You are on page 1of 2

PENYELIAAN & PENASIHATAN AKADEMIK : 1 a)

1.0 Pendahuluan
Kajian menunjukkan bahawa definisi pelajar bagi penyelia yang baik merujuk kepada
kebolehpercayaan, keyakinan terhadap pelajar, galakan, pengetahuan, dan perkongsian
maklumat (Denicolo, 2004). Kualiti penyeliaan yang baik ialah bergantung kepada sokongan,
tinggi tahap komunikasi, aksesibiliti, interaksi yang tidak formal, membantu pelajar tepat pada
masanya dan melayan pelajar sebagai seorang rakan sekerja yang muda (Radosveta Dimitrova,
2016). Justeru, artikel ini akan membincangkan dua kriteria uatama yang perlu ada dalam diri
seorang pensyarah penyelia bagi membantu pelajar merancang pelan pengajian untuk
menyediakan satu kertas projek akhir yang berkualiti.
2.0 Pengetahuan dan Kepakaran dalam bidang pelajar seliaan
Penyelia yang ideal adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang
mengelilingi penyelidikan pelajar. Penyelia perlu mempunyai ijazah yang berkaitan dengan
bidang kajian yang dijalankan oleh pelajar atau penyelia perlu mempunyai latarbelakang yang
kukuh dalam penyelidikan dan penerbitan . Pelajar sangat memerlukan penyelia yang boleh
menggunakan pengetahuan mereka tentang bidang pelajar itu supaya penyelia boleh
memahami dan menunjukkan bagaimana topik penyelidikan pelajar sesuai di dalam bidang
yang lebih luas. Walau bagaimanapun pelajar tidak semestinya mengharapkan penyelia
mempunyai kepakaran dalam topik penyelidikan yang tepat. Mempunyai penyelia yang
mempunyai kepakaran dalam metodologi yang diperlukan dalam penyelidikan mereka adalah
sangat penting dan satu kelebihan. Dengan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi dalam
bidang pelajar itu akan membuat penyelia menunjukkan minat dalam kerjaya pelajar. Mereka
membantu untuk memberikan sokongan untuk penubuhan kerjaya pelajar dalam beberapa cara
dengan lebih semangat. Ini termasuk hubungan yang baik dan memperkenalkan pelajar kepada
rangkaian rakan sekerja mereka, mencari dan memberi maklumat kepada pelajar tentang
persidangan dan seminar yang berkaitan dengan penyelidikan dan kerjaya mereka, dan
menggalakkan dan memudahkan pelajar untuk merancang pelan pengajian seterusnya
menyediakan satu kertas projek akhir yang berkualiti.
3.0 Berpengalaman dalam bidang penyeliaan dan memahami setiap pelajarnya
Sebahagian daripada berpengalaman dan berminat dalam penyeliaan, kualiti utama penyelia
yang ideal ialah mempunyai pemahaman lengkap tentang keperluan dan proses menyelesaikan
tesis. Bagi ahli akademik yang tidak mempunyai Ijazah Doktor Falsafah , penyelia wajib
mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam pengajaran dan
penyelidikan. Pelantikan ini hendaklah dipertimbangkan secara case by case dan diputuskan
di dalam Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Di samping itu, pelajar sangat memandang tinggi
penyelia yang memahami keperluan subkumpulan tertentu dari populasi pelajar (Pelajar
antarabangsa, mereka yang mempunyai anak, mereka yang kurang upaya, dan mereka yang
mempunyai perbezaan budaya). Adalah penting bahawa penyelia dapat mengenal pasti
keperluan penyeliaan pelajar masing-masing. Ini berbeza antara pelajar dan antara tahap
pengajian yang berbeza. Menurut Norhasni binti Zainal Abiddin (2006), seorang penyelia
yang berkesan perlu memahami bahawa setiap pelajar itu adalah berbeza dari segi
kebolehan akademik, motivasi, sikap dan personaliti .
4.0 Penutup
Secara kesimpulannya, jika penyelia mempunyai kriteria-kriteria penting dan mampu
menyelia dengan baik, akan tercetusnya persahabatan yang berorientasikan akademik di
antara penyelia dan pelajar seterusnya dapat membantu dan memudahkan pelajar merancang
pelan pengajian dengan lebih baik. Natijahnya, satu kertas projek akhir dapat dihasilkan dengan
berkualiti dan memuaskan hati pelajar dan penyelia itu sendiri.

5.0 Rujukan
Denicolo, P. (2004) Doctoral supervision of colleagues – Peeling off the veneer of satisfaction
and competence. Studies in Higher Education, 29(6), 693-707.
Radosveta Dimitrova. (2016). Ingredients of good PHD supervision. Utbildning &
Lärande,40-52.
Norhasni binti Zainal Abiddin. (2006). Keberkesanan Hubungan antara Pelajar dan Penyelia
dalam Penyelidikan dan Penyediaan Projek Akademik. Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.

You might also like