You are on page 1of 15

Pasukan Kesihatan

Mental Masyarakat
(PaKMM)
BY:
 ZULHILMI MAT RADI
 HAZIQ WAHAD SHAH
 ZULHELMI GHAZALI
 IKHWANUDIN ZULKIFLI
 AZIZUL HAKIM
PENGENALAN
PENGENALAN

 Program Perkhidmatan Pasukan Kesihatan Mental


Masyarakat (PaKMM) di Malaysia adalah berlandaskan
dasar-dasar yang disarankan di Dasar Kesihatan Mental
Negara (2013).
 Program Perkhidmatan Pasukan Kesihatan Mental
Masyarakat (PaKMM) juga diperuntukkan di dalam Akta
Kesihatan Mental (2001) dan Peraturan-Peraturan
Kesihatan Mental (2010). Bahagian III Seksyen 16 di
Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental (2010) adalah
seperti yang berikut:-
1. Pengarah perubatan atau pemegang lesan atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke
atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat
hendaklah memastikan penubuhan suatu Pasukan Kesihatan
Mental Masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan
mental masyarakat.

2. Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat hendaklah –


 terdiri daripada orang pelbagai disiplin, dan
 diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar sebaik-baiknya ahli psikiatri.
3. Pasukan Kesihatan Mental Masyarakat hendaklah
memberi perkhidmatan kesihatan mental yang
menyeluruh.

4. Pengarah Perubatan atau pemegang lessen atau orang


yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang
berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan
mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi
pesakit di bawah jagaan Pasukan Kesihatan Mental
Masyarakat itu.
OBJEKTIF KUALITI
 Pesakit selepas 3 bulan dalam jagaan ‘PaKKM’ masuk semula ke
wad tidak melebihi 10%

OBJEKTIF AM
 Perkhidmatan perawatan pesakit psikiatridi rumah bertujuan untuk
memberi satu perkhidmatan rawatan susulan yang optimum,
komprehensif, mudah diperolehi dan berterusan di mana
penglibatan semua ahli keluarga dan masyarakat dalam
penjagaan pesakit yang menghidapi penyakit mental yang serius
di komuniti.
OBJEKTIF KHUSUS
 Memberi rawatan berterusan di rumah dalam perkhidmatan yang
biasa (dalam kalangan ahli keluarga kepada pesakit)
 Pengesanan awal gejala-gejala ‘relapse’ untuk mengurangkan
kadar kemasukan pesakit ke wad psikiatri dan mengurangkan
pergantungan pesakit dan keluarga terhadap rawatan di hospital.
 Memperkasakan (empowering) keluarga dan komuniti dalam
penjagaan pesakit di rumah.
 Perkongsian bijak dalam penjagaan antara hospital dan komuniti.
 Mewujudkan jaringan (networking) antara pelbagai agensi
kerajaan dan bukan kerajaan dalam penjagaan pesakit psikiatri di
rumah.
 Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan pesakit untuk
menyesuaikan proses rehabilitasi bagi mereka untuk
meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
KRITERIA “INCLUSION” DAN “EXCLUSION”
INCLUSION
 Penyakit mental yang serius seperti Schizophrenia, Mood
Disorder.
 Pesakit yang kerap tidak datang klinik susulan dan tidak
makan ubat.
 Pesakit yang kerap mengalami krisis dan kerap
dimasukkan ke wad psikiatri.
 Pesakit dan keluarga memberi kebenaran secara bertulis
untuk perkhidmatan PaKKM
EXCLUSION
 Pesakit yang tinggal luar kawasan liputan.
 Pesakit yang tiada rumah atau keluarga.
 Pesakit/ keluarga yang tidak mahu dimasukkan dalam program
PaKKM.
 Penagih dadah seperti-heroin, cannabis, glue, alcohol dan lain-
lain atau penagih dadah tanpa gejala psikotik.
 Pesakit ‘Antisocial Personality’ dan lain-lain ‘Personality Disorder’.
 Pesakit atau keluarga yang boleh datang klinik susulan.
 Pesakit yang berkeinginan membunuh diri atau
membunuh/mecederakan orang lain.
 Pesakit dan keluarga yang tidak memberi kebenaran secara
bertulis untuk perkhidmatan PaKKM.
PROSEDUR LAWATAN KE RUMAH
SEBELUM
 Persediaan lawatan
 Penyediaan beg lawatan, peralatan perubatan dan ubat-
ubatan.
 Penetapan tarikh lawatan selepas membuat temujanji
dengan pesakit dan keluarga/penjaga.
 Merancang matlamat perawatan (“Treatment outcome”)
dan aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan.
SEMASA
 Menjalinkan perhubungan baik (“Establish rapport”)
dengan pesakit dan keluarga/penjaga.
 Menemubual pesakit dan keluarga/penjaga.
 Penilaian terhadap:
 Keadaan mental pesakit.
 Komplian terhadap treatment, sokongan keluarga,
penilaian faktor-faktor risiko dan gejala-gejala penyakit.
 Rekod perkembangan pesakit.
 Memberi psychoeducation.
 Memberi khidmat nasihat/kaunseling.
 Menyemak keperluan asas pesakit dan membantu pesakit dan
keluarga/penjaga dalam keperluan asas (contohnya kebersihan,
makan minum dsb).
 Dokumentasikan ubat-ubatan yang diberikan dan bilangan pil
yang dibekalkan.
 Menyemak cara penyimpanan ubat-ubatan yang ada.
 Jika pengurus kes membekalkan ubat di rumah, dokumen bekalan
ubat yang diberikan termasuk nama ubat, dos dan bilangan pil
yang dibekalkan.
 Memberi suntikan depot di rumah dengan persetujuan pesakit dan
keluarga/penjaga jika ada keperluan.
SELEPAS
 Dokumentasikan laporan keadaan pesakit dan lawatan
di dalam rekod pesakit.
 Rujukan kepada agensi-agensi lain (contohnya Jabatan
Kebajikan Masyarakat, dsb.) sekiranya perlu.
 Rekodkan lawatan di dalam buku “Lawatan ke Rumah”
selepas setiap lawatan.
SEKIAN, TERIMA KASIH 
MA KUMPULAN 42
ANY
QUESTION?!!!!!!

You might also like