You are on page 1of 13

RINGKASAN DASAR NO.

Dasar Pendidikan di Malaysia


Cabaran Pelaksanaan dan Rundingan Dasar

Photos: Ministry of Education, Malaysia


Photos: Ministry of Education, Malaysia

Januari 2019
BAHAGIAN 1: LATAR BELAKANG DAN Kedua, proses top-down masih dominan di negara ini
DAPATAN KAJIAN yang mengamalkan sistem berpusat. Rundingan
dengan pihak berkepentingan adalah penting supaya
Kebanyakan negara berusaha untuk menambah baik pembaharuan dapat diterima sepenuhnya. Walau
sistem pendidikan mereka untuk bersaing dengan bagaimanapun, terdapat bukti terhad mengenai kesan
lebih berkesan dalam ekonomi yang berasaskan rundingan sedemikian dalam pembaharuan dasar.
pengetahuan. Globalisasi membawa kepada Ketiga, pendekatan berdasarkan kesesuaian dilihat
kesedaran pihak kerajaan dalam kemajuan ekonomi penting dalam mencapai matlamat pembaharuan.
dan sistem pendidikan lain yang pesat berkembang.
Dasar penyetaraan atau ‘one-size-fits-all’ dilihat tidak
Kerajaan mungkin ingin mencontohi kejayaan negara-
sesuai dilaksanakan dalam mencapai objektif
negara lain walaupun terdapat pandangan yang kukuh
bahawa keberkesanan 'peminjaman dasar' itu dibatasi pembaharuan.
oleh perbezaan kontekstual dan budaya. Pelan
Inisiatif Dasar Pendidikan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013) merupakan contoh pelan
Pendidikan di Malaysia ditadbirkan di empat peringkat
pembaharuan di Asia.
yang berbeza; persekutuan, negeri, daerah dan
sekolah (UNESCO 2011):
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 merupakan pelan Persekutuan (KPM)
pembaharuan dasar pendidikan yang utama. •Bertanggungjawab dalam pembangunan dasar dan
Pelan ini menggariskan hasrat dalam peraturan di bawah kepimpinan Ketua Pengarah
transformasi sistem pendidikan supaya Pelajaran Malaysia (KPPM).
Malaysia berada dalam kedudukan satu per tiga
teratas dalam International Student Negeri Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Assessment (PISA) dan Trends in International •Menyelaras dan memantau pelaksanaan program,
Mathematics and Science Study (TIMSS) projek dan aktiviti pendidikan.
menjelang tahun 2025. •Memberi maklum balas kepada pihak KPM dalam
perancangan secara keseluruhan.

Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)


Keberkesanan pelaksanaan dasar adalah penting bagi
merealisasi aspirasi yang ingin dicapai. Walau •Menghubungkan pihak sekolah dan JPN dengan
menyelaras dan memantau pelaksanaan program,
bagaimanapun, dapatan di Malaysia (Bush et al 2018),
projek dan aktiviti di peringkat sekolah.
dan di Thailand (Hallinger dan Lee 2014) mendapati
bahawa inisiatif mungkin terhenti ekoran pelaksanaan
yang kurang sempurna di peringkat sekolah. Sekolah Sekolah Menengah & Sekolah Rendah
•Pengetua dan guru besar bertanggungjawab dalam
Pernyataan dasar ini berkaitan dengan kajian kami kepimpinan profesional dan pengurusan di sekolah.
tentang pelaksanaan pembaharuan dasar pendidikan
di Malaysia. Rajah 1: Empat peringkat dalam pengurusan pendidikan di
Malaysia.
Pembentukan Dasar di Malaysia Menghubungkan Pembangunan Polisi dan
Pelaksanaan
Terdapat tiga ciri utama pembaharuan dasar
pendidikan di Malaysia. Pertama, impak globalisasi
Penulis menjalankan temu bual dengan 49 peserta di
yang ditunjukkan melalui peminjaman dasar luar.
pelbagai peringkat (persekutuan, negeri, daerah dan
Impak globalisasi ini dapat dilihat melalui penekanan
sekolah) di enam buah negeri dan wilayah. Peserta di
dalam PPPM untuk memperbaiki kedudukan Malaysia
semua peringkat menyedari kerumitan pelaksanaan
di peringkat antarabangsa dalam liga antarabangsa
pembaharuan dasar pendidikan dan 'jurang
seperti PISA dan TIMSS.
pelaksanaan' (Becher 1989: 54) antara aspirasi dasar
dan pelaksanaan di sekolah dan bilik darjah. Seorang
peserta dari Sabah menggambarkan isu itu sebagai
'sangat penting'. Ketiga-tiga "broad approaches" bagi

1 | Page
pelaksanaan dasar yang dikenal pasti oleh Becher lemah dalam menasihati pembuat dasar tentang
(1989) dapat dilihat dalam pelaksanaan dasar baharu implikasi pelaksanaan pembaharuan dasar.
ini di Malaysia. Pertama, terdapat penekanan
terhadap proses 'top-down' dalam sistem berpusat di 2. Maklumat tidak tepat: Terdapat bukti mengenai
mana penataran maklumat dilaporkan oleh peserta di kekangan proses penataran maklumat dengan
Kelantan, Kuala Lumpur (KL) dan Sabah. Kecairan kecairan maklumat di tahap pentadbiran
maklumat melalui proses penataran ini (Kelantan), dan maklumat kurang tekal (KL). Hal ini
mengakibatkan perbezaan mesej yang difahami dapat menonjolkan kurangnya kepercayaan guru
dengan apa yang dimaksudkan oleh pembuat dasar. terhadap pembuat dasar, seperti yang
Kedua, kurang penekanan terhadap ‘bargaining ditunjukkan dalam data di Sabah.
model’ yang dianjurkan oleh Becher walaupun
penglibatan langsung Rakan Peningkatan Sekolah atau 3. Dasar tidak realistik: Sesetengah peserta,
School Improvement Partners (SIPs) dan Pembimbing contohnya di Johor, menyebut 'terpisah' daripada
Pakar Peningkatan Sekolah atau School Improvement realiti berkenaan dengan kekangan infrastruktur
Specialist Coaches (SISC) di sekolah telah membawa dan sikap guru.
kepada beberapa sasaran dalam PPPM di tambah baik
dan di ubah suai. Ketiga, ‘persuasion model’ oleh Isu ini perlu ditangani jika dasar ini ingin direalisasikan
Becher dapat dilihat melalui proses perundingan yang (Honig 2006) seperti yang digariskan dalam PPPM,
luas bagi mengadaptasi PPPM. Kejayaan dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan prestasi pelajar ke
dengan sokongan yang meluas untuk pembaharuan. tahap satu per tiga teratas dalam liga antarabangsa.

School Improvement Partners (SIPs)


memberi sokongan kepada sekolah yang
mempunyai prestasi rendah melalui latihan
kepada pengetua dan guru dan
pemantauan lebih kerap oleh PPD.
School Improvement Specialist Coaches
(SISCs) bertanggungjawab untuk membawa
kurikulum dan pentaksiran baharu ke bilik
darjah, memberi latihan pedagogi kepada
guru dan memantau keberkesanan Gambar 1: Lima Aspirasi dalam Pelan Pembangunan
pelaksanaan. Pendidikan Malaysia

Memahami Inisiatif Dasar oleh Pemimpin


Sekolah, Guru dan Pemegang Kepentingan
Pelaksanaan dan Penyebaran Dasar
Aida Suraya (2001) berpendapat bahawa
Penekanan PPPM untuk meningkatkan prestasi dalam pembaharuan dasar 'goyah pada peringkat yang lebih
PISA dan TIMSS memerlukan Malaysia untuk rendah' dan disokong oleh data semasa. Ini
mempunyai polisi yang berkesan dalam menghasilkan disebabkan oleh pemahaman yang lemah terhadap
kemajuan dalam prestasi pelajar (Honig 2006). Ini inisiatif dasar oleh pengetua, guru dan pemegang
bermaksud pelaksanaan dan penyebaran dasar yang kepentingan lain, termasuk pegawai JPN dan PPD. Ini
berkesan adalah penting supaya aspirasi yang jelas dapat dilihat di Sabah yang mengakui kurang
dicetuskan dalam PPPM itu dapat dicapai. kesedaran terhadap kandungan PPPM. Ini juga jelas di
kalangan pemimpin sekolah dan guru-guru, seperti
Beberapa perkara utama dapat dilihat dalam data
yang terdapat dalam kajian Bush dan Ng (akan datang)
seperti berikut:
dalam kepimpinan sekolah dan PPPM. Pihak
kementerian menganjurkan ‘mixed economy' untuk
1. Jaringan Maklum balas yang lemah: Persepsi
penataran, mempamerkan pembangunan guru, dan
‘top-down’ ditunjukkan dalam komen seperti sokongan terhadap daerah, terutama melalui SIP+ dan
"menyebarkan mandat" (Johor) dan "tidak SISC+. Penataran maklumat dikritik oleh pengetua KL,
mempersoalkan pegawai tertinggi" (Selangor). sebagai contoh, yang mengatakan bahawa ini guru
Perspektif ini mencadangkan 'maklum balas' yang

2 | Page
dimaklumkan secara tidak langsung, dan ini adalah Faktor yang Menghalang Keberkesanan
contoh tapisan dasar. Pembaharuan Dasar
Masalah yang lebih besar mungkin terjadi ekoran sikap Beberapa penyelidik di Malaysia mengenal pasti
guru terhadap pembaharuan dasar, yang digambarkan hierarki pengurusan pendidikan sebagai faktor utama
sebagai ‘sikap tidak peduli’ (KL), ‘menentang' yang menghalang keberkesanan pelaksanaan dasar.
(Selangor), atau berada di ‘zon selesa’ (Sabah). KPM di peringkat persekutuan dilihat seperti
Sebahagian masalah ini juga mungkin disebabkan oleh mengawal, berikutan pendekatan yang sangat
profesionalisme yang lemah dan juga hakikat berpusat (Musa, 2003), bersama-sama pihak JPN dan
kepercayaan profesional (Jahnukainen et al 2015: PPD yang membantu dari segi pentadbiran (Ibrahim et
162). Perubahan sikap dilihat sebagai cabaran yang al., 2015). Pembinaan dasar secara berpusat
lebih besar berbanding meningkatkan pemahaman menghasilkan cabaran bagi guru, yang melihat dasar
kepada pihak berkepentingan. pengajaran dari pihak pengurusan atasan sebagai
tidak realistik (Ibrahim et al., 2015).

“ Masalah yang lebih besar mungkin terjadi ekoran


sikap guru terhadap pembaharuan dasar, yang
digambarkan sebagai ‘sikap tidak peduli’ (KL),
Peserta penyelidikan mengenal pasti beberapa
kekangan dalam keberkesanan pembaharuan dasar:

‘menentang' (Selangor), atau berada di ‘zon selesa’


(Sabah). 1. Para peserta di semua peringkat menyatakan
kebimbangan mengenai sikap guru dan
pemimpin terhadap perubahan. Pendidikan
adalah perkhidmatan awam yang kompleks
Faktor yang Membantu Keberkesanan
untuk dipimpin dan diurus tadbir kerana
Pembaharuan Polisi pelaksanaannya berlaku di ribuan sekolah
yang berbilang komuniti. KPM perlu
KPM menubuhkan Unit Prestasi dan Pelaksanaan
mempertimbangkan tindak balas terhadap
Pendidikan (PADU) pada tahun 2013. PADU diterima
'sikap yang tidak sesuai' terhadap perkara ini.
baik oleh pegawai KPM dan beberapa peserta di
peringkat negeri. Walau bagaimanapun, konsep
2. Guru menganggap dasar pengajaran sebagai
'penyampaian' berkait rapat dengan proses ‘top-
tidak realistik (Ibrahim et al., 2015). Pembuat
down’ dilihat kurang sesuai bagi pelaksanaan yang
dasar perlu melihat kembali sama ada semasa
bersifat konstekstual dan hal ini disokong oleh peserta
proses rundingan, contohnya semasa
di semua empat peringkat. Pelantikan SIP+ dan SISC+
pembangunan PPPM, adakah tujuan
dilihat lebih sesuai untuk model kontekstual.
rundingan untuk mencari persetujuan atau
hanya sebagai ‘window dressing’.
Tugas utama Unit Prestasi dan
Pelaksanaan Pendidikan adalah untuk 3. Kebimbangan telah dinyatakan oleh peserta
membantu, memberi sokongan dan penyelidikan tentang sifat pembaharuan
menyampaikan visi KPM dalam tranformasi dasar yang terlalu berpusat dan keperluan
pendidikan melalui PPPM. untuk melaksanakannya secara kontekstual.
Walaupun inisiatif peringkat daerah, seperti
Unit ini bertanggungjawab untuk pelantikan SIP+ dan SISC+ dilaksanakan bagi
menyampaikan strategi secara berkesan, membantu menangani isu ini, usaha ini dilihat
memantau pelaksanaan, menguruskan tidak mencukupi dan perubahan ini dilihat
interdependencies serta memperkenalkan sebagai perubahan yang dikenakan ke atas
pendekatan baharu untuk meningkatkan sekolah dan bukannya ‘dihasrati’ oleh sekolah
dan guru.
sistem pendidikan Malaysia supaya
berdaya saing di peringkat antarabangsa.
4. Terdapat persepsi sumber terhad; masalah
infrastruktur, kekurangan peralatan, dan
penataran latihan kepada guru, yang
menghadkan pelaksanaan dasar yang
berkesan.

3 | Page
-Faktor yang membantu pelaksanaan -Faktor yang menghalang pelaksanaan
berkesan dalam pembaharuan dasar berkesan dalam pembaharuan dasar
-Penubuhan PADU untuk membantu, - - Hierarki, pendekatan berpusat / top-
menyokomg dan menyampaikan visi KPM down
dalam transformasi sistem pendidikan
- - Sikap guru dan pemimpin yang tidak
melalui PPPM
sesuai
- - Persepsi guru yang menganggap dasar
pengajaran tidak realistik
- - Perubahan digambarkan sebagai perkara
yang dikenakan dan bukan sesuatu yang
diamati oleh pemegang kepentingan.
- - Sumber yang dikatakan terhad.

Penglibatan Pihak Profesional dan Pemegang


kecekapan. Visi ini diperkukuhkan oleh pegawai-
Kepentingan dalam Pembentukan dan pegawai KPM namun begitu, pelbagai pendapat
Pelaksanaan Dasar diperoleh dari peserta di enam buah negeri. Pegawai
dan pengetua di Selangor bersetuju bahawa PPPM
Sebahagian besar pelaksanaan pembaharuan dasar
berwawasan dan mempunyai 'pemikiran ke hadapan'.
berlaku di sekolah-sekolah dan bilik darjah.
Pandangan yang sama dikongsi oleh peserta di KL.
Penglibatan pihak berkepentingan, terutamanya guru-
Bagaimanapun, seorang pengetua di Kelantan
guru, mungkin dapat meningkatkan kejayaan
berpendapat bahawa 'tiada visi yang jelas' dan
penerimagunaan dasar ini. Pemilikan profesional
mengkritik PPPM 'sukar untuk dibaca'. Persamaaan
terhadap agenda pembaharuan adalah prasyarat
pandangan dapat dilihat di mana seorang pegawai
untuk pelaksanaan yang berkesan, walaupun dalam
daerah Johor mendakwa bahawa PPPM terlalu rumit
sistem pendidikan yang berpusat, seperti yang
dan 'pemimpin sekolah tidak mempunyai masa untuk
ditunjukkan oleh perbincangan di atas. Ini diakui
membacanya'. Peserta-peserta di Sabah memberi
secara meluas oleh para peserta. Bagaimanapun,
tumpuan kepada apa yang mereka anggap sebagai
seperti yang dinyatakan di KL, penglibatan profesional
'halangan' untuk mencapai visi, terutamanya sumber
dalam rundingan PPPM melibatkan pemimpin dan
yang tidak mencukupi. Isu berkaitan adalah persoalan
pegawai daerah, dan bukannya di kalangan guru.
mengenai aspirasi dalam PPPM yang mempersoalkan,
Penglibatan pihak yang berkepentingan ini dilakukan
'visi siapa'? Walaupun rundingan yang luas, termasuk
terutamanya mengenai peruntukan sumber dan
siri jelajah yang dilaksananakan, visi ini dilihat sebagai
bukannya penglibatan secara langsung dengan
ketetapan oleh ahli politik dan pegawai di peringkat
pembuatan dasar.
kementerian, dan diserahkan kepada peringkat lain.


Pemantauan Pembaharuan Dasar
Pemilikan profesional terhadap agenda
pembaharuan adalah prasyarat untuk Mengukur prestasi dianggap sebagai salah satu cara
pelaksanaan yang berkesan, walaupun dalam untuk menilai keberkesanan dasar. PADU mempunyai
peranan utama dalam memantau pelaksanaan


sistem pendidikan yang berpusat.
pembaharuan dasar. Kebanyakan peserta mengalu-
alukan kejelasan proses-proses yang
Visi dan Pembaharuan Utama
diperkenalkannya. Walau bagaimanapun, ini
Pembaharuan dasar utama memerlukan visi yang jelas merupakan contoh new public management (NPM)
(DeGroff dan Cargo 2009), di mana tumpuan dalam
dan disokong secara meluas oleh pihak
mengukur prestasi menggunakan instrumen standard,
berkepentingan untuk memperoleh adaptasi dasar
dan bukannya memberi tumpuan kepada proses.
yang berjaya. Konsep visi ditakrifkan melalui orientasi
jangka panjang (2013-2025) dan melalui aspirasi untuk Aspirasi dalam 'perubahan langkah' bagi kemenjadian
meningkatkan akses, kualiti, perpaduan, ekuiti dan pelajar digariskan, namun begitu, tumpuan terhadap

4 | Page
pencapaian yang lebih tinggi untuk Malaysia dalam mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam
PISA dan TIMSS tidak dapat dielakkan. Bahasa Inggeris, yang membawa kepada kritikan
terhadap pelaksanaan dasar yang tidak konsisten.
Keperluan untuk Keberkesanan
Penerimagunaan Dasar Dasar Bahasa Inggeris membawa ujian penting bagi
pembuat dasar di semua peringkat. Terdapat
PPPM (2013-2025) melakarkan pemerkasaan JPN dan ketegangan antara sokongan terhadap bahasa
PPD (KPM, 2013; Ibrahim et al., 2015) sebagai tindak kebangsaan, Bahasa Melayu, dan pengiktirafan
balas terhadap kritikan terhadap keputusan yang terhadap kepentingan Bahasa Inggeris di peringkat
berkaitan dilakukan secara ‘top-down’. Kedua-dua antara bangsa. Peserta menyatakan perubahan dasar
pihak ini telah memperoleh lebih banyak autonomi bersifat 'politik' (Johor) atau menganggap
dalam membuat keputusan terutamanya dalam pemansuhan Bahasa Inggeris untuk Pengajaran dan
urusan penganggaran dan personel. Namun begitu, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
perubahan ini dapat dianggap sebagai 'dekonsentrasi' Inggeris (PPSMI) sebagai 'kemunduran' (Sarawak).
kuasa pusat berbanding pemerkasaan dan
pemberdayaan tulen. Semua peserta di peringkat nasional dan negeri
mengkritik pembatalan PPSMI dan pengenalan
Tiga perkara utama muncul dari data mengenai Program Dwibahasa atau Dual Language Programme
penerimagunaan dasar: (DLP). Peserta dari kedua-dua negeri di Malaysia
Timur, Sabah dan Sarawak, lebih positif menerima
1. Hasrat untuk menjadikan pelaksanaan dasar
inisiatif Bahasa Inggeris KPM berbanding peserta di
sebagai tidak berpusat adalah dialu-alukan di
semua peringkat kerana pengiktirafan yang Semenanjung Malaysia. Walaupun DLP telah
meluas bahawa sekolah dan komuniti yang menggantikan PPSMI, cabaran pelaksanaan tetap
pelbagai memerlukan maklum balas custom wujud, terutamanya berkenaan proses pemantauan
dan bukan maklum balas standard. Peranan dan permasalahan guru yang tidak bersedia dengan
SIP+ dan SISC+ dalam penerimagunaan dasar perubahan dasar ini.
adalah berharga.
2. Sumber yang terhad, termasuk infrastruktur Dasar Kepimpinan Pengajaran
yang lemah dalam beberapa konteks dan
kualiti dan komitmen guru yang pelbagai, PPPM memberikan keyakinan yang besar terhadap
dilihat sebagai halangan kepada kepimpinan pengajaran, dengan menyatakan bahawa
penerimagunaan berkesan. 'seorang pemimpin yang cemerlang menumpukan
3. Keperluan untuk pembelajaran profesional kepada pengajaran dan tidak kepada pengurusan
guru telah ditekankan oleh beberapa peserta. pentadbiran [dan] pemimpin yang berkesan dapat
Cabaran di sini adalah bagaimana untuk meningkatkan hasil pelajar sebanyak 20%' (E-27).
mempromosikan profesionalisme keguruan Walau bagaimanapun, bukti terhad yang terdapat
dengan kurikulum yang preskriptif, diawasi dalam PPPM berasal dari konteks antarabangsa dan
melalui PADU dan mekanisme pemantauan 'peminjaman dasar' ini menimbulkan persoalan
yang lain. mengenai kesesuaian dalam menceduk penemuan
dari luar negara bagi menyokong pembaharuan dalam
Dasar Pendidikan Bahasa Inggeris konteks budaya yang berbeza. (Bush et al 2018).

Tinjauan dasar Bahasa Inggeris sejak akhir zaman Peralihan normatif dari pentadbiran kepada
kolonial pada tahun 1957 menunjukkan tiga kepimpinan pengajaran merupakan strategi yang
perkembangan utama. Pertama, Bahasa Inggeris memerlukan pemimpin yang telah berdekad dianggap
berubah dari medium perantara kepada hanya satu sebagai pentadbir dalam hierarki formal untuk
mata pelajaran dalam kurikulum. Bahasa Melayu, berubah. Hallinger dan Lee (2014) menunjukkan
bahasa kebangsaan, telah menggantikan Bahasa bahawa inisiatif yang serupa di Thailand, di mana
Inggeris sebagai bahasa penghantar, walaupun sebahagian besarnya gagal. Kajian Bush et al (2018)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis dalam kesusasteraan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Kebangsaan Tamil mengekalkan Bahasa Inggeris menunjukkan pengambilan sebahagian model ini,
sebagai bahasa penghantar (Lee 2004). Kedua, tertumpu kepada aspek kawalan seperti pemantauan,
globalisasi membawa kepada pengiktirafan yang lebih dan bukannya contoh teladan dan pementoran.
besar terhadap kepentingan Bahasa Inggeris (Phan et
al 2013). Ketiga, terdapat beberapa perubahan dasar

5 | Page
Data penyelidikan menunjukkan tiga perkara utama Pengaruh Hierarki
mengenai kepimpinan pengajaran. Pertama, terdapat Terdapat perbezaan antara sistem pendidikan hierarki
sokongan yang signifikan terhadap konstruk akan dan sistem berpusat seperti di Malaysia, di mana
tetapi, dengan beberapa kaveat, terutamanya sistem lebih tersusun dan keputusan dibuat di
keperluan untuk menyeimbangkan pentadbiran dan peringkat tempatan atau sekolah. Bukti dari sorotan
peranan instruksional. Kedua, terdapat pandangan kajian bahawa 'pemilikan' intervensi dan kejayaan
penerimagunaan lebih tinggi apabila pihak terlibat,
yang bercampur tentang keperluan pengetua atau
termasuk golongan profesional pendidikan, dilibatkan
guru besar untuk mengajar sekurang-kurangnya lima
dalam pembentukan dasar dan bukan hanya
waktu dalam seminggu, kerana ini mengakibatkan
melaksanakan dasar yang diperkenalkan oleh ahli
pengurangan waktu untuk mereka melaksanakan politik negara dan pegawai kanan.
aktiviti kepemimpinan pengajaran. Ketiga, terdapat
perselisihan tentang adakah NPQEL dapat Data menunjukkan batasan pelaksanaan dasar melalui
meningkatkan kepemimpinan pengajaran, dengan hierarki formal. Pembuat dasar kebangsaan mengakui
beberapa peserta dari negeri dan daerah yang bahawa pembuatan dasar dan pelaksanaan melalui
mengakui bahawa inisiatif ini tidak mendatangkan proses top-down mempunyai kesan terhad dan
peningkatan dalam mempraktikkan kepemimpinan pendekatan yang berbeza diperlukan. KPM telah
instruksional. mengimbangi semula kakitangannya dengan
pengurangan kakitangan di Putrajaya, dan lebih
Gambaran Keseluruhan Data banyak pegawai di negeri dan daerah. Ini dilakukan
untuk memberi lebih banyak sokongan kepada
pengetua dan guru, dan juga bertujuan untuk
Tiga kunci utama dalam penemuan data: memantau pelaksanaan dasar-dasar utama. Perkara
ini juga diakui oleh semua kakitangan, termasuk guru
• Hubungan antara pihak yang terlibat besar, pengetua, dan guru, bahawa pemahaman dan
• Pengaruh hireraki 'pemilikan' dasar-dasar baru diperlukan jika ingin
• Pelaksanaan dasar tetap atau fleksibel dilaksanakan dengan penuh semangat dan berjaya.

Data serantau menunjukkan gambaran yang lebih


pelbagai dalam pengaruh hierarki. Walaupun peluang
untuk menyetempatkan penerimagunaan dasar
Hubungan antara pihak terlibat di peringkat adalah dialu-alukan, sesetengah peserta, contohnya di
berbeza Sarawak, masih mengikuti hierarki 'dengan ketat'.
Peserta juga berhati-hati untuk bertindak secara
Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang autonomi, kerana 'khuatir' (Johor) tindakan yang
kompleks dan pengagihan kepada beberapa diambil tidak sesuai, atau kerana mereka bimbang
peringkat. Dasar ditatarkan ke peringkat yang berbeza dianggap 'salah' (Sarawak).
dan terdapat ruang di mana salah faham dan tafsiran
berbeza oleh peserta boleh berlaku. Data Pelaksanaan Dasar Tetap atau Fleksibel
menunjukkan terdapat dua permasalahan yang timbul Pendekatan top-down untuk perubahan dasar
daripada kerumitan ini. Pertama, mesej yang diterima cenderung untuk menyeratakan penerimagunaan
oleh pihak profesional mungkin berbeza daripada apa dengan menetapkan bagaimana dasar itu perlu
yang dihasratkan oleh pembuat dasar kerana dilaksanakan. Pekeliling Kementerian menawarkan
pendekatan penataran yang dilaksanakan. Ramai arahan terperinci tentang bagaimana intervensi perlu
peserta menyatakan bahawa pemahaman dasar di diperkenalkan, memberikan skop kecil atau tiada
peringkat sekolah sering kali bercanggah dengan ruang untuk disesuaikan dengan konteks tempatan
kehendak nasional. Salah satu sebab perkara ini terjadi atau sekolah. Pendekatan alternatif adalah untuk
adalah kerana kebanyakan pengamal tidak membaca menerangkan matlamat dasar-dasar baru, dengan
PPPM dan bergantung kepada persepsi dari rakan- panduan yang umum dan bukan arahan bertulis yang
rakan lebih senior di negeri dan daerah yang rigid. Ini akan membawa kepada pemilikan profesional
membawa kepada penyampaian mesej yang tidak dan perubahan yang lebih besar, dengan potensi
konsisten. Kedua, pemahaman yang lemah untuk pelaksanaan yang lebih berkesan dan kurang
menyebabkan variasi dalam pelaksanaan dan tegar.
'pemilikan' terhad kepada inisiatif dasar.

6 | Page
Para peserta menawarkan beberapa bukti tentang kekecewaan dan sikap tidak peduli, memburukkan
pendekatan yang kurang tegas terhadap keadaan dan bukan menyelesaikan masalah.
penerimagunaan dasar. Salah satu contoh fleksibiliti
dilihat pada peranan SIP+ dan SISC+, di peringkat
daerah yang berperanan menyokong para pengetua
dan guru. Kuasa untuk mengubah suai sasaran sebagai
tindak balas kepada faktor tempatan yang dikenalpasti
“ Kejayaan atau kegagalan pembaharuan dasar
bergantung kepada dua pertimbangan yang
bertindan iaitu kebolehterimaan dan


adalah contoh penting pelaksanaan dasar yang kebolehlaksanaan.
fleksibel. Fleksibiliti ini dialu-alukan, contohnya di KL
dan Selangor, dan dianggap sebagai pendekatan yang
berkesan. Pengetua dan pegawai daerah boleh
SEKSYEN 2: CADANGAN
menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam mencari
penyelesaian dan menjadikan pelaksanaan dasar Hierarki dan Professionalisme
kurang tegas dan lebih relevan di sekolah.
Malaysia merupakan salah satu negara yang
Kebolehterimaan dan Kebolehlaksanaan meletakkan guru sebagai penjawat awam. Akibatnya,
guru juga tertakluk kepada hierarki pentadbiran.
Kejayaan atau kegagalan pembaharuan dasar Sehubungan itu, ia menjelaskan kenapa peranan
bergantung kepada dua pertimbangan yang bertindan pengetua dilihat lebih menjurus ke arah pengurusan
iaitu kebolehterimaan dan kebolehlaksanaan. hal-hal pentadbiran dan melaksanakan dasar-dasar
Pertama, sejauh mana pihak berkepentingan, utama Kementerian. Penekanan kepada
profesional dan awam, menerima dan 'memiliki' dasar kebertanggungjawaban secara menegak (vertical
baru adalah penting untuk kejayaan pelaksanaan. accountability) ini membantu dalam mengukuhkan
Proses pembangunan PPPM melibatkan perundingan hubungan di antara lapisan pentadbiran dan sekaligus
yang luas tetapi tidak jelas jika proses ini membawa mengurangkan tentangan terhadap inisiatif dasar.
kepada perubahan ketara kepada PPPM atau hanya Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan
dirancang untuk meningkatkan kesedaran untuk menunjukkan bahawa pelaksanaan sebegini mungkin
'menjual' idea. Data menunjukkan bahawa, visi yang tidak akan diterima baik secara keseluruhannya.
luas dalam PPPM mendapat sokongan, namun begitu, Kebiasaannya, golongan profesional diharapkan untuk
pelaksanaannya di peringkat sekolah dan bilik darjah menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara apabila
adalah pasif. berurusan dengan klien mereka. Guru memiliki ilmu
dan kepakaran pedagogi tetapi bukti menunjukkan
Pertimbangan kedua berkaitan dengan bahawa kepakaran ini terpaksa dikompromi berikutan
kebolehlaksanaan dasar tersebut. Aspek ini kepatuhan terhadap susunan hierarki. Para penggubal
mempunyai 'gambaran besar' dan dimensi tempatan. dasar sepatutnya mengutamakan cara untuk
Walaupun terdapat sokongan luas untuk visi PPPM mempromosikan professionalisme, di mana para guru
seperti yang dinyatakan di atas, jelas bahawa dan pemimpin sepatutnya diperkasakan (empowered)
pencapaian satu per tiga teratas dalam PISA dan TIMSS untuk mentafsir dan mengadaptasi dasar berkenaan
tidak mungkin dapat dicapai. Komitmen yang berpusat dan tidak hanya menjadi golongan pelaksana dasar
boleh dianggap sebagai kelemahan yang serius kerana sahaja. Itulah yang membezakan di antara golongan
ini memberikan banyak rasional dalam pembaharuan profesional dan pentadbir.
ini. Satu tafsiran alternatif bahawa ini adalah aspirasi
yang sah dan penetapan standard yang tinggi adalah Komunikasi
lebih baik daripada menerima kedudukan sederhana
Malaysia di peringkat antarabangsa.
Secara tradisinya, Malaysia telah mengamalkan model
komunikasi secara ‘top-down’, di mana sebarang
Satu lagi contoh kebolehlaksanaan berkait dengan
dasar dan keputusan yang digariskan dalam pekeliling
aspirasi untuk mencapai 100% dalam akses murid di
Kementerian Pendidikan Malaysia akan disampaikan
semua peringkat dari pra-sekolah hingga menengah
atas menjelang 2020. Ini dilihat sesuai kerana akses ke sekolah melalui negeri dan daerah. Model secara
kepada pendidikan adalah hak asasi manusia tetapi melata atau berjujukan (cascade) ini mempunyai
beberapa kekangan. Bagi kekangan yang pertama,
beberapa peserta menyatakan Malaysia tidak
data penyelidikan jelas menunjukkan bahawa mesej
mempunyai sekolah yang mencukupi untuk mencapai
yang diterima dan difahami oleh para guru mungkin
aspirasi ini dalam tempoh masa ini. Kegagalan untuk
mencapai sasaran tersebut menyebabkan berbeza daripada apa yang sebenarnya dimaksudkan

7 | Page
oleh penggubal dasar. Ia berikutan terjadinya ‘tapisan’ dasar, bagi membolehkan mereka melaksanakannya
di peringkat negeri, daerah dan juga sekolah. Kedua, dengan efektif dan berkesan. Walau bagaimanapun,
model ini didapati kurang sesuai untuk diaplikasikan data penyelidikan menunjukkan hak milik yang amat
kepada perkara yang melibatkan transformasi dasar terhad terhadap teras-teras dasar dan juga PPPM itu
secara besar-besaran seperti PPPM. Berdasarkan data sendiri. Walaupun perkara ini agak mengecewakan,
dan kajian terdahulu (Bush and Ng 2018), terdapat namun ia bukanlah perkara yang mengejutkan kerana
guru-guru yang tidak membaca dokumen berkenaan responden telah menyatakan bahawa kebanyakan
dan bergantung kepada pentafsiran oleh pegawai di golongan professional sebenarnya tidak membaca dan
peringkat daerah dan juga pentadbir sekolah, yang mengetahui tentang PPPM. Hasil kajian ini juga turut
juga mungkin tidak membaca dokumen itu dilaporkan oleh Bush and Ng (akan datang). Pihak yang
sepenuhnya. Para penggubal dasar di peringkat terlibat berpandangan bahawa transformasi dasar ini
nasional telah mengenal pasti halangan ini dan telah dimiliki oleh kumpulan pentadbiran elit dan juga ahli
membangunkan kaedah komunikasi alternatif seperti politik, dan bukannya oleh golongan professional yang
menganjurkan jerayawara (road shows) dan akan melaksanakan dasar berkenaan. Sewajarnya
menggunakan media sosial. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian membenarkan pandangan dan
kejayaan kaedah berkenaan dalam memastikan inisiatif dasar untuk dicetuskan oleh pihak guru dan
keterlibatan di peringkat sekolah adalah masih belum pengetua. Salah satu cara adalah dengan menjalankan
jelas. soal selidik secara kualitatif (open questions)
contohnya, ‘apakah cadangan anda untuk
Jaringan Maklum Balas meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah anda?’. Sekiranya cadangan untuk
Memandangkan komunikasi secara ‘top-down’ menjalankan soal selidik berkenaan diterima, ia
dilaksanakan secara dominan dan berterusan, jaringan seharusnya dilaksanakan oleh pihak berkecuali seperti
maklum balas (feedback loop) yang efektif perlu dibina universiti dan hasil soal selidik berkenaan perlu
bagi membolehkan pelaksana dasar memberikan dilaporkan kepada BPPDP (EPRD).
pandangan kepada penggubal dasar tentang aspek
operasi. Salah satu contoh yang jelas hasil daripada Lambakan Dasar
penyelidikan ini ialah aspirasi agar para murid
daripada peringkat pra-sekolah sehingga lepas Salah satu rungutan yang konsisten diterima dalam
menengah memperoleh akses 100% menjelang tahun kalangan responden adalah terdapat terlalu banyak
2020. Walaupun hasrat tersebut dipersetujui ramai perubahan dasar yang menyebabkan berlakunya
namun terdapat sekolah yang tidak mampu bebanan di kalangan pentadbir sekolah dan guru.
merealisasikan impian tersebut. Sehubungan itu, PPPM yang mengandungi pelbagai aspirasi yang
jaringan maklum balas yang berkesan dan menyeluruh terlampau meluas telah turut menyumbang kepada
boleh membantu pihak Kementerian untuk mengubah persepsi ini. KPM perlu menentukan dasar yang perlu
suai dasar berkenaan agar berkaitan dengan program diberi keutamaan bagi mengurangkan bebanan dan
pembinaan sekolah. Selain itu, kekurangan juga untuk meningkatkan peluang pelaksanaan yang
perkakasan komputer (hardware) ataupun ketiadaan efektif. Temuduga-temuduga yang dijalankan di
bekalan elektrik di beberapa kawasan pedalaman peringkat nasional menunjukkan bahawa pihak
menyebabkan sesetengah dasar ICT itu tidak realistik. Kementerian sedar akan masalah ini dan telah pun
Kewujudan forum bagi membincangkan dasar di menghadkan bilangan inisiatif-inisiatif baharu.
setiap daerah akan membolehkan pihak pentadbir
sekolah dan guru untuk menjelaskan implikasi Pelaksanaan atau Pentafsiran
pelaksanaan dasar baru tersebut. Walau
bagaimanapun, perkara ini memerlukan Istilah ‘pelaksanaan’ menggambarkan pendekatan
pembudayaan semula (re-culturing) bagi memberikan secara linear (linear approach) di mana transformasi
keyakinan kepada golongan pelaksana dasar untuk dasar diterima dan diadaptasi tanpa sebarang
mengkritik dasar dan tidak hanya menerima dan persoalan. Ia juga didapati konsisten dengan New
melaksanakan dasar berkenaan seadanya sahaja. Public Management (Honig 2006), apabila
penyampaian lebih diberikan fokus utama berbanding
Hak Milik matlamat transformasi dasar berkenaan, sepertimana
yang dilaksanakan di Malaysia dengan pewujudan
Kajian literatur bagi penyelidikan ini menunjukkan PADU. Salah satu pendekatan alternatif yang boleh
kepentingan untuk para guru dan pihak sekolah dalam diguna pakai adalah di mana menteri dan pegawai
mempunyai hak milik (owning) terhadap inisiatif kanan hanya menetapkan matlamat yang ingin dicapai

8 | Page
oleh sesuatu dasar, contohnya untuk meningkatkan
pencapaian murid, tetapi memberi kebebasan kepada
pihak negeri, daerah dan sekolah untuk menentukan
kaedah yang paling bersesuaian untuk mencapai
matlamat tersebut. Pendekatan ini akan
meningkatkan ‘hak milik’ dan juga membolehkan
dasar berkenaan ditafsir dan diubah suai mengikut
konteks dan keperluan spesifik sesebuah sekolah dan
komuniti. Selain itu, pihak sekolah boleh dijemput
untuk menyertai program rintis (pilot projects) yang
dinilai oleh panel penilai bebas. Peranan SIP+ dan
SISC+ boleh dilihat sebagai langkah permulaan bagi
pendekatan sebegini tetapi cadangan ini akan
memperluas proses secara keseluruhannya. Selain itu,
manfaat yang diperolehi melalui pendekatan ini akan
membolehkan fokus diberikan kepada pemerkasaan
(empowerment) berbanding pemantauan
(monitoring); memberi inspirasi berbanding
mengawal.

Kesimpulan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
merupakan dokumen yang mengagumkan dengan
spirasi untuk mengubah sistem pendidikan. Ia telah
menghasilkan dasar-dasar yang direka khas untuk
menambah baik ciri-ciri persekolahan, selari dengan
11 anjakan PPPM. Daripada segi pelaksanaannya,
terdapat beberapa kejayaan yang telah terbukti,
sebagai contoh dalam menambah baik akses oleh
para pelajar. Walau bagaimanapun, seperti mana
yang telah dibincangkan dalam ringkasan dasar ini,
terdapat banyak cabaran dan kekangan yang telah
dikenal pasti. Cadangan-cadangan yang telah
dibentangkan ini bertujuan untuk menawarkan
pendekatan baru dalam proses transformasi dasar.
Kami berharap cadangan-cadangan berkenaan akan
membuka ruang perbincangan berkaitan kaedah
untuk menambah baik kualiti dan peluang
pendidikan. Kanak-kanak dan remaja di Malaysia
berhak mendapat pendidikan yang terbaik dan
pandangan kami ini sewajarnya difahami sebagai
salah satu sumbangan ke arah menjayakan matlamat
tersebu

9 | Page
SEKILAS PANDANG

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 – 2025)


Matlamat: Ciri-ciri Transformasi:
Malaysia tersenarai pada kedudukan sepertiga atas • Globalisasi
dalam kedudukan (ranking) antarabangsa menjelang • Meningkatkan perundingan bersama
tahun 2025 pemegang taruh (stakeholders)
• Kesedaran bahawa pendekatan yang direka
khusus dan boleh diubah suai adalah
merupakan satu keperluan

PENGGUBALAN SEHINGGA PELAKSANAAN: PANDANGAN BERKAITAN PROSES


TRANSFORMASI DASAR
Positif: Negatif:
• PADU memperkenalkan proses-proses yang • Pendekatan secara ‘Top-down’,
jelas dan membantu melaksanakan visi mengakibatkan terjadinya kecairan
Kementerian dalam mentransformasikan maklumat dan kesukaran pemegang taruh
pendidikan di Malaysia, melalui PPPM untuk memahami dasar
• Pelaksanaan SIP+ dan SISC+ secara konsep • MEB adalah sukar difahami
‘decentralization’ membolehkan dasar • Jaringan maklum balas yang lemah
ditafsir dan diubah suai mengikut konteks • Dasar yang tidak realistik
dan keperluan spesifik golongan sasaran • Perubahan dilihat sebagai satu paksaan
• Guru dan pentadbir kurang kepercayaan
kepada pihak pengurusan dan tidak
menerima perubahan
• Sumber yang terhad

CADANGAN
● Hierarki dan Professionalisme: memperkasa guru dan pemimpin sekolah untuk mentafsir dan
mengadaptasi dasar berbanding hanya menjadi pelaksana sahaja
● Komunikasi: membangunkan kaedah komunikasi alternatif untuk melibatkan golongan professional di
peringkat sekolah
● Jaringan Maklum Balas: membina jarangan maklum balas yang efektif bagi membolehkan ‘practicioners’
memberi pandangan kepada penggubal dasar berkaitan aspek operasi
● Hak Milik: imembenarkan inisiatif penggubalan dasar dicetuskan daripada kalangan guru dan pentadbir
sekolah
● Lambakan Dasar: pmengutamakan inisiatif yang mengurangkan ‘overloading’ dan boleh meningkatkan
pelaksanaan yang efektif
● Pelaksanaan dan Pentafsiran: menteri dan pegawai kanan kementerian menentukan matlamat yang
ingin dicapai oleh sesuatu dasar, dan kebebasan diberi kepada pihak negeri, daerah dan sekolah untuk
menentukan kaedah yang paling bersesuaian untuk mencapai matlamat tersebut, selain melibatkan
pihak sekolah bagi program-program rintis.

10 | Page
Rujukan pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Universiti Malaya.
Aida Suraya, M. Y. (2001), Education Reforms in
Malaysia, Paper presented at the International Jahnukainen, M., Pesonen, H., Itkonen, T., Kontu, E.,
Conference on Educational Research: Understanding Kokko, T., Ojala, T. and Pirttimaa, R. (2015), The
Educational Issues in the Asia Pacific Region. Seoul, Implementation of New Special Education Legislation
Korea, 25–26 October, 2001. Retrieved from in Finland, Educational Policy, 29: 162-178
http://www.eric.edu.gov/PDF/ ED464406.pdf Lee M.N. (2004), Malaysian teacher education into
Becher, T. (1989), The national curriculum and the the new century. In: Cheng Y.C., Chow K.W., Mok
implementation gap’, in Preedy, M. (Ed.), Approaches M.M.C. (Eds), Reform of Teacher Education in the
to Curriculum Management, Milton Keynes, Open Asia-Pacific in the New Millennium. Education in the
University Press. Asia-Pacific Region: Issues Concerns and Prospects,
Vol 3. Springer, Dordrecht
Bush, T. (2011), Theories of Educational Leadership Ministry of Education (2013), Malaysia Education
and Management: Fourth Edition, London, Sage. Blueprint, Putrajaya, Ministry of Education.

Bush, T. and Ng, AYM (forthcoming), Distributed Musa, M. B. (2003), An education system worthy of
leadership and the Malaysia Education Blueprint: Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information
From prescription to partial school-based enactment Research Development.
in a highly centralised context, Journal of Educational
Administration Phan, L. H., Kho, J. and Chng, B. (2013), Nation
building, English as an international language,
Bush, T., Ng, A., Abdul-Hamid, S. and Kaparou, M. medium of instruction, and language debate:
(2018), School leadership theories and the Malaysia Malaysia and possible ways forward, Journal of
Education Blueprint: Findings from a systematic International and Comparative Education, 2 (2): 58-
literature review, International Journal of Educational 71.
Management, 32 (7): 1245-1265.
DeGroff, A., Cargo, M. (2009), Policy implementation: United Nations Educational, Social and Cultural
Implications for evaluation, New Directions for Organisation (2011) Secondary education regional
Evaluation, doi:10.1002/ev.313, 47-60. information base: country profile – Malaysia.
Bangkok, UNESCO
Hallinger, P. and Lee, M. (2014), Mapping
instructional leadership in Thailand: Has education United Nations Educational, Social and Cultural
reform impacted principal practice, Educational Organisation (2014), Educational Systems in ASEAN
Management, Administration and Leadership, 42 (1): and Six Countries: A Comparative Analysis of Selected
-29. Educational Issues, Bangkok, UNESCO.
Wongwanich, S., Piromsombat, C., Khaikleng, P. and
Honig, M.I. (2006), Complexity and policy
Sriklaub, K. (2015), Policy Delivery Strategies for
implementation: Challenges and opportunities for
Education Reform: A Formative Research and
the field, New DIrections in Education Policy
Development, Procedia - Social and Behavioral
Implementation 1-23
Sciences, 171: 1365-1372
Ibrahim, M. S., Razak, A. Z. and Kenayathulla, H. B.
(2015), Strategi implementasi: Pelan pembangunan

11 | Page
Ringkasan dasar ini telah ditulis oleh Professor Tony
Bush, Professor of Educational Leadership di
University of Nottingham, bersama Dr. Ashley Ng
Yoon Mooi, Dr. Wei Keong Too, dan Josephine Chay
daripada University of Nottingham Malaysia, Dr.
Derek Glover daripada University of Nottingham, UK
dan Dr. Lei Mee Thien daripada Universiti Sains
Malaysia. Dokumen ini ialah hasil penyelidikan
tentang pelaksanaan transformasi dasar pendidikan
Malaysia yang telah dijalankan oleh Prof. Tony Bush
dan dibiayai oleh The HEAD Foundation.

Ringkasan dasar ini adalah merupakan pandangan


peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili
pendirian rasmi The HEAD Foundation.

20 Upper Circular Road

The Riverwalk #02-21

Singapore 058416

www.headfoundation.org

E: info@headfoundation.org

T: +65 6672 6160

TheHEADFoundation

HEAD_Foundation

headfoundation

2019 © THE HEAD FOUNDATION

12 | Page

You might also like