You are on page 1of 2

PBM2022 / MPU3312

BAHASA MELAYU SEMESTER 1, 2019/2020


TUGASAN PEMBENTANGAN LARAS BAHASA - BERKUMPULAN (20%)

 Arahan:

1. Tugasan ini merupakan pembentangan secara berkumpulan. Pelajar akan dibahagikan


kepada beberapa kumpulan (5 orang untuk setiap kumpulan).
2. Setiap kumpulan akan menentukan sendiri dua (2) jenis laras bahasa yang berbeza untuk
dibentangkan berdasarkan jadual dalam Perkara 10.
3. Fokus:
 Bahan-bahan berbentuk artikel yang bersifat ilmiah contohnya jurnal, majalah,
surat khabar, buku dan lain-lain.
 Semua bahan ini boleh diperolehi daripada media cetak atau media elektronik.
 Bahan-bahan ini perlu dilampirkan bersama-sama dengan laporan.
(bahan bacaan ilmiah contoh majalah atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka( DBP)
- 2 artikel yang berbeza daripada segi laras. Contoh: Laras sukan - Laras Ekonomi.
Contoh pautan: http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?m=201810
4. Berdasarkan SEMUA ciri linguistik laras bahasa, setiap kumpulan perlu membincangkan
perbezaan dan persamaan kedua-dua laras tersebut.
5. Giliran pembentangan akan dibuat berdasarkan undian.
6. Tugasan ini merupakan pembentangan berantai (satu ucapan disampaikan oleh beberapa
orang secara berturutan). Semasa sesi pembentangan, setiap kumpulan perlu
menyediakan slaid dan masa pembentangan akan diperuntukkan 15 - 20 minit dan tidak
ada markah diberikan sekiranya pembentangan melebihi masa yang ditetapkan (setiap
pelajar akan diperuntukkan 3 - 4 minit seorang).
7. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan berbentuk esei dan slaid pembentangan
perlu dilampirkan bersama.
8. Tugasan ini akan dibentangkan pada minggu ke- 13 dan minggu ke- 14.
9. Bahasa dan gaya penyampaian pembentangan haruslah bertepatan dengan tugasan.
10. Berikut merupakan jenis-jenis laras bahasa sebagai panduan kepada pelajar:

Bil. Jenis-jenis Laras Bahasa


1. Laras Ekonomi
2. Laras Undang-undang
3. Laras Iklan (Pemasaran Nilai Sosial)
4. Laras Sukan
5. Laras Sastera (Melayu Klasik, Penulisan Kreatif dsbg)
6. Laras Agama
7. Laras Sains (Perubatan, Kejuruteraan, Teknologi dsbg)
8. Laras Linguistik
9. Laras Berita
10. Laras Ucapan (Rasmi)
*Elakkan memilih teks ucapan politik

You might also like