You are on page 1of 11

LAPORAN PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT

BERUNITFORM SEKOLAH-SEKOLAH KECIL ZON


RENGGAM LAYANG 2019

Pendahuluan
Seramai 80 orang peserta telah terlibat dalam perkhemahan integrasi unit beruniform Sekolah-Sekolah
Kecil Zon Renggam Layang 2019. Perkhemahan Integrasi Unit Berunitform ini merupakan buat julung
kali pertama dilaksanakan di peringkat zon renggam layang. Peserta tersebut terdiri daripada murid-
murid lima buah sekolah iaitu SK Ladang Ulu Remis, SK Ladang Tun Dr Ismail, SK Seri Kg Renggam, SK
Bandar Renggam dan SK Jubli Intan. SK Ladang Ulu Remis telah menjadi tuan rumah untuk
perkhemahan ini yang telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam.
Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental
dikalangan pelajar. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan
mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan
dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra
antara guru dan murid. Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang
disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di
padang sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti
sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.

Tarikh / Hari

Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:


Hari : Isnin dan Selasa
Tarikh : 11 Dan 12 November 2019

Penyertaan
Pasukan badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:

1. Pasukan Pandu Puteri Tunas


2. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah ‘Burung Pungguk’, Simpulan dan Ikatan, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan, Aktiviti
Keagamaan, Kawad Kaki Statik dan Kembara Berhalangan .

Prosedur dan Jadual Kerja


Untuk menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk
mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-
masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan mengikut sekolah. Untuk tidak membebankan
guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusun atur dengan rapi supaya guru dapat
hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan, dan diharapkan segala program
atau aktiviti yang telah dirancang berlansung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru
yang bertugas.

Jemputan yang Hadir


Antara jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah PPD dan AJK PIBG.
Selain daripada itu wakil daripada Balai Polis Layang Layang turut hadir pada hari terakhir perkhemahan
untuk majlis perasmian penutup.

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan


Berikut ialah jawatankuasa kerja yang terlibat dalam program perkhemahan ini.

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Amerudin Bin Tahir


(Guru Besar SK Ladang Ulu Remis)

N. Pengerusi 1 : En. Rosli Bin Sahdan


(Guru Besar SK Ladang Tun Dr. Ismail)

N. Pengerusi 2 : En. Atan Bin Abd Rahman


(Guru Besar SK Seri Kg. Renggam)

Setiausaha : Tn Hj Yusoff Bin Hassan


(Guru Besar SK Bandar Renggam)

Bendahari : Pn Maizatul Akmam Binti Mahmood


(Guru Besar SK Jubli Intan)

Kem Komandan : En Sulaiman Bin Hassan

Pen. Kem Komandan : Pn Noor Syamsila Binti Yahya


AJK KECIL SEKOLAH

Peralatan/Persiapan SKBR

Keselamatan/Kecemasan SKLTDI

Sijil/Dokumentasi SKSKR

Kerohanian/Ibadah SKJI

Persiapan Makan SKLUR/SKSKR

Hadiah/ Cenderamata SKSKR

Pendaftaran SKLUR

Siaraya/ Audio Visual SKLTDI

Sumbangan GB SKLUR/GB SKBR

Buku Program SKLUR


Atur cara dan Aktiviti yang dilaksanakan

Isnin ( 11 November 2019 )

Pada jam 7.30 pagi, 80 orang murid telah tiba ke kawasan perkhemahan iaitu di SK Ladang Ulu Remis.
Kesemua mereka dibawa oleh guru-guru pengiring sekolah masing-masing.
Pada jam 8.00 pagi, kesemua peserta telah selesai mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua
peserta diarah untuk berkumpul mengikut sekolah masing-masing di tapak perkhemahan. Taklimat
diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian kumpulan sebelum
memulakan aktiviti perkhemahan ini. Setiap kumpulan tersebut terdiri daripada murid-murid yang
daripada sekolah yang berlainan.

Pendaftaran Guru Dan


Peserta

Pengenalan Oleh Kem


Komanden Dan Pelantikan
Penghulu dan Penghuluwati
Selesai aktiviti pembahagian kumpulan, murid-murid telah diberikan minum pagi. Murid-murid makan
bersama-sama di kawasan yang disediakan.
Pada jam 10.30 pagi, murid-murid mendirikan khemah masing-masing dengan bimbingan kem komanden
dan juga para fasilitator. Kebanyakan murid baru pertama kali belajar memasang khemah.

Aktiviti Mendirikan Khemah Oleh Peserta


Perkhemahan Dibimbing Fasilitator

Setelah aktiviti memasang khemah, murid-murid berkumpul di dewan terbuka untuk aktiviti seterusnya
iaitu ice breaking yang dijalankan oleh jurulatih yang bertugas. Perbagai aktiviti yang dijalankan semasa
ice breaking yang begitu menyeronokkan para peserta seperti aktiviti tepukan sorak, teka saya,
tandatangan dan sebagainya.Aktiviti ini berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Aktiviti IceBreaking oleh Jurulatih

Selepas itu, para peserta diberikan masa untuk rehat dan menikmati makan tengahari serta menunaikan
solat zohor. Pada jam 2 petang, para peserta berkumpul di tapak perhimpunan dan seterusnya
mendengar taklimat serta diberikan tugasan untuk aktiviti persembahan malam kebudayaan yang akan
dijalankan pada malamnya. Pada jam 3 petang, para peserta menjalankan aktiviti seterusnya iaitu
menyembelih dan mencabut bulu ayam. Aktiviti ini telah dipimpin oleh beberapa ustaz daripada sekolah-
sekolah yang terlibat.
Aktiviti Penyembelihan dan Mencabut Bulu
Ayam

Pada jam 4.30 petang, para peserta menunaikan solat asar dan seterusnya diikuti minum petang.
Selepas itu, para peserta diberikan masa untuk membuat latihan persembahan bersama fasilitator
mereka. Pada jam 5.30 petang, para peserta diberikan masa untuk mengurus diri dan pada jam 6.30
petang mereka telah mengambil makan malam.
Para peserta kemudian menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Selepas menunaikan solat
maghrib, para peserta membaca yassin dan tahlil dan seterusnya menunaikan solat isyak. Aktiviti ini
diketuai oleh ustaz.

Aktiviti Kerohanian : Solat Maghrib, Bacaan


Yassin, Tahlil, Solat Isyak

Pada jam 9.30 malam, para peserta telah menjalankan aktiviti persembahan malam kebudayaan. Tema
malam kebudayaan tersebut ialah tradisional. Terdapat pelbagai persembahan yang telah
dipersembahkan seperti boria, tarian kipas, dikir barat dan sebagainya. Persembahan ini telah dihakimi
oleh tiga orang hakim. Keputusannya telah diketahui pada malam itu juga. Selesai malam kebudayaan,
para peserta diberi kudapan malam dan seterusnya tidur di khemah masing-masing.

Aktiviti Persembahan Malam Kebudayaan


Pada jam 1 pagi, para peserta telah dikejut untuk aktiviti burung pungguk. Aktiviti burung pungguk ini
bertujuan untuk meningkatkan keberanian, kekuatan dan keyakinan murid-murid terutama
dalaman.Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar sehingga jam 3 pagi. Murid-murid kemudian
menyambung tidur di khemah.

Aktiviti Burung Pungguk

Selasa (12 Mei 2019 )


Hari ini merupakan hari terakhir program perkhemahan. Murid dikejutkan kira-kira jam 5.00 pagi untuk
mandi dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya mengikuti kuliah
subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu
murid mengambil sarapan pagi. Pada pukul 8.30 pagi, aktiviti yang dijalankan ialah selamat pagi
malaysia dan kawad kaki statik. kawad kaki ini diketuai oleh kem komaden dan jurulatih. Para peserta
telah mendapat teknik-teknik kawad kaki seperti cara membuka dan menutup barisan, cara berpusing ke
kanan dan kiri dan sebagainya. Aktiviti ini berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Kawad Kaki Statik oleh Peserta

Selepas itu, para peserta mengikut kumpulan menjalankan aktiviti sistem stesen. Setiap kumpulan akan
bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain untuk menjalankan aktiviti. Stesen pertama ialah Belajar
Pertolongan Cemas, Stesen Kedua, Belajar Asas-asas simpulan dan Ikatan, Stesen Ketiga, balutan dan
anduh. Aktiviti-aktiviti ini dikendaikan oleh guru-guru pengakap.
Aktiviti Steten Pertolongan Cemas, Balutan
dan Ikatan

Pada jam 10.30 pagi, para peserta telah menjalankan aktiviti kembara berhalangan di mana terdapat 10
stesen yang mereka perlu selesaikan seperti aktiviti hujan asid, bola api dan sebagainya.

Aktiviti Kembara Berhalangan; Hujan


Asid

Peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.
Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut
zon yang telah ditetapkan.

Lebih kurang pada pukul 12.30 pagi murid diarahkan oleh kem komander untuk berkumpul di hadapan
dataran perhimpunan kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup ini akan
disempurnakan oleh ketua balai polis pekan layang. Semua murid berkumpul dengan pakaian unit
uniform yang kemas. Aktiviti penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan juga
kelima-lima guru besar sekolah yang terlibat dengan perkhemahan. Majlis berakhir pada pukul 2.00
petang.
Majlis Penutupan Perkhemahan Dan
Penyampaian Hadiah kepada para peserta

Dapatan :
1. Kekuatan
Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang
dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan
ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang
berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada
masa depan. Program kerohanian yang dijalankan dapat membentuk disiplin dan akhlak
peserta melalui tazkirah-tazkirah yang disampaikan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang diadakan dapat
memberi jati diri yang kuat kepada para peserta di samping dapat memupuk semangat
kerjasama dan setiakawan yang tinggi antara satu sama lain. Selain daripada itu, ia juga dapat
membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk
menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk
berinteraksi dengan orang lain.

2. Kelemahan
Sudah menjadi adat dalam sesuatu perkara yang dilakukan, mesti ada kekuatan dan
kelemahannya. Begitu juga dengan program perkhemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang
diperhatikan dan perlu penambahbaikan di masa akan datang. Antara kelemahan yang
didapati ialah stamina para peserta perkhemahan. Kekurangan latihan menyebabkan para
peserta kelihatan kurang bermaya dan cepat keletihan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Selain daripada itu, dari segi ketepatan masa, para peserta kurang mematuhi
jadual yang ditetapakan menyebabkan ada aktiviti yang berjalan tidak mengikut masa yang
ditetapkan.
Cadangan penambahbaikan
1. Para peserta mestilah bersedia dari segi fizikal dengan mengadakan latihan yang mengcukup
sebelum tiba hari perkhemahan.
2. Para guru hendaklah sentiasa mematuhi jadual tugas yang telah ditetapkan agar semua program
yang telah disusun atur dapat berjalan mengikut masa dan lancar seperti yang telah diputuskan di
dalam mesyuarat.
3. Kem komander dan guru yang bertugas hendaklah memastikan para peserta perkhemahan
sentiasa mematuhi masa.
Maklum balas dan penilaian menyeluruh
Secara keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah dapat dijalankan dengan
jayanya. Segala aktiviti dan program yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan. Melalui program ini
telah dapat menyerlahkan kerjasama yang erat antara sesama peserta perkhemahan, dengan para guru,
Ajk PIBG, Anggota polis dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli
jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program ini juga
telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan. Selain
daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan.

Penutup

Sesungguhnya Aktiviti Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Sekolah-Sekolah Kecil Zon Renggam
Layang 2019. ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta
dan AJK Penganjur. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti
ini benar-benar boleh menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. AJK Penganjur ingin merakamkan
ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan, AJK PIBG, anggota polis dan
semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform
Sekolah-Sekolah Kecil Zon Renggam Layang 2019. Adalah sangat diharapkan melalui program yang
dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. mempunyai jati diri
dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk
melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala
bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan
untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan menguruskan program seumpama itu dengan
lebih baik

Disedikan Oleh :

................................................................
(EN MOHAMMAD TAUFIQ BIN ABD SHUKOR)
Guru
SK Bandar Renggam.
Disemak oleh,

.....................................................................
(PN ROSLINDA BINTI MOHD NOR)
GPK Kokurikulum,
SK Bandar Renggam.

Disahkan oleh,

..........................................................
(TN. HJ YUSOFF BIN HASSAN)
Guru Besar,
SK Bandar Renggam.

You might also like