You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

Bil 2 / 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT SIDIM

Tarikh : 01.07.2019
Hari : ISNIN
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru Besar, SK Ladang Bukit Sidim

AGENDA MESYUARAT:

I PERUTUSAN PENGERUSI
II DASAR PENGURUSAN SEKOLAH
III PEMBENTANGAN LAPORAN
1. PENOLONG KANAN KURIKULUM
2. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
3. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
IV HAL-HAL LAIN
V UCAPAN PENANGGUHAN

KEHADIRAN :

BIL NAMA JAWATAN


1. Rozidah Binti Mohd Sarip Guru Besar
2. Rafiza binti Mohd Sanusi Penolong Kanan Pentadbiran
3. Matnizam bin Musa @ Salleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Ahmad Syah Rani bin Md Isa Penolong Kanan Kokurikulum

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-
guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Sidim (SKLBS) kerana
menghadiri Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Kali Kedua bagi sesi persekolahan
tahun 2019.
2. Pengerusi memaklumkan Program Interaktif Bahasa Melayu (Pike BM)perlu
dijalankan semasa aktiviti kokurikulum dan terdapat borang aktiviti tersebut.
Pengerusi berharap supaya semua dapat meneruskan kerjasama untuk melahirkan
bakat murid.
Makluman

II. DASAR PENGURUSAN SEKOLAH


3. Semua aktiviti dan program sekolah berjalan lancar dan berada dihalatuju yang
betul.

4. Pengerusi memaklumkan dari segi pengurusan aset ,pegawai aset yang telah
dilantik tidak mahir dengan bidang tugas sebagai pegawai pemeriksa aset.

5. Pengenrusi juga memerlukan maklumbalas berhubung kedudukan sekolah dari


segi hak milik padang sekolah kerana ketiadaan dokumen yang dapat
membuktikan hak milik tersebut.

1
6. Pengerusi memaklumkan beberapa aset telah dilupuskan tetapi tidak selesai
pelupusan tersebut :

a. Kerusi lipat tin yang terletak di dalam stor perlu disemak semula untuk
pelupusan
Tindakan : PK Kokurikulum
b. Pelupusan barang pra.
- Apabila mendapat kelulusan perlu menghubungi syarikat yang
bertanggungjawab. Semua urusan pelaporan perlu selesai pada
Oktober 2019.
c. Mewujudkan juruaudit dalam- En Matnizam b Musa.
d. Kunci sekolah- diserahkan kepada Cik Ainis (Pembantu Operasi) untuk
menguruskan kunci pejabat. Pejabat akan dibuka oleh Cik Ainis.
e. Pekerja Kontrak- waktu keluar an masuk pekerja perlu ‘punch in’ atau
‘punch out’
f. Sekolah merupakan kawasan larangan merokok.
g. Kantin- kualiti makanan kurang memuaskan. Mohon guru bertugas
memantau waktu perjalanan RMT dan edaran susu.
h. Sebarang bentuk pembelian barang di kedai perkakasan(hardware) tidak
dibenarkan tanpa kebenaran.
i. Kawalan dari segi aspek 3K: Keselamatan diletakkan dibawah PK
Kokurikulum.
Kebersihan di bawah pengawasan PK HEM.

III PEMBENTANGAN LAPORAN

7. LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Penolong Kanan Pentadbiran melaporkan Peperiksaan Percubaan UPSR bermula
pada 22 hb Julai 2019 – 25 hb Julai 2019 (Khamis). Untuk itu PK Kurikulum diminta
berbincang dengan guru – guru untuk mengadakan kelas pada hari Sabtu sebagai
persediaan untuk menghadapi UPSR.

:
8. LAPORAN PENOLONG KANAN HEM

GPK HEM memaklumkan tentang ketidakhadiran murid Tahun 2 Mohd Shahiman.


Mencadangkan supaya boleh diambil tindakan dengan memberikan surat amaran.

9. LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


Penolong Kanan memaklumkan bahawa murid- murid telah diminta untuk
berpakaian seragam uniform pada hari Rabu kecuali murid yand mempunyai
kelas Pendidikan Jasmani.

10. Pengerusi meminta supaya perhimpunan bulanan dikendalikan oleh unit


berunifom disamping aktiviti unit berunifom tersebut.

IV. HAL-HAL LAIN


11. Tiada

2
VI PENUTUP
a. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua GPK atas kerjasama
menjayakan perjalanan program sekolah.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 tengahari.

Disediakan oleh:

(RAFIZA BINTI MOHD SANUSI)


Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like