Puloh, Pekan Chikus, Pekan Degong, Pekan Hutan
Melintang, Pekan Jenderata, Pekan Kampung Sungai Haji Mohamed, Pekan
Langkap, Pekan Selekoh, Pekan Simpang Empat, Pekan Simpang Tiga dan
Pekan Sungai Sumun.

Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar
iaitu 77% daripada keseluruhan luas kawasan Daerah Hilir Perak. Daripada luas
kawasan tersebut, seluas 75,600 Hektar atau 59.5% ialah kepunyaan Estet
manakala 51,400 Hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak
merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan Kelapa Sawit dan
Koko/Kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan Kelapa Kelapa seluas 8%.

Unjuran penduduk di daerah ini pada tahun 2010 ialah 230 000 orang dan
separuh darinya merupakan populasi bandar Teluk Intan. Sektor pertanian,
perikanan serta pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi daerah Hilir
Perak. Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran daerah Hilir Perak dan
merupakan salah satu Pusat Separa Wilayah Negeri selain Taiping dan
Manjung-Setiawan-Lumut. Lebih 50 buah jabatan kerajaan dan berkanun yang
dianggotai lebih kurang 8,000 orang kakitangan bertempat di Teluk Intan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, merupakan nadi Pusat Pentadbiran
Daerah yang bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am
daerah, perayaan-perayaan rasmi, perancangan dan penyelarasan projek-projek
pembangunan, perlaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar dan
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah. Pentadbir utama daerah
ialah Pegawai Daerah Hilir Perak dan penguatkuasaan serta pentadbiran
tempatan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan yang menyelaraskan
perancangan, pengesanan dan perlaksanaan projek-projek bagi keseluruhan
daerah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 23

3.2.2 Latar Belakang Daerah Manjung

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong dari dalam dan luar
negeri ke Negeri Perak dengan kewujudan Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Visi
pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai
penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai
penduduk seramai 191 ribu orang. Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973
dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari
Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah
pentadbiran Pulau Pinang. Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di
Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru
yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa buah kawasan perbandaran dan pekan


lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer
Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan
kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai
Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam
menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran
pantai daerah berkenaan. Pantai, laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan
bakau, hutan bukit dan kemudahan-kemudahan rekreasi adalah merupakan
produk-produk pelancongan yang menjadi daya tarikan utama pelancong-
pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang ke Daerah Manjung
yang indah ini. Antara mukim, pekan dan bandar yang terdapat di dalam daerah
ini adalah Mukim Beruas, Mukim Lekir, Mukim Lumut, Mukim Pengkalan Baharu,
Mukim Sitiawan, Bandar Lumut, Pekan Ayer Tawar, Pekan Beruas, Pekan
Changkat Keruing, Pekan Damar Laut, Pekan Kampong Baharu, Pekan
Kampong Koh, Pekan Kampong Sitiawan, Pekan Pangkor, Pekan Pantai Remis,
Pekan Pasir Bogak, Pekan Gurney, Pekan Pengkalan Baharu, Pekan Segari,
Pekan Sitiawan dan Pekan Sungai Pinang Kechil
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 24

3.2.3 Latar Belakang Daerah Perak Tengah

Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak. Ia terletak di
bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan
dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua
bahagian kanan dan kiri. Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran
kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1
Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan
Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-
penguasa tempatan seluruh Malaysia. Kawasan pentadbiran perak Tengah
adalah meliputi Parit, Kampung Buluh Akar, Tanjung Belanja, Bota Kanan, Seri
Iskandar, Titi Gantung dan Kampung Gajah.

Daerah Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah


selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Ia
meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang
merangkumi 11 buah mukim dengan jumlah penduduknya seramai 88,446 orang
(1996). Kira-kira 80% dari kawasan daerah ini adalah tanah rata dan rendah.
Terdapat beberapa bahagian sahaja yang berbukit-bukau. Bukit Tunggal (645
kaki di atas aras laut) adalah puncak tertinggi dalam daerah. Selain dari Sungai
Perak, daerah ini juga dialiri oleh 3 anak sungai utama iaitu Sungai Kinta, Sungai
Tumbuh dan Sungai Pelus. Daerah Perak Tengah mempunyai satu daerah kecil
iaitu Kampung Gajah. Keluasan daerah secara keseluruhannya ialah 128,205
hektar bersamaan dengan 1,282.05 km persegi.

Dari segi pentadbiran , daerah ini terbahagi kepada 11 buah mukim yang ditadbir
oleh 10 orang Penghulu. Bilangan kampung berdasarkan pentadbiran Ketua
Kampung berjumlah 101 buah. Bilangan kampung-kampung kecil ialah 219 buah.
Antara mukim di dalam daerah Perak Tengah adalah Mukim Bandar, Mukim
Belanja, Mukim Bota, Mukim Jaya Baru, Mukim Kampong Gajah, Mukim Kota
Setia, Mukim Lambor Kanan, Mukim Lambor Kiri, Mukim Layang-Layang, Mukim
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 25

Pasir Panjang Hulu, Mukim Pasir Salak, Mukim Pulau Tiga, Bandar Seri Iskandar,
Pekan Bota Kanan, Pekan Kampong Buloh Akar, Pekan Kota Setia, Pekan Parit
dan Pekan Tanjong Belanja

3.2.4 Latar Belakang Daerah Kinta

Kinta merupakan salah satu lagi daerah dalam negeri Perak dan merupakan
kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di
bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh. Kecemerlangan
daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini
menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di
Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah
menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi
negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan
pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai
rakyat Perak berhijrah. Antara mukim yang berada di bawah pentadbiran Pejabat
Daerah dan Tanah, Daerah Kecil Ipoh adalah Mukim Belanja, Mukim Hulu Kinta,
Mukim Sungai Raia, Mukim Sungai Terap, Mukim Tanjong Tualang, Pekan Batu
Gajah, Pekan Chemor, Bandar Ipoh (U), Bandar Ipoh (S), Pekan Jelapang,
Pekan Lahat, Pekan Menglembu, Pekan Papan, Pekan Pusing, Pekan Seputeh, ,
Pekan Tambun, Pekan Tanjong Rambutan dan Pekan Tronoh.

3.3 RUMUSAN

Berdasarkan latar belakang keempat-empat daerah yang menjadi lokasi kajian


ini, kajian berpendapat masih banyak tanah-tanah pertanian yang berpotensi
untuk dibangunkan. Sehubungan itu, pemilihan keempat-empat daerah sebagai
lokasi kajian dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk mendapatkan sampel serta
dapatan kajian yang relevan..
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 26

BAHAGIAN 4: ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bahagian ini bertujuan menerangkan hasil daripada analisis kajian yang telah
dijalankan ke atas 20 orang responden dengan menggunakan borang soal
selidik dan juga kaedah temubual. Soal selidik dan kaedah temubual ini telah
dijalankan sepanjang tempoh kajian berhubung Seksyen 141A dan 143A Kanun
Tanah Negara 1965: Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah
di Negeri Perak Darul Ridzuan ini dijalankan.

4.2 DEMOGRAFI RESPONDEN

Soal selidik yang dijalankan dalam kajian lapangan ini melibatkan sejumlah 20
orang responden daripada empat buah pejabat tanah di Hilir Perak, Manjung,
Perak Tengan dan Kinta. Responden terdiri daripada 15 orang lelaki (75%) dan 5
orang perempuan (25%) seperti di Carta 1 yang dilampirkan pada bahagian
Senarai Carta. Kaum lelaki mendominasi bilangan responden kerana jumlah
mereka yang ramai bekerja di pejabat tanah memandang tugasan sebagai
Penolong Pegawai Tanah kebanyakannya melibatkan tugasan luar dan agak
berat. 95% responden adalah berbangsa Melayu manakala 5% berbangsa India.
Mereka berumur di dalam lingkungan bawah 50 tahun mengikut pecahan umur
seperti yang berikut sebagaimana dilampirkan di Carta 2:

i. Bawah 30 tahun : 2 orang (10%)


ii. 31 – 40 tahun : 10 orang (50%)
iii. 41 – 50 tahun : 8 orang (40%)
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 27

Didapati peratusan majoriti yang menjalani soal selidik dan temubual dalam
kajian lapangan ini adalah dari kelompok responden yang berumur dari 31
hingga 40 tahun iaitu sebanyak 50%.

4.3 ANALISIS DAPATAN

Berikut adalah analisis dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan
terhadap 20 orang responden:

4.3.1 Analisis Dapatan Satu


100% responden bersetuju bahawa mereka mengetahui tentang pindaan
Seksyen 141A dan 143A yang berkenaan.

4.3.2 Analisis Dapatan Dua


100% responden bersetuju bahawa tiada penerangan atau penetapan proses
kerja/ Standard Operating Procedure untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh
pihak PTG atau JKPTG kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Daerah.

4.3.3 Analisis Dapatan Tiga


25 % daripada responden bersetuju bahawa Seksyen 141A yang terlibat di
dalam pindaan ini adalah bercanggah dengan Seksyen 145 KTN 1965.
Manakala 75% lagi responden tidak pasti dengan perkara ini.

4.3.4 Analisis Dapatan Empat


100% responden adalah tidak bersetuju dengan pindaan yang dilakukan ke
atas Seksyen 141A.

4.3.5 Analisis Dapatan Lima


100% responden adalah bersetuju dengan pindaan ke atas Seksyen 143A.

4.3.6 Analisis Dapatan Enam


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 28

100% responden bersetuju bahawa mereka ada menerima permohonan di


bawah Seksyen 141A atau 143A atau kedua-duanya sekali semasa bertugas di
pejabat mereka selepas pindaan ini dibuat.

4.3.7 Analisis Dapatan Tujuh


50% responden bersetuju bahawa mereka membuat semakan di peringkat
awalan sebelum membuat penolakan dibuat manakala 50% responden lagi
menyatakan mereka tidak menolak di peringkat awal permohonan dan menerima
permohonan seperti biasa.

4.3.8 Analisis Dapatan Lapan


100% responden bersetuju bahawa setiap permohonan di bawah Seksyen 141A
dan 143A akan melalui Mesyuarat One Stop Centre (OSC) dan dirujuk kepada
Jabatan-Jabatan Teknikal.

4.3.9 Analisis Dapatan Sembilan


100% responden bersetuju bahawa pindaan di bawah Seksyen 141A telah
membebankan tugas Pentadbir Tanah.

4.4 PERBINCANGAN DAPATAN

Hasil daripada dapatan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa:

Pertama, sungguhpun 100% responden bersetuju bahawa mereka mengetahui


tentang pindaan Seksyen 141A dan 143A, namun mereka turut mengakui
bahawa tiada penerangan khusus atau penetapan proses kerja / Standard
Operating Procedure (SOP) untuk dijadikan panduan dan rujukan yang diberikan
oleh pihak PTG atau JKPTG kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah
dan Tanah. Ini menimbulkan masalah ketidakseragaman prosedur di kalangan
pejabat-pejabat daerah dan tanah dalam memproses permohonan di bawah
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 29

Seskyen 141A dan 143A. Keadaan ini menyebabkan pelaksanaan pindaan


kedua-dua seksyen ini tidak berjalan dengan lancar kerana kekeliruan yang
timbul.

Kedua, 25% daripada responden juga turut bersetuju bahawa Seksyen 141A
yang terlibat di dalam pindaan ini adalah bercanggah dengan Seksyen 145 KTN
1965. Menurut Seksyen 145 KTN 1965, Mahkamah diberikan kuasa untuk
menamatkan kepunyaan bersama atas permohonan pemilik bersama atau
membenarkan permohonan pecah bahagi tidak dipersetujui pemilik bersama.
Tetapi dengan pindaan ini, pemilik bersama tidak lagi perlu memohon kepada
Mahkamah. 75% lagi responden didapati tidak pasti dengan perkara ini. Ketiga,
100% responden didapati tidak bersetuju dengan pindaan yang dilakukan ke
atas Seksyen 141A. Ini kerana pindaan tersebut akan menyebabkan bebanan
tugas Pejabat Tanah Daerah akan bertambah. Antara bebanan tugas tambahan
yang terpaksa dihadapi oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah dalam isu ini
adalah untuk mengadakan siasatan berhubung permohonan ini berbanding
sebelum ini di mana hanya setelah mendapat persetujuan pemilik-pemilik
bersama barulah permohonan dikemukakan kepada pentadbir tanah. 100%
responden juga bersetuju bahawa pindaan di bawah Seksyen 141A ini akan
membebankan tugas-tugas Pentadbir Tanah.

Keempat, didapati 100% responden bersetuju dengan pindaan ke atas Seksyen


143A. Ini kerana pindaan Seksyen 143A bakal memudahkan urusan pecah
bahagi tanah kategori pertanian yang kecil iaitu satu ekar dan ke bawah. Pindaan
ini dilihat dapat menyelesaikan banyak isu pecah bahagi tertunggak di kalangan
pemilik tanah. Kelima, didapati 50% responden bersetuju bahawa mereka
membuat semakan di peringkat awalan sebelum membuat penolakan dibuat
manakala 50% responden lagi menyatakan mereka tidak menolak di peringkat
awal permohonan dan membuka fail sejurus permohonan diterima. Perkara ini
jelas menunjukkan bahawa satu tatacara / prosedur kerja yang tidak seragam
telah timbul ekoran pindaan ini.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 30

4.5 RUMUSAN ANALISIS KAJIAN

Daripada analisis dapatan dan perbincangan dapatan yang dilakukan, dapatlah


dirumuskan bahawa pindaan Seksyen 141A dan 143A yang dijalankan tidak
dapat dilaksanakan dengan baik akibat kurangnya sesi penerangan pihak
bertanggungjawab kepada warga Pentadbiran Tanah. Sungguhpun pindaan ini
memudahkan masyarakat umum dalam urusan pecah bahagi dan pembangunan
tanah namun jika ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh peringkat
pelaksana ekoran dari tiada panduan dan prosedur kerja yang seragam dikhuatiri
akan menimbulkan kesan ke atas perkhidmatan penyampaian di tahap
pentadbiran tanah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 31

BAHAGIAN 5: RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kepada persoalan kajian yang diutarakan beserta dengan hipotesis


yang dikemukakan, kajian berpendapat bahawa pindaan Seksyen 141A dan
143A sedang dilaksanakan di peringkat pentadbiran tanah tanpa tatacara atau
prosedur yang seragam. Pindaan seksyen 141A ini juga seperti membuka ruang
kepada mana-mana pemilik tanah untuk meneruskan proses pecah bahagi
walaupun mengetahui akan mendapat tentangan daripada mana-mana pemilik
bersama. Pindaan ini juga turut membuka peluang bagi permohonan pecah
bahagi dibuat walaupun mana-mana pemilik bersama tidak dapat dikesan. Ini
menyebabkan bebanan tugas seperti pewartaan siasatan, siasatan tanah,
perintah dan sebagainya terpaksa digalas oleh pejabat tanah. Selain bebanan
tugas, pindaan ini juga membuka ruang kepada kes-kes penipuan dan
pemalsuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dari sudut positif pula, kajian ini membuktikan bahawa pindaan Seksyen 141A
dan 143A merupakan satu langkah bagi memudahkan pemilik-pemilik tanah
membangunkan tanah milik mereka. Ini sekaligus mengurangkan masa yang
diambil dalam urusan bagi membangunkan tanah. Selain itu, penglibatan pihak
peguam dapat dielakkan dalam proses urusan pecah bahagi. Ini dapat
membantu mengurangkan kos yang terlibat dalam urusan pembangunan tanah.
Dengan proses pembangunan yang lebih mudah dan cepat ini, isu tanah terbiar
dapat diatasi dan diselesaikan. Bilangan tanah terbiar juga akan dapat
dikurangkan dan ini akan memberi impak positif kepada kutipan cukai tahunan
pejabat tanah. Tambahan pula, pembangunan tanah yang diusahakan akan
memberi pulangan premium kepada kerajaan. Melalui kaedah ini juga tunggakan
cukai tanah juga dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak lagi menjadi backlog
pejabat tanah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 32

5.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah mengambil kira rumusan yang telah dibuat, kajian ingin mengemukakan
beberapa cadangan penambahbaikan untuk memantapkan pindaan ini. Melalui
kajian yang dijalankan terhadap kesemua responden didapati empat cadangan
penambahbaikan telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut. Cadangan
penambahbaikan adalah seperti berikut:

5.2.1 Sesi Taklimat Pindaan Seksyen 141A dan 143A oleh PTG dan JKPTG
kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat tanah

Hasil kajian mendapati 100% responden mengaku mereka tidak diberikan


taklimat berhubung pindaan ini. Ini boleh menyebabkan aspirasi pindaan
ini tidak dapat dihayati oleh responden. Bagi mengatasi masalah ini,
kajian mencadangkan agar dilaksanakan beberapa sesi taklimat oleh
pihak JKPTG dan PTG kepada semua warga pejabat tanah untuk
didedahkan berkenaan tujuan pindaan/peruntukan seksyen dibuat. Warga
pejabat tanah seterusnya akan dapat menyebarkan maklumat tersebut
kepada orang awam secara tepat dan berkesan.

5.2.2 Penyediaan SOP dan Garis Panduan melalui Bengkel dan Kursus
untuk memantapkan kefahaman semua pegawai dan kakitangan
pejabat tanah

Selain sesi taklimat, kajian juga mencadangkan agar diadakan bengkel


dan kursus untuk memantapkan kefahaman kumpulan sasaran terhadap
isu ini. Melalui pengendalian bengkel dan kursus, sebuah tatacara dan
garis panduan akan dapat diwujudkan untuk memberi penyeragaman
terhadap tindakan yang perlu dilakukan apabila menerima permohonan di
bawah Seksyen 141A dan 143A.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 33

5.2.3 Borang 9B dan pelan diakusaksi di hadapan pegawai

Selain itu, bagi mengatasi masalah penipuan dan pemalsuan ini, kajian
mencadangkan agar Borang 9B dan pelan diakusaksi di hadapan pegawai
yang diwartakan di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965. Ini
penting agar identiti pemohon dan pemilik-pemilik tanah dapat disahkan
melalui kaedah yang tepat dan telus.

5.2.4 Permohonan pecah bahagi mendapat kesemua tandatangan pemilik-


pemilik tanah

Cadangan mendapatkan tandatangan pemilik-pemilik tanah ini adalah


bagi memastikan permohonan pembangunan tanah ini adalah genuine
dan dipohon oleh pemilik-pemilik tanah dengan niat bona fide.

Semoga segala cadangan-cadangan penambahbaikan yang diusulkan melalui


kajian lapangan ini akan dapat diterimapakai agar pindaan Seksyen 141A dan
peruntukan Seksyen 143A ini dapat dilaksanakan secara tepat dan berkesan dan
seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian penjawat awam di
pentadbiran tanah.
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 34

SENARAI CARTA

JANTINA RESPONDEN

25%

LELAKI
PEREMPUAN

75%

Carta 1 – Pembahagian Responden Mengikut Jantina


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 35

SENARAI CARTA

UMUR RESPONDEN

10

7
BILANGAN RESPONDEN

0
BAWAH 30 TAHUN 31 - 40 TAHUN 41 - 50 TAHUN
Series1 2 10 8

Carta 2 – Pembahagian Responden Mengikut Umur


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 36

BORANG SOAL SELIDIK


KAJIAN LAPANGAN SEKSYEN PEMBANGUNAN TANAH
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH, INSTUN

“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965: Kajian Pelaksanaan di peringkat
Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan”
JABATAN: UMUR: JANTINA

PTD HILIR PERAK BAWAH 30 TAHUN LELAKI

PTD MANJUNG 31 – 40 TAHUN PEREMPUAN

PTD PERAK TENGAH, SERI ISKANDAR 41 – 50 TAHUN

PTD KINTA, IPOH

BANGSA: MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN

TIDAK
BIL SOALAN YA TIDAK
PASTI

1 Adakah pejabat ini maklum tentang pindaan Seksyen 141A dan 143A?

2 Adakah pindaan di bawah Seksyen 141A dan 143A ini diadakah taklimat kepada
semua pegawai dan kakitangan di pejabat ini?

3 Pada pendapat anda, adakah Seksyen 141A bercanggah dengan Seksyen 145
KTN?

4 Adakah anda bersetuju dengan pindaan Seksyen 141A ini?

5 Adakah anda bersetuju dengan pindaan Seksyen 143A ini?

6 Adakah pejabat ini menerima permohonan di bawah Seksyen 141A dan 143A?

7 Adakah di pejabat ini permohonan di bawah Seksyen 141A dan 143A disemak di
peringkat awalan sebelum penolakan dibuat atau permohonan diterima dan
diproses terlebih dahulu?

8 Adakah permohonan di bawah Seksyen 141A dan 143A melalui Mesyuarat OSC
dan dirujuk kepada Jabatan-Jabatan Teknikal?

9 Adakah pindaan di bawah Seksyen 141A membebankan tugas Pentadbir Tanah?


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 37

SENARAI SINGKATAN

BPPT - Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah

INSTUN - Institut Tanah dan Ukur Negara

KP - Ketua Program

KTN - Kanun Tanah Negara

OSC - One Stop Centre

PBN - Pihak Berkuasa Negeri

PT - Pentadbir Tanah

PTG - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

SBT - Seksyen Pembangunan Tanah


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 38

FOTO KAJIAN

A) Sesi temubual di Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 39

B) Sesi temubual di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Seri Manjung


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 40

C) Sesi temubual di pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Sri Iskandar
“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 41

D) Sesi temubual di Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Kecil Ipoh


“Seksyen 141A dan 143A Kanun Tanah Negara 1965:
Kajian Pelaksanaan di peringkat Pentadbir-Pentadbir Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan” 42

SENARAI RUJUKAN

1. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2001. Panduan Menulis Tesis: Gaya


UKM. Bangi: Penerbit UKM.

2. Kanun Tanah Negara 1965

3. National Land Code (Act 56 of 1965)

4. Manual Kanun Tanah Negara

5. D.R. 49/2007 Rang Undang-Undang. Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2007

6. Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] – Ringkasan, Latar
Belakang dan Rasional

7. Kaedah-Kaedah Tanah Negeri

8. Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

9. Universiti Teknologi MARA. 2010. Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian Tanah
dalam Usaha Pembangunan Tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Arau
Perlis: Dr. Rusnadewi Abdul Rashid , Nor Hisyam Ahmad, Pensyarah Undang-
undang, Fakulti Undang-undang UiTM

10. Wikipedia

You might also like